الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    PERINTAH KELUARGA DAN ANAK-ANAK MUMAIYIZ TAATKAN ALLAH

    Syarah Riadhus Solihin Imam Nawawi Hadis Ke 275

    Firman Allah di dalam surah Thoha ayat 132:


    وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا ۖ نَّحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ 


    "Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki
    kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. "


    Dan firman Allah di dalam surah At-Tahrim ayat 6:

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّـهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

    "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. "



    Hadis Rasulullah s.a.w :


    "Dari Abu Hurairah r.a berkata, Al-Hasan bin Ali r.a mengambil sebiji kurma dari kurma yang disedekahkan lalu memasukkan ke dalam mulutnya.  Maka Rasulullah s.a.w bersabda : "Akh, akh (jijik). Buang kurma itu. Apakah engkau belum tahu bahawa kita tidak boleh memakan harta sedekah?"
    (Muttafaq Alaih)

    Dalam riwayat lain, "Sesungguhnya kita tidak dihalalkan memakan harta sedekah."

    Ungkapan Baginda s.a.w كخ كخ adalah ungkapan untuk mengherdik kanak-kanak kecil dari perkara-perkara yang dilarang kerana pada ketika itu Al-Hasan masih kanak-kanak.

    Syarah:

    Imam Nawawi mengatakan : "Kewajipan menyuruh (memerintahkan) keluarga, anak-anak yang telah mumaiyiz dan yang di bawah tanggungjawab untuk taat kepada Allah, perintah Allah dan mencegah dari perbuatan munkar."

    Beliau juga menyebut  selain daripada kewajipan memberikan makanan, seorang bapa wajib memberikan makanan berupa rohaniah kepada keluarga. Maka perkara paling utama dan paling wajib untuk segera adalah mendirikan solat. Sebagaimana firman Allah di atas:


    وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا ۖ نَّحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ 


    "Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. "

    Allah memerintahkan untuk mendirikan solat iaitu dengan memerintahkan diri sendiri dan ahli keluarga dengan tekun dan sabar. Maka atas sebab itu muncullah huruf Tho sehingga menambah bentuk kata lalu bertambahlah makna kata اصطبر kerana asal perkataan tersebut adalah اصتبر.

    Allah juga menyebut tentang Nabi Ismail, yang mana suatu ketika
    memerintahkan  keluarganya untuk mendirikan solat dan menunaikan zakat sehingga ia di sisi Robbnya menjadi sangat diredhai.

    Maka setiap manusia bertanggungjawab ke atas keluarga mereka sekalipun kanak-kanak itu masih mumaiyiz.




    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA