الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
AL-WILDAN : KASIH ALLAH
Rasulullah s.a.w bersabda di dalam sebuah hadid Qudsi :
Allah SWT berfirman: pada hari kiamat
pada anak-anak :”Masuklah kalian kedalam syurga.”
Anak-anak itu berkata: “Ya Rabbi, kami menunggu hingga Ayah ibu kami masuk.”
Lalu mereka mendekati pintu syurga, tetapi tidak mahu masuk kedalamnya,
Allah berfirman:” Mengapa Aku lihat mereka enggan masuk? Masuklah kalian kedalam syurga.”
Mereka menjawab:” Tetapi, bagaimana dengan orang tua kami?”
Masuklah kalian kedalam syurga bersama orang tua kalian.”
(Hadis Qudsi riwayat Ahmad dan Syurahbil Bin Syuaah yang bersumberkan darti sahabat Nasbi saw)
Istilah “al Wildan” dalam hadith Qudsi diatras adalah kata jama’ mufradnya (kata tunggal) adalah “al walid” ertinya anak yang baru dilahirkan iaitu bayi atau anak kecil yang belum akil baligh. Jadi, maksudnya ialah anak kecil yang meninggal dunia. Hal itu diterangkan dalam hadith lain yang diriwayatkan Ibnu Atsir sebagai berikut:
“Anak kecil (meninggal dunia selagi kanak-kanak atau keguguran), masuk syurga.”
Hadis diatas, termasuk salah satu diantara rentewtan peristiwa yang terjadi pada hari kiamat dipadang mahsyar. Gambaran ringkas peristiwa itu seperti berikut:
1. Setiap orang dibangkitkan dari kubur masing-masing.
2. Masing-masing diiringkan oleh malaikat Zabaniyah kepada mahsyar. Setelah itu mereka dikelilingi oleh haiwan-haiwan dan apa saja yang ada sangkut pautnya dengan
mereka. Juga dikelilingi olejh malaikat langit masing-masing tingkatannya.
3. Matahari dicipta kembali dan diletakkan diatas mereka pada jarak satu mil, sehingga mereka selain berdesak-desakkan dan berjubel-jubel (kaki diinjak-injak oleh seribu kaki kaki-kaki diatas) juga dibakar oleh panas matahari, berpeluh lapar, haus, dahaga tidak terperikan seksanya.
4. Ketika mereka mengalami lapar dan haus itulah, anak-anak yang tadinya meninggal semasa masih kecil lagi…dan dilepaskan oleh orang tuanya dengan sabar dan tawakkal, datang kepada orang tua masing-masing dengan membawa segelas air untuk diminum dan apabila sudah diminum, tidak lagi akan lapar dan dahaga lagi selama dialam mahsyar itu.
Demikianlah menurut beberapa hadis.
5. Mulai hisab dengan menerima buku catatan harian masing-masing yang selama hidupnya dicatat oleh malaikat Raqib dan Atid.
6. Dilakukan mizan (penilaian timbangan) terhadap segala macam amalan setiap orang, kecuali orang-orang yang masuk syurga tanpa hisab.
7. Meniti yang harus dilalui oleh keseluruhan yang ada dipadang mahsyar itu meniti shirat yang kedua bagi mereka yang telah selamat meniti shirat yang pertama.
8. Maka yan sudah bersih benar baru di izinkan masuk syurga
Pada saat itulah Allah SWT memerintahkan kepada anak-anak (yang tadinya meninggal dunia selagi belum akil baligh) untuk masuk syurga. Tetapi, mereka memohon syufaat (pertolongan ) kepada Allah agar kiranya dapat masuk syurga bersama orang tua mereka. Memang mereka juga penuhi perintah Allah, untuk datang mendekati pintu syurga, tapi masih belum mahu memasukkinya, sehingga Allah yang Maha Mengetahui bertanya lagi:” mengapa Aku lihat anak-anak ini masih belum masuk syurga.? Masuklah kalian kedalam syurga”
Pada saat itu mereka mengulangi permohonan bagi orang tua mereka.
“Kami belum mahu masuk, sebelum orang tua kami yang menjadi asal pokokj kami, dan ibu-ibu kami yang telah mengandung kami Sembilan bulan dan kemudian membesarkan kami supaya dimasukkan juga bersama kami.”
Demikianlah mereka berhenti dekat pintu syurga, menunggu keputusan Allah SWT dengan penuh harapan. Akhirnya yang dinantikan-nantikan itu datang dengan segera, dengan firman Allah yang Maha berkuasa yang Maha Mengetahui.
:Masuklah kalian kedalam syurga bersama orang tua kalian.”
Penegasan ini, oleh Allah SWT kira-kira bagi memaksudkan untuk menampakkan betapa besar keutamaan anak-anak dan betapa besar pulak pengaruh ridla dan qadla dan qadar Allah, sabar dan puji syukur kehadiratNya (sumber Hadis Qudsi)