الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
LAHIRNYA CAHAYA
NAMANYA
:
MUHAMMAD BIN ABDULLAH
AYAHANDANYA
:
ABDULLAH BIN ABDUL MUTALIB BIN HASHIM BIN ABDUL MANAF BIN
QUSAI BIN KILAB BIN MURRAH BIN KA’AB BIN LUAI BIN GHALIB BIN FAHR BIN MALIK BIN
AL-NADHAR BIN KINANAH BIN KHUZIMAH BIN MUDRIKAH BIN ILIAS BIN MUDHAR BIN NIZAR
BIN MA’AD BIN ADNAN.
IBUNDANYA :
AMINAH BINTI WAHAB BIN ABDUL MANAF BIN ZUHRAH BIN KILAB
NAZAR DATUKNYA :
Bernazar jika dikurniakan sepuluh orang anak, akan
menyembelih salah seorang dari anak-anaknya itu. Nazarnya ditunaikan. Maka
undian dilakukan. Undian jatuh kepada anak yang paling disayanginya Abdullah
bin Abdul Mutalib. Lalu berdia “ Ya Tuhan, dia atau seratus ekor unta.” Maka
undia dilakukan sekali lagi dan untalah yang jadi sembelihan.
(Riwayat sahih dari Abdullah bin Abbas : At-Thabari :
Tarikh At-Thabari dengan isnad yang sahih)
Nazar dilakukan ketika Abdul Mutalib sedang menggali
telaga zamzam.
(Riwayat Mursal dari Az-Zuhri dan Abu Mujlis : Ibu Saad :
Ath-Tabaqah 1/88-89)
PERKAHWINAN
AYAHNDA DAN IBUNDANYA :
Abdullah bin Abdul Mutalib bernikah dengan Aminah binti
Wahab bin Abdul Manaf bin Zahra bin Kilab. Bani Zahra adalah sebahagian dari
suku Quraisy. Abdul mutalib pula
bernikah dengan Halat bin Wuhaib. Wuhaib adalah bapa saudara Aminah di
rumahnya.
( At- Thabari : Al-Mu;jam Al-Kabir, Al-Hakim : al-Mustadrak,
Abu Nu’man : Ad-Dalail bersanadkan Abdul Aziz bin Imran )
Seorang pelacur atau seorang perempuan nakal dari Kabilah
Khaitsamah, ada yang mengatakan dari Kabilah Asadiyah, ada juga yang mengatakan
dari Kabilah Aduwiyah bernama Qatilah, tertarik kepada Abdullah kerana melihat
terdapat cahaya di sepasang mata Abdullah. Abdullah meninggalkan perempuan itu
dan mengahwini Aminah.
(Dongeng dari kaum pendusta : Ibnu Ishak : As-Sair Wa
Al-Maghazi, Al-Baihaqi : Dalail, Ibnu Saad : Ath-Thabaqah Al-kubra , At-Thabari
: Tarikh At-Thabari, Isnad yang Dhaif kerana terdapat unsur Tadlis dari Ibnu
Juraij dan muhammad bin Umarah Al-Qarsyi yang tidak jelas identitinya)
PEMERGIAN AYAHNDANYA :
Abdullah meninggal di rumah pakciknya Ady bin An-Najjar
di Yathrib (Madinah) ketika hendak pulang ke Mekah. Abdullah jatuh sakit dan
meninggal serta dikebumikan di sana.
(Abdurrazaq : Muhannaf dengan isnad yang sahih sampai
kepada Az-Zuhri akan tetapi hadisnya Mursal)
Diriwayatkan Qais bin Makhramah ( Seorang sahabat)
mengatakan :
“Ayahanda Rasulullah s.a.w meninggal dunia ketika ibunya
sedang mengandungkannya.”
(Al-Hakim : Al-Mustadrak. Dinilai sahih oleh Al-Hakim
atas syarat Muslim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi. Terdapat nama Shadaqah bin
Sabiq dan Abdul Mutalib bin Abdullah bin Qais bin Makhramah di dalam sanadnya
di mana Imam Muslim tidak pernah meriwayatkan hadis mereka. Dan tiada siapa
yang menganggap mereka sebagai perawi yang Thiqah, kecuali Ibnu Hibban)
KETIKA DI DALAM KANDUNGAN :
Aminah sedang tidur
dan bermimpi melihat tanda-tanda kegembiraan dan kedudukan yang tinggi
terhadap anak yang dikandungkannya, kemudian diperintahkan untuk menamakan anak
dalam kandungannya dengan nama Muhammad. Ketika bangun dari tidurnya Aminah
melihat lembaran yang dibuat daripada emas yang berisi syair-syair untuk
dibacanya.
(Ibnu Saad :Ath-Thabaqah, bersanadkan Al-Waqidi dan
Az-Zahabi, As-Sirah An-Nabawiyah, walaupun sanadnya baik namun terdapat
namaJahm bin Abu Jahm yang merupakan perawi yang sangat Majhul (tidak diketahui
identitinya) oleh Imam Az-Zahabi. As-Suyuthi : Al-Qasais Al-Kubra dalam syarah
Mawahib Al-Ladunniyah)
Dalam riwayat dhaif bahawa keadaan Rasulullah s.a.w
mendongakkan kepalanya ke langit. Terdapat juga riwayat yang mengatakan bahawa
Rasulullah s.a.w dilahirkan di bawah sebuah periuk daripada batu dengan
memandang ke langit. Ada pula riwayat mengatakan bahawa lahirnya dalam keadaan
telah berkhitan yang dilakukan oleh Malaikat Jibril.
(Ibnu Ishak : riwayat daripada Halimah As-Sa’diyah dengan
isnad yang dhaif dan tidak dikuatkankan dalam riwayat Al-Waqidi, seorang perwai
yang matruk mengatakan bahawa ianya dikuatkan oleh riwayat-riwayat mursal yang
terdiri daripada Hassan binAthiyah, Ishak bin Abdullah dan Daud bin Abdu Hindun
kerana sumber yang sama dalam Thabaqah Ibnu Saad. Dalam Thabaqah Ibnu Saad
kemungkinan ianya Mursal dengan isnad yang sahih sampai kepada Ikrimah.
Ath-Thabari : Al-Mu’jam Al-Ausath dengan sanad terdapat nama Abdurrahman bin
Utaibah Al-Basri dan Malamah bin Muharib Az-Zayyadi dua perawi yang tidak dapat
dipastikan identiti mereka, manakala Ibnu Hibban menganggap mereka Thiqah :
Thiqah Ibnu Hibban)
Pada riwayat yang sangat lemah dengan Imam Az-Zahabi
megtakan bahawa riwayat yang lebih sahih daripada AlAbbas menyatakan bahawa
Rasulullah s.a.w lahir dalam keadaan berkhitan.
(As-sirah An-Nabawiyah, Dalail : Imam Baihaqi bahawa
periwayat dalam keadaan Mursal dan Dhaif oleh Abuk Hakam At-Thanuki)
Abdul Mutalib yang dalam keadaan gembira akan kelahiran
cucunya dalam keadaan yatim kemudian melakukan majlis khitan dan walimah. Ini
adalah tradisi kaumnya yang tidak memerlukan dalil. Riwayat ini terdapat dalam
beberapa riwayat walaupun dhaif.
(Thabaqah : Ibnu Saad dari Al-Waqidi perawi yang Mathruk.
Dalail An-Nubuwwah : Al-Baihaqi, Dalail an-Nubuwwah : Abu Nu’man dengan danad
yang sangat lemah kerana terdapat nama Muhammad bin Zakaria Al-Falabi seorang
perawi yang dhaif manakala gurunya Al-Jahdari tidak diketahui identitinya –
lihat kitab Tahzib At-Tahzib)
Dalam riwayat Maudhu’ kedengaran hatif jin pada malam
kelahiran Rasulullah s.a.w maka tumbanglah patung-patung berhala di Mekah,
bergoyanlah istana Kisra, terpadamnya api sembahan Majusi, keringlah air Tasik
Sawat, terlihatlah serombongan pasukan berkuda dari arab yabg melintasi tepi
sungai Tiqris dan tersebar di negara-negara Parsi.
( Abu Bakar Al-Khara’ithi : Hawatif Al-Jann. Az-Zahabi :
As- Sirah An-Nabawiyyah dari sanadAbnu Abu Dunya yang beriwayatkan Abu Ayyub @
Ya’ala bin Imran Al-Bajili dan Mukhzam bin Hani’ Al-Makhzumi yang tidak jelas.
Imam Az-Zahabi mengatakan bahawa riwayat ini mungkar dan Gharib. As-Shahili :
Subul Al-Hadyi War-Rasyad yang diambil dari Hawatif Al-Jinn, Tarikh At-Thabari,
Dalail An-Nubuwwah : Abu Nu’man dan Dalail An-Nubuwah : Al-Baihaqi)
Terdapat juga riwayat yang dhaif bahawa orang-orang
yahudi memberitahu bahawa pada malam kelahiran Rasulullah s.a.w, seorang
pendita bernama Isha yang biasa melalui jalan mengatakan tentang kelahiran
Rasulullah s.a.w dan melalui keterangan Al-Abbas (Pakcik Nabi) mengatakan
bahawa beliau melihat dalam buaian sambil berbicara sendiri dengan rembulan.
(Al-Hakim : Al-Mustadrak menganggapnya sebagai sahih,
namun tidak dipersetujui oleh Az-Zahabi. Ibnu Hajar : Fathul Barri isnad riwayat
ini hasan.)
Terdapat riwayat bahawa kelahiran Rasulullah s.a.w yang
mana sanadnya sampai kepada Al-Hasan menyebutkan ketika Aminah mengandunggkan
Nabi s.a.w Aminah telah menlihat cahaya
keluar darinya dan menerangi istana di Bashra termasuk wilayah-wilayah
kekuasaan Syria.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Ishak, katanya :”Aku mendapat
cerita daripada Tsaur bin Zaid dari Khalid bin Ma’dan daripada beberapa sahabat
Rasulullah s.a.w mereka mengatakan : “Isnad riwayat ini hasan.” Bahawa
sesungguhnya para sahabat Rasulullah s.a.w adalah jujur maka tidak ada masalah
tanpa meyebut nama-nama mereka)
Terdapat juga riwayat sahih bahawa sebelum kelahiran
Rasulullah s.a.w memberikan seribu tanda dan keajaiban yang berlaku dengan
kuasa Allah. Di antaranya :
Ketika Rasulullah s.a.w dalam kandungan, ibunya tidak merasakan kesusahan
sepertimana ibu-ibu lain yang mengandung. Kehamilan ibunya hanya diketahui
setelah diberitahu oleh Malaikat Jibril yang datang ketika ibunya sedang tidur.
Tanda kehamilan ibunya dengan haid yang terputus dan berpindahnya cahaya
wajah Abdullah ke wajahnya.
Ketika mana Nur Muhammad masuk ke dalam rahim ibunya. Allah memerintahkan
Malaikat membuka pintu Syurga Firdaus dan memberitahu seluruh makhluk di lanit
dan di bumi. Tanah-tanah di sekeliling Mekah yang tandus dan kering menjadi
subur, pohon-pohon yang berbuah lebat. Haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk
membicarakannya.
Tentera Raja Abrahah dengan gajah-gajahnya yang berhenti dan berundur
dengan izin Allah. Maka datanglah sekumpulan burung Ababil dan menghancurkan
tentera Abrahah.
Ibunya mengalami mimpi menadah tangan ke langit dan menyaksikan sendiri
para Malaikat turun dari langit seumpama kapas putih yang terapung di angkasa. Malaikat berdiri di
hadapannya dengan berkata “Akhabar bahagia untuk saudari wahai ibu seorang
nabi. Putera itu akan menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia
Ahmad.”
LAHIRNYA :
Ketika berada dalam kandungan ibunya Aminah binti wahab
pada bulan pertama, datang Nabi Adam A.S di dalam mimpi ibunya dan berkata
namakanlah anakmu ini dengan Muhammad. Begitulah pada setiap bulan, Nabi Adam
A.S datang di dalam mimpi ibunya sehingga kandungan ibunya berusia sembilan
bulan.
Lahir di Kota Mekkah pada hari Isnin 12 Rabi’ul Awal tahun
gajah bersamaan 20 April 570 Masihi.
Ayahandanya meninggal dunia ketika Nabi berusia dua bulan
di dalam kandungan.
(Al-hakim : Al-Mustadrak isnadnya sampai kepada Ibnu
Ishak tetapi mengandungi Ilat Tadlis Abu Ishak as-Subai’i. Hadis ini Mu’an’an)
Menurut Khilafat bin Al-Khayaath dalam Tarikh Al-Khayyath
bahawa pendapat ini disepakati ulama. Namun terdapat riwayat lain bahawa
Rasulullah s.a.w lahir pada sepuluh atau tiga puluh atau empat puluh sesudah
tahun gajah.
( Al-Baihaqi : Dalail, Ibnu Athakir : Tarikh Damsyik)
Para ulama secara majoritinya berpendapat yang telah
diteliti oleh Imam Muslim bahawa tahun gajah bertepatan pada tahuh 570 atau 571
Masihi.
(Jawwad Ali : A-Mufshal fi Tarikh Al-Arab Qablal Islam)
Riwayat Ibnu abbas dan Ubaid bin Umar ( sahabat) dan
Qatadah dan Ibnu Ishak berdasarkan surah
Al-Fil yang mana jarak waktu ketika itu adalah setengah abad bagi para sahabat
terawal yang mana pada waktu itu mereka hidup di masa itu. Aisyah r.anha
mengaku melihat dua orang yang buta bersama gajah sedang meminta-minta makan
daripada penduduk Mekah. Manakalah seorang sahabat Qayyasth bin Asyim yang
lahir beberapa tahun sebelum peristiwa bergajah mengatakan bahawa ibunya telah
menunjukkan saki baki tinggalan gajah tentera Abrahah yang sudah berubah warna.
( Sirah Ibnu Hisham dan Tarikh Al-Khayyath dangan sanad
yang hasan. Sunan At-Tarmizi katanya “ Setahu saya bahawa hadis ini Hasan
Gharib yang berasal daripada riwayat Muhammad bin Ishak)
Menurut Ibnu Ishak, Rasulullah s.a.w lahir pada 12
Rabi’ul Awal. Manakalah menurut Al-Waqiqi pada 10 Rabi’ul Awal dan menurut Abu
Mi’syar As-Sanadi pula mengatakan 20 Rabi’ul Awal. Namun pendapat Ibnu Ishak
adalah paling Thiqah.
(Ibnu Hisham : Sirah Ibnu Hisham –tanpa sanad, Ibnu Saad
: At-Tabaqah –isnadnya sampai kepada Abu Jaafar @ Muhammad bin Ali Al-Baqir
yang banyak meriwayatkan riwayat perang akan tetapi hadis-hadisnya
ditinggalkan)
Dalam riwayat menceritakan ketika kelahiran Rasulullah
s.a.w ibunya ditemani Asiah dan Maryam. Asiah adalah isteri Nabi Musa a.s
manakala Maryam adalah ibu Nabi Isa a.s. Ini menunjukkan bahawa darjat Nabi
Muhammad s.a.w lebih tinggi daripada Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s sepertimana
yang terdapat di dalam kitab Taurat dan Injil.
Riwayat menceritakan bahawa Rasulullah lahir pada subuh
di mana Mekah dan persekitarannya dalam keadaan yang damai dan tenang. Angin
yang bertiup lembut tidak pernah dirasai oleh pendudukan Mekah. Kelahiran
Muhammad disambut dengan gembira oleh Bani Hasyim. Di Parsi kelahiran Muhammad
memadamkan api sembahan Majusi di kuil-kuil yang selama seribu tahun tidak
pernah terpadam sejak api sembahan Majusi itu dinyalakan. Kelahirannya juga
menggoncangkan Istana Qisra Rumawi yang menyebabkan tiang-tiangnya runtuh
dinding-dinding istana menjadi retak. Berhala-berhala sembahan kaum quraisy di
sekeliling Kaabah retak dan bergoncang.
Seorang pendita yang mendapat mimpi yang menakutkan
bernama Anusyirwan, ketika lahir nabi itu telah terkhitan dan tali pusatnya
sudah terpotong dan Anusyirwan juga berkata bahawa ketika dia lahir, dia
berkata “Allahu Akbar, Alhamdulillah, Dialah Allah yang harus disembah siang
dan malam.”
(Imam Ibul Qayyim Al-Jauziyah : Zaadil Ma’ad)
BIDANNYA :
ASY-SYIFA’ BINTI ABDUL RAHMAN BIN ‘AUF
PENGASUH-PENGASUHNYA :
IBUNYA AMINAH BINTI WAHAB BIN ABDUL MANAF BIN ZUHRAH BIN
KILAB
THAUBIYAH @ THUWAIBAH (HAMBA MILIK ABU LAHAB YANG
DIBEBASKAN KETIKA NABI MUHAMMAD LAHIR )
HALIMAH BINTI ABU DZU’AIB AL-SA’DIYAH
UMMU AIMAN ( HAMBA YANG DIWARISKAN OLEH AYAHANDANYA)
IBU SUSUANNYA :
HALIMAH BINTI ABU DZU’AIB AL-SA’DIYAH
THAUBIYAH @ THUWAIBAH ( HAMBA ABU LAHAB ) RASULULLAH
S.A.W MENYUSU DENGAN BELIAU SELAMA BEBERAPA HARI.
Berdasarkan riwayat sahih, bahawa Thaubiyah (Thuwaibah)
adalah wanita yang menyusui Rasulullah s.a.w. Manakala bapa saudaranya Hamzah
bin Abdul Mutalib adalah saudara sesusuan. Manakalah Halimah as-Sa’diyah
menyusukan Rasulullah s.a.w di rumah Bani Saad adalah riwayat yang sudah
diketahui sepertimana yang yang diriwayatkan oleh Ibnu Ishak.
(Fathul Barri : Sahih Bukhari. Sahih Muslim : sahih
Muslim Bi Syarhi An-Nawawi)
PERGINYA SEORANG IBU :
Ketika berusia enam tahun, ibnunya pergi meninggalkannya.
Ibunya meninggal di Abwa’ sebuah daerah yang terletak di antara Mekah dan
Madinah. Ketika itu ibunya membawanya bertemu pacik-pakciknya dari keluarga
Bani Ady bin Najjar. Ibnunya meninggal ketika dalam perjalanan pulang ke Mekah.
(Abu Nu’aim : Dalail An-Nubuwwah dan As-Sirah-AlHalbiyah. Sirah Ibnu Hisyam dan
Thabaqah Ibnu Sa’ad)
PEMBEDAHAN DADANYA:
Berlaku ketika Baginda masih kecil dan ketika berusia
empat tahun sewaktu Baginda bermain di kalangan Bani Sa’ad. Terdapat riwayat
yang menyatakan bahawa berlakunya pembedahan kali ketiga sepertimana yang
diriwayatkan oleh Abu Nu’aim Al-Ashbani ( Dalail An-Nubuwwah) dan riwayat
At-Thayalisi (Minhat Al-Ma’bud Fi Tartib Musnad At-Thayalisi Abu Daud). Akan
tetapi di dalam riwayat tersebut terdapat nama Abu Daud yang merupakan seorang
perawi yang Matruk. Maka riwayat ini dianggap gugur. Imam As-Suyuthi juga
menjelaskan dua riwayat yang menreangkan pembedahan dada Rasulullah s.a.w sebelum
Baginda di utus menjadi Nabi dan Rasul dalam sebuah mimpi (Al-Qasais Al-Kubra).
Dalam kitab Sahih Muslim (Imam Muslim) meriwayatkan
pembedahan pertama daripada Anas bin Malik bahawa “ Sesungguhnya Nabi s.a.w
ketika sedang asyik bermain dengan anak-anak kwcil, datanglah Jibril memegang
dan membaringkannya, kemudian dibuangnya segumpal darah dari jantungnya dan
berkata : “Inilah bahagian yang menguntungkan syaitan darimu”. Kemudian
dibersihkan dalam sebuah bekas daripada emas bersama air zamzam. Anak-anak
kecil yang menyaksikan peristiwa itu melarikan diri mendapatkan ibu-ibu mereka
dan memberitahu bahawa Muhammad dibunuh. Mereka mendapatkan Muhammad dan
mendapati Muhammad dalam keadaan pucat”. Kata Anas bin Milik lagi : “Aku
melihat bekas jahitan di dada Nabi s.a.w”
(Imam Muslim : Sahih Muslim bab Isra’ Mi’raj Rasulullah
s.a.w ke langit, Ibnu Hisyam :As-Sirah An-Nabawiyah dengan isnad yang sangat
baik. Ibnu kathir : As-Sirah Nabawiyah tahqiq Mustafa Abdul Wahid)
PENDITA BUHAIRA :
Ketika berumur di antara sembilan dan dua belas tahun
(riwayat yang berbeza-beza). Nabi s.a.w sering dibawa oleh pakciknya Abu Talib untuk
berniaga di Syria. Ketika itu terdapat seorang pendita Nasrani bernama Buhaira
di Kota Basra (nama sebenarnya Gergios sesetangah pendapat mengatakan Gergies.
Pernah memegang jawatan Patriach atau ketua Paderi di Contantinople di bahawa
kerajaan Rom) yang menjemput para pembesar Quraisy untuk menghadiri majlis
jamuannya. Dalam majlisnya, dia menyatakan tentang i yang akan datang beserta
menerangkan sifat-sifat nabi itu. Nabi itu seorang yatim piatu dan mempunyai
tanda kenabian pada bahunya. Jika ia berjalan awan akan melindunginya dari
kepanasan. Ketika tidurnya, ia akan tidur di bawah sepohon pokok dan
bayang-banyang pokok itu akan menaunginya. Buhaira berpesan kepada abu Talib
agar berhati-hati dengan dengan ancaman orang-orang Yahudi dan Romawi.
Ketika bertanyakan kepada Abu Talib adakah sesiapa lagi
yang tinggal di luar rumahnya, matanya melihat kepada kana-kanak yang berada di
luar dan meminta Abu Talib membawanya masuk. Ketika mana kana-kanak itu masuk,
matanya tetap melihat kepadanya lalu berkata untuk menguji dengan menyebut
Latta dan Uzza. Buhaira bertanyakan nama kanak-kanak itu, bertanyakan ayah dan
ibunya. Maka dengan jawapan itu, tahulah Buhaira siapakah kanak-kanak itu
sebenarnya.
(Ibnu Sayyidinnas : Uyun Al-Atsar)
Tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan
Firman Allah Ta'ala:
قُوا
أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً
“... jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api
neraka...”(At-Tahrim: 6)
dan tidak ada yang boleh menghindarkan keluarga dari api neraka
melebihi mengajarkan kepada mereka ilmu syar'i.
Imam Ibnul Haj berkata:
"Wajib bagi setiap orang untuk mengajar keluarganya masalah
ilmu syar'i yang mereka perlukankan, kerana mengajar orang lain itu
diperintahkan, maka mengajar orang-orang dekat dan keluarganya lebih ditekankan
lagi, kerana merekalah orang yang disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w:
كُلُّكُمْ رَاعٍ
َفَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ
“Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan diminta
pertanggungjawapan atas kepemimpinannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Maka
wajib baginya untuk segera mengajar sesuatu yang paling penting dalam urusan
agamanya, mulai dari masalah iman, Islam, ihsan, bagaimana cara wudhu, mandi,
tayamum juga bagaimana cara solat yang benar, serta semua perkara yang wajib
diketahui oleh anggota keluarganya, kemudian barulah mengajarkan perkara
lainnya yang sunnah, bermula dari yang paling penting kemudian yang di
bawahnya." (Al-Madkhol 1/209)
Di zaman
ini, ketika mana api fitnah syahwat dan asap tebal syubhat sudah semakin panas
dan kelamnya, maka seharusnya setiap orang perlu mengambil perhatian kepada
diri dan keluarganya dari semua perkara dan perbuatan yang dapat menjerumuskan
mereka ke dalam api neraka Jahannam.
Para
ulama dahulu telah membuktikan bahawa betapa penting dan wajibnya mengajar ahli
keluarga tentang agama dan hukum di dalam syar’i, sehingga dari rumah-rumah
mereka lahir wanita-wanita agung.
Abu
Nu'aim dalam Kitabnya Hilyah dan Imam
Az-Zahabi dalam kitabnya Siyar a'lamin Nubala telah menceritakan tentang
Sa'id bin Musayyib (beliau adalah Imam kota Madinah terbesar pada zaman
Tabi'in) yang enggan untuk menikahkan anak perempuannya dengan Walid bin Abdul
Malik yang menjadi putera mahkota pada ketika itu, beliau telah menikahkan anaknya dengan
salah seorang daripada muridnya. Dan dalam kisah tersebut diceritakan bahawa pada
keesokan harinya, suami anak perempuan Sa'id ingin keluar rumah, maka isterinya
berkata kepadanya: "Engkau hendak ke mana?" Suaminya menjawab: "Akuu
hendak menghadiri majlis ilmu Sa'id, aku ingin belajar." Maka isterinya
berkata kepadanya: “Duduklah denganku, aku akan mengajarkan kepadamu ilmu ayahku
Sa'id."
Demikianlah
juga apa yang diceritakan tentang Imam Malik, bahawa kalau ada seseorang yang
membaca kitab Al-Muwatho', lalu salah atau menambah huruf atau menguranginya,
maka puteri Imam Malik yang berada disebalik pintu segera mengetuk pintu, maka
Imam Malik segera berkata: "Ulangi, hafazanmu tadi terdapat
kesalahan."
Pada
zaman kita sekarang, lihatlah Ummu Abdillah binti Muqbil bin Hadi al-Wad'i'i,
Ummu Abdillah binti Syeikh Al-Albani serta lainnya.
Jangan
katakan bahawa ianya adalah biasa saja, kerana ilmu bukan harta benda
yang boleh diwarisi begitu saja.
Diceritakan
oleh Al-Farwi: "Kami pernah duduk di majlis Imam Malik, pada ketika itu
anak lelaki beliau keluar masuk majlis dan tidak mahu duduk untuk belajar, maka
Imam Malik menghadap kami seraya berkata: "Masih ada yang meringankan
bebanku, iaitu bahwa masalah ilmu ini tidak dapat diwariskan."
Oleh
itu kewajiban seseorang untuk berjuang mendidik ana-anak mereka, mengajarkan Al-Quran
dan As-Sunnah dengan pemahaman para Salafus Soleh serta menikahkan mereka
dengan lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang akan dapat menjaga agamanya serta
mengajarkan ilmu dan kebaikan kepadanya.
Diceritakan
oleh Syeikh Masyhur Hasan Salman: "Syaikh Jamil Zainu pernah
bercerita kepadaku bahawa ketika beliau ingin menikahkan puterinya dengan salah
satu saudara kami dari Yordania, kata beliau: 'Ketika saya berada di masjid,
maka saya duduk di bahagian paling belakang untuk melihat solat para pemuda, sehingga
perhatianku tertumpu kepada seorang pemuda yang paling baik solatnya, paling
khusyu' dan paling lama berdirinya. Lalu saya mencarinya lagi ketika solat Subuh
dan Isya' sehingga saya mendapatkan dia sebagai seorang pemuda yang rajin dan
tidak malas. Lalu saya mendatangi pemuda tersebut dan bertanya kepadanya:
Apakah engkau sudah menikah?' Dia menjawab: 'Belum.' Saya bertanya lagi: 'Mahukah
engkau saya nikahkan dengan puteriku?' maka sepontan dia menjawab: 'Subhanallah,
siapa yang tidak mahu?' Berkata Syeikh Jamil Zainu: Akhirnya saya menikahkan
puteriku dengannya.'"
Maka
marilah kita bersama-sama mengambil pengajaran daripada ayat-ayat Allah di
dalam Al-Quran tentang ancaman-ancaman seksaan neraka di atas tanggungjawab
kita sebagai ibubapa.
منـزلة الصلاة في الإسلام وعظم شأنها
واعلموا
رحمكم الله أن الله تعالى افترض عليكم خمس صلوات في اليوم والليلة، فمن حافظ عليها
ولم يضيع منها شيئاً استخفافاً بحقهن كان له عند الله عهداً أن يدخله الجنة([1])
والصلوات الخمس: هي أعظم أركان الإسلام بعد الشهادتين، وهي عماد الدين الذي لا
يقوم الدين إلا به، فإذا سقط العمود سقط ما بني عليه، وأول ما يحاسب عليه العبد
يوم القيامة الصلاة فإن صلحت صلح سائرُ عمله، وأفلح وأنجح، وإن فسدت فسد سائرُ
عمله وخاب وخسر([2])
والصلاة آخر ما يفقد من دين العبد فإذا ذهب آخر الدين لم يبق منه شيء([3])،
وهي آخر وصية أوصى بها النبي r أمته، فعن أم سلمة رضي الله عنها أنها قالت: كان من آخر وصية رسول
r :
”الصلاةَ الصلاةَ وما ملكت أيمانكم“ حتى جعل نبي الله r
يجلجلها في صدره وما يفيض بها لسانه"([4])
ومدح الله تعالى القائمين بها ومن أمر بها أهله، فقال تعالى: { وَاذْكُرْ فِي
الْكِتَابِ إِسْمَاعِيلَ إِنَّهُ كَانَ صَادِقَ الْوَعْدِ وَكَانَ رَسُولاً
نَّبِيًّا، وَكَانَ يَأْمُرُ أَهْلَهُ بِالصَّلاةِ وَالزَّكَاةِ وَكَانَ عِندَ
رَبِّهِ مَرْضِيًّا } وذم الله تعالى المضيعين لها والمتكاسلين عنها فقال بعد
أن ذكر جملة من الأنبياء { فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلاةَ
وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا } وقال تعالى: {
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُواْ
إِلَى الصَّلاَةِ قَامُواْ كُسَالَى يُرَآؤُونَ النَّاسَ وَلاَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ
إِلاَّ قَلِيلاً } وعظَّم الله تعالى شأنها ففرضها بدون واسطة ليلة الإسراء
فوق سبع سماوات، فرضها خمسين صلاة في اليوم والليلة، وهذا يدل على محبة الله تعالى
لها، ثم خفف عزَّ وجلَّ عن عباده ففرضها خمس صلوات في اليوم والليلة، فهي خمسون في
الميزان وخمس في العمل لمن قام بها ابتغاء مرضات الله تعالى. وافتتح الله أعمال
المفلحين بالصلاة واختتمها بها وهذا يؤكد أهميتها قال تعالى: {قَدْ أَفْلَحَ
الْمُؤْمِنُونَ، الَّذِينَ هُمْ فِي صَلاتِهِمْ خَاشِعُونَ، وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ
اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ، وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ، وَالَّذِينَ
هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ، إِلاّ عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ
أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ، فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ
فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ، وَالَّذِينَ هُمْ لأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ
رَاعُونَ، وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ}؛ ولعظم
منـزلتها أمر الله النبي r وأتباعه أن يأمروا بها أهليهم { وَأْمُرْ أَهْلَكَ
بِالصَّلاَةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لاَ نَسْأَلُكَ رِزْقًا نَّحْنُ نَرْزُقُكَ
وَالعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى } وقال النبي r : ”مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع سنين، واضربوهم عليها
وهم أبناء عشر سنين وفرِّقوا بينهم في المضاجع“([5]).
وأمر النبي r
النائم والناسي بقضاء الصلاة، وهذا يؤكد أهميتها وأنها لا تسقط على أي حال من
الأحوال فقال: ”من نسي صلاة أو نام عنها فكفارتها أن يصلها إذا ذكرها [لا كفارة
لها إلا ذلك]“ [متفق عليه]([6])،
ولعظم شأنها وعلوِّ مكانتها عند الله تعالى لم يعذر المريض بتركها وأمر بأن يصلي
على حسب حاله، فيصلي قائماً، فإن لم يستطع صلى قاعداً، فإن لم يستطع صلى على جنبه،
فإن لم يستطع صلى مستلقياً على ظهره، فإن لم يستطع صلى على حسب حاله على أي حال لا
يكلف الله نفساً إلا وسعها { فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ } فإن
عجز المريض عن جميع الأحوال السابقة صلى بقلبه، فيكبر، ويقرأ، وينوي الركوع،
والسجود والقيام والقعود بقلبه؛ لأن الصلاة لا تسقط عنه مادام عقله ثابتاً بأي حال
من الأحوال، سواء استطاع استقبال القبلة أو لم يستطع، استطاع الطهارة أم لم يستطع،
لا يكلف الله نفساً إلا وسعها.
ولعظم منـزلتها، فإن
من تركها عمداً بدون عذر جاحداً لوجوبها يكون كافراً مرتداً بإجماع العلماء يقتله
ولي أمر المسلمين بعد الاستتابة فإن لم يتب يقتل حدّاً، ومن تركها عمداً بدون عذر
مع الإقرار بوجوبها فإنه يكون كافراً أيضاً عند المحققين من أهل العلم؛ لقول النبي
r : ”بين الرجل وبين الشرك والكفر ترك الصلاة“ [رواه مسلم]([7])
وقال: ”العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة فمن تركها فقد كفر“ [رواه الترمذي
والنسائي]([8])
وعن عبد الله بن شقيق t قال: ”كان أصحاب محمد r لا يرون شيئاً من الأعمال تركه كفر غير الصلاة“
[رواه الترمذي]([9]).
قال الإمام ابن القيم
رحمه الله: "وقد حكى إجماع الصحابة على كفر تارك الصلاة غير واحد من أهل
العلم"([10])
وذكر شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله أن تارك الصلاة يكفرُ الكفرَ الأكبر لعشرة
وجوه ذكرها([11]).
وذكر تلميذه ابن القيم رحمه الله اثنين وعشرين دليلاً على كفر تارك الصلاة الكفر
الأكبر، وقال: "وقد دلّ الكتاب والسنة وإجماع الصحابة على كفر تارك
الصلاة"([12]).
ولعظم
شأنها سماها الله تعالى إيماناً، وخصها بالذكر تمييزاً لها من بين شرائع الإسلام
فقال تعالى: {اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلاةَ}،
{وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَإِقَامَ الصَّلاةِ} وقرنت
في القرآن الكريم بكثير من العبادات، وأوجبها الله على كل حال ولم يعذر بها:
مريضاً، ولا خائفاً، ولا مسافراً، ولا غير ذلك مادام العقل ثابتاً. واشترط لها
أكمل الأحوال: من الطهارة، والزينة، واللباس، واستقبال القبلة، مما لم يشترط في
غيرها، واستعمل فيها جميع الأعضاء: من القلب واللسان، والجوارح، والصلاة: تنهى عن
الفحشاء والمنكر، وأفضل الأعمال بعد الشهادتين، وتغسل الخطايا غسلاً، وتكفر
السيئات، وهي نور لصاحبها في الدنيا والآخرة، وترفع بها الدرجات، وتحط بها
الخطايا، وهي من أعظم أسباب دخول الجنة برفقة النبي r ، وتعد الضيافة في الجنة لكل من غدا إليها أو راح، وتكفر ما قبلها
من الذنوب، وتصلي الملائكة على صاحبها مادام في مصلاه أو ينتظر الصلاة، وانتظارها
رباط في سبيل الله، وغير ذلك من الفضائل التي لا تحصر.
Suatu Kisah Indah
Abu Hurairah r.a menceritakan kisah seorang wanita yang biasa membersihkan masjid. Ketika Rasulullah s.a.w bertanyakan tentangnya, mereka menjawab :" Dia telah meninggal dunia." Nabi bersabda " Kenapa kamu tidak memberitahuku tentangnya?". Seolah-olah mereka meremehkan kedudukan wanita itu. Lalu Nabi s.a.w bersabda : " Tunjukkan kepada ku kuburnya." Mereka pun menunjukkan kubur wanita itu dan Rasulullah s.a.w menyolatkan jenazah (di atas kuburnya.
(Riwayat Muttafaun Alaih)
Imam Muslim dalam riwayatnya menambah bahawa selepas itu Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguh alam kubur ini penuh dengan kegelapan bagi para penghuninya, dan Allah akan memberikan cahaya kepada mereka dengan permohonan rahmatku untuk mereka."
(Riwayat Muttafaun Alaih)
Imam Muslim dalam riwayatnya menambah bahawa selepas itu Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguh alam kubur ini penuh dengan kegelapan bagi para penghuninya, dan Allah akan memberikan cahaya kepada mereka dengan permohonan rahmatku untuk mereka."
Daripada Rabi'ah Ibnu Ka'b Al-Aslami, Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepadanya :
"Mintalah kamu". Rabi'ah berkata : " Aku meminta agar dapat bersamamu di dalam Syurga". Nabi s.a.w bersabda "Kenapa tidak meminta yang lain?". Rabi'ah menjawab : "Hanya itulah yang aku minta." Nabi bersabda : "Jika begitu, bantulah aku agar dapat menunaikan permintaanmu itu dengan banyak melakukan sujud".
(Riwayat Muslim)
Daripada Abi Juhaim Ibnu Harith, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sekiranya orang yang lalu di hadapan orang yang sedang solat mengetahui akan dosa di atas perbuatan yang dilakukannya itu, tentulah jika berdiri selama empat puluh tahun lebih baik baginya daripada lalu di hadapan orang yang sedang solat"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Daripada Ibnu Mas'ud, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : " Sesungguhnya di antara pesanan kepada ummat manusia dari para Nabi-nabi yang terdahulu ialah, " Jika kamu tidak mempunya rasa malu, maka tentulah kamu akan melakukan segala yang kamu ingin lakukan.""
(Riwayat Bukhari)