الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
QOLBUN SALIIM
Qalbun Salim (hati yang selamat) yakni hati yang istiqamah dan mampu menetapi kebaikan berbalik hanya pada kebaikan saja seperti yang disinggung Nabi SAW dalam doanya yang bersabda;
“Hai yang membolak balikkan hati tetapkanlah hatiku dalam agama-Mu dan taat pada-Mu”.
Allah swt juga berfirman:
Pada hari ketika harta dan anak-anak tidak bermanfaat, kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang selamat (qalbun salim).”
(As-Syu'ara: 88-89).
Hati yang bening inilah yang mampu menjaga prilakunya, menahan pandangannya, menjaga lisan, perut dan mampu memilih pergaulan yang baik. Hati menjadi suci dan bening kerana tidak ada tingkah laku yang mengotorinya, ingatnya selalu pada Allah swt, istiqamahnya terus-menerus tanpa henti, dakwahnya ikhlas tanpa pamrih dan seterusnya.
Mengenai pentingnya menjaga mata Nabi SAW bersabda:
“Pandangan itu salah satu panah dari panah iblis yang berbisa. Siapa saja yang meninggalkannya kerana takut pada Allah, maka Allah akan memberinya keimanan yang terasa sangat manis di dalam hati.”
(HR. al-hakim).
Mengenai menjaga lisan Nabi SAW bersabda:
“Setiap ucapan bani adam itu membahayakan dirinya (tidak memberi manfaat), kecuali kata-kata yang berupa amar makruf nahi munkar (mengajak kebaikan dan mencegah kejahatan) dan zikrullah.”
(HR. Tirmidzi).
Imam Ghazali mendefinisikan hati manusia menjadi tiga bentuk, iaitu: hati yang sihat, hati yang sakit dan hati yang mati. Hati yang sihat akan berfungsi optimal, mampu memilih dan memilah mana yang baik dan yang buruk. Hati mereka kenal betul dengan Allah, sifat, af’al, kasih sayang, janji, qudrah, sunnah dan kemulian-Nya.
langkah-langkah:
1. Mencari ilmu hati yakni ilmu yang bermanfaat untuk membersihkan hati, bermanfaat bagi diri, keluarga dan masyarakatnya.
2. Membersihkan hati dari sifat-sifat tercela (takhalli).
3. Mengisi hati dengan sifat-sifat terpuji yang dimulai dari sifat zuhud (tidak berambisi dan mengejar kesenangan hawa nafsu di dunia saja) dan mujahadah atau bersungguh-sungguh menuju Allah dalam istilah al-Ghazali dan
4. Istiqamah dan berdoa agar hati tetap bersih, bening, bercahaya dan hanya berbalik dalam dan untuk kebaikan saja.
والله تعالى أعلم