Maka pohon Gharqad itu kalau kita lihat dari kacamata hakikat, sangat tunduk kepada Allah. Tunduk kepada senario dari Allah untuk menjadi pohon yang melindungi Yahudi di akhir zaman. Tetapi tidak perlu kita anggapkan sebagai pohon kafir.
Nama Latin: Lycium shawii roem, nama lain Lycium arabicum schwiein fex, dan Boiss lycium persicum miers.
Nama pohon yang dikenali: Ausaj, Gharqad Sahnun, dan pohon Yahudi. dinamakan demikian (Gharqad), kerana sebagaimana yang disebutkan dalam hadis yang mulia, Rasulullaah saw bersabda tentang peperangan majdaliun (Armageddon), Yahudi akan bersembunyi di balik pohon apa saja, dan pohon-pohon tersebut akan menyingkap kewujudan mereka dengan mengatakan, "Ada Yahudi sedang bersembunyi di belakangku, kemari dan bunuhlah dia! "Kecuali pohon Gharqad ia tidak mahu menunjukkan kalau ada Yahudi di balik mereka. Wallaahu a'lam.
Sifat pokok Gharqad
Pohon yang berduri keras dan durinya beracun, tingginya biasanya mencapai 1-2 meter, tetapi saya dengan mata kepala sendiri melihat sebahagian pokok ini di Bukit Saina tingginya mencapai 5 meter.
Akarnya mengeluarkan duri dan zaghab (bulu), khususnya pada bahagian hujung. Daunnya berbentuk seperti sudu kecil, berwarna hijau segar, biasanya sekumpulan 3 daun dilengkapi dengan duri-duri di sampingnya. Sedangkan bunganya berwarna putih kebiru-biruan, dan buahnya berwarna merah bersaiz dengan biji buah Himsh, lebih kurang seperti itu.
Masa bunga dan berbuah: pada musim bunga dan musim panas.
Manfaat perubatan: untuk merawat penyakit tidak boleh buang air, dan buahnya bermanfaat untuk merawat penyakit usus besar dan untuk merawat penyakit kuning.
Pokok ini selalu berdaun di sepanjang musim, sedangkan pertumbuhannya mengalami pembaharuan pada selang antara bulan Mac-April, bunganya berbentuk buqiyyah (seperti terompet), dengan warna merah lembayung (violet) cerah, atau putih dengan lima daun, buahnya bulat dengan warna oren atau merah , lebih kecil daripada biji Himsh (dalam bahas Inggeris: chick-pea), buahnya boleh dimakan, tetapi rasanya masam seperti tomato. Seekor unta jika sakit akan mencari dan datang pada pokok ini untuk dimakan.
Pada musim bunga, pokok ini dipenuhi oleh burung, dan burung pemangsa kecil seperti shurad menggunakannya untuk menyimpan mangsa di duri-durinya.
Pohon yang hidup untuk masa yang lama, tingginya kira-kira 2 meter, daun-daunnya seperti lingkaran, diselingi oleh duri-duri tajam, bunganya putih pucat dengan saiz kecil, buahnya merah dan kecil seperti tomato. Disebut dengan al-Misha ', ia adalah makanan kesukaan burung hubara (jenis burung berbadan besar dan berkaki panjang).
Dialah pokok Yahudi yang sekarang ini Bangsa Yahudi beramai-ramai menanamnya, kerana disebutkan kelak di akhir zaman, batu dan pokok-pokok boleh bercakap, mereka berkata, "Wahai muslim, ini ada Yahudi sedang bersembunyi di belakangku, kemari dan bunuhlah dia!" Kecuali pokok Gharqad.
Dalam sebuah hadis sahih, apa yang dilakukan pihak Zionis Yahudi ini sebenarnya adalah menanam pokok gharqad. Ternyata Yahudi percaya akan hadis ini, sehingga mereka menanam pohon gharqad sebagaimana disebut dalam hadis.
Jadi, mereka sangat yakin akan dapat mengalahkan seluruh umat manusia, khususnya umat Islam dan menjadi pemimpin dunia, namun di sisi lain mereka juga berlumba-lumba menanam Tanah Palestin yang mereka duduki secara tidak sah dengan pohon gharqad (nama saintifik: Nitraria retusa).
Hadis sahih tentang hari akhir mengenai pokok ini adalah:
"Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi, lalu membunuh mereka, sehingga seorang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, lalu batu dan pohon berkata: 'Wahai Muslim! Hai hamba Allah! Ini Yahudi di belakangku, kemarilah, bunuhlah dia! Kecuali pohon ghorqod, maka, itu adalah dari pohon-pohonnya orang Yahudi, "(HR Muslim VII/188, Bukhari IV/51, Lu'lu 'wa al-Marjan III/30).
Dari hadis tersebutlah Zionis Yahudi berlumba-lumba menanam Tanah Palestin dengan pohon gharqad, maka kenyataan ini menjelaskan kepada kita bahawa mereka itu sesungguhnya memahami hakikat hari akhir zaman, di mana mereka akan dikejar oleh umat Islam dan hanya pohon gharqad lah satu-satunya tempat yang bersedia untuk dijadikan tempat berlindung.