الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM DAN PENYUSUANNYA

    FIQH AL-SIRAH 

    Tulisan Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti 

    Nasabnya Nabi SallaLlahu ‘alaihi Wasallatn, keputeraannya dan penyusuannya.
    Adapun nasabnya SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, ialah; Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Mutalib, ‘Abdul Mutalib dipanggil dengan nama Syaibah A1-Hamd. bin Hashim bin ‘Abdul Manaf, nama ‘Abdul Manaf ialah
    Al Mughirah bin Khusai, dinamakan Zaidan bin Khilab bin Mur rah bin Ka’ab bin Luai bin Ghalif bin Fihri bin Malik bin Nadri bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Mu’ad bin Adnan.
    Setakat itulah sahaja apa yang telah disepakati mengenai Nabi SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. Adapun yang ke atas dan itu ada bersalahan pendapat, yang payah hendak dipegang. Tetapi tidaldah ada sebarang khilaf atau bersalahan pendapat mengenai Adnan itu adalah di antara anak cucu Nabi Ismail ‘alaihissalam anak kepada Ibrahim ‘alaihissalam dan Allah telah memilihnya dan sebaik—baik khabilah dan suku, tidak pernah diresapkan sesuatu daripada kecemaran jahiliyyah kepada sesuatu dari nasabnya. Diriwayatkan oleh Muslim dengan sanadnya, Sabda RasuluLlah SallaLlahu ‘alailii Wasallam.


    “Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah di antara anak-anak Ismail, dan dipilihnya Quraisy dan Kinanah, dan dipiihnya Hashim dan Quraisy dan dipiihnya saya dari Bani Hashim”.
    Baginda dilahirkan pada Tahun Gajah, iaitu tahun di mana Abrahah Al Asyram telah melanggar masuk ke kota Makkah dalam rangka percubaannya hendak menawan dan memusnahkan Al-Ka’bah. Namun demikian percubaannya tadi telah menemui kegagalan yang amat pahit di mana Allah Subhanahu Wata’ala telah mengutuskan sekumpulan Burung-burung Ababil mencedera dan memusnahkan angkatannya itu. Kejadian ini telah diterangkan di dalam Al-Qur’an dengan jelas sekali. Mengikut pendapat yang paling hampir dengan kenyataan, baginda telah dilahirkan pada hari Isnin tanggal 12 (dua belas) haribulan Rabi’ul Awal.
    Baginda adalah yatim ketika dilahirkan. Ayahandanya wafat ketika baginda baru dua bulan dalam kandungan ibunya. Setelah lahir baginda dipelihara oleh datuknya ‘Abdul Muttalib yang kemudian disusukan kepada seorang perempuan dari puak Sa’d Bakr yang bernama Halimah binti Abi Zuwaib. Ini adalah mengikut adat resam orang—orang ‘Arab di kala itu.
    Ahli sirah telah sebulat suara mengatakan bahawa kampung Bani Sa’d ketika itu mengalami kemarau yang teruk. Sesampai sahaja Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ke rumah Halimah dan menyusu darinya ketika itu juga keadaan pun berubah. Kampung yang dulunya kering tandus mulai menghijau, kambing ternakan yang dahulu kelaparan kini bila kembali dan ladang ternakan kelihatan riang dan uncang—uncang susunya penuh dengan susu.
    Mengikut apa yang diriwayatkan oleh Muslim (salah Seorang Imam Hadith Nabi) bahawa RasuluLlah telah dibedah perutnya semasa bersama Bani Sa’d. Ketika itu baginda baru berusia lima tahun. Selepas itu dihantar kembali ke pangkuan ibunya.
    Bondanya telah wafat ketika baginda berusia enam tahun. Ini membawa baginda menjadi seorang yatim piatu. Dengan itu maka datuknya pula yang mengambil peranan mendidik RasulULlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam tetapi tidak berapa lama datuknya pula berpindah ke alam baqa’. Masa itu baginda berusia lapan tahun dan dipelihara oleh bapa saudaranya pula Abu Talib.

    PENGAJARAN DAN RENUNGAN

    Dengan segala apa yang berlaku di peringkat ini bolehlah kita mengambil beberapa kesimpulan pengajaran dan peng’ik tibaran:
    1.      Mengenai nasab keturunan baginda SallaLlahu ‘alaihi Wasallam seperti yang telah kami jelaskan, kedapatan beberapa dalil yang jelas yang menunjukkan bahawa dalam semua bangsa manusia, bangsa ‘Arab yang telah dipiih oleh Allah, dalam semua bangsa ‘Arab, qabilah atau suku Quraisy pula dipiihnya, dalilnya itu jelas kedapatan dalam hadith riwayat Muslim seperti yang telah kami sebutkan, malah banyak lagi hadith yang sama maksudnya, antaranya ialah hadith riwayat Tirmizi:
    (Bahawa Baginda SallaLlahu ‘alaihi Wasallam berdiri di atas minbar lantas berkata: “Siapakah saya ini Para sahabat menjawab: “Engkau utusan Allah, selamat atas engkau “. Ujar Baginda lagi: “Saya Muhammad anak Abdullah anak Abdul Muttalib, sesungguhnya Allah telah jadikan makhluq (manusia), kemudian Ia jadikan mereka dua golongan, maka ia jadikan saya dalam golongan mereka yang paling baik, kemudian Ia jadikan mereka beberapa qabilah, maka Ia jadikan dalam qabilah mereka yang paling balk, kemudian Ia jadikan beberapa rumah (rumahtangga) maka Ia jadikan saya dalam rumah yang paling baik, dan saya adalah orang yang paling baik di antara mereka”.) Tirmizi: J. 9. H. 236. Kitabul Muflaqib.
    Dan ketahuilah bahawa konsep kasih kepada Rasul SallaLalahu ‘alaihi Wasallam, ialah kasih kepada kaum yang dalam kalangan mereka lahirnya Rasul SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, juga kasih kepada qabilah yang dalam kalangan mereka diputerakan Baginda. Ini bukan kerana fanatik kepada orang—orang bangsa itu, tetapi adalah kerana semata mata hakikat, kerana pada hakikatnya bangsa ‘Arab Quraisy itu telah mendapat kemuliaan dan penghormatan di sebabkan hubungan mereka dengan Rasul SallaLlahu ‘alai hi Wasallam, dan ini tidak boleh disangkal sama sekali.
    Namun demikian, tidakjuga boleh dinafikan bahawa adanya keburukan pada orang-orang ‘Arab atau orang Quraisy itu kerana penyimpangan mereka dan jalan Allah Subhanahu Wa Ta’ala atau menyeleweng dan garis-garis panduan yang telah dipilih oleh Allah untuk hamba-hambanya, kerana penyimpangan dan pemesungan dan garis panduan tersebut bererti tersingkir terputus dan hubungan dengan Rasul SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.
    2.      Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dilahjrkan dengan keadaan yatim piatu. Sesudah ttu datuknya pula meninggal. Penstiwa ini menyebabkan RasuluLlah hidup di peringkat kecilnya tanpa mendapat kasih sayang dan ibu dan jagaan serta perhatian yang sewajar dari bapa. Kesemuanya ini bukan berlaku secara kebetulan sahaja tetapi segala-galanya ini adalah mengikut apa yang telah digariskan oleh Allah Subhanahu Wata’ala untuk masa depan RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan ini adalah sebahagian dan hikmat Ilahi, agar tidak sesiapa pun menaruh sangkaan buruk bahawa seruan Nabi Muhammad ini adalah dan ilham dan latihan ibunya semasa menyusu ataupun hasil dan tunjuk ajar dan bapa dan neneknya kerana neneknya ‘Abdul Muttalib adalah manusia yang terkemuka di kalangan kaumnya, lebih-lebih lagi soal pembekalan makanan dan minuman untuk jama’ ah haji adalah di bawah kelolaan dan tanggungjawabnya.
    Sudah menjadi adat dan resam alam, datuk atau bapa akan menurunkan warisan kepada cucu atau anak di bawah jagaan mereka.
    Tetapi suratan Ilahi tidak membiarkan kesempatan kepada mereka yang engkar dan bertujuan jahat, kerana RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam telah dibesarkan dan dipe lihara jauh dan jagaan dan peliharaan ibu bapa. Demikian juga di masa baginda masih bayi. Sebagai satu lagi hikmat Ilahi Baginda telah dikirimkan ke kampung di bawah peliharaan Bani Sa’diah. Selepas datuknya meninggal dunia maka tanggungjawab memelihara terserah kepada bapa saudaranya pula, Abu Talib. (Umur ‘Abdul Mutalib pun tidak panjang buat memelihara RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam). Datuknya sempat memikul tanggung jawab itu hanya buat masa tiga tahun sahaja.
    Sebagai kesimpulan kepada hikmat Ilahi tadi, disudahi dengan penolakan dan keengganan Abu Talib menerima dan memeluk agama Islam, agar tidak disyaki orang lagi bahawa Abu Talib sedikit sebanyak memain peranan penting dalam usaha mengasuh RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ke arah da’wahnya itu kerana semuanya ini me rupakan plot perkembangan yang berjangkit antara satu sama lain yang membawa kedudukan dalam puak kepada kedudukan di dalam kaum dan seterusnya kepada penganjuran yang lebih luas dan pangkat kedudukan yang Iebih tinggi.
    Beginilah arus hikmat Ilahi yang mahukan RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam hidup dengan keadaan yatim piatu. Hanya arahan dan jagaan Ilahi sahaja dapat men jauhkan tangan-tangan yang cuba memanjanya, menjauh wang, harta kekayaan dan yang cuba memewahkan kehidupannya. Ini berlaku supaya jangan timbul di jiwanya semangat kebendaan atau gilakan pangkat. Oleh itu Segala-galanya tidak mendorongkan baginda ke arah kepenganjuran, yang mana mungkin mengelirukan di antara KENABIAN dengan KEPENGANJURAN dunia yang akan disangka orang kelak sengaja dibuat-buat yang pertama (keNabian) demi untuk mencapai yang kedua (kepenganjuran).
    3.                  Mengikut apa yang diceritakan oleh ahli sirah (sejarah hidup Nabi) bahawa rumah dan perkampungan Halimah Al Sa’diyyah telah dilanda kemarau yang dahsyat tetapi kedatangan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam telah merombak segala-galanya. Tanaman kembali subur menghijau, biribiri dan unta yang kurus kering dengan hanya kulit yang melekat di tulang-tulang berubah menjadi binatang yang sihat dan gemuk berlemak. Kesemuanya ini menunjukkan kedudukan martabat RasuluLlah SallaLlahu ‘alaibi Wasallam di sisi ALlah semasa baginda masih bayi lagi. Sebagai contoh penganugerahan Ilahi yang nyata kepada Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ialah pengurniaan dan limpahan rahmat kepada Halimah Al Sa’diyyah yang telah memelihara baginda. Ini tidaklah menjadi suatu perkara yang pelik dan ganjil. Tidakkah pernah kita meminta supaya Tuhan menurunkan hujan di musim kemarau dengan berkat para salihin dan berkat keluarga RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam agar do’a dan permintaan kita itu dikabulkan Tuhan dan bagaimana pula kalau satu tempat itu RasuluLlah SallaL lahu ‘alaihi Wasallam sendiri berada di dalamnya, maka perkampungan tadi sudah sewajarnya menerima ganjaran dan rahmat Ilahi yang telah sanggup menerima, memelihara dan menyusu RasuluLlah. Kehijauan rumput dan tanah menyubur adalah berkat Baginda RasuluLlah yang lebih berkesan daripada hujan.
    Kalaulah sebab-musabab itu di tangan Tuhan, maka sudah sewajarnyä RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam mendahului segala sebab-musabab dan limpah kumiaNya. Lebih jelas lagi RasuluLlah ini adalah rahmat Allah untuk manusia sejagat. Tegasnya Allah sendiri telah menyebut di dalam AlQur’an:
    وَمَا أَرْسَلْنَاَكَ ِإلا رَحْمَةً للْعَالَمِيَنَ (107)
    Yang bermaksud:
    “Dan tidak Kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk ‘alam sejagat”. (Surah Al-Anbiya’ 21: 107)
    4.                  Peristiwa pembedahan perut RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam semasa Baginda tinggal bersama Halimah Al Sa’diyyah merupakan salah satu tanda keNabian dan tanda pemiihan Tuhan terhadapnya untuk sesuatu yang mulia.
    Peristiwa ini telah diperihalkan dengan betul dan benar melalui beberapaorang sahabat. Antaranya Anas bin Malik (RadiyaLlahu’anh) Perihalnya terdapat dalam kitab Hadith Muslim yang bermaksud:
    Sesungguhnya RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam telah didatangi Jibril ketika Baginda sedang bermain-main dengan sekumpulan kanak-kanak. Jibril ‘alaihi sallam telah merebahkan dan membelah betul-betul dengan hati dan mengeluarkannya kemudian dikeluarkan seketul darah sambil berkata, inilah sasaran syaitan ke hati engkau. Lepas itu dibasuhnya di dalam tas dan emas dengan air zam-zam barulah dimasukkah semula ke tempat asalnya dan kanak-kanak yang lain berkejaran la menemul ibu penyusunya Halimah melaung laung; Muhammad telah dibunuh dan mereka semua meluru ke arab Nabi Muhammad dan didapati pucat lesu.
    Hikmat llahi di sini bukanlah membuang buli-buli kejahatan. Allah sahaja yang lebih mengetahui dan tubuh badan RasuluLlah kerana kalaulah di sana terdapat buli-buli kejahatan yang merupakan sumber kejahatan maka sudah tentu boleh dirubah manusia jahat menjadi baik dengan cara pembedahan. Tetapi hikmat Ilahi yang jelas di sini ialah mengilklan dan mengisytiharkan keRasulan baginda dan menjadikannya ma’sum dan mempersiapkan baginda untuk menerima wahyu dan kecil lagi dengan cara yang boleh dilihat dengan mata kasar kerana dengai jalan ini membawa orang percaya dan beriman dengan risalah pengutusannya dengan mudah. Pembedahan tadi adalah pembersihan rohani dengan suatu cara yang boleh dinampakkan oleh pancaindera supaya inmi menjadi canang Ilahi kepada manusia seluruhnya dengan boleh dilihat dan didengar.
    Sebab yang membawa kita percayakan peristiwa pembedahan ialah kerana kebenaran dan sahnya cerita ini. Kalaulah perkara ini sudah jelas bak di tengahari maka tidak ada sebab—sebab yang boleh kita larikan dan kebenarannya. Tetapi bagi mereka yang lemah iman kepada Tuhan perkara ini membawa kepada kelemahan iman mereka terhadap keNabian dan keRasulan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. Orang yang seperti ini tidak ada bezanya sama ada mereka mengetahui atau tidak akan hikmat-hikmat Ilahi dan sebab-sebabnya.


    PERJALANAN YANG PERTAMA KENEGERI SYAM DAN USAHA MENCARI REZEKI HALAL 





    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA