الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    Sombong dan Kebodohan

    “Seberapa besar masuk kesombongan ke dalam diri seseorang, sebesar itu pula ilmu keluar dari dirinya, kerana kesombongan dan hakikat ilmu tidak akan pernah berkumpul pada diri seseorang".

    Setelah Allah SWT menciptakan Nabi Adam a.s dari tanah dan meniupkan ke­padanya roh dari sisi-Nya dan memerin­tah­kan para malaikat supaya bersujud kepada Adam, maka timbullah dua bentuk

    ke­samaran. Iaitu :

    Pertama, kesamaran yang berasal dari zat yang tidak ter­dapat padanya kesombongan (al-kibr) akan tetapi ingin memahami sesuatu.
    Kedua, kesamaran yang berasal dari zat yang padanya terdapat kesom­bongan.

    Tidaklah salah bila engkau merasa samar terhadap sesuatu, ingin berta­nya­kan sesuatu, dan ingin memahami­nya. Seperti, “Aku  ti­dak puas dengan itu, aku ingin me­mahaminya.” ini bukanlah sebuah kesombongan dan bukanlah se­buah penentangan bila yang mendo­rongmu kepada sesuatu perkara itu adalah untuk mencari kebenaran.

    Para malaikat berkata, sebagaimana disebutkan dalam Al-Quran, “Mereka ber­kata, ‘Mengapa Engkau hendak men­jadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami se­ntiasa bertasbih dengan memuji Eng­kau dan mensucikan Engkau?’.” (Al-Baqarah : 30.)

    Ini adalah pertanyaan untuk mencari penjelasan. Perkataan itu diucapkan oleh para malaikat kerana merasa samar dalam perkara tersebut.

    Para malaikat adalah makhluk Allah SWT yang sepenuhnya beribadah ke­pada Allah dan bertasbih kepada-Nya. Mereka makhluk yang tercipta dari ca­haya, yang tidak pernah menderhakai Allah dalam segala perkara yang diperin­tah­kan-Nya dan sentiasa menunaikan apa yang diperintahkan kepada mereka.

    Tiba-tiba Allah ciptakan satu makhluk daripada tanah, belum pernah satu kali pun sujud kepada-Nya, dan ti­dak pula tampak adanya keutamaan dan keistimewaannya dibanding mereka, para malaikat. Maka Allah berfirman kepada mere­ka, “Sujudlah kalian kepadanya (Se­sungguhnya Aku telah menjadikan se­orang khalifah di muka bumi).”

    Malaikat berkata, “Bagaimana mung­kin wujud seperti itu disebut khalifah (wakil Allah)? Padahal kami sentiasa ber­sujud dan menunaikan segala perin­tah?”

    Allah SWT berfirman, “Sesungguh­nya Aku lebih mengetahui segala apa yang tidak kalian ketahui.”

    Mendapat jawapan dari Allah SWT se­macam itu, para malaikat pun berhenti sampai batas ini. “Benar, Mahasuci Eng­kau. Engkau Maha Mengetahui segala apa yang kami tidak ketahui.” Maka selesailah masalahnya.

    Sedangkan Iblis memiliki kesom­bong­an di dalam dirinya. Ia menisbahkan se­gala perbuatan dan ibadahnya kepada dirinya sendiri dan tidak kepada taufik Allah SWT. Ia memandang bahawa diri­nya lebih mulia dari selainnya.

    Kala itu Iblis berkata, “Bagaimana mung­kin, ia diciptakan dari tanah, dan Eng­kau ingin aku sujud kepadanya?”

    “Allah berfirman, ‘Apakah yang meng­halangmu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?’.” (Al-A`raf :12.)

    “Menjawablah Iblis, ‘Aku lebih baik daripadanya’.” ( Al-A`raf: 12.)

    Iblis membanding-bandingkan diri­nya dengan Adam a.s. “Engkau ciptakan aku dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah.” ( Al-A`raf: 12.)
    “Allah berfirman, ‘Turunlah engkau dari syurga itu...’.” ( Al-A`raf: 13.)

    Maka sesungguhnya kesombongan berasal dari dalam diri Iblis yang kemudian menjadi tabiat. Apa tabiatnya? Yakni menolak sujud, men­durhakai Allah SWT, dan tidak melak­sanakan perintah Allah SWT.

    Tabiat ini telah mencegah Iblis dari me­lakukan apa yang diperintahkan ke­padanya. Setelah itu keluarlah darinya ucap­an, “Aku lebih baik darinya.” Sete­lahnya muncul lagi sikap untuk menetap­kan dirinya dalam kebatilan dan ke­derhakaan. “Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semua­nya.” ( Shaad: 82.)

    Kepada siapa Iblis berkata demi­kian?

    Iblis berkata demikian kepada Tuhan, Yang Mahaagung. Mahasuci Allah dan Mahatinggi. Siapa yang dia tentang?!

    Dari mana penentangan itu berasal? Sesungguhnya musibah kubra (musibah terbesar) yang menimpa Iblis adalah ada­nya perasaan lebih tinggi terhadap makhluk lainnya di dalam dirinya. Dari musibah ini muncullah musibah berikut­nya, yakni riya’, yang akan dibahas pada pelajaran yang akan datang. Iblis me­mandang bahawa dirinyalah yang paling utama. Dari musibah ini lahir pula mu­sibah berikutnya, yakni hasad (dengki). Setelah itu mulailah Iblis menyakiti Adam a.s dan anak keturunannya dan tidak hen­ti-hentinya mengintai mereka. Dari manakah semua itu asalnya?

    Asalnya adalah dari musibah al-kibr (kesombongan). Bila kita sudah menge­tahui itu, lalu dari manakah sumber al-kibr itu sesungguhnya?

    Bila kita menghendaki untuk membi­carakan ihwal al-kibr dari bentuk yang lain atau dari sisi yang lain, pada hakikat­nya al-kibr adalah jahlun (kebodohan). Sumber dan asal kesombongan adalah kebodohan (al-jahlu). Dari sinilah sebahagi­an ulama salaf berkata, “Setiap kali ber­tambah kadar kesombongan seseorang, bertambah pulalah kebodohannya.”

    Sebahagian yang lainnya pula berkata, “Sebe­rapa besar masuk kesombongan ke dalam diri seseorang, sebesar itu pula ilmu keluar dari dirinya.” Kerana kesom­bong­an dan hakikat ilmu tidak akan per­nah berkumpul pada diri seseorang.

    Orang yang sombong tidak akan per­nah mendapatkan hakikat ilmu selama-lamanya. Mengapa demikian? Apa se­sungguhnya kaitan antara sifat sombong dan kebodohan?

    Alat Ukur
    Ini adalah alat ukur untuk menim­bang kebodohan terhadap apa yang mem­buatmu menyombongkan diri?

    Atas dasar apa engkau sombong? Sombong kerana sebab ilmu yang di­miliki? Sungguh ini adalah kebodohan. Kerana ilmu itu sesungguhnya adakala­nya sebagai hujjah yang membelamu tapi adakalanya juga menjadi hujjah yang akan memberatkanmu di hadapan Allah SWT. Setiap kali engkau bertam­bah ilmu, setiap itu pula Allah akan lebih banyak menghisabmu untuk memper­tang­gungjawabkan ilmumu di hadapan-Nya. Lantas apa yang engkau sombong­kan dengannya?

    Sungguh celaka bagi si bodoh kerana tidak belajar satu kali pun, dan celaka­lah bagi orang yang alim kerana tidak beramal seribu kali. Ketahuilah, setiap kali bertambah ilmumu, setiap itu pula ber­tambah pula hisab yang akan diha­dapkan kepadamu.

    Bila demikian, apakah yang menyebabkanmu sombong terhadap orang lain? Dengan banyaknya amal­mu? Ataukah dengan kesungguhan ibadahmu?

    Engkau bangun di malam hari dan memperbanyak solat. Benar engkau telah melakukan kebajikan. Segala ben­tuk amal kebajikan yang telah engkau lakukan itu, dapatkah kau jamin pasti di­terima di sisi Allah SWT? Bila tidak, de­ngan apa engkau sombong?

    Ketahuilah bahawa yang memberimu taufik untuk melakukan semua itu adalah Allah SWT. Jika bukan kerana taufik-Nya, tidak mungkin engkau akan me­nyem­bah-Nya. Dan bukankah sampai saat ini pun engkau tidak dapat memasti­kan diterima atau tidak semua amalmu itu?
    Sesungguhnya sese­orang yang meneguhkan dirinya dalam kesombongan terhadap orang lain kerana ibadahnya, pastilah ia berpaling dari ibadah kepada Allah SWT. Ambillah ini sebagai kaedah dalam masalah ini.
    Iblis beribadah lebih banyak dan lebih hebat darimu, tapi lihatlah bagaimana keadaannya ketika ini shinggalah kiamat? Iblis menjadi makhluk yang paling jauh dari ibadah. Ia menjadi makhluk yang paling ingkar, sesat dan menyesatkan bagi segenap makhluk Allah lainnya.

    Sesungguhnya barangsiapa me­nyombongkan diri terhadap selainnya kerana ibadahnya nescaya akan diazab dengan berpaling dari ibadah kepada Allah SWT dan meninggalkannya.

    Engkau tidak dapat menjamin dirimu untuk sentiasa dalam ibadah kepada Allah SWT, lalu mengapa engkau me­nyombongkan diri terhadap yang lain?

    Ilmu dan ibadah sebagai hal yang pa­ling utama atas segala sesuatu tidak membolehkanmu untuk menyombong­kan diri.

    Apakah engkau akan menyombong­kan diri dengan harta? Sesungguhnya harta itu halalnya adalah hisab dan ha­ramnya adalah azab.

    Seseorang akan ditanyai ihwal se­gala sesuatu satu kali dan akan ditanyai perihal harta dua kali. Dari mana ia men­dapatkannya dan pada apa ia menaf­kahkannya?

    Engkau adalah makhluk yang ber­akal, dengan apa engkau akan menyom­bongkan diri?!

    Dengan harta? Orang-orang kafir dan fasiq memiliki harta yang lebih banyak darimu.

    Dengan apa engkau merasa lebih mulia dari orang lain? Dengan nasab, atau sukumu? Bila itu sebabnya, itu me­rupakan kebodohan yang paling nyata. Engkau menyombongkan diri dengan sesuatu yang tidak ada sedikit pun milikmu di dalamnya. Engkau tidak ada milik sedikit pun dalam nasabmu dalam suku dan kabilahmu. Bahkan engkau tidak pernah memilih dari nasab mana engkau berasal, dari keturunan siapa, dari suku apa, atau dari kabilah apa? Bagaimana mungkin engkau menyom­bongkan dirimu dengan sesuatu yang sama sekali tidak ada andil sedikit pun darimu padanya?

    Bila tidak ada sesuatu pun yang patut untuk menjadikan dirimu menyom­bong­kan diri dengannya terhadap orang lain, dapat­lah diketahui, kesimpulan dari al-kibr (som­bong) adalah al-jahlu (kebo­dohan).

    والله تعالى اعلم




    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA