الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    Berwaspada : RIYA'

    "Sifat riya' sangat halus menyusup ke dalam hati manusia, tanpa disedari sama sekali oleh pelakunya"

    Rasulullah s.a.w bersabda; "Suatu perkara yang mengkhuatirkan aku atas kalian adalah syirik kecil", para sahabat bertanya; "Apa syirik yang kecil itu, wahai Rasulullah?", Nabi s.a.w rnenjawab; "Riya' “.

    Setiap waktu tentunya kita berusaha agar selalu dekat dengari Allah, melalui berbagai amalan-amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w, namun pada saat yang bersamaan pula hati kita sering lalai dari niat yang hanya mengharap redha Allah. Bisikan halus seperti riya'sum'ah (ingin dikenal),sombong, dan mencari keuntungan

    duniawi menyusup ke dalam hati kita, sehingga bercampur dengan niat tulus kita. Sehingga rosaklah niat yang pada mulanya tulus itu, dan kalau niat sudah rosak maka amalan yang kita lakukan pun akan rosak pula, sia-sia, tiadalah bermanfaat bagi kita.

    Seorang ulama ahli hikmah menyatakan: "Barangsiapa melakukan 7 perkara, tetapi meninggalkan 7 perkara, maka ia tidak akan mendapatkan manfaat dari apa yang ia lakukan". 7 perkara tersebut adalah:

    1). Beramal dengan rasa takut pada Allah, tetapi tidak meninggalkan perkara-perkara yang dilarang Allah.
    2). Mengharap.pahala dari Allah, tetapi tidak melakukan amalan yang diredhai Allah.
    3). Berniat untuk taat dan melakukan kebajikan, tetapi tidak mewujudkan niatnya dengan perbuatan.
    4). Berdoa, tetapi tidak berusaha (ikhtiar).
    5). Istighfar, memohon ampun pada Allah, tetapi tidak menyesali perbuatan dosanya.
    6). Sibuk memperbaiki perbuatan yang zahir (yang dilihat manusia), tetapi lupa dengan perbuatan yang batin (niat).
    7). Bersungguh-sungguh dalarn beramal kebajikan, tetapi megharapkan tujuan selain Allah.

    Demikianlah Rasulullah s.a.w mengingatkan agar setiap orang betul-betul takut (berwaspada) terhadap perbuatan riya' (syirik kecil), kerana perbuatan riya' ini sangat halus, jauh lebih halus dari pada jalan seekor semut, sehingga sulit bagi manusia untuk mengetahui (menyedari) apakah perbuatan yang dikerjakannya itu benar-benar ikhlas, yakni murni terbebas atau selamat dari campuran sifat riya'.

    Atas kehalusannya syirik kecil (riya') ini menyusup dalam hati, maka ada sahabat yang bertanya bagaimana.mengatasinya, Rasulullah s.a.w kemudian memberi petunjuk pada kita, agar membaca doa seperti berikut:

    "Wahai Tuhan kami, sungguh kami berlindung kepada Engkau, agar kami tidak menyekutukan Engkau dalam keadaan kami sedar dan kami memohon ampun kepada Engkau kerana perkara-perkara yang tidak kami sedari"
    .



    والله تعالى اعلم
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA