الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
Susah berbuat kebaikan
Imam Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad dalam
kitabnya al-Nafais al-‘Ulwiyyah fi Masail
al-Shufiyyah
menyebut bahawa
beliau pernah ditanya tentang orang yang senang kepada kebaikan dan orang soleh
namun dia tidak sanggup dan berat untuk melakukan kebaikan dan meniru orang soleh
tersebut.
Kemudian Imam Al-Haddad menjawab bahawa yang
menyebabkan seseorang sulit untuk berbuat kebaikan ada empat perkara, iaitu:
1. Al-jahl
Iaitu tidak tahu tentang ilmu-ilmu syari’at yang
diwajibkan kepadanya, seperti pengetahuan tentang syarat rukun ibadah yang
wajib seperti solat, puasa dan sebagainya. Cara mengatasinya adalah dengan
belajar pada ahlinya tentang perkara-perkara yang wajib diketahui bagi setiap orang yang
mukallaf.
2. Dhu’ful iman
Iaitu lemahnya iman, karena menurut sebahagian mazhab
seperti Mazhab Syafi’i bahawa iman boleh menjadi kuat dan juga boleh menjadi
lemah. Cara mengubatinya adalah dengan melihat dan bertafakkur tentang
kekuasaan dan keagungan Allah dalam ciptaannya di alam semesta ini, kemudian memperbanyak
amal-amal soleh sesuai dengan kemampuannya.
3. Thulul Amal
Iaitu banyak berangan-angan tentang perkara-perkara
yang mustahil dan tentang urusan dunia. Cara mengubatinya adalah dengan
mengingat kematian bahawa umur manusia di dunia tidak lama dan hanya sementara,
juga dengan memikirkan apa yang akan dibawa sebagai bekal di akhirat kelak.
4. Aklu al-Syubhat
Iaitu memakan barang yang syubhat dan ini adalah
musibah yang banyak menimpa manusia, banyak orang yang melakukan perkara-perkara
yang dilarang oleh syariat, bahkan memakan barang yang haram. Ironiknya sebahagian
dari mereka tidak mengetahui hukum daripada apa yang mereka lakukan. Maka ubatnya
adalah belajar terlebih dahulu kepada ahlinya tentang apa yang akan dia tekuni
agar terhindar dari perkara-perkara yang syubhat dan haram.
Itulah empat perkara yang mempengaruhi seseorang
yang suka dengan kebaikan, namun tidak
"Jadi cara menanggulangi masalah tersebut adalah
dengan mengetahui terlebih dahulu penyakit apa yang menjangkit, setelah itu
baru kemudian dicari ubat penawarnya".
Disebutkan oleh ulama-ulama tasawuf bahawa jika
seseorang mempunyai kemahuan yang keras
untuk melakukan kebaikan dan
memang niat tersebut tulus dari
hatinya, maka Insha Allah akan mendapat pertolongan dan
akan dimudahkan oleh Allah.
Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa pada salah satu
peperangan Rasulullah s.a.w bertanyakan kepada salah satu tentera tentang
niatnya dalam peperangan, kemudian dijawab bahawa dalam peperangan nanti dia
ingin ada panah yang mengenai salah satu bahagian di kepalanya sambil menunjukan
bahagian kepala tersebut dan berharap jika mati akan masuk syurga, kemudian
Rasulullah s.a.w bersabda:
إِنْ
تَصْدُقِ اللَّهَ يَصْدُقْكَ
(رواه
الحاكم)
"Jika
kamu jujur (tulus) kepada
Allah, maka Allah akan tulus kepadamu (dengan
mengabulkan keinginanmu).". (Hadis Riwayat Hakim).
Kemudian sahabat tadi terkena panah di bahagian kepala
sesuai dengan yang ditunjukannya kepada Rasulullah s.a.w.