الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    Ihya Ramadhan (2) 1436 H: Sahih Bukhari

    Telah menceritakan kepada kami 'Abdan telah mengabarkan kepada kami Yazid bin Zurai' telah menceritakan kepada kami Hisyam telah menceritakan kepada kami Ibnu Sirin dari Abu Hurairah radliallahu
    'anhu dari Rasulullah saw bersabda: "Jika seseorang lupa lalu dia makan dan minum (ketika sedang berpuasa) maka hendaklah dia meneruskan puasanya kerana hal itu bererti Allah telah memberinya makan dan minum".


    Telah menceritakan kepada kami 'Abdan telah mengkhabarkan kepada kami 'Abdullah telah mengkhabarkan kepada kami Ma'mar berkata, telah menceritakan kepada saya Az Zuhriy dari 'Atho' bin Yazid dari Humran (berkata,): "Aku melihat 'Utsman bin 'Affan berwudhu', dia menuangkan air ke telapak tangannya (untuk membasuh kedua telapak tangannya) tiga kali. Kemudian berkumur-kumur dan membasuh hidung lalu mengeluarkan (air) darinya. Kemudian membasuh mukanya tiga kali lalu membasuh lengannya yang kanan hingga ke siku dan lengannya yang kiri hingga ke siku tiga kali kemudian berkata: "Aku melihat Rasulullah saw berwudhu' seperti wudhu'ku ini lalu Beliau bersabda: "Barangsiapa berwudhu' seperti wudhu'ku ini kemudian dia solat dua rakaat dan tidak berbicara apapun antara keduanya, maka Allah mengampuni dosanya yang lalu".



    Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Munir dia mendengar Yazid bin Harun (berkata,), telah menceritakan kepada kami Yahya, dia adalah anaknya Sa'id bahawa 'Abdurrahman bin Al Qasim mengkhabarkannya dari Muhammad bin Ja'far bin Az Zubair bin Al 'Awam bin Khuwaylid dari 'Abbad bin 'Abdullah bin Az Zubair mengkhabarkan kepadanya bahawa dia mendengar 'Aisyah radliallahu 'anha berkata: "Ada seorang laki-laki datang menemui Nabi saw lalu berkata, "Wah aku terbakar!". Beliau bertanya: "Maksudmu, Ada apa denganmu?". Orang itu menjawab: "Aku telah berhubungan dengan isteriku pada siang hari di bulan Ramadhan". Kemudian Nabi saw dibawakan sebakul kurma, maka Beliau berkata: "Mana orang yang celaka itu?". Orang itu menjawab: "Aku". Maka Beliau berkata: "Bersedekahlah dengan kurma ini".


    Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Maslamah dari Malik dari Humaid Ath-Thowil dari Anas bin Malik berkata; "Kami pernah bermusafir bersama Nabi saw, yang berpuasa tidak mencela yang berbuka dan yang berbuka juga tidak mencela yang berpuasa".


    Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bion Yusuf telah mengkhabarkan kepada kami Malik dari Abu HAzim dari Sahal bin Sa'ad bahwa Rasulullah saw bersabda: "Sentiasa manusia berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka".


    Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Yunus telah menceritakan kepada kami Abu Bakar dari Sulaiman dari Ibnu Abu Awfa radliallahu 'anhu berkata; Aku pernah bersama Nabi ssw dalam suatu perjalanan, ketika itu Beliau berpuasa. Hingga ketika sampai pada waktu petang, Beliau berkata kepada seseorang: "Turunlah, dan siapkanlah minuman aku". Orang yang disuruh itu berkata: "Bagaimana jika anda menunggu hingga petang". Beliau berkata: "Turunlah dan siapkan minuman buat aku. Apabila kamu telah melihat malam sudah datang dari arah sana maka orang yang puasa sudah boleh berbuka ". 


    Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id telah menceritakan kepada saya Isma'il bin Ja'far dari Abu Suhail dari Bapanya dari Tholhah bin 'Ubaidullah; Ada seorang 'Arab Badui datang kepada Rasulullah s.a.w dalam keadaan kepalanya penuh debu lalu berkata; "Wahai Rasulullah, khabarkan kepadaku apa yang telah Allah wajibkan buatku tentang solat?". Maka Rasulullah s.a.w menjawab: "Solat lima kali kecuali bila kamu mahu menambah dengan yang tathowwu' (sunnat) ". Orang itu bertanya lagi: "Lalu khabarkan kepadaku apa yang telah Allah wajibkan buatku tentang shaum (puasa)?". Maka Rasulullah s.a.w menjawab: "Shaum di bulan Ramadhan kecuali bila kamu mahu menambah dengan yang tathowwu' (sunnat) "."Dan shiyam (puasa) Ramadhan". Orang itu bertanya lagi: "Lalu khabarkan kepadaku apa yang telah Allah wajibkan buatku tentang zakat?". Berkata, Tholhah bin 'Ubaidullah radliallahu 'anhu: Maka Rasulullah s.a.w menjelaskan kepada orang itu tentang syari'at-syari'at Islam. Kemudian orang itu berkata: "Demi Dzat yang telah memuliakan anda, Aku tidak akan mengerjakan yang sunnah sekalipun, namun aku pun tidak akan mengurangi satupun dari apa yang telah Allah wajibkan buatku". Maka Rasulullah s.a.w bersabda: "Dia akan beruntung jika jujur menepatinya atau dia akan masuk syurga jika jujur menepatinya ".
    Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami Isma'il dari Ayyub dari Nafi' dari Ibnu'Umar radliallahu 'anhuma berkata: "Nabi saw melaksanakan puasa hari 'Asyura' (10 Muharam) lalu memerintahkan (para sahabat) untuk melaksanakannya pula. Setelah Allah mewajibklan puasa Ramadhan, maka puasa hari 'Asyura' ditinggalkan. Dan 'Abdullah bin 'Umar radliallahu 'anhu tidaklah melaksanakan puasa hari 'Asyura' kecuali bila bertepatan dengan hari-hari puasa yang biasa dikerjakannya".
    Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Al Laits dari Yazid bin Abu Habib bahawa 'Irak bin Malik menceritakan kepadanya bahawa 'Urwah mengkhabarkan kepadanya dari 'Aisyah radliallahu 'anha; Bahawa orang-orang Quraisy pada zaman Jahiliyah biasa melaksanakan puasa hari 'Asyura'. Kemudian Rasulullah saw memerintahkan untuk melaksanakannya pula hingga datang kewajiban shaum Ramadhan. Dan kemudian Rasulullah saw bersabda: "Siapa yang mahu melaksanakannya silakan dan siapa yang tidak mahu juga tidak apa".
    Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Maslamah dari Malik dari Abu Az Zanad dari Al A'raj dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu; Bahawa Rasulullah saw bersabda: "Shaum itu benteng, maka (orang yang melaksanakannya) janganlah berbuat kotor (rafats) dan jangan pula berbuat bodoh. Apabila ada orang yang mengajaknya berkelahi atau menghinanya maka katakanlah aku sedang shaum (ia mengulang ucapannya dua kali). Dan demi Dzat yang jiwaku berada di tanganNya, sungguh bau mulut orang yang sedang shaum lebih harum di sisi Allah Ta'ala dari pada harumnya minyak misik, kerana dia meninggalkan makanannya, minuman dan nafsu syahwatnya kerana Aku. Shaum itu untuk Aku dan Aku sendiri yang akan membalasnya dan setiap satu kebaikan dibalas dengan sepuiluh kebaikan yang serupa".
    Telah menceritakan kepada kami 'Ali bin 'Abdullah telah menceritakan kepada kami Sufyan telah menceritakan kepada kami Jami' dari Abu Wa'il dari Hudzaifah radliallahu 'anhu berkata; "Pada suatu hari 'Umar radliallahu 'anhu berkata: "Siapa yang masih hafaz hadith dari Nabi saw tentang masalah fitnah? Hudzaifah berkata: "Aku mendengarnya  Beliau bersabda: "Iaitu suatu fitnah seseorang dalam keluarganya, harta, anak dan tetangganya. Namun fitnah itu akan terhapus oleh solat, shaum dan sedekah". 'Umar berkata: "Aku bertanya bukan masalah itu. Tapi aku bertanya tentang fitnah yang meluas seperti luasnya  lautan. Hudzaifah berkata: "Sesungguhnya selain itu ada satu pintu". 'Umar bertanya: "Pintu itu terbuka atau sudah rosak?". Hudzaifah berkata: "Pintu yang rosak". 'Umar berkata: "Kalau begitu pintu itu tidak akan dapat ditutup hingga hari qiamat". Maka kami berkata, kepada Masruq: "Tanyakanlah kepadanya apakah 'Umar mengerti siapa yang dimaksud dengan pintu itu". Hudzaifah berkata: "Ya, dia mengerti. Sebagaimana mengertinya dia bahawa setelah esok pasti malam hari". 


