الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    DOSA DARI HADIS

    1. Janganlah memandang kecil kesalahan (dosa) tetapi pandanglah kepada siapa yang kamu durhakai. 
    (HR. Aththusi)

    2. Perbuatan dosa mengakibatkan sial terhadap orang yang bukan pelakunya. Kalau dia mencelanya maka boleh terkena ujian (cubaan). Kalau
    menggunjing(mengumpat/mengata)nya dia berdosa dan kalau dia menyetujuinya maka seolah-olah dia ikut melakukannya.
    (HR. Ad-Dailami)

    3. Demi yang jiwaku dalam genggamanNya. Tiada dua orang saling mengasihi lalu bertengkar dan berpisah kecuali kerana akibat dosa yang dilakukan oleh salah seorang dari keduanya.
    (HR. Ad-Dailami)

    4. Celaka orang yang banyak zikrullah dengan lidahnya tapi bermaksiat terhadap Allah swt dengan perbuatannya.
    (HR. Ad-Dailami)

    5. Barangsiapa mencari pujian manusia dengan bermaksiat terhadap Allah swt maka orang-orang yang memujinya akan berbalik mencelanya.
    (Ibnu Hibban)

    6. Tiada sesuatu yang dapat menolak takdir kecuali doa, dan tiada yang dapat menambah umur kecuali amal kebajikan. Sesungguhnya seorang diharamkan rezeki baginya disebabkan dosa yang diperbuatnya.
    (HR. Tirmidzi dan Al Hakim)

    7. Tiada seorang hamba ditimpa musibah baik di atasnya mahupun di bawahnya melainkan sebagai akibat dosanya.Sebenarnya Allah swt telah memaafkan banyak dosa-dosanya. Lalu Rasulullah membacakan ayat 30 dari surat Asy Syuura yang berbunyi :

    “Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri. Dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).”
    (Mashabih Assunnah)

    8. Apabila suatu kesalahan diperbuat di muka bumi maka orang yang melihatnya dan tidak menyukainya seolah-olah tidak hadir di tempat, dan orang yang tidak melihat terjadinya perbuatan tersebut tapi rela maka seolah-olah dia melihatnya.
    (HR. Abu Daud)

    9. Barangsiapa meninggalkan maksiat terhadap Allah swt kerana takut kepada Allah swt maka ia akan memperoleh keredhaan Allah swt. (HR. Abu Ya’la)

    10. Jangan mengkafirkan orang yang solat kerana perbuatan dosanya meskipun (pada kenyataannya) mereka melakukan dosa besar. Solatlah di belakang tiap imam dan berjihadlah bersama tiap penguasa. (HR. Ath-Thabrani)

    11. Jangan menyiksa dengan siksaan Allah swt (ertinya: menyiksa dengan api).
    (HR. Tirmidzi dan Al-Baihaqi)

    12. Apabila Allah swt menghendaki kebaikan bagi seseorang maka dipercepat tindakan hukuman atas dosanya (di dunia) dan jika Allah swt menghendaki bagi hambanya keburukan maka disimpan dosanya sampai dia harus menebusnya pada hari kiamat.
    (HR. Tirmidzi dan Al-Baihaqi)

    13. Apabila kamu menyaksikan pemberian Allah swt dari material dunia atas perbuatan dosa menurut kehendakNya, maka sesungguhnya itu adalah uluran waktu dan penangguhan tempoh belaka. Kemudian Rasulullah Saw membaca firman Allah Swt dalam surat Al An’am ayat  44 :

    “Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu, mereka terdiam berputus asa.”
    (HR. Ahmad dan Ath-Thabrani)

    14. Sayyidina Ali Ra berkata: “Rasulullah menyuruh kami bila berjumpa dengan ahli maksiat agar kami berwajah masam.”
    (HR. Ath-Thahawi)

    15. Bagaimana kamu apabila dilanda lima perkara? Kalau aku (Rasulullah Saw), aku berlindung kepada Allah swt agar tidak menimpa kamu atau kamu mengalaminya.

    (1) Jika perbuatan mesum(buruk/kotor) dalam suatu kaum sudah dilakukan terang-terangan maka akan timbul wabak dan penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa orang-orang terdahulu.

    (2) Jika suatu kaum menolak mengeluarkan zakat maka Allah swt akan menghentikan turunnya hujan. Kalau bukan kerana binatang-binatang ternak tentu hujan tidak akan diturunkan sama sekali.

    (3) Jika suatu kaum mengurangi takaran dan timbangan maka Allah swt akan menimpakan paceklik beberapa waktu, kesulitan pangan dan kezaliman penguasa.

    (4) Jika penguasa-penguasa mereka melaksanakan hukum yang bukan dari Allah swt maka Allah swt akan menguasakan musuh-musuh mereka untuk memerintah dan merampas harta kekayaan mereka.

    (5) Jika mereka menyia-nyiakan Kitabullah dan sunah Nabi maka Allah swt menjadikan permusuhan di antara mereka.
    (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

    16. Tiada seorang berzina selagi dia mukmin, tiada seorang mencuri selagi dia mukmin, dan tiada seorang minum khamr pada saat minum dia mukmin.
    (Mutafaq’alaih)

    Penjelasan:

    Ketika seorang berzina, mencuri dan minum khamr maka pada saat itu dia bukan seorang mukmin.

    17. Aku beritahukan yang terbesar dari dosa-dosa besar. (Rasulullah Saw mengulangnya hingga tiga kali).
    Pertama, mempersekutukan Allah.
    Kedua, durhaka terhadap orang tua, dan
    Ketiga, bersaksi palsu atau berucap palsu. (Ketika itu beliau sedang berbaring kemudian duduk dan mengulangi ucapannya tiga kali, sedang kami mengharap beliau berhenti mengucapkannya).
    (Mutafaq’alaih)

    18. Rasulullah Saw melaknat orang yang mengambil riba, yang menjalani riba dan kedua orang saksi mereka. Beliau bersabda:“Mereka semua sama (berdosanya).”
    (HR. Ahmad)

    19. Ada empat kelompok orang yang pada pagi dan petang hari dimurkai Allah swt. Para sahabat lalu bertanya, “Siapakah mereka itu, ya Rasulullah?” Beliau lalu menjawab, “Lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, orang yang menyetubuhi haiwan, dan orang-orang yang homoseks.
    (HR. Ahmad dan Ath-Thabrani)

    20. Tiap minuman yang memabukkan adalah haram (baik sedikit mahupun banyak).
    (HR. Ahmad)

    21. Allah swt menyukai keringanan-keringanan perintahNya (rukhsah) dilaksanakan sebagaimana Dia membenci dilanggarnya laranganNya.
    (HR. Ahmad)

    22. Ada tiga jenis orang yang diharamkan Allah swt masuk syurga, iaitu pemabuk berat, pendurhaka terhadap kedua orang tua, dan orang yang merelakan kejahatan berlaku dalam keluarganya (ertinya, merelakan isteri atau anak perempuannya berbuat serong atau zina).
    (HR. An-Nasaa’i dan Ahmad)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA