" Dunia itu ibarat bayangan, jika anda berpaling dari bayangan, maka ia mengikuti anda, tetapi jika anda mencari-carinya, maka ia malas mendatangi anda."
(Ibnu Jawziyah)
"Sikap sombong adalah memandang dirinya berada di atas kebenaran dan merasa lebih di atas orang lain. Orang yang sombong merasa dirinya sempurna dan memandang dirinya berada di atas orang lain."
(Bahjatun Nadzirin, I/664, Syaikh Salim al Hilali, cet. Daar Ibnu Jawziy)
Seorang ulama salaf berkata, “Barangsiapa yang mencintai dunia (secara berlebihan) maka hendaknya dia mempersiapkan dirinya untuk menanggung berbagai macam musibah (penderitaan)“ [Igaatsatul lahfaan” (1/37)].
"Tidaklah seseorang itu memperbanyak mengingat kematian melainkan akan terlihat dalam amalannya, dan panjangnya angan-angan seorang hamba itu pasti terlihat dari buruknya amalannya."
(Imam Hasan Al-Basri)
Barang siapa yang hatinya kosong dari mengingat empat masa yang mendebarkan, maka ia termasuk orang yang tertipu dan tidak akan selamat dari kebinasaan:
Pertama: Ketika hari mitsaq (diambil perjanjian) tatkala dikatakan, 'Golongan ini berada di syurga dan aku tidak peduli, dan golongan yang ini berada di neraka dan aku tidak peduli, sementara ia tidak mengetahui masuk golongan manakah dirinya?'
Kedua: Tatkala ia diciptakan dalam tiga kegelapan; lalu malaikat menyerukan akan kesengsaraan atau kebahagiaan, sementara ia tidak mengerti apakah ia termasuk orang yang sengsara atau orang yang berbahagia?
Ketiga: Ketika ia di perlihatkan kepada amalannya, sementara ia tidak tahu apakah ia akan mendapat khabar gembira memperoleh redha Allah atau kemurkaan Nya?
Keempat: Ketika manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam, sementara ia tidak tahu jalan mana yang hendak ia tempuhi?"
( Hatin Al-Asham )
Al Qodhi mengatakan:
"Orang yang berilmu dimisalkan dengan bulan dan ahli ibadah dimisalkan dengan bintang kerana kesempurnaan ibadah dan cahayanya tidaklah muncul dari ahli ibadah. Sedangkan cahaya orang yang berilmu berpengaruh pada yang lainnya" (Tuhfatul Ahwadzi, 7/376)
ُ
Berkata Imam Ibnul Qayyim :
"Seorang remaja perempuan telah meninggal dunia disebabkan taun. Maka pada suatu hari bapanya telah bermimpi berjumpa dengannya lalu bapanya bertanya: "wahai anakku, khabarkanlah kepadaku keadaan hari akhirat?."
Maka:
Aku telah pergi ke satu dunia, hal yang berlaku di dalamnya adalah sangat hebat penyesalannya. Sesungguhnya kita semua tahu akan tetapi kita mahu lakukan. Demi Allah ! Sesungguhnya pahala sekali tasbih atau pahala satu rakaat solat, jika ianya tertulis di atas sehelai lembaran kitab amalanku, lebih aku sukai daripada dunia dan seisinya."
Sesungguhnya remaja perempuan itu telah berkata mengenai satu perkara yang sangat berat untuk dihadapi (kita semua pasti akan menghadapinya) KITA SEMUA TAHU TETAPI KITA TIDAK BUAT. Ramai di kalangan kita yang tidak faham maksudnya (kerana kita belum memasukinya)
Sesungguhnya kita tahu bahawa apabila kita mengucapkan "subhanallahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali, dosa kita akan diampun oleh Allah SWT walaupun sebanyak buih di lautan. Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak pun mengucapnya.
Sesungguhnya kita tahu bahawa dua rakaat dhuha itu akan mencukupkan kewajipan 360 sedekah ( yang diwajibkan ke atas anggota badan). Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak melakukannya
Sesungguhnya kita tahu bahawa puasa sunat satu hari di jalan Allah, akan menyebabkan Allah SWT menjauhkan muka kita dari api neraka sejauh 7 parit dan 70 kharif
Sesungguhnya kita tahu bahawa menziarahi orang sakit akan menyebabkan dia diikuti oleh 70,000 malaikat yang akan memohon ampun kpd Allah SWT baginya. Akan tetapi seminggu berlalu, kita tidak menziarahi pun orang sakit
Sesungguhnya kita tahu, barangsiapa yg menyembahyangkan jenazah kemudian menghantarnya ke kubur, menunggunya hingga jenazah selesai dikebumi akan mendapat dua qirat pahala dari Tuhan. Akan tetapi hari hari berlalu tiada suatu jenazah pun yang kita iringi (satu qirat adalah sebesar bukit uhud)
Sesungguhnya kita tahu bahawa saham membina masjid walau sebesar sarang burung akan membuatkan Allah SWT membinakan untuknya rumah di syurga. Akan tetapi kita mengambil ringan dalam menyumbangkan saham membina masjid
Sesungguhnya kita tahu bahawa menolong ibu tunggal dan golongan miskin (pahalanya) seperti orang berjihad di jalan Allah atau seperti puasa yg tidak berbuka atau seperti yang berqiam dan tidak tidur. Akan tetapi tiada orang susah pun yang menjadi tanggungan bulanan kita.
Sesungguhnya kita tahu bahawa membaca Al-quran itu, satu huruf akan diganjari 10 kebaikan, kita tidak juga membaca Al-quran.
Sesungguhnya kita tahu bahawa kemuliaan seorang mukmin itu adalah berdirinya dia bertahajjud di hadapan Tuhannya dalam keadaan manusia tidur. Adalah Nabi SAW dan para sahabat RA tidak meninggalkan Qiamullail sepanjang umur mereka walaupun sibuk berjuang menyebarkan agama. Kita pula memandang ringan akan Qiamullaill.
Sesungguhnya kita mengetahui bahawa mati itu bila bila masa akan tetapi kita seding menangguhkan taubat dan bersungguh membuat pahala
Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, setiap nafas yang kita hembuskan, semakin mendekatkan kita kepada ajal kita. Kematian bermakna membawa pahala berjumpa Allah SWT.
Adakah pahala kita sudah cukup untuk memberatkan timbangan kita?
Adakah pahala kita sudah cukup untuk menghadapi hisab yang boleh memufliskan?