الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    ILMU LADUNI

    Di dalam kitab at-Tibyan fi 'Ulumil Qur'an, Imam Ali ash-Shobuni mengutip pendapat beberapa ulama tentang ilmu laduni ini, berkaitan dengan kebersihan hati, yang menjadi syarat mutlak untuk mendapatkan ilmu
    laduni. Melalui syairnya yang terkenal, Imam Syafi'i mengisyaratkannya dengan indahnya:

    "Aku mengadu kepada Al-Waqi’ perihal jeleknya hafazanku,
    maka dia menunjuki aku agar aku meninggalkan perbuatan maksiat.
    Kerana sesungguhnya ilmu itu adalah Nur.
    Nur Allah tidak akan diberikan kepada orang yang berbuat maksiat".

    Al-Imam as-Suyuti berkata: "Banyak orang berpendapat, bahawa ilmu laduni itu sangat sulit untuk didapat. Mereka berkata, ilmu laduni itu berada di luar jangkauan kemampuan manusia. Padahal sebenarnya tidaklah demikian. Untuk mendapatkan ilmu laduni itu, caranya hanya dengan jalan membangun sebab-sebab yang dapat menghasilkan akibat. Adapun sebab-sebab itu adalah amal dan zuhud". Kemudian beliau meneruskan, "Ilmu-ilmu Al-Quran dan apa saja yang memancar darinya adalah sangat luas sekali. Bagaikan samudera yang tidak bertepi. Adapun ilmu laduni ini adalah alat yang mutlak bagi seseorang untuk menafsirkan ayat-ayatnya".

    Oleh itu, orang dilarang menafsirkan ayat-ayat Al-Quran kecuali terlebih dahulu telah mendapatkan ilmu laduni. Barangsiapa menafsirkan Al-Quran tanpa alat ilmu laduni, boleh jadi mereka akan menafsirkanya dengan akal saja (bir ro'yi) yang dilarang oleh agama. Sebab, pemahaman ilmu Al-Quran yang hakiki adalah sesuatu yang sifatnya Qodim dan sumber ilmu laduni juga dari yang Qodim itu. Oleh itu, orang tidak dapat menyentuh sesuatu yang Qodim kecuali dengan alat dari yang Qodim pula.

    Para ulama menyebut ini sebagai syarat mutlak yang harus dipenuhi bagi orang yang akan menafsirkan Al-Quran, supaya dia berhasil sampai pada tingkat penafsiran terdalam dan tertinggi sesuai dengan kemampuannya dalam memahami, baik di waktu mereka sedang mendengarkan mahupun membaca ayat-ayatnya. Sungguh Allah telah memudahkannya dan telah memerintahkan pula untuk mengadakan penelitian, sebagaimana Firman-Nya:

    ١٧. وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ 

    "Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Qur'an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?". (Al-Qamar: 17).

    Dan juga Firman Allah :
    ٢٤. أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا  

    "Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran ataukah hati mereka terkunci?". (Muhammad : 24).

    والله تعالى اعلم


    ~ Ali ash-Shobuni; At-Tibyan fi Ulumil Qur'an, 
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA