الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    2. Pesanan Hikmah

    "Jika kamu tidak menemukanku nanti di syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku: "Wahai Rabb kami... Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau... Maka masukkanlah ia bersama kami di syurga-Mu.""
    (Ibnu Jauziy)

    Ibnul Qayyim Al-Jauziyah:

    Dunia bagaikan seorang wanita pelacur. Dia selalu berganti-ganti pasangan. Ia menyambut semua lelaki supaya mereka menganggap dirinya orang baik yang tidak rela terhadap sikap ketidakadaan rasa cemburu terhadap keluarga.

    Berenang di "sungai" dunia sama dengan berenang di kolam buaya.

    Orang yang bersuka ria kerana dunia, sebenarnya orang yang berduka cita. Kepedihan dan duka citanya lahir dari kenikmatannya, dan kesusahannya lahir dari kegembiraan dengannya.

    Mata perangai melihat biji (isi), sedangkan mata akal melihat perangkap, dan mata hawa nafsu adalah buta.

    Cahaya hati yang bersih pada asal fitrahnya, bersinar sebelum datangnya syari'at yang "minyaknya" hampir menyala sekalipun tidak disentuh api.

    Ketika orang-orang yang mendapat taufiq mengetahui nilai kehidupan dunia dan kecilnya kedudukan di dalamnya, maka mereka membunuh nafsu keinginan terhadap dunia dalam rangka mencari kehidupan abadi.

    Bila datang pandangan tidak halal, maka ketahuilah sesungguhnya dia menyalakan api peperangan. Kerana itu, gunakanlah selimut "ghadhul bashar"

    "Samudra" hawa nafsu jika tidak dibendung, ia akan menenggelamkanmu.

    Andai ilmu bermanfaat tanpa amal, tentu Allah  tidak mencela para pendeta ahli kitab, dan jika amal bermanfaat tanpa ikhlas, tentu Allah  tidak mencerca orang-orang munafik.

    Orang-orang yang beriman kepada yang ghaib berpaling dari hawa nafsu yang berhias diri di hadapan mata tabiat insani.

    Ihya Ramadhan 43 :

    " Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

    Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

    Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

    Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

    Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

    Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

    Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.
    Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba itu.

    Ada sembilan pembaziran yang dilakukan oleh manusia

    Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada 9 pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:

    Ilmu pengetahuan
    Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

    Amalan
    Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

    Kekayaan
    Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

    Hati
    Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

    Tubuh badan
    Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

    Cinta
    Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

    Masa
    Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

    Akal
    Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

    Zikir
    Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati."
    (Ibnul Qayyim)

    LKaya hati adalah merasa cukup pada segala yang engkau perlukan. Jika lebih dari itu dan terus engkau cari, maka itu bererti bukanlah ghina (kaya hati), namun malah fakir (miskinnya hati).”
    [Fathul Bari, Ibnu Hajar Al Asqolani, 11/272, Darul Ma’rifah]

    Al Hasan mengatakan:
    “Salah satu bentuk lemahnya keyakinanmu terhadap Allah adalah anda lebih meyakini apa yang ada ditangan daripada apa yang ada di tangan-
    Nya”.

    Al Fudhai bin ‘Iyadh:
    “Akar zuhud adalah ridha terhadap apa yang ditetapkan Allah ‘azza wa jalla.” [Diriwayatkan Ad Dainuri dalam Al Mujalasah (960, 3045); Abu 'Abdirrahman As Sulami dalam Thabaqatush Shufiyah (10)].

    "Tidak ada suatu perkara yang lebih merosakkan amalan daripada perasaan ujub dan terlalu memandang jasa diri sendiri"
    (Ibnul Qayyim, Al-Fawa’id, 1/147)

    Umar bin abul Aziz:
    "Barangsiapa beribadah pada Allah tanpa ilmu, maka kerusakan yang ditimbulkan lebih besar daripada perbaikan yang dilakukan." (Al Amru bil Maruf, Ibnu Taimiyah, 15)

    "Salah satu kesalahan fatal adalah terlalu percaya kepada manusia dan membukakan seluruh rahsia kepada teman-teman terdekat. Ketahuilah, musuh yang paling berbahaya adalah kawan yang berbalik menjadi musuh, kerana ia telah tahu selok-belok temannya temannya tersebut."
    (Ibnu Jauziy)


    Ibnu Mas’ud:
    “Yakin itu adalah engkau tidak mencari redha manusia dengan cara menimbulkan kemurkaan Allah. Dan sungguh Allah telah memuji mereka yang berjuang di jalan Nya dan tidak takut akan celaan.”
    [Jami’ul ‘Ulum wal Hikam.]






    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA