الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    LAGI TENTANG DAJJAL

    KEISTIMEWAAN

    Allah telah memberikan dajjal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti.
    Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya:

    Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.

    Kedua, dajjal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajjal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajjal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.

    Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, “Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti?”

    Rasulullah menjawab, “Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka.”

    Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, “Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini? Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang.” Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajjal iaitu Mekah dan Madinah.

    Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajjal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajjal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajjal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajjal. Kemudian dajjal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajjal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, “Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah.” Kemudian dajjal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.

    KEMUNCULANNYA

    "satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”.

    Ingatlah dalam sebuah hadis yang paling penting bagaimana Baginda Nabi Muhammad SAW telah
    Ilustrasi
    memberitahu bahawa apabila Dajjal dilepaskan di dunia, ia akan hidup di Bumi selama 40 hari.

    Tanya kami; 
    “Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?”, 
    Jawab baginda  Rasullullah:
    “Selama 40 hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”.

    Tanya kami; 
    “Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”, 

    jawab Rasullullah SAW; 
    “Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya.

    (Hadis Riwayat Muslim)

    KEADAAN DI ZAMANNYA

    Di zaman Dajjal, setiap negeri yang didatangi Dajjal penduduknya bagaikan padi yang ada di dalam pengisar. Mereka lari kesana kemari kerana takut kepada Dajjal. Bagi keluarga mukmin mereka lebih senang berada di dalam rumah menjaga keluarganya agar tidak terpengaruh oleh tipu daya Dajjal. Sebab pada masa itu bukan sedikit kaum wanita yang menjadi pengikut Dajjal. Oleh kerana itu, orang lelaki mengikat keluarganya di dalam rumah agar tidak keluar. Mereka bimbang bila keluarganya keluar rumah akan mudah dipengaruhi Dajjal. Jika terpengaruh mengikuti Dajjal, bererti telah melakukan kekufuran dan kemusyrikan.

    Zaman Dajjal adalah zaman fitnah yang besar, bukan sedikit orang yang beriman pada pagi dan kemudian pada petang hari menjadi kafir. Hal ini menunjukkan begitu hebatnya godaan fitnah yang melanda umat Islam. Pada saat itu, memegang agama seperti memegang bara api
    yang panas, bila dilepaskan dirinya akan menjadi mangsa Dajjal. Tetapi bila terus dipegang godaan dan fitnah yang dihadapinya sangatlah besar dan berat. Oleh kerana itu, apabila Dajjal datang ramai orang melarikan diri ke hutan-hutan dan ada ada yang melarikan diri ke gunung. Mereka melakukannya demi menyelamatkan diri dan akidahnya dari firnah Dajjal. Sebagaimana yang telah disebutkan dalam suatu hadit Sahih:

    ( Saat itu ) manusia benar -benar melarikan diri dari Dajjal ke arah gunung. (HR. Muslim) .

    Demikian keadaan manusia semasa kedatangan Dajjal , mereka lebih memilih menyelamatkan diri daripada menghadapinya. Sebab bila menghadapinya dikhuatiri dirinya tidak mampu menjaga akidah dan keselamatan jiwanya. Sebab Dajjal akan berbuat aniaya terhadap orang yang membangkang. Demikian juga dalam soal pemerintahan. Pemerintah-pemerintahan negara pada zaman Dajjal menjadi rosak dan tidak mengikut peraturan. Ini bukan bererti Dajjal ingin berkuasa dan menghancurkan satu persatu pemerintahan negera yang sudah kukuh dan baik. Akan tetapi perancangan Dajjal yang menyusup segenap negera dengan menyebarkan tipu daya dan fitnahnya .

    Setiap negara yang dimasuki Dajjal akan diikuti oleh beribu-ribu orang bahkan mencapai jutaan orang, yang terdiri dari manusia dan juga syaitan yang menjelma manusia. Tujuannya tidak lain adalah menyesatkan umat manusia dan sekaligus menjauhkannya dari Allah Ta'ala. Apa lagi kepada orang -orang yang beriman, Dajjal dan syaitab tidak akan berhenti-henti mempengaruhinya dengan menyebarkan fitnah dan tipu daya. Oleh kerana itu, fitnah yang paling besar adalah fitnah pada zaman Dajjal.
    Adapun untuk menyelamatkan diri dari fitnah Dajjal adalah menetapi kesabaran. Membaca sepuluh ayat pertama dari surat Al- Kahfi, iaitu :

    Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambanya Al -kitab ( Al -Qur'an) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya. Sebagai bimbingan yang lurus , untuk memperingatkan akan siksaan yang sangat pedih dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang -orang yang beriman, yang mengerjakan amal soleh , bahawa meraka akan mendapat pembalasan yang baik. Mereka kekal di dalamnya untuk selama- lamanya. Dan untuk memperingatkan kepada orang -orang yang berkata " Allah mengambil seorang anak " . Mereka sekali -kali tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu , begitu pula nenek moyang mereka. Alangkah jeleknya kata- kata yang keluar dari mulut mereka, mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta. Maka barangkali kamu akan membunuh dirimu karena bersedih hati sesudah mereka berpaling , sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al -Qur'an ) . Sesungguhnya Kami menjadikan segala yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya , agar kami menguji mereka siapakah diantara mereka yang terbaik perbuatannya. Dan sesungguhnya Kami benar- benar akan mejadikan ( pula0 apa yang di atasnya menjadi tanah rata lagi tandus . Atau kamu mengira bahawa orang -orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai) raqim itu, mereka termasuk tanda -tanda kekuasaan Kami yang menghairankan ? . ( ingatlah ) tatkala pemuda- pemuda itu mencari tempat berlindung dalam gua lalu mereka berdo'a: " Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)" . ( Al -Qur'an Surat al- Kahfi: 1 - 10).

    Anjuran untuk membaca sepuluh ayat pertama dari surat Al-Kahfi adalah anjuran dari Rasulullah SAW, sebagai benteng untuk diri agar tidak diganggu dan terkena fitnah Dajjal. Sebab pada saat itu sukar sekali bagi seseorang boleh menyelamatkan diri dari fitnah Dajjal. Ini menunjukkan begitu kuat dan hebatnya fitnah yang disebarkan oleh Dajjal. Salah satu cara untuk menyelamatkan diri adalah membaca sekerap mungkin sepuluh ayat pertama dari surat Al -Kahfi. Sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

    Barangsiapa di antara kamu yang (hidup sampai) mendapati dajjal, hendaklah dibaca permulaannya surat Al- Kahfi .... ( H.R. Muslim).

    Penting: Bahwasanya seluruh peristiwa yang menyalahi adat yang dilakukan oleh Dajjal itu bukan kerana kuasa dajjal, melainkan kerana kekuasaan dan kehendak Allah untuk menguji kekuatan iman hamba Nya. Allah menciptakan Dajjal sebagai makhluk penggoda dan menyesatkan umat yang beriman. Jika hamba tadi benar-benar teguh imannya, dia tidak akan mudah goyah akidahnya walaupun dirinya disakiti, dianiaya, difitnah bahkan dibunuh. Dia tetap teguh memegang keimanannya dan ketaatannya kepada Allah ta'ala.

    Segala kemampuan yang dimiliki oleh Dajjal itu bersifat Istidraj, bukan mukjizat atau bukan karamah. Sebab sudah jelas sekali kalau dajjal itu adalah Kafir yang menyesatkan,bukan nabi dan bukan orang yang soleh. Semua yang dilakukannya itu merupakan tipu muslihat belaka untuk menarik simpati orang lain agar mengikuti jejaknya yang sesat itu. Semoga Allah melindungi kita dari fitnah Dajjal.

    PEMBUNUHANNYA

    Nabi SAW bersabda:

    "... Kemudian semasa tentera Islam sedang mempersiapkan perang dan mengatur barisan , dan pada masa itu sembahyang akan ditubuhkan, Isa bin Maryam turun, lalu mendatangi tentera Islam ini. Ketika itu, apabila musuh -musuh Islam melihat Isa bin Marya , maka mereka pun ( hancur ) luluh seperti luluhnya garam di dalam air. Seandainya Isa bin Maryam tidak mendatangi (
    untuk 
    membunuh ) mereka , musuh -musuh Islam itu telahpun (sedia ) luluh, sehingga dapat dikalahkan dengan mudah saja. Akan tetapi Allah (memang telah menetapkan bahawa Dia ) bermaksud mahu membunuh Dajjal itu melalui tangan Nabi Isa. Kemudian Nabi Isa memperlihatkan darah
    Dajjal yang mengalir di hujung tombaknya (kepada umat Islam itu ) . "
    (Muslim )

    Sabda Nabi SAW,

    "Dajjal itu diikuti oleh 70,000 orang Yahudi Asbihan yang semuanya memakai jubah hijau. Apabila mereka melihat Nabi Isa , maka luluhlah mereka seperti luluhnya garam di dalam air. Maka Dajjal pun melarikan diri ( daripada Nabi Isa AS). Nabi Isa kemudian berkata , "Aku pasti akan membunuh kamu dan kamu tidak akan berupaya memukul aku. " Nabi Isa ( mengejar ) lalu menangkapnya di Pintu Lud, suatu bandar berhampiran Baitulmaqdis, bahagian timur,lalu Nabi Isa membunuhnya. Setelah itu, Allah memporak - perandakan orang -orang Yahudi dan mereka dibunuh semahu - mahunya. "

    TUJUH TAHUN SELEPAS ITU

    Matinya Dajjal, manusia kemudian hidup dengan damai selama 7 tahun. Tidak ada permusuhan di antara mereka. Akhirnya Allah mengutus angin yang sejuk dari arah Syam. Maka setiap orang yang di dalam hatinya mempunyai kebaikan dan iman walaupun seberat biji sawi, akan dicabut nyawanya. Sehingga seandainya seseorang masuk ke tengah gunung nescaya angin itu akan mengejar dan mencabut nyawanya.

    Maka tinggallah orang -orang yang jahat di muka bumi. Mereka hidup seperti burung (berlumba dalam kejahatan) dan berjiwa seperti binatang buas yang saling bermusuhan dan mendholimi. Mereka tidak mengenal kebaikan dan tidak menolak syaitan di tengah-tengah mereka, syaitan berkata, "Tidakkah kalian menyambutku? " Mereka bertanya, "Apa yang engkau perintahkan kepada kami?"

    Syaitan memerintahkan mereka agar menyembah berhala. Padahal ketika itu mereka mendapat rezeki yang terus mengalir dan kehidupan mereka makmur sekali. Kemudian ditiuplah sangkakala tanda hari kiamat telah datang. Tidak seorangpun mendengarnya melainkan mengalihkan perhatian dan mengangkat kepala.

    Orang yang pertama kali mendengarnya adalah orang yang sedang memperbaiki telaga untanya. Maka orang itu kemudian mati. Selepas itu mati pula seluruh manusia. Kemudian Allah menurunkan hujan gerimis. Maka tumbuhlah jasad-jasad manusia kerananya (kembali ke asal penciptaannya ). Kemudian ditiuplah sangkakala untuk kedua kalinya. Saat itu bangkitlah manusia untuk menunggu ( keputusan Allah ).

    Kemudian dikatakan " Wahai sekalian manusia marilah menghadap Rabb kalian. Tegakkan mereka kerana mereka kan ditanya oleh Allah. "

    Kemudian dikatakan, " Keluarkanlah bahagian untuk menjadi penghuni neraka. "
    Terdengar jawaban " Berapa? "

    "Dari setiap seribu orang sembilan ratus sembilan puluh sembilan untuk jadi bahagian penghuni neraka "

    Maka itulah hari kiamat yang membuat anak kecil segera beruban (putih rambutnya ) , dan pada hari itu terbukalah segala kedahsyatan . [Sumber : Hadist Abdullah bin ' Amr bin Al-' Ash, riwayat Muslim dalam Riyadhus Sholihin No.1810 ]





    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA