الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    Keberkahan Dapur

    Keberkahan dimulai saat setiap orang kembali ke dapur masing-masing; memasak hasil olahan tangan mereka sendiri"

    Hadis riwayat imam Bukhari:

     (( كان داود عليه السلام لا يأكل إلا من عمل يده)) رواه البخاري.

    "Dahulu Nabi Dawud a.s, hanya menjamah makanan hasil olahan tangannya sendiri". Dalam riwayat yang berbeza dalam sahih Bukhari disebutkan:

    وعن المِقدامِ بن معدي كرب رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (( ما أكل أحد طعاماً قط خيراً من أن يأكُل من عمل يديه، وإن نبي الله داود صلى الله عليه وسلم كان يأكل من عمل يده)) رواه البخاري.

    Tidak ada makanan yang paling baik selain hasil olah tangannya sendiri, dan Nabi Dawud a.s dahulu hanya menjamah makanan hasil oleh tangannya sendiri”.

    Kedua hadis ini dijelaskan dalam bab والتعفف به عن السؤال والتعرض للإعطاء ‘menjaga kehormatan dan tidak mengharap pemberian’. Hadis-hadis ini menegaskan agar setiap orang mengupayakan nafkah bagi dirinya

    sendiri, dan tidak meminta-minta dari yang lain. Maulana Habib Luthfi memberikan maksud dari hadis itu, tanpa menafikan keterangan-keterangan para ulama yang mensyarahi hadis ini.

    Maulana Habib Luthfi bin Yahya, dalam ceramah-ceramahnya selalu menekankan tentang kemandirian secara ekonomi dimulakan dengan menghargai para petani. Beliau mengatakan "Bahawa dalam sebiji nasi ada mata rantai yang panjang sehingga banyak orang yang terlibat di dalamnya, mulai yang menanak nasi, yang menggiling padi, yang menjemur dan seterusnya… oleh  itu sebagai wujud terima kasih jangan sampai ada sebutir nasi yang tersia-sia…" demikian Habib Luthfi sering menjelaskan.

    Dari itu saya memahami sejatinya لا يأكل إلا من عمل يده ‘tidak menjamah makanan kecuali hasil tangannya sendiri’, bukan sekadar tidak makan dari meminta-minta akan tetapi setiap orang dianjurkan mengolah makanannya sendiri. Sebab itu akan menggerakan struktur ekonomi yang sangat luas.

    Jika dalam konsep ‘muru’ah’; kehormatan diri, yang dikemukakan oleh para ulama dahulu, makan di kedai-kedai tidak berkah dan mencederai muru’ah seseorang, tentu itu mempunyai hubungan erat dengan konsep pemperdayaan ekonomi. Dalam konsep muru’ah setiap orang dianjurkan kembali ke rumahnya masing-masing untuk urusan perut mereka.  Oleh sebab itu keberkahan dimulai ketika setiap orang kembali ke dapur masing-masing; memasak hasil olahan tangan mereka sendiri.

    والله تعالى اعلم
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA