الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
Imam Mahdi: Al-Abbas atau Keturunan Nabi Muhammad?
Pada kurun kesembilan Hijrah, tatkala banyaknya orang yang mendakwa
sebagai Al-Mahdi, dan fitnah berleluasa disebabkan olehnya sepertimana
yang disebutkan oleh Al-Mas'udi dalam kitab Tarikhnya, maka sebahagian
ulama merasa penting untuk mengkaji hadith-hadith Al-Mahdi agar mereka
dapat membezakan mana yang kuat dan mana yang lemah, yang mana yang
sahih dan mana yang tidak. Kerana kejadian-kejadian tersebut (orang
mengaku sebagai Al-Mahdi) adalah punca segala masalah. Lalu Ibn Khaldun
pun
mencabar di dalam kitab Muqaddimahnya agar hadith-hadith itu
diteliti dan ditahqiq, dan beliau sendiri telah ''mengayak dan
membancuh'' hadith-hadith itu satu persatu, kemudian diterangkan kesemua
kecacatan yang ada, yang mana menunjukkan para perawinya ada yang
pendusta, ada yang dituduh Syiah dan ghuluw, ada juga yang sanggup
menukil hadith dari Rasulullah padahal Rasulullah tidak pernah
berkata-kata dengannya, juga yang tidak dijadikan hujjah. Dan kesimpulan
Ibn Khaldun ialah hadith-hadith Al-Mahdi ini dhaif.
Tetapi apa yang kami lihat ialah adanya ulama' zaman ini yang
mempertikaikan kesimpulan Ibn Khaldun atas alasan dia hanya seorang ahli
sejarah dan bukan seorang pengkaji hadith. Pemertikaian ini tiada nilai
padanya, kerana Ibn Khaldun itu seseungguhnya seorang alim yang hebat,
tidak memperkatakan sesuatu melainkan kebaikan, dan kedudukannya sebagai
seorang ahli sejarah tidak menghalang keupayaannya untuk mentahqiq 10
hadith atau lebih, kerana proses tahqiq itu lebih mudah di zamannya
disebabkan banyaknya alat dan kitab-kitab yang ditulis mengenai
karakter-karakter perawi. Kajian mengenai keperibadian dan keadilan
mereka juga termasuk dalam kajian sejarah, sepertimana ia termasuk dalam
kajian hadith. Bahkan Ibn Khaldun mempunyai beberapa perdebatan bersama
Ibn Hajar penulis Fathul Bari. Dan kami juga mendapati adanya ulama
yang mendokong qaul Ibn Khaldun dari kalangan mutaqaddimin, yang
berkemampuan tinggi dari segi keilmuan dan pengetahuan, serta teguhnya
pegangan dengan Quran dan Sunnah, antaranya Ibn Qayyim yang telah
menyebut tentang hadith-hadith Al-Mahdi dalam kitabnya Al-Manar Al-Munif
dan beliau ada mendhaifkannya sepertimana yang kami akan sebut dengan
panjang lebar dalam fasa Tahqiq yang Mu'tabar mengenai hadith-hadith
Al-Mahdi Al-Muntazar, maka kajilah.
Idea Al-Mahdi ini mempunyai sebab-sebab politik dibelakangnya, disamping
sebab-sebab masyarakat dan agama. Keseluruhannya terbit dari akidah
Syiah, dan merekalah yang mula-mula menciptanya setelah terlepasnya
khilafah dari tangan Ahlil Bayt. Golongan Syiah mengambil kesempatan
diatas pemikiran lurus masyarakat, mereka menggalakkan masyarakat kepada
agama agar mereka dapat masuk dari cara ini, mereka palsukan
hadith-hadith dan mendakwa menriwayatkannya dari Rasulullah, mereka
ada-adakan sanadnya, dan mereka sebarkannya dengan pelbagai cara dan
masyarakat pula mempercayainya kerana idea ini mudah dan masuk akal.
Golongan Syiah hanya berdiam diri kerana mereka tahu ia adalah untuk
kepentingan mereka juga akhirnya. Itulah bentuk konspirasi Syiah yang
telah merosakkan pemikiran manusia yang dipenuhi oleh hadith-hadith dan
kisah-kisah yang dinisbahkan sebahagiannya kepada Nabi, sebahagiannya
kepada aimmah Ahlil Bayt, dan sebahagian lagi kepada Ka'b Al-Ahbar.
Ketahuilah, bahawasanya hadith-hadith Al-Mahdi
berlegar di sekitar apa yang mereka sangkakan sahih padahal ia tidak
sarih, dan apa yang mereka sangkakan sarih, padahal ia tidak sahih. Dan
kami yang telah melakukan Istiqraa' dan Tatabbu' tidak menjumpai satu
hadith yang sahih lagi sarih pun dari Nabi yang dapat diikuti dapam
penamaan Al-Mahdi, atau Rasulullah sendiri ada memperkatakan sesuatu
mengenai nama Al-Mahdi ini.
Al-Bukhari dan Muslim telahpun membersihkan kitab mereka berdua dari
hadith-hadith Al-Mahdi, sepertimana Quran juga tidak menyebut satu
apapun mengenainya maka kami tidak mengingkari sesiapa yang mengingkari
Al-Mahdi, dan keingkaran itu bagi yang beriktiqad dengan keluarnya dia.
Dan kami akan bincangkan hadith-hadith ini yang mereka sangkakan sahih,
seperti apa yang diriwayatkan Abu Daud, Ahmad, At-Tirmizi dan Ibn Majah,
yang mana kesemuanya saling bercanggah dan menyalahi satu sama lain,
tidak sahih apatah mutawatir, dari segi lafaz atau makna.
عن جابر بن سمرة قال: سمعت النبي يقول: لا يزال هذا الدين قائمًا حتى يكون
عليكم اثنا عشر خليفة. ثم قال كلمة فقلت لأبي: ما قال؟ قال: كلهم من قريش
Hadith pertama: Dari Jabir bin Samurah, dia berkata: Aku dengar
Nabi berkata: Agama ini akan sentiasa bangkit hingga muncul di kalangan
kamu 12 khalifah.
Kemudian baginda memperkatakan sesuatu, lalu aku tanyakan ayahku: Apa
yang baginda katakan? Jawab ayahku: Kesemuanya dari Quraisy.
Riwayat Abu Daud.
Komen Ibn Mahmud:
1. Tiada nama Al-Mahdi disebut secara sarih dalam hadith ini, meskipun
ia sahih. Kalau tidak, nabi sendiri akan mengatakan; ''Salah seorangnya
ialah Al-Mahdi''.
2. Zaman khilafah nubuwwah adalah selama 30 tahun sebagaimana telah thabit dalam hadith sahih, dan ia berakhir di zaman Ali.
3. Pemimpin ummah yang lebih layak dianggap khalifah ialah 4 khulafa'
rasyidin, Muawiyah, Abdul Malik, Hisham, Al-Walid, serta Abu Ja'far
Al-Mansur bahkan Salahuddin Al-Ayyubi dan Imaduddin Zanki. Bukan
Al-Mahdi.
4. Hadith ini menjadi modal utama golongan Syiah untuk mempromosi Al-Mahdi mereka, Ibnil Hasan Al-Askari.
عن أبي نعيم عن علي رضي الله عنه أن النبي قال: لو لم يبق من الدنيا إلا يوم واحد لبعث الله رجلاً منا يملؤها عدلاً كما ملئت جورًا
Hadith kedua: Dari Abu Nu'aim dari Ali r.a, Nabi berkata: Jika
tinggal sehari saja lagi di dunia ini (sebelum kiamat) nescaya Allah
akan mengutuskan seorang lelaki dari kalangan kami, dia akan memenuhi
dunia dengan keadilan sebagaimana dunia ini penuh dengan kezaliman.
Riwayat Abu Daud dan Ahmad.
Komen Ibn Mahmud:
1. Inilah antara yang disangka paling sahih dalam bab ini, meskipun
tiada nama Al-Mahdi disebut, mereka masih menyangka ia merupakan
Al-Mahdi.
2. Tidak mustahil lelaki yang dimaksudkan ialah salah seorang pemimpin
ummah yang telah berlalu zamannya, yang mana dia berjasa besar dan
sangat adil dalam pemerintahannya.
3. Perkataan ''Dari kalangan kami'' merujuk ummah seluruhnya, yakni
muslimin, dan selain daripada 'Kami' ini berdasarkan hadith-hadith yang
mempunyai perkataan serupa, merujuk kepada orang kafir.
4. Kalaupun ia sahih, tidak dinyatakan dengan tepat bila keluarnya
Al-Mahdi, dimana tempat dia muncul dan Rasulullah juga tidak mengatakan
muslimin wajib beriman dengannya. Atau tidak pula Rasulullah mengancam
sesiapa yang ingkar akan 'lelaki' ini.
5. Di dalam sanad hadith ini terdapat Fitr bin Khalifah. Thiqah tapi Syiah.
6. Abu Daud mengatakan Fitr ini Matruh (hadisnya dibuang) dan kami tidak menulis hadithnya.
عن أبي سعيد الخدري قال: قال رسول الله : المهدي مني أجلى الجبهة، أقنى
الأنف، يملأ الأرض عدلاً كما ملئت جورًا، يمكث في الأرض سبع سنين
Hadith ketiga: Dari Abu Sa'id Al-Khudri, katanya Rasulullah
berkata: Al-Mahdi itu daripadaku, dahinya paling licin, hidungnya paling
mancung, dia memenuhkan dunia dengan keadilan sepertimana dunia penuh
dengan kezaliman, dan dia menetap di dunia selama 7 tahun.
Riwayat Abu Daud.
Komen Ibn Mahmud:
1. Dahi licin dan hidung mancung adalah sifat yang sangat biasa
kedapatan di kalangan manusia, khususnya para Syarif/Habib/Sayyid, yang
berketurunan Ahlul Bayt.
2. Bagaimana mungkin Al-Mahdi dikenali dengan sifat yang sangat biasa ini?
3. Bukankah ini membuka banyak peluang manusia-manusia penipu yang berdahi licin dan berhidung mancung untuk mengaku Al-Mahdi?
Tambahan:
1. Di dalam rantaian perawi terdapat Abul 'Awwam Imran Al-Qattan yang
meriwayatkan dari Qatadah. Imran menurut Abu Daud; Dhaif. Kata
An-Nasaei: Dhaiful Hadith. Kata Yahya ibn Ma'in; Laysa bi Syai'.
2. Terdapat percanggahan dengan hadith lain yang diriwayatkan oleh Abu Daud sendiri, sama ada 7 atau 9 tahun.
عن أم سلمة رضي الله عنها قالت: سمعت رسول الله يقول: المهدي من عترتي ومن فاطمة
Hadith keempat: Dari Umm Salamah r.a katanya: Aku mendengar Rasulallah berkata: Al-Mahdi itu keturunanku daripada Fatimah.
Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah.
Komen Ibn Mahmud:
1. Ibn Qayyim, yang menulis kitab Tahzib Sunan Abi Daud telah mengilalkan hadith ini dan membatilkannya.
2. Abu Ja'far Al-Uqaili mengatakan; Hadith ini diriwayatkan oleh Ali bin
Nufail, tidak diketahui hadith ini melainkan melaluinya, dan
hadith-hadithnya mengenai Al-Mahdi tidak diikuti.
3. Hadith ini juga diriwayatkan oleh Ziyad bin Bayan. Ibn Adiy mengatakan: Fi Isnadihi Nazar.
4. Bahkan Al-Bukhari, sepertimana yang dinaqal oleh penulis kitab Aunul
Ma'bud, syarah Sunan Abi Daud telah berkata; Sesungguhnya aku
mengingkari hadith Ziyad bin Bayan ini, dan Ziyad terkenal dengan hadith
ini.
5. Dalam Aunul Ma'bud juga, penulis menaqal bagaimana Al-Mundziri
mengatakan Ziyad sebagai Wahm (dicurigai) kerana memarfu'kan hadith ini
kepada Said bin Musayyib.
عن أم سلمة أن رسول الله قال: يكون اختلاف عند موت خليفة، فيخرج رجل من أهل
المدينة هاربًا إلى مكة، فيأتيه ناس من أهل مكة فيخرجونه وهو كاره،
فيبايعونه بين الركن و المقام، ويُبعث إليه بعث من الشام، فتخسف بهم
البيداء بين مكة والمدينة، فإذا رأى الناس ذلك آتاه أبدال الشام، وعصائب
أهل العراق، فيبايعونه، ثم ينشأ رجل من قريش، أخواله كلب فيبعث إليهم
بعثًا، فيظهرون عليهم، وذلك بعث كلب، والخيبة لمن لم يشهد غنيمة كلب -أو
قال: بيعة كلب- فيقسم المال، ويعمل في الناس بسنة نبيه، ويلقي الإسلام
بجرانه إلى الأرض، فيلبث سبع سنين، تم يتوفى، ويصلي عليه المسلمون
Hadith kelima: Dari Umm Salamah, Rasulullah berkata: Akan terjadi
perbezaan pendapat ketika wafatnya seorang khalifah. Kemudian salah
seorang lelaki penduduk Madinah pergi keluar menuju Makkah. Penduduk
Makkah menemuinya, memintanya keluar dari rumah, padahal ia tidak
menyukainya. Kemudian mereka membai'ah lelaki itu di antara rukun (Hajar
al-Aswad) dan maqam (Maqam Ibrahim). Kemudian datanglah satu pasukan
dari Syam untuk memeranginya. Pasukan itu diserang di padang pasir yang
tandus, yang terletak di antara Makkah dan Madinah. Ketika orang-orang
soleh Syam dan sekelompok orang Iraq mengetahui itu, mereka mendatangi
lelaki tersebut dan membai'ahnya (di antara Hajar Aswad dan Maqam
Ibrahim). Saat itu muncul seorang lelaki Quraisy yang memiliki garis
keturunan daripada pihak ibu Bani Kilab. Lalu lelaki Quraisy itu
mengirimkan pasukan untuk memerangi orang-orang yang membai'ah tadi
berhasil mengalahkan pasukan yang dikirim lelaki Quraisy itu. Merugilah
orang-orang yang tidak menyaksikan rampasan perang Bani Kilab itu.
Kemudian lelaki itu membahagikan harta itu. Dia menerapkan sunnah Nabi
SAW sehingga Islam menjadi terhormat di muka bumi ini. Lelaki itu
(al-Mahdi) memerintah selama tujuh tahun, kemudian wafat dan kaum
Muslimin mensolatkannya.
Riwayat Abu Daud, At-Tabarani, Ibn Hibban, Ahmad dan Al-Hakim.
Komen Ibn Mahmud:
1. Hadith diatas tidak sahih dan tidak sarih menyebut tentang Al-Mahdi.
2. Bahkan As-Suyuti dalam kitab Al-Aalii' Al-Masnu'ah mengatakan hadith ini Mudhu', yakni palsu.
3. Yang paling hampir dengan kisah dalam hadith ialah peristiwa Abdullah
ibn Az-Zubair, dia datang ke Makkah dari Madinah, dibai'ah di hadapan
Ka'bah, diperangi oleh tentera dari Syam yang dipimpin oleh lelaki
Quraisy dari suku Kalb, namun realitinya Ibn Az-Zubair tewas dan wafat
dalam pertempuran. Tidak menjadi pemimpin dunia selama 7 tahun
sepertimana dalam hadith.
4. Ibn Taimiyyah sendiri mengatakan tiada hadith yang sahih mengenai Abdaal dari Syam atau panji-panji dari Iraq.
5. Berapa ramai pemimpin Arab Quraish yang telah menjadi pemerintah,
memerintah pula dengan adil, menegakkan agama Islam, pemerintahannya
aman dan damai, serta makmur melebihi 7 tahun. Padahal mereka tidak pula
dinamakan Al-Mahdi.
6. Bagaiman pula lelaki ini mampu memenuhkan dunia dengan keadilan,
apakah dia dibantu oleh jin dan malaikat? Hatta Rasulullah yang dibantu
malaikat pun masih diuji pelbagai rupa, menempuh pelbagai dugaan dan
kesengsaraan, baginda menurut peraturan dan lumrah alam, dan menjadi
nabi selama 23 tahun, dan masih tidak sampai ke tahap ''memenuhi dunia
dengan keadilan''.
Tambahan:
1. Hadith ini khilafnya pada Qatadah, yang meriwayatkan kepada Hisham, Ma'mar dan Imran Al-Qattan.
2. Melalui jalur Ma'mar, Qatadah meriwayatkan hadith ini dari Mujahid.
Kata Yahya ibn Ma'in; Qatadah tidak pernah mendengar satu hadith pun
dari Mujahid.
2. Melalui jalur Hisham, Qatadah meriwayatkan hadith ini dari Abul
Khalil Salih bin Abi Maryam tanpa sighah Simaa'. Dan Al-Bukhari hanya
menerima hadith Qatadah dari Abul Khalil Salih apabila jelas Qatadah
mengatakan ''Aku mendengar Abul Khalil berkata..''
3. Dalam Sunan Abu Daud, Qatadah meriwayatkan hadith ini dari Abul
Khalil Salih bin Abi Maryam dari - صاحب له - bermaksud rakannya atau
muridnya Abdullah bin Al-Harith. Dan Qatadah masih tidak jelas
mengatakan ''Aku mendengar Abul Khalil berkata..''
4. Dari jalur Imran Al-Qattan, kata At-Tabarani; Hadith ini tidak pernah
diriwayatkan daripada Qatadah melainkan oleh Imran Al-Qattan, dan Imran
ini Kathirul Khata', dan tidak boleh disetandingkan dengan Hisham yang
paling thabit dalam meriwayatkan hadith Qatadah.
عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه قال: قال النبي : يخرج رجل من وراء النهر
يقال له: الحارث بن حراث على مقدمته رجل يقال له: منصور، يوطئ أو يمكّن لآل
محمد كما مكنت قريش لرسول الله ، وجبت على كل مؤمن نصرته أو قال: إجابته
Hadith keenam: Dari Ali bin Abi Talib r.a Rasulullah bersabda:
Seorang lelaki akan keluar dari Waraa' An-Nahr, dia dikatakan bernama
Al-Harith bin Harrath, di barisan hadapan tenteranya seorang lelaki
namanya Mansur, dia akan menolong keluarga Muhammad sebagaimana Quraisy
menolong Rasulallah, dan setiap muslim wajib menolongnya atau menyahut
seruannya.
Riwayat Abu Daud.
Komen Ibn Mahmud;
1. Seperti biasa, tiada nama Al-Mahdi disebut secara sarih dan sahih, bahkan ia tidak pula mutawatir.
2. Bahkan yang sarih disebut ialah nama Al-Harith bin Harrath, dia akan
muncul dari daerah Waraa' An-Nahr, dan apakah Rasulullah akan mewajibkan
ummahnya berbai'ah kepada lelaki yang tidak dikenali ini padahal
baginda Rasulullah tidak pernah menyuruh kepada Abu Bakr selepas
kewafatan baginda?
3. Jika Rasulullah boleh menamakan Al-Harith ini sebagai pembela
Ahlulbayt, sudah Rasulullah akan menerangkan nama khalifah selepasnya
bagi membela keluarga baginda semasa ketiadaan baginda, yang
kepentingannya lebih besar berbanding Al-Mahdi, namun Rasulullah tidak
pula berbuat demikian, namun hadith diatas membawa nama lelaki yang
berbeza sengan apa yang diyakini yakni nama Al-Mahdi sepatutnya bernama
Muhammad bin Abdillah, dia muncul bukan dari Madinah, tetapi Waraa'
An-Nahr, kemudian diwajibkan pula setiap muslim berbai'ah kepadanya!
4. Quraisy tidak semuanya dan tidak selalunya membantu Rasulullah,
kerana Rasulullah banyak berperang dengan Quraisy seperti dalam perang
Badar dan Uhud dan banyak lagi.
5. Dalam hadith Al-Irbadh bin Sariyah, Rasulullah memberikan nasihat dan
wasiat agar berpegang teguh dengan sunnah baginda dan sunnah khulafa'
rasyidin, bukannya sunnah Al-Harith bin Harrath dari Waraa' An-Nahr.
6. Hadith ini didiamkan oleh Abu Daud, dan semua hadith yang
didiamkannya bermakna Salih di sisinya. Dan Salih tidak bermakna Sahih.
7. Al-Mizzi dalam kitabnya Al-Atraf mengatakan hadith ini tidak masyhur sebagai hadith Ali.
8. Adz-Dzahabi dalam kitabnya Al-Mizan mengatakan hadith ini ada tafarrud (riwayat yang menyendiri) oleh Mutrif bin Tarif.
9. Adz-Dzahabi juga mengatakan Abul Hasan dan Hilal bin Amru sebagai majhul (tidak dikenali).
حدثنا أبو نعيم، حدثنا ياسين العجلي عن إبراهيم بن محمد ابن الحنفية عن
أبيه عن علي قال: قال رسول الله : المهدي منا أهل البيت يصلحه الله في ليلة
Hadith ketujuh: Dari Abu Nu'aim dari Yasin Al-'Ijli dari Ibrahim
bin Muhammad bin Al-Hanafiyyah dari ayahnya dari Ali bin Abi Talib,
Rasulullah bersabda: Al-Mahdi itu dari kalangan kami Ahlibayt, Allah
mengelokkannya dalam tempoh satu malam.
Riwayat Ahmad dan lain-lain.
Komen Ibn Mahmud:
1. Ini sangat ajaib kerana seolah-olah Al-Mahdi ini jauh dari taufiq dan kefahaman serta kebijaksanaan.
2. Ibn Majah meriwayatkan dari jalur Uthman bin Abi Syaibah, dan katanya; Yasin Al-'Ijli Dhaif.
3. Ini adalah antara hadith yang menyebutkan nama Al-Mahdi secara sarih
(jelas) namun ia tidak sahih sebagaimana pendhaifan Ibn Majah sendiri.
Tambahan:
1. Al-Bukhari mempunyai komen yang spesifik mengenai Yasin Al-'Ijli. Ibn
'Adiy menaqal qaul Al-Bukhari dalam Al-Kamil; Hadith Yasin Al-'Ijli
dari Ibrahim bin Muhammad bin Al-Hanafiyyah - Fiihi Nazar. Yakni hadith
yang Yasin riwayatkan dari Ibrahim, salah seorang cicit Ali bin Abi
Talib, perlu diperhatikan dan dikaji, kerana ada keraguan padanya.
2. Ibn Hibban dalam kitabnya Al-Majruhin mengatakan; Munkarul Hadith.
3. Hadith diatas juga didhaifkan oleh Al-Bazzar, Al-Uqaili, Al-Mizzi,
Adz-Dzahabi, Ibn Qayyim, dan Abu Nu'aim dalam Al-Hilyah mengatakannya
antara hadith Muhammad bin Al-Hanafiyyah yang Gharib.
حدثنا ابن أبي قيس عن شعيب بن خالد عن أبي إسحاق قال: نظر علي إلى ابنه
فقال: إن ابني هذا سيد كما سماه رسول الله ، وسيخرج من صلبه رجل يسمى باسم
نبيكم يشبهه في الخلق، ولا يشبهه في الخلق . ثم ذكر قصة يملأ الأرض عدلا
Hadith kelapan; Dari Ibn Abi Qays dari Syu'aib bin Khalid, Abu
Ishaq berkata: Ali melihat kepada anaknya lalu berkata ''Anakku ini
adalah seorang sayyid (ketua, pemimpin) sepertimana yang dinamakan
Rasulullah, dan seorang lelaki akan keluar dari sulbinya, namanya sama
dengan nama Nabi kamu dan serupa dengan baginda dari segi tingkahlaku,
namun tidak sama dari segi bentuk tubuh. Lalu dia (Ali) menceritakan
qisah lelaki ini memenuhkan dunia dengan keadilan.
Riwayat Abu Daud.
Komen Ibn Mahmud;
1. Ini adalah kata-kata yang disandarkan kepada Ali dan bukan Rasulullah.
2. Tidak boleh berhujah dengannya dan ia muhtamal (boleh dianggap) sebagai satu pendustaan keatas Rasulullah.
Tambahan;
1. Dalam kitab Aunul Ma'bud syarh Sunan Abi Daud, Al-Azimabadi
mengatakan ia diriwayatkan dengan Sighah Majhul, yakni Abu Daud
mengatakan - Huddith tu - Aku diberitahu - oleh Harun bin Al-Mughirah.
Dan ia antara alamat kedhaifan.
2. Seperti biasa, Abu Daud mendiamkan hadith ini, maka ia Salih dan tak semestinya Sahih.
3. Harun pula ma'ruf sebagai seorang Syiah, namun hadithnya diterima dan
dia bukan Ghuluw. Namun hadith diatas mengenai kelebihan Ahlubayt, maka
apabila seorang Syiah meriwayatkan hadith sebegini, perlu ada syawahid
lain untuk menyokongnya.
4. Kata Al-Bazzar dalam Musnadnya; Hadith ini tidak kami ketahui ia
diriwayatkan dari Rasulullah, dengan lafaz sebegini, wajah sebegini dan
sanad sebegini. Al-Bazzar mengilalkan hadith ini.
5. Kata Ad-Daraqutni dalam ta'liqnya terhadap kitab Al-Majruhin oleh Ibn
Hibban; Aku tidak tahu apa-apa hadith yang musnad bagi hadith ini
(sebagai sokongan).
6. Kata Al-Busiri dalam kitabnya Al-Misbah; Isnad hadith Ali ini Fiihi Maqaal.
عن عبد الله بن مسعود، عن النبي قال: لو لم يبق من الدنيا إلا يوم لطوَّل
الله ذلك اليوم حتى يُبعث فيه رجل مني، أو من أهل بيتي يواطئ اسمه اسمي
واسم أبيه اسم أبي، يملأ الأرض قسطًا وعدلاً كما ملئت جورًا وظلمًا
Hadith kesembilan: Dari Abdillah bin Mas'ud, Rasulullah bersabda:
Jika tidak berbaki dunia ini melainkan satu hari, nescaya Allah akan
memanjangkan hari tersebut hinggalah Dia mengutus ke dunia seorang
lelaki daripadaku, atau daripada ahli keluargaku, namanya sama dengan
namaku, dan nama bapanya adalah nama bapaku, dia memenuhi dunia dengan
kesaksamaan dan keadilan sebagaimana penuhnya dunia dengan kejahatan dan
kezaliman.
Riwayat Ahmad dan At-Tirmizi. Komen At-Tirmizi; Hasan Sahih.
Komen Ibn Mahmud;
1. Para ulama berhati-hati apabila meriwayatkan hadith Ahlilbayt, kerana
banyak manusia yang Ghuluw meriwayatkan hadith-hadith yang didustakan
keatas mereka. (Bukan Ahlulbayt yang Ghuluw, tapi manusia lain, mungkin
pengikut fanatik atau Syiah)
2. Tidak ada perkara khusus bagi Ahlubayt. Al-Bukhari (dan Muslim) meriwayatkan hadith Ali;
Ali ditanya: Apakah Rasulullah mengkhususkan kalian (Ahlulbayt) dengan sesuatu?
Jawab Ali: Rasulullah tidak mengkhususkan sesuatu pun terhadap kami, melainkan apa yang ada dalam sarung pedangku ini.
Lalu Ali mengeluarkan suatu helaian yang tertulis;
*Laknat Allah terhadap sesiapa yang menyembelih bukan atas nama Allah
*Laknat Allah terhadap sesiapa yang mengubah tanda sempadan tanah
*Laknat Allah terhadap sesiapa yang melaknat kedua ibu bapanya
*Laknat Allah terhadap sesiapa yang membantu penjenayah/ahli bid'ah
3. Kerana banyaknya penipuan sekitar hadith-hadith fadhilat Ahlubayt,
Al-Bukhari dan Muslim berhati-hati hingga tidak memasukkan satu pun
hadith Al-Mahdi dalam kitab Sahihayn (bahkan mana-mana kitab mereka).
Kerana ia selalunya dhaif atau maudhu'.
4. Yang sahih ialah hadith Rasulullah mengenai Al-Hasan, bagaimana
baginda memberitahu Al-Hasan akan mendamaikan dua kumpulan besar, yakni
ketika dia menyerahkan khilafah terhadap Muawiyah sebagai tanda
perpaduan dan keamanan. Hingga dinamakan Tahun Jama'ah.
Tambahan:
1. Di dalam sanad hadith ini adalah Asim bin Bahdalah atau Asim bin Abu
Nujud, kata Al-Uqaili: Buruk ingatannya. (Yakni dalam hadith, adapun
dalam qiraat maka dia merupakan imam).
2. Kata Ad-Daraqutni; Pada ingatannya ada sesuatu (untuk diperhatikan).
3. Ibn Rajab dalam Syarh Ilal At-Tirmizi mengatakan; Buruk hafalannya,
dan hadithnya dari Zurr dan Abu Wail khasnya adalah Mudhtarib.
Kadang-kadang dia meriwayatkan satu hadith dari Zurr, kadang-kadang dari
Abu Wail pula.
4. Kata Hammad bin Salamah (yang meriwayatkan beberapa hadith dari Asim)
mengatakan: Asim meriwayatkan kepada kami hadith dari Zurr pada sebelah
siang, dan dia meriwayatkan pula dari Abu Wail pada sebelah malam.
5. Al-Ijli mengatakan: Asim adalah thiqah dalam hadith, namun banyak kesilapannya dalam hadith Zurr dan Abu Wail.
6. Abu Hatim mengatakan: Salihul Hadith, kedudukannya Saduq, bukan
Al-Hafiz dan bukan menjadi kedudukannya untuk dipanggil Thiqah.
عن عبدالله بن الحارث بن جزء الزبيدي قال: قال رسول الله : يخرج الناس من المشرق فيوطئون للمهدي ، يعني السلطان
Hadis Kesepuluh: Daripada Abdillah bin Al-Harith bin Juz'
Az-Zabidi, Rasulullah bersabda: Manusia akan keluar dari timur, mereka
akan membuka jalan kekuasaan untuk Al-Mahdi.
Riwayat Ibn Majah, Al-Bazzar dan At-Tabarani.
Komen:
1. Isnad hadith ini mengandungi Abu Lahi'ah. Kata At-Tabarani dalam
Al-Mu'jam Al-Awsat; Hadith ini tidak diriwayatkan dari Al-Harith dengan
isnad ini, Abu Lahi'ah telah menyendiri dalam hal ini.
2. Selain itu terdapat Abu Zur'ah Amru bin Jabir, seorang tabi'i dari
Mesir, bermazhab Syiah. Kata Ibn Adi; Ada yang diriwayatkannya
hadith-hadith munkar, ada juga yang masyhur.
3. Ahmad berkata: Telah sampai pada ku bahawa dia (Amru bin Jabir) adalah seorang pendusta.
4. Kata An-Nasaei: Dia tidak thiqah.
5. Kata Ibn Hajar: Dhaif lagi Syiah
6. Kata Adz-Dzahabi: Halik (hancur/musnah)
Tambahan dari Tahzib Al-Kamal;
1. Ibn Lahi'ah, salah seorang murid Amru berkata: Dia seorang syaikh
dari kalangan kami, dia bebal kerana mengatakan Ali di atas awan.
2. Ibn Lahi'ah juga mengatakan: Amru ini tidak siuman, pernah dia duduk
bersama kami, lalu dia memandang langit kemudian berkata: Itulah Ali bin
Abi Talib, dia telah berlalu pergi bersama awan.
3. Ibn Lahi'ah menambah: Amru bin Jabir ini lemah aqalnya, dia mengatakan Ali di atas awan.
4. Al-Juzajani berkata: Dia tidak thiqah atas sebab kebebalan dan kejahilan.
عن عبد الله بن مسعود قال: بينما نحن عند رسول الله إذ أقبل فتية من بني
هاشم، فلما رآهم النبي اغرورقت عيناه، وتغير لونه، قلت: ما نزال نرى في
وجهك شيئًا نكرهه!؟ قال: إنا أهل البيت اختار لنا الله الآخرة على الدنيا،
وإن أهل بيتي سيلقون بلاء وتشريدًا وتطريدًا حتى يأتي قوم من أهل المشرق
ومعهم رايات سود، يسألون الحق فلا يعطونه، فيقاتلون فينصرون فيعطون ما
سألوا، فلا يقبلونه حتى يدفعوها إلى رجل من أهل بيتي، فيملؤها قسطًا كما
ملئت جورًا، فمن أدرك ذلك فليأتهم ولو حبوًا على الثلج
Hadis Kesebelas: Dari Ibn Mas'ud dalam Sunan Ibn Majah,
Rasulullah berkata ''Kami Ahlulbayt, Allah telah memilih akhirat buat
kami keatas dunia, dan Ahlibayt ku akan ditimpa bala dan mala petaka,
hinggalah datang suatu kaum dari timur yang membawa sama panji-panji
hitam, Ahlibayt meminta hak namun mereka tidak diberikannya, lalu mereka
memerangi kemudian mendapat bantuan, lalu mereka diberikan apa yang
mereka pinta namun mereka tidak menerimanya hinggalah mereka
menyerahkannya kepada seorang lelaki dari Ahlibayt ku, dia memenuhinya
(dunia) dengan keadilan sepertimana ia penuh dengan kejahatan,
barangsiapa yang sempat hidup hingga tiba hari tersebut hendaklah datang
kepada Ahlulbayt meskipun terpaksa merangkak diatas salji''
Riwayat Ibn Majah dan Al-Hakim.
Komen Ibn Mahmud;
1. Adz-Dzhahabi mengatakan; Hadith ini Maudhu' (palsu). (Dari jalur Al-Hakim dalam Mustadraknya)
Tambahan:
2. Dari jalur Ibn Majah, di dalam sanadnya ada Yazid bin Abi Ziyad.
Al-Uqaili mengingkari hadith Panji Hitam dan membawa qaul Ahmad;
Hadith-hadith panji ini Laysa Bi Syai'.
3. Abu Usamah Hammad bin Usamah mengatakan; ''Hadith Yazid dari Ibrahim
mengenai panji-panji hitam, kalau dia bersumpah 50 kali sekalipun, aku
tidak akan mempercayainya''. Adz-Dzahabi menyetujui komen Abu Usamah ini
dalam As-Siyar.
4. Ibn Adi berkata: Salah seorang Syiah ahli Kufah, meskipun dia Syiah tapi hadithnya ditulis.
5. Berkata Ibn Fudhayl (seorang muhaddith Syiah): Yazid merupakan antara imam-imam besar Syiah di Kufah.
عَنْ أَبِي إِسْحَقَ قَالَ قَالَ عَلِيٌّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ وَنَظَرَ
إِلَى ابْنِهِ الْحَسَنِ فَقَالَ إِنَّ ابْنِي هَذَا سَيِّدٌ كَمَا
سَمَّاهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَسَيَخْرُجُ مِنْ
صُلْبِهِ رَجُلٌ يُسَمَّى بِاسْمِ نَبِيِّكُمْ يُشْبِهُهُ فِي الْخُلُقِ
وَلَا يُشْبِهُهُ فِي الْخَلْقِ ثُمَّ ذَكَرَ قِصَّةً يَمْلَأُ الْأَرْضَ
عَدْلًا
Hadis Kedua Belas: Dari Abu Ishaq ia berkata; Sambil melihat
puteranya Al hasan, Ali radliallahu 'anhu berkata berkata, "Puteraku ini
adalah seorang pemimpin sebagaimana yang disebutkan oleh Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam, dan akan keluar dari keturunannya seorang
laki-laki yang bernama seperti nama Nabi kalian, akhlaqnya sama tetapi
tidak untuk postur tubuhnya." Kemudian beliau menyebutkan kisahnya, "Ia
akan memenuhi bumi dengan keadilan." (Hadis Hasan riwayat Abu Daud No
3739 Kitab Al-Mahdi)
1. Ini adalah kata-kata yang disandarkan kepada Ali dan bukan Rasulullah.
2. Tidak boleh berhujah dengannya dan ia muhtamal (boleh dianggap) sebagai satu pendustaan keatas Rasulullah.
Tambahan;
1. Dalam kitab Aunul Ma'bud syarh Sunan Abi Daud, Al-Azimabadi
mengatakan ia diriwayatkan dengan Sighah Majhul, yakni Abu Daud
mengatakan - Huddith tu - Aku diberitahu - oleh Harun bin Al-Mughirah.
Dan ia antara alamat kedhaifan.
2. Seperti biasa, Abu Daud mendiamkan hadith ini, maka ia Salih dan tak semestinya Sahih.
3. Harun pula ma'ruf sebagai seorang Syiah, namun hadithnya diterima dan
dia bukan Ghuluw. Namun hadith diatas mengenai kelebihan Ahlubayt, maka
apabila seorang Syiah meriwayatkan hadith sebegini, perlu ada syawahid
lain untuk menyokongnya.
4. Kata Al-Bazzar dalam Musnadnya; Hadith ini tidak kami ketahui ia
diriwayatkan dari Rasulullah, dengan lafaz sebegini, wajah sebegini dan
sanad sebegini. Al-Bazzar mengilalkan hadith ini.
5. Kata Ad-Daraqutni dalam ta'liqnya terhadap kitab Al-Majruhin oleh Ibn
Hibban; Aku tidak tahu apa-apa hadith yang musnad bagi hadith ini
(sebagai sokongan).
6. Kata Al-Busiri dalam kitabnya Al-Misbah; Isnad hadith Ali ini Fiihi Maqaal.
Hadis sahih Muslim di bawah, siapakah pemimpin manusia tersebut :
حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ شُجَاعٍ وَهَارُونُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ
وَحَجَّاجُ بْنُ الشَّاعِرِ قَالُوا حَدَّثَنَا حَجَّاجٌ وَهُوَ ابْنُ
مُحَمَّدٍ عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ قَالَ أَخْبَرَنِي أَبُو الزُّبَيْرِ
أَنَّهُ سَمِعَ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُا
سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا
تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي يُقَاتِلُونَ عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ
إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ قَالَ فَيَنْزِلُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَقُولُ أَمِيرُهُمْ تَعَالَ صَلِّ لَنَا
فَيَقُولُ لَا إِنَّ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ أُمَرَاءُ تَكْرِمَةَ اللَّهِ
هَذِهِ الْأُمَّةَ
Dari Ibnu Juraih katanya dikhabarkan kepada aku oleh Abu Zubair, bahawa
dia mendengar Jabir bin Abdillah berkata, ‘ Aku mendengar nabi s.a.w
bersabda, ‘Akan sentiasa satu kelompok dari umatku berperang dalam
kebenaran sehingga hari kiamat, kata baginda, ‘Akan turunnya Isa bin
Maryam, kemudian berkata pemimpin mereka al-Mahdi :"Mari sembahyang
bersama kami." Jawab Isa : "Tidak, sesungguhnya sebahagian kamu menjadi
pemimpin sebahagian yang lain sebagai penghormatan dari Allah kepada
umat ini
Inilah 'hujah' yang saya nantikan daripada mereka yang berminat untuk
berdiskusi. Sebelum ni saya asyik terbaca komen peribadi saja, yang ini
barulah ilmiah.
Pemimpin muslimin itu mujarrad dan bukan mukhtass, Rasulullah tak sebut
pun nama dia Muhammad bin Abdillah, Al-Mahdi, bawa panji hitam dari
Khurasan, bangsa Quraisy, hidung mancung, dahi berkilat, memerintah 9
tahun dan sebagainya.
terdapat beberapa buah mulut yang mengatakan Hadis Imam Mahdi itu sahih
kerana ia mutawatir, mustahil ramai orang berdusta dan berpakat
menipunya. Ia tercatat jelas dalam kitab hadis Ibnu Majah, Abu Daud,
Tirmizi dan lain-lain. Dan hadis mutawatir juga mengatakan dari zuriat
Nabi Muhammad itu munculnyanya Imam Mahdi. Lalu kini saya juga
mendatangkan beberapa hadis yang begitu banyak dan diklasifikasikan
sebagai hadis mutawatir iaitu Imam Mahdi itu adalah dari keturunan
Al-Abbas. Imam Mahdi: Adakah dari Keturunan Al-Abbas atau Keturunan Nabi
Muhammad?
Asy-Syaikh Al-Imam Muhammad Al-Ghazali
dalam kitabnya Mushkilat fi tariq al-hayah al-Islamiyah (مشكلات في طريق الحياة الاسلامية)
muka surat 106,
لما الفت كتابي
(عقيدة المسلم ) لم أذكر شيئا عن المهدي المنتظر ، وعندما خوطبت في ذلك ، وقيل لي
: لم لم تذكره في علامات الساعة ؟ قلت : من محفوظاتي و أنا طالب أنه لم يرد في المهدي
حديث صريح ، وما ورد صريحا فليس بصحيح ! و إذا كان ما ورد لم ينهض إلى تكوين حكم ثابت
، فكيف أجعله عقيدة تفصل بين بين الكفر والإيمان وأردفت ضاحكا : المشكلة الآن ليست
في المهدي المنتظر ، إنما هي في المهدي غير المنتظر الذي يفاجئنا بظهوره بين الحين
والحين
Apabila aku membelek-belek kitabku
Aqidatul Muslim, aku dapati tiada satu hadis pun mengenai Al-Mahdi
Al-Muntazhar, apabila aku diberitakan sebegitu dan ditanya; Kenapa kau tidak
memasukkannya sebagai salah satu tanda-tanda kiamat? Aku menjawab; Apa yang aku
ingat sewaktu aku belajar dulu, tidak diriwayatkan satu hadis pun yang sarih
mengenai Al-Mahdi, dan jika ia sarih, maka ia tidak pula sahih! Jika ada yang
diriwayatkan pun, ia tidak sampai ke tahap hukum yang thabit, maka bagaimana
aku boleh menjadikannya satu akidah yang memisahkan kufur dan iman? Aku
menambah sambil ketawa; Masalahnya sekarang bukanlah Al-Mahdi yang
ditunggu-tunggu, tapi Al-Mahdi yang tidak ditunggu yang kemunculannya banyak
mengejutkan kita dari semasa ke semasa.
Asy-Syaikh Muhammad Rasyid Ridha dalam
kitabnya Tafsir Al-Manar mengulas tentang Al-Mahdi;
وأما التعارض
في أحاديث المهدي فهو أقوى وأظهر , والجمع بين الروايات فيه أعسر ، والمنكرون لها أكثر
، والشبهة فيها أظهر
Percanggahan dalam hadis-hadis Al-Mahdi
lebih kuat dan lebih terang, dan lebih sukar untuk menghimpunkan
riwayat-riwayatnya, dan orang yang ingkar akannya lebih ramai, serta syubhah di
dalamnya lebih jelas.
Al-Imam Asy-Syatibi dalam kitabnya
Al-I'tisam mengithbatkan Isa a.s sebagai Al-Mahdi sebenar.
فالمهديُّ عيسى
عليه السلام
Sebenarnya Al-Mahdi itu Isa alaihissalam.
(Asy-Syatibi menegaskan bahawa Al-Mahdi sebenar ialah Isa a.s setelah beliau
mengkritik keras Ibn Tumart yang mendakwa dirinya Al-Mahdi.)
وقال الامام أحمد
عن عبد الرزاق، عن أبيه، عن وهب بن منبه أنه قال: إن كان في هذه الامة مهدي فهو عمر
بن عبد العزيز، ونحو هذا قال قتادة وسعيد بن المسيب وغير واحد
Dari Ahmad, dari Abdurrazzaq, dari
ayahnya, Wahb bin Munabbih berkata: Jika ummah ini mempunyai seorang Mahdi,
nescaya ia Umar bin Abdil Aziz. Qatadah dan Sa'id bin Musayyib juga berkata
demikian.
Bagi sesiapa yang cuba mempertikaikan Wahb
bin Munabbih, ketahuilah bahawa beliau adalah seorang salah seorang Tabiin yang
hebat, dan hadisnya diriwayatkan dalam keenam-enam kitab hadis yang utama.
Wahb bin Munabbih, Qatadah dan Sa'id bin
Musayyib, menurut riwayat Ahmad bin Hanbal, mengithbatkan Umar bin Abdil Aziz
sebagai Mahdi. Mengapa? Padahal nama Umar bin Abdil Aziz tidak serupa dengan
Muhammad bin Abdillah? Umar juga bukan keturunan Ahlul Bayt, apatah lagi
menjadi imam solat kepada Nabi Isa a.s? Mengapa 3 Kibar Tabiin ini tidak memahami
Al-Mahdi sebagaimana kita memahaminya? Apakah mereka juga jahil ilmu hadis dan
bukan ahli ilmu?
عن أحمد بن إدريس،
عن محمد بن عبد الجبار، عن صفوان، عن الفضيل، عن الحارث بن المغيرة، قال: قلت لأبي
عبدالله : قال رسول الله : من مات ولا يعرف إمامه مات ميتة جاهلية؟ قال: نعم، قلت:
جاهلية جهلاء؟ أو جاهلية لا يعرف إمامه؟ قال: جاهلية كفر ونفاق وضلال
Dari Ahmad bin Idris, dari Muhammad bin
Abdil Jabbar, dari Safwan, dari Fudhail, dari Al-Harith bin Al-Mughirah, dia
berkata: Aku bertanya kepada Abu Abdillah; Adakah Rasulullah mengatakan
''Sesiapa yang mati tanpa mengetahui imam zamannya, maka dia mati dalam
Jahiliyah''? Kata Abu Abdillah: Ya. Aku berkata: Jahiliyah seperti orang jahil?
Atau Jahiliyah seperti orang yang tidak mengenal imam? Kata Abu Abdillah:
Jahiliyah secara kufur, nifaq dan sesat.(Riwayat Al-Kulaini dalam Usul Al-Kafi
iaitu Kitab Rujukan Syiah Terbesar). Ibn
Taimiyah dan al-Muhaddith Nashiruddin al-Albani berkata ini bukan hadis tetapi
ciptaan Syiah semata-mata.
Dalil Syiah yang menjadikan Al-Mahdi
sebagai aqidah dan usul, dan sesiapa yang mengingkarinya dikira kafir;
عن جابر بن عبد
الله رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من كذب بالدجال فقد كفر،
ومن كذب بالمهدي فقد كفر
Dari Jabir bin Abdillah r.a, Rasulullah
s.a.w bersabda: Sesiapa yang tidak mempercayai Dajjal adalah kafir, sesiapa
yang tidak mempercayai Al-Mahdi adalah kafir. (Kitab 'Aqdud Durar fi Akhbar
Al-Muntazhar oleh Yusuf As-Salami Asy-Syafii)
Al-Mahdi dan panji, di sisi Syiah,
Kononnya Ali berkata:
يظهر صاحب الراية
المحمدية والدولة الاحمدية القائم بالسيف والحال الصادق في المقال يمهد الارض ويحيي
السنة والغرض
Akan muncul pemegang Panji Muhammadiyah
dan pendiri Daulah Ahmadiyah, yang bangkit disertai pedang, dengan hal yang
benar, dia meratakan bumi dan menghidupkan sunnah dan tujuan. (Riwayat
Al-Qunduzi dalam kitabnya Yanabii' Al-Mawaddah).
Dalil yang diguna pakai oleh Syiah,
antaranya;
حَدَّثَنَا هَدِيَّةُ
بْنُ عَبْدِ الْوَهَّابِ , حَدَّثَنَا سَعْدُ بْنُ عَبْدِ الْحَمِيدِ بْنِ جَعْفَرٍ
, عَنْ عَلِيِّ بْنِ زِيَادٍ الْيَمَامِيِّ , عَنْ عِكْرِمَةَ بْنِ عَمَّارٍ , عَنْ
إِسْحَاق بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ , عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ , قَالَ
: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , يَقُولُ : "
نَحْنُ وَلَدَ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ , سَادَةُ أَهْلِ الْجَنَّةِ , أَنَا , وَحَمْزَةُ
, وَعَلِيٌّ , وَجَعْفَرٌ , وَالْحَسَنُ , وَالْحُسَيْنُ , وَالْمَهْدِيُّ
Dari Hadiyyah bin Abdil Wahhab, dari Sa'd
bin Abdil Hamid bin Ja'far, dari Ali bin Ziyad Al-Yamami, dari Ikrimah bin
'Ammar, dari ishaq bin Abdillah bin Abi Talhah, dari Anas bin Malik, Rasulullah
bersabda: Kamilah keturunan Abdil Muttalib; Aku, Hamzah, Ali, Ja'far, Al-Hasan,
Al-Husain, dan Al-Mahdi. (Riwayat Ibn Majah dan Al-Hakim. Al-Albani kata hadis
ini MAUDHU'. Imam Al-Hakim selalu terlibat dengan membawa hadis Syiah).
Ibn 'Asyur At-Tunisi (Muhammad at-Tahir
bin Asyur) seorang mufassir, tokoh bahasa, dan Syaikhul Islam bagi mazhab
Maliki dalam kitabnya Tahqiqat Wa Anzhor Fi Al-Quran wa As-Sunnah (تحقيقات وأنظار في القرآن
والسنة)
إنه ليس مما يتعين
على المسلمين العلم به واعتقاده. وإنما يكون من المسائل التي تندرج تحت توسيع المعارف
الإسلامية
، وخلاصة القول فيها من جهة النظر أنها
مستبعدة مسترابة، وإننا لو سلمنا جدلاً بارتفاعها عن رتبة الضعف فإننا لا نستثمر منها
عقيدة لازمة ولا مأمورات مندوبة، بَلْهَ الجازمة
(( لو كانت أحاديث المهدي من الصحة في الموضع الذي يذكرونه من تواترها
وشهرتها لما فات جميعها أو بعضها الإمامين الجليلين البخاري ومسلماً اللذين جمعا في
صحيحيهما حتى كيفية الأكل والشرب والاضطجاع والسواك والحديث عن خف النبي صلى الله عليه
وآله وسلم ونحو ذلك من أمور جزئية في الحياة
Sesungguhnya dia (Al-Mahdi) tidak termasuk
sebagai sesuatu yang diwajibkan para muslimin untuk mengetahuinya dan berakidah
dengannya. Bahkan ia merupakan sesuatu yang meresap masuk (ke dalam akidah Muslimin)
akibat perkembangan pengetahuan Islam. Kesimpulannya,
ia merupakan sesuatu yang jauh menyimpang dan diragui, dan jika kami menerima
argumen yang menaik taraf perkara ini daripada martabat kedaifan sekalipun,
kami tidak akan menganggapnya sebagai suatu akidah yang lazim, tidak juga
sebagai perkara yang diwajibkan atau disunatkan, apatah lagi sebagai sesuatu
yang konklusif. Kalaulah hadis-hadis
Al-Mahdi ini sahih sepertimana kata mereka yang menganggapnya mutawatir dan
masyhur, maka sudah pasti dua imam yang mulia Al-Bukhari dan Muslim tidak akan
terlepas dari meriwayatkannya dalam Sahihayn mereka, dan kedua-dua mereka ini
mengumpulkan kaifiat makan, minum, berbaring, siwak hatta kasut Nabi s.a.w dan
banyak lagi perkara-perkara ranting dalam kehidupan ini.
Di dalam Lisanul Arab mencatatkan:
المهدي الذي قد
هداه الله إلى الحق ، وقد استعمل في الأسماء حتى صار كالأسماء الغالبة ، وبه سمي المهدي
الذي بشر به النبي صلى الله عليه وسلم أنه يجيء في آخر الزمان ، ويريد بالخلفاء المهديين
: أبا بكر وعمر وعثمان وعليا رضوان الله عليهم
"Al-Mahdi merupakan orang yang diberi
petunjuk oleh Allah ke arah kebenaran, dan kalimah ini telah digunakan hingga
ia menjadi nama yang dominan. Dan dengan kalimah ini juga Rasulullah menamakan
Al-Mahdi yang baginda khabarkan bahawa dia akan datang di akhir zaman, dan dia
dimaksudkan dengan para Khulafa Mahdiyyin; Abu Bakr, Umar, Uthman dan Ali.
Redha Allah keatas mereka".
Di dalam kitab Fathul Bari oleh Ibn Hajar
yang mensyarahkan hadith 12 khalifah dengan menukilkan kata-kata Ibnul Munadi
(256H-336H) mengatakan ada 12 Mahdi selepas Al-Mahdi. 5 Mahdi dari keturunan
Hasan, 5 Mahdi dari keturunan Husain, kemudian 1 Mahdi dari keturunan Hasan,
kemudian anaknya Mahdi yang ke-12 dan yang terakhir. Ibn Hajar juga menaqalkan
riwayat Musaddad dalam Al-Musnad Al-Kabir;
أخرجه مسدد في
مسنده الكبير من طريق أبي بحر ان أبا الجلد حدثه انه لا تهلك هذه الأمة حتى يكون منها
اثنا عشر خليفة كلهم يعمل بالهدى ودين الحق منهم رجلان من أهل بيت محمد يعيش أحدهما
أربعين سنة والاخر ثلاثين سنة
Musaddad meriwayatkan dalam Al-Musnad
Al-Kabir dari jalur Abu Bahr bahawa Abul Jild mengkhabarkannya; Ummah ini tidak
akan musnah hingga datang dari kalangan mereka 12 khalifah, kesemua mereka
beramal dengan petunjuk dan agama yang benar, 2 orang dari kalangan Ahli Bayt
Muhammad, salah seorang hidup selama 40 tahun, dan seorang lagi 30 tahun.
Ibn Hajar Al-Haitami pula menaqal:
الا ابشرك يا
عم ان من ذريتك الاصفياء، ومن عترتك الخلفاء،ومنك المهدي في آخر الزمان، به ينشر اللّه
الهدى، ويطفئ نيران الضلالة، ان اللّه فتح بنا هذا الامر،وبذريتك يختم
وخبر الهيثم بن
كليب، وابن عساكر، عن ابن عباس ورجاله ثقات: اللهم انصر العباس وولد العباس (ثلاثا)
يا عم اما علمت ان المهدي من ولدك موفقا راضيا مرضيا
Tidakkan kau mahu aku menggembirakanmu
wahai bapa saudara, sesungguhnya dari zuriatmu muncul para Asfiyaa', dan dari
itrahmu muncul para Khulafa', dan dari keturunanmu muncul Al-Mahdi di akhir
zaman, dengannya Allah akan menyebarkan petunjuk, dan memadam api kesesatan,
dan Allah memulakan urusan agama ini dengan kita, dan Dia menutupnya dengan
zuriatmu.
Khabar Al-Haitham bin Kulaib, dan Ibn
Asakir, dari Ibn Abbas dan rijalnya thiqaat, Rasulullah bersabda; Ya Allah
bantulah Al-Abbas dan keturunan Al-Abbas (3 kali). Wahai bapa saudara, tidakkah
kau tahu yang Al-Mahdi itu muncul dari keturunanmu, dalam keadaan dia mendapat
taufiq, meredhai dan diredhai?
Ia merujuk kepada hadis oleh Ad-Daraqutni
meriwayatkan dalam Al-Afraad;
حدثنا إبراهيم
بن عبد الصمد بن موسى الهاشمي ، ثنا محمد بن الوليد القرشي ، ثنا أسباط بن محمد ، وصلة
بن سليمان الواسطي ، عن سليمان التيمي ، عن قتادة ، عن سعيد بن المسيب ، عن عثمان بن
عفان ، رضي الله عنه ، قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : المهدي من ولد
العباس عمي
Dari Ibrahim bin Abdus Samad bin Musa
Al-Hashimi, dari Muhammad bin Al-Walid Al-Qurashi, dari Asbaat bin Muhammad,
dari Waslah bin Sulaiman Al-Wasiti, dari Sulaiman At-Taimi, dari Qatadah, dari
Sa'id bin Al-Musayyib, dari Uthman bin Affan r.a berkata; Aku mendengar
Rasulullah bersabda: "Al-Mahdi itu dari keturunan Al-Abbas, bapa
saudaraku"
dan:
وخبر الديلمي
عن ام سلمة: لن تزال الخلافة في ولد عمي صنو ابي العباس حتى يسلموها الى الدجال
khabar Ad-Dailami dari Umm Salamah;
Khilafah itu akan sentiasa di tangan keturunan bapa saudaraku, dan bapa
saudaraku Al-Abbas adalah kembar bapaku, hinggalah khilafah itu jatuh ke tangan
Dajjal.
serta:
وخبر الخطيب عن
ابن عباس عن أمه أم الفضل : يا عباس انت عمي وصنو ابي، وخير من اخلف بعدي من اهلي اذا
كانت سنة خمس وثلاثين ومائة فهي لك ولولدك، منهم: السفاح، ومنهم المنصور، ومنهم المهدي
Khabar Al-Khatib dari Ibn Abbas dari
ibunya Umm Fadhl. Rasulullah bersabda: Wahai Abbas, dikau bapa saudaraku dan
kembar bapaku, dan kaulah sebaik-baik pengganti selepasku, apabila datang tahun
153 (Hijrah) maka ia tahun buatmu dan keturunanmu, antaranya ialah As-Saffah,
Al-Mansur dan Al-Mahdi.
Andaikata mereka mengatakan bahawa hadis
Mutawatir mengenai Imam mahdi dari keturunan Nabi Muhammad, saya juga mendapati
banyak riwayat mutawatir mengatakan dari Ibnu Abbas. Maka memandangkan terdapat
banyak riwayat yang mengatakan Al-Mahdi itu keturunan Al-Abbas, bolehkah saya
mengatakan hadith dan riwayat tersebut mutawatir dan sahih?
قال رسول الله
- صلى الله عليه وسلم - للعباس : إذا كان غداة الاثنين فأتني أنت وولدك حتى أدعو لهم
بدعوة ينفعك الله بها وولدك ، فغدا وغدونا معه ، وألبسنا كساءه ثم قال : اللهم اغفر
للعباس وولده مغفرة ظاهرة وباطنة لا تغادر ذنبا ، اللهم احفظه في ولده . رواه الترمذي
. وزاد رزين : واجعل الخلافة باقية في عقبه وقال الترمذي : هذا حديث غريب
Rasulullah bersabda kepada Al-Abbas: Datanglah
kepadaku pada hari Isnin bersama anakmu agar aku doakan mereka dengan suatu doa
yang Allah akan memberi manfaat kepada mereka dengannya. Maka tiba hari itu dan
kami menemui baginda, lalu baginda memakaikan kami dengan kisaa' (kain) lalu
bersabda: Ya Allah ampunilah Al-Abbas dan anak-anaknya dengan keampunan yang
zahir dan batin dan jangan Kau tinggalkan satu dosa pun. Ya Allah peliharalah
Al-Abbas melalui anak-anaknya.
Razin menambah: Dan Kau jadikanlah
khilafah itu kekal dalam penguasaannya. (Riwayat At-Tirimizi tanpa ziyadah
Razin, kata Abu Isa: Gharib.)
عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ
إِلَّا عَلَى شِرَارِ النَّاسِ. (مسلم والإمام أحمد(
Dari Ibn Mas'ud r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:
"Tidak berlaku saat qiamat melainkan semasa tidak ada di dunia ini selain
daripada orang-orang jahat (yang tidak mengenal baik dan buruk) - Muslim dan
Imam Ahmad)
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ
اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
لَا تَذْهَبُ الدُّنْيَا حَتَّى يَمْلِكَ الْعَرَبَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ
اسْمُهُ اسْمِي (وَفِي رِوَايَةٍ لِأَبِي دَاوُدَ: يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي
وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمَ أَبِي).
Dari Abdullah bin Mas'ud r.a. katanya: Rasulullah
s.a.w bersabda: "Tidak habis umur dunia ini sehingga bangsa Arab dan
pengikut-pengikutnya dikuasai oleh seorang dari ahli rumahku yang namanya
menyamai namaku"; (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud - ada disebutkan:
"Yang namanya menyamai namaku, dan nama ayahnya menyamai nama
ayahku") - (Tirmizi dan Abu Daud)
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ
اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
الْمَهْدِيُّ مِنِّي أَجْلَى الْجَبْهَةِ أَقْنَى الْأَنْفِ يَمْلَأُ الْأَرْضَ
قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا يَمْلِكُ سَبْعَ سِنِينَ.
Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a. katanya: Rasulullah
s.a.w., bersabda: "Mahadi itu dari keturunanku, dahinya luas,
hidungnya mancung; ia akan memenuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan,
sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan; ia
memerintah selama tujuh tahun." (Abu Daud)
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ
اللَّهُ عَنْهُ قَالَ ذَكَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
بَلَاءً يُصِيبُ هَذِهِ الْأُمَّةَ حَتَّى لَا يَجِدَ الرَّجُلُ مَلْجَأً يَلْجَأُ
إِلَيْهِ مِنَ الظُّلْمِ فَيَبْعَثُ اللَّهُ رَجُلًا مِنْ عِتْرَتِي وَأَهْلِ
بَيْتِي فَيَمْلَأُ بِهِ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا
وَجَوْرًا يَرْضَى عَنْهُ سَاكِنُ السَّمَاءِ وَسَاكِنُ الْأَرْضِ لَا تَدَعُ
السَّمَاءُ مِنْ قَطْرِهَا شَيْئًا إِلَّا صَبَّتْهُ مِدْرَارًا وَلَا تَدَعُ
الْأَرْضُ مِنْ نَبَاتِهَا شَيْئًا إِلَّا أَخْرَجَتْهُ حَتَّى يَتَمَنَّى الْأَحْيَاءُ
وَالْأَمْوَاتُ أَنْ يَعِيشَ فِي ذَلِكَ سَبْعَ سِنينَ أَوْ ثَمَانَ سِنِينَ أَوْ
تِسْعَ سِنِينَ.
Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a., katanya:
Rasulullah s.a.w. telah menyebut satu bala bencana akan menimpa umat ini
sehingga seseorang tak dapat tempat untuk berlindung daripada kezaliman;
maka Allah Taala lahirkan seorang dari keturunanku dan ahli rumahku,
serta Tuhan penuhkan bumi dengan kejujuran dan keadilan disebabkan
pemerintahannya sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan
kecurangan; penduduk langit dan bumi puas hati dengan pemerintahannya; langit
pula tidak meninggalkan sedikit pun dari hujannya melainkan dicurahkannya
dengan lebat dan bumi juga tidak meninggalkan dari tumbuh-tumbuhannya melainkan
dikeluarkannya dengan sebanyak-banyaknya sehingga orang yang hidup suka kalau
orang-orang matinya hidup semula (supaya mereka dapat menikmati kemakmuran itu
bersama); Mahadi itu akan hidup dalam keadaan yang tersebut selama tujuh atau lapang
atau pun sembilan tahun."
IMAM MAHDI
Berdasarkan firman Allah:
فَهَلْ يَنظُرُونَ
إِلَّا السَّاعَةَ أَن تَأْتِيَهُم بَغْتَةً فَقَدْ جَاء أَشْرَاطُهَا فَأَنَّى
لَهُمْ إِذَا جَاءتْهُمْ ذِكْرَاهُمْ
Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan
hari kiamat (yaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, karena
sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka
kesadaran mereka itu apabila Kiamat sudah datang?
Maka dalam kitab Alamat Kiamat oleh Syeikh Jalaluddin
di antaranya dituliskan begini: Ulama-ulama mengira bilangan huruf "
baghtah " itu ialah sebanyak 1407 tahun. Ertinya tempoh berlaku kejadian
alamat kiamat yang besar dengan turunnya ayat ini ialah 1407 tahun. Atas dasar
inilah Imam Sayuti rahimahumullahu taala dalam kitabnya “Kasyaf” membuat
ijtihad bahawa kedatangan Imam Mahdi (Mujaddid akhir zaman) sebagai satu tanda
alamat kiamat yang besar itu ialah pada tahun 1407 Hijriah. Dengan kata lain,
mujaddid itu akan lahir di awal kurun ke 15 Hijrah. Untuk menyaksikan benar
tidaknya ijtihad ini, kita lihat pula apa kata lmam lbnu Hajar dalam kitab: Al
Qaulul Mukhtasar fi ‘alamatif Mahdi Muntazar tentang tanda-tanda hampir
kedatangan Mahdi, berdasarkan hadis-hadis. Di antaranya ialah:
1. Mahdi lahir di waktu banyak perselisihan dan
banyak gempa.
2. Dia dibai’ah di bulan Muharram sesudah
didahului beberapa fitnah dan peperangan di bulan Ramadhan dan sesudahnya
hinggalah ke musim haji. Orang-orang haji dirampas di Mina. Banyak berlaku
pembunuhan hinggalah mengalir darah di Jumrah.
ltulah antara yang disebut oleh lbnu Hajar
sebagai tanda terdekat kemunculan Imam Mahdi.
Tentang perselisihan dan gempa bumi, memang sudah
jadi perkara biasa saja dalam kehidupan kita hari ini. Selalu ada berita dalam
akhbar berlakunya gempa bumi di negeri-negeri di dunia ini. Berita yang terbaru
kita dengar ialah dua gempa bumi yang tiap- tiap salah satunya berlaku di Los
Angeles (Amerika). Tentang pertumpahan darah dan pembunuhan di musim haji pun
nampaknya sudah bermula dan Insya-Allah rasanya akan berterusan. Ayatollah
Khomeini telah mengisytiharkan yang Iran akan membalas dendam kepada Arab Saudi
kerana membunuh orang Iran di musim haji yang lalu. Dari itu mungkin berlaku
pada musim-musim haji yang akan datang. Sebab Iran yang menganut fahaman Syiah
itu, memang berhajat untuk menawan Makkah, Masjidil Haram dan Kaabah.
Supaya bumi itu berada dalam pentadbiran
mereka.Syiah menganggap hanya mereka yang layak memiliki Makkah, sebab hanya
Syiahlah aqidah yang benar. Mazhab-mazhab lain salah dan kafir belaka. Atas
keyakinan itulah Iran tunjuk perasaan di Makkah. Kemungkinan ini akan diulang
di setiap musim haji. Kalaulah Arab Saudi atau sesiapa juga menentang maka akan
berlakulah lagi pembunuhan dan pertumpahan darah. Untuk kejadian ini berlaku di
Mina dan di Jumrah adalah tidak mustahil. Dan sekiranya terjadi demikian, maka
itulah saat hampir munculnya lmam Mahdi. lnilah yang dikatakan oleh lbnu Hajar
dalam Al Qaulul . Sebelum dia (Imam Mahdi) dibai’ah antara rukun dan maqam
berlakulah perselisihan di kalangan beberapa kabilah pada bulan Zulkaedah
(haji) dan berlakunyya rampasan orang haji di Mina.
Berdasarkan alasan-alasan di atas, maka saya rasa
Mujaddid kurun ke 15 ini ialah Imam Mahdi. Rasulullah S.A.W mengisyaratkan
kedatangan Imam Mahdi dengan sabda baginda:
1.
Ertinya - Jika tidak tinggal
dari dunia hanya sehari sahaja nescaya Allah S.W.T memanjangkan hari itu
sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum
keluargaku, yang namanya menyerupai namaku, dan nama bapanya menyerupai nama
bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadiian dan saksama sebagaimana bumi
dipenuhi kezaiiman dan kekejaman. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi).
2.
عن عبد الله بنِ مسعودٍ رضي الله عنه :
قال قال رسولُ الله صلى الله عليه وسلم لا تذهبُ الدنيا حتى يملك العربُ رجلٌ من
أهل بيتي يواطِئُ اسمُهُ اسمي
Ertinya :
Dunia tidak akan lenyap sehinggalah bangsa Arab
diperintah oleh seorang lelaki dari keluargaku yang namanya menyerupai namaku.
(Riwayat Abu Daud).
3. Sementara sepotong hadis yang lebih terkenal
dengan nama Hadis Panji-panji bermaksud:
Dari Abdullah yang, berkata: “Ketika kami berada
di sisi Rasulullah S.A.W tiba-tiba datang sekumpulan anak-anak muda, dari
kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka maka kedua mata
.Rasulullah S.A.W berlinang airmata dan wajah baginda berubah, aku pun
bertanya, “Mengapakah kami melihat pada wajahmu sesuatu yang kami tidak sukai?”
Baginda menjawab, ‘Kami ahlul-bait telah dipilihkan oleh Allah S.W.T akan akhirat
lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran
selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah timur dengan membawa
bersama-sama mereka panji- panji berwarna hitam setia meminta kebaikan tetapi
mereka tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu
diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah
mereka menolaknya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhi
bumi dengan keadilan sebagaimana la dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di
antara kamu yang sempat menemuinya maka datanglah mereka walaupun mereka
merangkak di atas salji. ” (Riwayat lbnu Majah).
4. Ertinya:
Dari Abu Said Al Khudri dari Nabi S.A. W yang
bersabda, “‘Di antara khalifah-khalifah kamu ialah seorang khalifah yang
mencurahkan harta benda tanpa mengira-ngira. ” (Riwayat Muslim).
5. Ertinya : Dari Abu Said Al Khudri yang berkata
bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Mahdi ialah dari keturunanku,
dahinya luas, hidungnya mancung, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan
saksama sebagaimana ianya dipenuhi kezaliman dan kekejaman dan ia memerintah
selama tujuh tahun. ” (Riwayat Abu Daud dan Hakim).
6. Dari kitab Ahlul Kahfi yang ditulis oleh
Muhammad Taisir Zibyan pada muka surat 24, terdapat hadis dari lbnu Abbas di
mana Rasulullah S.A.W bersabda:
Ertinya : Ashabul Kahfi itu adalah
pembantu-pembantu Al Mahdi.
Untuk mengetahui secara detail tentang Imam
Mahdi, mari kita tengok dalam kitab Al Qaulul Mukhtasar fi alamatil Mahdi
Al-Muntazar oleh lbnu Hajar.
Berikut adalah petikan Kitab:
Al Qaulul Mukhtasar Fi Alamatil Mahdi Al Muntazar
oleh lbnu Hajar Al Haitami. Petikan ini, ialah sebahagian daripada kesimpulan
(intipati) yang dibuat oleh Imam lbnu Hajar tentang Mahdi, berdasarkan hadis.
A. SIFAT PERIBADI AL MAHDI
1. Keturunannya ialah dari ahlil bait Rasulullah.
2. Nasab keturunannya ialah Sayidina Hassan bin
Ali
3. Namanya Muhammad dan nama bapanya seperti nama
bapa Rasulullah iaitu Abdullah.
4. Namanya seperti nama Rasulullah, tubuhnya
seperti Rasulullah. Akhlaknya juga seperti akhlak Rasulullah dan gelaran yang
diberikan ialah Abu Abdillah
5. Warna kulitnya warna Arab, saiz tubuhnya
seperti tubuh Israel. Di pipi kanannya ada tahi lalat; seolah-olah bintang yang
bercahaya. Keningnya lengkung, hidungnya mancung, giginya jarang dan renggang
antara dua pehanya.
6. Umur Mahdi 40 tahun. Lama masa pemerintahannya
menurut riwayat yang paling banyak dan paling masyhur ialah 7 tahun. Riwayat
lain mengatakan 19 tahun beberapa bulan, ada yang kata 20 tahun, 40 tahun, 24
tahun dan riwayat lain daripada atas mengatakan 30 tahun.
7. Mahdi memakai serban di kepalanya. Ada
malaikat di atas kepalanya dan menyeru, “Sesungguhnya inilah Mahdi, hendaklah
kamu mengikut akannya.”
8. Menetap di Baitul Maqdis.
9. Imam Mahdi ialah umat Rasulullah menjadi
seorang khalifah akhir zaman yang akan meraup harta dengan tangannya tanpa
mengiranya.
10. Imam Mahdi akan keluar pada umat Rasulullah.
Allah akan mengutusnya kekayaan bagi manusia. Umat dalam nikmat. Binatang
ternak berkembang biak. Bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya. Dia membagi harta
dengan saksama di kalangan manusia.
11. Dia merupakan safwatullah di kalangan
makhluk.
12. Dia keluar pada bulan Muharram, menyerulah
penyeru daripada langit, ketahuilah olehmu bahawa safwatullah dari kalangan
makhluk ialah polan itu (Mahdi). Hendaklah kamu dengar dan taat padanya. Keluar
Safiani sebelumnya.
B. TANDA KEDATANGAN AL MAHDI
1. Mahdi lahir di waktu banyak perselisihan dan
banyak gempa.
2. Dia akan datang sesudah terbitnya bendera
hitam di sebelah Timur.
3. Ada seruan daripada langit yang mengatakan
sesungguhnya pemimpin kamu ialah polan itu (Mahdi).
4. Bila kamu melihat panji-panji hitam dari pihak
Khurasan, hendaklah kamu mendatanginya sekalipun merangkak atas salji kerana
pada mereka ada khalifah Allah.
5. Dia dibai’ah di bulan Muharram sesudah
didahului beberapa fitnah dan peperangan di bulan Ramadhan dan sesudahnya
hinggalah ke musim haji. Dirampas orang haji di Mina. Banyak berlaku pembunuhan
hingga mengalirlah darah di Jumrah.
6. Sebelum dia dibai’ah antara rukun dan maqam
berlakulah perselisihan di kalangan beberapa kabilah pada bulan Zulkaedah
(haji) dan berlakunya rampasan orang haji di Mina.
7. Dia bersembahyang subuh di Baitul Maqdis
bersama orang mukmin, tiba-tiba Nabi Isa turun. Dia mempersilakan Nabi Isa
menjadi Imam. Nabi Isa meletakkan dua tangannya antara dua bahunya lantas
berkata, “Ke depanlah, sembahyanglah, sesungguhnya bagi engkaulah (imam)
sembahyang ini.”
C. CORAK PEMERINTAHAN AL MAHDI
1. Keluar manusia daripada pihak timur
menyerahkan kekuasaan untuknya.
2. Membangunkan urusan agama di akhir zaman
secara keseluruhan sepertimana didirikan oleh Rasulullah di awalnya.
3. Hidup manusia bersamanya sebagaimana hidupnya
lebah dengan rajanya (erat dan penuh kasih sayang).
4. Imam Mahdi menghukum dan membawa keadilan.
Memecah salib dan membunuh babi.
5. Mengubah suasana dunia iaitu memenuhi bumi
dengan keadilan sebagaimana penuh dengan kekejaman.
6. Membahagi harta dengan adil dan sama rata pada
segenap manusia.
7. Hati umat Muhammad S.A.W di zaman Mahdi
dipenuhi kekayaan.
8. Orang baik mahu pun jahat, di zaman Mahdi
mendapat nikmat yang tidak pernah dirasai sebelumnya.
9. Mahdi memiliki dunia sepertimana dimiliki oleh
Raja Zulqarnain dan Nabi Sulaiman as.
10. Mahdi berperang ikut sunnah sepertimana Nabi
S.A.W berperang ikut wahyu.
11. Bilangan mereka yang membai’ah lmam Mahdi
iaitu 313 orang. Ada perempuan. Maka lmam Mahdi dapat menguasai setiap diktator
hinggalah merasa keadilan. Beliau memerintah selama 7 tahun.
12. Mahdi penutup bagi agama Allah S.W.T
sepertimana Allah membuka agamanya dengan Nabi Muhammad S.A.W
13. Selepas dibai’ah, satu utusan tentera
daripada Syam yang diutus untuk memeranginya telah ditenggelamkan di
Zilhalifah.
14. Pemegang panji-panjinya ialah seorang pemuda
puak Tamimi yang datang dari Timur.
15. Mahdi memerangi Rom dalam masa 3 hari. Dapat
kemenangan di hari ke 3. Hingga dapat membuka Al Konstantiniah
Demikianlah sebahagian di antara Khulasah yang
dibuat oleh lbnu Hajar tentang Imam Mahdi. Susunan dan alih bahasa yang
terdapat di atas adalah dibuat untuk memudahkan para pembaca untuk memahaminya.
Dalam kitab Adduratun Nafi’ah Fi Isy Ratus Saa’ah
oleh Syeikh Osman Jalaluddin terdapat lagi keterangan yang detail tentang
lmam Mahdi. Berikut ialah daripada kitab tersebut yang dibuat dari muka surat 3
ke muka surat 22.
SIFAT DAN TABIAT IMAM AL MAHDI
Sesungguhnya Imam Mahdi itu mempunyai nama yang
serupa dengan nama Nabi kita iaitu Muhammad bin Abdullah. Beliau berketurunan
daripada Hassan Hussein iaitu cucu Nabi Muhammad S.A.W. Tubuhnya sederhana,
warna kulitnya putih kemerah-merahan, jarang bulu dua pelipisnya, hidungnya
mancung, keningnya melengkung, mukanya memanjang, luas dua matanya yang
bercelak, giginya berkilat-kilat lagi putih, pada pipi kanannya terdapat tahi
lalat hitam, mukanya berseri-seri, janggutnya tebal dan ia mempunyai satu tanda
umpama cop “Khatamun Nubuwwah” pada belikat Nabi Muhammad S.A.W. Pehanya
renggang dan ia memakai baju belah dada yang berwarna putih lagi pendek.
Mengenai tabiatnya pula ialah, ia tidak
membangunkan orang tidur kecuali apabila masuk waktu sembahyang. la tidak
menumpahkan darah yang tiada halal, memerangi orang yang meninggalkan sunnah
Nabi S.A.W dan orang kafir musyrik. Beliau juga akan menghapuskan segala
perbuatan bid’ah yang menyimpang dari pegangan atau iktiqad Ahli Sunnah Wal
Jamaah. Imam Mahdi juga akan menjadi raja yang memerintah seluruh dunia seperti
Zulqarnain dan Nabi Sulaiman a.s. Di samping itu ia akan memusnahkan segala
salib Kristian dan membunuh babi.
Imam Mahdi sangat penyayang dan pemurah kepada
sekelian muslimin. Imam Mahdi di redhai setiap yang hidup di langit dan bumi
sehinggakan sekelian burung-burung, binatang liar di hutan dan ikan-ikan di
laut akan menyukainya. Kekayaannya melimpah-ruah dan menyeru kepada sesiapa
yang berhajat untuk mengambilnya. Tetapi hanya seorang sahaja yang menyahutnya
kerana di waktu itu semua orang kaya-raya (boleh jadi kaya hati). Lelaki itu
pun mengaut harta-harta sekehendak hatinya tetapi kemudiannya mengembalikan
semula kepada Imam Mahdi.
PAKAIAN AL MAHDI
Sewaktu zahir ke dunia Imam Mahdi memakai satu
serban dengan malaikat di atasnya. Malaikat itu akan menyeru:
“lnilah Mahdi khalifah Allah, ikutilah ia dengan
ikhlas dan yakin.” Kemudian akan keluar daripada serban itu satu tangan
mengisyaratkan satu bai’ah kepada Imam Mahdi. Imam Mahdi memiliki baju
Rasulullah S.A.W , satu pedang, satu bendera merah yang diperbuat daripada kain
bulu yang bertulisan “Bermula perjanjian itu bagi Allah” berwarna hitam.
Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W baju itu tidak pernah dipakai kecuali
apabila zahir Imam Mahdi.
KELEBIHAN AL MAHDI
Imam Mahdi akan menanam sebatang kayu kering ke
dalam tanah yang kering lalu kayu itu tumbuh dan berdaun hijau. Apabila imam
Mahdi mengisyaratkan dengan tangannya kepada burung di udara, burung itu akan
jatuh ke atas tangannya. Kemudian ada seruan dari langit yang mengatakan,
“Wahai manusia! Bahawasanya Allah akan mengutus
beliau kepada orang-orang yang degil dan munafik dan ia akan memerintah kamu
semua. ”
PEMERINTAHAN AL MAHDI DI DUNIA
Imam Mahdi sangat gagah perkasa dan sekelian
manusia mengharapkan pertolongan dan perlindungan serta keamanan daripadanya.
Allah akan mengurniakan sebanyak 3000 malaikat yang akan memukul setiap orang
yang menentang lmam Mahdi. Malaikat Jibril dan Mikail juga akan turun bersama
pada waktu itu.
Suasana aman ketika itu hingga membolehkan
harimau dan kambing berhimpun di satu tempat. Kanak-kanak akan bermain dengan
segala ular dan kala tanpa bahaya. Orang-orang yang membuat perhumaan dan
bersawah padi cukup makmur malah benih semaiannya tumbuh dengan hasil yang
digandakan oleh Allah sebanyak 700 cupak.
Di masa pemerintahannya lagi, ia akan memadamkan
segala fitnah dan menghapuskan maksiat umpamanya riba, perzinaan, minum arak
dan sebagainya. la akan melaksanakan segala yang diamanahkan dan mewujudkan
keamanan di seluruh alam ini, sehinggakan orang-orang perempuan yang pergi haji
akan bersama-sama jemaah perempuan sahaja kerana mereka tidak takut sesuatu apa
pun kecuali kepada Allah.
Alamat Yang Hampir Zahir Imam Mahdi Ke Dunia
ADA BEBERAPA TANDA SEBELUM MUNCUL AL MAHDI
1. Pecahnya sungai Furat (sungai yang besar di
dalam negeri Baghdad) masuk ke laut Farsi.
2. Gerhana bulan pada awal malam bulan Ramadhan
dan gerhana matahari di awal Ramadhan. Kedua-dua gerhana itu belum pernah
berlaku sebelum ini.
3. Gerhana bulan berlaku sebanyak dua kali dalam
bulan Ramadhan.
4. Naik tanduk di langit umpama beberapa gigi.
5. Terbit bintang berekor yang cerah dari timur
6. Zahir api besar selama 3 ataupun 7 malam dari
timur.
7. Zahir kelam pada langit.
8. Zahir langit merah yang berlainan dari biasa.
9. Terdapat seruan dari langit yang difahami oleh
semua manusia yang mengatakan bahawa lmam Mahdi telah zahir.
10. Tenggelam kampung Khuristan di dalam negeri
Syria.
11. Seruan dengan nama Imam Mahdi yang sangat
kuat dari langit yang didengari oleh semua manusia. Waktu itu orang tidur akan
terjaga, yang berdiri akan terduduk dan yang duduk akan berdiri disebabkan
terperanjat.
12. Zahir suatu jemaah lelaki di bulan Syawal.
Kemudian kedengaran suara membatalkan peperangan di dalam bulan Zulkaedah.
Setelah itu berlaku peperangan dalam bulan Zulhijjah dengan kejadian samun ke
atas jemaah haji serta pertumpahan darah di atas Jumratul Aqabah di Mina
(tempat melontar).
13. Berlaku gempa bumi.
14. Kedengaran dua seruan dari langit, seruan
pertama menyebut bahawa lmam Mahdi yang zahir itu sebenarnya keluarga Muhammad
S.A.W. Suara kedua pula mengatakan bahawa lmam Mahdi itu daripada keluarga Isa
a.s.
Fitnah-Fitnah Yang Berlaku Sebelum Zahir Imam
Mahdi
5 FITNAH SEBELUM MUNCULNYA AL MAHDI
1. Sewaktu pecah sungai Furat, keluarlah emas
daripada bukit yang berdekatan. Akibatnya berpuak-puaklah manusia kepada 3
kumpulan untuk mendapatkannya. Salah satu daripada kumpulan yang lebih hampir
dengan timbunan emas itu berkata, “Demi Allah kami akan membunuh sekelian
manusia kerana jika kami biarkannya nescaya habislah ia (harta).” Selepas itu
berlakulah kejadian yang tidak diingini sehingga berlakulah pembunuhan yang
besar di mana hanya seorang sahaja dalam setiap seratus orang yang hidup.
2. Keluar seorang daripada keturunan Sufyani yang
kafir daripada anak Khalid bin Sufyan dalam negeri Syam, yang akan menyebabkan
peperangan yang besar.
3. Berlaku peperangan yang berpunca daripada puak
Ibqa’. Ibqa’ ini ialah suatu yang ada padanya warna putih dan hitam dari negeri
Mesir.
4. Muncul puak Ashab. Ashab ialah sesuatu yang
bercampur warna putih dan merah.
5. Muncul puak A’raj yang mana A’raj itu ialah
orang yang berjalan capek dari Maghribi.
Berlakulah peperangan di antara puak-puak itu
selama setahun di mana kemenangannya di pihak Sufyani. Kemudian muncul pula
seorang raja dari negeri Maghribi yang membunuh semua lelaki, menawan perempuan
lalu menunggu di bumi Arab untuk memerangi puak Sufyani yang sedang mengalahkan
puak Quraisy.
Walau bagaimanapun, pihak Raja Maghribi
dikalahkan oleh puak Sufyani sehingga habislah harta bendanya dirampas. Pihak
Sufyani meneruskan peperangan dengan pihak Rom dan Turki di mana berlakunya
berbagai-bagai penganiayaan umpamanya perut perempuan yang mengandung dibelah
,dan kanak-kanak dibunuh. Lelaki-lelaki pihak Quraisy yang melarikan diri ke
Turki dituntut secara paksa dan setengah daripada mereka berjaya lari ke
Khurasan setelah dipukul dan disiksa di Damsyik.
Di dalam perjalanan memburu saki-baki orang-orang
Quraisy itu, angkatan berkuda puak Sufyani membinasakan kota-kota negeri,
memasuki kota Baghdad dan membunuh seramai 100,000 jiwa. Apabila memasuki Kufah,
mereka membunuh 60,000 jiwa lagi serta menawan kanak-kanak dan perempuan.
Manakala sampai ke negeri Khurasan, bertambah-tambah lagi kekejaman mereka.
Setiap keluarga Nabi Muhammad S.A.W dan Bani
Hasyim dari penduduk Khurasan itu ditangkap lalu dibunuh di tempat itu juga.
Separuh ahlul bait itu dihantar ke Kufah. Kemudiah puak Sufyani itu memasuki
kampung-kampung dan merata-rata tempat.
Setelah berlaku kelima-lima perkara tadi,
zahirlah Imam Mahdi tetapi tidak diketahui di mana ia menzahirkan diri. Semasa
berlaku huru-hara itu, ia berserta dengan pembantunya dan tujuh orang lagi
melarikan diri dari Madinah dan bersembunyi di Makkah. Manakala mendengar
berita itu, Raja Madinah pun mengutus surat kepada Raja Makkah memberitahu
kedatangan lmam Mahdi dan menyebut nama-nama jemaahnya. Raja Makkah sangat
gembira mendengar khabar itu lalu menjemput Imam Mahdi beserta jemaahnya
menemui baginda. Imam Mahdi dan jemaahnya menemui Raja Makkah dan meminta
perlindungan politik lalu dibenarkan tinggal di Makkah dengan aman.
Tetapi Raja Makkah menipu dengan memanggil dua
orang utusan Imam Mahdi lalu membunuh salah seorangnya di satu tempat antara
rukun Hajarul Aswad dan maqam Ibrahim. Seorang lagi telah berjaya melarikan
diri dan memberitahu Imam Mahdi. Bersiaplah Imam Mahdi untuk memerangi Raja
Makkah yang dimurkai Allah dan segala isi langit, lalu berkhemah di Taif di
satu bukit, lalu bergabung dengan penduduk di situ. Berperanglah buat pertama
kalinya Imam Mahdi dan jemaahnya dengan Raja Makkah. Imam Mahdi berjaya
mengalahkan mereka sementara Rajanya pula dibunuh. ltulah perang pertama dari 6
peperangan.
PEPERANGAN KE 2
Peperangan kedua ialah memerangi negeri Turki
Konstantiniah yang mana Imam Mahdi turut dibantu oleh para auliya’. Ada dua sebab
negeri itu diperangi, pertama mungkin ia akan jatuh ke tangan orang kafir pada
akhir zaman umpamanya Rusia, kedua, ialah kemungkinan mereka telah keluar dari
pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. 7 tahun setelah peperangan itu, barulah keluar
dajal laknatullah yang kemudiannya dibunuh oleh Nabi Isa a.s dan Imam Mahdi di
Baitul Maqdis.
Pada 1343 H, semasa berada di Madinah penulis
(Syeikh Jalaluddin) telah berjumpa dengan seorang soleh dari negeri Turki yang
berkata, “Negeri Turki sekarang dalam kacau bilau dalam hal agama, orang-orang
muda semuanya keluar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah kecuali orang tua yang masih
berpegang teguh dengan agama.” Pada tahun 1342 H, sewaktu pemerintahan Syarif
Husein di Makkah seorang guru yang bersyarah di Masjidil Haram menceritakan
kezahiran lmam Mahdi yang akan memerangi Makkah dan Turki. Apabila penulis
menanyakan mengapa kedua negeri itu diperangi sedangkan kedua-duanya negeri
Islam, ia menjawab, “Barangkali pada akhir zaman, penduduk kedua-dua negeri itu
keluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah.”
Berkata Sohibul Qamus jatuhnya Konstantaniah oleh
pihak muslimin itu adalah satu tanda kiamat. Tinggi kota Konstantiniah itu
ialah lebih kurang 21 hasta dan gereja-gerejanya sangat tinggi. Di sini gereja
itu terdapat beberapa tiang yang ukur lilitnya 4 depa.
Pada kepala tiang itu ada gambar kuda daripada
tembaga yang ditunggang oleh seorang lelaki sambil memegang buah yang bulat
dari emas dan sebelah tangan lagi terbuka anak jarinya seperti orang memberi
isyarat. Orang itulah...
...munafik, sepertiga lagi mati syahid dan
sepertiga lagi tiada difitnahkan ke atas mereka selama-lamanya.
Selepas itu puak Rom dan muslimin memerangi Parsi
dan menang serta menawan segala kanak-kanak mereka. Kemudian orang Rom meminta
harta rampasan lalu diberikan oleh orang muslimin segala harta dan anak-anak
kafir Parsi itu. Mereka meminta juga anak-anak kaum muslimin orang Parsi,
tetapi tidak diberikan. Ini menggembirakan orang-orang Rom kerana orang-orang
Islam telah melanggar janji lama iaitu memberi lebih kepada mereka kerana
bilangan mereka lebih ramai, alat perang yang lebih sempurna dan mereka lebih
kuat. Lalu mereka pun mengadu kepada Raja Turki dan meminta untuk memerangi
orang Islam.Permintaan mereka ditolak oleh Raja Turki kerana orang Islam itu
ialah puak yang sentiasa menang dan kuat. Orang-orang Rom itu pun memberitahu
Raja Rom, lalu berangkatlah angkatan perang Rom dengan 8 jemaah yang setiapnya
mempunyai seramai 12,000 askar melalui jalan laut.
Apabila mereka berhenti berlabuh di pelabuhan
Syria, segala kapal-kapal dibakar dan menawan seluruh bumi Syam kecuali bandar
Damsyik dan Mu’taq. Apabila melihat orang-orang Syam diperangi Raja Turki pun
menyiapkan angkatan perangnya melalui jalan darat iaitu Qansarian dalam negeri
Syam lalu bergabung dengan penduduk di situ yang seramai 300,000 kemudian
ditambah lagi dengan kekuatan tentera Yaman seramai 1,000 orang dan 40,000
orang bangsa Humair. Dalam peperangan itu orang Islam telah berjaya.
Kemudian orang-orang Yaman dan Humair berhimpun
di satu bukit di negeri Syam sementara pihak muslimin lain berkumpul pula di
tepi Sungai Ariat sedangkan pihak musyrikin pula di tepi Sungai Rokiah yang
hitam. Lalu berlakulah perang antara tentera Islam dengan pihak musyrikin. Di dalam
peperangan itu terbunuhlah pihak muslimin seramai sepertiga, sepertiga lagi
berundur dan tinggallah sepertiga lagi.
Selepas itu tentera Muslimin berpecah kepada 3
puak. Puak pertama ingin terus menyerah dan mengatakan bahawa kalau agama ini
ada kegunaan dan kemuliaannya nescaya dibantu oleh Allah. Puak kedua pula tetap
yakin bahawa orang-orang Rom tidak akan mengalahkan mereka selama-lamanya lalu
menganjurkan supaya melalui kawasan orang Badwi (yang jauh daripada negeri dan
kampung) negeri Iraq, Yaman dan Hijaz yang belum dibinasakan oleh tentera Rom.
Puak yang ketiga pula menasihati kedua-dua pihak tadi supaya tidak taksub
dengan kumpulan masing-masing kerana Allah tidak akan membantu dan menyeru
mereka supaya bersatu semula. Akhirnya mereka bergabung semula dengan
mengangkat perjanjian perang.
Apabila melihatkan gabungan mereka yang terlalu
kecil, bergembiralah Raja Rom lalu diserulah mereka bahawa salib itu boleh
memberi bekas. Tetapi pihak Muslimin menafikan kata-kata itu kerana yang
memberi kemenangan dan kejayaan itu hanyalah dengan pertolongan Allah dan
wali-waliNya. Selepas itu dengan kuasa Allah turunlah 200,000 malaikat berserta
Mikail dengan pertolongan para auliya’. Dengan azab siksa yang diturunkan juga
matilah sebahagian orang kafir dan orang-orang Islam memperolehi kemenangan.
Kemudian tentera Muslimin memasuki bandar Rom dan diminta keamanan dengan
perjanjian bayaran jizyah oleh orang-orang Rom. Mereka kemudiannya diberikan
keamanan.
Mereka (orang-orang Rom) mendustai orang-orang
Islam itu dengan mengatakan bahawa Dajal telah datang untuk merosakkan
orang-orang Islam. Sebenarnya mereka mengambil kesempatan menakut-nakutkan
orang Islam itu untuk menghapuskan kesemuanya lelaki dan perempuan Muslim dari
muka bumi Rom itu. Berita ini telah sampai ke pengetahuan orang-orang Arab
Islam di tempat lain. Orang-orang Rom dibunuh sementara perempuan dan
kanak-kanaknya ditawan, segala harta dirampas dan seluruh kota Rom ditawan
dalam masa tiga hari. Kemenangan ini disambut dengan puji-pujian takbir dan
tahlil kepada Allah sehingga ke waktu Subuh tanpa tidur.
Apabila terbir fajar, orang-orang Islam
melaungkan takbir dengan suara yang sehabis kuat, lalu runtuhlah kota Rom.
Kejadian itu menakjubkan orang-orang Rom di mana akhirnya mereka mengakui
bahawa memerangi orang-orang Islam bererti memerangi Allah. Emas dan tawanan
dibahagi-bahagikan sehinggakan masing-masing memperolehi 300 orang anak dara.
Selepas itu timbullah Dajal sebagai alamat hampir kiamat.
PEPERANGAN KE 3
Imam Mahdi akan memerangi negeri India dan
membunuh semua orang kafir dan orang-orang Islam yang terkeluar dari Ahli
Sunnah Wal Jamaah. Di dalam hadis ada menyebutkan bahawa terdapat 72 golongan
yang masuk neraka dan mereka inilah yang akan diperangi oleh Imam Mahdi kelak.
PEPERANGAN KE 4
lmam Mahdi akan memerangi semua pendapat bid’ah
tersebut walau di mana sekalipun mereka berada.
PEPERANGAN KE 5
lmam Mahdi memerangi puak Sufyani dan segala
tenteranya.
PEPERANGAN KE 6
Memerangi penduduk Bandar Qati’. Bandar Qati’ ini
terletak di satu daratan yang hijau pada bahagian laut. Panjang bandar itu 1000
batu dan lebarnya 500 batu, mempunyai 360 pintu yang dikawal oleh seramai 1000
askar pada setiapnya. Sewaktu ketibaan Imam Mahdi dengan tenteranya dari
Konstantiniah Al Kubra, mereka melaungkan takbir sebanyak 3 kali lalu runtuhlah
dinding bandar Qati’. lmam Mahdi dan tenteranya akan memerangi mereka dan
membunuh 1,000 000 orang.
Setelah selesai peperangan itu, Imam Mahdi
berserta tenteranya menuju ke Baitul Maqdis dengan 1000 buah kapal. Apabila
sampai ke bumi Syam Palestin di antara tempat bernama ‘Aka, Shur dan Ghazza,
mereka memperolehi beberapa harta yang banyak dan melimpah ruah. Imam Mahdi dan
tenteranya tiba dan tinggal di Baitul Maqdis sehinggalah keluar Dajal.
Dalam kitab Al Hawi lil Fatawa terdapat
keterangan tentang lmam Mahdi. Berikut adalah terjemahan kitab tersebut yang
dipetik dari muka surat 145.
"lmam Mahdi lahir di dalam lingkungan
tentera seramai 313 orang lelaki iaitu bilangan tentera Badar, bukan secara
berjanji untuk bertemu. Mereka itu adalah ruhbanul bil lail, fursan bin nahar.
Ertinya ahli ibadah di waktu malam, singa-singa di waktu siang."
Daripada lbnu Masud dia telah berkata apabila telah
terputus perdagangan dan segala jalan-jalan dan banyaknya berlaku fitnah akan
keluarlah 7 orang ulama daripada beberapa pelusuk dunia tanpa janji (mereka
saling tidak kenal mengenal). Setiap seorang di kalangan mereka akan dibai’ah
oleh 300 orang dan beberapa belas orang lelaki. Mereka semuanya akan berhimpun
di Makkah. Ketujuh- tujuh orang itu akan bertemu. Sesama mereka akan bertanya,
mengapa kamu datang? Jawab yang lain, kami mencari (lelaki) orang yang agar di
atas tangannya fitnah ini akan tenang dan Kistantiniah itu akan dibuka.
Sesungguhnya kami tahu namanya, nama bapanya, nama ibunya dan tenteranya. 7
orang itu pun sepakat. Mereka pun sama-sama mencari. Maka mereka bertemu di
Makkah.
Demikianlah keterangan tentang Imam Mahdi.
Ulama-ulama telah menghurainya dengan panjang lebar berdasarkan hadis-hadis
tentangnya. Umat Islam sepatutnya mengambil kenyataan ini sebagai satu berita
besar dan menggembirakan.Yang penting dan menanti-nanti agar ianya segera
berlaku. Sebab agama Islam dan umat Islam hari ini sudah begitu lemah dan
hinanya. Maksiat dan mungkar jadi mainan dunia. Manusia bertuhankan hawa nafsu
dan syaitan. Allah dan RasulNya dibuat macam tidak ada, atau kalau ada pun,
macam Al Quran buruk sahaja. Iman dan ukhwah Islamiah hancur bak air batu di
bawah matahari terik. Musuh sedang meratah umat Islam bagai memakan makanan
dalam satu dulang. Alangkah malangnya! Masakan kita tidak sedih melihatkan itu
semua! Masakan kita tidak ingin melihat dunia ini kembali pada tangan Islam. Di
mana maksiat dan mungkar sangat berkurangan. Hati manusia penuh dengan Iman dan
ghairah kembali membangunkan syariat dan Sunnah Rasulullah. Kemewahan merata,
harta melimpah ruah.
Namun manusia berhati zuhud terhadap dunia dan
sangat menyintai akhirat. Maka terjadilah kasih sayang yang tulin dan erat
antara umat. Dunia aman damai lagi makmur dan mendapat keampunan dan kasih
sayang dari Allah. Keadilan merata dan orang kafir pun tunduk pada Islam dengan
cara sanggup membayar jizyah. Alangkah indahnya hidup dalam keadaan itu. Segala
sistem ekonomi, politik, pelajaran dan pendidikan, ketenteraan dan apa juga,
semuanya berjalan mengikut lunas-lunas Islam. Tidak sebagaimana sekarang,
ekonomi ribanya menindas, politik demokrasinya kotor, pelajarannya liar, tidak
mengarah kepada menegakkan hukum-hukum Allah. Manakala pendidikan membentuk
manusia-manusia yang rasuah, sombong, bakhil, tipu, zina, judi, rogol, arak dan
1001 macam mungkar lagi.
Siapa juga yang cintakan kebenaran dan keadilan,
sepatutnya rindu menanti kedatangan Imam Mahdi. Hanya dia pemimpin yang mampu,
dengan izin Allah, untuk mengganti kejahilan manusia-manusia ini dengan Islam.
Sebagaimana mampunya Rasulullah menumbangkan jahiliah untuk digantikan dengan
hukum-hukum Allah. Kalau bukan Mahdi, kita tidak ada seorang pun pemimpin dunia
kini yang boleh menghentikan peperangan, penindasan dan kezaliman, menumpaskan
maksiat, mencetuskan perpaduan, menundukkan orang kafir, menyamakan pembahagian
harta, menegakkan hukum Islam, menumbangkan pemerintahan yang zalim,
mengujudkan keamanan dan seterusnya untuk menegakkan negara Islam di seluruh
dunia.
Kebanyakan pemimpin Islam hari ini bukan sahaja
tidak mampu untuk mengamankan negaranya atau harakahnya, rumah tangganya sendiri
pun kucar kacir. Demikian juga halnya dengan ulama-ulama kita. Hukum Islam
bukan sahaja tidak dijalankan di pejabat atau di qariahnya, dalam rumah sendiri
pun tidak berlaku. Saya berkata begitu bukanlan bermaksud hendak mematikan
semangat juang pejuang-pejuang Islam hari ini. Jangan pula mereka berkata,
“Kalau begitu kita tak payah berjuanglah. Sebab kalau berjuang pun tak dapat
negara Islam.”
Jihad fisabilillah adalah termasuk perintah Allah
dan hukumnya adalah wajib. Jadi setiap umat Islam yang mukallaf wajiblah
perjuangkan Islam. Tapi ingat, niat dan matlamat kita menunaikan perintah Allah
ialah bukan untuk mendapatkan negara Islam tetapi ialah kerana Allah ada dan
untuk mendapat keampunan Allah di padang Mahsyar nanti. Samada berjaya atau
tidak, itu tidak menghalang kita dari terus berjuang. Seseorang yang bila
diberitahu hanya Mahdi yang boleh mengembalikan Islam ke seluruh negara dan
dunia, bukan kita terus mengambil keputusan untuk pencen dari berjuang,
menunjukkan perjuangannya selama, ini bukanlah kerana Allah. Samalah dengan
seorang yang sembahyang kerana hendak kaya, tapi bila tidak kaya-kaya juga dia
pun malas nak bersembahyang. Orang ini tidak ikhlas namanya.
Tidak boleh juga kita berjuang kerana hendak jadi
pengikut Imam Mahdi atau hendak menunggu lmam Mahdi. Nanti kalau Imam Mahdi
lambat datangnya, dia pun tidak mahu berjuang lagi. ltupun tidak ikhlas
namanya. Imam Mahdi datang ke tak datang ke kita tetap berjuang kerana Allah.
Biar kita mati dalam berjihad fisabilillah, moga-moga syahid.
Hakikat penantian Imam Mahdi yang sebenarnya
ialah mengharapkan pembelaan Allah S.W.T. terhadap agamanya yang kita cintai
ini. Moga-moga bila Imam Mahdi datang, tegak kembalilah Islam di bumi ini.
Perasaan dan harapan itulah yang mendorong kita untuk mendoa, menyebut-nyebut,
mengingat-ingat dan bercakap-cakap tentang lmam Mahdi ini. Ini jugalah yang
dibuat oleh lmam Bukhari dalam keluhan rasanya pada Tuhan:
Tuhan,
dada bumi mengharapkan
turunnya tangkisan ghaib dari udara
turunnya tangan kuat
yang kuasa menyapu kegelapan
dan mengangkat kaum-kaum yang lemah di bumi.
Sebab kalau bukan seorang yang benar-benar
didatangkan oleh Allah, yang ada berkat dan karamah serta ilmu dan kekuatan
yang bertaraf mujtahid dan mujaddid, mustahil rasanya umat ini dapat dipimpin
kepada Islam. Maka marilah kita sama-sama mengharapkan lahirnya lmam Mahdi.
Jika takdirnya kita dapat bertemunya, maka berikrarlah untuk mengalu-alukan dan
memberi bai’ah padanya. Agar kita dapat bersamanya mengembalikan kebenaran dan
keadilan di bumi Allah ini
[Dipetik daripada buku Siapakah Mujaddid kurun ke
15]
Wallahu a'lam