الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    Sirah Nabawiyah (Muhammad s.a.w) : Siri Akhir

    FIQH AL-SIRAH 

    Tulisan Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti 


    PEMULAUAN EKONOMI


    Melalui beberapa isnad hadith yang berlainan dan Musa bin ‘Uqbah daripada Ibnu Ishaq dan selain daripada mereka berdua menyebutkan bahawa pihak kafir Quraisy telah sebulat pendapat untuk membunuh RasuluLlah SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam. Keputusan ini telahpun disampaikan kepada Bani Hashim dan Bani ‘Abdul Mutalib tetapi mereka enggan menyerahkan RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam untuk tindakan nekad itu.
    Setelah golongan Quraisy tidak berjaya membunuh RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sebagai langkah yang telah dirancangkan sebelumnya mereka bermuafakat pula untuk memulaukan baginda dan sesiapa saja orang Islam yang bersamanya, demikian juga memulau Bani Hashim dan Bani ‘Abdul Mutalib yang mempertahankan baginda. Untuk mencapai tujuan itu mereka telah menandatangani satu perjanjian bertulis
    di mana mereka tidak akan mengahwini, berjual-beli dengan mereka yang diputuskan hubungan itu, menyekat sumber-sumber rezeki yang mengalir kepada kalangan mereka, tidak menerima sebarang perdamaian dan tidak akan berkasihan belas kepada mereka kecuali setelah Bani ‘Abdul Mutalib menyerahkan RasuluLlah kepada mereka untuk dibunuh. Naskah perjanjian itu digantung di dalam ruang Ka’bah.
    Seluruh kafir Quraisy berpegang kepada perjanjian itu untuk selama tiga tahun yang bermula dan bulan Muharram tahun ketujuh hingga tahun kesepuluh selepas kebangkitan baginda sebagai RasuluLlah. Ada pendapat yang mengatakan pemulauan itu berjalan selama dua tahun sahaja.
    Riwayat Musa Bin ‘Uqbah menunjukkan peristiwa itu berlaku sebelum perintah baginda kepada sahabat-sahab berhijrah ke Habsyah malah suruhan baginda untuk berhijrah ke Habsyah ialah semasa pemulauan ini berlaku manakala riwayat Ibn Ishaq pula menunjukkan perjanjian pemulauan ini berlaku selepas perintah berhijrah ke Habsyah dan selepas Islamnya ‘Umar bin Ibnu Khattab RadhiyaLlahu ‘anh.
    Bani Hashim, Bani ‘Abdul Mutalib dan orang yang bersama mereka dan orang Islam termasuklah RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam telah dikepung dan dipulau di lorong Syi’ab Bani Al-Mutalib kerana Makkah terdiri dan lorong-lorong, (Syi’ab) yang bercabang-cabang. Bani Hashim dan Bani ‘Abdul Mutalib yang Islam dan yang kafir berkumpul di lorong-lorong itu. Orang-orang Islam berkumpul kerana beragama, manakala yang kafir pula kerana semangat hamiyyah kecuali Abu Lahab, (‘Abdul ‘Uzza bin ‘Abdul Mutalib) keluar menyertai Quraisy dengan mencabar RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan sahabat—sahabatnya.
    RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam bersama—sama orang Islam bertungkus-lumus dan berjuang bersungguh-sung guh dalam masa tiga tahun ini. Dugaan ke atas mereka terlalu berat. Dalam hadith sahih menceritakan bahawa mereka bertungkus-lumus menghadapi suasana ini. Diceritakan bahawa mereka terpaksa makan daun-daun dan pucuk kayu. Al-Suhaili menceritakan kalaulah unta-unta perniagaan tiba di Makkah, datanglah salah seorang sahabat RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam untuk membelikan bahan makanan untuk keluarganya maka di kala itu Abu Lahab pun melaungkan dengan katanya: “Wahai peniaga naikkan harga barang kamu ke atas sahabat—sahabat Muhammad supaya mereka tidak mampu membeli sesuatu pun dan kamu Lantas peniaga—peniaga tadi pun melipatgandakan harga jualan mereka sehingga sahabat RasuluLlah terpaksa pulang dengan tangan kosong menemui anak-anak di rumah yang melolong dengan kelaparan.
    Sebaik sahaja masuk tiga tahun dan tarikh pengepungan, satu kaum dan Bani Qusai memarah sesama sendiri. Kelompok mereka bersepakat untuk melanggar perjanjian mereka. Di masa yang sama Allah Subhanahu Wata’ala telah mengutuskan anai-anai menggigit serta menggerit naskhah perjanjian yang digantung di d ruang Ka’bah menggerit keseluruhan perjanjian. Tidak ada suatu pun yang tertinggal kecuali ayat—ayat yang tersebut perkataan nama Allah ‘Azzawajalla sahaja.
    Kejadian ini telah diceritakan oleh RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam kepada bapa saudaranya Abu Talib. Setelah ditanya balik oleh Abu Talib, “Apakah Tuhan engkau telah memberitahu kepada engkau.” Jawab Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam “Ya”. Kemudian Abu Talib pun bersama beberapa orang kaumnya pergi menemui Quraisy dengan meminta dan mereka membawa datang naskhah perjanjian mereka dulu dengan mengisyaratkan kepada mereka yang ianya seolah-olah tunduk kepada seteru-seteru mereka dahulu dan mereka pun membawa keluar naskhah itu dengan keadaannya yang masih berlipat lantas berkatalah Abu Talib “Anak saudaraku telah memberitahu aku dan hingga kini beliau belum pernah berbohong, di mana Allah Ta’ala telah menghantar anai-anai untuk menggerik naskhah perjanjian kamu ini dan memakan setiap nas perjanjian yang zalim dan yang memutus kan hubungan silaturrahim. Sekiranya kata-katanya itu benar, sedarlah kamu dan kembalilah semula dan jalan jahat kamu itu kepada Allah. Kami tidak akan menyerahnya kepada kamu. Biar kami mati kesemuanya tetapi kalau apa yang diceritakannya itu dusta maka kami akan serahkannya kepada kamu dan lakukanlah apa yang kamu suka ke atasnya.” Lalu mereka menjawab: “Ya kami setuju dengan segala apa yang kamu ucapkan itu. Dengan itu mereka pun membuka naskhah perjanjian dan didapatinya tepat seperti mana yang diceritakan oleh Al—Sadiq al-Masduq (yang benar lagi membenarkan) SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. Tapi mereka menjawab: “Ini adalah sihir anak saudara kamu itu.” Oleh itu mereka makin bertambah sesat dan bertambah bermusuh. 
    Selepas peristiwa itu lima orang pemuda Quraisy keluar melanggar perjanjian yang telah dipersetujui dahulu dan menamatkan pengepungan pihak Quraisy. Mereka ialah:Hisham Bin ‘Amru Bin Al-Harith, Zuhair bin Umayyah, Al Mut’am Bin ‘Adi, Abu A1-Bakhtari bin Hisham dan Zam’ah bin AlAswad.
      Orang yang mula-mula bergerak melanggar perjanjian dan berterus—terang mengajak ke arah itu ialah Zuhair Bin Ummayah. Beliaulah yang telah membelah masuk di tengah orang ramai di Makkah sambil melaung; “Wahai penduduk Makkah apakah layak kita memakan makanan dan memakai pakaian sedangkan Bani Hashim dan Bani ‘Abdul Mutalib dimamah kebinasaan; tidak siapa berjual—beli dengan mereka, demi Allah aku tidak duduk sahaja hinggalah aku menentang perjanjian pemulauan yang kejam ini.
    Kemudian empat orang yang lain pula bangun menyuara nada yang sama di mana A1-Mut’am Bin ‘Adi bangun meluru ke arab naskhah perjanjian dan mengoyakkannya. Lepas itu kelima—lima mereka bersama—sama dengan satu jama’ah bergerak menuju ke hadapan Bani Hashim dan Bani ‘Abdul Mu talib dan orang-orang Islam lain yang bersama dengan mereka lalu menyeru agar mereka yang dipulau itu keluar dan rumah mereka (supaya mereka bebas dan pemulauan kaum Quraisy).

    PENGAJARAN DAN PENGI’TIBARAN

    Inilah operasi pemulauan yang kejam. Cubalah saudara bayangkan kesengsaraan yang dialami oleh RasuluLlah SallaL lahu ‘alaihi Wasallam dan sahabat—sahabatnya selama tiga tahun. Kita telah perhatikan di mana Musyrikin dan keturunan Bani Hashim dan Bani ‘Abdul Mutalib telah turut menanggung akibat buruk bersama—sama orang—orang Islam dan mereka tidak rela meninggalkan RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam keseorangan.
    Kita tidak mempunyai cerita yang panjang mengenai golongan musyrikin itu dan sebab pendirian mereka. Apa yang mendorongkan mereka ialah semangat hamiyyah kekeluargaan dan keturunan di samping keengganan mereka menerima kehinaan sekiranya mereka bertindak meninggalkan dan melepaskan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ke tangan Musyrikin Quraisy yang bukan dan keturunan Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib yang akan bertindak membunuh dan membina sakannya tanpa memperdulikan soal ‘aqidah dan ugama.
    Di sini mereka telah mengutamakan untuk berpegang kepada dua prinsip yang tertanam di dalam jiwa mereka.
    Pertama: Kekal dengan syirik dan keangkuhan mereka dan menolak kebenaran yang dibawa oleh RasuluLlah SallaL lahu ‘alaihi Wasallam.
    Kedua: Tunduk dan patuh kepada semangat hamiyyah kekeluargaan yang mengajak mereka mempertahankan keluarga karib dan kekafiran dan kezaliman pedagang yang merantau tanpa memperdulikan samada tindakan mereka itu berlandaskan kebenaran atau kebathilan, manakala orangorang Islam pula yang dikepalai oleh RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, kesabaran mereka hanyalah kerana mematuhi suruhan Allah dengan mengutamakan akhirat dan dunia, di mana dunia pada mereka ialah dipangkuan keredhaan Allah ‘Azzawa jalla. Inilah yang perlu kita bincangkan di sini.
    Kemungkinan saudara mendengar suara golongan pendokong kebathilan dan kalangan penyerang ideologi yang profesional menda’wa bahawa semangat asabiyyah (kesukuan) Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib memainkan peranan di belakang da’wah RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. Semangat inilah yang mengawal, menjaga dan memagari perjalanan RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. Dalilnya ialah sikap mereka yang negatif terhadap operasi pemulauan Quraisy ke atas orang— orang Islam.
    Kenyataan ini merupakan tuduhan yang tidak berasas. Nampak sangat yang ianya tidak dapat dikaburi dengan tirai logika walau dalam bentuk zahir sekalipun. Ini adalah satu perkara yang sangat bersifat tabi’e di mana semangat jahiiyyah keturunan dan kekeluargaan Bani Hashim dan Bani ‘Abdul Mutalib membawa pendokongan mempertahankan jiwa anak saudara mereka ketika adanya tangan ganjil yang mengugut keselamatannya.
    Semangat kekeluargaan jahiliyyah yang mendorong mereka ke arah kefanatikan sebegini rupa tidak akan melihat sebarang prinsip dan tidak pula terpengaruh dengan kebenaran atau kebathilan kerana ianya adalah asabiyyah semangat kekeluargaan dan tidak ada yang lain dan itu. Oleh yang demikian memang boleh terdapat pada keluarganya dua sifat yang berlainan dan bertentangan secara zahir sifat takabbur dan angkuh serta ingkar terhadap da’wahnya.
    Yang kedua ialah memihak kepada baginda dengan penentangan terhadap kafir Quraisy. Namun demikian apakah faedah yang diperolehi oleh Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam hasil penyertaan mereka bersama-samanya itu. Mereka telah diseksa sebagaimana seksaan yang diterima oleh RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan sahabat-sahabatnya. Pihak Quraisy tetap juga meneruskan rancangan pemulauan mereka terhadap kaum Muslimin dengan ganas dan kejam sebagaimana yang mereka telah putuskan itu tanpa dapat diredakan óleh Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib barang sedikitpun.
    Yang penting ialah supaya saudara rnenyedari bahawa perlindungan yang diberi oleh kaum keluarga RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam kepadanya bukanlah perlindungan kepada risalah yang dibawanya itu tetapi perlindungan kepada diri RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam yang berdagang keseorangan itu. Sekiranya perlindungan itu dapat dipenuhi oleh kaum Muslimin dengan jalan jihad dan penguasaan ke atas kaum kafir serta dapat menolong sebarang helah jahat dan perseteruan mereka alangkah bahagianya bagi orang yang terpuji ini dan merupakan sebaik jalan yang sepatut mereka sedari.
    Adapun RasuluLLah bersama-sama para sahabatnya yang Mu’min pula, apakah sebab yang membawa mereka sanggup berhadapan dengan tekanan yang mencekik ini? Dan apakah matlamat yang mereka harapkan di sebalik kecekalan hati berhadapan dengan kepahitan ini? Dengan apakah untuk dijawab dengan pertanyaan ini? Itulah pandangan mereka yang mentakwilka dan membayangkan bahawa Risalah Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan keimanan para sahabatnya dengan Risalahnya itu adalah pemberontakkan kiri terhadap kanan atau dengan ertikata yang lain tindakan itu merupakan pemberontakkan golongan tertindas terhadap golongan atasan yang mewah.
    Cuba saudara gambarkan rangkaian peristiwa yang telah kita bentangkan itu. Rangkaian tekanan dan penyiksaan terhadap penbadi Rasulullah dan kaum Muslimin. Lepas itu cuba saudara menjawabnya berdasarkan kepada rangkaian penyiksaan tadi. Apakah benar da’wah Islamiyyah itu satu pemberontakkan ekonomi yang didesakkan oleh kebuluran dan didorong oleh hasad-dengki terhadap peniaga-peniaga Makkah dan pengusaha-pengusaha ekonomi?
    Kaum musyrikin sebelum ini telah pun menawarkan kepada baginda RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam kekuasaan, kekayaan dan kepimpinan dengan syarat baginda melepaskan diri dan da’wah Islamiyyah. Apakah sebabnya baginda Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasailam tidak menerima tawaran itu? Dan kerana apa pula sahabatnya tidak melawan dan menentang RasuluLlah sekiranya matlamat perjuangan mereka hanya sekadar untuk mengisi perut? Di hari RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam bersama para sahabatnya berhijrah ke Madinah mereka telah meninggalkan segala harta; tanah dan milikan mereka yang lain menuju bulat ke Madinah Al—Munawwarah dengan merongkaikan diri mereka dan sebarang tambatan harta yang biasanya tidak boleh dilakukan oleh orang yang tamak.
    Mereka memburu keimanan dengan Allah Subhanahu Wata’ala yang tidak boleh diganti dengan sesuatu yang lain, tanpa menilai sesuatu pun terhadap dunia yang terlepas dan tangan mereka dan kekuasaan beredar dan mereka. Apakah ini dalil bagi membuktikan gerakan mereka itu satu pemberontakan kiri memperjuangkan sesuap makanan?
    Boleh jadi alasan mereka pada sudut pandangan yang mereka buat ini kerana dua perkara berikut:—
    Pertama: Golongan sahabat RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam di Makkah terdiri kebanyakan mereka dan golongan kafir miskin, golongan hamba ‘abdi dan golongan tertindas. Ini membuktikan bahawa dengan mengikut Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam mereka boleh menyuarakan penindasan yang berlaku ke atas mereka dan dengan harapan di suatu masa mereka boleh mencapai suatu taraf ekonomi yang lebih baik di bawah lindungan agama baru ini.
    Kedua: Golongan para sahabat ini tidak lama kemudian menikmati pintu kekayaan dunia terbuka di hadapan mereka, kesenangan datang menggolek. Ini membuktikan bahawa perencanaan RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam memang bermatlamat pencapaian ini.
    Sekiranya saudara mengamati cara penyimpulan alasan yang mereka buat ke atas sudut pandangan mereka dengan dua hakikat di atas dapatlah saudara menyelami betapa jauhnya khayalan yang menguasai ‘akal pemikiran dan cara mereka berfikir.
    Adapun kumpulan atau jama’ah pertama dan golongan para sahabat RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam terdiri dan pada lapisan fakir-miskin dan hamba abdi. Memang benar tetapi kebenaran hakiki ini tidak ada kena—mengena atau kaitan dengan khayalan mereka. Sebenarnya suatu syari’at itu bertujuan menegakkan ke’adilan di kalangan semua manusia dan menghancurkan setiap kekuasaan yang zalim, kejam dan sombong. Memang menjadi suatu kenyataan yang boleh diterima bahawa golongan yang zalim, kejam dan sombong akan memerangi mereka kerana golongan ini menelurkan kebencanaan lebih daripada kemanfa’atan. Suatu hakikat yang nyata golongan tertindas dan mustadh’afin mengalualukan RasuluLlah malah oleh setiap manusia yang tidak ada saham dalam kezaliman—kezaliman, kerana mereka menerima kebaikan lebih daripada kebencanaan atau mereka paling kurangnya tidak ada banyak sangat masalah dengan manusia lain yang boleh menimbulkan kesan buruk terhadap diri mereka.
    Kebanyakan orang yang di sekeliling RasuluLlah sudah yakin bahawa RasuluLlah berada di atas landasan kebenaran dan baginda adalah seorang nabi yang diutus. Jadi bagi golongan pemimpin dan penagih kekuasaan dan kedudukan mendapati tabi’at dan suasana yang semulajadi yang ada pada mereka menghalang mereka dan tunduk dan menerima kebenaran itu malah menolak pencernaan ke dalam diri mereka. Ada pun golongan lain tidak ada suatu alasan pun yang boleh menyekat mereka dan beriman. Sebab itu mereka beriman dan yakin dengannya. Di sini apakah hubungan di antara hakikat ini yang boleh difahami setiap pengkaji dengan apa yang disangka oleh golongan (seteru yang profesional) itu.
    Adapun perancangan da’wah Islamiyyah yang telah dilalui oleh RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam adalah bertujuan supaya orang Islam menguasai sumber kekayaan; menawan tempat pemerintahan beraja dan mencabut kekuasaan mereka dengan alasan bahawa orang Islam telah mencapai kesemuanya itu. Demi Allah sebenannya usaha ini bagaikan usaha mencantumkan timur dan barat di suatu tempat.
    Sekiranya kaum Muslimin telah berjaya membuka negeri Rom dan Parsi di dalam tempoh yang singkat, setelah mereka beriman dengan Allah melalui Islam mereka, apakah ini boleh menjadi alasan bahawa mereka memeluk Islam kerana tamak haloba untuk menguasai tempat pemerintahan Rom dan
    Parsi.
    Kalaulah mereka memeluk agama Islam dengan niat untuk mencapai kepuasan hawa nafsu keduniaan dalam apa bentuk sekalipun, maka cita—cita tersebut tidak akan dicapai dan maksud pembukaan negeri-negeri tersebut juga tidak akan terlaksana.
    Sekiranya persiapan bala tentera peperangan Al—Qadasiyyah yang dibuat. oleh ‘Umar Radiya’Llahu‘anh dan mengucapkan selamat jalan kepada pengerusi agongnya Sa’ad bin Abi Waqqas sebagai satu persiapan yang bertujuan menawan gedung khazanah Kisra, melilih air liurnya mengidam dan terlalu bercita-cita sangat untuk menguasai kesenangan dan kemewahan Kisra itu dan keinginan sangat untuk duduk di atas kerusi ‘arasynya maka sudah pasti Sa’ad tidak akan kembali kecuali dengan bebanan kekalahan dan kehinaan. Sebaliknya persiapan dan pemergian itu adalah atas dasar keyakinan mereka dengan Allah Subhanahu Wata’ala dalam jihad (mereka) untuk menegakkan agamaNya dan Allah membenarkan mereka dengan segala apa yang telah dikurniakan kepada mereka dengan menyerahkan kekuasaan pemerintahan kepada mereka dan memberi kesenangan kepada mereka yang tidak pernah mereka khayalkan.
    Sekiranya pengumpulan harta dan kesenangan hidup itu menjadi angan-angan yang membuai perasaan orang Islam dalam peperangan Al-Qadasiyah masakan sanggup Rub’i Bin ‘Amir Radiya’Llahu ‘anh ketika masuk ke dalam singgahsana Rustam yang terhias dengan permaidani yang gebu, menikamnikam dengan tombaknya sehingga carik-carik kemudian beliau berkata kepada Rustam: “Sekiranya kamu memeluk ugama Islam kami akan tinggalkan kamu, bumi kamu dan harta kamu!....” Apakah ini jawapan yang diberi oleh segolongan yang datang untuk tujuan merampas kekuasaan bumi dan harta orang. Persoalannya tidak lain daripada terlaksananya Qanun Allah yang telah ditentukan.


    Yang bermaksud:
    “Dan kami hendak memberi kurnia kepada orang orang yang tertindas di muka bumi itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi)”.
    (Surah Al—Qasas: 28:5)
    Qanun ini mudah sekali difahami oleh ‘aqal iaitu apa jenis ‘aqal sekalipun tetapi dengan satu syarat iaitu hendaklah orangnya bebas dan segala macam bentuk ‘ubudiyyah atau perhambaan kepada mana-mana tujuan dan kehendak.
    Allah Subhanahu Wata’ala telah memulia dan mengurniakan mereka dengan segala kemudahan dunia kerana mereka tidak memikirkan dengan segalanya itu tetapi seluruh pemikiran mereka hanyalah bagi mencari keredhaan Allah Subhanahu Wata’ala semata-mata.
    Sekiranya mereka bertujuan di dalam jihad mereka itu untuk mencari kemewahan dan kemudahan dunia pasti tidak akan mereka sampai dan capai sepertimana apa yang telah mereka capai itu.

    HIJRAH PERTAMA DALAM ISLAM


    Setelah RasuluLlah meihat penyiksaan puak Quraisy terhadapnya dan penderitaan pengikut baginda yang amat sangat dan baginda tidak sanggup lagi untuk melindungi mereka maka baginda sendiri mengemukakan pendangan supaya umat yang kecil bilangannya itu berhijrah ke Habsyah (Ethiopia) kerana rajanya di kala itu tidak kejam. Mereka dianjurkan tinggal di sana buat sementara sehingga Tuhan membuka jalan dan ke lapangan di masa muka. Kaum muslimm pun menerima baik pandangan RasuluLlah itu lalu mereka pun berhijrah beramai-ramai untuk melindungi diri di sana. Di antara mereka yang terkemuka yang turut sama ialah: ‘Uthman bin ‘Affan isterinya Ruqaiyah puteri RasuluLlah, Abu Huzaifah dan isterinya, Al Zubair bin A1-Awwam, Mus’ab bin ‘Umair dan ‘Abdul Rahman bin ‘Auf. Jumlah kesemuanya lebih kurang dalam lapan puluh orang.
    Bila puak Quraisy melihat kejadian ini mereka terus mengirimkan perutusan ke hadapan Najasyi maharaja Habsyah yang terdiri daripada ‘Abdullah bin Abi Rabi’ah dan Amru bin A1’Ash (mereka belum memeluk agama Islam). Perutusan ini membawa cenderamata yang banyak kepada maharaja sendiri, pengiring dan abli agamanya dengan harapan yang Najasyi akan menghalau semua orang Islam, dari Habsyah dan menyerah kembali mereka kepada seteru Islam iaitu puak Quraisy.
    Tujuan mereka membawa hadiah-hadiah dan ganjaran yang banyak itu ialah untuk menawan hati Najasyi dan dengan itu beliau akan menyerah kepada mereka orang-orang Islam. Tetapi Najasyi enggan menyerah sesiapapun melainkan sesudah bersoal jawab tentang agama baru yang mereka anuti itu. Orang Islam pun masuk ke hadapan Najasyi di mana dua orang utusan Quraisy berada di samping Najasyi, raja Habsyah. Najasyi pun meminta dan orang Islam supaya menerangkan tentang diriereka dan agama baru mereka anuti itu.
    Ja’far bin Abi Talib pun bangun dan berucap: “Kehadapan maharaja, sebenamya kami ini di masa—masa dahulu iaitu di zaman jahiiyyah menyembah berhala, memakan bangkai, melakukan kejahatan, berperang, berkelahi, yang kuat menganiaya yang lemah sehinggalah Allah mengutus seorang Rasul dan kalangan kami juga. Beliau itu memang terkenal dengan kejujuran, amanah, suci pekerti dan utusan Allah itu menyeru kami supaya bercakap benar, bersifat dengan sifat yang terpuji, jujur, ikhlas dan beramanah, menyeru kami menyembah Tuhan yang Maha Esa dan meninggalkan penyembahan berhala, berbaik-baik dengan jiran tetangga, meninggalkan kejahatan dan peperangan yang berlarutan serta segala sesuatu yang terkeji, seruannya tadi kami terima dengan baik. Segala yang di bawanya kami percaya sepenuhnya tetapi kaum kami termasuk dua orang utusan ini menyiksa dan menekan kami supaya kami balik semula kepada agama yang lama iaitu menyembah berhala. Setelah kami berasa sesak dan benar— benar di dalam penyiksaan yang tidak dapat kami menanggungnya maka kami keluar dan ke negara tuanlah yang kami pilih. Semoga dapat kami berlindung di sini jauh dan penyiksaan dan kezaliman.”
    Sekali lagi Najasyi meminta supaya mereka membentangkan antara apa yang dibawa oleh utusan Allah (Nabi Muhammad) tadi daripada Tuhannya. Ja’far bin Abi Talib sekali lagi bangun dan membaca ayat-ayat yang pertama dan surah Mariam.
    Setelah Najasyi mendengarnya beliau menangis sehingga airmata mengalir membasahi pipi dan janggutnya dan kemudian beliau berkata: Sesungguhnya apa yang kau baca tadi dengan apa yang dibawa oleh ‘Isa ‘alaihissalam adalah dan sumber yang sama. “Lepas itu beliau berpaling kepada dua orang utusan Quraisy dan katanya: “Beredarlah kamu dan sini dan sekali-kali aku tidak akan menyerahkan mereka ini”.
    Sebagai percubaan yang terakhir untuk menggoda Najasyi mereka menegaskan yang orang-orang Islam yang datang ke sini terlalu sangat mengecam ‘Isa dan Maryam. Sekali lagi Najasyi menyoal orang Islam tentang pandangan Islam terhadap ‘Isa dan Maryam. Buat pertama kalinya Ja’far menjawab dengan katanya: “Tentang ‘Isa dan Maryam pada pandangan kami dan orang-orang Islam seluruhnya seperti mana yang dibawa oleh Nabi kami Muhammad SallaLlahu ‘alaibi Wasal lam, ‘Isa itu adalah seorang hamba Allah setelah dimasukkan roh dan kalimatnya ke dalam jiwa Maryam dara yang suci.
    Najasyi pun menunjukkan persetujuan dan sependapat dengan apa yang dikemukakan oleh Ja’far
    tadi.
    Al-Najasyi menyerah kesemua kembali hadiah yang dipersembahkan kepadanya dan disebaliknya ia bertambah mesra dengan orang-orang Islam dan lebih berazam untuk melindungi mereka. Utusan Quraisy itu pulang diburu kegagalan.
    Setelah beberapa lama mereka tinggal di Habsyah di bawah lindungan maharajanya maka sampailah berita kepengetahuan mereka yang penduduk Makkah telah memeluk agama Islam, dan dengan pengkhabaran tersebut tanpa berlengah mereka berundur diri dan Habsyah hendak pulang kepangkuan Makkah tempat tumpah darah mereka. Tetapi alangkah buruk padahnya setelah mereka tahu berita tadi adalah palsu. Sungguhpun yang demikian mereka terpaksa masuk ke Makkah Secara sulit dan bersembunyi-sembunyi agar tidak diketahui oleh pihak Quraisy manakala sebahagian yang lain pula memasuki kota Makkah dengan meminta perlindungan dan beberapa pembesar Quraisy, antara mereka ialah ‘Uthman bin Maz’un di bawah perlindungan Al-Walid bin Al-Mughirah dan Abu Salamah di bawah jagaan dan perlindungan Abu Talib. Adapun jumlah yang pulang ke Makkah masa itu tiga puluh tiga orang.

    PENGAJARAN DAN RENUNGAN

    Dan episod hijrah ke Habsyah dapat kita simpulkan tiga petanda yang penting:
    1. Pertama — Berpegang teguh dengan agama serta menegakkan rukunnya merupakan asas segala kekuatan dan perisai yang wajib untuk mempertahankan hak seseorang. Harta benda negara, kebebasan dan kemuliaan diri yang demikian adalah menjadi kewajipan tiap-tiap penganjur da’wah Islamiyyah dan para Mujahid hendaknya mengerahkan segala tenaga dan kekuatannya demi mempertahankan kesucian agama ini dan Sebarang pencerobohan. Negara juga menjadi tapak untuk menegakkan agama dan harta kekayaan hidup pula sebagai senjata untuk mempertahankan kedaulatan dan kesucian agama. Andaikata keadaan terpaksa menggadaikan segala sesuatu demi kesucian agama maka di masa itu mestilah dilakukan apa saja bagi membolehkannya membela agama.
    Tidak ada erti hidup tanpa agama, tidak ada erti hidup sekiranya agama sudah hancur, malah penghidupan tanpa agama lambat laun akan musnah dan binasa. Sekiranya agama dapat mengambil tempatnya dalam tiap hati sanubari manusia, suruhannya dapat dipraktikan di dalam masyarakat, percayalah bahawa segala apa yang dikorbankan demi kesucian agama itu tidak hilang begitu saja malah bangsa itu dianggap segagah-gagah bangsa dara dan kesucian agamanya tidak dicerobohi.Ini adalah undang-undang Tuhan di muka bumi ini sejak dahulu lagi, di mana kekuatan rohani merupakan bekalan pelindung dan ‘azimat untuk mengawasi dan mengawal kedaulatan dan keutuhan kebendaan setiap bangsa yang tinggi akhlaq, ‘aqidah kepercayaannya yang sihat dan penghidupan kemasyarakatannya yang harmoni, maka suasana kebendaannya juga turut seimbang dan kukuh. Bangsa yang pincang, masyarakat yang akhlaqnya sudah runtuh dan ‘aqidah pegangan sudah tidak ada lagi maka percayalah suasana material dan sumber kekayaannya juga akan turut runtuh menjunam ke dasar kehancuran yang menyeluruh.
    Kemungkinan engkau akan bertemu dengan satu bangsa di mana pemasyarakatannya sudah pincang dan perjalanan rohaninya sudah tempang tetapi masih lagi tegak dan gagah ekonomi dan materialnya. Sebenarnya bangsa ini dalam perjalanan kejurang kehancuran. Mungkin engkau tidak nampak dan rasa perjalanannya ini kerana umur manusia terlalu singkat, perjalanannya menuju ke jurang kehancuran ini dapat dilihat dan mata sejarah sahaja dan sejarah sahaja yang menjadi saksi.
    Kemungkinan juga engkau akan bertemu dengan suatu bangsa yang begitu merosot ekonominya kerana mempertahankan ‘aqidah kepercayaannya yang suci dan ingin membina sebuah masyarakat yang adil dan sihat. Percayalah masa kemerosotan ekonomi ini tidak akan berlarutan dan di dalam beberapa masa yang singkat sahaja, bangsa ini akan bangun menyuburkan penganjur ideologinya akan membimbing tangan rakyat jelatanya untuk membangunkan semula kemajuan ekonomi dan tidak berapa lama terlihatlah satu bangsa yang kuat pegangannya dalam ‘aqidah dan ekonominya kembali stabil, iaitu satu bangsa yang lemah tetapi kembali kuat dan makmur kerana mempertahankan kedaulatan agamanya.
    Kita tidak akan dapat suatu contoh yang sihat tentang ‘alam manusia dan penghidupan kecuali di dalam ‘aqidah kepercayaan Islam sahaja. Ini ialah kerana Islam agama Allah untuk selunuh hambaNya, begitu juga kita tidak akan dapat suatu sistem masyanakat yang tersusun rapi kecuali Islam saja yang sanggup rnerangka dan rnenyusun sistem dan penencanaan masyarakat yang adil. Oleh itu maka antara teras—teras da’wah Islamiyyah ialah mengorbankan harta benda, negara dan penghidupan seluruhnya demi mempertahankan kedaulatan Islam. Pengorbanan demikian akan memberi jaminan kepada keselamatan kekayaan negara dan penghidupan rakyatnya.
    Untuk yang demikian maka diadakan dan disyara’kan sistem berhijrah dalam Islam di mana RasuluLlah telah menyuruh sahabatnya berhijrah ke luar negeri setelah mereka menerima penghinaan dan penyiksaan yang amat sangat dan puak Quraisy.
    Penghijrahan yang berlaku itu bukanlah mengelakkan dan penyiksaan dan sengsara tetapi ianya merupakan penukaran dan suatu sengsara kepada yang lain, dan satu pançaroba kepada pancaroba yang lain sementara menunggu kemenangan yang sejati.
    Maka kerana itulah hijrah disyari’atkan, dan Rasul SallaLlahu ‘alaihi Wasallam mengarahkan sahabat-sahabatnya berhijrah ke Habsyah, ini merupakan hijrah pertama setelah menghadapi berbagai derita dan pihak musyrikin, hijrah ini bertujuan menjauhi fitnah yang akan menjejaskan agama Islam, Rasul mengarahkan supaya sahabat-sahabatnya berhijrah keluar me ninggalkan negara mereka sendiri.
    Kita semua maklum bahawa Makkah di waktu itu bukanlah sebuah negara Islam; hijrah ini ditimbulkan pertanyaan:
    “Mengapa para sahabat Nabi meninggalkan negara Islam (Makkah), mereka lari kerana menyelamatkannya ke negara kafir (Habsyah)?” Jawabnya: “Di waktu itu sama ada Makkah atau Habsyah malah mana-mana negara pun adalah sama, iaitu bukan negara Islam, jadinya di mana saja ada kemudahan bagi para sahabat itu untuk menghayati Islam dan berda’wah untuk Islam, maka di situlah sesuai untuk mereka tinggal.
    Sementara berhijrah atau meninggalkan negara Islam, hukumnya antara wajib, hams dan haram; wajib berhijrah sekiranya tidak ada kemampuan kepada orang muslim untuk menegakkan syiar dan syariat Islam seperti azan, salat, puasa, haji dan sebagainya , hams jika negara Islam ditimpa bala bencana hingga menyempitkan hidup, maka hams (tidak wajib dan tidak haram) keluar berhijrah ke negara Islam yang lain. Sebaliknya adalah haram berhijrah dan negara Islam jika sekiranya dengan hijrah itu sudah pasti membuat orang yang berhijrah itu lalai dan cuai terhadap walaupun satu di antara ke wajipankewajipan Islam yang orang lain tidak mampu melak sanakannya. (Lihat Taf Al-Qurtubi.J.5.H.350, dan Ahkamul Qur’an Ibnul ‘Arabi.J.2.H.887.)
    2.                  Kedua: Menunjukkan titik percantuman dan inter grasi di antara dua agama iaitu, agama yang dibawa oleh Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan agama yang dibawa oleh Isa ‘alaihissalam. Najasyi yang menjadi maharaja Habsyah negeri tempat orang-orang Islam berhijrah dan tumpang berlindung adalah pemeluk agama Nasrani yang sejati penuh kepercayaan dan keikhlasan terhadap Nasraninya. Sebagai bukti keikblasan dan kepercayaan yang penuh beliau tidak akan memihak kepada mana-mana pihak yang bercanggah dengan ‘aqi dah pegangannya yang dibawa oleh Isa ‘alaihissalam.
    Kalaulah benar seperti mana yang dihebubkan oleh segolongan manusia yang menda’wa diri mereka adalah pengikut ‘Isa sejati, bahawa ‘Isa itu anak Tuhan SubhanaLlah dan ianya adalah salah satu dari uknum yang tiga, maka sudah tentu maharaja Najasyi juga seperti mereka ini, kerana setahu kita Maharaja Najasyi adalah antara manusia yang paling ikhlas kepada agama Knstian. Kalaulah keadaan begitu maka awal-awal lagi ia akan menghalau orang-orang Islam keluan dari negerinya dan setelah mendengar seorang Islam yang mewaidli pendapat orang Islam seluruhnya mengenai ‘Isa.
    Apa yang kita nampak bahawa Najasyi adakalanya begitu secocok dengan pandangan Islam malah ia sendiri menegaskan dengan katanya, “Bahawa apa yang dibawa oleh ‘Isa dan Muhammad itu dari sumber yang sama.” Penegasan ini diucapnya ketika paderi-paderi dan pembesar-pembesar agama Kristian ada di sampingnya.
    Kesemua ini membuktikan kepada kita bahawa apa yang dibawa oleh para Anbiya’ seluruhnya adalah ‘Aqidah yang satu, tidak benlainan sebiji padi pun. Pendapat abli kitab yang berbelah bagi tentang Islam itu adalah disebabkan hasad dengki mereka terhadap Islam seperti yang mereka katakan dulu.
    3.                  Bila keadaan memaksa maka diharuskan kepada Islam tumpang bernaung dan berlindung diri samada penaung itu ahli kitab seperti Najasyi maharaja Habsyah. Patut diterangkan akhirnya ia telah memeluk agama Islam.
    Semasa kemangkatan maharaja Al Najasyi, RasuluLlah telah menyampaikan berita sedih itu kepada sahabat Baginda dan menyembah yang ghaib ke atas rohnya.
    —diriwayatkan oleh Muslim— 
    Perlindungan boleh didapati dan orang-orang kafir sepertimana yang dilakukan oleh setengah-setengah orang Islam ketika mereka pulang dan Habsyah dan Ta’if jika keadaan memaksa.
    Perkara ini dibolehkan asalkan ia tidak menjejaskan da’wah Islamiyyah atau tergadai dan terombak hukum-hukum Islam. Kalau tidak dapat dipenuhkan syarat—syarat ini tidak dibenarkan orangorang Islam meminta pertolongan selain dan Islam dan sebagai dalilnya yang nyata ialah ketika RasuluLlah dipujuk oleh bapa saudaranya yang dipengaruhi oleh Quraisy supaya menghentikan kegiatan da’wahnya. Di kala itu juga RasuluLlah meminta mengundurkan diri dan perlindungan bapa saudara baginda.

    UTUSAN PERTAMA MENEMUI RASULULLAH


    Dalam keadaan dan suasana yang pahit yang dihadapi oleh RasuluLlah dan sahabatnya, satu perutusan dan luar Makkah telah datang menemui RasuluLlah dengan tujuan hendak mem pelajari Islam secara dekat. Perutusan seramai dua belas orang itu adalah pemeluk agama Nasrani negeri Habsyah yang telah mengiringi Ja’far bin Abi Talib sekembalinya dan sana. Bila mereka bersemuka dengan Nabi Muhammad ‘alaihi Wasallam dan melihat budi pekerti, serta tingkah lakunya di samping mendengar beberapa potong ayat dan A1-Qur’an, dengan tidak berlengah lagi mereka terus memeluk Agama Islam. Bila saja berita ini sampai ke pengetahuan Abu Jahal, ia meluru datang menemui perutusan tadi sambil berkata: “Belum pernah kami lihat perutusan yang didungu seperti kamu ini, kamu dikirim untuk menyiasat tentang orang in belum sempat kamu meletak punggung ke lantai sudah beriman dengannya”. Serentak mereka menjawab: “Selamatlah kamu, kami tidak mahu mengikut jejak langkah kamu, kami mempunyai pendirian kami sendiri, dan ikutlah apa yang kamu mahu, kami tidak mau melepaskan peluang kebajikan ini”.
    Untuk ini maka Allah telah menurunkan ayat-ayat perihal mereka yang berbunyi:
    Yang bermaksud:
    “Orang-orang yang telah kami datangkan kepada mereka Al-Kitab sebelumnya A1-Qur’an mereka beriman (pula) dengan Al-Qur’an itu. Dan apabila dibacakan (Al-Qur’an itu) kepada mereka, mereka berkata:
    “Kami beriman kepadanya, sesungguhnya Ai-Qur’an itu adalah suatu kebenaran (yang datang) dan Tuhan kami. Sesungguhnya kami sebelumnya adalah orang orang yang membenarkannya). Mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka, dan mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan Se bahagian dan apa yang telah Kami rezekikan mereka, mereka nafkahkan. Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanafa‘at, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: “Bagi karni amal-amal kami dan bagimu amal— amalmu selamat tinggal buat kamu, kami tidak in gin bergaul dengan orang— orang jahil.” (Surah Thaha 20:52 — 55)

    PENGAJARAN DAN RENUNGAN

    Ada dua perkara penting yang menarik pandangan kita mengenai perutusan itu:
    Pertama: Semasa umat Islam yang sedikit bilangan dan lemah telah mengalami tentangan serta penyiksaan yang pedih dan golongan kafir Quraisy, ada juga perutusan yang ingin menemui RasuluLlah dan mempelajari Islam dengan lebih dekat lagi. Segalanya ini memberi erti kepada kita bahawa walaupun para penda’wah umumnya mengalami kepahitan perjuangan dalam da’wah, namun demikian bukanlah bererti mengalami kekalahan yang total, dan tidak seharusnya berputus asa dan lemah semangat, malah pengalaman yang seumpama ini harus dirempuh demi untuk kejayaan yang lebih cemerlang.
    Perutusan Habsyah yang semuanya terdiri dan penganut penganut agama Nasrani seramai tiga puluh orang. Setengah pendapat mengatakan empat puluh orang itu telah mengharungi lautan Merah semata-mata hendak menemui RasuluLlah untuk memberi ikrar simpati dan ta’at setia, seolah—olah perutusan ini telah membuat suatu permasyhuran dan pengisytiharan antarabangsa yang agama Islam tetap akan berkembang ke merata pelusuk dunia walaupun ditindas dan ditekan.
    Sebenarnya ketika Abu Jahal dan kuncu—kuncunya mendedahkan hasad dengki dan perut busuk mereka terhadap Islam dengan kecaman mereka ke atas perutusan Habsyah itu. Peristiwa itu tidaklah memberi apa-apa kesan pun terhadap perkembangan Islam. Tidak ada jalan lain untuk mereka kecuali memperhebatkan perseteruan dan penyiksaan mereka ke atas orang orang Islam untuk membendung perkembangan Islam, ini adalah satu usaha yang sia—sia semata-mata.
    Kedua: Apakah baka dan jenis keimanan tiap perutusan? Adakah keimanan mereka dengan Islam benarbenar iman yang memimpin mereka keluar dan kegelapan kufur kepada cahaya?
    Sebenarnya keimanan mereka ini adalah rangkaian siri keimanan yang terdahulu dengan sedikit penyesuaian dengan ‘aqidah Islam. Mereka ini ahli Kitab yang percayakan Al-Injil dan ber’amal dengan perintah ajarannya. Mengikut apa yang telah dipinta oleh Al-Injil ialah supaya mereka beriman dengan Rasul yang akan datang selepas ‘Isa ‘alaihissalam. Di dalam Injil juga telah pun diperkatakan secara jelas tentang sifat—sifat Rasul itu maka yang demikian, keimanan mereka adalah rangkaian keimanan yang lama, sambungan dan ‘Isa ‘alaihissalam kepada Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.
    Boleh kita katakan juga bahawa keimanan mereka ini bukanlah berpindah atau melompat dan satu agama ke satu agama yang lain, kerana sesuatu yang lebih baik di pihak yang kedua. Inilah yang dimaksudkan oleh Al-Qur’an dengan ayatnya:


    Yang bermaksud:
    “Dan apabila dibacakan (A1-Qur’an) kepada mereka, mereka berkata: Kami beriman dengannya, sesungguhnya A1-Qur’an itu adalah suatu kebenaran (yang datang) dan Tuhan kami, sesungguhnya kami sebelumnya adalah orang-orang yang membenarkan(’Nya).”
    (Surah Al-Qashash 28:53)
    Ma’nanya kami ini telah pun beriman dan percayakan dengan apa yang dibawa oleh Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam kerana tema da’wah Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam itu adalah persis dengan apa yang tersirat di dalam kitab Injil.
    Beginilah keadaannya bagi sesiapa saja yang beriman dan percayakan sepenuhnya dengan apa yang dibawa oleh ‘Isa ‘alaihissalam ataupun dengan apa yang dibawa oleh Musa ‘alaihis salam, beriman sepenuh dengan Al-Injil dan Al-Taurat mem bawa kepada beriman dengan Al-Qur’an dan dengan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasaliam.
    Oleh yang demikian maka Tuhan memerintahkan Rasul Nya supaya menyeru ahli kitab dan meminta dan mereka supaya mengamalkan sepenuh apa yang terdapat cli dalam Al-Injil dan Al-Taurat. Sebelumnya mereka telah menghebuh-hebuhkan 
    Yang bermaksud:
    “Katakanlah: “Hai ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikit pun hingga kamu menegakkan ajaran ajaran Taurat dan Injil.”
    (Surah Al-Ma’idah 5:68)
    Ini adalah penegasan terhadap apa yang kita terangkan ter dahulu, di mana agama yang benar dan sejati adalah satu sejak Adam ‘alaihissalam hinggalah datangnya SalaLlahu ‘alaihi wasallam. Sering kita dengar perkataan “Al-Adyan Assama wiyah” atau pun “agama—agama langit”. Sebenarnya ta’rif ini salah.
    Perlu disebut di sini iaitu mungkin kita tersasul di antara syari’at dan agama, memang benar di sana banyak Syari’at Ilahi yang telah diturunkan untuk umat-umat yang silam tetapi antaranya ada yang memansuhkan apa lebih terdahulu darinya, tetapi agama Allah adalah satu dan unik tidak berbilang, syani’at adalah diertikan dengan hukum-hukum yang bersangkutan dengan ‘ibarat dan mu’amalat.

    TAHUN PERKABUNGAN


    Kemangkatan Siti Khadijah isteri RasuluLlah dan Abu Talib bapa saudaranya di tahun kesepuluh selepas kebangkitan dan pengutusannya sebagai Rasul, merupakan saat yang pahit ditempoh oleh RasuluLlah. Ibnu Sa’ad menceritakan:
    “Bahawa selepas sebulan lima hari dan kematian Khadijah maka Abu Talib pula turut wafat.”
    Khadijah seperti mana yang diterangkan oleh Ibnu Hisyam: Adalah menteri kebenaran dan kepercayaan bagi Islam, di mana RasuluLlah mengadu hal perihal dirinya, dan Khadijahlah orang yang menghiburkan dan menghilangkan kedukaan RasuluLlah, sedangkan Abu Talib pula adalah pem bantu dan penolongnya membantu untuk menghalang pencerobohan kaumnya.
    Ibnu Hisyam menceritakan: “Apabila Abu Talib meninggal dunia maka puak Quraisy memperhebatkan penentangan mereka ke atas RasuluLlah dan orang Islam yang lain, lebih dan masamasa yang lampau, sehingga orang biasa Quraisy pun berani melumur selut ke atas kepala RasuluLlah. Apabila RasuluLlah sampai di rumahnya dengan keadaan yang sebegim, salah seorang dan puterinya bangun membasuh selut dan badannya sambil menangis kasihankan bapanya, kata RasuluL lah: “Tak usahlah menangis hai anakku, sesungguhnya Allah akan menolong bapamu.”
    RasuluLlah menamakan tahun kematian Khadijah dan Abu Talib dengan tahun  penentangan dan penyeksaan kaum Quraisy terhadap Islam dan Muslimin terlalu sangat, lebih dari tahun-tahun yang silam.

    PENGAJARAN DAN RENUNGAN

    Cuba perhatikan apakah rahsia dan hikmat Allah, menghabiskan ajal dan umur Abi Talib di ketika mana umat Islam sangat memerIukan kepada pertolongan (seperti pertolongan Abi Talib) memerlukan kepada kekuatan dan tenaga yang lain bagi pertahankan din. Seperti mana yang kita ketahui bahawa Abu Talib satu-satunya manusia yang cuba membenikan pertolongan rohani dan jasmani, moral dan material di kala Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan Islam memerlukan kepada pertolongan yang seumpama itu. Apakah rahsia dan hikmat Ilahi menghabiskan ajal dan umur Khadijah Radhi yaLlahu’ anha di ketika mana Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sangat memerlukan kepada manusia yang dapat menghiburkan hati-nya yang serba dukacita dan meringankan bebanan dan tanggungjawab da’wah dengan nasihat dan pe nawar hati yang melegakan.
    Di sini ternampak kepada kita beberapa perkara bersangkut dengan asas ‘aqidah Islamiyyah.
    Andaikata Abu Talib itu panjang umur dan kekal di samping Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam memberi saja apa jua pertolongan yang diperlukan oleh Nabi Muhammad Se hingga terdininya negara Islam di Madinah dan Nabi Muhammad pula boleh melepaskan dan menghindarkan dirinya dan bencana penyeksaan Quraisy lantaran perlindungan dan bapa saudaranya, maka apa yang ketara nanti ialah Abu Talib sebagai tokoh utama yang memainkan peranan penting dalam da’wah ini dan dialah yang membimbing da’wah ini dengan menggunakan pengaruh dan kedudukannya di kalangan masyarakat Quraisy walaupun ia tidak beniman dengan nisalah Nabi Muhammad dan tunduk di bawahnya, maka di sinilah nanti orang akan mengambil kesempatan untuk membuat huraian dan penafsiran untuk memperkecil-kecilkan Nabi Muhammad dan perjuangannya di samping melemparkan tuduhan yang Nabi Muhammad memang bernasib baik dan lebih baik dan muslimin lain, biar orang lain diseksa tetapi ianya tetap selamat, biar orang lain dianiayai tetapi ianya tetap terjamin keselamatan. Tidakkah bapa saudaranya berada di sampingnya?
    Segala—galanya ini adalah hikmat dan rahsia Ilahi belaka, kematian Abu Talib, isterinya Khadijah binti Khuwailid dan sesiapa saja yang memberi pertolongan kepadanya, semuanya meninggalkan Nabi Muhammad, sebenamya kematian mereka mereka ini tersemat dua faktor yang terpenting:
    Pertama: Peliharaan, jagaan dan kemenangan tidak akan tercapai kecuali dengan pertolongan Allah ‘Azza wajalla sahaja. Allah sahaja yang sanggup memelihara RasulNya dan tentangan kaum Quraisy dan musyrikin umumnya, pendek kata ujud atau tidaknyajagaan dan sokongan dan gangguan, maka da’wahnya tetap mencapai kemenangan dan taufiq.
    Kedua: Enti peliharaan dan jagaan di sini bukanlah Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam tidak akan diganggu sedikit pun tetapi apa yang dimaksudkan dengan ayat Qur’an:
    Yang bermaksud:

    “Dan Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. (ialah Allah akan memelihara kau dan sebarang ancaman bunuh dan dan sebarang perseteruan yang member hentikan sama sekali perjalanan da’wah Islamiyyah)”.
    Adapun azab sengsara dan penyeksaan yang ditempuhinya semasa berda’wah adalah menjadi lumrah dan tradisi perjuangan kepada semua Rasul, kesengsaraan ini tidak bertentangan dengan ‘ismah atau peliharaan ilahi yang dijanjikan Allah kepada para anbiya’ dan RasulNya. Oleh yang demikian maka selepas firmanNya:
    Yang bermaksud:
    “Maka sampaikanlab olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dan orang-orang yang musyrik. Sesungguhnya kami memelihara kamu daripada (kejahatan) orang-orang yang mernperolok-olokkan (karnu).”
    (Surah A1-Hijr 15:94 — 95) barulah Allah menurunkan ayat yang 
    Yang bermaksud:
    “Dan kami sungguh-sungguh mengetahui bahawa dadamu menjadi sempit disebabkan apa yang mereka ucapkan. Maka bertasbililah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah kamu di antara orangorang yang bersujud (sembahyang). Dan sembahlah Tubanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal).”
    (Surah A1-Hijr 15:97 — 99)
    Sebagai hikmat ilahi yang terbesar dan mulia di mana RasuluLlah selalu menemui rintangan dan percubaan di setiap lorong dan jalan da’wahnya. Ini ialah kerana supaya orang Islam seluruhnya mengambil pelajaran dan maha guru mereka Muhammad RasuluLlah di dalam mergalankan tugas berda’wah.
    Andaikata Muhammad SailaLlahu ‘alaihi Wasallam berjaya dengan mudah dalam usaha da’wahnya tanpa diduga dengan sebarang dugaan, nescaya kesemua sahabatnya dan orang Islam seluruhnya akan berleka dan berpoya—poya tanpa usaha langsung dan akan terasa berat untuk menghadapi dan mengharungi lautan da’wah Islamiyyah.
    Tetapi segala pancaroba yang menghalang umat Islam dalam usaha berda’wah mi tidak menjadi persoalan, lantaran RasuluLlah sendiri pun telah dihalang dan hampir setiap langkah dan usaha baginda disekat oleh dugaan dan cubaan.
    Segala usaha umat Islam untuk berda’wah akan terdempak dengan pancaroba dan pelbagai dugaan tetapi segala-galanya tidak menjadi hal dan tidak akan melemahkan atau melunturkan semangat mereka, tidaklah RasuluLlah manusia kesayangan Allah sendiri pernah dicampak lumpur ke atas kepalanya dan dengan keadaan yang demikian baginda pulang ke rumahnya untuk dibasuh oleh salah seorang puteri baginda.
    Seperkara lagi yang bersangkut dengan peristiwa ini dan sejarah hidup RasuluLlah, iaitu mungkin terdapat setengah setengah orang menganggap apa yang clinamakan oleh RasuluLlah dengan tahun perkabungan semata-mata kerana kehilangan bapa saudaranya Abu Talib dan isteri Baginda Khadijah binti Khuwailid, dan dan sinilah mereka menganggap patut diadakan perkabungan kerana kematian keluarga mereka berdasar kan kepada apa yang telah berlaku kepada RasuluLlah.
    Sebenarnya anggapan dan pendapat ini salah. Nabi sendiri pun bukanlah berdukacita sangat-sangat kerana kematian bapa saudara dan isterinya dan tidak pula menamakan tahun tersebut tahun berduka dan perkabungan, lantaran pemergian dua orang yang dikasihinya tetapi perkabungan yang dimaksudkan sebenarnya ialah kerana jalan dan usaha untuk berda’wah hampir semuanya tertutup, sepertimana yang kita ketahui bahawa bapa saudara dan isterinya adalah pembantu yang terkuat di dalam usaha berda’wah dan mengembangkan agama baru. Di tahun itu, selepas kematian dua orang yang dikasihinya tidak siapa pun yang mendengar dan beriman dengannya, malah apa yang ditemuinya semata—mata cemuhan dan tentangan, di langsung tidak berhasil berbanding dengan tahun-tahun yang terdahulu semasa ujudnya Khadijah dan Abu Talib.
    Apa yang membawa RasuluLlah berdukacita sangat-sangat ialah kerana manusia tidak mahu beriman dengan kebenaran yang dibawanya, kesemua mereka membatu tidak mahu mendengar da’wah dan seruannya. Untuk demikian maka Allah menurunkan ayat-ayat buat mengingat rasulNya yang ianya diutuskan semata-mata untuk menyeru dan menyampaikan suruhanNya sahaja, tidak lebih dan itu, dan tidak perlu berdukacita sangat kerana keengganan kaumnya. Firman Allah:
    Yang bermaksud:
    “Sesungguhnya Kami mengetahui bahawasanya apa yang mereka katakan itu menyedihkan hatimu (janganlah kamu bersedih had) kerana mereka sebenamya bukan mendustakan kamu, akan tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah. Dan sesungguhnya telah didustakan (pula) Rasul-rasul sebelum kamu, akan tetapi mereka sabar terhadap pendustaan dan penganiayaannya (yang dilakukan) terhadap mereka, sampai datang pertolongan Kami kepada mereka. Tidak ada seorang pun yang dapat merubah kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Dan sesungguhnya telah datang kepadamu sebahagian dan berita Rasul-rasul itu. Dan berpalingan mereka (dari mu) terasa amat berat bagimu, maka jika kamu dapat membuat lubang d bumi atau tangga ke langit lalu kamu dapat mendatangkanmu kepada mereka (maka buatlah). Kalau Allah mengkehendaki tentu saja Allah menjadikan mereka semua dalam petunjuk, sebab itu janganlah kamu sekali-kali termasuk orang-orang yang jahil).”
    (Surah A1-An’am 6:33 — 35)

    PERANTAUAN RASULULLAH KE TA’IF


    Setelah RasuluLlah menerima tentangan dan seksaan yang pahit dan kaum Quraisy maka baginda telah cuba keluar dan Makkah merantau ke Ta’if untuk mencari perlindungan dan sokongan dan suku kaum qabilah Thaqif dan semoga mereka akan menerima baik apa yang telah diturunkan Allah kepadanya.
    Ketika RasuluLlah sampai di Ta’if baginda telah mengemukakan hasratnya kepada beberapa orang yang mula-mula ‘ditemüinya. Mereka itu terdiri dan ketua-ketua puak Thaqif tapi rnalangnya sebaik sahaja RasuluLlah menyeru mereka, seruannya ditolak mentah—mentah bahkan mereka bertindak penuh kekerasan dan makian yang bertalu-talu. Dengan itu RasuluLlah bangun mengundur din dan Ta’if dan meminta supaya mereka merahsiakan perkara ini dan Quraisy tetapi harapan baginda itu tidak diindahkan. Tidak memadai setakat itu malah ada di antara mereka hamba abdi, khadam dan anak nakal barn Thaqif melontar baginda dengan anak-anak batu hingga luka-luka kedua belah kaki baginda yang mulia itu. Zaid bin A1-Harithah yang mengiringi baginda ke sana cuba melindungi RasuluLlah dari serangan dan lontaran anak-anak nakal itu hingga luka beberapa tempat di kepalanya [Tabaqat Al-Kabir ooleh Ibn Sa’id].Dengan keadaan sedemikian akhimya baginda sampai ke sebuah dusun yang dimiliki oleh Atabah bin Rabi’ah di mana anak-anak tadi sudah tidak mengikuti baginda lagi. Di dusun itu RasuluLlah berhenti di bawah pokok anggur di mana dua orang anak lelaki Rabi’ah melihat baginda. Di situlah RasuluLlah menengadah berdoa:

     “Wahai Tuhanku Dikau sahajalah tempatku mengadu kelemahan tenagaku dan kurang bicaraku, kehinaanku di mata ramai, wahai Tuhan yang maha pengasih Dikaulah Tuhan mereka-mereka yang lemah, Dikaulah Tuhanku kepada siapakah Dikau akan serah daku ini? Kepada mereka yang jauh yang bencikan daku atau kepada seteru yang Kau berikan kuasa ke atasku? Andai kata tidak ada sebarang kemurkaanmu ke atasku maka tidak akan kupedulikan, tetapi kemaafan dan kurniaan Kau lebih luas untukku. Aku berselindung dengan cahaya zatMu yang menyinari segala kegelapan dan yang memberi manfa’at dunia dan akhirat (aku berselindung denganNya) dan kemarahanNya ke atasku dan kemurkaanMu, Dikau sahaja yang menegur sepuasnya. Dan tidak ada helah bicara dan tenaga hanyalah dengan Dikau sahaja.”
    Seketika RasuluLlah dalam keadaan begini dua anak lelaki Rabi’ah yang telah nampak RasuluLlah terasa kasihan juga terhadap RasuluLlah lalu mereka menyuruh budak suruhan mereka yang bernama “Edas” membawa buah anggur yang diisi di dalam pinggan kepada Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. Semasa RasuluLlah hendak memakan buah-buah anggur tadi didahulukan dengan sebutan “Bismillah” kemudian baru dimakannya buah anggur itu. Dengan penuh kehairanan “Edas” menyoal RasuluLlah:
    “Sebutan yang tuan hamba ucapkan sebentar tadi belum pernah hamba dengarnya dan penduduk di sini.”
    Kemudian Rasulullah menyoal balik.
    “Kamu ini berasal dan mana?” Jawab Edas.
    “Sebenarnya saya ini berugama Nasrani dan berasal dan sebuah kampung di Al Musil iaitu Ninawa.” [Tahzib Sirah Ibnu Hisyam] RasuluLlah pula:
    “Jadi kamu ini sekampunglah dengan seorang manusia yang saleh itu iaitu Yunus bin Matta?
    “Bagaimana tuan hamba boleh kenal Yunus bin Matta itu? tanya Edas pula dan dijawab oleh RasuluLlah.
    “Ianya saudaraku, kerana ianya Nabi dan aku pun Nabi juga.... dengan tidak membuang masa Edas pun menerpa ke arah Rasulullah dan memeluk Rasulullah seeratnya [Tabaqat Al-Kabir oleh Ibn Sa’d] lantas mengucup kepala, kedua kaki dan tangan Rasulullah.
    Ibnu Ishaq telah menceritakan: Setelah itu RasuluLlah Sal laLlahu ‘alaihi Wasallam beredar dan Ta’if pulang semula ke Makkah sebingga apabila Baginda tiba di suatu dusun tamar baginda beristirehat dan bangun di tengah malam melakukan salat malam kemudian beberapa orang dan kalangan mereka seperti yang disebutkan oleh Allah Tabaraka Wa Ta’ala melintasi kawasan itu dan mereka mendengar segala bacaan RasuluLlah. Setelah tamat Baginda membaca maka mereka pun beredar dan situ menemui kaum mereka dengan menyampaikan berita berupa peringatan yang menakutkan lantas dengan itu kaum mereka pun beriman dengan apa yang mereka dengar dan RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.
    Sebenarnya Allah telah memperihalkan cerita mereka dengan kataNya:

    Yang bermaksud:
     “Dan ingatlah ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan A1Qur’an, maka tatkala mereka rnenghadiri bacaan (nya) lalu mereka ber kata: “Diamlah kamu (untuk rnendengarkannya).” Ketika pembacaan telah selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan. Mereka berkata: “Hal kaum kami sesungguhnya karni telah mendengarkan kitab (A1-Qur’an) yang diturunkan sesudah Musa yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya lagi rnemirmpin kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus. Hai kaurn kami, terirnalah (seruan) orang yang men yeru kepada Allah dan berirnan kepadaNya, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan melepaskan kamu dan ‘azab yang pedih.” (Surah A1-Ahqaf 46:29 — 31) Allah berfirman lagi.


    Yang bermaksud:
    “Katakanlah (hai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadaku bahawasanya: telah mendengarkan sekumpulan jin (akan A1-Qur’an), lalu rnereka berkata: Sesungguhnya kami telah rnendengar A1-Qur’an yang menakjubkan.”
    (Surah Al-Jin 72 : 1)
    Semasa RasuluLlah bergerak hendak pulang ke Mekah Zaid bin Al Harithah yang telah mengiringi Baginda sejak ke Ta’if bertanya kepada RasuluLlah. Katanya:
    “Bagaimana hendak pulang ke Makkah pula wahai RasuluLlah! Tidakkah mereka telah pulau dan halau tuan hamba?” Maka jawab Rasulullah:
    “Wahai Zaid! Dengarlah! sebenarnya Allah jua yang akan memberi luang dan kelapangan dan Allah jua yang akan menolong dan membantu agamaNya.”
    Bila sampai di perbatasan Mekah RasuluLlah mengirim seorang utusan dan puak Khuza’ah ke hadapan Mat’am bin ‘Adi memberitahu yang Baginda masuk ke Makkah di bawah perlindungan dan jagaannya. Harapan dan hasrat RasuluLlah diterima baik oleh Mat’am dan dengan itu RasuluLlah pun masuklah ke kota Makkah.

    PENGAJARAN DAN RENUNGAN

    Sekiranya kita perhatikan dengan teliti tentang episod perantauan RasuluLlah ke Ta’ifini, penderitaan dan ‘azab sengsara yang ditemuinya di sana kemudian perkembaliannya ke Makkah pula maka dapatlah kita simpulkan beberapa faktor penting:
    (1) Segala pancaroba yang merintangi jalan perjuangan RasuluLlah khususnya dugaan semasa ke Ta’if merupakan sebahagian dan dugaan perjuangan tabligh dan da’wah.
    Kedatangan dan kebangkitan RasuluLlah bukan sahaja menyampaikan ‘aqidah kepercayaan yang benar kepada dunia dan ‘alam sejagat dan soal ‘ibadat, akhlak susila, dan mu’amalat nialah antara tugasnya juga ialah menyampaikan kepada kaum inuslimin bahawa mereka mesti bersabar ketika menjalankan tugas—tugas dan menerangkan kepada umat Islam secara praktikal tentang sabar yang sangat-sangat dituntut oleh Allah Sub hanahu Wata’ala:


    Yang bermaksud:
    “Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di— perbatasan negerimu.)”.
    (Surah Ali-Imran: 3:200)
    Dan bertawakallah kepada Allah supaya kamu berjaya. RasuluLlah telah mengajar kita secara praktikal cara—cara menunaikan ibadat, sabdanya:

    Yang bermaksud:
    “Sembahyanglah sepertimana kamu lthat aku sembah yang. Dan sabdanya lagi.” Dan sabdanya lagi:

    Yang bermaksud:
    “Ambillah dariku ibadat-ibadat kamu.”
    Apa yang boleh disaringkan di sini, bahawa segala warna penderutaan dan ‘azab sengsara yang dialami oleh RasuluLlah seolah-olah hendak berpesan kepada penda’wah selepasnya:
    “Bersabarlah seperti mana kamu lihat aku sabar.” Antara apa yang hendak dinyatakan kepada umat Islam bahawa sabar dan menghadapi aneka rupa cabaran dan rintangan adalah antara prinsip-prinsip agama Islam yang dibawa oleh Muhammad Sal laLlahu ‘alaihi Wassalam.
    Bolehjadi ada orang ketika mengikuti peristiwa perantauan RasuluLlah ke Ta’if mengatakan bahawa Muhammad Sal laLlahu ‘alaihi Wassalam telah menemui jalan buntu, kehabisan ikhtiar dan terasa sempit dada dan oleh yang demikian RasuluLlah tidak ada jalan lain hanya menadah tangan berdo’a kepada Allah sebaik sahaja baginda sampai ke dusun dua orang anak Rabi’ah itu. Sebenarnya RasuluLlah telah menyambut cabaran dan dugaan tadi dengan penuh ketabahan hati, ketenangan dan kerelaan malah segala pancaroba tadi dihadapinya dengan ke sabaran dan penuh perhitungan. Kalau tidak demikian awal awal lagi RasuluLlah sudah menuntut bela dan membalas dendam di hari pembukaan kota Makkah terhadap mereka mereka yang telah mengganas, melanyak dan menyeksa baginda dahulu. Sebaliknya, sedikit pun tidak terlintas di hati baginda hendak berbuat demikian; tegasnya apa yang telah di ceritakan oleh Bukhan dan Muslim dan ‘Aisyah RadhiyaLlahu ‘anha; suatu ketika pernah ‘Aisyah bertanya RasuluLlah;
    “Wahai RasuluLlah! Pernahkah tuan hamba merasa lebih pahit dan séngsara dan han Uhud?” jawab Baginda: “Bahkan, yaitu menghadapi bangsa kau (‘Arab) dan yang paling dahsyat sekali ialah ketika aku memperkenalkan diriku dan berda’wah di kalangan puak Ibnu Yalil bin ‘Abdi Kalal di mana tawaran dan da’wahku tadi tidak diterima langsung dan aku terus beredar dan situ dengan perasaan tak karuan. Bila sampai ke suatu tempat bemama Qiran Tha’alib barn aku sedar, aku meng angkat kepala melihat ke atas, tiba-tiba sekumpulan awan meneduhi daku dan aku nampak Jibril ‘alaihissalam memanggil aku katanya: “Sesungguhnya Allah ‘Azzawajalla telah mendengar setiap perkataan bangsa kau dan tindakan mereka terhadap kau dan Allah telah mengutuskan Malaikat segala gunung untuk kau.” “Suruh sekehendakmu.” kata RasuluLlah lagi:
    “Malaikat segala gunung tadi memanggil dan memberi salam kepadaku dan katanya”:
    “Wahai Muhammad sesungguhnya Allah telah mendengar perihal kaum bangsamu dan tindak balas mereka terhadap seruan kau. Aku ini malaikat segala gunung diutuskan oleh Tuhanmu dan perintahkanlah apa saja aku ini, untuk apa yang engkau mahu. Kalau mahu aku boleh hempap ke atas mereka bukit A1-Akhsyabin.” Jawab RasuluLlah: “Tapi apa yang aku mahu biar Tuhan melahirkan dan sulbi mereka suatu golongan yang menyembahNya tanpa mensyirikkanNya. Itu saja yang ku mahu.”
    Ini menunjukkan yang RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi wasallam mengajar sahabat-sahabat dan umatnya yang terkemudian agar bersabar dan tahan menentang cabaran dan dugaan, malah mengajar kita cara—cara bersabar demi menjalankan tanggungjawab ke jalan Allah ‘Azza wajalla.
    Mungkin pula ada orang yang berkata:
    “Tidakkah RasuluLlah sering menadah tangan ke langit mengadu perihal dirinya dan kaum bangsanya? Tidakkah ini merupakan keluhan menunjukkan yang RasuluLlah itu bosan dan terasa sempit dada lantaran usahanya tidak memberi hasil, selain dan ‘azab sengsara yang kian hari kian bertambah?”
    Sebenarnya keluhan dan mengangkat tangan ke langit mengadu hal kepada Allah adalah satusatunya ‘ibadat dan sembahyang, mengadu hal kepada Allah ketika kesempitan adalah menta’ati dan bertaqarrab kepada Allah. Tidak ada pertentangan di antara bersabar dalam kesusahan dengan mengadu hal kepada Allah, malah ini adalah salah satujalan yang terpuji yang diajar kepada kita oleh RasuluLlah SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam sendiri.
    Perlu kita ingat bahawa manusia itu setinggi mana dan semulia mana pun darjah dan pangkatnya, ianya tetap beredar di dalam ruangan dan lingkaran bingkai-bingkai kemanusiaan dan keinsanannya sahaja; manusia seluruhnya dijadikan penuh dengan perasaan sensitif, perasaan bahagia, senang dengan ni’inat dan perasaan sedih atau duka bilamana disengat kesengsaraan. Manusia akan terasa tenang dan puas hati dengan yang pertama dan gundah gulana dengan yang kedua.
    Faktur ini membuktikan kepada kita sejelasnya bahawa RasuluLlah walau pun ianya Nabi dan utusan Allah tetap juga ditimpa bahaya dan kesusahan di dalam usaha menjalankan tugas-tugas Allah. Setinggi mana martabatnya ianya tetap beredar dan berkisar di dalam bidang fitrah kemanusiaannya juga tetap akan perik dengan kesengsaraan dan akan lapang serta tenang dengan kesenangan ni’mat.
    Tetapi Baginda rela mengharungi lautan kesengsaraan dan kepahitan demi mencari keredhaan Allah, tidak syak lagi ini adalah antara jalan-jalan untuk mendapat pahala dan ganjaran dan Allah Subhanahu Wata’ala. Di sinilah nyatanya al-taklif atau sifat tunduk dan menjunjung penntah-perintah Allah kepada manusia.
    (2) Bila kita perhatikan dengan teliti setiap peristiwa sejarah hidup RasuluLlah bersama—sama kaum bangsanya, kita akan temui pada tiap ‘azab sengsara yang ditempuh oleh Muhammad SallaLlahu ‘aaihi Wasallam diiringi dengan penawar yang melegakan. Ini adalah pemberian dan ganjaran Ilahi kerana sanggup bersusah payah dahulu, iringan penawar tadi ialah untuk menentang hati yang telah begitu banyak menempuh dan merempuh kesengsaraan agar jangan dipecah-pecah atau dihancur-hancurkan oleh perasaan putus asa dan kekecewaan.
    Di dalam peristiwa perantauan baginda ke Ta’if membayangkan betapa pahit dan sengsaranya perasaan jiwa ketika dihina dan diejek-ejek oleh kanak-kanak nakal itu. Tetapi sebagainya ganjaran dan Allah Subhinahu Wata’ala kepada RasulNya buat penawar terhadap ejek-ejekan itu kedapatan seorang Wasrani (Kristian) ‘Edas ketika datang mempersembahkan sepinggan buah anggur memeluk dan mengucup kepala dan tangan hingga ke kaki baginda sebaik saja RasuluLlah menceritakan tentang keNabiannya kepada ‘Edas.
    Seorang pengarang iaitu Mustafa Sadik Al-Rafi’ei RahimahuLlah telah melukiskan kisah mi kepada kita, katanya: Betapa ‘ajaibnya simbolik-simbolik Ilahi di dalam cerita ini, seolah-olah kebaikan, kemuliaan dan penghormatan telah datang melutut meminta ma’af terhadap kejahatan dan kenakalan yang telah berlaku dan kucupan mesra selepas kata-kata cemuhan yang kesat.
    Sebenarnya dua orang anak lelaki Rabi’ah itu adalah seteru ketat kepada Islam, merekalah yang telah datang menemui Abu Talib bapa saudara RasuluLlah meminta supaya melarang Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam itu kepada mereka untuk dibereskan. Tiba-tiba naluri dan perasaan mengganas dan liar itu bertukar corak kepada unsur-unsur kemanusiaan, di mana unsur-unsur serupa ini adalah konsep dan asas utama kepada ugama ini kerana masa depan untuk beragama adalah bergantung kepada fikiran dan bukannya kepada sentimen dan perasaan yang melulu.
    Sebagai simbul juga; agama Kristian telah memeluk againa Islam serta memberi tunduk ta’zim, lantaran agama yang benar tetap dan yang benar, tidak ubah seperti hubungan dua saudara. Kalaulah hubungan atau pertalian dua saudara itu ialah darah maka hubungan agama dengan agama ialah fikiran yang searus.
    Sekali lagi taqdir Ilahi melukiskan satu simbolik yang lain. Setangkai buah anggur yang mains dan melegakan tadi ialah tangkai dan cambangan agama Islam yang teragung kuat dengan ikatan kasih mesra, tiap sebiji buah anggur adalah sebuah pemerintahan. [Wahyul-Qalam: J.2.H.30]
    (3)               Tindakan yang diambil oleh Zaid bin Al Harithah mendedahkan dirinya tegasnya memperbentengkan dirinya kepada serangan anak-anak nakal agar anak-anak batu yang diontar kepada RasuluLlah tidak merbahayakan RasuluLlah sehingga terluka kulit kepalanya di beberapa tempat. Tindakan ini adalah sebaik contoh yang mesti dicontohi dan dilakukan oleh setiap Muslim demi menjaga keselatnatan diri penda’wah agung, walaupun tindakan ini memerbahayakan dirinya sendiri.
    Beginilah keadaan tiap sahabat RadhiyaLlahu ‘anhum di zaman RasuluLlah demi menjaga keselamatan Baginda.
    Oleh kerana RasuluLlah tidak hidup bersama kita di hari ini maka tidak tergambar pula yang kita akan dapat melakukan dan bertindak seperti mana yang dilakukan oleh para sahabat yang terdahulu dan ulung itu; tetapi ini tidak menunjukkan yang kita tidak boleh melakukan sejajar dengan apa yang dilakukan oleh para sáhabat itu, iaitu jangan kita cuba melarikan diri dan pancaroba ‘azab sengsara dalam usaha da’wah Islamiyyah. Kita mesti turut bersama menanggung sebarang bebanan dan kesusahan yang pernah dipikul oleh junjungan Muhammad RasuluLlah SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam.
    Mesti diingat, bahawa mendukung da’wah Islamiyyah adalah kemestian dan kewajipan yang wajib diujudkan di setiap masa demi mengganti dan mengambil tempat pimpinan Nabi Muhammad ‘Alaihi Wasallam. Setiap Muslim wajib mempunyai dan mempersiapkan angkatan tentera yang ikhlas dan sanggup mengorbankan harta benda dan jiwa raga seperti mana yang pemah dilakukan oleh Muslimin yang bersama RasuluLlah SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam ketika itu.
    (4)               Mengikut riwayat dan Ibnu Ishaq; mengenai Sekumpulan jin yang mendengar dan mematuhi apa yang mereka dengar dan Nabi s.a.w. di waktu baginda bersembahyang di hujung malam di kampung Nakblah; riwayat ini merupakan satu dalil wujudnya jin, dan makhluq jin adalah mukallaf, malah makhiuq jin ada yang beriman kepada Allah dan Rasul Nya, ada pula yang kafir. Dalil-dalil ini sudah diakui kepastiannya kerana ada ceritanya dalam Quran dalam surah Al-Jin dan surah A1-Ahqaf, antaranya:

     “(Dan [ingatlah] tatkala Kami hadapkan kepadamu sekumpulan jin yang mendengarkan Qur’an; maka ketika mereka menghadhirinya, mereka berkata: “Diam lah;” dan bila seksai, mereka pergi kepada kaum mereka memberi amaran [balasan azab kepada orang tidak beriman]. Mereka berkata: “Wahai kaum kami! sesungguhnya kami telah dengar sebuah kitab yang diturunkan sesudah Musa, yang mengakui yang di hadapannya [yang scbelumnya], yang memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus. Wahai kaum kami! terimalah penda‘wah Allah itu, dan berimanlah dengannya, Allah akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Allah lepaskan kamu dan azab yang pedih.)”
    (Surah A1-Ahqaf Ayat 29-31)
    Peristiwa ini, sepert yang diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq dan ditulis oleh Ibnu Hisham dalam “Sirah”nya, disebutkan juga oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi dengan mathum yang sama, walaupun berlaman huraian.
    Lafaz hadits yang diriwayatkan oleh Bukhan dengan sanadnya dan Ibnu Abbas adalah seperti berikut:
    Mafhumnya: “Nabi SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sengaja pergi ke pasar ‘Ukkaz bersama beberapa orang sahabatnya
    Sesungguhnya para syaitan telah dihalang untuk sampai dan melihat berita di langit, mereka dihalang dengan lontaran bintang, lalu pulanglah mereka dan kata mereka: “Tidak dihalang kita pergi mendapatkan berita di langit kecuali ada sesuatu yang telah berlaku, pergilah kamu periksa di timur dan di barat bumi dan lihatlah apa yang berlaku,” lalu mereka pun pergilah ke timur dan ke barat bumi untuk melihat apakah yang berlaku hingga terhalang mereka untuk mendapatkan berita di langit, lalu pergilah mereka yang menghala ke arah Tihamah kepada Rasul SallaLlahu ‘alaihi Wasallam di Nakhlah, baginda sengaja keluar ke pasar ‘Ukkaz dan bersalat fajar dengan sahabat-sahabat nya. Manakala kedengaran bacaan A1-Qur’an mereka tumpu kan mendengarnya, lalu kata mereka: “Inilah yang menghalang kamu dan mendapatkan berita langit.” Lalu mereka pun pulang kepada kaum mereka dan berkata: “Wahai kaum kami! sesungguhnya kami telah mendengar Qur’an yang ajaib, ia menunjuk kepada jalan yang betul, maka kami pun beriman dengannya dan tidak kami sekutukan sesuatu dengan Tuhan kami.” Kemudian Allah turunkan kepada NabiNya ayat:
     (Katakanlah: “Diwahyukan kepadaku, bahawa segolongan jin mendengar [teliti akan Quran], lalu mereka berkata: “Sesungguhnya kami telah mendengar Quran yang ajaib.) Al-Jin .1. Yang diwahyukan itu ialah mengenai jin.” Al Bukhari.J.6.H.73.
    Lafaz dan riwayat Muslim dan Tirmizi juga sama seperti lafaz Bukhari, cuma sedikit tambahan, iaitu: “... tidak dibacakan oleh RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam kepada jin itu dan baginda tidak nampak mereka, bagmda berangkat bersama kumpulan ...“ Hadith.
    Kata pengarang “Al-Fath”: “Berkemungkinan Bukhan sengaja menggugurkan lafaz: “tidak dibacakan oleh Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam kepada jin “ itu kerana Ibnu Mas’ud menyatakan pastinya bahawa Nabi SallaLlahu ‘alaihi Wasallam membaca Qur’an kepada jin, kerana ia mendahului penafian Ibnu Abbas. Muslim juga menunjukkan mathum yang sama, di mana beliau mengemukakan hadith Ibnu Mas’ud selepas hadith Ibnu Abbas, Sabda RasuluLlah, mathumnya:
    “Datang kepada penda’wah jin, saya pun berangkat pergi bersamanya, maka saya pun membaca Qur’an kepadanya.” Maka dengan dua hadith tersebut boleh dibuat kesimpulan, bahawa peristiwa itu berlaku lebih dan sekali.” Fathul-Bari.J.8.H.473.
    Kemudian pastinya hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dan Bukhari itu, berlainan dengan hadith yang diriwayat kan oleh Ibnu Ishaq dari dua sudut:
    Pertama: Riwayat Ibnu Ishaq tidak menyebut Nabi bersalat dengan sahabat—sahabatnya, ini difahamkan bahawa bersalat sendirian, sedangkan riwayat lain menyebutkan Nabi ber salat bersama sahabat—sahabatnya.
    Kedua: Riwayat Ibnu Ishaq tidak dikaitkan dengan sembahyang fajar, sedangkan dalam riwayatriwayat lain menyatakan Nabi bersalat fajar.
    Jadinya, maka riwayat Ibnu Ishaq tidak perlu dipertikaikan lagi, tetapi riwayat-riwayat lain boleh dipertikaikan dari dua sudut:
    Pertama: Bahawa Nabi SallaLlahu ‘alaihi Wasallam di waktu pergi ke Taif kemudian pulang, tidak ada siapa bersama nya kecuali Zaid bin Haritsah seperti yang di ketahui maka bagaimana pula baginda bersalat bersama satu kumpulan sahabatnya?
    Kedua: Bahawa lima waktu salat belum disyaratkan sebelum Isra’ dan Mi’raj, sedangkan Isra’ dan Mi’raj berlaku selepas pemergian baginda ke Taif mengikut keterangan yang sahih, maka bagaimana pula baginda bersalat fajar [ubuh].
    Jawab kepada yang pertama ialah: Berkemungkinan Nabi SallaLlahu ‘alaihi Wasallam bertemu dengan beberapa orang sahabatnya di waktu tibanya di Nakhlah di waktu fajar, lalu baginda pun bersalat di situ.
    Jawab kepada yang kedua pula: Bahawa Jin mendengar Qur’an disebut berulang-kali dalam hadith riwayat Ibnu Abbas dan Ibnu Mas’ud, kedua hadith itu adalah sabih, juga peristiwa Isra’ dan Mi’raj berlaku selepas pemergian Nabi ke Taif memang diakui oleh Jumhur (majority) ‘ulama’ yang mengkaji sirah, namun ada juga yang mengatakan Isra’ dan Mi’raj berlaku sebelum hijrah ke Taif, ia tidak boleh ditolak terus.[Lihat ‘Uyun al-Asir Ibnu Sayyid al-Nas 1/118 dan Fath al-bari 8/473.]
    Yang penting untuk kita mengetahuinya sesudah ini, ialah bahawa setiap orang muslim hendaklah beriman kepada kewujudan jin, beriman bahawa jin itu adalah makhluq hidup dan bertanggungjawab untuk beribadat kepada Allah, sama seperti kita manusia, walaupun daya pancaindera kita manusia tidak dapat sampai ke makhluq jin itu, adalah kerana Allah Ta’ala memang berkuasa menjadikan kewujudan jin tidak mampu di lihat oleh daya penglihatan yang ada pada mata kita manusia, kita tahu bahawa mata kita ini hanya dapat melihat beberapa bahagian wujud-wujud yang tertentu saja di alam mi dengan kadar dan syarat yang tertentu.
    Tidak sepatutnya orang berakal boleh terjerumus ke dalam kebodohan dan kelalaian yang begitu ketara sekali, iaitu dengan sikapnya yang tidak mahu mempercayai sesuatu yang tidak secucuk dengan sains, maka ia berbangga dengan mengata kan ia tidak percaya kepada wujudnya jin, kerana semata-mata ia tidak melihat dan tidak bersentuh dengan jin.
    Kalau pegangan sepel:ti mi ada pada golongan terpelajar, maka mudah sekali mereka menafikan dan menidakkan banyak benar yang wujud yang telah diyakini wujudnya, semata-mata kerana tidak melihatnya, pada hal qa’edah ilmiyyah yang masyhur mengatakan: “Bahawa yang tidak dapat ditemui tidak semestinya tidak wujud.” Ertinya, kerana anda tidak dapa melihat sesuatu yang anda cari atau yang anda kaji tidaklah semestinya ia tidak wujud.
    (5) Apakah kesannya kepada Nabi Muhammad dengan segala apa yang telah diihat dan di’alaniinya ketika perantauan Baginda di Ta’if? Dan apakah implikasinya pula dengan segala apa yang di’alaminya itu di dalam jiwa Baginda?
    Untuk jawapan selanjutnya ikutilah apa yang telah diterangkan oleh RasuluLlah kepada Zaid sebagai menjawab pertanyaan beliau tentang apakah Baginda akan pulang pula sedangkan kaumNya telah pun menghalau Baginda keluar dan Makkah, dengan tenang baginda menjawab: “Wahai Zaid, sesungguhnya Allah akan memberi kelapangan dan jalan keluar dan apa yang engkau sebutkan itu dan sesungguhnya Tuhan jua yang akan tolong agamaNya dan mengangkat NabiNya.”
    Dan sini dapatlah kita perhatikan bahawa segala apa dilihat dan di’alaminya oleh RasuluLlah di Ta’ifsana di samping segala macam kekejaman dan penyeksaan di Makkah, sedikit pun tidak memberi kesan terhadap kepercayaan dan keimanan dengan Allah Subhanahu Wata’ala atau melemahkan tenaga ke’azamannya yang positif di dalam jiwa Baginda.
    Sebenarnya ini bukanlah ketabahan manusia biasa yang mempunyai kekuatan bertahan yang lebih yang enggan tunduk di bawah paksaan dan tekanan tetapi inilah yang dikatakan tekad keNabian yang telah menguasai hati dan jiwa RasuluLlah dengan menyeluruh. Baginda sedar bahawa segala usaha dan tindakannya itu semata-mata untuk melaksanakan dan menjalankan perintah Allah dan merempuh atau mengharungi jalan-jalan yang disuruh oleh Allah. Oleh yang demikian tidak syak lagi Tuhan itu tetap akan menjayakan perintahNya dan tiap suatu itu adalah di dalam perhitungan dan QadarNya.
    Sebagai pengajaran dan apa yang diperkatakan tadi ialah supaya kita tidak gentar dan berundur bila berhadapan dengan ranjau di sepanjang jalan da’wah Islamiyyah. Kejadian ini juga memberi pengajaran kepada kita bahawa perasaan bosan dan lemah semangat tidak akan dapat menjalar masuk ke dalam jiwa kita selagi kita mengikut suluhan cahaya keimanan dan Allah dan taufiqNya. Sesiapa yang membekalkan tenaganya dan Allah Subhanahu Wata’ala maka sudah pasti ia akan mengenal erti kekecewaan dan kemalasan, selagi sesuatu itu menjadi penintahNya maka selama itulah Ianya akan memben pertolongan.
    Kemalasan, kehampaan dan kekecewaan yang menghalang jalan dan perjuangan sesuatu ideologi yang lain ialah jalan dan ideologi yang tidak disuruh oleh Allah. Di dalam hal yang seumpama ini, yang digunakan hanyalah kebolehan, ke upayaan dan tenaga yang tersendini. Apa yang kita fahami tenaga manusia itu adalah terbatas. Dan sinilah selalunya, segala tenaga usaha dan semangat berapi—api tadi terancam dan akan berubah menjadi putus asa serta kecewa seandainya peijuangan itu memakan masa yang panjang dan mengalami pancaroba yang banyak, kerana keupayaan manusia adalah sangat terbatas dan terhad.

