الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    13 wasiat Rasulullah kepada Ali


    13 wasiat Rasulullah kepada Ali
    RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak,   kaum kerabat dan
    umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang  menarik dan boleh  dijadikan  bahan  renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.

    Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

    Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata:  "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"

    1.                  Wahai Ali, takutilah  engkau   daripada   memasuki   tempat  mandi  (hammam)  tanpa  memakai  separas  pinggang.    Bahawasanya   barang   siapa   memasuki   tempat   mandi  tanpa  kain  separas  pinggang,  maka dia mendapat laknat (mal'un).

    2.                  Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari  telunjuk  dan  di jari tengah'.  Sesungguhnya adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

    3.                  Wahai Ali, sesungguhnya  Allah mengagumi  hamba‐Nya  yang  melafazkan istighfar:  "Rabighfirli fainnahu  la  yaghfirul‐zunuba  illa  Anta"   ( Tuhanku,  ampunilah  aku.    Sesungguhnya  tiada   yang    mengampunkan   dosa  melainkan  Engkau).   Allah lalu berfirman:  "Hai malaikat‐Ku, sesungguhnya hamba‐Ku ini mengetahui bahawasanya tiada  yang mengampunkan  dosa melainkan. Hai malaikat‐Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".

    4.                  Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya  berdusta  itu  menghitamkan muka disuratkan oleh Allah sebagai  kazzab (pendusta).  Dan,  bahawasanya  benar  itu  memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq.   Ketahuilah engkau,  bahawasanya  sidq (benar)  itu  
    5.                  Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu‐dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur  dan  menjadi  penghalang  kepadanya di pintu syurga.

    6.                  Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar,  kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama‐Nya.

    7.                  Wahai  Ali,  janganlah  engkau   mencita‐citakan  rezeki  untuk  hari  esok.  Bahawasanya   Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

    8.                  Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah‐bantah dan  berkelahi  dengan  maki‐hamun  dan sumpah‐seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

    9.                  Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi.   Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikatkerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa‐sisa  makanan di celah  gigi  tidak dicolek selepas makan.

    10.             Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul  rasa marah,  duduklah  engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan  kesabaran  Allah Taala ke atas hamba‐Nya.   Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

    11.             Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang  telah  engkau  nafkahkan  untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

    12.             Wahai Ali, apa yang engkau  benci pada  diri  engkau,  maka  engkau  bencikan  juga  pada  diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka  engkau  kasihkan juga  pada diri engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman.   Dengan itu, engkaudikasihi seluruh isi langit dan bumi.

    13.             Wahai Ali, perbaikkanlah  perhubungan  di antara  penduduk (jiran) sekampung  dan  antara  ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka  sekaliannya  dengan rasa  persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

    Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan. InsyaAllah Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.

    Sungguhpun  wasiat  itu  khusus  kepada  Ali,  namun  kita  sebagai  Muslim  dan   muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.


    Larangan  dan  suruhan  Rasulullah  saw  melalui  wasiat  itu,  adalah  juga  untuk  kaum  Muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri‐ciri utama  orang beriman. 
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA