الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
ALLAH YANG MENUTUP AIB KITA
Di zaman Nabi Musa `alaihis salam, bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka pun berkumpul mendatangi Nabi mereka. Mereka berkata, "Ya Kaliimallah, berdoalah kepada Rabbmu agar Dia menurunkan
hujan kepada kami." Maka berangkatlah Nabi Musa `alaihis salam bersama kaumnya menuju padang pasir yang luas. Waktu itu mereka berjumlah lebih daripada 70 ribu orang. Mulakan mereka berdoa dengan keadaan yang lusuh dan kumuh penuh debu, haus dan lapar.
Nabi Musa berdoa, "Ilaahi! Asqinaa ghaitsak .... Wansyur `alaina rahmatak ... warhamnaa bil athfaal ar rudhdha '... wal bahaaim ar rutta' ... wal masyaayikh ar rukka '... .."
Setelah itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin kemilau. (Maksudnya segumpal awan pun tidak juga muncul).
Kemudian Nabi Musa berdoa lagi, "Ilaahi ... asqinaa ...."
Allah pun berfirman kepada Musa, "Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kamu sedangkan di antara kamu ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40 tahun yang lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kamu semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian. "
Maka Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya, "Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun, keluarlah ke hadapan kami, kerana engkaulah hujan tidak turun."
Seorang lelaki melirik ke kanan dan kiri, maka tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia, ketika itu pula dia sedar kalau dirinyalah yang dimaksud.
Dia berkata dalam hatinya, "Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahsiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tidak akan turun. "
Maka hatinya pun gundah gulana, air matanya pun menitis, menyesali perbuatan maksiatnya, sambil dia merintih, "Ya Allah, Aku telah bermaksiat kepadamu selama 40 tahun, selama itu pula Engkau menutupi` aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepada Mu, maka terimalah taubatku. "
Tidak lama selepas pengakuan taubatnya itu, maka awan-awan tebal pun muncul, semakin lama semakin tebal menghitam dan akhirnya turunlah
hujan.
Musa pun kehairanan, "Ya Allah, Engkau telah turunkan hujan kepada kami, namun tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia." Allah berfirman, "Aku menurunkan hujan kepada kamu oleh sebab hamba yang kerananya hujan tak kunjung turun."
Musa berkata, "Ya Allah, Tunjukkan padaku hamba yang taat itu."
Allah berfirman, "Ya Musa, Aku tidak membuka` aibnya padahal dia bermaksiat kepada-Ku, apakah Aku membuka `aibnya sedangkan dia taat kepada-Ku?!"