الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
Sempena Tahun Baru Hijrah 1437 Hijri : Hijrah Para Ulama dan Sufi
"Mereka mendatangi satu kota
ke kota lainnya, satu negeri ke negeri lainnya, samada menunggang kuda atau
unta, mahupun berjalan kaki"
Hijrah Sayyidi Al-Muhajir Ahmad
bin Isa Ar-Rumi
Imam Ahmad adalah putera Isa bin
Muhammad An-Naqib bin Ali Al-Uraidhi bin Ja'far Ash-Shadiq bin Muhammad
Al-Bagir bin Ali Zainal Abidin bin Husein As-Sibth bin Ali R.a dan Sayyidah
Fathimah Az-Zahra puteri Rasulullah s.a.w yang bergelar “Al-Muhajir”. Gelaran
ini diberikan kerana kesanggupannya berhijrah. . Ia adalah salah seorang putera
dari 30 putera Isa Ar-Rumi, yang dilahirkan pada tahun 260 H/872 M, dan
melakukan hijrah yang amat jauh dari Basrah ke Hadhramaut Yaman.
Pada tahun 317 H/928 M, ia
melakukan perjalanan ke Madinah. Di Madinah ia menetap setahun. Kemudian ia
melanjutkan perjalanan ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan juga
menyempatkan diri untuk belajar kepada Syeikh Abu Thalib Al-Makki. Dari Makkah
ia melanjutkan perjalanan ke Hajrain hingga berakhir di Husaisah, Hadhramaut
Yaman.
Dalam rihlah yang sangat jauh
ini, ia membawa 70 orang anggota keluarganya, termasuk isterinya, Syarifah
Zainab binti Abdullah bin Al-Hasan bin Ali Al-Uraidhi, puteranya, Ubaidillah,
dan ketiga cucunya, Alwi, Jadid, dan Ismail Al-Basri.
Perpindahan Al-Muhajir dari Basrah
tidak terlepas dari kekangan dan kebuntuan yang dialaminya akibat rejim
Abbasiyah yang berkuasa di Baghdad. Sebagai keturunan Sayyidina Ali r.a, yang
disebut kelompok Alawiyyin, ia sering kali menjadi korban kepentingan politik
di Baghdad. Ketika itu, kelompok Alawiyyin memiliki pengaruh yang sangat besar
dalam bidang politik.
Ia dan seluruh keluarganya
memilih untuk menjauhkan diri dari kekuasaan. Sebagaimana ia tunjukkan dengan
menitikberatkan aktiviti kehidupan dalam keluarganya dengan ilmu dan ketaqwaan.
Ia memilih jalan hidup kaum sufi, sekalipun ia memiliki kedudukan terhormat dan
disegani serta kekayaan yang banyak.
Akhir perjalanan di Husaisah
telah menghantarkannya kepada keadaan yang sangat penting bagi perjalanan
dzurriyyah Rasulullah s.a.w. Ia menerangi kehidupan Hadhramaut dengan ilmu dan
amal. Kesesatan menghilang akibat sinaran petunjuk kebenaran yang dibawanya.
Dari Hadhramaut-lah kemudian cahaya Keluarga Nabi Ss.a.w bersinar ke berbagai
penjuru.
Imam Ahmad Al-Muhajir wafat pada
tahun 345 H/956 M di Husaisah, Hadhramaut, dengan meninggalkan keturunan yang
mewarisi datuk-datuknya yang mulia dengan ilmu dan adab.
Hijrah Dalam Konteks Masa kini
Hijrah secara fizikalnya yang
dinyatakan telah berakhir setelah Fathul Makkah, sebagaimana sabda Nabi s.a.w,
"La hijrata ba'dal fath" (tidak ada hijrah lagi setelah pembebasan
Makkah).
Namun, semangat hijrah harus
tetap ada dalam setiap sanubari muslimin, yakni hijrah dari sisi jiwa,
berdasarkan hadis “...wal muhajiru man hajara ma nahallahu ‘anhu.” (orang yang
hijrah ialah orang yang berpaling dari apa yang dilarang Allah). Yakni hijrah
dengan meninggalkan semua perbuatan yang dibenci oleh Allah S.w.t. Sebagaimana kebencian
Rasulullah dan sahabat atas kezaliman kaum musyrikin, sebagaimana Al-Fudhail
meninggalkan kezaliman dirinya, dan upaya Imam Al-Muhajir meninggalkan kezaliman
yang menimpa dirinya dan keluarganya.
Untuk dapat melakukan hijrah rohaniyah
ini perlu pemahaman yang sempurna akan hakikat dosa dan kemaksiatan.
Kemaksiatan yang dapat mempekatkan hati seseorang, sebagaimana sabda Nabi s.a.w,
"Idza adznabal ‘abdu nuqitha fi qalbihi nuqthatan sauda’-a" (apabila
seorang hamba berbuat dosa, diberi sebuah titik hitam di dalam hatinya).
Nabi s.a.w, sahabat, ulama,
waliyullah, dan zurriyyah adalah contoh terbaik, model tercanggih, ketika kita
ingin memahami hijrah dalam konteks masa kini. Pemahaman yang mendalam tentang
kisah hijrah ini akan mendatangkan pelajaran bagi kita untuk mengenal hakikat
diri sebagai hamba Allah, yang di dunia ini hanyalah pengembara. Sebagaimana
seperti yang dikatakan Nabi s.a.w, "Kun fi dun-ya ka-annaka gharibun aw
'abiru sabiilin" (jadilah engkau di dunia laksana orang asing atau orang
yang sedang mengembara).
اَللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَاَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