FIQH
AL-SIRAH
Tulisan Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti
Tujuan mengkaji riwayat hidup RasuluLlah
dan penganalisaannya bukanlah semata-mata untuk melihat
kejadian-kejadian dan
episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita yang indah
sahaja. Oleh yang demikian tidak seharusnya kita rnenganggap kajian sejarah
hidup RasuluLlah ini sama dengan membaca dan menala’ah sejarah para pemerintah
(khali fah) di zaman purbakala.
Tujuan pokok dan kajian yang dimaksudkan ialah supaya
setiap Muslim dapat memahami, menganggap dan menggambarkan bahawa hakikat zahir
dan batin (defakto) Islam semuanya teradun di dalam penghidupan RasuluLlah itu
sendiri. Gambaran dan anggapan ini akan timbul dan wujud setelah Seseorang
Muslim itu dapat memahami dengan benar segala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip
dan dasar-dasar Islam satu persatu terlebih dahulu.
Tegasnya kajian riwayat hidup RasuluLlah SallaLlahu ‘a1aihi
Wasallam ini adalah suatu usaha mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar
Islam kemudian memadan dan menyesuaikan dengan contoh Islam iaitu Nabi Muhammad
SallaLlahu ‘alabi Wasallam.
Sekiranya perlu kita bahagikan tujuan-tujuan ini maka bo
lehlah dibahagikan seperti berikut:
1. Memahami peribadi Nabi Muhammad
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam menerusi penghidupan dan suasana hidup baginda sendiri.
Ini adalah untuk menentukan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam itu bukan
sebagai manusia pintar tetapi Ianya adalah pesuruh Allah Subhanahu Wa ta’ala
yang menerima Wahyu dan taufiq dariNya.
2.Supaya manusia seluruhnya dapat meniru
dan mengikut suatu contoh yang unggul dalam segenap lapangan hidup yang
harmoni, dari itu juga dapat dijadikan sebagai dasar dasar hidupnya. Andaikata
manusia ingin mencari suatu contoh terbaik bersifat universal, mereka akan
dapat Semuanya di dalam kehidupan Muhammad SallaLlahu ‘alai hi Wasallam, maka
tidák hairanlah mengapa Allah menjadikan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
itu sebagai contoh kepada umat manusia. Untuk demikian maka Allah telahpun
menegaskan dalam Kitab SuciNya:
لَقَْدْ آَاَنَ لَكُْمْ ِفِي رَسُوِلِ
الَّ لِهِ أسْوٌَةٌ حَسَنٌَةٌ لَمَن آَاَنَ يَرُْجُو الَّ لَهَ وَالْيَوَْمَ
الْآخَِرَ وَذَآََرَ الَّ لَهَ آَثِيًرًا (21)
Yang bermaksud;
Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu
menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu
(Al-Ahzab 33 : 21)
3.
Semoga kupasan tentang kehidupan Muhammad SallaL
lahu ‘alaihi Wasallam boleh menolong manusia mema hami dan mengecapi isi
kandungan Al-Qur’an lantaran banyaknya ayat-ayat Al-Qur’an yang dihurai dan
ditafsirkan oleh kejadian dan peristiwa-peristiwa sejarah hidup Nabi Muhammad
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.
4.
Agar setiap Muslim dapat mengumpulkan seberapa
banyak yang boleh perbendaharaan kebudayaan dan pe ngetahuan Islam yang sebenar
samada pengetahuan bersangkutan dengan ‘aqidah kepercayaan, hukum hakam’ dalam
Islam atau tatasusilanya. Lebih tegas lagi penghidupan RasuluLlah SallaLlahu
‘alaihi Wasallam adalah satu gambaran dengan dimensinya yang jelas bagi
prinsip-prinsip dan hukumhukum Islam.
5.
Membolehkan para pendidik penda’wah Islam
mencontohi dan mengajar, mengikut sistem pendidikan dan peng ajaran yang sihat
kerana Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sendiri adalah sebagai pendidik,
penasihat, guru dan pertunjuk yang utama, tidak pernah membuang masa begitu
sahaja malah sentiasa mencari dan menyiasat jalan jalan dan sistem—sistem
pengajaran yang terbaik semasa baginda (SallaLlahu ‘alaihi Wasallam) berda’wah.
Antara faktor yang menjadikan sejarah Nabi Muhammad
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ini mampu dan berupaya untuk sampai ke
matlamat—matlamat tadi ialah kerana sejarahnya lengkap meliputi segenap bidang
kehidupan sama ada segi kemanusiaan mahupun kemasyarakatan yang terdapat di
kalangan manusia lain; samada ianya sebagai seorang individu yang bebas dengan
faham pembawaannya atau sebagai seorang anggota masyarakat yang cergas dan
terpengaruh oleh unsur—unsur yang terdapat di dalam masyarakatnya.
Sejarah Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam meng bidangkan
kepada kita sejambak contoh utama bagi seorang pemuda yang waras; peribadinya
yang dipercayai orang di ka langan keluarga dan sahabat; seorang manusia yang
menyeru umat manusia ke jalan Allah secara lemah—lembut dan bersopan-santun;
seorang pejuang yang mengorbankan sepenuh usaha dan tenaga demi menyampaikan
seruan Allah; seorang ketua negara yang mendayung bahtera pemerintahan dengan
cekap dan pintar; seorang suami yang halus pergaulannya; seorang bapa yang
teliti dan bijak menyempurnakan kewajipan terhadap anak dan isteri; seorang
ketua turus agung peperangan yang cergas, penuh dengan tektik strategi persediaannya
dan seorang Muslim yang waras lagi bijak membahagikan dedikasinya kepada Allah,
keluarga dan sahabat handai (RadiyaLlahu‘anhum ajma’in).
Tidak syak lagi bahawa mempelajari sejarah hidup Muhammad
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ialah memahami semua sudut kemanusiaan.
SUMBER-SUMBER SEJARAH
RASULULLAH
Berhubung dengan sumber-sumber sejarah RasuluLlah bolehlah kita bahagikan
seperti berikut: Pertama: Kitabullah (A1-Qur’an)
Ianya merupakan sumber utama untuk memahami
garis-garis kasar penghidupan Muhammad RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.
Pendedahan sejarah hidup RasuluLlah dalam al—Qur’an melalui salah satu aliran
berikut:
a.
Memaparkan beberapa bahagian dati penghidupan
baginda, seperti ayat-ayat yang diturunkan mengenai peperangan Badar, Uhud, al
Khandaq atau al Ahzabjuga seperti kisah perkahwinannya dengan Zainab binti
Jahsy.
b.
Mengulas pertempuran-pertempuran dan
kejadian-kejadian ini adalah untuk memberi penjelasan selanjutnya kepada apa
yang dimusykilkan atau untuk menerangkan beberapa kesamaran tentang pertempuran
dan peristiwa-peristiwa atau untuk menarik perhatian umat Is1am terhadap
sesuatu iktibar. Sebenarya segala-galanya ini mempunyai makna dan hubungkait
yang amat rapat dan mesra dengan sejarah dan riwayat bidup RasuluLlah
SallaLlahu alaihi Wasal lam. Kesemuanya ini menampakkan kepada kita sebahagian
besar danpada aspek-aspek penghidupan RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
dan hal ehwal yang bersangkutan dengannya.
Sebenarnya pendedahan Al-Qur’an Al-Karim tentang
segala-galanya ini adalah terlalu ringkas dan padat, meskipun cara dan aliran
pendedahan tadi kadang kalanya berlainan di antara satu sama lain namun begitu
kesemuanya ini tetap memaparkan cebisan-cebisan dan penerangan secara ringkas
terhadap pertempuran dan kejadian yang bersejarah. Memang ini adalah jalan dan
aliran Al-Qur’an Al-Karim di dalam menceritakan perihal-perihal para Anbiya’
yang terdahulu dan umat manusia di zaman silam.
Kedua: Kitab Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (Hadith hadith).
Hadith-hadith Nabi yang sahih. Hadith yang
dimaksudkan di sini ialah isi kandungan Kitab-kitab Hadith yang terkenal dengan
kebenaran dan amanahnya, seperti Kitab Hadith Al Muwatta’ oleh Imam Malik, Al
Musnad oleh Imam Ahmad dan lain—lainnya.
Sumber yang kedua ini lebih luas dan terperinci dari yang
pertama. Sungguhpun begitu mungkin kita tidak dapat memberikan suatu gambaran
yang lengkap tentang kehidupan Rasu luLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sejak
dilahirkan hingga wafat nya kerana beberapa sebab:
a.
Oleh kerana Kitab-kitab Hadith ini disusun
mengikut maudu’ atau tajuk-tajuk fiqah ataupun mengikut unit-unit kajian yang
bersangkut dengan syari’at Islam maka hadith hadith yang menceritakan tentang
penghidupan RasuluLlah berselerak dan berkecamuk dalam maudu’-maudu’ fiqah.
b.
Oleh kerana para ahli hadith, terutamanya
penyusun kitab hadith yang enam tidak memerhatikan soal ini ketika
mengumpulkannya untuk disusun mengikut sejarah hidup RasuluLlah, apa yang
mereka titik beratkan ialah penyusunan mengikut maudu’ atau tajuk-tajuk fiqah
seperti yang disebut tadi.
Ketiga: Kitab-kitab Sejarah RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.
Perihal riwayat hidup Muhammad RasuluLlah
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam di zaman silam adalah melalui dan mulut ke mulut
tanpa mendapat perhatian untuk dibukukan, walaupun terdapat sebilangan kecil
yang cuba menitikberatkan perhatiannya terhadap kejadian dan
peristiwa-penistiwa dalam sejarahnya itu.
Setelah beberapa ketika terdapat beberapa orang cuba
mencatit riwayat hidup RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ala kadar yang sampai
ke pengetahuannya antara mereka seperti ‘Urwah
Ibnu Al Zubair (wafat, 92H), Abari
bin ‘Othnan (wafat, 105H), Wahb in
Manbah (wafat, I1OH), Syarhabil bin
Sa’d (wafat. 123H) dan Ibnu Syihab
Al Zubri (wafat, 124H).
Sayangnya apa yang dituliskan oleh mereka ini telah hilang.
Hanya tinggal-beberapa bahagian yang tercamuk, setengahnya terdapat dalam kitab
Al-Tabani manakala sebahagian yang lain pula tersimpan di bandar Heidelberg di
Jerman. Bahagian yang tersimpan di Jerman ini ialah sebahagian dan tulisan Wahb bin Manbah (1IOH).
Kemudian timbul pula satu angkatan penyusun riwayat hidup
RasululLah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam yang terkemuka antara mereka ialah Muhammiad bin Isbaq (wafat, 152H)
kemudian lapisan kedua, antara mereka ialah Al Waqidi (wafat, 207H) dan Muhammad
bin Sa’ad (wafat pada tahun 230H) penyusun kitab Al-Tabaqat Al-Kubra.
Ahli sejarah sebulat suara mengatakan bahawa apa yang
ditulis oleh Muhammad bin Ishaq
merupakan satu-satunya makiumat (dokumen) sejarah RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam yang paling benar dan boleh dipegang. Tetapi malangnya kitab beliau
yang berjudul Al Maghazi Wa Al Siyar
telah hilang dan kehilangannya mengakibatkan hilangnya intisari perpustakaan di
zaman itu.
Setelah masa beredar setengah abad lamanya
barulah timbul seorang jaguh yang lain iaitu Abu Muhammad Abdul Malek yang lebih dikenal dengan Ibnu Hisyam, beliau telah menghidangkan
kepada kita saringan sejarah RasuluLlah Sal laLlahu ‘alaihi Wasallam dengan
cara yang menarik sekali.
Sebenarnya apa yang dikarang oleh Ibnu Hisyam
itu adalah kandungan “Al Maghazi Wa Al
Siyar” yang dikarang oleh Ibnu Ishaq dalam bentuk ringkasan.
Ibnu Khillikan telah menegaskan dalam
bukunya begini:
“Ibnu Hisyam ini ialah orang yang
mengumpulkan Riwayat RasuluLlah daripada Kitab “Al Maghazi Wa Al Siyar” yang
dikarang oleh Ibnu Ishaq setelah disaring dan dibuat beberapa pembaharuan,
tambahan dan ringkasan. Kemudian hasil itu dikenali dengan nama “Sirah Ibnu
Hisyam “.
Akhirnya barulah orang lain cuba mengikuti jejak langkah mereka ini
dalam usaha mengarang dan menyusun sejarah hidup RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam, terdapat antara mereka yang cuba membentangkan pelbagai aspek hidup
Rasu luLlah SallaLlahu ‘alaibi Wasallam. Sebahagian dan mereka yang lain pula
cuba mengkaji sudut-sudut hidup Baginda yang tertentu, seperti Al Asfahani
dalam bukunya “Dala’il Al Nu buwwah” dan “Tanda-tanda Kenabian”. Imam Tarmidzi
pula dalam kitabnya (Al Asy Syamail) cuba menyingkap aspek yang tertentu dan
begitu juga Ibn Al Qayyim Al Jauziy
dengan bukunya “Zad Al Ma’ad”.