الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    Ihya Ramadhan (3) 1436 H: Sahih Muslim

    Telah menceritakan kepadaku Harmalah bin Yahya telah mengkhabarkan kepada kami Ibnu Wahb telah mengkhabarkan kepadaku Yunus dari Ibnu Syihab dari Ibnu Abu Anas bahawa bapanya telah menceritakan kepadanya, bahawa ia mendengar Abu Hurairah radliallahu 'anhu, berkata; Rasulullah saw bersabda:
    "Apabila Ramadhan telah tiba, maka pintu-pintu syurga akan dibuka, lalu pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pun akan dirantai." Dan telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Hatim dan Al Hulwani keduanya berkata, Telah menceritakan kepada kami Ya'qub telah menceritakan kepada kami bapakku dari Shalih dari Ibnu Syihab telah menceritakan kepadaku Nafi' bin Abu Anas bahawa bapanya telah menceritakan kepadanya, bahawa ia mendengar Abu Hurairah berkata; Rasulullah saw bersabda: "Apabila bulan Ramadhan tiba." Yakni dengan hadith semisalnya.
    Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Abu Usamah telah menceritakan kepada kami Ubaidullah dar Nafi' dari Ibnu Umar radliallahu 'anhumaa bahawa Rasulullah saw menyebutkan bulan Ramadhan dan beliau menepukkan kedua tangannya seraya bersabda: "Hitungan bulan itu begini, begini dan begini (beliau menekuk ibu jarinya pada kali yang ketiga). Kerana itu, berpuasalah kalian setelah melihat (hilal) -nya, dan berbukalah pada saat kalian melihatnya (terbit kembali). Dan jika bulan tertutup dari pandanganmu, maka hitunglah menjadi tiga puluh hari." Dan Telah menceritakan kepada kami Ibnu Numair Telah menceritakan kepada kami bapaku Telah menceritakan kepada kami Ubaidullah dengan isnad ini dan Ibnu 'Abbas Ra menyebutkan; "Dan apabila (hilal itu) tidak nampak atas kalian (terhalang mendung), maka sempurnakanlah menjadi tiga puluh hari." Yakni sebagaimana hadith Abu Usamah. Dan Telah menceritakan kepada kami Ubaidullah bin Sa'id Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sa'id dari Ubaidullah dengan isnad ini. Dan berkata; Rasulullah saw menyebutkan bulan Ramadhan seraya bersabda: "Hitungan bulan itu adalah dua puluh sembilan. Hitungan bulan itu adalah begini, begini dan begini." Dan ia juga menyebutkan: "Sempurnakanlah." Dan tidak menyebutkan: "Tiga puluh."
    Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah dan Abu Kuraib - Abu Bakar berkata telah menceritakan kepada kami Waki' dari Ali bin Mubarak dari Yahya bin Abu Katsir dari Abu Salamah dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu, ia berkata; Rasulullah saw bersabda: "Janganlah kalian mendahului Ramdhan dengan berpuasa sehari atau dua hari, kecuali bagi seseorang yang telah terbiasa berpuasa sebelumnya." Telah menceritakannya kepada kami Yahya bin Bisyr Al Hariri telah menceritakan kepada kami Mu'awiyah, anaknya Sallam dalam jalur lain. Telah menceritakan kepada kami Ibnul Mutsanna telah menceritakan kepada kami Abu Amir telah menceritakan kepada kami Hisyam dalam jalur lain. Telah menceritakan kepada kami Ibnul Mutsanna dan Ibnu Abu Umar keduanya berkata, telah menceritakan kepada kami Abdul Wahhab bin Abdul Majid telah menceritakan kepada kami Ayyub -dalam jalur lain- Telah menceritakan kepadaku Zuhair bin Harb telah menceritakan kepada kami Husain bin Muhammad telah menceritakan kepada kami Syaiban semuanya dari Yahya bin Abu Katsir dengan isnad ini, hadith semisalnya.
    Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Ghundar dari Syu'bah dalam jalur lain. Dan telah menceritakan kepada kami Ibnul Mutsanna dan Ibnu Basyar keduanya berkata, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ja'far telah mengkhabarkan kepada kami Syu'bah dari Amru bin Murrah ia berkata, saya mendengar Abul Bakhtari ia berkata; Ketika kami berada di Dzat 'Irq, kami melihat Hilal bulan Ramadhan. Lalu kami utus seorang laki-laki kepada Ibnu Abbas untuk menanyakannya. Maka Ibnu Abbas pun berkata; Rasulullah saw telah bersabda: "Sesungguhnya Allah telah membentangkannya untuk dilihat. Jika bulan itu tertutup dari pandanganmu, maka sempurnakanlah bilangannya (tiga puluh)."
    Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Idris dari Hushain dari Asy Sya'bi dari Adi bin Hatim radliallahu 'anhu, ia berkata; Ketika turun ayat; "Hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar." Maka Adi bin Hatim berkata kepada beliau, "Wahai Rasulullah, aku meletakkan benang putih dan benang hitam di bawah bantalku untuk membezakan malam dan siang." Maka Rasulullah saw pun bersabda: "Bantalmu itu terlalu lebar. Yang dimaksud dengan benang hitam ialah gelapnya malam, dan (benang putih) adalah cahaya siang."
    Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Laits dari Musa bin Ulay dari bapanya dari Abu Qais Maula Amru bin Ash, dari Amru bin Ash bahawa Rasulullah saw bersabda: "Perbezaan antara puasa kita dengan puasanya Ahli Kitab adalah  bersahur." Dan telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya dan Abu Bakar bin Abu Syaibah semuanya dari Waki' dalam jalur lain. Dan telah menceritakannya kepadaku Abu Thahir telah mengkhabarkan kepada kami Ibnu Wahb keduanya dari Musa bin Ulayy dengan isnad ini.
    Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya ia berkata, telah mengkhabarkan kepada kami Husyaim dari Abdul Aziz bin Shuhaib dari Anas -dalam jalur lain- Dan Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah dan Zuhair bin Harb dari Ibnu Ulayyah dari Abdul Aziz dari Anas radliallahu 'anhu -dalam jalur lain- Dan telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Abu 'Awanah dari Qatadah dan Abdul Aziz bin Shuhaib dari Anas radliallahu 'anhu, ia berkata; Rasulullah saw bersabda: "Bersahurlah kalian, kerana (makan) di waktu sahur itu mengandungi berkah."
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA