الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
Perbualan antara Junjungan Nabi Muhammad s.a.w dengan Iblis
Sama-samalah
kita mangambil iktibar dari peristiwa ini..
Soalan
Nabi : "Siapa yang mencahayakan muka engkau?" Jawab Iblis:
"Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."
Soalan
Nabi : "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"
Jawab
Iblis: "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta Tidak membaca doa
pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan Najisnya sendiri ke badannya tanpa
dia sedari."
Soalan
Nabi : "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal engkau?"
Jawab
Iblis: "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta membaca
doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan
bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan
bercampurlah benih hamba dengan benih
isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat,
malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri.
Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan
daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."
Soalan
Nabi : "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"
Jawab
Iblis: "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah,
menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air
sembahyang, maka padamlah marahnya."
Soalan
Nabi: "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"
Jawab
Iblis: "Lelaki dan perempuan ! yang tidak mencukur atau mencabut bulu
ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba
mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu
itu."
Soalan
Nabi :"Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan
engkau ?"
Jawab
Iblis: "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba
duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan
jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka
terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak
yang membangkitkan nafsu. Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya
dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah
pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga
bergerak-gerak
keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya,
nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak
memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya".
Soalan
Nabi :"Hai Iblis ! Di mana tempat engkau diam ?"
Jawab
Iblis: "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, Kayu dsb. Apabila
mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka
supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang
telah hamba pesongkan
masuk
ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman
mereka".
Soalan
Nabi :"Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?"
Jawab
Iblis: "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka
Ketawa
ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan
sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa
sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Illahillah dan istighfar maka
binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu". "Lagi satu keuntungan
yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah
anak buah
hamba,
kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul
dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan".
Soalan
Nabi : "Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau di atas
umatku, kerana aku telah dibangkitkan ke dunia ini Bagi menyelamatkan sekelian
bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada
terang-benderang".
Jawab
Iblis: "Maka Iblispun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya :
"Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba Akan berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada berbagai-bagai jalan
maksiat. Selama ada nyawa di Dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi
bercampur Berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya"
Maka
firman Allah SWT : "Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)! Demi kebesaranKu
dan ketinggianKu ! Bahawa Aku sentiasa sedia Mengampuni dosa umat Muhammad
selagi mereka itu meminta ampun kepadaKu".
Maka
kata Iblis : "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan Melihat dua
macam hal sekelian hamba Allah.
1.
Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu Taat kepada hamba
dengan berbuat maksiat
2.
Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku. Maka
datang firman Allah : "Hai Malaun ! Demi kemulaiaanKu Dan kebesaranKu, Aku
anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan;
Kasih
mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi Maksiat mereka kerana
perdayaan mereka Marah mereka kepada engkau (IBLIS) Aku jadikan kaffah (penebus
dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu"
Setelah
itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Iblis pergi Dengan hati yang sangat dukakcita
kerana tipu dayanya telah diketahui Oleh umat Muhammad SAW.