    Telah menceritakan kepada kami Khalid bin Mukhallad telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Bilal berkata, telah menceritakan kepada saya Abu Hazim dari Sahal radliallahu 'anhu dari Nabi saw bersabda: "Dalam syurga ada satu pintu yang disebut dengan Ar-Rayyan, yang pada hari qiamat tidak akan ada orang yang masuk ke syurga melewati pintu itu kecuali para shaimun (orang-orang yang berpuasa). Tidak akan ada seorangpun yang masuk melewati pintu tersebut selain mereka. Lalu dikatakan kepada mereka; Mana para shaimun, maka para shaimun berdiri menghadap. Tidak akan ada seorangpun yang masuk melewati pintu tersebut selain mereka. Apabila mereka telah masuk semuanya, maka pintu itu ditutup dan tidak akan ada seorangpun yang masuk melewati pintu tersebut".



    Telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Al Mundzir berkata, telah menceritakan kepada saya Ma'an berkata, telah menceritakan kepada saya Malik dari Ibnu Syihab dari Humaid bin 'Abdur Rahman dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu bahawa Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yang menginfaqkan dua jenis (berpasangan) dari hartanya di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga; (lalu dikatakan kepadanya): "Wahai 'Abdullah, inilah kebaikan (dari apa yang kamu amalkan). Maka barangsiapa dari kalangan ahlu solat dia akan dipanggil dari pintu solat dan barangsiapa dari kalangan ahlu jihad dia akan dipanggil dari pintu jihad dan barangsiapa dari kalangan ahlu shiyam (puasa) dia akan dipanggil dari pintu ar-Rayyan dan barangsiapa dari kalangan ahlu shadaqah dia akan dipanggil dari pintu shadaqah". Lantas Abu Bakar Ash-Shidiq radliallahu 'anhu: "Demi ayah dan ibuku (sebagai tebusan) untukmu wahai Rasulullah, demi ayah dan ibuku, jika seseorang dipanggil diantara pintu-pintu yang ada, itu sebuah kepastian, namun apakah mungkin seseorang akan dipanggil dari semua pintu?". Rasulullah menjawab: "Benar, dan aku berharap kamu termasuk di antara mereka".

    Telah menceritakan kepada kami Qutaibah telah menceritakan kepada kami Isma'il bin Ja'far dari Abu Suhail dari bapanya dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu bahawa Rasulullah saw bersabda: "Apabila bulan Ramadhah datang, maka pintu-pintu syurga dibuka".

    Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Bukair berkata, telah menceritakan kepada saya Al Laits dari 'Uqail dari Ibnu Syihab berkata, telah mengkhabarkan kepada saya Ibnu Abu Anas, awalnya at-Taymiyyiin bahawa bapanya menceritakan kepadanya bahawa dia mendengar Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata, Rasulullah saw bersabda: "Apabila bulan Ramadhan datang, maka pintu-pintu langit dibuka sedangkan pintu-pintu jahannam ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu".


    Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Bukair berkata, telah menceritakan kepada saya Al Laits dari 'Uqail dari Ibnu Syihab berkata, telah mengkhabarkan kepada saya Salim bin 'Abdullah bin 'Umar bahawa Ibnu'Umar radliallahu 'anhuma berkata; Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: "Jika kamu melihatnya maka berpuasalah dan jika kamu melihatnya lagi maka berbukalah. Apabila kalian terhalang oleh awan maka perkirakanlah jumlahnya (jumlah hari disempurnakan) ". Dan berkata, selainnya dari Al Laits telah menceritakan kepada saya 'Uqail dan Yunus: "Ini maksudnya untuk hilal bulan Ramadhan". 


    Telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim telah menceritakan kepada kami Hisyam telah menceritakan kepada kami Yahya dari Abu Salamah dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu dari Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yang menegakkan lailatul qadar (mengisi dengan ibadah) kerana iman kepada Allah dan mengharapkan pahala (hanya dariNya) maka akan diampunkan dosa-dosa yang telah dikerjakannya, dan barangsiapa yang melaksanakan shaum Ramadhan kerana iman kepada Allah dan mengharapkan keampunan (hanya dariNya) maka akan diampunkan dosa-dosa yang telah dikerjakannya".



    Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma'il telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Sa'ad telah mengabarkan kepada kami Ibnu Syihab dari 'Ubaidallah bin 'Uqbah bahawa Ibnu 'Abbas radliallahu 'anhuma berkata: Rasulullah saw adalah orang yang paling lembut (dermawan) dalam segala kebaikan. Dan kelembutan Beliau yang paling baik adalah ketikq bulan Ramadhan ketika Jibril a.s datang menemui Beliau. Dan Jibril a.s datang menemui Beliau pada setiap malam di bulan Ramadhan (untuk membacakan Al Quran) hingga Al Quran selesai dibacakan untuk Nabi saw. Apabila Jibril a.s datang menemui Beliau, maka Beliau adalah orang yang paling lembut dalam segala kebaikan melebihi lembutnya angin yang berhembus".


    Telah menceritakan kepada kami Adam bin Abu Iyas telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Dza'bi telah menceritakan kepada kami Sa'id Al Maqbariy dari bapanya dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan ucapan keji dan berbuat keji, Allah tidak memerlukan orang itu meninggalkan makan dan minumnya".


    Telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Musa telah mengkhabarkan kepada kami Hisyam bun Yusuf dari Ibnu Juraij berkata, telah mengkhabarkan kepada saya 'Atho' dari Abu Shalih Az Zayyat bahawa dia mendengar Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Rasulullah saw bersabda: "Allah Taala telah berfirman: "Setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali shaum, sesungguhnya shaum itu untuk Aku dan Aku sendiri yang akan memberi balasannya. Dan shaum itu adalah benteng, maka apabila suatu hari seorang dari kalian sedang melaksanakan shaum, maka janganlah dia berkata rafats (keji) dan bertengkar sambil berteriak. Jika ada orang lain yang menghinanya atau mengajaknya berkelahi maka hendaklah dia mengatakan 'Aku orang yang sedang shaum. Dan demi Dzat yang jiwa Muhammad berada di tanganNya, sungguh bau mulut orang yang sedang shaum lebih harum di sisi Allah Taala dari pada harumnya minyak misik. Dan untuk orang yang shaum akan mendapatkan dua kegembiraan yang dia akan bergembira dengan keduanya, iaitu apabila berbuka dia bergembira dan apabila berjumpa dengan Rabnya dia bergembira disebabkan 'ibadah shaumnya itu". 

    Telah menceritakan kepada kami 'Abdan dari Abu Hamzah dari Al A'masy dari Ibrahim dari 'Alqamah berkata; Ketika aku sedang berjalan bersama 'Abdullah radliallahu 'anhu, dia berkata: Kami pernah bersama Nabi saw yang ketika itu Beliau bersabda: "Barangsiapa yang sudah mampu (menafkah keluarga), hendaklah dia berkahwin (nikah) kerana nikah itu dapat menundukkan pandangan dan dapat menjaga kemaluan. Barangsiapa yang tidak sanggup (nikah) maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu akan menjadi benteng baginya". 


    Telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim telah menceritakan kepada kami Hisyam telah menceritakan kepada kami Yahya bin Abu Katsir dari Abu Salamah dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu dari Rasulullah saw bersabda: "Janganlah seorang dari kalian mendahului bulan Ramadhan dengan berpuasa satu atau dua hari kecuali apabila seseorang sudah biasa melaksanakan puasa (sunnat) maka pada hari itu dia dipersilakan untuk melaksanakannya". 


    Telah menceritakan kepada kami 'Ubaidullah bin Musa dari Isra'il dari Abu Ishaq dari Al Bara' radliallahu 'anhu berkata; "Di antara para sahabat Muhammad saw ada seseorang apabila sedang shaum lalu tiba waktu berbuka dia pergi tidur sebelum berbuka sehingga dia tidak memakan sesuatu pada malam dan siang hari hingga petang hari. Dan pada suatu ketika Qais bin Shirmah Al Anshari ketika sedang melaksanakan shaum lalu tiba waktu berbuka dia mendatangi isterinya seraya berkata, kepada isterinya: "Apakah kamu punya makanan?" Isterinya berkata: "Tidak, namun aku akan keluar mencari makanan buatmu". Kemudian di siang harinya dia bekerja keras hingga mengantuk lalu tertidur. Kemudian isterinya datang. Ketika isterinya melihat dia (sedang tertidur), isterinya berkata: "Rugilah kamu". Kemudian pada tengah harinya Qais jatuh pengsan. Lalu persoalan ini diadukan kepada Nabi saw, maka turunlah firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat 197 : ("Dihalalkan bagi kamu pada malam bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu"). Dengan turunnya ayat ini para sahabat merasa sangat senang, hingga kemudian turun sambungan ayatnya: ("Dan makan minumlah kamu hingga terang bagi kamu benang putih dari benang hitam iaitu di waktu fajar").



    Telah menceritakan kepada kami 'Ubaid bin Isma'il dari Abu Usamah dari 'Ubaidullah dari Nafi' dari Ibu 'Umar dan Al Qasim bin Muhammad dari 'Aisyah radliallahu 'anha bahawa Bilal biasa melakukan azan (pertama) di malam hari, maka Rasulullah saw berkata: "Makan dan minumlah kalian hingga Ibnu Ummu Maktum melakukan azan, kerana dia tidak melakukan azan kecuali sudah terbit fajar". Al Qasim berkata: "Jarak antara azan keduanya itu tidaklah lama melainkan bila yang satunya naik maka yang satunya lagi turun (maksudnya naik ke dan turun dari menara) ".



    Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin 'Ubaidullah telah menceritakan kepada kami 'Abdul 'Aziz bin Abu Hazim dari Abu Hazim dari Sahal bin Sa'ad radliallahu 'anhu berkata: "Aku makan sahur bersama keluargaku kemudian aku bercepat-cepat agar mendapatkan sujud (solat) bersama Rasulullah saw ".



    Telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim telah menceritakan kepada kami Hisyam telah menceritakan kepada kami Qatadah dari Anas dari Zaid bin Tsabit radliallahu 'anhu berkata: "Kami pernah makan sahur bersama Nabi saw kemudian Beliau pergi untuk melakanakan solat. Aku bertanya: "Berapa antara azan (Subuh) dan sahur?". Dia menjawab: "Sebanyak ukuran bacaan lima puluh ayat". 

    Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma'il telah menceritakan kepada kami Juwairiyah dari Nafi' dari 'Abdullah radliallahu 'anhu bahawa Rasulullah saw melaksanakan puasa wishal (puasa terus tanpa berbuka) lalu orang-orang mengikutinya yang mengakibatkan mereka kepayahan. Maka Beliau melarang mereka melakukannya. Namun mereka berkata: "Tetapi, bukankah baginda melakukan puasa wishal?". Beliau bersabda: "Aku tidak sama dengan keadaan kalian kerana aku sentiasa diberi makan dan minum".


    Telah menceritakan kepada kami Adam bin Abu Iyas telah menceritakan kepada kami Syu'bah telah menceritakan kepada kami 'Abdul 'Aziz bin Suhaib berkata, aku mendengar Anas bin Malik radliallahu 'anhu berkata; Rasulullah saw bersabda: "Bersahurlah kalian, kerana di dalam sahur ada berkah". 


    Telah menceritakan kepada kami Abu 'Ashim dari Yazid bin Abu 'Ubaid dari Salamah bin Al Akwa' radliallahu 'anhu bahawa Rasulullah saw mengutus seseorang untuk menyeru manusia pada (waktu sahur) hari 'Asyura', bila ada seseorang yang sudah makan maka hendaklah ia meneruskan makannya atau hendaklah shaum dan barangsiapa yang belum makan maka hendaklah ia tidak makan (maksudnya teruskan berpuasa) ". 



    Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Maslamah dari Malik dari Sumayya maulanya Abu Bakar bin 'Abdurrahman bin Al Harits bin Hisyam bin Al Mughirah bahawa dia mendengar Abu Bakar bin 'Abdurrahman berkata: "Aku dan ayahku ketika menemui 'Aisyah radliallahu 'anha dan Ummu Salamah...Dan diriwayatkan pula, telah menceritakan kepada kami Abu Al Yaman telah mengkhabarkan kepada kami Syu'aib dari Az Zuhriy berkata, telah mengkhabarkan kepada saya Abu Bakar bin 'Abdurrahman bin Al Harits bin Hisyam bahawa bapaknya, iaitu 'Abdurrahman mengabarkan kepada Marwan bahawa 'Aisyah radliallahu 'anha dan Ummu Salamah telah mengkhabarkan kepadanya bahwa Rasulullah saw pernah mendapatkan waktu Fajar saat Beliau sedang junub di rumah keluarga Beliau. Maka kemudian Beliau mandi dan shaum. Dan berkata, Marwan kepada 'Abdurrahman bin Al Harits: "Aku bersumpah dengan nama Allah. aku pasti menyampaikan hal ini kepada Abu Hurairah radliallahu 'anhu. Ketika itu Marwan adalah pemimpin di Madinah. Maka Abu Bakar berkata: "Kejadian itu membawa 'Abdurrahman merasa tidak senang". Kemudian kami ditakdirkan berkumpul di Dzul Hulaifah yang ketika itu Abu Hurairah radliallahu 'anhu termasuk yang hadir di sana, maka 'Abdurrahman berkata, kepada Abu Hurairah radliallahu 'anhu: "Aku akan menyampaikan satu hal kepadamu yang seandainya Marwan tidak bersumpah tentangnya kepadaku maka aku tidak akan menyampaikannya kepadamu". Maka dia menyebutkan apa yang disampaikan 'Aisyah radliallahu 'anha dan Ummu Salamah di atas. Maka Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata: "Persoalan tadi pernah pula diceritakan kepadaku oleh Al Fadhal bin 'Abbas sedangkan mereka ('Aisyah radliallahu 'anha dan Ummu Salamah) lebih mengetahui perkara ini". Dan berkata, Hammam dan Ibnu 'Abdullah bin 'Umar dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu: "Adalah Nabi saw memerintahkan untuk berbuka (dalam perkara junub setelah masuk waktu Fajar). Namun hadith pertama di atas lebih kuat sanadnya".


    Telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Harb berkata, Syu'bah dari Al Hakam dari Ibrahim dari Al Aswad dari 'Aisyah radliallahu 'anha berkata: "Nabi saw mencium dan mencumbu (isteri-isteri Beliau) padahal Beliau sedang berpuasa. Dan Beliau adalah orang yang paling mampu mengendalikan nafsunya dibandingkan kalian". Dan Al Aswad berkata; Ibnu 'Abbas radliallahu 'anhuma berkata, istilah ma"aarib maknanya adalah keperluan (seperti dalam surah Thoha ayat 18) bermaksud hajat. Dan berkata, Thowus (seperti dalam surah An-Nuur ayat 31) bermakna: orang dungu yang tidak punya keinginan lagi terhadap wanita. 


    Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna telah menceritakan kepada kami Yahya dari Hisyam berkata, telah mengkhabarkan kepada saya ayahku dari 'Aisyah radliallahu 'anha. Dan telah diriwayatkan pula, telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Maslamah dari Malik dari Hisyam dari bapaknya dari 'Aisyah radliallahu 'anha berkata: "Nabi saw mencium isteri-isteri Beliau". 'Aisyah radliallahu 'anha kemudian tertawa.



    Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami Yahya dari Hisyam bin Abu 'Abdullah telah menceritakan kepada kami Yahya bin Abu Katsir dari Abu Salamah dari Zainab puteri Ummu Salamah dari ibunya radliallahu 'anhuma berkata: Ketika aku bersama Rasulullah saw dalam satu selimut tiba-tiba aku mengalami haidh maka aku diam-diam pergi lalu aku mengambil pakaian khusus haidhku, Beliau berkata: "Ada apa denganmu, apakah kamu mengalami haidh?". Aku jawab: "Ya". Lalu aku masuk ke dalam selimut bersama Beliau". Ummu Salamah dan Rasulullah saw pernah pula mandi bersama dari satu bekas air. Dan Beliau juga menciumnya padahal Beliau sedang berpuasa". 


    Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Shalih telah menceritakan kepada kami Ibnu Wahab telah menceritakan kepada kami Yunus dari Ibnu Sihab dari 'Urwah dan Abu Bakar, 'Aisyah radliallahu 'anha berkata: "Nabi saw pernah mendapati masuknya waktu fajar di bulan Ramadhan dalam keadaan Beliau junub, lalu Beliau mandi dan shaum".






    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA