الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    HEBATNYA AL-QURAN

    Al-Qur'an : Salah satu daripada 4 buah kitab yang diwahyukan oleh Allah s.w.t. Setiap orang yang beriman wajib mengimaninya. Kitab yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (S.A.W.) sebagai wahyu. Di dalamnya dinyatakan tentang undang-undang yang tidak terdapat dalam kitab-kitab sebelumnya. Tidak ada kitab lagi selepas turunnya Al-Qur'an. Al-Qur'an menghapuskan dan memperlengkapkan sebahagian isi kitab yang dahulu. Al-Qur'an merupakan Kalam Allah yang mengandungi ayat-ayat Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibrail untuk disampaikan kepada semua manusia. Al-Qur'an merupakan mukjizat yang paling agung yang telah mendapat jaminan daripada Allah SWT akan kekal terpelihara. Hukum-hukum yang tercatat di dalamnya tetap berlaku hingga Hari Qiamat. Tidak boleh diubah atau diganti isinya, bahkan tidak dapat ditandingi kehebatannya walaupun hanya satu surah. Isi Al-Qur’an mencakupi semua bidang ilmu, iaitu ilmu-ilmu politik, kenegaraan, ekomoni, sosial, sains, perubatan dan lain-lain. Di dalam al-Qur’an juga terkandung segala perkara samada: 1- Tauhid; urusan kepercayaan terhadap Allah (S.W.T.), 2- Wa’ad dan Wa’id; urusan perjanjian Allah (baik dan buruk) dengan hambaNya, 3- Jalan kebahagiaan; kejayaan hidup di dunia dan di akhirat, 4- Ibadah; urusan pengabdian dan penyembahan, hamba terhadap tuhan yang menjadikannya, 5- Berita; tentang cerita umat dahulu kala sebagai iktibar, teladan, cermin perbandingan kepada umat Muhammad (S.A.W.). Al-Qur’an terdiri dari 30 juz, 114 surah, 6236 ayat (ada pendapat mengatakan 6666 ayat), 77,439 kalimah dan 325, 347 huruf Al-Qur’an mula dikumpulkan pada zaman Pemerintahan Syaidina Abu Bakar bin Al-Khattab dan mula ditulis dizaman pemerintahan Saidina Ali bin Abi Talib dan mula dibukukan dalam bentuk mashaf pada zaman Syaidina Usman bin Affan. Al-Qur'an pada masa itu tidak mengandungi titik ataupun baris, hanya pada zaman Abu Aswad Ad-Duwaily (khalifah kerajaan Muawiah yang memerintah dari tahun 41H). Al-Qu'ran mula dicetak dengan mesin cetak pada tahun 1694M di kota Hamburg, Jerman. Al-Qur’an dalam bentuk mushaf digunakan sehingga ke hari ini, mengandungi 30 Juzu’, 114 surah, 6666 ayat (6236). Ayat yang mula-mula diturunkan ialah surah al-‘Alaq. Ayat dan surah ini diturunkan pada tahun 17 Ramadhan (6 ogos 610M), diturunkan kepada Nabi Muhammad (S.A.W.) ketika Nabi sedang berkhalwat di Gua Hira’ (Jabal Nur). Ayat yang terakhir diturunkan (mengikut setengah pendapat) ialah ayat: اليوم أكملت لكم دينكم وئاتممت عليكم نعمتى ورضيت لكم الإسلام دينا) "Al-Yauma akmaltulakum diinakum wa atmamtu alaikum ni’mati wa radhitulakumul Islama diina". Ertinya “Hari ini telah Aku sempurnakan agamamu, dan telah aku cukupkan anugerahKu kepadamu, dan redhalah Aku Islam itu menjadi agamamu”. Diturunkan tatkala Nabi sedang mengerjakan haji di Arafah pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah. Ayat-ayat Al-Qur’an ada yang diturunkan sebelum Rasulullah (S.A.W.) berhijrah ke Madinah dan dinamakan ayat-ayat ini dengan nama ayat Makkiyah (lihat Surah Makkiyah) dan ada yang diturunkan selepas Rasulullah (S.A.W.) berhijrah ke Madinah dan dinamakan ayat-ayat ini dengan nama ayat Madaniyyah (lihat Surah Madaniyyah). 
    Nama-nama Al-Quran Terdapat lebih daripada 10 nama Al-Qur'an dirakamkan oleh Allah dalam kitabNya. Nama-nama itu menepati ciri-ciri dan kriteria Al-Qur'an itu sendiri. 1. Al-Kitab = الكتاب (Kitab) Perkataan Kitab di dalam bahasa Arab dengan baris tanwin di akhirnya (كتابٌ = kitabun) memberikan makna umum iaitu sebuah kitab yang tidak tertentu. Apabila ditambah dengan alif dan lam di depannya menjadi (Al Kitab) ia telah berubah menjadi suatu yang khusus (kata nama tertentu). Dalam hubungan ini, nama lain bagi Al-Qur'an itu disebut oleh Allah adalah Al-Kitab. “Kitab (al-Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya, (menjadi) petunjuk bagi mereka yang bertaqwa”. (al-Baqarah: 2) 2. Al-Hudaa = الهدى (Petunjuk) Allah SWT telah menyatakan bahawa Al-Qur'an itu adalah petunjuk. Dalam satu ayat Allah menyatakan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia (2:185) dan dalam satu ayat yang lain Allah nyatakan ia sebagai petunjuk bagi orang-orang betaqwa. (3:138 ) “Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'an, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang benar dan yang batil)” … (al-Baqarah: 185) 3. Al-Furqan = الفرقان (Pembeza) Allah SWT memberi nama lain bagi Al-Qur'an dengan Al-Furqan beerti Al-Qur'an sebagai pembeza antara yang haq dan yang batil. Mengenali Al-Qur'an maka kesannya sewajarnya dapat mengenal Al-Haq dan dapat membezakannya dengan kebatilan. “Maha suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqan (Al-Qur'an) kepada hambaNya (Muhammad)” … (al-Furqan: 1) 4. Ar-Rahmah = الرحمة (Rahmat) Allah menamakan Al-Qur'an dengan rahmat kerana dengan Al-Qur'an ini akan melahirkan iman dan hikmah. Bagi manusia yang beriman dan berpegang kepada Al-Qur'an ini mereka akan mencari kebaikan dan cenderung kepada kebaikan tersebut. “Dan Kami turunkan dari Al-Qur'an (sesuatu) yang menjadi penawar serta rahmat bagi orang-orang yang beriman, sedangkan bagi orang-orang yang zalim (Al-Qur'an itu) hanya akan menambah kerugian”. (al-Isra: 82) 5. An-Nuur = النار (Cahaya) Panduan yang Allah gariskan dalam Al-Qur'an menjadi cahaya dalam kehidupan dengan mengeluarkan manusia daripada taghut kepada cahaya kebenaran, daripada kesesatan dan kejahilan kepada kebenaran ilmu, daripada perhambaan sesama manusia kepada mengabdikan diri semata-mata kepada Yang Maha Mencipta dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat. “Dengan kitab itulah Allah member petunjuk kepada orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan keselamatan, dan (dengan Kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang itu dari kegelapaan kepada cahaya dengan izinNya dan menunjukkan ke jalan yang lurus”. (al-Maidah: 17) 6. Ar-Ruuh = الروح (Roh) Allah SWT telah menamakan wahyu yang diturunkan kepada rasulNya sebagai roh. Sifat roh adalah menghidupkan sesuatu. Seperti jasad manusia tanpa roh akan mati, busuk dan tidak berguna. Dalam hubungan ini, menurut ulama, Al-Qur'an mampu menghidupkan hati-hati yang mati sehingga dekat dengan Penciptanya. “Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) Ruuh (Al-Qur'an) dengan perintah Kami”, … (asy-Syura: 52) 7. Asy-Syifaa’ = الشفاء(Penawar) Allah SWT telah mensifatkan bahawa Al-Qur'an yang diturunkan kepada umat manusia melalui perantaraan nabi Muhammad SAW sebagai penawar dan penyembuh. Bila disebut penawar tentu ada kaitannya dengan penyakit. Dalam tafsir Ibnu Kathir dinyatakan bahawa Al-Qur'an adalah penyembuh dari penyakit-pnyakit yang ada dalam hati manusia seperti syirik, sombong, bongkak, ragu dan sebagainya. “Wahai manusia! Sungguh, telah Kami datangkan kepadamu pelajaran (Al-Qur'an) dari Tuhanmu, penawar bagi penyakit yang ada di dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman”. (Yunus: 57) 8. Al-Haq = الحاق (Kebenaran) Al-Qur'an dinamakan dengan Al-Haq kerana dari awal hingga akhirnya, kandungan Al-Qur'an adalah semuanya benar. Kebenaran ini adalah datang daripada Allah yang mencipta manusia dan mangatur sistem hidup manusia dan Dia Maha Mengetahui segala-galanya. Oleh itu, ukuran dan pandangan dari Al-Qur'an adalah sesuatu yang sebenarnya mesti diikuti dan dijadikan ukuran kesempurnaan yang paling utama dalam mempertimbangkan sesuatu. “Kebenaran itu dari Tuhanmu, maka janganlah sekali-kali engkau (Muhammad) termasuk orang-orang yang ragu”. (al-Baqarah: 147) 9. Al-Bayaan = البيان (Keterangan) Al-Qur'an adalah kitab yang menyatakan keterangan dan penjelasan kepada manusia tentang apa yang baik dan buruk untuk mereka. Menjelaskan antara yang haq dan yang batil, yang benar dan yang palsu, jalan yang lurus dan jalan yang sesat. Selain itu Al-Qur'an juga menerangkan kisah-kisah umat dahulu yang pernah mengingkari perintah Allah lalu ditimpakan dengan berbagai azab yang tidak terduga. “Inilah (Al-Qur'an) suatu keterangan yang jelas untuk semua manusia, dan menjadi petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa. (al-Baqarah: 138 ) 10. Al-Mau’izhah = الموعظة (Pengajaran) Al-Qur'an yang diturunkan oleh Allah adalah untuk kegunaan dan keperluan manusia, kerana manusia sentiasa memerlukan peringatan dan pelajaran yang akan membawa mereka kembali kepada tujuan penciptaan yang sebenarnya. Tanpa bahan-bahan pengajaran dan peringatan itu, manusia akan terlalai dan alpa dari tugasnya kerana manusia sering didorong oleh nafsu dan dihasut oleh syaitan dari mengingati dan mentaati suruhan Allah. “Dan sungguh Kami telah mudahkan Al-Qur'an untuk peringatan, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran? (daripada Al-Qur'an ini)”. (al-Qamar: 22) 11. Adz-Dzikr = الذكر(Pemberi Peringatan) Allah SWT menyifatkan Al-Qur'an sebagai adz-dzikra (peringatan) kerana sebetulnya Al-Qur'an itu sentiasa memberikan peringatan kepada manusia kerana sifat lupa yang tidak pernah lekang daripada manusia. Manusia mudah lupa dalam berbagai hal, baik dalam hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia mahupun lupa terhadap tuntutan-tututan yang sepatutnya ditunaikan oleh manusia. Oleh itu golongan yang beriman dituntut agar sentiasa mendampingi Al-Qur'an. Selain sebagai ibadah, Al-Qur'an itu sentiasa memperingatkan kita kepada tanggungjawab kita. “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-zikra (Al-Qur'an) dan Kamilah yang akan menjaganya (Al-Quran)”. (al-Hijr: 9) 12. Al-Busyraa = البشرى (Berita Gembira) Al-Qur'an sering menceritakan khabar gembira bagi mereka yang beriman kepada Allah dan menjalani hidup menurut kehendak dan jalan yang telah diatur oleh Al-Qur'an. Khabar-khabar ini menyampaikan pengakhiran yang baik dan balasan yang menggembirakan bagi orang-orang yang patuh dengan intipati Al-Qur'an. Telalu banyak janji-janji gembira yang pasti dari Allah untuk mereka yang beriman dengan ayat-ayatNya. “Dan (ingatlah) pada hari (ketika) Kami bangkitkan setiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri, dan Kami datangkan engkau (Muhammad) menjadi saksi atas mereka. Dan Kami turunkan Kitab (Al-Qur'an) kepadamu untuk menjelaskan segala sesuatu, sebagai petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang berserah diri (muslim)”. (an-Nahl: 89)



    عن عبد الله بن عمر رضي الله عنه قال : سمعت
    رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول :" لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِى اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَقَامَ بِهِ ءَانَاءَ اللَّيْلِ ، وَرَجُلٌ ءَاتَاهُ اللَّهُ مَالاً فَهُوَ يَتَصَدَّقُ بِهِ ءَانَاءَ اللَّيْلِ وَءَانَاءَ النَّهَارِ "أخرجه البخاري في فضائل القرآن
    Daripada Abdullah bin Umar ra berkata : aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “tiada hasad dengki (yang diizinkan) kecuali di dalam dua perkara ; (pertama) seorang lelaki yang dikurniakan al-Kitab (ilmu al-Quran) oleh Allah,
    dia sanggup bangun untuk tujuan itu (membaca al-Quran) di tengah malam . Dan (yang kedua) seorang lelaki yang dikurniakan harta oleh Allah Taala , maka dia bersedekah harta itu di tengah malam dan siang”.
     وفي رواية "...رَجُلٌ ءَاتَاهُ اللَّهُ الْقُرْآنَ فَهُوَ يَتْلُوهُ ءَانَاءَ اللَّيْلِ وَءَانَاءَ النَّهَار.."
    Di dalam riwayat yang lain : “seorang lelaki yang dikurniakan (kemahiran ilmu) al-Quran oleh Allah Taala , dia membacanya (al-Quran itu) di tengah malam dan siang”
     وفي رواية مسلم " لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِى اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ ءَاتَاهُ اللَّهُ الْقُرْآنَ فَهُوَ يَقُومُ بِهِ آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ وَرَجُلٌ ءَاتَاهُ اللَّهُ مَالاً فَهُوَ يُنْفِقُهُ ءَانَاءََ اللَّيْلِ وَءَانَاءَ النَّهَارِ"
    Di dalam riwayat Imam Muslim berbunyi : “tiada hasad dengki (yang diizinkan) kecuali di dalam dua perkara ; (pertama) seorang lelaki yang dikurniakan al- (kemahiran ilmu) al-Quran oleh Allah Taala , dia sanggup bangun untuk tujuan itu (membaca al-Quran) di tengah malam dan siang. Dan (yang kedua) seorang lelaki yang dikurniakan harta oleh Allah Taala , maka dia membelanjakan harta itu di tengah malam dan siang (ke jalan yang diredhai Allah)”.
    عَنْ أَبِيْ ذَرٍّ رضي الله عنه قال : قال رسولُ الله صلى الله عليه وسلم : (( يَا أَبَا ذَرٍّ ، لأَنْ تَغْدُوَ فَتــَعَلَّمَ ءَايـَةً مِنْ كِــتــَابِ اللهِ خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَنْ تــُصَلِّيَ مِائــَةَ رَكْــــعَةٍ . لأَنْ تَغْدُوَ فَتــَعَلَّمَ بَابــًا مِنَ الْعِلْمِ ، عَمِلَ أَوْ لَمْ يَعْمَلْ ، خَيْرٌ مِنْ أَنْ تــُصَلِّيَ أَ لْــفَ رَكْــــعَةٍ ((
    (رواه ابن ماجة بسند حسن)
    Daripada Abu Zar ra berkata : Rasulullah telah bersabda : “Wahai Abu Zar , hendaklah engkau berpagi-pagi dengan mempelajari satu ayat dari kitab Allah adalah lebih baik bagi engkau daripada engkau melaksanakan solat (sunat) 100 rakaat… Hendaklah engkau berpagi-pagi dengan mempelajari satu bab (tajuk) ilmu, sama ada engkau dapat mengamalkannya atau tidak mengamalkannya, adalah lebih baik bagi engkau daripada engkau melaksanakan solat (sunat) 1000 rakaat”
     عَنْ أَبِيْ سَعِيْدٍ الْخُدْرِيِّ رضي الله عنه قَالَ : جَآءَ رَجُلٌ إِلَى الـنَّـبِـيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ : أَوْصِيْنِيْ . قَالَ صلى الله عليه وسلم : ((عَلَيْكَ بـــِتــَـقْوَى اللهِ ، فَإِنــَّهَا جِمَاعُ كُلِّ خَيْرٍ . وَعَلَـيْكَ بــِالْجِهَادِ فَإِنــَّهُ رُهْبَانـِيَةُ الْمُسْلِمِ . وَعَلَـيْكَ بِذِكْرِ اللهِ وَتــِلاَوَة ِ كِــتــَابِ اللهِ فَإِنــَّهُ نـــُوْرٌ لَّكَ فِي الأَرْضِ وَذِكْرٌ لَّكَ فِي السَّمَآءِ . وَاخْزُُنْ لِسَانــَكَ إِلاَّ مِنْ خَيْرٍ فَإِنــَّكَ بــِذَلــِكَ تــَغْلُبُ الشَّــيـْطَانُ))
    وفي رواية .. ((وَذ ُخْرٌ لَّكَ فِي السَّمَآءِ))
     (رواه الطبراني وأحمد- ضعيف) 

    Daripada Abu Saaid al-Khudry ra berkata : telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW dan berkata: berilah peringatan kepadaku . Rasulullah telah bersabda : “Mestilah kamu berjihad, sesungguhnya jihad itu adalah kehebatan seseorang muslim . Dan mestilah kamu berzikir kepada Allah dan membaca al-quran, sesungguhnya ia adalah cahaya bagi kamu di muka bumi ini dan ingatan kamu di langit . Simpanlah lidah kamu kecuali untuk kegunaan yang baik, sesungguhnya dengan lidah itulah (jika kamu tidak memelihara lidah kamu) kamu akan dikalahkan oleh syaitan... di dalam riwayat yang lain : “dan sebagai simpanan kamu di langit”.
    عن جابر بن عبد الله أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يجمع بين الرجلين من قتلى أحد في ثوب واحد ثم يقول:" أيهما أكثر أخذا للقرآن". فإذا أشير له إلى أحدهما قدمه في اللحد، قال:" أنا شهيد على هؤلاء". وأمر بدفنهم بدمائهم ولم يصل عليهم ولم يغسلهم . (صحيح أخرجه الإمام البخاري وأبوداؤد والترمذي والنسائي وابن ماجه)
    Daripada Jabir bin Abdillah ra bahawa Rasulullah SAW meletakkan jenazah dua orang yang mati shahid di Medan Uhud di dalam satu liang lahad dan Baginda bertanya : “yang manakah di antara mereka berdua ini yang lebih banyak mengambil (menghafal) al-Quran ?”. apabila ditunjukkan kepadanya (yang lebih banyak hafalannya) di antara mereka berdua, maka Rasulullah SAW meletakkannya di hadapan di dalam susunan liang lahad itu. Dan Rasulullah SAW bersabda : “Aku menjadi saksi ke atas mereka ini” (saksi bahawa merekalah yang bersungguh-sungguh di medan peperangan hingga mati shahid). Rasulullah SAW memerintah dikebumikan mereka itu dengan darah-darah mereka tanpa disolat dan tanpa dimandikan jenazah mereka itu.
     عَنْ هِشَامِ بْنِ عَامِرٍ ، قَالَ : شَكَى إِلَى رسولِ الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْجَراحَاتِ يَوْمَ أُحُدٍ، فَقَالَ : " اُحْـفُرُوْا وَأَوْسِعُوا وَأَحْسِنُوْا ، وَادْفِـنُوْا الاِثْنَـيْنِ وَالثَّلاَ ثَةَ فِي قَـبْرٍ وَاحِدٍ ، وَقَدِّمُوا أَكْـثَرَهُمْ قُرْآناً "، فَمَاتَ أَبِيْ فَقُدِّمَ بَيْنَ يَدَيْ رَجُلَيْنِِ.. 
    (حسن صحيح أخرجه الإمام الترمذي وأبوداؤد والنسائي وابن ماجه وأحمد)

    Daripada Hisham bin Aamir ra berkata : dia pernah mengadu kepada Nabi SAW tentang (bagaimana pengkebumian) jenazah yang shahid di medan peperangan Uhud , Rasulullah SAW menjawab : “Koreklah liang kubur , luaskan dan elokkanlah (liang untuk mereka) seterusnya kebumikan dua atau tiga orang di dalam satu liang kubur . Letaklah yang paling hadapan (susunan di dalam liang kubur itu) orang yang lebih banyak menghafal al-Quran”... (kata perawi hadis ini) di antara yang shahid adalah bapaku maka di letakkan di hadapan jenazah yang lain.


    عن عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله صلى الله وءاله عليه وسلم: "الـمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ ، وَالَّذِيْ يَقْرَأُ القرآن َ وَ يَـتـَتـَـعْـتـَعُ فِيْهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ". (رواه الإمام مسلم وأبو داود والترمذي والنسائي )
    Daripada Aishah ra berkata , Rasulullah SAW bersabda : “orang yang mahir dengan al-Quran, bersama Malaikat Safarah yang mulia lagi taat. Dan orang yang membaca al-Quran sedangkan dia tergagap-gagap (tidak lancar) ketika membacanya dan dia sukar (membacanya kerana tidak mahir), maka baginya dua pahala”
     عن أنس رضي الله عنه ، عن النبي صلى الله عليه وءاله وسلم قال: "مَنْ قَرَأَ القرءانَ يَقُوْمُ بِهِ ءَانَاءَ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ ، يـُحِلُّ حَلاَلـَهُ وَيـُحَرِّمُ حَرَامَهُ ، حَرَّمَ اللهُ لـَحْمَهُ وَدَمُهُ عَلَى النَّارِ وَجَعَلَهُ رَفِيْقَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ حَتىَّ إِذَا كَانَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كاَنَ القرءانُ لَهُ حُجَّةً " ( رواه الإمام الطبراني في المعجم الصغير - ضعيف )
    Daripada Anas ra daripada Baginda Nabi SAW bersabda : “sesiapa yang membaca al-Quran (sehingga) bangun dengan sebabnya di tengah malam dan siang, sehingga menghalalkan perkara yang dihalalkannya (di dalam al-Quran) dan mengharamkan perkara yang diharamkannya (di dalam al-Quran), pasti Allah akan mengharamkan daging dan darahnya daripada api neraka dan dijadikannya teman setia bersama Malaikat Safarah yang mulia, sehingga apabila tiba pada Hari Kiamat, al-Quran akan menjadi hujjah (pembela) baginya”


    عَنْ عَمْرٍو بْنِ سَلَمَةَ رضي الله عنه عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وءاله وسلم ، قال : " صَـلُّوْا صَلاَةً كَذَا فِيْ حِيْنِ كَذَا ، صَـلُّوْا صَلاَةً كَذَا فِيْ حِيْنِ كَذَا . فَإِذَا حَضَرَتِ الصَّلاَةُ فَلْـيُؤَذِّنْ أَحَدُكُمْ ، وَلْـيَؤُمَّكُمْ أَكْـثَرُكُمْ قُرْءَاناً ".. فَنَظَرُوْا فَلَمْ يَكُنْ أَحَدٌ أَكْـثَرَ قُرْءَاناً مِـنِّيْ ، لِمَا كُنْتُ أَتَلَقَّى مِنَ الرُّكْباَنِ . فَقَدِّمُوْنِيْ بَيْنَ أَيْدِيْهِمْ وَأَناَ ابْنُ سِتِّ أَوْ سَبْعِ سِنِـيْنَ . وَكَانَتْ عَلَيَّ بُرْدَةٌ كُنْتُ إِذَا سَجَدْتُ تَقَلَّصَتْ عَـنِّيْ . فَقَالَتِ امْرَأَةٌ مِنَ الْحَيِّ : أَلاَ تَغْطُوْنَ عَنَّا أَسْتَ قَارِئِكُمْ؟ . فَاشْتَرَوْا فَقَطَعُوْا لِيْ قَمِيْصًا . فَمَا فَرِحْتُ بِشَيْءٍ بِذَلِكَ الْقَمِيْصِ . (أخرجه الإمام البخاري وأبوداود والنسائي وأحمد وغيره).اه
    Daripada Amru bin Salamah ra , daripada Nabi SAW bersabda : “Solatlah kamu akan solat demikian di dalam waktu demikian , solatlah kamu akan solat
    demikian di dalam waktu demikian. Apabila masuk waktu solat , hendaklah salah seorang dari kamu melaungkan azan . Seterusnya hendaklah yang mengimamkan solat itu adalah seseorang yang paling banyak (menghafaz) al-Quran.”..


    عَنْ أَبِيْ سَعِيْدٍ الْخُدْرِيِّ رضي الله عنه قَالَ ، قال رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وءاله وسلم : "إِذَا كَانُوْا ثَلاَثـَةً فَلْيَؤُمَّهُمْ أَحَدُهُمْ ، وَأَحَقُّهُمْ بِالإِمَامَةِ أَقْرَؤُهُمْ".أخرجه الإمام مسلم والنسائي..
    Daripada Abi Said al-Khudriy ra berkata , Rasulullah SAW bersabda : “Apabila kamu mempunyai tiga orang , maka hendaklah salah seorang dari kamu menjadi imam. Dan yang lebih berhak menjadi imam dari kalangan kamu adalah orang yang paling baik bacaannya (al-Quran).”
    عَنْ أَبِيْ مَسْعُوْدٍ عُقْبَة بْنِ عَمْرٍو الْبَدْرِيِّ الأَنْصَارِيِّ رضي الله عنه قَالَ ، قال رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وءاله وسلم : " يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللهِ ، فَإِنْ كَانُوْا فِي الْقِرَاءَةِ سَوَاءً فَأَعْلَمُهُمْ بِالسُّـنَّةِ ، فَإِنْ كَانُوْا فِي السُّـنَّةِ سَوَاءً فَأَقْدَمُهُمْ هِجْرَةً ، فَإِنْ كَانُوْا فِي الْهِجْرَةِ سَوَاءً فَأَقْدَمُهُمْ سِلْمًا .. وَفِيْ رِوَايَةٍ: سِناًّ .. وَلاَ يَؤُمَّنَّ الرَّجُلُ الرَّجُلَ فِيْ سُلْطَانِهِ وَلاَ يَقْعَدُ فِيْ بَيْـتِهِ عَلَي تَكْرِمَتِهِ إِلاَّ بِإِذْنِهِ ...أخرجه الإمام مسلم وأبوداود والنسائي وأحمد وغيره
    Daripada Abi Mas’ud, Uqbah bin Amru al-Badriy al-Ansariy berkata, Rasulullah SAW bersabda : “akan menjadi imam sesuatu kaum adalah yang paling baik bacaannya terhadap Kitab Allah (al-Quran). Sekiranya bacaan mereka sama baik, pilihlah yang paling mengetahui Sunnah (Hadis). Sekiranya sama pengetahuan mereka terhadap Sunnah, pilihlah yang paling awal hijrah (ke Madinah). Sekiranya sama waktu hijrah mereka, pilihlah yang lebih awal memeluk Islam...Di dalam riwayat lain “yang lebih berumur”...
    “Tidak boleh seseorang menjadi imam kepada orang yang mempunyai kuasa di tempatnya (seperti sultan sesebuah negeri dsbg) dan juga tidak boleh orang luar menjadi imam , di rumah orang lain kecuali dengan izinnya (izin tuan rumah atau tempat tersebut).”

    عن الحارث الأعور قال: مَرَرْتُ فِي الْمَسْجِدِ ، فَإِذَا الـنَّاسُ يَخُوْضُوْنَ فِي الأَحَادِيْثِ . فَدَخَلْتُ عَلَى عَلِيِّ فَـقُلْتُ: يَا أَمِيْرَ الْمُؤْمِنِيْنَ ، أَلاَ تَرَى أن الناس قد خاضوا في الأحاديث .قال: وقد فعلوها ؟ قلت : نعم . قال: أما إني قد سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: "ألا إنها ستكون فتنة فقلت ما المخرج منها يا رسول الله ؟ قال: كتاب الله فيه نبأ ما كان قبلكم ، وخبر ما بعدكم ، وحكم ما بينكم، وهو الفصل ليس بالهزل ، من تركه من جبار قصمه الله، ومن ابتغى الهدى في غيره أضله الله، وهو حبل الله المتين ، وهو الذكر الحكيم، وهو الصراط المستقيم، هو الذي لا تزيغ به الأهواء، ولا تلتبس به الألسنة، ولا يشبع منه العلماء، ولا يخلق على كثرة الرد، ولا تنقضي عجائبه، هو الذي لم تنته الجن إذ سمعته ، حتى { قالوا إنا سمعنا قرآنا عجبا . يهدي إلى الرشد فآمنا به } . من قال به صدق، ومن عمل به أجر، ومن حكم به عدل، ومن دعا إليه هدى إلى صراط مستقيم". خذها إليك يا أعور.
    (قال أبو عيسى هذا حديث غريب لا نعرفه إلا من هذا الوجه وإسناده مجهول وفي الحارث مقال)
    Daripada al-Harith al-A’war berkata: Aku lalu di masjid, tiba-tiba manusia berkumpul bercakap-cakap sesuatu yang fitnah. Maka aku masuk bertemu dengan Saidina Ali. Aku berkata wahai amirul mukminin: Kamu tak nampakkah bahawa manusia telah berkumpul mengata sesuatu yang fitnah? Saidina Ali berkata : Mereka telah melakukannya? Aku berkata: Ya.
    Saidina Ali berkata lagi: Adapun aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Ingatlah, sesungguhnya akan berlaku sesuatu fitnah. Aku(Ali) berkata: Apakah jalan keluar daripadanya wahai Rasulullah? Rasullulah bersabda: Kitab Allah (Al Quran). Di dalamnya terdapat khabar berita (umat) sebelum kamu dan selepas kamu. Dan ia menjadi hukum antara kamu dan ia pemisah (antara hak dan batil), bukan sesuatu gurau senda (olokan). Barangsiapa yang meninggalkannya kerana ingkar dan takabbur akan dibinasakan oleh Allah, barangsiapa yang mencari prtunjuk selain daripada AlQuran maka Allah akan menyesatkannya dan ia adalah tali Allah yang kukuh. Dan ia adalah peringatan yang bijaksana. Dan ia adalah jalan yang lurus dan ia tidak boleh diselewengkan oleh hawa nafsu. dan ia tidak akan menyukarkan lidah menyebutnya (sekali pun bagi bukan Arab) dan tidak akan mersasa puas daripadanya oleh ulama. Dan tidak akan lapuk sekalipun diulang berkali-kali. Tidak akan terhenti keajaibannya. Dan dia tidak menghalang jin daripada mendengarnya sehinggalah mereka berkata : “ Sesungguhnya kami telah mendengar Quran yang sangat ajaib. (Quran) ini memberi petunjuk ke jalan yang lurus” – Surah Al-jin ayat 1&2. .. Barangsiapa yang berkata dengannya (al-Quran) akan benar. Barangsiapa yang beramal dengannya akan diberi pahala. Barangsiapa yang menghukum dengannya akan adil. Dan sesiapa yang mendakwah kepadanya akan diberi petunjuk ke jalan yang lurus”…. Ambil lah sebagai pegangan engkau wahai A’war…
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA