Dalam beberapa kitab termasuk Addinul Islami disebutkan selain daripada lafaz Allah dan Al Rab (Tuhan), adalah:
Nama-nama Allah yang baik-baik (Asmaa-ullaahul Husnaa) yang terkandung dalam Al-Quranul Karim iaitu:
.
A. Nama-Nama Sifat Allah SWT Yang Berkaitan Dengan Zat Peribadinya:
- Al-Waahid (Maha Tunggal)
- Al-Ahad (Maha Esa)
- Al-Haq (Maha Benar)
- Al-Qudduus (Maha Suci)
- As-Shamad (Maha Diperlukan)
- Al-Ghaniy (Maha Kaya)
- Al-Mughni (Maha Mengayakan)
- Al-Awwal (Maha Pertama)
- Al-Akhir (Maha Penghabisan)
- Al-Hayyu (Maha Hidup)
- Al-Qayyuum (Maha Berdiri Sendiri)
.
.
B. Nama-Nama Sifat Allah Ta’ala Yang Berhubung Dengan Penciptaan-Nya:
- Al-Khaaliq (Maha Mencipta)
- Al-Baari’ (Maha Pembuat)
- Al-Mushawwir (Maha Pembentuk)
- Al-Badii’ (Maha Pencipta yang baru)
.
.
C. Nama-Nama Yang Berhubungan Dengan Sifat Kecintaan Dan Kerahmatan:
- Rahmaan (Maha Pengasihi)
- Rahiim (Maha Penyayang)
- Ar-Rauuf (Maha Pengasih)
- Al- Waduud (Maha Pencinta)
- Al-Lathiif (Maha Lemah Lembut /Halus)
- Ai-Tawwaab (Penerima Taubat)
- Al-Haliim (Maha Penghiba)
- Al-’Afuw (Maha Pemaaf)
- Al-Ghaffar (Maha Mengampun)
- Al-Ghaffur (Maha Pengampun)
- Asy-Syakuur (Maha Pembalas, Pemberi Kurnia)
- As-Salaam (Maha Pengaman)
- Al-Mu’min (Maha Pemelihara keamanan)
- Al-Barr (Maha Mencipta Kebaikan /Dermawan)
- Rafli’ (Maha Mengangkat Darjat)
- Ar-Razzaaq (Maha Pemberi rezeki)
- Al-Wahhaab (Maha Pemberi)
- Al-Waasi’ (Maha Luas)
.
.
D. Nama-Nama Yang Berhubungan Dengan Kebesaran, Keagungan Dan Kemuliaan Allah Ta’ala:
- AI-’Azhiim (Maha Agung)
- Al-’Aziiz (Maha Mulia)
- Al-Aliy (Maha Tinggi)
- Al-Muta’aalii (Maha Suci)
- Al-Qawiy (Maha Kuat)
- Al-Qahhaar (Maha Pemaksa)
- Al-Jabbaar (Maha Perkasa)
- Al-Mutakabbir (Maha Megah)
- Al-Kabiir (Maha Besar)
- Al-Kariim (Maha Pemurah)
- Al-Hamiid (Maha Terpuji)
- Al-Majiid (Maha Mulia)
- Al-Matiin (Maha Kuat)
- Az-Zhaahir (Maha Nyata)
- Zuljalaali Wal Ikraam (Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan)
.
.
E. Nama-Nama Yang Berhubungan Dengan Ilmu Pengetahuannya:
- Al-’Aliim (Maha Mengetahui)
- Al-Hakiim (Maha Bijaksana)
- As-Samii’ (Maha Mendengar)
- Al-Khabiir (Maha Waspada)
- Al-Bashiir (Maha Melihat)
- Asy-Syahiid (Maha Menyaksikan)
- Ar-Raqiib (Maha Meneliti)
- Al-Baathin (Maha Tersembunyi)
- Al-Muhaimin (Maha Menjaga)
.
.
F. Nama-Nama Yang Berhubungan Dengan Kekuasaan Dan Pimpinan Allah Ta’ala:
- Al-Qaadir (Maha Kuasa)
- Al-Muqtadir (Maha Menguasai)
- Al-Wakiil (Maha Memelihara penyerahan)
- Al-Haflidz (Maha Pemelihara)
- Al-Malik (Maha Merajai)
- Al-Fattaah (Maha Membukakan)
- Al-Hasiib (Maha Penjamin)
- Al-Muntaqim (Maha Penyiksa)
- Al- Muqiit (Maha Pemberi kecukupan)
.
.
G. Nama-Nama Sifat Allah SWT Yang Berkaitan Dengan Kudratnya:
- Al-Qaabidh (Maha Pencabut)
- Al-Baasith (Maha Meluaskan)
- AI-Mu’iz (Maha Pemberi kemuliaan)
- Al-Mudzil (Maha Pemberi kehinaan)
- A1-Mujiib (Maha Mengabulkan)
- Al-Baa’its (Maha Membangkitkan)
- Al-Muhshii (Maha Penghitung)
- Al-Mubdi’ (Maha Memulai)
- A1-Mu’iid (Maha Mengulangi)
- Al-Muhyii (Maha Menghidupkan)
- Al-Mumiit (Maha Mematikan)
- Maalikul Mulk (Maha Menguasai kerajaan)
- AI-Jaami’ (Maha Mengumpulkan)
- Ad-Dhaar (Maha Pemberi Kemudaratan)
- Al-Maani’ (Maha Membela, Maha Menolak)
- At-Haadi (Maha Pemberi Petunjuk)
- Al-Baaqi (Maha Kekal)
- Al-Waarits (Maha Pewaris)
.
.
H. Nama-Nama Sifat Allah SWT Yang Berkaitan Dengan Iradatnya:
- An-Nuur (Maha Bercahaya)
- Ash-Shabuur (Maha Penyabar)
- Ar-Rasyiid (Maha Cendekiawan)
- Al-Muqsith (Maha Mengadili)
- An-Naafi’ (Maha Memanfaat)
- AI-Waalii (Maha Menguasai)
- AI-Jaliil (Maha Luhur)
- Al-Waaliy (Maha Mengendalikan Segala Urusan)
- Al-’Adl (Maha Adil)
- Al-Khaafidh (Maha Menjatuhkan)
- Al- Waajid (Maha Kaya)
- AI-Muqaddim (Maha Mendahulukan)
- Al-Muakhkhir (Maha Mengakhirkan)
- Al-Hakam (Maha Menghukum)
MAKNA
Allah: (
الله ) Lafaz yang Maha
Mulia yang merupakan nama dari Zat Ilahi yang Maha Suci serta wajib
adanya yang berhak memiliki semua macam pujian dan sanjungan.
Lafadz ini disebut juga lafadz
Jalalah, dan juga disebut
Ismu Zat .
Iaitu Zat yang menciptakan langit, bumi dan seisinya termasuk kita
sebagai umat manusia ini. Dan Dialah Tuhan seru sekalian alam.
Adapun nama-nama lain, maka setiap nama itu menunjukkan suatu sifat
Allah yang tertentu dan oleh sebab itu bolehlah dianggap sebagai sifat
bagi lafaz yang Maha Mulia.
1. Ar-Rahmaan: ( الرحمن ) Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia.
2. Ar-Rahim: ( الرحيم ) Maha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di akhirat.
3. Al-Malik: ( الملك ) Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendakNya sendiri.
4. Al-Quddus: ( القدوس ) Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan.
5. As-Salaam: ( السلام ) Maha Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh makhlukNya.
6. Al-Mu’min: ( المؤمن ) Maha Pengaman / Pemelihara
keamanan, iaitu siapa yang bersalah dan makhlukNya itu benar-benar akan
diberi seksa, sedang kepada yang taat akan benar-benar dipenuhi janjiNya
dengan pahala yang baik.
7. Al-Muhaimin: ( المحيمن ) Maha Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas, iaitu memerintah dan melindungi segala sesuatu.
8. Al-’Aziiz: ( العزيز ) Maha Mulia / Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat sekehendakNya
9. Al-Jabbaar: ( الجبار ) Maha Perkasa / Maha Kuat /
Yang Menundukkan Segalanya, iaitu mencukupi segala keperluan,
melangsungkan segala perintahNya serta memperbaiki keadaan seluruh
hambaNya.
10. Al-Mutakabbir: ( المتكبر ) Maha Megah / Maha
Pelengkap Kebesaran. iaitu yang melengkapi segala kebesaranNya,
menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahanNya.
11. Al-Khaaliq: ( الخالق ) Maha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang menakdirkan adanya semua itu.
12. Al-Baari’: ( البارئ ) Maha Pembuat / Maha Perancang / Maha Menjadikan, iaitu mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.
13. Al-Mushawwir: ( المصور ) Maha Pembentuk / Maha
Menjadikan Rupa Bentuk, memberikan gambaran atau bentuk pada sesuatu
yang berbeza dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah mengadakan sesuatu yang
belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanya itu. Al-Baari’ ialah
mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya, manakala Al-Mushawwir
ialah yang memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan
keperluannya).
14. Al-Ghaffaar: ( الغفار ) Maha Pengampun, banyak pemberian maafNya dan menutupi dosa-dosa dan kesalahan.
15. Al-Qahhaar: ( القهار ) Maha Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya serta memaksa segala makhluk menurut kehendakNya.
16. Al-Wahhaab: ( الوهاب ) Maha Pemberi / Maha Menganugerah, iaitu memberi banyak kenikmatan dan selalu memberi kurnia.
17. Ar-Razzaaq: ( الرزاق ) Maha Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai rezeki serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya.
18. Al-Fattaah: ( الفتاح ) Maha Membukakan / Maha Pembuka , iaitu membuka gedung penyimpanan rahmatNya untuk seluruh hambaNya.
19. Al-’Aliim: ( العليم ) Maha Mengetahui, iaitu
mengetahui segala yang maujud dan tidak ada satu benda pun yang tertutup
oleh penglihatanNya.
20. Al-Qaabidh: ( القابض ) Maha Pencabut / Maha
Penyempit Hidup / Maha Pengekang, iaitu mengambil nyawa atau
menyempitkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki olehNya.
21. Al-Baasith: ( الباسط ) Maha Meluaskan / Maha
Pelapang Hidup / Maha Melimpah Nikmat, iaitu memudahkan terkumpulnya
rezeki bagi siapa yang diinginkan olehNya.
22. AI-Khaafidh: ( الخافض ) Maha Menjatuhkan / Maha
Menghinakan / Maha Perendah / Pengurang, iaitu terhadap orang yang
selayaknya dijatuhkan akibat kelakuannya sendiri dengan memberinya
kehinaan, kerendahan dan seksaan.
23. Ar-Raafi’: ( الرافع ) Maha Mengangkat / Maha
Peninggi, iaitu terhadap orang yang selayaknya diangkat kedudukannya
kerana usahanya yang giat, iaitu termasuk golongan kaum yang bertaqwa.
24. Al-Mu’iz: ( المعز ) Maha Menghormati /
Memuliakan / Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada orang yang
berpegang teguh pada agamaNya dengan memberinya pentolongan dan
kemenangan.
25. Al-Muzil: ( المذل ) Maha Menghina / Pemberi kehinaan, iaitu kepada musuh-musuhNya dan musuh ummat Islam seluruhnya.
26. As-Samii’: ( السميع ) Maha Mendengar.
27. Al-Bashiir: ( البصير ) Maha Melihat.
28. Al-Hakam: ( الحكم ) Maha Menghukum / Maha
Mengadili, iaitu sebagai hakim yang menetapkan / memutuskan yang tidak
seorang pun dapat menolak keputusanNya, juga tidak seorang pun yang
berkuasa merintangi kelangsungan hukumNya itu.
29. Al-’Adl: ( العدل ) Maha Adil. Serta sangat sempurna dalam keadilanNya itu.
30. Al-Lathiif: ( اللطيف ) Maha Menghalusi / Maha
Teliti / Maha Lembut serta Halus, iaitu mengetahui segala sesuatu yang
samar-samar, pelik-pelik dan kecil-kecil.
31. Al-Khabiir: ( الخبير ) Maha Waspada/ Maha Mengetahui.
32. Al-Haliim: ( الحليم ) Maha Penyabar / Maha
Penyantun / Maha Penghamba, iaitu yang tidak tergesa-gesa melakukan
kemarahan dan tidak pula gelojoh memberikan siksaan.
33. Al-’Adzhiim: ( العظيم ) Maha Agung, iaitu
mencapai puncak tertinggi dan di mercu keagungan kerana bersifat dengan
segala macam sifat kebesaran dan kesempunnaan.
34. Al-Ghafuur: ( الغفور ) Maha Pengampun, banyak pengampunanNya kepada hamba-hambaNya.
35. Asy-Syakuur: ( الشكور ) Maha Pembalas / Maha Bersyukur, iaitu memberikan balasan yang banyak sekali atas amalan yang kecil.
36. Al-’Aliy: ( العلي ) Maha Tinggi Martabat-Nya /
Maha Tinggi serta Mulia, iaitu mencapai tingkat yang setinggi-tingginya
yang tidak mungkin digambarkan oleh akal fikiran sesiapa pun dan tidak
dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun pandainya.
37. Al-Kabiir: ( الكبير ) Maha Besar, yang kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh pancaindera ataupun akal manusia.
38. Al-Hafidz: ( الحفيظ ) Maha Pemelihara Maha
Pelindung / Maha Memelihara, iaitu menjaga segala sesuatu jangan sampai
rosak dan goyah. Juga menjaga segala amal perbuatan hamba-hambaNya,
sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun untuk memberikan
balasanNya.
39. Al-Muqiit: ( المقيت ) Maha Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan , baik yang berupa makanan tubuh ataupun makanan rohani.
40. Al-Hasiib: ( الحسيب ) Maha Penjamin / Maha
Mencukupi / Maha Penghitung, iaitu memberikan jaminan kecukupan kepada
seluruh bamba-hambaNya pada hari Qiamat.
41. Al-Jaliil: ( الجليل ) Maha Luhur, iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan sifat-sifatNya.
42. Al-Kariim: ( الكريم ) Maha Pemurah, iaitu mulia
tanpa had dan memberi siapa pun tanpa diminta atau sebagai penggantian
dan sesuatu pemberian.
43. Ar-Raqiib: ( الركيب ) Maha Peneliti / Maha Pengawas Maha Waspada, iaitu yang mengamat-amati gerak-geri segala sesuatu dan mengawasinya.
44. Al-Mujiib: ( المجيب ) Maha Mengabulkan, iaitu yang memenuhi permohonan siapa saja yang berdoa padaNya.
45. Al-Waasi’: ( الواسع ) Maha Luas Pemberian-Nya ,
iaitu kerahmatanNya merata kepada segala yang maujud dan luas pula
ilmuNya terhadap segala sesuatu.
46. Al-Hakiim: ( الحكيم ) Maha Bijaksana, iaitu
memiliki kebijaksanaan yang tertinggi kesempurnaan ilmuNya serta
kerapiannya dalam membuat segala sesuatu.
47. Al-Waduud: ( الودود ) Maha Pencinta / Maha
Menyayangi, iaitu yang menginginkan segala kebaikan untuk seluruh
hambaNya dan juga berbuat baik pada mereka itu dalam segala hal dan
keadaan.
48. Al-Majiid: ( المجيد ) Maha Mulia, iaitu yang mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan dan keutamaan.
49. Al-Ba’ithu: ( الباعث ) Maha Membangkitkan, iaitu
membangkitkan semangat dan kemahuan, juga membangkitkan para Rasul dan
orang-orang yang telah mati dari kubur masing-masing nanti setelah
tibanya hari Qiamat.
50. Asy-Syahiid: ( الشهيد ) Maha Menyaksikan / Maha Mengetahui keadaan semua makhluk.
51. Al-Haq: ( الحق ) Maha Haq / Maha Benar yang kekal dan tidak akan berubah sedikit pun.
52. Al-Wakiil: ( الوكيل ) Maha Pentadbir / Maha
Berserah / Maha Memelihara penyerahan, yakni memelihara semua urusan
hamba-hambaNya dan apa-apa yang menjadi keperluan mereka itu.
53. Al-Qawiy: ( القوى ) Maha Kuat / Maha Memiliki Kekuatan , iaitu yang memiliki kekuasaan yang sesempurnanya.
54. Al-Matiin: ( المتين ) Maha Teguh / Maha Kukuh
atau Perkasa / Maha Sempurna Kekuatan-Nya , iaitu memiliki keperkasaan
yang sudah sampai di puncaknya.
55. Al-Waliy: ( الولى ) Maha Melindungi, iaitu
melindungi serta mengaturkan semua kepentingan makhlukNya kerana
kecintaanNya yang amat sangat dan pemberian pertolonganNya yang tidak
terbatas pada keperluan mereka.
56. Al-Hamiid: ( الحميد ) Maha Terpuji, yang memang sudah selayaknya untuk memperoleh pujian dan sanjungan.
57. Al-Muhshii: ( المحصى ) Maha Menghitung / Maha
Penghitung, iaitu yang tiada satu pun tertutup dari pandanganNya dan
semua amalan diperhitungkan sebagaimana wajarnya.
58. Al-Mubdi’: ( المبدئ ) Maha Memulai/Pemula / Maha
Pencipta dari Asal, iaitu yang melahirkan sesuatu yang asalnya tidak
ada dan belum maujud.
59. Al-Mu’iid: ( المعيد ) Maha Mengulangi / Maha
Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu menumbuhkan kembali setelah
lenyapnya atau setelah rosaknya.
60. Al-Muhyii: ( المحي ) Maha Menghidupkan, iaitu memberikan daya kehidupan pada setiap sesuatu yang berhak hidup.
61. Al-Mumiit: ( المميت ) Maha Mematikan, iaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa yang hidup.
62. Al-Hay: ( الحي ) Maha Hidup, iaitu sentiasa kekal hidupNya itu.
63. Al-Qayyuum: ( القيوم ) Maha Berdiri Dengan
Sendiri-Nya , iaitu baik ZatNya, SifatNya, Af’alNya. Juga membuat
berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula berdirinya langit dan
bumi ini.
64. Al-Waajid: ( الواجد ) Maha Penemu / Maha
Menemukan, iaitu dapat menemukan apa saja yang diinginkan olehNya, maka
tidak berkehendakkan pada suatu apa pun kerana sifat kayaNya yang secara
mutlak.
65. Al-Maajid: ( الماجد ) Maha Mulia, (sama dengan
no. 48 yang berbeda hanyalah tulisannya dalam bahasa Arab, Ejaan
sebenarnya no. 48 Al-Majiid, sedang no. 65 A1-Maajid).
66. Al-Waahid: ( الواحد ) Maha Esa.
67. Al-Ahad: ( الأحد ) Maha Tunggal.
68. Ash-Shamad: ( الصمد ) Maha Diperlukan / Maha
Diminta / Yang Menjadi Tumpuan, iaitu selalu menjadi tujuan dan harapan
orang di waktu ada hajat keperluan.
69. Al-Qaadir: ( القادر ) Maha Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha Berupaya
70. Al-Muqtadir: ( المقتدر ) Maha Menentukan.
71. Al-Muqaddim: ( المقدم ) Maha Mendahulukan / Maha
Menyegera, iaitu mendahulukan sebahagian benda dari yang lainnya dalam
mewujudnya, atau dalam kemuliaannya, selisih waktu atau tempatnya.
72. Al-Muakhkhir: ( المؤخر ) Maha Menangguhkan /
Maha Mengakhirkan / Maha Membelakangkan / Maha Melambat-lambatkan.,
iaitu melewatkan sebahagian sesuatu dari yang lainnya.
73. Al-Awwal: ( الأول ) Maha Pemulaan / Maha Pertama, iaitu terdahulu sekali dari semua yang maujud.
74. Al-Aakhir: ( الآخر ) Maha Penghabisan / Yang Akhir, iaitu kekal terus setelah habisnya segala sesuatu yang maujud.
75. Azh-Zhaahir: ( الظاهر ) Maha Zahir / Maha Nyata /
Maha Menyatakan, iaitu menyatakan dan menampakkan kewujudanNya itu
dengan bukti-bukti dan tanda-tanda ciptaanNya
76. Al-Baathin: ( الباطن ) Maha Tersembunyi, iaitu tidak dapat dimaklumi ZatNya, sehingga tidak seorang pun dapat mengenal ZatNya itu.
77. Al-Waalii: ( الوالى ) Maha Menguasai / Maha
Menguasai Urusan / Yang Maha Memerintah, iaitu menggenggam segala
sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi milikNya.
78. Al-Muta’aalii: ( المتعال ) Maha Suci/Tinggi , iaitu terpelihara dari segala kekurangan dan kerendahan.
79. Al-Bar: ( البار ) Maha Dermawan / Maha Bagus
(Sumber Segala Kelebihan) / Yang banyak membuat kebajikan, iaitu banyak
kebaikanNya dan besar kenikmatan yang dilimpahkanNya.
80. At-Tawwaab: ( التواب ) Maha Penerima Taubat,
iaitu memberikan pertolongan kepada orang-orang yang melakukan maksiat
untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya.
81. Al-Muntaqim: ( المنتقم ) Maha Penyiksa / Yang Maha Menghukum, kepada mereka yang bersalah dan orang yang berhak untuk memperoleh siksaNya.
82. Al-’Afuw: ( العفو ) Maha Pemaaf / Yang Maha Pengampun, menghapuskan kesalahan orang yang suka kembali untuk meminta maaf padaNya.
83. Ar-Rauuf: ( الرؤف ) Maha Pengasih / Maha Mengasihi, banyak kerahmatan dan kasih sayangNya.
84. Maalikul Mulk: ( المالك الملك ) Maha Pemilik
Kekuasaan / Maha Menguasai kerajaan / Pemilik Kedaulatan Yang Kekal,
maka segala perkara yang berlaku di alam semesta, langit, bumi dan
sekitarnya serta yang di alam semesta itu semuanya sesuai dengan
kehendak dan iradatNya.
85. Zul-Jalaali Wal Ikraam: ( ذوالجلال والإكرام )
Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan / Maha Memiliki Kebesaran dan
Kemuliaan. Juga Zat yang mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi
kurnia dan kenikmatan yang amat banyak dan melimpah ruah.
86. Al-Muqsith: ( المقسط ) Maha Mengadili / Maha
Saksama, iaitu memberikan kemenangan pada orang-orang yang teraniaya
dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengan keadilanNya.
87. Al-Jaami’: ( الجامع ) Maha Mengumpulkan / Maha
Pengumpul, iaitu mengumpulkan berbagai hakikat yang telah bercerai-berai
dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari pembalasan.
88. Al-Ghaniy: ( الغنى ) Maha Kaya Raya / Maha Kaya
serta Serba Lengkap, iaitu tidak berkehendakkan apa juapun dari yang
selain ZatNya sendiri, tetapi yang selainNya itu amat mengharapkan
padaNya.
89. Al-Mughnii: ( المغنى ) Maha Pemberi kekayaan /
Maha Mengkayakan dan Memakmurkan, iaitu memberikan kelebihan yang berupa
kekayaan yang berlimpah-ruah kepada siapa saja yang dikehendaki dari
golongan hamba-hambaNya.
90. Al-Maani’: ( المانع ) Maha Membela atau Maha
Menolak / Maha Pencegah, iaitu membela hamba-hambaNya yang soleh dan
menolak sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan.
91. Adh-Dhaar: ( الضار ) Maha Mendatangkan Mudharat /
Maha Pembuat Bahaya / Maha Pemberi bahaya, iaitu dengan menurunkan
seksa-seksaNya kepada musuh-musuhNya
92. An-Naafi’: ( النافع ) Maha Pemberi Manfaat , iaitu meluaslah kebaikan yang dikurniakanNya itu kepada semua hamba, masyarakat dan negeri.
93. An-Nuur: ( النور ) Maha Pemberi Cahaya / Maha
Bercahaya, iaitu menonjokan ZatNya sendiri dan menampakkan untuk yang
selainNya dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.
94. Al-Haadi: ( الهادى ) Maha Pemberi Petunjuk /
Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk, iaitu memberikan jalan yang benar
kepada segala sesuatu agar berterusan adanya dan terjaga kehidupannya.
95. Al-Badii’: ( البديع ) Maha Indah / Tiada
Bandingan / Maha Pencipta yang baru, sehingga tidak ada contoh dan yang
menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu.
96. Al-Baaqi: ( الباقع ) Maha Kekal, iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya
97. Al-Waarits: ( الوارث ) Maha Membahagi / Maha Mewarisi / Maha Pewaris, iaitu kekal setelah musnahnya seluruh makhluk.
98. Ar-Rasyiid: ( الرشيد ) Maha Cendekiawan / Maha
Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin, iaitu yang memimpin kepada
kebenaran, iaitu memberi penerangan dan panduan pada seluruh hambaNya
dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut ketentuan yang digariskan
oleh kebijaksanaan dan kecendekiawanNya.
99. Ash-Shabuur: ( الصبور ) Maha Penyabar yang tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya.
BERDOA DENGANNYA
Allah telah menciptakan langit dan bumi
dengan segala isinya ini mempunyai nama-nama yang banyak. Nama-nama itu
bukan hanya sekadar nama, tetapi nama-nama yang bagus lagi indah yang sesuai dengan penyataan yang diberikan. Nama itu disebut “Al Asmaaul Husna”.
Terdapat 99 yang apabila disebut nama itu akan mempunyai pengaruh dan
manfaat yang besar dan hebat sekali terhadap pekerjaan yang sedang kita
lakukan dan juga bagi orang yang telah melakukan sesuatu tugas itu. Maka
kita dianjur dan digalakkan untuk berdoa dengan “Al Asmaa’ul Husna”
tersebut.
.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Dan bagi Allah itu nama-nama yang Indah/Baik, berdoalah dengannya (dengan menyebut nama-nama yang baik itu – Asma ul-Husna).” Surah al-A’raf 7:180
.
Berikut adalah doa-doa daripada Asmaa’ul
Husna, iaitu doa-doa yang diawali dengan nama nama Allah yang baik.
Allah SWT telah menggalakkan agar hamba-Nya berdoa dengan menggunakan
nama-nama-Nya, kerana dengan nama-nama tersebut doa itu akan lebih mudah
dikabulkan.
.
Apabila seorang hamba berdoa dengan menggunakan “Asmaa’ul Husna”,
Allah SWT akan merasa senang hati untuk memakbulkan permintaan
hamba-Nya itu. Maka janganlah kita lepaskan peluang yang baik ini. Kita
boleh gunakan kesemua 99 nama Allah atau kita boleh memilih mana-mana
nama Allah yang sesuai dengan doa yang akan diminta.
.
Alhamdulillahi rabbil a’lamin, Allahuma solli a’la Muhammad wa a’laa aalihi wa ashaabihi ajamaiin.
.
Ya
Allah! Dengan menadahkan tangan-tangan kami ini kepada-Mu, kami
mengharapkan Rahmat-Mu; Sesungguhnya Rahmat-Mu adalah luas dan meluasi
segala sesuatu.
Ya Allah! Kami beriman kepada-Mu, kewujudan-Mu dan Kebesaran-Mu; Dikaulah Yang Maha Agung dan Maha segala-galanya.
.
1. Ya Allah! Ya Rahman, Ya Rahim,
Dikaulah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kasihanilah kami ya
Allah, kami sangat-sangat mengharapkan belas kasihan daripada-Mu ya
Allah. Sesungguhnya tidak ada yang dapat memberikan kasih sayang yang
sebenarnya melainkan hanya Dikau. Segala kasih sayang yang pernah kami
harapkan daripada selain-Mu, ternyata selalu menghampakan kami ya Allah.
2. Ya Allah! Ya Malik,
Raja kepada segala raja, kepimpinan-Mu adalah yang terbaik dan akan
membawa kepada kebaikan, tidak ada yang lebih baik kepimpinannya
melainkan hanya Dikau. Kami redha menjadikan-Mu sebagai Pemimpin kami,
yang lebih berhak dipatuhi daripada segala pemimpin yang lain.
3. Ya Allah! Ya Quddus,
yang Maha Suci, Dikaulah Tuhan yang bersih daripada segala kelemahan,
menyembuh dan mentaati hanya kepada-Mu tidak akan merugikan kami.
Sesungguhnya segala pengharapan yang dicurahkan kepada selain Dikau
selalu mengecewakan; Kami redha mempertuhankan Dikau Zat yang Maha suci.
4. Ya Allah! Ya Salam,
yang Maha Selamat, berikanlah keselamatan kepada kami dan ahli keluarga
kami. Peliharalah kami semua daripada segala macam kejahatan dan
keburukan. Selamatkanlah kami dengan kebesaran nama-Mu ini daripada
segala bencana dunia dan akhirat.
5. Ya Allah! Ya Mukmin,
yang Maha Aman, amankanlah kami daripada segala yang kami takuti.
Amankanlah ahli keluarga kami daripada segala sengketa, amankanlah
kejiranan kami, amankanlah kawasan kami dan amankanlah negara kami
daripada segala kejahatan dan keburukan. Kami sedar bahawa, tidak ada
nikmat yang lebih baik daripada hidup dalam keadaan aman sentosa, rukun
dan damai.
6. Ya Allah! Ya Muhaimin,
yang Maha Memelihara, peliharalah kami daripada segala yang tidak kami
kehendaki. Peliharalah kami daripada segala yang keji, peliharalah kami
daripada segala penyakit dan iri, peliharalah kami daripada hasad dan
dengki. Sesungguhnya sesiapa yang dipelihara oleh-Mu akan selamatlah
daripada segala yang tidak baik.
7. Ya Allah! Ya Aziz,
yang Maha Mulia, Dikaulah yang termulia, agama-Mu adalah mulia, Nabi-Mu
adalah mulia, kitab-Mu adalah mulia, maka masukkanlah kami di kalangan
yang mulia.
8. Ya Allah! Ya Jabbar,
yang Maha Perkasa bantulah kami yang lemah ini, mengatasi segala
muslihat mereka yang memusuhi kami. Berikanlah kekuatan-Mu kepada kami.
9. Ya Allah! Ya Mutakabbir,
yang Maha Megah, Dikaulah berhak untuk memiliki sifat ini, kerana tidak
ada yang lebih hebat daripada Dikau, maka jauhkanlah kami daripada
sifat bermegah-megah hingga menyebabkan kami berhak menerima
kemurkaan-Mu.
10. Ya Allah! Ya Khaliq,
yang Maha Pencipta, ciptakanlah untuk kami yang terbaik, ciptakanlah
zuriat yang baik untuk kami, kami mahukan seorang anak lelaki/perempuan
atau cukuplah sudah anak-anak yang telah Dikau berikan kepada kami.
(mintalah mengikut apa yang kita perlukan). Ciptakanlah kesempurnaan
pada diri kami.
11. Ya Allah! Ya Bari’,
Yang Maha Pembuat, buatkanlah untuk kami apa sahaja yang baik untuk
kami dunia dan akhirat dan jauhkan daripada kami segala apa yang akan
membinasakan kami.
12. Ya Allah! Ya Mushawwir,
yang Maha Pembentuk, bentuklah untuk kami apa yang kami kehendaki,
bentuklah untuk kami zuriat lelaki/perempuan, kembalikanlah kesempurnaan
kami, hanya Dikau sahaja yang berkuasa untuk membentuk dan mengubah
segala bentuk.
13. Ya Allah! Ya Ghaffar,
kami meminta keampunan-Mu, ampunilah kami ya Allah, seandainya Dikau
tidak mengampunkan kami, pastilah kami akan sengsara dunia dan akhirat.
14. Ya Allah! Ya Qahhaar,
yang Maha Pemaksa, kasihanilah kami, dan jangan Dikau paksa kami
melakukan sesuatu yang kami tidak mampu melakukannya, janganlah Dikau
paksakan kepada kami ujian yang terlalu berat untuk kami, sebaliknya
Dikau paksalah mereka, fulan bin fulan (sebut nama-nama) atau sesiapa
sahaja untuk menerima kami dan apa-apa daripada kami. Dikaulah maha
segala-galanya, dan paksakanlah musuh-musuh kami untuk melakukan sesuatu
yang baik untuk kami.
15. Ya Allah! Ya Wahhab,
wahai Tuhan yang Maha Pemberi, berikanlah kepada kami apa sahaja yang
kami perlukan, (sebutkan apa yang diperlukan), sesungguhnya apa yang
Dikau berikan, tidak ada siapa yang dapat menghalang, dan apa sahaja
yang tidak Dikau berikan, tidak ada siapa yang dapat memberinya.
16. Ya Allah! Ya Razzaq,
wahai Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki, berikanlah kepada kami rezeki-Mu
yang banyak, cukukanlah keperluan kami, cukupkanlah keperluan anak-anak
kami, cukupkanlah keperluan ahli keluarga kami, janganlah sampai kami
terpaksa meminta-minta akibat daripada kekurangan rezeki.
17. Ya Allah! Ya Fattaah,
wahai Tuhan yang Maha Pembuka, bukakanlah untuk kami kejayaan dalam apa
jua usaha kami, bukakanlah pintu kefahaman kami, bukakanlah segala
kesusahan dan kesukaran kami.
18. Ya Allah! Ya A’liim,
wahai Tuhan yang Maha Mengetahui, Dikau mengetahui sesuatu yang kami
tidak ketahui, Dikau ketahui apa yang ada di dalam hati-hati
hamba-hamba-Mu, berikanlah kepada kami apa yang Dikau ketahui baik untuk
kami dunia dan akhirat, jauhkanlah dari kami apa-apa yang Dikau ketahui
tidak baik untuk kami dunia dan juga akhirat.
19. Ya Allah! Ya Qaabidh,
wahai Tuhan yang Maha Pencabut, cabutlah segala keburukan yang ada pada
kami, dan janganlah Dikau cabut nikmat yang Dikau telah berikan kepada
kami lantaran daripada kelalaian dan kesilapan kami, sesungguhnya akan
binasalah kami tanpa nikmat daripada-Mu. Sebaliknya Dikau cabutkan
sahaja kekuasaan yang ada pada musuh kami .
20. Ya Allah! Ya Baasith,
wahai Tuhan yang Maha Meluas, kuasa-Mu adalah luas, nikmat-Mu adalah
luas, Rahmat-mu adalah luas, segala-gala kepunyaan-Mu adalah luas,
luaskan Rahmat-Mu kepada kami, luaskan pemberian-Mu kepada kami,
luaskanlah pemeliharaan-Mu kepada kami.
21. Ya Allah! Ya Khaafidh,
wahai Tuhan yang Maha Menjatuhkan, Dikau akan menjatuhkan siapa yang
Dikau kehendaki, maka jatuhkan mereka yang memusuhi kami, jatuhkanlah
mereka yang berniat mengkhianati kami, Dikaulah maha segala-galanya dan
kami tidak ada kuasa dan upaya.
22. Ya Allah! Ya Rafi’,
wahai Tuhan yang Maha Mengangkat, angkatlah darjat kami disisi-Mu,
angkatlah darjat kami di dunia dan juga di akirat. Angkatlah darjat kami
di sisi mereka yang menghina kami.
23. Ya Allah! Ya Mu’iz,
wahai Tuhan yang Maha Memuliakan, Dikau memuliakan sesiapa yang Dikau
kehendaki, maka muliakanlah kami di dunia dan akhirat, muliakanlah kami
di sisi mereka yang memandang rendah kepada kami. Kalau tidak kepada-Mu,
kepada siap lagi hendak kami berserah diri.
24. Ya Allah! Ya Mudzil,
wahai Tuhan yang Maha Penghina, tidak akan mulia orang yang Dikau hina
dan tidak akan hina orang yang Dikau muliakan, maka kepada Dikaulah
tempat kami menaruh pengharapan kami; Sesungguhnya Dikau tidak akan
mensia-siakan kami, janganlah Dikau masukkan kami di kalangan mereka
yang hina.
25. Ya Allah! Ya Sami’,
wahai Tuhan yang Maha Mendengar, dengarkan segala rintihan kami,
dengarlah segala doa dan permintaan kami, janganlah Dikau palingkan
diri-Mu daripada kami, lantaran daripada kederhakaan kami, ampunilah
kami.
26. Ya Allah! Ya Basir,
wahai Tuhan Maha melihat, Dikau melihat siang dan malam, Dikau melihat
gelap dan terang, kepada-Mulah kami menyerahkan diri kami, kami lemah
tanpa penglihatan-Mu, Dikau dengarkanlah untuk kami apa yang baik untuk
kami, Dikau lihatkan untuk kami apa sahaja yang baik untuk kami, siang
dan malam, gelap dan terang.
27. Ya Allah! Ya Hakam,
wahai Tuhan yang Maha Penentu Hukum, segala hukum-hukum-Mu adalah yang
paling adil, hukumkan yang baik untuk kami, dan hukumkanlah yang
sebaliknya untuk mereka yang berniat jahat kepada kami. Dikaulah yang
Maha Menghukum, dan hukuman-mu adalah dahsyat, jauhkanlah kami daripada
mendapatkan hukuman yang buruk daripada-Mu.
28. Ya Allah! Ya A’dl,
wahai Tuhan yang Maha Adil, tidak ada yang lebih Adil daripada-Mu,
kepada Keadilan-Mu kami beriman, jadikanlah kami orang yang adil,
jadikanlah kami ibu/bapa yang adil, jadikanlah kami di kalangan mereka
yang sentiasa bersikap adil.
29. Ya Allah! Ya Latif,
wahai Tuhan yang Maha Lembut, lembutkanlah kami, lembutkanlah hati
kami, lembutkanlah hati fulan bin fulan (sebutkan nama) terhadap kami.
30. Ya Allah! Ya Khabir, wahai Tuhan yang Maha Berwaspada, kewaspadaan-Mu mencakupi segala perkara, peliharalah kami daripada segala mala petaka.
31. Ya Allah! Ya Halim,
wahai Tuhan yang Maha Penyantun, layanilah kami dengan kesantunan-Mu,
kami berlindung diri dengan-Mu daripada segala kekerasan-Mu.
32. Ya Allah! Ya A’zim,
wahai Tuhan yang Maha Agung, Dikaulah yang paling agung, tidak ada yang
lebih agung daripada-Mu, bantulah kami daripada segala pemimpin dan
penguasa yang zalim, Dikaulah maha segala-galanya.
33. Ya Allah! Ya Ghafur,
wahai Tuhan yang Maha Pengampun, ampunkanlah segala kesalahan dan
kesilapan kami, tukarkan kejahatan kami yang lalu dengan kebaikan.
Hapuskanlah segala dosa-dosa kami, Kami berharap agar dapat mati dengan
keadaan tiada dosa ya Allah, sesungguhnya azab-Mu menanti mereka yang
berdosa.
34. Ya Allah! Ya Syakur,
wahai Tuhan yang Maha Menghargai segala amalan kebaikan hamba-Nya,
tatkala manusia tidak menghargai segala usaha kebaikan kami kepada
mereka, maka Dikau hargailah segala kebaikan amalan kami, Dikaulah yang
mengetahui akan kesungguhan kami, janganlah Dikau sia-siakan segala
amalan kami, kami sedar amalan kami terlalu banyak cacat dan
kekurangannya, maka dengan nama-Mu ini kami bermohon semoga Dikau terima
segala amalan-amalan kami.
35. Ya Allah! Ya A’liy,
wahai Tuhan Maha Tinggi, tiada yang lebih tinggi kedudukannya melainkan
hanya Dikau, maka tinggikanlah juga kami dalam penghidupan ini dan
janganlah Dikau merendahkan kami.
36. Ya Allah! Ya Kabir,
wahai Tuhan yang Maha Besar, tiada yang memiliki kebesaran selain
Dikau, jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang akan sentiasa membesarkan-Mu,
janganlah Dikau jadikan kami di kalangan mereka yang membesarkan
penghidupan dunia, membesarkan harta, membesarkan kedudukan dan pangkat,
membesarkan manusia. Kami sedar sikap sedemikian hanya akan menyebabkan
Dikau murka, maka jauhkanlah kami daripada segala yang menyebabkan
kemurkaan-Mu.
37. Ya Allah! Ya Hafiz,
wahai Tuhan yang Maha Memelihara, peliharalah kami semua, peliharalah
anak-anak kami daripada segala bencana keburukan, peliharalah kesemua
ahli keluarga dan mereka yang kami sayangi daripada segala yang tidak
diingini, bencana, wabak, penyakit, kemiskinan, perangai dan lain-lain
keburukan.
38. Ya Allah! Ya Muqith,
wahai Tuhan yang Maha Menepati Waktu, tiada yang lebih daripada-Mu,
setiap ciptaan-Mu telah Dikau berikan tempoh dan masa, berikanlah kami
waktu yang membolehkan kami berbakti kepada-Mu, sebaliknya Dikau matikan
kami bilamana Dikau ketahui dengan waktu itu kami hanya akan
menjauhi-Mu.
39. Ya Allah! Ya Hasib,
wahai Tuhan yang Maha Penghitung, tiada siapa yang lebih tepat dan
cepat menghitung daripada-Mu, dengan keimanan kami terhadap nama dan
sifat-Mu ini, maka berilah perhitungan yang baik kepada amalan baik kami
dan janganlah Dikau ambil kira keburukan dan kejahatan kami,
ampunkanlah segala kesalahan kami yang lalu.
40. Ya Allah! Ya Jalil,
wahai Tuhan yang memiliki sifat Keagungan, tiada yang lebih agung
daripada-Mu, terimalah pengakuan ikhlas kami ini dan tetapkanlah kami
dalam keimanan ini, bahawa tiada yang lebih agung dalam kehidupan kami
melainkan Dikau.
41. Ya Allah! Ya Karim,
wahai Tuhan yang Maha Mulia, tiada yang lebih mulia daripada-Mu, maka
muliakan kami yang beriman kepada kemuliaan-Mu, hinakanlah mereka yang
tidak beriman kepada kemuliaan-Mu.
42. Ya Allah! Ya Raqib,
wahai Tuhan yang Maha mengawas, pengawasan-Mu mencakupi setiap pelusuk
alam ini, tiada satu pun yang terluput daripada pemerhatian-Mu, maka
berikanlah pengawasan-Mu kepada kami, perhatikanlah anak-anak kami, ahli
keluarga kami, harta benda kami semasa ketiadaan kami.
43. Ya Allah! Ya Mujib,
wahai Tuhan yang Maha Memperkenankandoa, perkenanlah segala permintaan
kami, janganlah Dikau biarkan tangan-tangan yang menadah ini dalam
keadaan kosong dan sia-sia, kasihanilah kami, cukupkanlah segala
keperluan kami, jauhkan kami daripada keterpaksaan meminta dan mengemis,
hanya kepada-Mulah tempat kami meminta.
44. Ya Allah! Ya Wasi’,
wahai Tuhan yang Maha Luas, kurniaan-Mu adalah luas, Rahmat-Mu juga
adalah luas, maka luaskanlah kurniaan dan rahmat-Mu kepada kami.
45. Ya Allah! Ya Hakim,
wahai Tuhan yang Maha Bijaksana, tiada yang lebih bijak daripada-Mu,
kebijaksanaan-Mu meliputi ciptaan-Mu dan segala hukum penetapan-Mu, maka
dengan keimanan kami terhadap kebijaksanaan_mu ini, berikanlah kebaikan
daripadanya jadikanlah kami di kalangan mereka yang sentiasa
menyanjungi ciptaandari hukum-hukum-Mu, termasuk juga hukum syariat-Mu,
janganlah Dikau jadikan hati dan pemikiran kami meremehkan
hokum-hukum-Mu.
46. Ya Allah! Ya Waduud,
Dikaulah Tuhan yang Maha Menyintai, cinta-Mu adalah hakiki, cinta-Mu
adalah sejati, maka cintailah kami, teruskan menyintai kami dan
jadikanlah kami di kalangan hamba-Mu yang menyintai-Mu, menyintai Nabi
utusan-Mu, menyintai kitab-Mu, meyintai agama-Mu dan menyintai segala
orang yang Dikau cintai. Jadikanlah harti kami benci kepada segala yang
Dikau benci.
47. Ya Allah! Ya Majiid, Dikaulah yang Maha Pemurah, murahkanlah kurniaan-Mu kepada kami, murahkan rezeki-Mu kepada kami.
48. Ya Allah! Ya Baa’ith,
Tuhan yang Membangkitkan, kami beriman bahawasanya Dikau akan
bangkitkan kami sesudah mati nanti, bangkitkanlah kami dalam kebaikan
dan bersama orang-orang yang baik, bangkitkanlah kami untuk mendapatkan
kebaikan, kemuliaan dan keindahan syurga-Mu. Janganlah Dikau bangkitkan
kami dalam keadaan dosa yang tidak terampun, ingatkanlah kami kepada
hari pembangkitan-Mu, janganlah Dikau lalaikan kami daripadanya.