    MU’JIZAT ISRA’ DAN MI’RAJ


    Dimaksudkan dengan Al-Isra’ di sini ialah perjalanan yang mulia lagi bersejarah dan Masjid Al-Haram di Makkah ke Mas jid Al- Aqsa di Al-Quds di Palastin, adapun Mi’raj pula ialah peristiwa naik kelapisan langit tertinggi di mana Nabi Muham mad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam telah bertemu dengan Allah Rabbul Jalil, kesemuanya ini berlaku dalam semalam sahaja.
    Pendapat sejarah telah berbelah bagi tentang masa berlakunya mu’jizat Isra’ dan Mi’raj iiii. Ada yang mengatakan benlakunya dalam tahun kesepuluh selepas kebangkitan dan pengutusan baginda. Pendapat Ibnu Sa’d yang telah diganiskan di dalam kitabnya “AT-TABAQAT AL-KUBRA” mencatitkan bahawa mu’jizat ini berlaku sebelum lapan belas bulan hijrah RasuluLlah.
    Terdapat satu persoalan yang lain pula telah ditimbulkan iaitu apakah perjalanan RasuluLlah ini dengan ruhnya sahaja ataupun ruh dan jasad sekali. Pendapat ramai orang Islam ialah nih disertai dengan jasad sekali dan di sinilah baru ternampaknya mu’jizat pengembaraan baginda yang mulia yang telah dikurniakan kepada junjungan kita Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.
    Tentang kisah pengembaraan ini telah dibidangkan oleh Imam Bukhani dan Muslim dengan selengkapnya. Di malam yang bersejarah ini RasuluLlah telah menunggang “Buraq” sejenis binatang besar sedikit dan keldai dan kecil sedikit dan baghal. Binatang ini melangkah kakinya sejauh mata meman dang. Setelah baginda sampai dan masuk ke dalam Masjid Al—Aqsa serta menunaikan sembahyang dua raka’at, Jibril membawa baginda dua biji gelas, satu berisi arak dan yang satu lagi berisi susu. RasuluLlah memilih susu, lalu Jibril pun berkata:
    “Engkau telah memilih yang fitrah dan semulajadi” Setelah itu barulah RasuluLlah naik ke langit pertama, ke dua, ke tiga dan seterusnya dibawa ke “Sidratul Muntaha” dan di situlah Allah menyampaikan kepada baginda segala apa yang telah disampaikan. Antaranya Allah menyampaikan kewajipan sembah yang lima waktu sehari semalam ke atas tiap—tiap Muslim lelaki dan perempuan yang mana pada mulanya diwajibkan lima puluh raka’at sehari semalam.
    Pada keesokan pagi baginda menceritakan segala-galanya dan apa yang ternampak oleh mata kepalanya kepada umum. Cerita dan RasuluLlah SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam menyebabkan orang Musyrikin semuanya bergelak ketawa dan membawa berita yang pelik dan mengetawakan ini, kepada yang lain untuk diketawakan. Di samping itu terdapat di antara mereka yang mencabar RasuluLlah dengan meminta supaya menceritakan dan mernbuat satu gambaran tentang “Baitul Muqaddis” yang telah dilihat oleh RasuluLlah kalaulah betul baginda telah pergi dan sembahyang di dalamnya. Sebenamya untuk membuat gambaran atau laporan memang sukar kerana di masa itu tidak terlintas di ruangan kepala dan ingatan baginda SallaLlahu ‘alaihi Wasallam untuk meneliti sehalusnya berapa tiang, berapa pintu dan sebagainya. Walaupun begitu Allah Subhanahu Wa ta’ala telah menampakkan di mata kasar RasuluLlah gambar dan pemandangan Baitul Muqaddis secara terperinci dengan tiga dimensinya. Ini membawa RasuluLlah dapat menjawab pertanya yang dihadapkan kepada baginda dan dengan ini juga baginda dapat menjawab cabaran mereka tadi dengan menjawab selengkapnya segala pertanyaan mereka. Al—Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadith RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallarn, katanya: “Puak Quraisy telah mendusta segala cakapku, kemudian akupun bangun ke anjung (Saidina Ismail). Lepas itu Allah pun menampakkan kepadaku “Baitul Muqaddis”, membolehkan aku menceritakan segala—galanya tentang tempat-tempat dan tanda-tanda keistimewaan pemandangan Baitul Muqaddis yang dipaparkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala.
    Beberapa orang Musyrikin yang telah mendengar cerita Isra’ dan Mi’raj itu berkejar menemui Sayyidina Abu Bakar dan menceritakan perihal Nabi Muhammad yang dikatakan telah pergi ke Baitul Muqaddis dan naik ke langit dengan harapan Sayyidina Abu Bakar terperanjat dan kebingungan tetapi dengan tenang Sayyidina Abu Bakar menjawab; “Sekiranya itu yang diceritakan oleh baginda maka semuanya adalah benar belaka. Sebenarnya aku telah mempercayai Nabi Muhammad tentang perkara— perkara lain yang lebih dari itu”.
    Pada subuh pagi hari Isra’ itu jibnil telah datang dan mengajar Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam cara-cara, rukun-rukun dan segala sesuatu mengenai fardhu sembahyang dan waktuwaktunya. Adapun RasuluLlah sebelum diturunkan sembahyang itu padanya, baginda sembahyang dua raka’at pagi dan dua raka’at petang. Segala—galanya adalah mengikut sepertimana yang dilakukan oleh Sayyidina Ibrahim ‘alaihissalam.

    PENGAJARAN DAN RENUNGAN

    Sepatah kata mengenai RasuluLlah dan mu’jizat:— Setengah-setengah pengkaji sejarah RasuluLlah begitu gemar memperbesar-besarkan sangat tentang penghidupan Nabi Muhammad sebagai manusia biasa. Ini mereka lakukan ketika mengulas dengan panjang lebar bahawa kehidupan seharian bagmda sebagai tidak berpaut dan bertaut dengan perkara—perkara luar biasa iaitu mu’jizat. Mereka mengatakan bahawa baginda pernah menegaskan bahawa ia tidak ada kena-mengena dengan mu’jizat. Pengulasan mereka itu bersandarkan kepada sepotong ayat Al-Qur’an 
    “Katakanlah (hai Muhammad) sesungguhnya perkara perkara mu’jizat itu berada di sisi Allah”.
    Gambaran ini menyebabkan sipembaca sejarah Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaibi Wassalam akan mendapat gambaran di kepalanya bahawa penghidupan seharian Nabi Muhammad itu memang jauh dan tidak berbau langsung dengan perkara perkara yang selalunya dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata’ala kepada para anbiya’Nya yang terdahulu untuk menyokong dan memperkuatkan risalah dan pengutusan mereka.
    Bila kita perhatikan dan mengkaji dengan teliti tentang pendapat dan teori ini nescaya ternampak tembelangnya kerana pendapat mi adalah dianjurkan dan didokong oleh para orientalis seperti Gustov Lobon, Ojist Kont, Hume, Gold Zihar dan lam-lain lagi. Timbulnya pendapat dan teori ini adalah disebabkan oleh ketiadaan iman dan kepercayaan mereka terhadap pencipta mu’jizat tadi iaitu Allah Subhanahu Wata’ala kerana apabila keimanan dengan Allah tidak menetap di sanubari seseorang itu maka persoalan dan perkara yang lain menjadi gampang belaka dan di kala ini tidak perlu lagi kepada mu’jizat mu’jizat itu.
    Malangnya pendapat ini telah disambut baik oleh setengah-setengah orang Islam dan memang malang nasib dunia Islam di mana kalangan orang Islam sendiri telah berusaha dan bertungkus-lumus untuk menyebarkan hasil pemikiran asing ini. Usaha penyebaran yang merosakkan ini dilakukan tidak lain kerana mereka tertawan dan tertipu dengan keindahan putar-belit barat, terpesona dengan godaan kemajuan sains dan teknologi barat. Antara mereka yang terpengaruh dengan ke indahan pesona kemajuan dan teknologi barat itu ialah Syaikh Muhammad ‘Abduh, Muhammad Farid Wijdi, dan Hussain Haikal.
    Dan bila penyerang ideologi dan seteru Islam yang profesional mendapati ada juga orang Islam yang cuba melariskan pendapat-pendapat barat ini maka semakin bertambah luas lagi jalan dan peluang baru kepada penyerang ideologi ini untuk memasukkan dengan lebih banyak lagi racun-racun berbisa ke dalam masyarakat ummat Islam dan tidak perlu lagi taktik yang tradisional untuk melancar serangan terang-terangan terhadap ‘aqidah Islam dan menanam fahaman athies di otak kepala orang-orang Islam.
    Yang demikian mereka cuba memberi gambaran dan sifat-sifat yang tertentu kepada RasuluLlah seperti keharuan, kepintaran, kepenganjuran dan bermacam-macam lagi di dalam bentuk-bentuk yang menarik sekali dan di masa yang sama mereka cuba membuat sesuatu gambaran penghidupan Rasu luLlah yang terpisah dan mu’jizat dan luar biasa yang bukan bukan yang tidak boleh sampai oleh akal manusia yang singkat.
    Tujuan mereka berbuat demikian ialah supaya lama-kelamaan akan tercipta suatu gambaran dan nama baru mengenai diri RasuluLlah di kalangan umat Islam. Boleh jadi mereka menamakan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wassalam yang pintar atau Muhammad pemimpin atau Muhammad Perwira atau apa sahaja yang boleh melenyapkan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wassalam sebagai Nabi dan Rasul di mana segala sifat dan faktor keNabian, wahyu dan sebagainya dan perkara—perkara ghaib malah apa sahaja yang boleh menukarkan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wassalam dan alam keNabian dan keRasulan kepada metologi dan cerita-cenita dongeng kerana keNabian berasaskan wahyu dan mu’jizat sedangkan manusia dari dongeng metologi tidak sedemikian.
    Akhirnya segala-galanya ini membawa kepada suatu tanggapan dan kepercayaan bahawa sebab ramainya bilangan pengikut Nabi Muhammad tidak lain tidak bukan adalah kerana kepintaran dan kecerdikanNya. Cubalah perhatikan semuanya nampak dengan jelas dan nyata tentang maksud mereka menamakan penganut ugama Islam dengan Nabi Muhammad di tempat ‘muslimin dan Muslim’.
    Tetapi apakah tujuan sebenarnya di sebalik gambaran dan lukisan tentang hakikat Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wassalam yang sebenarnya itu? Sekiranya ingin kita menyingkap dan mendedah di bawah cahaya logik dan kajian objektif maka ternyatalah kepada kita:—
    i)                   Sekiranya kita kembali meneliti sekali lagi tentang zahiriyyah dan gejala wahyu itu dan telah pun kita memperkatakan selengkapnya bahawa ia menjadi unsur utama dalam penghidupan seharian Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wassalam maka ternyata kepada kita bahawa sifat—sifat yang lain tanpa ragu-ragu lagi. KeNabian adalah satu hakikat yang tidak dapat disukat atau dipertimbangkan mengikut perasaan biasa manusia. Demikian juga mu’jizat, yang merupakan anugerah istimewa dan unggul kepada peribadi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam yang tidak boleh dilucutkan atau dibenteras ‘mu’jizat’ dan perkara—perkara luar biasa ini kecuali setelah berjaya melucutkan sama sekali sifat keNabian darinya atau akibat akhirnya ialah mengingkarkan agama itu sendiri.
    Meskipun tujuan maklumat ini tidak dinyatakan sejelasnya oleh pengkaji-pengkaji dan kalangan orientalis umun dengan hanya menyebut kepintaran Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, kecerdikan, keberanian, kebijaksanaannya bermain politik dan sebagainya sudah cukup untuk membayangkan dan menyatakan tujuan dan matlamat mereka itu kerana tujuan dan maksud biasanya datang selepas pembayang.
    Oleh kerana setengah-setengah mereka ini tidak sabar dan sanggup menahan lebih jauh lagi maka tidak ada jalan lain melainkan meluahkan isi hati mereka dengan menyatakan secara terang—terangan bahawa mempercayai agama itu sama dengan mempercayai perkara mu’jizat yang mustahil.[ Dr. Shibli Shamil mengatakan mi dalam muqaddimah terjemahan ke bahasa Arab sebuah buku ulasan mengenai teori Evolusi Darwin.]
    Bukankah engkau lebih mengetahui bahawa tidak ada erti untuk memperkatakan sesuatu tentang keengkaran atau k imanan mereka terhadap mu’jizat itu, sekiranya sejak awal—awal lagi mereka telah mengingkar agama itu sendiri.
    ii)                 Andaikata kita meneliti tentang sirah kehidupan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam kita dapati begitu banyak sekali Allah Subhanahu Wata’ala menunjukkanmu ke atas Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. Semuanya tidak dapat kita tolak kerana sirahnya adalah mengikut sandaran hadith yang benar dan riwayatnya bertaut pula, yang membawa kita percaya sepenuhnya malah mencapai peringkat kita meyakininya.
    Antaranya peristiwa mengeluarkan air dari antara jari—jarinya yang mulia. Peristiwa ini diceritakan oleh Imam Bukhari di dalam kitab hadithnya di bawah tajuk ‘Air Sembahyang’, Imam Muslim pula mencatitkannya di dalam bab sifat, atau tingkah laku, Imam Malik meriwayatkannya di dalam kitabnya Al-Muwatta’ di bawah judul ‘Kebersihan’ dan dan para imam hadith terkemuka yang lain mengikut aliran masing-masing. Al-Zarqani sendiri yang mengambil dari Al Qurtubi menceritakan dengan katanya: ‘Sesungguhnya pengaliran air antara jari—jari Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam disebut beberapa kali di dalam beberapa tempat kejadian yang bersejarah, sirahnya mengikut berbagai aliran yang kesemuanya membawa kepada pengetahuan yang benar dan sahih terhadap peristiwa mi.
    Dan di antara yang lain pula ialah hadith pembelahan bulan di zaman RasuluLlah iaitu ketika itu puak musyrikin meminta baginda melakukan sedemikian. Al-Bukhari telah meriwayatkan di dalam kitab hadithnya di dalam fasal ‘Ahadithul Anbiya’ dan Muslim di dalam fasal ‘Sifatul Qiyamah’ begitu juga para ‘ulama’ hadith yang lain. Ibnu Kathir berkata: ‘.... tentang ini banyak hadith mutawattir dengan sandaran yang benar dan boleh dipercayai telah memperkatakan seluruh ‘ulama’ sepakat memperkatakan tentang peristiwa yang bersejarah ini berlakunya di zaman RasuluLlah, di mana ianya merupakan antara mu’jizat-mu’jizat yang teragung.
    Yang peliknya mereka tidak berhenti-henti memperhebohkan dengan mencanangkan sifat-sifat kepintaran Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam di samping melucutkan dan mengenepikan segala sesuatu yang berupa mu’jizat dan sesuatu yang luar biasa dan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan ketika yang sama mereka sengaja melupakan segala hadith yang benar dan bertaut (mutawattir), langsung tidak memberi sebarang perhatian. Positif pun tidak, negatif pun tidak juga. Seolah-olah kitab- kitab hadith tidakpun mengandungi perkara ini sedangkan apa yang dikemukakan lebih daripada sepuluh aliran dan cara saranan.
    Sebabnya mereka membisu ialah untuk mengelak diri supaya tidak terjerumus kepada masalah yang rumit di mana mereka terpaksa menghadapnya ketika bersekemuka dengan hadith-hadith tadi kerana hadith— hadith ini amat terang bercanggah dengan prinsip-prinsip yang berputar ligat di otak kepala mereka. [ ‘Antara mereka ialah pengarang Hayat Muhammad SaLlaLlahu ‘alaihi Wasallam yang begitu terang sekali hendak melepaskan dari ikatan hadith supaya teorinya begitu romantis dan tidak ditempelak oleh hadith itu. Beiau ialah Hussain Haekal.]

    iii) Perkataan mu’jizat ini bila diperhatikan dengan teliti maka didapati ia tidak mempunyai satu definasi yang tersendiri dan apa yang telah diertikan semata—mata makna dan pengertian yang nisbi atau relatif. Mengikut apa yang telah dita’rifkan, perkataan mu’jizat ini bermakna perkara-perkara yang luar biasa dan perkara ini pula sering bertukar dan berubah mengikut peredaran masa, kadang-kadang berubah ertinya dan satu kebudayaan ke satu kebudayaan dan kebolehan sesuatu umat. Biasa berlaku di suatu masa yang lalu mu’jizat dan luar biasa bagi puak yang perimitif yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan.
    Tapi yang sebenarnya mengikut orang yang berfikiran waras bahawa ‘biasa dan luar biasa’ itu kesemuanya asal mu’jizat dan luar biasa berlaku.
    Cakrawala mu’jizat, peredaran planet mu’jizat, ‘akal fikiran manusia mu’jizat, kuasa tarikan bumi mu’jizat, perjalanan darah mu’jizat, jiwa dan roh manusia mu’jizat sehingga manusia sendiri pun mu’jizat juga. Memang tepat sekali apa yang disifatkan oleh ahli flkir Peranchis Chateaubriand katanya: “Manusia ini ialah penghidupan metafizika”
    Malangnya manusia ini selalu terlupa nilai mu’jizat pada keseluruhannya kerana setiap waktu berkisar dan bermain dengannya, entah kerana mereka tidak tahu atau kerana bongkak, dikira mu’jizat itu hanya pada perkara yang memeranjatkan sahaja.
    Manusia sering membuat ukuran untuk mempercayai atau tidaknya terhadap sesuatu perkara itu berdasarkan biasa atau luar biasanya sesuatu perkara. Inilah kejahilan manusia yang paling aneh meskipun ianya telah maju di bidang kemajuan dan pengetahuan.
    Sekiranya manusia itu merenung dan memerhatikan dengan penuh ketelitian ke arah ‘alam akan terhidanglah kepadanya suatu ciptaan yang semuanya serba mu’jizat belaka dan akan tersinar di otak kepalanya bahawa Tuhan yang mencipta alam ini tidak mengalami kesulitan dan kesukaran baginya untuk menokok-tambah sebarang mu’jizat yang lain pula ke atas ‘alam ini ataupun menukar-ganti setengahsetengah sistem yang biasa dikendalikan kepada suatu cara yang lain pula. Seorang orientalis Inggeris “William Jones” pernah menyuarakan hasil renungan beliau terhadap ‘alam ini dengan katanya:
    “Tidak sukar bagi tenaga yang telah mencipta ‘alam ini untuk menambah atau membuang sebahagian darinya. Memang senang untuk mengatakan bahawa perkara ini tidak tergambar di kepala manusia. Yang sebenarnya orang yang mengatakan demikian tidak tergambar di kepalanya gambaran sebenar tentang kewujudan ‘alam ini”.
    Ertinya kalaulah ‘alam ini tidak ada kemudian diceritakan kepada orang yang engkar dan tidak percayakan perkara-perkara mu’jizat dan luar biasa bahawa dunia ini akan ada, dengan serta merta dia akan menjawab bahawa perkara ini tidak mungkin berlaku dan tidak terlintas di kepalanya kerana keengkarannya terhadap mu’jizat.
    Inilah apa yang harus difahami oleh setiap Muslim tentang RasuluLlah dan segala yang telah dikurniakan Tuhan kepada baginda dan mu’jizat yang luar biasa.
    (2)               Rahsia berlakunya Isra’ dan Mi’raj dalam keadaan RasuluLlah sedang mengalami cubaan:— Begitu pahit dan maung sekali segala pancaroba yang dirasai oleh RasuluLlah dan pihak Quraisy dan yang paling dahsyat sekali dialami oleh RasuluLlah ialah penghinaan di Thaif seperti yang telah kita perkatakan dahulu. Di dalam do’a restu baginda ke hadrat Ilahi ketika baginda berehat dan penat lelah di pokok-pokok di dusun anak-anak Rabi’ah nampak sekali kelemahan dan keperluan manusia kepada pertolongan Ilahi dan inilah pengakuan kehambaan manusia kepada Tuhan Rabbul ‘Alamin; Di dalamnya juga menampakkan pengaduan RasuluLlah kepada Allah Subhanahu Wataàla di samping merestui pertolongan dan kurniaannya, juga terbayang kegelisahan apakah ini suatu kemurkaan dari Allah kerana sesuatu perintah yang telah terlanggar. Oleh yang demikian di antara do’a restu baginda “sekiranya ini tidak mendapat murka maka tidaklah hamba hiraukan”.
    Selepas itu disusuli pula dengan peristiwa Isra’ — Mi’raj di mana peristiwa ini adalah kurniaan Allah kepada Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam demi untuk memperkuatkan dan memperbaharui keazaman dan menerangkan bahawa segala pancaroba yang dihadapi oleh RasuluLlah bukanlah suatu angkara murka dari Allah dan dasar Ilahi dengan manusia tercinta dan demikian juga sunnah dan dasar da’wah Islamiyyah di setiap waktu dan ketika.
    (3)               Perjalanan Isra’ RasuluLlah ke Baitul Muqaddis dan keberangkatan kelapisan langit ketujuh merupakan satu peristiwa yang besar ertinya. Antaranya mempertandakan bahawa Baitul Muqaddis bukanlah satu tempat biasa malahan ianya tempat qudus dan suci di sisi Allah dan mempertandakan bahawa di sana tersemat satu pertalian yang erat di antara kebangkitan ‘Isa bin Maryam ‘alaihissalam dengan risalah RasuluLlah, tegasnya wujudnya suatu pertalian dan hubungan yang rapat dan erat di antara para Anbiya’ seluruhnya di dalam siri pengutusan mereka ke’alam ini.
    Peristiwa ini juga memberi suatu suluhan isyarat bahawa setiap masa harus berwaspada dan menjaga keselamatan dan kehormatan tanah suci ini serta menjaganya dari sebarang rupa pencerobohan dari luar dan dalam. Inilah hikmat Ilahi yang seolah-olah telah memberi amaran agar setiap Muslim tidak akan membelakangkan masalah Baitul Muqaddis yang telah dinodai oleh tangan-tangan Zionis dan meminta dari setiap Muslim supaya membersihkan tanah ini dan noda kecemaran yang telah melandanya.
    Siapakah yang mengetahui bahawa peristiwa Isra’ yang teragung inilah mendorongkan Salahuddin A1-Ayubi Rahimahullah bangun serentak menyeru kaum Muslimin menentang dan menghalau musuh salibi durjana dan berambus pulang ke Eropah semula dengan diselubungi oleh mendung kegagalan yang sial.
    (4)               Susu ialah yang menjadi pilihan RasuluLlah ketika Jibril membawa datang satu piala yang berisi susu dan yang satu lagi berisi arak; ianya sebagai simbolik kepada Islam, agama fitrah dan semulajadi. Jelasnya ‘aqidah dan hukum-hakam agama mi sesuai dan seiring dengan kehendak semulajadi manusia seluruhnya, tanpa ada suatu apapun di dalam Islam bercanggah dengan sifat—sifat semulajadi manusia. Andaikata ‘alam ini dan tabi’at semulajadi diibaratkan dengan suatu badan dengan dimensinya maka Islam pula ialah baju yang terpotong mengikut ukuran yang benar—benar menepati ukuran badan tadi.
    Inilah sebabnya mengapa Islam tersiar dengan meluasnya ke merata tempat dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Walau setinggi mana manusia mencapai tamaddun dan kemajuan kebendaan namun ia tetap mahu menjawab laungan perasaan dalaman yang bersifat semulajadi dan untuk demikian sanggup membebaskan dirinya dari belenggu rekaan yang kosot-moyot yang tidak berpijak dan berpandukan neraca semulajadi. Hanya Islam sahaja satu agama dan sistem yang unik yang boleh memberi keselesaan yang mendalam kepada neraca semula jadi manusia. 
    (5)               Perjalanan Isra’ dan Mi’raj berlaku dengan roh dan jasad sekali, jiwa dan badan RasuluLlah sekali.
    Sebilangan terbesar umat Islam di zaman lampau dan sekarang bersependapat mengatakan demikian. Imam Al Nawawi di dalam mengulas kitab Muslim menyatakan:
     “Pendapat yang sebenarnya seperti yang dipegang dan diperkatakan oleh sebahagian besar (majoriti) orang awam dan para fuqaha’ Islam yang terdahulu dan yang terakhir bahawa Isra’ Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam berlaku sekali lagi dengan jasad baginda. Kesan peninggalan sejarah juga membuktikan sedemikian dan tidak dapat dan tidak mungkin kenyataan. Athar ini ditolak dan ditukar dengan yang lama dan tidak boleb diengkar melainkan kalau dapat dibawa suatu penafsiran yang lain”. [Al-Nawawi Al-Sahih Muslim & Fathul Bari Al-Sahih Al-Bukhari]
    Imam Ibnu Hajar di dalam kitab pengulasan hadith Bukhari menyatakan bahawa Isra’ dan Mi’raj itu berlaku kedua duanya di dalam waktu satu malam, ketika Rasulullah masih sedar dan jaga dengan kedua-dua jasad dan rohnya sekali. Inilah pendapat majoriti ‘ulama’ hadith dan fuqaha’ Islam dan ‘ulama’ tauhid. Berita peristiwa ini turut berpindah dari seorang ke seorang dan tidak seharusnya menarik diri dari mempercayai centa ini kerana tidak ada suatu sebab pun yang membolehkan akal fikiran menolaknya.
    Di antara bukti-bukti yang menolak keraguan apakah RasuluLlah berangkat dengan jasad dan rohnya ialah kehairanan kaum Quraisy, kerana perkhabaran itu terlalu ganjil bagi mereka. Oleh yang demikian mereka dengan serta merta mendustakan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. Kalaulah penstiwa ini setakat melibatkan roh sahaja maka tidak menjadi sebarang kegemparan di kalangan kaum Quraisy kerana pemandangan dan gambaran yang dilihat dalam tidur itu tidak ada sekatan dan batasan had. Kalau demikian maka perkara ini sama saja bagi orang Muslim dan kafir. Kalau peristiwa ini berlaku dengan roh sahaja mengapa puak Quraisy begitu bersunguh sungguh untuk mengambil tahu dengan tepat tentang sifat-sifat Baitul Muqaddis, pintu, tiang dan sebagainya. Semuanya ini bertujuan untuk menekan dan mencabar Muhammad SallaL lahu ‘alaihi Wasallam.
    Bagaimana boleh berlakunya peristiwa ini dan apakah boleh tergambar di otak kepala manusia? Segala-galanya berlaku sepertimana mu’jizat-mu’jizat yang lain boleh terjadi. Bukankah telah kita katakan bahawa ‘alam ini semuanya mu’jizat dan luar biasa belaka. Kalau semua ini dapat diterima oleh akal fikiran mengapa pula yang ini tidak dapat diterima dengan mudah juga.
    (6) Berwaspada dan berhati—hati dalam mencari cerita Isra’ Mi’raj, agar jangan terperangkap oleh sebuah kitab yang bernama: “Mi’raj Ibni ‘Abbas” kitab ini penuh bersirat dengan hadith-hadith yang palsu yang tidak ada asal dan sanadnya, memang pengarangnya yang bertujuan buruk ini cuba meletakkan pembohongan-pembohongan itu kepada Ibnu Abbas r.a., sedangkan Ibnu ‘Abbas bersih dari demikian seperti yang diketahui oleh orang-orang yang berakal, Ibnu Abbas sebenarnya tidak pemah mengarang sebarang kitab mengenai Mi’raj Rasul, sebenarnya kitab ini disusun dan muncul di zaman akhiran pemerintahan Umawiyah.
    Bila kitab ini ditemui oleh penda’wah-penda’wah jahat, mereka dapati banyak pembohongan yang dikaitkan kepada Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam yang boleh menggoncangkan iman banyak manusia, mereka pun memperkenalkan kitab ini, mereka tonjol-tonjolkan kitab ini, (Salah seorang dan mereka yang menulis pujian dan mengagung-agungkan kitab ini, ialah Doctor Louis Audh. Kenalkah anda siapa itu Louis Audh ??) di samping mereka tahu sebelum semua orang tahu bahawa kitab ini didustakan atas nama Ibnu Abbas, hadith-hadith yang terdapat dalamnya semua palsu dan salah, tetapi terbalik songsang begitu cepat sekali yang dusta menjadi benar pada mereka, ini adalah kerana bertujuan mengelirukan pemikiran orang-orang muslimin dan dengan tujuan membuat kesamaran terhadap agama Islam.

    RASULULLAH MEMPERKENALKAN DIRINYA KEPADA QABILAH-QABILAH DAN PERMULAAN ANSAR MEMELUK ISLAM.
    Di dalam musim haji ini, RasuluLlah cuba memperkenalkan dirinya kepada qabilah-qabilah yang membanjiri Kota Makkah (Baitullah) dengan mengemukakan agama baru. Baginda membaca beberapa ayat Al-Quran dan menyeru mereka supaya beriman dengan Tuhan yang satu, tetapi tidak seorang pun yang menyahut seruanNya.
    Ahli sejarah Ibnu Sa’d di dalam kitabnya menyebut begini:
    “RasuluLlah mengikuti musim haji setiap tahun. Baginda bertemu dengan pengambil-pengambil haji di rumah-rumah mereka samada di Ukkaz, Mijannah mahupun di Zil Majaz, meminta mereka memberi sokongan dan perlindungan kepadaNya supaya dapat baginda menjalankan tugas dari Tuhan dan ganjarannya ialah syurga dan Tuhan. Malangnya tidak ada seorangpun yang menerima permintaan baginda. Baginda berseru: “Wahai sekalian manusia, berimanlah dan katakanlah sesungguhnya tidak ada Tuhan hanya Allah, dengan ini nescaya kamu berjaya dan dengannya nescaya kamu akan menguasai bangsa ‘Arab dan bangsa asing pun akan tunduk kepadamu, sekiranya kamu beriman maka kamulah raja di dalam syurga”. Di masa itu juga Abu Lahab mengekori dan belakang membuat seruan balas yang menyonsang dengan katanya: “Janganlah kamu ikutnya kerana ia sudah mendurhaka dan seorang pendusta”. Oleh itu maka mereka menjawab seruan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dengan sekotor-sekotor jawapan di samping menyakitinya.
    Di dalam tahun kesebelas selepas pengutusanNya seperti biasa Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam memperkenalkan dirinya kepada qabilah-qabilah luar. Ketika berada di suatu tempat bemama “Al—’Aqabah” (letaknya di antara Makkah dan Mina. Di situlah dilakukan lontaran Jamrah Al ‘Aqabah), Baginda telah sempat bertemu dengan beberapa orang dari puak Al Khazraj. Tanya bagmda: “Siapakah kamu sekalian?” Jawab mereka: “Kami dari puak Al Khazraj.”
    Tanya baginda: “Jiran orang-orang Yahudi?” Jawab mereka: “Ya.”
    Kata baginda: Relakah duduk sebentar untuk ku bercakap sepatah dua.” Maka Baginda pun tidak membuang masa menyeru mereka ke jalan Allah dan menyeru kepada agama Islam, di sampingnya RasuluLlah pun membaca beberapa potong ayat Al Qur’an.
    Penghidupan mereka bersama-sama orang Yahudi telah merintis jalan ke arah penerimaan Islam sebagai agama pegangan mereka. Seperti yang diketahui bahawa orang Yahudi ialah ahlil-kitab dan ahli ilmu pengetahuan. Bilamana berlaku persengketaan di antara qabilah khazraj atau puak lain dengan Yahudi maka orang-orang Yahudi mengugut dengan kata mereka: “Sudah tiba masanya seorang Rasul akan diutus, di kala itu kami akan mengikut ajarannya dan bersama-sama akan kami hapus kamu sekalian sepertimana terhapus dan fananya bangsa ‘Ad dan Iram’
    Bilamana RasuluLlah memperkenalkan dirinya yang disusul dengan seruannya agar mereka menganut agama Islam membawa mereka teringat kembali akan ugutan Yahudi itu.
    Kata mereka: “Kamu ingat tidak, inilah Nabi yang disebut oleh orang Yahudi dahulu, jangan beri peluang kepada Yahudi mendahului kamu”. Maka sekalian mereka pun menyahut seruan RasuluLlah. Sambung mereka:
    “Kami telah tinggalkan kaum bangsa kami di Madinah sana di dalam persengkitaan yang amat sangat. Moga—moga dengan berkat tuan akan bertaut kembali kiambang yang bercerai. Sepulangan kami nanti akan kami kemukakan agama ini kepada mereka. Andaikata Tuhan menyatukan kembali kami ini maka tuan hambalah manusia teragung di kalangan kami.”
    Merekapun bersurai dan sebelumnya mereka telah berjanji untuk berjumpa kembali di tahun akan
    datang.

    PERJANJIAN AL-’AQABAH YANG PERTAMA

    Islam pun mula berkembang di Madinah di tahun tersebut. Seperti yang dijanjikan, sekumpulan orang Ansar pun tiba seramai dua belas orang lelaki bertemu di Al—’Aqabah. Pertemuan ini dikenal dengan Al Aqabah Al Ula atau “Aqabah Pertama”. Perjanjian pun dimetrikan seperti perjanjian wanita juga (di mana artikel perjanjian kaum wanita adalah tidak mengenai soal peperangan dan jihad). Di antara mereka itu ialah: As’ad bin Zurarah, Rafia’ bin Malik, ‘Ubadah bin Al-Samit dan Abu Al Haitham bin Al Tihan.
    ‘Ubadah bin Al-Samit menceritakan peristiwa ini: “RasuluLlah telah menyeru kami yang seramai dua belas orang ini dengan katanya: “Marilah bersama berjanji dengan hamba dan jangan sekali-kali mensyirikkan dan menyengutukan Allah. Jangan mencuri. Jangan berzina. Jangan membunuh anak-anak kamu dan janganlah kamu mendurhaka perintah ku ini kerana hendak melakukan ‘kejahatan. Barangsiapa menunaikan segala janji-janji tadi maka terimalah ganjaran istimewa dan Tuhan dan barangsiapa melanggar garis-garis tadi kemudian dibalas di dunia ini maka itu adalah dendanya, dan barangsiapa melanggar perjanjian tadi Tuhan melindunginya maka itu terserahlah kepada Allah, kalau kehendak Tuhan hendak membalas atas perlanggaran itu maka itulah balasannya dan kalau kehendak Tuhan mengampuninya kamu itu terserahlah kepada Allah jua”. Ubadah bin Al Samit menyambung lagi dengan katanya:
    “Kami sekalian pun mengiya dan berikrar akan demikian (patuh)”.
    Ketika mereka hendak beredar dari situ Rasulullah mengirimkan bersama—sama mereka Mus’ab bin Umair untuk mengajar mereka membaca Qur’an dan mengajar segala sesuatu mengenai Islam dan untuk mematangkan mereka soal—soal agama. Beliau ini dikenal dengan “Muqri’ al Madinah” pembaca al-Madinah.

    PENGAJARAN DAN RENUNGAN

    Tidakkah kita perhatikan suasana yang dihadapi oleh RasuluLlah selama ini yang sudah berubah, kesabaran telah membuahkan sesuatu, usaha-usaha telah mula mengeluarkan hasil, da’wah yang diusahakan oleh RasuluLlah kini mula menghijau dengan ranting-ranting dahan dan batang-batang yang subur akan mengeluarkan hasil dan perolehan yang lumayan.
    Ya! Sebelum kita memperkatakan dengan lebih jauh lagi tentang hasil—hasil dan masa depan yang gemilang ini, marilah kita bersama-sama sekali lagi merenung akan kesabaran yang paling pahit dirasai oleh penghulu agung kita semasa menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan.
    Di sini kita perhatikan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sewaktu menjalankan usaha da’wahnya, bukan setakat menyeru kaum puaknya sahaja dan qabilah Quraisy yang menentang perjuangan baginda tetapi seruan da’wahnya menyeluruh kepada semua qabilah-qabilah yang mengunjungi Kota Makkah dan penjuru-penjuru yang berasingan untuk mengerjakan haji. Baginda memperkenalkan dirinya sebagai petunjuk di mana baginda menyeru mereka kepada agama dan ‘aqidah tauhid, berulang alik ke sana ke mari, tetapi tidak ada siapa pun yang menyahut seruannya itu Imam Ahmad, Hakim dan para ahli hadith yang lain meriwayatkan hadith sahih:
    “Bahawa RasuluLlah SallaLlabu ‘alaihi Wasallam telah memperkenalkan dirinya kepada pengunjung-pengunjung Makkah di musim-musim haji dengan katanya siapakah di antara kamu yang sanggup membawa aku untuk bertemu dengan kabilahnya, di sini puak Quraisy telab melarang aku dan menyampaikan firman dan seruan Tuhanku.”
    Dalam masa sebelas tahun demi sesungguhnya RasuluLlah telah mengalami hidup dan perjuangannya yang gigih tidak tahu letih dan penat lelah, di masa itu juga puak Quraisy begitu liar matanya untuk memerhati gerak geri Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan mencari peluang untuk membunuh baginda. Berbagai corak dan cara penyiksaan yang dahsyat telah dihempap ke atas Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dengan tujuan hendak melemahkan semangat perjuangan baginda.
    Dalam masa sebelas tahun RasuluLlah merantau dan berdagang di tengah-tengah kaum bangsanya sendiri. Merantau di segenap puak dan bangsa yang melingkunginya, meskipun demikian sekali-kali tidak akan melemahkan semangat perjuangan baginda dan sedikitpun tidak merunsingkan kepalanya atau terlupa kepada TuhanNya.
    Sebelas tahun dalam perjuangan tidak putus-putus dan kesabaran menuju ke jalan Allah merupakan harga yang setimpal ke arah penyibaran dan perkembangan raksasa ke timur dan barat. Satu demi satu empayar dan dinasti tewas dan gugur di hadapannya. Rom dan Parsi tersungkur menarik nafas terakhir di bawah landasan dan badai arus perkembangan Islam yang agong.
    Demikian nilai yang setimpal kepada perjuangan yang gigih, alangkah mudah dan gampang sekali bagi Tuhan menegakkan sesebuah masyarakat Islam yang kukuh, tetapi bukan itu sunnah dan polisi Tuhan dengan hambaNya. Biarlah berlaku penyembahan mereka kepada Tuhan mengikut selesa dan pilihan masing-masing setelah berlaku dan terciptanya kehambaan mereka tanpa pilihan.
    Tidak akan terlaksana penyembahan yang sebenar tanpa pengorbanan tenaga yang ikhlas, tidak akan nampak yang jati dari yang palsu tanpa dugaan dan tidak akan timbul yang benar dan yang munafiq tanpa sengsara dan percubaan. Memang tidak adil dan saksama untuk mendapat habuan tanpa membelanjakan tenaga dan usaha masing-masing.
    Untuk ini semua maka Tuhan telah mewajibkan manusia dua perkara:
    1.  Menegakkan syari’at Islam dan masyarakatnya.
    2.  Perjalanan ke matlamat tersebut adalah melalui liku liku jalan yang penuh dengan onak dan dugaan.
    Kalaulah demikian rupanya marilah kita perhatikan sehalusnya tentang hasil yang mula menampak selepas sebelas tahun dalam perjuangan berda’wah dan apakah sifat atau tabi’at dan cara perkembangannya:— 
    (Pertama) Kejayaan yang diidamkan itu bukanlah dan pihak Quraisy tapi dan kelompok yang jauh terpencil dan Makkah dan Quraisy, walaupun pergeseran dan permasyarakatan dahulu lebih rapat dengan Quraisy. Apakah sebabnya hingga berlakunya sebegini rupa?
    Sepertimana yang kita tegaskan di pendahuluan kitab ini bahawa sudah menjadi hikmat Ilahi agar pengkaji dan penatap sejarah perjalanan da’wah Islamiyyah tidak merasa ragu—ragu dan syak wasangka terhadap sifat dan sumbernya (yakni kebenaran). Dengan itu maka mudahlah orang beriman dengannya, dan tidak akan berlaku kesasulan atau kekeiruan dengan da’wah-da’wah lain. Untuk demikian juga maka RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam diutuskan dalam keadaan buta huruf, untuk demikian juga maka seruan dan da’wah Muhammad SallaLlahu‘alaihi Wasallam timbul di tengah-tengah kalangan bangsa yang buta kemajuan tak pernah merasa atau melihat dan mengambil kemajuan dan luar, untuk demikian juga maka Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dijadikan contoh unggul untuk budi pekerti, amanah dan peribadi suci dan untuk demikian juga maka pengikut-pengikutnya yang pertama bukan dan anak biah suasananya atau kaum bangsanya, supaya jangan disangka orang yang seruan Muhammad Sallallahu ‘alaihi Wasallam mi adalah seruan kebangsaan dan kelompoknya semata—mata.
    Sebenarnya inilah hikmat Ilahi yang telah memainkan peranan dan segenap segi, buat menjaga seruan ini dan sebarang ancaman dan ugutan luar yang ingin menusuk dengan tikaman beracun.
    Perkara ini pun telah dibentang oleh penyelidik luar dalam sebuah kitab berjodol “Dunia Islam di hari ini”.
    “Sesungguhnya pihak orientalis begitu gigih membuat kritik—kritik terhadap sirah RasuluLlah mengikut sistem kajian Eropah, mereka bertungkus lumus selama tiga suku abad me nyelidik dan mengkaji mengikut prasangka mereka demi untuk meroboh sama sekali pendapat yang telah dipersetujui dengan sebulat suara oleh ‘ulama’ Islam mengenai sejarah Nabi mereka. Sepatutnya usaha mereka yang begitu mendalam sudah lama telah meroboh benteng pendapat orang Islam itu, dan apakah memang dapat mereka berbuat demikian? Sebagaijawapannya:
    Dengan terang-terang, sedikitpun mereka tidak boleh berbuat apa-apa, malah kalau kita perhatikan dengan teliti mengenai pendapat baru yang baru diproseskan oleh para onentalis. Perancis, Inggeris, Jerman, Belgium dan Belanda tidak ada suatu apa pun, tidak lebih dan temukut bercampur hampa, tidak memberi sebarang faedah, yang engkau dapati hanya tiap seorang dan mereka cuba menegaskan apa yang telah dinafikan oleh yang lain.” (perhatikan kitab. ‘Hadzir al’alam al-Islami, Jiid pertama muka surat 33)
    (Kedua) Ketika kita memerhati dengan teliti ternyata dengan jelas bahawa segala apa yang telah kita paparkan tentang permulaan Islam untuk orang-orang Ansar di mana Tuhan telah menyediakan suasana dan pengbidupan di Madinah untuk menenima da’wah Islamiyyah, sebenamya memang sudah terdapat keselesaan dan persediaan jiwa untuk menerima Islam. Apakah tanda—tanda persediaan jiwa itu?
    Antaranya, Kota Madinah merupakan bandar kosmopolitan, terdapat bangsa Yahudi mendatang di tengah-tengah rakyat bumiputera bangsa ‘Arab yang musyrik, bangsa ‘Arab ini pula terbahagi kepada dua kelompok yang terbesar iaitu Al ‘Aus dan AJ—Khazraj.
    Puak Yahudi yang mendatang pula terdiri dan tiga qabilah: Bani Quraidzah, Bani Al Nadzir dan Bani Qainuqa’.
    Bangsa Yahudi di Madinah ini telah begitu lama menghasut dan menyalakan api perpecahan dan ini memang tabi’at semulajadi mereka di antara dua puak bumiputra (bangsa ‘Arab) ini. Peperangan sering berlaka di antara dua puak ini. Pengarang kitab: “Mukhtasar Sirah Al—Rasul SallaLlahu ‘alaihi Wasallam”, Muhammad bin Abdul Wahhab menegaskan dengan katanya: Peperangan pernah berlarutan memakan masa seratus dua puluh lima tahun.
    Di dalam masa peperangan yang memanjang ini puak ‘Aus telah mengikat janji dengan Bani Quraidzah dan puak Khazraj pula mengikat janji dengan Bani A1-Nadzir dan Bani Qairiuqa’. Pertempuran yang terakhir berlaku di antara dua puak ini ialah pertempuran “Bu’uth” di mana sebilangan besar pembesar-pembesar dan pemimpin mereka terkorban, pertempuran ini berlaku beberapa tahun sebelum hijrah Al-Rasul ke Madinah.
    Di dalam keadaan begitu andaikata berlaku peperangan di antara bangsa ‘Arab dan orang-orang Yahudi maka orang Yahudi sering mengugut mereka dengan kata mereka:
    “Bahawa seorang Rasul akan diutuskan Allah ke dunia ini dan masanya pun telahpun hampir tiba, dan kami (orang-orang Yahudi) akan turut menjadi pengikutnya nanti, di masa itulah kami akan hancurkan bangsa ‘Arab dengan pertolongan Nabi tadi bak terhancur keturunan ‘Ad dan Tram”.
    Inilah suasana yang telah menggerak penduduk Madinah tertunggu-tunggu dengan kedatangan seorang Nabi dan kelahiran suatu agama baru. Dengan penuh harapan mereka menanti-nanti suatu hari kelompok bangsa ‘Arab kembali bersatu padu, bak pepatah bidok lalu kiambang bertaut.
    Mengikut apa yang ditegaskan oleh Ibnu Qayyim dalam kitabnya “Zadul Ma’ad” sememangnya inilah apa yang disediakan Allah untuk utusanNya sebagai persediaan untuk berhijrah ke Madinah dan hikmat Ilahi agar di sanalah menjadi tapak utama ke arab pelancaran dan perkembangan Islam ke merata tempat di dunia ini.
    (Ketiga) Di dalam perjanjian Al-’Aqabah yang pertama telah dapat diIslamkan beberapa orang kenamaan Madinah, seperti yang kita perihalkan, dan sejauh manakah pengislaman mereka ini dan apakah tanggungjawab mereka yang telah dipertanggungjawabkan terhadap Islam?
    Seperti yang kita perhatikan bahawa Islam mereka ini bukan sekadar mengucapkan dua kalimah syahadah sahaja. Sebaliknya keIslaman mereka ini adalah dengan suatu pegangan dan keyakinan yang teguh, mendalam serta menyeluruh. Di samping mengucap dua kalimah syahadah mereka susuli pula dengan perjanjian dan dimetrikan bersama dengan Rasulullah agar segala tingkah-laku mereka, dan penghidupan seharian mereka mengikut Islam. Ada baiknya kita menyebut kembali prinsip-prinsip utama dan piagam perjanjian mereka: kepercayaan kepada Tuhan yang Esa tanpa menyengutuiNya, tidak mencuri tidak akan berzina, tidak membunuh anak sendiri, tidak melakukan kejahatan dan tidak melanggar perintab Rasulullah dengan tujuan hendak melakukan kejahatan.
    Inilah keistimewaan masyarakat Islam yang terpenting di mana diutusnya Rasulullah untuk menegakkannya. Bukanlah tugas Rasulullah setakat mengajar manusia mengucap dua kalimah syahadah kemudian tinggal mereka untuk mengucap-ngucapkannya sedangkan mereka tetap juga dengan kerjakerja yang sesat dan perbuatan yang tidak senonoh lagi munkar. Sememangnya setiap yang mempraktikkan dua kalimah syahadah, menghalalkan yang halal, mengharamkan yang haram dan yang melaksanakan segala suruhan maka ianya dianggap Muslim. Mempercayai keEsaan Tuhan dan keRasulan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam merupakan kunci dan langkah pertama ke arah pembentukan masyarakat Islam, melaksanakan sistem dan prinsip-prinsip Islam dan beriman dengan kekuasaan Tuhan dalam semua aspek. Dengan lain perkataan dapatlah dikatakan bahawa di mana sahaja terdapat keimanan kepada Allah dan keRasulan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, maka keimanan itu akan diikuti pula dengan kepercayaan dan keimanan kepada kekuasaan Allah disertai dengan perasaan mematuhi segala syari’at dan dasarnya.
    Yang ganjil sekali kita dapati masih terdapat beberapa kerat manusia yang begitu terpengaruh dan dipengaruhi oleh undang-undang ciptaan manusia, dan mereka ini tidak pula mahu berterus-terus menolak Islam ke tepi. Manusia-manusia ini berusaha hendak melakukan tolak-ansur kehendak manusia yang bebas dengan syari’at Ilahi.
    Usaha mereka ini ketara sekali dalam tindakan mereka membahagikan aspek hidup, sebahagian untuk mereka dan sebahagian yang lain untuk Islam. Kata mereka; masjid dan segala sesuatu yang bersangkut dengan penyembahan adalah untuk Islam. Itu pun kadang-kadang mereka memainkan tipu helah supaya sesuai dengan kehendak mereka manakala sistem perundangan, peradaban dan lain-lainnya adalah untuk mereka. Ini pun juga digubah, ditokok atau dibuang agar sesuai dengan kehendak mereka juga.
    Andaikata Rasul-rasul diutuskan kepada segolongan pendurhaka yang mengingkari keRasulan Nabi dan mereka ketahui jalan penyelesaian kepada masalah mereka adalah dengan cara bertolak ansur dengan Islam, maka sudah tentu mereka tidak akan teragak-agak untuk memeluk Islam dan tunduk di bawah Nya. Seandainya tindakan mereka itu tidak memaksa mereka menarik diri dan takhta pemerintahan yang sedia ada atau keta’atan mereka di bawah Islam itu tidak menjejaskan undang undang atau peraturan ciptaan mereka. Apakah ruginya bagi mereka sekadar menyebut beberapa perkataan dan beberapa kerja ‘ibadat untuk dilihat orang? Tetapi sebaliknya mereka sedar bahawa agama ini akan mewajibkan mereka pertama-tamanya supaya tunduk dan patuh kepada suatu peraturan dan perintah lain, iaitu Islam, secara menyeluruh di mana hukum syari’at dan perintah telah mensyaratkan untuk tunduk hanya kepada Allah sahaja. Inilah sebabnya mereka mengganggu dan menentang RasuluLlah dan berat bagi mereka untuk memeluk Islam sebagai menyambut baik seruan Allah itu.
    Untuk menerang hakikat ini di samping memberi ingat tentang fahaman yang menuduh Islam itu hanya sekadar dua kalimah syahadah dan sembahyang sahaja, Allah Subhanahu Wata’ala berfirman yang bermaksud:
     “Tidakkah kamu meihat orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepada kamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu. Mereka hendak berhakim kepada taghut, pada hal mereka telah diperintah mengingkari taghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) sesatan yang sejauh-jauhnya “.
    (Surah Al-Nisa’ 4:60)
    Kembali membincangkan tajuk perjanjian RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dengan orangorang Madinah (orang Ansar di Al-’Aqabah Al-Ula) di mana artikel perjanjian tersebut langsung tidak menyentuh tentang perjuangan ‘Jihad’ maka ini adalah disebabkan perintah tersebut belum lagi diwajibkan di kala itu. Oleh kerana tidak wujud dan tidak disebut perjuangan jihad’ di dalam perjanjian dengan orang dua belas ini maka ahli sirah menamakan perjanjian ini sebentuk dan serupa dengan “perjanjian wanita”.
    (Keempat) Tidak syak lagi bahawa Rasulullah yang memikul tanggungjawab berda’wah untuk agama Allah. Bagidalah utusan untuk segenap golongan manusia, maka semestinyalah akan disampaikannya da’wah Allah itu.
    Timbul satu pertanyaan, apakah hubungan da’wah ini dengan mereka yang memeluk agama Islam ini pula?
    Satu jawapan sudah pun tersedia untuk pertanyaan demikian, iaitu dalam rangka pengutusan dan pengiriman Mus’ab Umair oleh Rasulullah bersama-sama dua belas orang ke Madinah, untuk mengajar orang-orang di sana mengenai Al Qur’an dan hukum—hakam agama. Dalam tugasnya ini ada kalanya beliau pernah diserang oleh orang musyrik, mengangkat tombak mengancam jiwanya, tetapi tidak ada apa yang dilakukan oleh Mus’ab untuk mempertahankan dirinya kecuali dengan membaca beberapa potong ayat Al Qur’an serta menyebut beberapa hukum-hukum Islam. Dengan lemah seteru yang menyinga itu meletakkan senjatanya dan terus mengikuti kuliah Islam yang diberikan oleh Mus’ab itu. Dengan itu agama Islam pun mula berkembang dengan pesatnya di Madinah di mana agama Islam menjadi buah mulut dan maudhu’ (tajuk) perbincangan hangat kepada setiap lapisan masyarakat.
    Tahukah saudara siapakah Mus’ab bin Umair itu?
    Ia adalah satu-satunya putera ‘Arab yang hidup dengan serba kemewahan, dengan pakaian yang serba mahal. Tapi bila saja beliau menganut agama Islam maka segala—galanya ditolak ke tepi. Dengan penuh semangat kelslaman beliau turut serta di barisan hadapan di belakang Rasulullah berda’wah dan menyeru manusia ke jalan yang sebenar. Dengan relahati pula beliau menerima siksaan kaum Quraisy dan beginilah keadaannya yang penuh dedikasi berkorban untuk Islam hingga ke titisan dan nafasnya yang terakhir. Di dalam peperangan Uhud ditaqdirkan beliau telah gugur syahid. Dengan pakaian yang sehelai ditubuh sahaja, baju labuhnya tidak mencukupi untuk menutup ‘aurat jenazahnya sehingga kalau ditutup di bahagian kepalanya maka kakinya akan terjuntai keluar dan kalau ditarik ke kakinya maka kepalanya pula akan terdedah. Akhirnya mereka menceritakan kepada Rasulullah. Rasulullah menangis, teringat kembali betapa beliau sanggup menolak kemewahan duniawi semasa mudanya dahulu. Rasulullah pun bersabda: “Litupilah bahagian kepalanya dengan baju labuhnya itu dan tutuplah dua kakinya dengan daun kayu izkhur”.
    Kewajipan berda’wah bukan tanggungjawab para Rasul dan Anbiya’ sahaja atau pun para khalifah dan ‘ulama’ sahaja, tetapi da’wah Islamiyyah adalah sebahagian dari Islam itu sediri; tidak dapat tidak setiap muslim berkewajipan menanggung kewajipan ini biar apa jawatan dan urusan yang diselenggarakan kerana hakikat defakto Islam ialah:
    “YANG MENYERU KE ARAH KEBAIKAN DAN MELARANG DARI KEMUNGKARAN”.
    Bukankah anda lebih mengetahui yang mana perjuangan jihad adalah fardhu dan kewajipan yang mesti dibeban oleh setiap muslim.
    Dan sini dapatlah difaham bahawa perkataan atau istilah ‘ahli agama’ yang terkenal di kalangan masyarakat Islam untuk suatu gotongan tertentu itu adalah suatu pengertian yang salah kerana setiap yang menganut agama Islam telah berjanji dengan Allah dan RasulNya untuk berjuang dan berjihad demi agama Islam, lelaki maupun perempuan ‘alim mahupun jahil tidak kira apa pangkat dan bidang-kerja ikhtisasnya’
    Orang Islam kesemuanya adalah ahli agama belaka dan Tuhan menawar ‘syurga’ kepada mereka yang sanggup menegakkan agama Allah dengan menggadaikan jiwa raga mereka dan harta kekayaan.
    Memang menjadi pengetahuan umum bahawa bidang kerja ikhtisas para ‘ulama’ mengenai masalah—masalah agama dan mengkaji hukum-hakam Islam yang tersirat di dalam nusus atau teks AlQur’an dan hadith itu tidak ada kena mengena dengan perkara yang disebut di atas tadi.

    PERJANJIAN AL ‘AQABAH YANG KEDUA


    Musim Haji di tahun selepasnya, Mus’ab bin Umair pun pulang ke Mekkah bersama-samanya sebilangan besar orang Islam Madinah, curi keluar bersama—sama keluarga mereka yang musyrikin.
    Mengikut apa yang diceritakan oleh Muhammad bin Ishak yang diriwayatkan dari Ka’ab bin Malik, katanya, “Kami telah berjanji dengan Rasulullah untuk bertemu di Al ‘Aqabah pada Hari Tasyrik. Selepas selesai kami mengerjakan haji dan tepat pada malam yang telah kami berjanji itu, kami pun tidur bersama-sama keluarga dan barang-barang kami. Bila sampai sepertiga malam kami pun keluar dari kediaman menuju ke tempat yang dijanjikan untuk menemui Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. Kami keluar perlahan—lahan bersembunyi seperti burung qata sehingga kami bertemu kesemua berjumlah tujuh puluh tiga orang lelaki dan dua orang perempuan keluarga kami iaitu Nasibah binti Ka’ab dan Asma’ binti ‘Amru bin ‘Adiy’.
    “Di lorong itu kami menunggu ketibaan Rasulullah, akhirnya Baginda pun tiba dengan diiringi oleh bapa saudaranya Al ‘Abbas bin ‘Abdul Muttalib. Sidang ramai pun berkata: “Ambillah dari kami apa saja yang engkau mahu untuk tuan hamba dan Tuhan.” Kemudian Rasulullah pun berucap di samping membaca beberapa ayat Al—Qur’an sambil menyeru ke jalan Allah dan mempelawa mereka kepada agama Islam. Di akhirnya RasuluLlah menyuarakan hasrat baginda, katanya: “Saya berjanji dengan kamu supaya sanggup mempertahankan diriku seperti mana kamu mempertahankan anak isteri kamu.”
    Al Barra’ bin Ma’rur memegang tangan RasuluLlah dan berikrar: “Ya, demi Allah yang mengutus engkau dengan kebenaran sebagai Nabi, kami berjanji dan berikrar akan membela diri engkau sepertimana kami mempertahankan diri sendiri, berjanjilah dan percayalah kami wahai RasuluLlah, demi Tuhan, kami kesemua adalah juara peperangan dan persenjataan belaka, keistimewaan ini kami warisi sejak turun temurun dari datuk nenek kami yang ulung.”
    Semasa Al Barra’ sedang membuat ucapan dan penegasannya itu, Abu Al-Haitham bin Al-Tihan menyampuk, kata beliau, “Wahai RasuluLlah, sesungguhnya antara kami dan orang Yahudi termetri satu perikatan dan akan kami putuskan perikatan tadi, andaikata Tuhan telah menolong tuan hamba mendapat kemenangan yang membolehkan tuan hamba beredar pulang ke pangkuan keluarga dan kaum puak sendiri, apakah rela tuan hamba berbuat demikian meninggal kami?
    RasuluLlah senyum lantas berkata: “Tidakkah kita ini sudah sedarah sedaging, kalau runtuh samasama runtuh, aku ini kamu dan kamu itu aku, akanku perangi sesiapa yang memerangi kamu dan berdamai dengan sesiapa yang kamu damaikan.”
    RasuluLlah meminta dengan katanya: “Pilihlah dua belas orang di antara kamu sebagai pengawas “Al Naqib” untuk kaum puaknya.” Mereka pun pilihlah dua belas orang pengawas; sembilan dari puak Al-Khazraj dan tiga dari ‘Aus. Sejurus selepas pemiihan, RasuluLlah pun beramanah dan berpesan kepada pengawas yang dipilihnya itu: “Kamulah bertanggungjawab mengawas kaum puak kamu sebagaimana pengikut ‘Isa ‘Alaihissalam, dan aku ini pengawas kaumku.”
    Al-Barra’ bin Ma’rur adalah orang pertama berjabat tangan dengan RasuluLlah tanda bersetuju, lepas itu barulah peserta yang lain turut berjabat.
    Setelah kesemua mereka membuat perjanjian RasuluLlah pun berkata: “Dan sekarang ini bolehlah kamu bersurai balik ke tempat masing-masing”. Al ‘Abbas bin ‘Ubadah bin Naflah berkata: “Demi Allah yang mengutus engkau dengan sebenarnya, sekiranya tuan hamba setuju besok akan saya selesai keluarga saya dengan pedang-pedang kami.” Jawab RasuluLlah: “Kita tidak disuruh bertindak demikian, dan bersurailah ke tempat masing-masing.
    Kami pun pulang ke tempat tidur masing-masing, di mana kami tidur sampai ke pagi hari. Bila pagi menyusur tiba, sebilangan puak Quraisy datang ke tempat kami, mereka melaung: “Wahai sekelian kaum Khazraj, sesungguhnya suatu berita hangat telah sampai ke pengetahuan kami, di mana kamu merancang hendak membawa keluar saudara kami itu (Muhammad) dari sini, dan kami telah dengar juga kamu telah berjanji dengannya untuk memerangi kami, demi Tuhan sesungguhnya peperangan yang paling benci bagi kami ialah peperangan dengan kamu sekelian.”
    Keluarga kami yang musyrik dan kafir bangun menyumpah-nyumpah kata mereka: “Sedikit pun kami tak tahu ...“ Perkara ini memang benar tetapi mereka tidak tahu, kemudian Ka’ab bin Malik menyambung ceritanya: “Setengah-setengah dari kami memerhati satu sama lain.”
    Setelah semua orang pulang dari ‘Mina’ maka puak musyrikin pun membuat siasatan lanjut mengenai berita yang dihebohkan oleh Quraisy itu, di mana mereka dapati berita itu memang benar seperti yang diheboh-hebohkan. Mereka pun keluar mencari kami, antaranya mereka berjumpa Sa’ad bin ‘Ubadah di suatu tempat berhampiran dengan Makkah bernama ‘Azakhur’ dan Munzir bin Amru kedua— dua mereka ini pengawas tetapi mereka tidak sempat menangkapnya. Ada pun Sa’ad bin ‘Ubadah mereka telah mengikat kedua-dua tangan ke lehernya kemudian diseret dengan binatang tunggangannya hingga sampai ke bandar Makkah. Di sana mereka menyebat dan merabut-rabut rambutnya yang panjang.
    Sa’ad sendiri telah menceritakannya: “Allah sahaja yang mengetahui ketika aku di dalam tangan mereka, maka semasa aku diseret tiba—tiba seorang di antara mereka datang sambil berkata: “Apa cerita awak ini tidak adakah salah seorang dari Quraisy yang telah kamu meminta perlindungan?” Jawab Sa’ad: “Oh Ya! Sebenarnya aku di sini di bawah perlindungan dan perjanjian Jabir bin Mut’am dan Al Harith bin Umaiyah, seperti perlindunganku kepada mereka bila mereka berada dalam negeriku” kata orang itu: Kalau begitu laung dan pekikkan nama mereka. Akupun melaungkan nama mereka. Akhirnya mereka pun sampai di mana mereka membebaskan aku dari tangan dan keganasan mereka.”
    Ibnu Hisyam seorang penulis sejarah Rasulullah mencatat begini: “Dimetrikan perjanjian peperangan (Bai’atul Harb atau Bai’atul ‘Aqadah Kedua) tepat pada ketika Tuhan memberi arahan kepada RasulNya supaya berperang. Perjanjian itu mengandungi beberapa syarat selain daripada syaratsyarat perjanjian Al ‘Aqabah yang pertama dulu. Perjanjian yang pertama itu juga dikenal dengan ‘perjanjian wanita’ di mana RasuluLlah belum lagi diarah supaya berperang. Selepas RasuluLlah diarah dan diizinkan oleh Allah supaya berjihad dan berperang maka RasuluLlah dan umat Islam pun berikrar di perjanjian Al ‘Aqabah yang kedua ini untuk berjuang ke titisan darah yang terakhir. Tuhan pula telah berjanji kepada mereka yang benar-benar ikhlas dan menepati akan ikrar itu syurga nirwanalah sebagai balasan.”
    ‘Ubãdah bin Al-Samit menceritakan: “Kami telah berikrar di dalam Al Bai’atul ‘Aqabah yang kedua atau Bai’ah Al Harb akan taat setia di masa kesusahan mahupun di masa senang, di masa genting mahupun di masa tenang berjanji tidak akan berpecah, berjanji akan bercakap benar di mana-mana saja berada dan berjanji tidak akan takut sesuatu kerana Allah.”

    Yang bermaksud:
    “Telah diizinkan (berperang) kepada mereka yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa menolong mereka itu (iaitu) mereka yang telah diusir dan kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, hanya mereka berkata: Tuhan kami hanyalah Allah. Sekira Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja rumah rumah ibadat Yahudi dan Masjid—masjid yang di dalamnya banyak disebut nama Allah dan sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agamaNya) bahawasanya Allah sungguh Maha Kuat, Maha Perkasa”
    (Surah Al-Hajj: Ayat 39 — 40)
    Inilah ayat Al Qur’an yang julung-julung diturunkan mengenai peperangan di mana dibenar dan diizinkan kepada RasuluLlah berperang dan berjihad (Lihat Tabaqat Ibnu Sa’d dan Tahzib Sirah Ibnu Hisyam) yang bererti:

    PENGAJARAN DAN RENUNGAN

    Perjanjian ini adalah seperti dengan perjanjian yang pertama dulu kerana kedua-duanya merupakan pengisytiharan iqrar keta’atan dalam Islam di hadapan RasuluLlah, mengangkat sumpah ta’at setia dan ikhlas demi agama Allah dan berikrar untuk menjunjung segala perintah RasuluLlah.
    Kalau macam mana pun perlu kita perhatikan dua titik perbezaan yang penting terdapat di antara dua perjanjian ini yang patut kita perhati dan teliti:
    (Pertama): Bilangan peserta di dalam perjanjian pertama seramai dua belas orang lelaki dan di dalam perjanjian kedua telah meningkat kepada tujuh puluh lebih termasuk dua peserta wanita.
    Mereka yang dua belas orang iaitu peserta perjanjian pertama telah pun pulang ke Madinah bersama—sama mereka Mus’ab bin ‘Umair bukan semata-mata pulang untuk mengasing diri dari masyarakat atau tinggal berdiam diri di rumah masing masing tetapi sebagai tanggungjawab, mereka telah berusaha untuk mengembangkan agama Islam di kalangan masyarakat masing-masing, lelaki dan perempuan. Mereka memperdengarkan potongan-potongan ayat Al-Qur’an, menerangkan selengkapnya hukum-hakam dan peraturannya. Atas daya usahalah maka Islam telah berkembang dengan pesat di Kota Madinah di tahun itu juga. Pendek kata tidak ada sebuah rumah pun yang tidak dibenderangkan dengan cahaya Islam. Tajuk perbincangan harian mereka ialah Islam serta keistimewaan hukum—hakamnya.
    Inilah kewajipan dan tanggungjawab tiap muslim di kala dan di mana juga mereka berada. (Kedua): Artikel—artikel perjanjian pertama tidak menyebut sama sekali soal jihad dan perjuangan. Sebaliknya di dalam perjanjian kedua dengan terus terang menyuarakan supaya jihad, perjuangan dan mempertahankan keselamatan RasuluLlah itu menjadi tanggungjawab tiap muslim dengan apa jalan sekalipun.
    Berlakunya perbezaan ini disebabkan para peserta perjanjian pulang ke Madinah setelah mengaku akan bertemu dengan RasuluLlah di tempat itu juga di musim hadapan, dengan niat akan membawa bersama mereka bilangan lebih ramai penganut-penganut Islam di samping memperbaharui sumpah setia mereka. Jika demikian maka tidak perlu lagi diadakan ikrar jibad dan perjuangan kerana kebetulan pula pada waktu itu perintah Allah belum lagi diterimanya, tambahan pula para peserta semua akan bertemu kembali di musim hadapan.
    Dengan itu dikatakan bahawa perjanjian ini hanya buat sementara sah lantaran artikel_artikelnya yang tidak meliputi, malahan serupa dengan perjanjian wanita yang dimetrikan selepasnya.
    Perjanjian kedua pula merupakan faktor asas kepada peristiwa hijrah RasuluLlah ke Madinah dan oleh yang demikian ianya begitu lengkap dan merangkumi segala pninsip yang bakal dilaksanakan selepas hijrah nanti. Antara yang terpenting ialah jihad dan mempertahankan Da’wah islamiyyah dengan tenaga dan kekuatan, walau pun suruhan ini tidak diperintahkan oleh Tuhan di Makkah tetapi Allah telah mengilhamkan kepada RasulNya yang suruhan itu akan diwajibkan di masa hadapan nanti.
    Dari sini dapatlah kita fahamkan bahawa perintah berjihad dan berperang di dalam Islam tidak diwajibkan kecuali setelah berlakunya hijrah ke Madinah, mengikut pendapat yang benar. Bukanlah sepertimana yang boleh difahamkan dari Ibnu Hisyam, yang rnengatakan bahawa berjihad telahpun diwajibkan sebelum hijrah iaitu ketika dimetrikan peijanjian Al ‘Aqabah yang kedua. Sebenarnya tidak disebut langsung di dalam artikel perjanjian ‘Aqabah yang kedua itu apa-apa perintah atau suruhan berjihad, kerana Nabi sendiri ketika mengikat penjanjian dengan penduduk Madinah itu meminta supaya berjihad hanya bila mana beliau hijrah ke sana nanti. Buktinya, RasuluLlah telah tidak setuju dengan apa yang diutarakan oleh Al-’Abbas bin ‘Ubadah selepas perjanjian yang katanya: “Demi Tuhan yang telah mengutus engkau dengan benar, andai tuan hamba benar maka akan kami buat perhitungan dengan keluarga kami dengan mata pedang pada besok hari.” Jawab RasuluLlah: “Kita belum lagi diarah berbuat demikian, pulanglah ke tempat masing-masing.”
    Mengikut pendapat yang dipersetujui bahawa ayat Al Qur’an yang pertama yang diturunkan berhubung denganjihad ialah ayat:
     “Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan Allah adalah Maha Kuasa menolong mereka itu.”
    (Surah Al-Hajj 22 : 39)
    Mengikut apa yang diceritakan oleh Al Tarmizi, Al Nasa’i dan yang lain yang diambil dan Ibnu ‘Abbas, katanya: “Semasa RasuluLlah dihalau dari Makkah, Abu Bakar dengan kesal berkata: “Mereka telah menghalau Nabi sendiri, sesungguhnya kita ini berserahlah kepada Allah dan sesungguhnya kepada Nya jua kita akan kembali, sudah tiba masanya yang mereka akan musnah”. Ibnu ‘Abbas menambah kata: “Di kala itulah Tuhan menurunkan ayat Al Qur’an ini. Aku sedar akan berlaku peperangan” tambah Abu Bakar RadhiyaLlahu ‘anh.
    Adapun sebab dan kenapa maka terlewat suruhan berjuang dan berjihad dengan tenaga kekerasan hingga saat ini, ini adalah kerana beberapa hikmat:—
    1.                  Memang tepat dan kena pada tempatnya memperkenalkan Islam itu kepada ramai kemudian baru diarahkan kepada perjuangan dan peperangan. Berda’wah memberi penerangan selengkapnya, menyingkap segala tabir yang membawa kepada kesamaran diikuti dengan pendedahan hakikat Islam yang sebenar. Tidak syak lagi beginilah tenaga, cara dan peningkat perjuangan.
    Sebab itulah maka tanggungjawab melaksanakannya adalah menjadi kewajipan bersama, di mana tiap muslim disuruh menyumbang tenaga bakti.
    2.                  Sebagai rahmat Ilahi juga ke atas hambaNya. Ia (Allah) tidak mewajibkan perang dan jihad itu sebelum umat Islam mempunyai tempat tinggal sendiri. Telah wujud sebuah Negara Islam, yang merupakan benteng kubu pertahanan mempertahan dan melindungkan diri di kala perlu, di sini maka Madinah Al Munawwarahlah Negara Islam yang pertama di ‘alam ini.

    PERBICARAAN UMUM TENTANG AL JIHAD DAN MENGAPA DISYARA’KAN


    Oleh kerana kajian ini telah mendesak kita ke arah pembicaraan tentang Al Jihad dan perjuangan maka sewajarlah kita perkatakan demi untuk mendapat suatu kesimpulan dan pendapat yang sihat mengenai Al Jihad dan sebab diwajibkan serta peringkat-peringkatnya.
    Tajuk perbicaraan ini menjadi sasaran penyerang ideologi yang profesional, yang berusaha sedaya upaya mencampur-adukkan kebenaran dengan kepalsuan, hak dengan bathil. Mereka menyingsing lengan mencari lubang-lubang kelemahan dan mahligai keagungan Islam yang suci itu, tujuan mereka ialah menyibarkan syak wasangka dan kesangsian terhadap Islam.
    Tidak usah engkau hairankan tentang tujuan kegigihan mereka, di mana mereka berusaha mengumpulkan riak tenaga demi untuk mengeliru tentang kebenaran suruhan Al Jihad. Sekiranya kita tahu bahawa jihad dan perjuangan merupakan satu rukun dan tenaga Islam yang paling ampuh dan strategi mengikut kaca mata umat Islam mereka juga sedar sekiranya rukun atau tenaga ini terus dibiarkan hidup berkobar di dada tiap Muslim maka ianya merupakan bahan pemanas dan penggerak penghidupan umat Islam di setiap zaman. Ianya merupakan satu tenaga dan kuasa raksasa yang tidak boleh disekat atau dibendung, suatu tenaga yang menggugut kepentingan emperialis. Oleh yang demikian usaha untuk menyekat sebarang arus kemaraan Islam haruslah dimulakan dengan menyekat arus ini dahulu.
    Di dalam sepatah dua kata di sini, ingin saya menerangkan; pertama — makna atau erti Al Jihad perjuangan, tujuannya dalam Islam, peringkat-peringkat yang dilaluinya dan peringkat yang terakhir; yang kedua kita cuba menerangkan fahaman atau definasi yang salah yang telah meresap masuk dan pemalsuan peranannya yang sengaja dicuba dan tidak langsung berkaitan dengan hakikatnya. Pengertian Jihad
    Definasi jihad yang sebenarnya ialah mengorbankan segala tenaga dan usaha ke jalan mempertinggikan kalimah Allah dan mendirikan satu masyarakat Islam. Adapun tujuannya pula ialah mendirikan sebuah masyarakat Islam dan mewujudkan sebuah negara Islam yang sihat.
    Peringkat atau tahap perjuangan yang telah dilalui mereka setakat yang kita tahu sebagai langkah yang pertama di permulaan Islam hanyalah berdakwah secara rahsia dan sanggup menghadapi dugaan dan pancaroba. Selepas itu baru diizinkan perjuangan dan peperangan setakat untuk mempertahankan diri. Peringkat ini bermula bersama-sama bermulanya hijrah atau perpindahan ke Madinah.
    Kemudian barulah diizinkan supaya mengangkat senjata ke muka penghalang dan petualang yang cuba menyekat dan mengganggu pembinaan masyarakat Islam, tidak ada kompromi atau pemilihan untuk atheis, penyembah berhala dan musyrikin (selain dari Islam) kerana tidak wujud titik persefahaman dengan mereka untuk hidup bersama di dalam masyarakat Islam yang sihat. Mengenai ahli-kitab pula mereka ini bolehlah tunduk dan patuh kepada masyarakat Islam dan tinggal bersama di dalam negara Islam tetapi mereka mesti membayar kepada negara, cukai jaminan al-jizyah di mana orang Islam membayar zakat.
    Di peringkat terakhir, perintah berjihad pun diwajibkan di dalam Islam, yang merupakan tanggungjawab dan kewajipan ke atas tiap muslim di setiap masa sekiranya mereka mempunyai kekuatan kebendaan yang cukup; sebagai penegasan daripada Allah i


    “Hai orang-orang yang beriman, perangilah orang orang kafir yang di sekitar kamu itu, hendaklah mereka menemui kekerasan daripada kamu dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.”
    (Surah Al-Taubah : 9: 123) Dan sabda RasuluLlah:

    Yang bermaksud:
    “Aku diperintahkan supaya memerangi manusia (kafir) sehingga mereka mengucap dan mengaku tidak ada Tuhan melainkan Allah, maka siapa yang mengucap La Ilaha Illallah maka selamatlah harta dan jiwanya” (Hadis dipersetujui ramai)
    Di sini fahamlah kita bahawa tidak ada erti dikategorikan Al Jihad itu kepada defensif atau ofensif, lantaran perintah dan suruhan Al Jihad itu bukan untuk defensif semata-mata untuk mempertahankan sahaja atau agresif semata—mata yang menyerang sahaja, tetapi isipadu suruhan tersebut ialah mendirikan masyarakat Islam disertakan dengan segala peraturan dan konsep-konsep Islam, tidak perlu dan tidak bererti disebut yang ini defensif dan yang itu ofensif.
    Tentang peperangan membela diri, harta, kehormatan, tanah dan jiwa pula adalah sejenis peperangan yang tidak kena mengena dengan Al Jihad yang diertikan di dalam fiqh Islam itu. Peperangan ini dikenal sebagai ‘pertarungan’. Para fuqaha’ sendiri telah mengemukakan soal pertarungan membela diri dalam satu fasal yang berasingan di dalam kitab feqah.
    Demikianlah ringkasan erti Al Jihad dan tujuannya di dalam syari’at Islam.
    Tentang kesilapan, kekeliruan dan anasir-anasir yang boleh merosakkan ini sengaja diseludup masuk ke dalam pengertian Al Jihad. Kesemuanya ini boleh disimpulkan ke dalam dua teori yang direkarekanya, yang begitu kontra di antara satu sama lain tetapi pada hakikatnya adalah untuk mencapai tujuan yang satu, iaitu menghapus dan membasmikan ‘suruhan Al Jihad’.
    Pendapat atau teori yang pertama melaungkan yang Islam telah berkembang dengan mata pedang Nabi Muhammad SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam dan para sahabatnya RadhiyaLlahu’anhum Ajma’in telah membuat tekanan dan paksaan, pembukaan negeri-negeri baru adalah dengan kekerasan, paksaan dan kezaliman dan bukanlah secara diplomatis.
    Pendapat yang kedua pula mencanangkan bahawa Islam ini ialah satu-satunya agama muhibbah, bertolak ansur dan tidak menyuruh berjihad, kalau terdapat pun alakadar menentang serangan luar sahaja, penganutnya tidak akan berperang kecuali kalau terpaksa sangat iaitu kalau diserang dahulu.
    Meskipun dua pendapat yang dilaungkan ini ternampak begitu kontra antara satu sama lain, namun begitu, hakikat sebenar, ialah kedua-duanya menyampaikan kepada tujuan yang sama. Untuk penjelasan selanjutnya sila perhatikan:
    Pertama mereka mencanangkan dakwaan yang Islam itu satu agama savage, bengis, keras dan hasad. Akhirnya dakwaan mereka ini mendapat tentangan dan reaksi yang hebat dan keras dan umat Islam yang memprotes dakwaan ini.
    Di dalam usaha mencari bukti dan jawapan terhadap dakwaan palsu tadi tiba-tiba segolongan pengeliru cuba mengabui mata umum, muncul ke hadapan secara olok-olok mempertahankan Islam dan hasil kajian ilmiyyah dan research mereka yang kononnya objektif. Mereka cuba membela dan menarik balik tuduhan yang melulu ini, kata mereka: “Islam bukanlah seperti yang disuarakan oleh mereka yang ianya berkembang dengan mata pedang dan kekerasan, tetapi sebaliknya agama Islam ialah suatu agama muhibbah, cintakan keamanan, bertolak ansur dan tidak disuruh berperang kecuali sekadar menahan pencerobohan dari luar saja, langsung tidak berjihad selagi masih terdapat jalan-jalan perdamaian.
    Penganut-penganut Islam yang cetek iman dan dangkal fahaman kelslamannya, dengan serta merta tepuk memberi sokongan hangat kepada laungan tadi, selepas mereka terluap luap marah dengan tuduhan yang pertama. Bukan setakat itu saja malah laungan ini telah disambut dan dicanangkan pula oleh mereka, disokong dengan alasan-alasan yang menguatkan pendapat itu “... agama Islam: agama lemah lembut, bertolak ansur, muhibbah tidak berjuang kecuali kalau tetpaksa iaitu kalau diserang dan dicerobohi kehormatannya atau diganggu tidurnya.”
    Mereka ini tidak dapat memahami tujuan maksud yang tersirat di sebalik ucapan pujian oleh golongan yang ingin memukul Islam. Justeru inilah titik pertemuan di antara dua teori dan pendapat yang pada lahirnya dulu bercanggah dan bertentangan antara satu sama lain tetapi pada hakikatnya mereka adalah satu.
    Tujuan mereka menghulurkan berbagai pendapat dan jalan yang sudah dikaji in ialah supaya pada hujungnya mereka berhasil membenteras idea Al jihad dan fikiran umat Islam serta memupuskan roh kemaraan dan cita-cita perjuangan dan dada kaum Muslimin.
    Di sini kita cuba memperturunkan bukti-bukti mengenai perkara tersebut dan seorang saudara kita Professor Dok Wahbi Al-Zihaili yang telah disajikan di dalam bukunya “Kesan-kesan peperangan di dalam feqah Islam” yang dipetik dari seorang orientalis Inggens ‘Anderson’ yang berbunyi:
    “Ada orang-orang Barat terutamanya Inggeris takut akan Al Jihad ini timbul dan hidup di kalangan umat Islam, yang akan membawa mereka bersatu menghadapi musuh dan seteru-seteru mereka. Oleh yang demikian mereka berusaha menabur kan pendapat pemansuhan ‘Aljihad’. Memang tepat sekali apa yang telah disifatkan Allah tentang mereka yang tak beriman ini: 
    Yang bermaksud:
     “Maka apabila diturunkan suatu surah yang jelas maksudnya dan disebutkan di dalamnya (perintah) perang, kamu ithat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya memandang kamu seperti pandangan orang pengsan kerana takut mati.”
    (Surah Muhammad 47: 20)
    Saya telah bertemu dengan orientalis Inggeris, Anderson sendiri pada petang hari Jumaat 1960 tanggal 3 haribulan Jun. Saya terus bertanya pendapat beliau mengenai maudhuk ini beliau menjawab yang berupa nasihat katanya: Al Jihad hari ini tidak wajib lagi kerana mengikut kaedah yang berbunyi:
    “HUKUM AKAN BERUBAH KERANA BERUBAHNYA MASA”
    “Aljihad ini mengikut pendapatnya sudah tidak sesuai lagi dengan kedudukan dunia antarabangsa hari ini kerana umat Islam sendiri terikat dengan pertubuhan-pertubuhan dunia dan perjanjian antarabangsa, dan oleh kerana Al Jihad itu merupakan suatu jalan menekan manusia supaya memeluk agama Islam lebih-lebih lagi kebebasan dan taraf pemikiran sudah meningkat menyebabkan ia tidak dapat menerima pendapat atau ideologi secara paksaan” (Dipetik dan Kitab Aharu’l Fi’l Fiqh Al—Islami).
    Berbalik kepada tajuk asal, mengenai perjanjian Al ‘Aqabah yang kedua: memang ada sesuatu yang dikehendaki Allah hingga berita perjanjian ini sampai ke pengetahuan musyrikin Makkah. Begitu juga tentang persetujuan yang dicapai antara Nabi Muhammad dan penduduk Madinah.
    Mungkin sebagai hikmat Ilahi, ialah menyediakan alasan atau sebab-musabab untuk berhijrah, kita dapati berita ini suatu paluan hebat dan kesan yang begitu mendalam yang dapat dilihat dan usaha-usaha kafir Quraisy mengganggu dan akhirnya merancang untuk membunuh Baginda.
    Walau bagaimanapun perjanjian Al ‘Aqabah yang kedua ini merupakan pendahuluan kepada perpindahan dan hijrah ‘alaihissalatu wasallam ke Madinah Al Munawwarah.

    KEIZINAN RASULULLAH KEPADA SAHABATNYA UNTUK BERHIJRAH KE MADINAH


    Ibnu Sa’d di dalam kitabnya ‘Al-Tabaqat Al Kubra’ menceritakan apa yang telah diriwayatkan oleh ‘Aisyah RadhiyaL lahu ‘anha: “Setelah bilangan pengikut-pengikut RasuluLlah meningkat tujuh puluh orang, baginda terasa tenang dan lega hati, yang dijadikan Tuhan sebagai benteng kepadanya. Mereka ini adalah satu kaum yang berkeahlian di dalam peperangan, persenjataan dan pertolongan. Di samping tekanan dan penyiksaan makin menjadi-jadi ke atas orang Islam kerana orang’ Musyrikin tahu tentang perhubungan mereka dengan puak Khazraj, mereka melipat-gandakan penyiksaan ke atas sahabat nya, siksaan lebih kejam dari yang dahulu, pernah maki hamun, celaan dan berbagai tindakan yang tidak boleh dihitung lagi. Akhirnya mereka pun mengadu hal nasib dan perasaan yang mereka tanggung kepada RasuluLlah sambil meminta izin untuk berhijrah, jawab RasuluLlah: “Sesungguhnya aku telah pun diberitahu akan tempat perpindahan (hijrah) kamu, iaitu ‘Yathrib’. Siapa sahaja yang ingin berpindah bolehlah berpindah ke sana.”
    Kemudiannya mereka pun bersiap-siap dan mengemaskan barang—barang masing-masing serta tolong menolong sesama sendiri, akhirnya mereka pun perlahan—lahan keluar secara sembunyisembunyi. Orang yang pertama keluar ialah Abu Salamah bin ‘Abdil Asad, diikuti oleh ‘Amir bin Rabi’ah dan isterinya, Laila binti Abi Hasymah. Inilah kumpulan yang pertama tiba di Madinah. Lepas itu berturut—turutlah para sahabat sekalian sampai di Madinah, kesemua mereka ini tumpang tinggal bersama—sama sahabat—sahabat dan golongan Al—Ansar. Pihak Ansar telah memberikan segala bentuk pertolongan, kemudahan, dan layanan yang baik kepada saudara-saudara mereka dan golongan Muhajirin. Para sahabat RasuluLlah sekalian berhijrah bersembunyi sembunyian kecuali ‘Umar bin AlKhattab RadhiyaLlahu ‘anhu seorang yang keluar secara terang-terangan. Sayyidina ‘Ali bin Abi Talib RadhiyaLlahu ‘anhu menceritakan tentang Sayyidina ‘Umar ketika hendak keluar hijrah; beliau membawa pedang, panah dan anak-anak panah dan tongkatnya, berjalan menuju ke Ka’bah di mana puak Quraisy berada di tengah-tengah halamannya. Dengan megah dan berani beliau mengelilingi Baitul Haram tujuh kali dan bersembahyang, di maqam Ibrahim sesudah itu beliau berdiri sambil melaung: “Durjanalah sekalian muka. Inilah muka-muka yang akan dikalahkan Tuhan nanti. Sesiapa yang ingin ibunya keseorangan, atau hendak meyatimkan anaknya atau hendak menjandakan isterinya silalah bertemu dengan aku di belakang lereng bukit itu.”
    “Tidak ada sesiapa pun yang berani bertemu hanya orang orang yang lemah dan tua-tua sahaja yang telah dibentahu dan berjanji dengan beliau, Sayyidina ‘Umar pun pergi sekehendaknya tanpa diganggu,” tambah Sayyidina ‘Ali.
    Kemudian orang Islam yang lain pun ikut berhijrah ke Madinah, yang tinggal di Makkah hanyalah RasuluLlah, Abu Bakar dan Sayyidina ‘Ali atau mereka-mereka yang diseksa dalam kurungan atau yang sakit yang tidak berdaya untuk keluar.

    PENGAJARAN DAN RENUNGAN

    Dugaan yang dihadapi oleh kaum Muslimin iaitu para sahabat RasuluLlah di Makkah ialah penyiksaan, hamun dan cela yang dilemparkan oleh kaum Musyrikin. Dan bila mereka diberi keizinan berhijrah maka satu dugaan yang lain pula melanda mereka iaitu dugaan meninggalkan tanah air, harta benda, rumah tangga dan alat-alat kelengkapan masing-masing.
    Sesungguhnya mereka ini benar-benar jujur kepada agama dan setia kepada Tuhan mereka di hadapan dugaan pertama dan kedua yang disebut tadi. Mereka ini menghadapi dugaan dan pancaroba dengan penuh kesabaran yang waja dan tekad keazaman yang penuh. Sehingga apabila RasuluLlah memberi isyarat keizinan untuk berhijrah ke Madinah barulah mereka bergerak ke sana membelakangkan dan meninggalkan tanah tumpah darah, juga harta kekayaan mereka. Itupun mereka terpaksa keluar secara sulit dan bersembunyian. Cara ini tidak boleh dilakukan kecuali setelah meninggalkan segala peralatan dan barang-barang kemas. Mereka tinggalkan segala-galanya ini semata-mata untuk menyelamatkan agama. Di Madinah sana sudah ada orang yang akan mengganti segala apa yang ditinggalkan di Makkah. Golongan Ansar menunggu-nunggu ketibaan mereka, untuk memberi segala pertolongan dan segala kemudahan bagi memulakan penghidupan baru di Madinah.
    Inilah sebuah contoh unggul Muslim sejati yang begitu jujur terhadap agamanya. Bagi mereka tanah tumpah darah dan harta kekayaan tidak mempunyai apa—apa erti asalkan dapat menyelamatkan agama yang dianutinya.
    Inilah perihal keimanan, sikap dan kesetiaan para sahabat RasuluLlah dan Makkah.
    Adapun cerita orang-orang Madinah lain pula, mereka dengan penuh ikhlas telah menyambut kedatangan Muhajirin Makkah ke rumah masing-masing, memberi layanan dan pertolongan yang sewajibnya. Pendek kata merekalah manusia pertama yang telah memberi tauladan dan contoh yang unggul ke arah persaudaraan ukhuwwah Islamiyyah yang menyeluruh dan saling cinta mencintai kerana Allah ‘Azza wajallah semata— mata.
    Bukankah engkau lebih mengetahui yang Allah menjadikan persaudaraan dalam Islam itu lebih kuat dan erat daripada ikatan keturunan darah. Oleh yang demikianlah maka perwarisan harta benda di permulaan Islam dahulu berasaskan pertalian agama dan persaudaraan atau berhijrah kerananya. sekalian sampai di Madinah, kesemua mereka ini tumpang tinggal bersama—sama sahabat—sahabat dan golongan Al—Ansar. Pihak Ansar telah memberikan segala bentuk pertolongan, kemudahan, dan layanan yang baik kepada saudara-saudara mereka dan golongan Muhajirin.
    Kanun perwarisan harta ini tidak diubah kepada sistem ikatan keturunan darah kecuali setelah mana agama Islam lengkap iaitu semasa di Madinah dan umat Islam pun mempunyai negaranya sendiri yang kuat dan teguh. Firman Tuhan:

    Yang bermaksud:
    “Sesungguhnya mereka-mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan nyawanya pada jalan Allah dan mereka-mereka yang memberikan tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Muhajirin) mereka itu satu sama lain lindung-melindungi. Dan terhadap mereka-mereka yang beriman tetapi belum berhijrah maka tidak ada kewajipan sedikit pun atas kamu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah.” (Surah Al-Anfal: 8 : 72)
    Dan perintah berhijrah ini bolehlah kita memetik dua hukum:
    (Pertama): Wajib berpindah dan berhijrah dari negara kafir ke negara Islam. Al-Qurtubi telah meriwayatkan dan Ibnu Al ‘Arabi katanya: “Berhijrah di zaman RasuluLlah adalah wajib dan fardhu — ianya tetap akan kekal ‘wajib’ hingga ke hari Kiamat — yang putus atau dimansuhkan kerana pembukaan Makkah, itu semata—mata untuk Nabi sahaja. Kalau seseorang itu tinggal menetap di negara kafir maka dianggap durhaka — Tafsir Al- Qurtubi.
    Begitu juga tempat-tempat lain dianggap sama ta’rifnya dengan negara kafir, andaikata orang Islam tidak dapat mempraktikkan suruhan agamanya seperti sembahyang, puasa, sembahyang berjama’ah, mengazan dan sebagainya demi suruhan yang lain. Dalil yang menunjukkan sedemikian ialah firman Tuhan yang berbunyi:
    Yang bermaksud:
     “Sesungguhnya mereka-mereka yang diwafatkan Malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri, (kepada mereka) Malaikat bertanya: “Dalam keadaan bagaimana kamu ini?” Mereka menjawab: “Adalah kami orang-orang yang tertindas di negeri Makkah.” Para Malaikat berkata: “Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?” Mereka itu tempatnya ialah Jahannam dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali. Kecuali mereka yang tertindas lelaki atau wanita atau kanak—kanak yang tidak mampu, berdaya upaya dan tidak rnengetahui jalan (untuk hijrah”. (Surah Al-Nisa’ 4 : 97 — 98)
    (Kedua): Selagi terdaya maka wajiblah umat Islam memberikan pertolongan sesama Islam walaupun berlainan tempat tinggal dan negara. Para ‘ulama dan a’immah (Imam) Islam seluruhnya sepakat menegaskan, sekiranya berlaku masalah untuk membebaskan tawanan atau memberi pertolongan kepada yang lemah yang teraniaya daripada orang-orang Islam tetapi masalah ini telah diabaikan dan ditinggalkan begitu sahaja maka sekalian Muslimin telah melakukan angkara murka dan dosa besar.
    Abu Bakar bin Al—’Arabi berkata: Sekiranya ada di antara kaum Muslimin ditawan atau pun lemah maka wajib dihulurkan tangan pertolongan untuk membebaskan mereka, wajib dikorbankan habis—habisan, kita mesti tampil keluar menyatukan suara dan mengembelingkan tenaga sekiranya bilangan cukup atau pun membelanjakan harta kekayaan demi membebaskan mereka, biar jangan tertinggal sesen pun di dalam kocek.
    Seperti yang dikatakan bahawa kaum Muslimin wajib tolong menolong antara satu sama lain demi kepentingan bersama, dan sebaliknya tidak harus bertolongan atau bermuhibbah dengan bukan Islam. Ini ialah apa yang ditegaskan oleh Allah dálam kitabNya:
    Yang bermaksud:
    “Sekali lagi Ibnu A1-’Arabi menegaskan: Allah memutus dan melarang persaudaraan antara kafir dengan Mu’min, sebagai gantinya ialah persaudaraan sesama Islam dan pihak kafir pula bersaudara sesama mereka, tolong-menolong demi kepentingan agama dan kepercayaan mereka sendiri.”
    (Surah Al-Anfal 8: 73)
    Tidak syak lagi di dalam usaha melaksanakan ajaran Ilahi, ukhuwwah dan bantu-membantu merupakan asas pertolongan dan kemenangan umat Islam setiap masa, sebaliknya kecuaian pada menjalankan perintah Allah, inilah punca kemerosotan umat Islam dan perpecahannya yang boleh dikoyak-koyakkan oleh seterunya (musuh Islam) di mana-mana sahaja.
    Adapun orang-orang yang kafir sebahagian mereka menjadi pelindung bagi sebahagian yang lain. Jika kamu (orang Muslimin) tidak melaksanakan apa yang tidak diperintahkan Allah itu nescaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerosakan yang besar.

    HIJRAH RASULULLAH (SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM)


    Mengikut apa yang terdapat di dalam kumpulan hadith hadith sahih yang diriwayatkan oleh ‘ulama’ Sirah Rasulullah, Abu Bakar RadiyaLlahu ‘anh telah datang menemui Rasulullah meminta izin hendak berhijrah, setelah mana beliau dapati ramai orang Muslimin telah berturut-turut hijrah ke Madinah, jawab Rasulullah: “Bersabarlah dahulu, sebenarnya aku menanti-nanti hingga datang keizinan dari Allah dahulu.” Tanya Abu Bakar “Apakah memang begitu yang tuan hamba nanti-nantikan?” “Ya, memang begitu,” jawab Rasulullah. Dengan itu Abu Bakar pun berhenti menyoal Rasulullah, dan beliau faham yang beliau kawan menemani Rasulullah nanti, dan untuk tujuan itu beliau menyediakan dua kenderaan, memberi makanan dan minuman yang secukupnya dalam masa empat bulan. (Lihat Hadith Bukhari juzu’4 muka surat 355).
    Pihak Quraisy begitu berhati-hati dan mengikuti pèrkembangan-perkembangan yang terakhir ini, lebih-lebih lagi setelah mereka dapat pengikut-pengikut Rasulullah makin bertambah ramai. Paling menarik sekali ialah pengikut-pengikut itu bukan dan Quraisy dan bukan pula anak tempatan. Perkembangan ini menyebabkan mereka lebih berhati-hati serta timbul persoalan apakah Rasulullah akan keluar dari Makkah, kemudian membuat persiapan di sana untuk membuat pukulan yang hebat ke atas mereka di waktu yang munasabah.
    Pihak Quraisy telah bertemu dan bermesyuarat di kelab mereka (iaitu di rumah Ubai bin Kilab), dan sebarang ketetapan yang disepakati akan dilaksanakan. Mereka membincangkan apakah langkahlangkah yang patut diambil terhadap Rasulullah. Pendapat dari kalangan terbanyak dari mereka bersetuju memilih dari setiap puak seorang pemuda yang tahan lasak bagi mewakili puaknya. Kemudian tiap seorang dari mereka diberi sebilah pedang yang tajam, lalu kesemuanya akan pergi ke rumah Rasulullah untuk membunuh baginda dengan satu tetakan, dengan harapan bahawa tindakan demikian menyebabkan keturunan ‘Abdul Manaf tidak sanggup menuntut bela kepada semua puak yang terlibat itu. Untuk tujuan itu mereka pun menetapkan suatu ketika yang tertentu tetap Jibrail ‘Alaihis salam telah mendahului mereka, menemui Rasulullah menceritakan pakatan jahat itu, sambil menyuruh Rasulullah berangkat untuk berhijrah dan melarang baginda tidur di tempatnya pada malam tersebut.
    Di dalam Sahih Al Bukhari, Saiyidatina ‘Aisyah menceritakan: “Pada suatu masa ketika kami berada di rumah Abu Bakar di mana udara siang begitu membakar, tiba-tiba ada orang melaung Abu Bakar, katanya: “Hai, tengok itu Rasuluilah dengan pakaian menyamar diri, selalunya baginda tidak pernah datang di waktu-waktu ini.” Abu Bakar berkata: “Demi Tuhan, kedatangan Rasulullah di waktu ini, adalah untuk sesuatu yang penting.” ‘Aisyah menambah kata lagi: “Bila sampai di hadapan rumah, baginda meminta izin, Abu Bakar pun mempersilakan Rasuluilah masuk di mana baginda turut masuk ke dalam yang kemudian Rasuluilah berkata: “Mari kita bercakap di luar,” jawab Abu Bakar, “Mereka di dalam ini semua keluarga RasuluIlah belaka,” kemudian barulah -Rasulullah menceritakan. Katanya, “Sekarang ini aku telah pun diizinkan untuk keluar berhijrah” “Bolehkah tuan hamba turut menemani tuan hamba,” tanya Abu Bakar, jawab Rasuluilah, “Ya memang” Pinta Abu Bakar “Ambillah wahai Rasulullah salah seekor dari dua ini.” Kata Rasulullah “Dengan harga.”
    Cerita ‘Aisyah lagi: “Kami pun sediakan segala persiapan secepat mungkin, begitu juga bekalan yang telah dimasukkan ke dalam luan (uncang). Di mana Asma’ bmti Abu Bakar RadiyaLlahu ‘anhuma telah mengoyak kainnya untuk mengikat mulut luan tadi, akhirnya dikenal dengan “Zatun Nitaqain” pemilik kain pinggang.
    Lepas itu Rasulullah berkejar menemui Sayyidina ‘Ali bin Abi Talib Radiyallahu ‘anhu, menyuruhnya tunggu di Makkah buat beberapa ketika selepas baginda berangkat hijrah, agar baginda dapat memulangkan kembali barang-barang dan amanah yang diamanahkan kepada baginda dahulu, kerana penduduk Makkah biasanya, kalau ada sesuatu yang hendak diamanahkan maka Rasuluilah menjadi tempat demikian, kerana mereka tahu benar tentang kejujuran baginda dan beramanat.
    Abu Bakar pula menyuruh anaknya ‘Abdullah mengintip apakah yang diperkatakan tentang mereka berdua oleh Quraisy di siang hari dan melapurkan segala-galanya itu kepada beliau di waktu senja. Begitu juga beliau telah menyuruh orang suruhannya ‘Amir bin Fuhairah membawa kambing ternakan ke tempat ternakan, dan bila petang di bawa berhampiran ke pintu gua untuk mereka mengambil susu, dan puterinya Asma’ dipinta supaya membawa makanan untuk mereka berdua kesana pada tiap petang.
    Bila malam pun tiba maka berhimpunlah pemuda tahan lasak Quraisy melingkungi rumah Rasulullah untuk membuat perkiraan terakhir. Di dalam masa itu Rasulullah keluar dari rumahnya sambil memukau mereka semua hingga terlena. Sebelumnya baginda meminta Saiyyidina ‘Ali supaya tidur di tempat baginda dan baginda menenangkan Saiyyidina ‘Ali dengan mengatakan bahawa tidak ada suatu kecelakaan pun akan datang kepadanya.
    Rasulullah SailaLlahu ‘alaihi Wasailam dan sahabatnya yang akrab itu Abu Bakar RadiyaLlahu ‘anh bekejar ke gua “Thur” untuk melindungi diri buat beberapa hari. Mengikut pendapat yang terkuat bahawa penstiwa ini berlaku pada 2hb. Rabi’ul Awwal bersamaan 20hb. September 631 T.M. tiga belas tahun, selepas pengutusan baginda sebagai Rasul. Abu Bakar RadiyaLlahu ‘anh mendahului Rasuluilah ke gua Thur, meraba-raba dan merasa—rasa kalau—kalau ada binatang buas atau ular yang merbahaya, asalkan Rasulullah selamat. Mereka berada di dalam gua itu selama tiga hari. ‘Abdullah putera Abu Bakar RadiyaLlahu ‘anhuma turut tidur bersama mereka, tetapi bila hampir siang dia beredar dari situ, pulang ke Makkah seolah-olah di kota Makkah, tugasnya membawa lapuran dan berita-berita dari Makkah dan Amir bin Fuhairah orang suruhan Abu Bakar membawa kambing ternakan melalui jalan-jalan yang dilalui ‘Abdullah supaya kumpulan kambing itu menghapuskan kesan tapak kaki ‘Abdullah ke pintu gua itu.
    Pihak Musyrikin pula telah menyusun beberapa kumpulan untuk mencari Rasulullah setelah mereka mengetahui bahawa Rasulullah telah melarikan diri. Masing-masing mengesan jalan-jalan ke arah Madinah dan di mana sahaja yang mereka rasa ada Rasulullah bersembunyi. Akhirnya mereka sampai ke Gua Thur, di mana Rasulullah dan Abu Bakar mendengar dengan jelas langkah tapak kaki mereka, Abu Bakar merasa takut dan cemas sambil berkata: “Kalau mereka perhatikan dari bawah sudah pasti akan nampak kita berdua. Untuk menenangkan perasaan Abu Bakar, Rasulullah telah menjawab:
    “Wahai Abu Bakar, apa katamu bahawa di samping yang berdua itu ada yang ketiga iaitu Allah! (Hadith ini dipersetujui ramai).
    Allah telah memukau dan membuta sejurus mata sekelian kaum musyrikin supaya tidak teringat mengalih pandangan ke gua itu dan tidak terlintas di kepala mereka persoalan mungkinkah wujud manusia bersembunyi di dalam gua itu.
    Setelah tidak siapa lagi mencari mereka, barulah mereka keluar dengan dipandu oleh ‘Abdullah bin ‘Uraiqat seorang musyrikin yang telah diupah untuk menunjuk jalan rahsia dan tersembunyi dari mata ramai menuju ke Madinah setelah mereka memastikan yang Abdullah ini boleh dipercayai. Mereka pun menunggang kenderaan masing-masing melalui jalan tepi pantai mengikut panduan ‘Abdullah tadi.
    Pihak Musyrikin telah mengumumkan satu tawaran bahawa siapa-siapa saja yang dapat menangkap Rasulullah dan Abu Bakar mereka akan menerima ganjaran (diyah) untuk kedua—duanya.
    Di suatu hari seorang lelaki telah datang menemui sekumpulan Bani Sudlij di suatu majlis perhimpunan dan di antara mereka “Suraqah bin Ja’syam” sambil melaung; “Aku telah melihat kenderaan di tepi pantai dan aku percaya mereka itu adalah Muhammad dan sahabatnya.” Di masa itu Suraqah percaya bahawa kenderaan itu ialah Muhammad dan sahabatnya tetapi dengan tujuan hendak melemahkan semangat orang lain kerana ia sendiri hendak memburu Muhammad dan sahabatnya agar ia mendapat ganjaran yang ditawar itu maka ia bertanya, “Betulkah yang awak lihat itu pulan sipulan; kalau begitu cepatlah beritahu pada orang-orang kita untuk mengesan mereka.” Lepas sebentar ia pun bangun dari situ dan terus memacu kudanya mengikut jejak Rasulullah dari belakang dengan tujuan hendak menangkap baginda dan sahabatnya; tetapi kudanya telah tersungkur, kemudian bangun sekali lagi memburu Rasulullah sehingga sampai dekat sekali dengan Rasulullah dan terdengar olehnya apa yang dibaca itu, di mana baginda tidak menoleh ke belakang sekali pun, tetapi Abu Bakar sebentar sebentar menoleh ke belakang. Sekali lagi kuda yang dipacu oleh Suraqab terbenam kedua kakinya ke dalam pasir sampai ke lutut dan setelah disebatnya kuat-kuat bangunlah sekali lagi kuda itu tetapi belum sempat terkeluar semua kakinya, Sunaqah ternampak kepulan debu berterbangan di langit dari belakang mereka berdua seperti asap yang tebal. Dengan itu barulah ia tahu, itulah benteng keselamatan Rasulullah, maka perasaan takut mula terasa, lantas ia melaung dari belakang meminta pertolongan dan perlindungan.
    Rasulullah dan sahabatnya yang lain pun berhenti dengan demikian barulah Suraqah dapat menghampiri mereka. Dengan segera ia meminta ma’af dan ampun diikuti dengan tawaran untuk memberi bekalannya kepada mereka. Jawab mereka berdua, “Kami tidak perlu itu, hanya satu sahaja, rahsiakan perjalanan kami.” Jawab Suraqah; “maka sangguplah aku untuk itu.”
    Dengan itu Suraqah pun pulang ke Makkah sambil berusaha mengelirukan pandangan ramai mengenai Rasulullah dan sahabatnya. Demikianlah ceritanya. Di sebelah paginya ia begitu gigih berusaha memburu dan ingin membunuh Rasulullah, setelah petang ia pulang dengan hasrat ingin melindungi dan menyelamatkan baginda dan sahabatnya.
    Ketibaan Rasulullah telah disambut baik dan meriah sekali. Buat sementara waktu baginda telah singgah di rumah Kaithum Bin Hudm di mana Sayyidina ‘Ali telah sempat bertemu dengannya setelah beres menyelenggarakan segala amanah yang diperamanahkan kepada kepada Rasulullah di suatu masa dahulu. Di Quba’ ini Rasulullah telah mengasaskan sebuah masjid, masjid inilah yang pertama dibina di bumi ‘Arab. Tuhan telah menggambarkan di dalam Al-Qur’an:MaksudNya;
    “Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (masjid Quba’) sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya.”
    Rasulullah menyambung semula perjalanannya ke Madinah. Mengikut keterangan yang disebutkan oleh Al Mas’udi di dalam kitabnya Muruzu al-Zahab katanya: “Rasulullah mula menjejak tanah Madinah pada dua belas haribulan Rabi’ul Awwal. Sekelian orang Ansar mengerumuni baginda memegang-megang tali kenderaan baginda, di mana tiap orang mempelawa dan mempersilakan Rasulullah ke rumah masing-masing, tetapi Rasulullah menjawab kepada mereka, “Biarkan saja binatang ini, dia mengikut perintah.” Binatang kenderaan Rasulullah tadi berjalan terus di jalan-jalan dan loronglorong Madinah hinggalah sampai ke suatu tapak pengering buah tamar yang dimiliki oleh dua orang anak yatim Barn Al-Najjar berhadapan dengan rumah Abu Ayyub Al Ansari. Rasulullah pun berkata: “Insya Allah di sinilah saya akan singgah.” Dengati serta-merta Abu Ayyub pun menjemput dan memper silakan Rasulullah ke rumahya. Ibnu Hisham menceritakan; “Sekumpulan kaum wanita (orang suruhan) Bani A1-Najjar telah keluar beramai-ramai menyambut ketibaan Rasulullah dengan nyanyian nasyid. Rasulullah bertanya kepada mereka; “Apakah kamu kasihkan daku?” Jawab mereka, “Ya. Sambung Rasulullah; “Hanya Allah yang mengetahui hati sanubariku, yang aku kasihkan kamu sekelian.”

    PERSPEKTIF MENGENAI PERSINGGAHAN RASULULLAH DI RUMAH ABU AYYUB

    Abu Bakar bin Abi Syaibah dan Ibnu Hisyam telah menceritakan apa yang telah diperihalkan oleh Abu Ayyub tentang hari-hari Rasulullah bersamanya; “Ketika Rasulullah menumpang bersama kami baginda telah memilih tingkat bawah, aku dan isteriku di tingkat atas. Sebelum itu aku telah meminta kepada Rasulullah; “Wahai Nabi Allah demi sesungguhnya kami merasa berat hendak tinggal di tingkat atas dan tuan hamba di sebelah bawah. Marilah kita tukar biarlah tuan hamba di atas dan hamba sekeluarga menetap di sebelah bawah.” Jawab Rasulullah; “Wahai Abu Ayyub, adalah lebih selesa bagi kami dan bagi orang yang menolong kami seandainya kami tinggal di tingkat bawah.”
    Beliau menceritakan lagi; “Begitulah halnya kami anak beranak di atas dan Rasulullah sekeluarga di tingkat bawah. Entah macam mana di suatu hari, buyung air terpecah, dengan segera aku dan isteriku bangun mengambil sehelai kain kebetulan tidak ada yang lain lagi, untuk mengesat air yang tercurah ke lantai itu, kalau—kalau ada air yang mengalir ke bawah ke atas Rasulullah di tingkat bawah nanti, sesudah itu aku turun dan meminta juga supaya Rasulullah berpindah ke atas sehingga baginda pindah ke atas.
    Katanya lagi; “Biasanya kami memasak makanan malam kemudian menghantarnya kepada Rasulullah, bila baginda menghantar balik setelah memakan sebahagian, kamipun menjemput makan makanan bekas dan kesan tangan baginda untuk mendapat berkat. Di suatu malam seperti biasa kami berikan kepada Rasulullah makanan malam antaranya ada yang tersaji dengan bawang dan bawang putih, Rasulullah memulangkan balik makanan itu dan kami tidak nampak kesan tangan baginda, dengan segera aku datang menemui baginda: “Wahai Rasulullah, demi sesungguhnya makanan yang tuan hamba pulangkan itu hamba lihat tidak ada tanda kesan tangan tuan hamba, sebenarnya begini tiap kali tuan memulangkan kembali makanan yang tidak habis itu, kami menjemput bekas-bekas jari tuan hamba, demi mengharapkan berkat semata—mata. Jawab Rasu lullah, “Kerana aku dapati makanan itu berbau daun sebab aku ini selalu berkhalwat dan bermunajah, tapi buat kamu semua makanlah tidak mengapa.” Jawab Abu Ayyub; “Kami pun makanlah makanan itu. Selepas itu kami tidak sajikan lagi bawang dan bawang putih ke dalam makanan untuk baginda.”

    PENGAJARAN DAN RENUNGAN

    Di muka-muka yang lepas telah kita bicarakan tentang erti hijrah dalam Islam, iaitu di dalam mauduk hijrah dan perpindahan orang Islam ke Habsyah. Ringkasnya lebih kurang begim: Tuhan telah meletakkan kesucian agama dan ‘aqidah itu lebih dari yang lain. Tidak ada erti bagi tanah, negara, harta kekayaan dan pangkat kebesaran sekiranya ‘aqidah dan syi’ar agama terancam, musnah dan disusuhi. Oleh yang demikian maka Allah mewajibkan ke atas setiap hambanya agar mengorbankan segala-galanya sekiranya keadaan memaksa demi kepentingan ‘aqidah dan Islam.
    Telah kita tegaskan di sini juga, sesungguhnya memang menjadi sunnah Allah di bumi ini telah menjadikan kekuatan rohani yang ternukil di dalam ‘aqidah kepercayaan yang sihat dan agama yang benar itu sebagai pengawal kepada kekuatan maddi dan material. Suatu umat yang begitu tebal dan kaya dengan akhlak susilanya yang sihat, begitu teguh berpegang dengan ajaran agama di kala itu juga kekuatan materialnya. seperti negara, hartabenda dan pangkat akan kekal lebih utuh dan kukuh. Andaikata ia papa dan miskin dan segi akhlaq, tidak senonoh dalam kepercayaan ‘aqidahnya, maka kekuatan materialnya juga turut lemah dan tergugat. Telah kita tugaskan bahawa sejarahlah yang menjadi saksi utama tentang kebenaran perkara ini.
    Untuk demikian maka Allah ‘Azza wajallah telah mewajibkan dasar mengorbankan harta dan negara demi kepentingan ‘aqidah dan agama sekiranya keadaan memaksa. Dengan berbuat demikian akan terjamin keselamatan harta benda, negara dan jiwa, walaupun pada mulanya nampak merugikan segala- galanya.
    Perpindahan Rasulullah sudah cukup untuk memberi satu bukti yang nyata tentang apa yang ditegaskan di atas. Secara kasar, tindakan meninggalkan negara itu bererti menghilang atau melenyapkannya. Pada hakikatnya, itulah sebenamya bentuk pengorbanan dan pemeliharaan yang sejati. Boleh jadi pembelaan dan pengorbanan itu nampak seolah—olah peninggalan dan pembelakangan. Baginda telah pulang setelah berada di dalam buangan (hijrah) beberapa tahun ke bumi pertiwinya yang penduduknya pemah menghalau baginda dengan penuh kemegahan dan kekuatan tanpa diganggu oleh sesiapapun. Sedangkan dahulunya semua orang menanti-nanti sahaja peluang baik untuk memusnahkan diri baginda. Tercapai segala-gala ini adalah hasil dan tertegaknya agama dan keagungannya.
    Berbalik kita kepada cerita yang telah kita lukiskan tadi, kemudian cuba perhatikan dengan penuh hemat agar dapat kita ambil beberapa petanda penting untuk panduan kepada setiap Muslim:
    (1)               Yang paling nyata sekali dan kesan perpindahan baginda ‘Alaihis salatu Wasallam, ialah tentang tawaran dan pelawaan kepada Abu Bakar untuk menyertai bersama-sama baginda sebagai teman di dalam perjalanan yang mulia itu.
    Para ‘ulama’ seluruhnya telah mengambil kesimpulan tentang betapa kasih dan sayangnya Rasulullah terhadap Abu Bakar RadiyaLlahu ‘anhu. Beliau adalah sahabat yang paling akrab sekali. Oleh yang demikian maka beliau lebih utama memegang tampuk pemerintahan dan jawatan khalifah selepas baginda SallaLlahu ‘alaihi Wasallam wafat. Untuk menguatkan lagi hujah ini masih terdapat beberapa peristiwa lain yang antaranya ialah pemilihan yang dibuat oleh Rasulullah terhadap Abu Bakar RadiyaLlahu ‘anhu buat menggantikan baginda menjadi imam sembahyang bersama orang ramai semasa baginda sakit. Di sana beliau enggan menyuruh orang lain. Begitu juga hadith yang bermaksud:— “Kalaulah hendakku jadikan teman kesayangan maka Abu Bakarlah teman kesayanganku”.
    Dari mula lagi kita dapat melihat atau perhatikan di samping keistimewaan-keistimewaan yang mulia, yang telah dianugerahkan kepadanya oleh Allah Subhanahu Wata’ala, beliau juga contoh tauladan seorang sahabat setia dan jujur malah mengorbankan segala-gala apa yang termiik olehnya jiwa, raga dan seluruhnya demi perjuangan Rasulullah. Bukankah sudah kita perhatikan di mana beliau enggan melepaskan Rasulullah masuk dahulu ke dalam gua, sebaliknya beliau sendiri mendahuluinya bagi memastikan apakah terdapat binatang buas, ular yang bisa atau bahaya yang lain yang akan mengancam keselamatan Rasulullah. Biarlah beliau yang musnah asalkan Rasulullah selamat. Kita perhatikan lagi di mana beliau telah mengatur serta mengerahkan tenaga putera-puteri beliau. orang suruhan dan gembala kambingnya demi menggabungkan tenaga bakti dan pengorbanan untuk dicurahkan demi kepentingan Rasulullah dan melicinkan perjalanan yang mulia lagi jauh itu.
    Demi sesungguhnya itulah kewajipan yang mesti ditauladani oleh setiap Muslim yang telah beriman dengan Allah dan RasulNya. Sebagai sokongan kepada tindakan Abu Bakar ini, Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Tak beriman seseorang itu kecuali setelah aku ini (Rasulullah) lebih kasih kepadanya dan anak, ibu-bapanya dan manusia seluruhnya”. (Hadith yang dipersetujui ramai).
    (2)               Mungkin terlintas di sanubari kita untuk membuat perbandingan di.antara hijrah ‘Umar bin Al Khattab RadiyaLlahu ‘anh dengan hijrah Rasulullah di mana akan timbul pertanyaan; “Kenapa Saiyyidina ‘Umar berhijrah secara terang terangan malah mencabar puak Quraisy dan Musyrikin pula tanpa takut dan gentar sesuatu pun, sedangkan Rasulullah pula keluar bersembunyian serta berjaga-jaga. Apakah Saiyyidina ‘Umar lebih berani dan lebih gagah dari Rasulullah?”
    Sebagai jawapan, tindakan ‘Umar bin A1-Khattab dan orang Islam yang lain selain dari Rasulullah adalah tindakan perseorangan semata-mata, tidak boleh dijadikan hujjah dan dalil dalam syari’ah tiap seorang bebas untuk memilih cara dan jalan untuk ia bentindak keselesaan jiwanya seimbang dengan keberanian dan keimanannya dengan Allah Subhanahu Wata’ala.
    Apa yang dilakukan oleh Rasulullah adalah suruhan dan perintah. Segala tindakan baginda berhubung dengan agama adalah syari’ah. Oleh yang demikian maka Sunnah dan Hadith Rasulullah iaitu cabangan dan ucapan, tindakan, perangai dan persetujuannya menjadi sumber kedua dalam syari’ah Islam. Andaikata Rasulullah telah bertindak seperti mana yang telah dilakukan oleh Sayyidina ‘Uman, maka manusia melihat dan mengira inilah cara yang diwajibkan, tidak harus berjaga-jaga, berwaspada dan bersembunyi di kala bahaya; sedangkan Allah ‘Azza Wajalla, telah menegakkan syari’atNya di dunia ini mengikut musababnya. Sebenarnya segala-galanya itu adalah Allah yang menyebabkan demikian.
    Untuk demikian itulah maka Rasulullah telah menggunakan sebab-sebab dan cara—cara yang nyata, yang terdaya difikirkan oleh akal fikiran manusia di waktu-waktu seumpama ini agar tidak tertinggal suatu jalan pun tanpa dipergunakan, ‘Ali bin Abi Talib RadiyaLlahu ‘anh tinggal di tempat tidur serta menyelimut dengan kain selimut. Baginda juga mengambil salah satu orang Musyrikin setelah dipastikan kejujurannya untuk menunjukkan jalan-jalan yang tidak disangka oleh pihak seteru. Kemudian baginda tinggal bersembunyi di dalam gua selama tiga hari dan seterusnya. Segala apa sahaja yang dapat dipergunakan untuk keselamatannya yang terfikir oleh ‘akal manusia, telah dipergunakan dengan tujuan menerangkan kepada manusia umum bahawa untuk beriman kepada Allah ‘Azza Wajalla, tidak salah atau bertentangan untuk mengambil kesempatannya menggunakan alasan dan sebab-sebab yang wajar, yang memang merupakan iradat Tuhan menjadikan sebab—sebab dan upaya ikhtiar itu untuk manusia.
    Berteduh dan berselindung di dalam gua bukanlah membuktikan yang baginda takut atau pengecut takut jatuh ke tangan Musyrikin sebelum sampai ke Madinah. Sebagai buktinya, bila saja helah-helah pengeliruan yang boleh dipergunakan sudah tidak ada lagi (iaitu dikatakan sebab—sebabnya tadi) dan orang—orang musyrikin merayau—rayau di keliling gua  Sekiranya mereka perhatikan dari bawah akan ternampaklah mereka berdua yang tersembunyi itu, di kala itu Abu Bakar terasa takut dan curiga maka di masa itu Rasulullah menegaskan pada Abu Bakar untuk menenangkan hati beliau dengan katanya: “Apakah perasaan tuan hamba bahawa Allah berada di samping kita berdua.” Kalaulah benar-benar Rasulullah bergantung sepenuhnya kepada helah semata-mata sudah pasti akan terasa takut bilamana helah dan cara pengeliruan tadi sudah tiada lagi.”
    Dan sini dapatlah kita simpulkan bahawa menggunakan helah-helah dan kewaspadaan tadi adalah salah satu tugas yang disuruh oleh agama. Setelah helah-helah tadi sudah tidak ada atau tidak guna lagi maka hati dan jiwa kembali menyerah kepada Allah ‘Azza Wajalla dengan penuh harapan dengan pembelaan dan taufiqnya. Segala peristiwa ini adalah untuk seluruh kaum Muslimin mengambil pengajaran bahawa untuk menggantungkan harapan di dalam segala urusan tidak harus diharap dan diarahkan kecuali kepada Allah ‘Azza Wajalla sahaja dan perlu diingat bahawa tindakan ini tidak bertentangan dengan usaha menggunakan sebab musabab, usaha ikhtiar atau helah daya manusia yang dijadikan Allah di seluruh ‘alam.
    Di antara bukti yang nyata tentang apa yang kita katakan tadi ialah perasaan Rasulullah ketika Suraqah pemburu yang cuba membunuh baginda sudah begitu hampir maka di masa itu baginda akan terasa gentar dan takut kerana baginda semata— mata bergantung kepada helah semata-mata saja. Tetapi apa yang kita lihat Rasulullah tidak menoleh langsung ke belakang untuk melihat apakah pemburu itu sudah hampir atau masih jauh lagi. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah di masa itu ialah membaca, berzikir dan memohon restu dan Tuhannya kerana baginda yakin, Allah Subhanahu Wata’ala yang telah memerintahkannya berhijrah maka Allah jua yang melindunginya dari manusia durjana dan kejahatan mereka.
    (3)               Kelewatan Saiyyidina ‘Ali di Makkah ialah untuk membereskan segala amanah yang telah diamanahkan orang orang Makkah kepada baginda di masa sebelumnya. ini menunjukkan suatu petanda yang terang tentang pertentangan yang ganjil di kalangan kaum musyrikin, dalam masa mereka menuduh Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ini sebagai seorang penipu, pendusta, tukang tenung dan sebagainya. Mereka tidak berjumpa dengan seorang yang lebih amanah dan jujur dan Nabi Muhammad, harta dan barang—barang yang hendak ditinggalkan mereka amanahkan kepada Rasulullah...Inilah yang menunjukkan kekufuran ketidakpercayaan mereka dengan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam bukanlah kerana sangsi dan syak wasangka mereka terhadap Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, tetapi kerana bongkak senta takabbur dengan apa yang dibawa oleh Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, juga kerana takut-takut akan hilang kuasa dan tangan mereka.
    (4)               Dapat kita perhatikan juga kesungguhan ‘Abdullah bin Abu Bakar RadiyaLlahu ‘anhuma melakukan segala apa yang diperlukan oleh Rasulullah. Antaranya berulang-alik antara Makkah dan gua tempat persembunyian, mengintip rahsia dari kalangan kaum musyrikin Makkah dan membawa kepengetahuan Rasulullah dan bapanya. Begitu juga kakaknya Asma’ RadiyaLlahu ‘anhuma yang bertungkus lumus menyediakan makanan dan kenderaan serta keperluannya. Semuanya ini memberikan kita suatu gambaran yang wajib dibeban oleh setiap Muslim lelaki maupun perempuan ke jalan Allah demi untuk melaksanakan seluruh prinsip Islam dan menegakkan sebuah masyarakat Islam sejati. Tidak memadai setakat untuk diri sendiri atau setakat beribadat sahaja. Malah mestilah dicurahkan segala daya dan tenaga yang terdapat dengan penuh kesungguhan ke arah kepentingan Islam. Itulah kelebihan dan keistimewaan setiap pemuda demi Islam dan Muslimin di setiap masa.
    Demikianlah kalau kita perhatikan mereka yang bersama sebilangan besar adalah terdiri dari kasteria yang belum melewati batas usia keremajaan. Mereka ini tidak akan membuang masa dengan percuma tanpa suatu malah mereka menggunakan segala tenaga, daya dan usaha yang terdaya demi menegakkan Islam dan mendirikan masyarakatnya.
    (5)               Tentang apa yang terjadi ke atas Suraqah dan kudanya ketika memburu Rasulullah tidak harus diihat begitu sahaja tanpa mengambil suatu pengajaran bahawa itulah mukjizat luar biasa kepada Rasulullah. Perkara ini dipersetujui oleh semua imam hadith tentang kebenaran dan sahihnya. Di antara mereka ialah Al-Bukhari dan Muslim. Mu’jizat ini adalah salah satu di antara kejadian mu’jizat yang pernah kita perkatakan dahulu.
    (6)               Di antara peristiwa mu’jizat yang telah temampak ialah ketika Rasulullah hendak keluar dari rumahnya yang telah dilengkungi oleh Musyrikin yang bertujuan jahat, iaitu membunuh paduka Rasulullah tetapi gerombolan dan pemuda yang tahan lasak yang berniat jahat itu telah terlena sejurus yang kemudian disusuli dengan tempelak yang lain iaitu menabur tanah ke atas kepala mereka semasa Rasulullah keluar berlalu dan rumahnya itu sambil baginda membaca sepotong ayat Al Qur’an yang bermaksud: “Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.”
    Peristiwa mu’jizat ini dianggap sebagai pengisytiharan Allah Ta’ala kepada seluruh kaum Musyrikin untuk setiap masa dan di mana mereka berada, bahawa segala macam penyiksaan dan gangguan yang sengaja dilakukan ke atas baginda kerana agama yang dibawanya itu, tidaklah bererti yang Allah Subhanahu Wata’ala telah membelakangkan atau meninggalkan baginda keseorangan tanpa pertolongan. Bagi pihak Musyrikin dan kuncu-kucunya mereka tidak harus bergelak ketawa dengan penyiksaan dan penganiayaan mereka itu kerana pertolongan Allah terlalu hampir dan pasti. Kemudahan Ilahi untuk memberi kejayaan itu akan terlaksana bila—bila masa sahaja.
    (7)               Sambutan yang meriah yang ditunjukkan oleh pihak Madinah mempamirkan kepada kita suatu gambaran betapa cintanya mereka kepada Rasulullah dan betapa geloranya perasaan kasih dan cinta orang Ansar penduduk Madinah lelaki mahu pun perempuan, tua mahupun muda, dewasa dan kanak-kanak terhadap RasuluLlah; betapanya hebat perasaan sayang mereka sehingga setiap hari mereka keluar beramai-ramai menanti-nanti ketibaan Rasulullah, dengan tidak menghiraukan panas bahang matahari yang membakar. Bila matahari membenamkan diri di ufuk barat dan siang menghilang diri baru mereka menyusur pulang dengan membawa harapan untuk bertemu baginda di esok hari. Setibanya Rasulullah dengan kuda baginda yang mula melangkah masuk ke pangkuan bumi Yathrib (Al-Madinah) maka hatihati yang begitu lama diayak oleh gelombang perasaan dengan suara seirama dan senada mengumandangkan lagu-lagu dan qasidah menggambarkan keriangan mereka dengan ketibaan Rasulullah, perasaan dan kejujuran mereka dibalas dengan perasaan dan kejujuran yang sama. Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dengan senyum bertanya kepada wanita-wanita Barn Al-Najar yang mengalunkan nasyid dan lagu-lagu menyambut kedatangan baginda: “Apakah kamu kasihkan daku?
    Demi Tuhan sesungguhnya hatiku kasihkan kamu sekelian.”
    Segala-galanya ini membuktikan kepada kita bahawa kasih Rasululiah bukanlah semata-mata mengikutinya, tetapi perasaan cinta itu ialah asas dan motif ke arab mengikut dan menta’ati segala suruhan yang lain. Andaikata tanpa perasaan cinta yang berakar-umbi dari dasar hati maka, tidak akan timbul keinginan untuk menjalankan suruhan yang lain.
    Alangkah sesatnya segolongan yang menganggap apa yang dikatakan cintakan Rasulullah itu semata-mata mengikut dan berpandu dengan ajaran atau ‘amalan baginda sahaja dengan tidak disertai suatu perasaan pun. Mereka sudah terlupa bahawa mengikut dan menta’ati yang sebenarnya tidak akan wujud tanpa didorong oleh suatu perasaan atau didesak oleh tekanan hati sanubari, tidak akan wujud keinginan untuk mengikuti dan mematuhi suruhan tanpa cinta yang menggoncang seluruh perasaan. Oleh yang demikian maka Rasulullah telah memperkenalkan kepada kita sukatan atau ukuran keimanan dengan Allah itu ialah kasih dan cintanya itu mengatasi segala cinta, mengatasi cinta terhadap anak, ibubapa dan manusia lain. ini menunjukkan yang perasaan cintakan Rasulullah itu setaraf dan sejenis dengan perasaan cinta kepada anak atau ibubapa. Tegasnya dua perasaan cinta ini mengalir dari perasaan yang sama. Sekiranya tidak demikian maka tidak sahlah penegasan dan perbandingan di antara keduanya.
    (8)               Satu lagi gambaran yang kita dapat perhatikan ialah mengenai persinggahan Rasulullah di rumah Abu Ayyub Al Ansari. Peristiwa ini merupakan satu simbul lagi yang mendedahkan kepada kita betapa kasih dan cintanya para sahabat Rasulullah kepada baginda.
    Apa yang perlu kita titik-beratkan di sini ialah Abu Ayyub dan isterinya yang telah mengambil berkat jari Rasulullah yang terdapat di makanan yang dikembalikan oleh Rasulullah kepada mereka. Kesimpulannya ialah mengambil berkat bekas-bekas Rasulullah itu adalah antara ajaran yang disuruh oleh syara’ dan Islam.
    Al Bukhari dan Muslim banyak sekali meriwayatkan kisah-kisah sahabat Rasulullah yang mengambil berkat dengan bekas-bekas yang telah digunakan oleh baginda untuk berubat, mendapat jagaan dan taufik dan sebagainya.
    Antara kisah yang diriwayatkan oleh Al Bukhari di dalam bab pakaian di bawah tajuk “perihal uban”, di mana Ummu Salamah isteri Rasulullah telah menyimpan beberapa helai rambut baginda di dalam botol atau sebagamya, sekiranya salah seorang kena sakit mata atau sakit, mereka akan dikirimkan sebekas air kepada Ummu Salamah yang kemudian beliau memasukkan helaian rambut tadi ke dalam air yang dikirim, kemudian mereka meminum air itu dengan harapan akan sembuh dan berkat.
    Muslim pula telah membawa suatu riwayat di dalam satu bab di bawah judul “Keharuman peluh Rasulullah” selalunya baginda menziarahi rumah Ummu Salim dan sering berbaring serta tidur. Pada suatu hari Rasulullah masuk tidur ke tempat tidurnya, selepas itu Ummu Salim pun pulang, didapati badan Rasulullah berpeluh, lantas beliau mengambil sekeping kulit membiarkan peluh baginda meleleh ke atasnya, dan mengambil sesuatu dan peti simpanannya untuk mengesat peluh yang mengalir itu yang kemudian diperah masuk ke dalam botol. Bila Rasulullah tersedar dan tidur, baginda bertanya: “Apa yang kamu buat ini wahai Ibnu Salim? Jawabnya “Wahai Rasulullah aku mengharap untuk mendapat berkat untuk anak cucu kami”. Jawab Rasulullah, “benar apa yang kamu lakukan.”
    Begitu juga perihal-perihal yang terdapat dalam kedua dua kitab hadith mengenai para sahabat yang sering mengambil baki air wudhu’ (air sembahyang) baginda yang tidak habis untuk mendapat berkat. Begitu juga bekas-bekas lain seperti pakaian dan cawan minuman baginda.
    Sekiranya inilah keadaan mereka yang selalu mengambil berkat dan merestui sesuatu dengan kesan—kesan dan bekas benda dan objek maddiyah maka bagaimana pula dengan mereka yang mengambil berkat dan restu dan martabah atau kedudukan baginda di sisi Allah? Dan bagaimana pula berkatnya jika baginda itu rahmat untuk sekelian ‘alam?
    Saya rasa memadai setakat ini untuk mengulas perihal peristiwa perpindahan (hijrah) Rasulullah di mana kita akan memperkatakan selepas ini perihal usaha-usaha mulia yang dilaksanakan oleh paduka Rasul demi masyarakat baru di Madinah Munawwarah. 


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA