الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    Diam : Suatu Rahsia yang diajarkan Rasulullah s.a.w

    Firman Allah  :



    "(Allah) Mengajarkannnya (kepada manusia) pandai menerangkan (berbicara)." (Rahman:4)

    Dari Abu Hurairah R.A, sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman
    kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya." - Sahih Bukhari

    Kalimah, "...Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat", maksudnya adalah sesiapa beriman dengan keimanan yang sempurna, yang (keimanannya itu) menyelamatkannya dari azab Allah dan membawanya mendapatkan redha Allah, "...Maka hendaklah ia berkata baik atau diam" kerana orang yang beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya tentu takut kepada ancamanNya, mengharapkan pahalaNya, bersungguh-sungguh melaksanakan perintah dan meninggalkan laranganNya. Dan yang terpenting dari semuanya itu ialah mengendalikan gerak-geri seluruh anggota badannya kerana kelak dia akan dipertanggungjawabkan atas perbuatan semua anggota badannya, sepertimana firman Allah :



    "Dan janganlah kamu menurut sesuatu yang tiada dalam pengetahuan (ilmu). Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya kelak pasti akan dimintai tanggung jawabnya" - (Isra':36)

    Dan firman Allah :



    "Apapun kata yang terucap pasti disaksikan oleh Raqib dan ‘Atid." (Surah Qaff:18)

    Bahaya lisan itu sangat banyak. Rasulullah S.A.W bersabda (maksudnya), "Bukankah manusia terjerumus ke dalam neraka karena tidak dapat mengendalikan lidahnya." - Sunan Abi Daud

    Baginda turut bersabda, "Tiap-tiap ucapan anak Adam menjadi tanggung jawabnya, kecuali menyebut nama Allah, menyuruh berbuat makruf dan mencegah kemungkaran." - Sunan Ibnu Majah

    Apabila Nabi S.A.W bersabda, "...Maka hendaklah ia berkata baik atau diam", ia menunjukkan bahawa perkatan yang baik itu lebih utama daripada diam, dan diam itu lebih utama daripada berkata buruk. Berkata baik dalam hadis ini mencakup menyampaikan ajaran Allah dan RasulNya dan memberikan pengajaran kepada kaum Muslimin, amar makruf dan nahi mungkar berdasarkan ilmu, mendamaikan orang yang berselisih pendapat, berkata yang baik kepada orang lain. Dan yang terbaik dari semuanya itu adalah menyampaikan perkataan yang benar di hadapan orang yang ditakuti kekejamannya atau diharapkan pemberiannya.

    Islam menjelaskan bagaimana seharusnya memanfaatkan kedua nikmat yang amat besar itu, iaitu bercakap dan diam, agar manusia benar-benar mampu memanfaatkan untuk berbicara sehari-hari sehingga ia menjadi jalan kebaikan bagi penuturnya. Dan kalau tidak mampu, maka lebih baik diam. Dan bagi yang mampu untuk diam pula, tetapi menolak untuk mengucapkan kebenaran, ia adalah "syaitan" yang bisu - as saakitu anil haq syaitonul akhras. Kerana itu, diam juga boleh memberikan kesan sampingan yang bermacam-macam dan nilai impaknya. Ada yang dengan diam ia menjadi emas, tetapi ada pula dengan diam ia menjadi masalah. Semua bergantung kepada niat cara situasi juga kondisi pada diri dan lingkungannya.

    Untuk mencapai kebaikan Islam, seseorang tidak cukup dengan diamnya lisan, dan anggota tubuh yang lain dari hal-hal yang dilarang oleh Allah Taala. Namun, ia harus juga diam dan meninggalkan hal-hal yang tidak bermanfaat baginya. Dan juga bagi agamanya Islam. Rasulullah S.A.W bersabda, "Di antara kebaikan Islam seseorang itu iaitu meninggalkan hal-hal yang tidak bermanfaat baginya." - Sunan Tirmizi

    Kalau seseorang sudah mampu untuk memilih hanya yang bermanfaat baginya, bagi keluarga, agama, dan masyarakatnya, dan mampu juga untuk diam meninggalkan ucapan yang tidak bermanfaat, ia sudah selamat dari kejahatan dan bala` yang besar. Dan keselamatan dari kejahatan itu bererti prestasi besar dalam meraih kebaikan yang sangat besar. Ini kerana manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka.

    Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, diam adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia. Misalnya, berkata-kata dan kemampuan berbicara di depan khalayak umum menjadi sebuah keperluan kerana kita memiliki fungsi sebagai makhluk sosial dengan kebiasaan berinteraksi antara mereka. Untuk kepentingan itu, berkata-kata adalah sebuah jalan sikap yang harus diambil. Lalu bagaimana dengan diam?

    Sama halnya, diam memiliki faedah dan syarat kondisionalnya tersendiri. Yang penting adalah kita mengetahui waktu-waktu yang tepat untuk mengambil diam sebagai sikap ketika berinteraksi dengan orang lain. Diam bahkan boleh menjadi kebiasaan efektif yang bila diterapkan dalam diri, ia akan membuat kita menjadi lebih produktif. Iaitu dengan membiasakan diam dan mendengar daripada berbicara dengan memperbanyakkan kerja.

    Hikmah Yang Terkandung Pada Perbuatan Diam

    1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
    2. Menjadi perhiasan tanpa berhias.
    3. Memiliki kehebatan tanpa kerajaan.
    4. Membina benteng tanpa pagar.
    5. Mempunyai kekayaan budi tanpa meminta maaf kepada orang.
    6. Memberi istirehat bagi kedua Malaikat pencatat amal.
    7. Menutupi segala aib dan masalah.
    Antara hadis mengenai kelebihan diam bermaksud, "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya." - Riwayat Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya'

    Bersikap diam juga suatu kebijaksanaan dan keadilan, ilmu dan pengetahuan bahkan ada yang menyebutnya merupakan media pendidikan yang sangat bagus dan telah teruji. Rasulullah S.A.W pernah menasihati Abu Zar R.A, "Hendaknya engkau lebih baik diam, sebab diam itu menyingkirkan syaitan dan penolong bagimu dalam urusan agamamu." - Musnad Imam Ahmad

    Manakala nasihat Amirul Mukminin Umar bin Khattab berbunyi :

    • "Barangsiapa yang banyak ketawa, maka akan sedikit sekali wibawanya" 
    • "Barangsiapa yang suka senda gurau, maka dia akan dianggap remeh"
    • "Barangsiapa yang bersikap melampau (berlebih-lebih), maka akan jatuh jatidirinya"
    • "Barangsiapa yang banyak cakap, maka dia akan banyak salah"
    • "Barangsiapa yang banyak salah, maka akan hilang rasa malunya"
    • "Barangsiapa yang hilang rasa malunya, maka kurang sikap wara'-nya (sikap berhati-hati dari perkara dosa)" 
    • "Barangsiapa yang sedikit rasa berhati-hati dari perkara dosa, maka akan mati hatinya" -Hilyatul Auliya'
    Semoga Allah merahmati Khalifah Umar bin Abdul Aziz, ketika beliau berkata, "Sesungguhnya orang-orang yang terdahulu (Salafus Soleh) itu berhenti (tidak bersikap melampau) di atas dasar ilmu dengan penelitian yang tajam (menembus), lalu adakalanya mereka menahan dirinya (dari meneruskan sesuatu perbahasan) sekalipun mereka lebih mampu dalam membahas sesuatu perkara jika mereka ingin membahasnya" - Bayan Fadhli Ilmi Salaf

    Diam Juga Boleh Mengundang Fasad

    Tedapat dalam sebuah hadis yang masyhur berbunyi, "Barangsiapa melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dan mencegahnya dengan menggunakan tangannya (kuasa), sekiranya ia tidak mampu maka hendaklah ia menggunakan mulutnya, sekiranya ia tidak mampu juga maka hendaklah ia menggubah dengan menggunakan hatinya. Sesungguhnya mengubah dan mencegah perbuatan mungkar dengan menggunakan hati itu adalah tanda selemah-lemah iman" - Sahih Muslim

    Justeru, tidak mengubah dan mencegah sesuatu kemungkaran adalah tanda tiada iman atau hampir kepada kekufuran. Jika dilihat daripada hadis yang disebut di atas, Nabi Muhammad S.A.W menggunakan pendekatan yang sangat berhemah dalam mengkategorikan seseorang Muslim itu kepada tiga peringkat.
    Bagaimanapun, selalu sangat disalah-tafsirkan kategori yang terakhir itu sebagai diam. Maka mengatakan kategori yang terakhir dalam melunaskan kerja untuk mencegah kemungkaran sebagai diam adalah suatu kesilapan, kerana diam bukan tanda beriman dan bukan pula tanda kekufuran. Dalam bahasa lain diam tidak boleh dijadikan ukuran salah atau betul, beriman atau kafirnya seseorang.

    Semua bentuk pendakwaan atau tuduhan pada asasnya mestilah disaksikan, yakni dibuktikan melalui penyaksian, melihat, mendengar atau merasa. Ini sesuai dengan asas undang-undang bahawa beban pembuktian itu berada di atas bahu yang mendakwa atau yang membuat tuduhan dengan saksi-saksi dan penyaksian serta bukti yang sah sebelum ia berpindah kepada pihak yang dituduh.

    Dalam satu hadis yang turut dijadikan kaedah feqah dalam hal pembuktian, berbunyi, "(Beban pembuktian dengan) penyaksian (dan lain-lainnya) adalah di atas mereka yang mendakwa (yakni orang yang membuat tuduhan). (Hanya selepas ia dibuktikan maka dikehendaki memberikan) penjelasan (dan bukti-bukti sebagai jawapan) adalah di atas mereka yang mengingkarinya (sama ada yang tertuduh atau selainnya)".

    Dalam kes-kes berkaitan zina dan liwat yang menjadi isu semasa pada hari ini, perlulah diingat bahawa undang-undang Islam jelas menekankan bahawa beban pembuktian adalah di atas mereka yang membuat tuduhan dan dakwaan mengenainya yakni mereka mesti mendatangkan empat (4) orang saksi. Sekiranya mereka gagal mendatangkan dengan bilangan saksi tersebut, maka wajiblah mereka dikenakan hukuman qazaf sesuai dengan ketetapan Islam dalam undang-undang hudud.

    Dalam hal ini tertuduh tidak perlu menjawab apatah lagi membuktikan apa-apa sehinggalah empat orang saksi dikemukakan oleh yang membuat dakwaan atau tuduhan. Adalah menjadi prinsip bahawa Islam mengiktiraf bahawa yang tertuduh adalah suci dan bersih daripada sebarang dakwaan dan tuduhan melainkan setelah dakwaan dan tuduhan berjaya dibuktikan tanpa ada keraguan yang munasabah. Bahkan ini juga adalah prinsip undang-undang lazim (common law) yang sedia terpakai di negara kita.

    Tiada satu peruntukan baik dalam Islam mahupun undang-undang lazim yang memberikan satu dalil mahupun isyarat membolehkan orang yang tertuduh dianiayai atau dizalimi dengan sebarang bentuk prasangka atau layanan buruk hanya dengan sebab dia diam atau enggan memberikan kerjasama menjawab sebarang pertuduhan dan dakwaan sebelum penuduh atau pendakwa membuktikan kesnya terlebih dahulu. Bahkan mereka yang menyebarkan pertuduhan dan dakwaan sebegitu yakni tanpa ia dibuktikan, boleh dikenakan tindakan undang-undang baik tindakan secara tangkapan polis, injunksi mahupun tindakan defamasi sesuai dengan ketetapan undang-undang lazim.

    Mendengar dan Melaksanakan Apa Yang Baik Itu Lebih Utama

    Pada umumnya, orang yang banyak berbicara (berkata-kata) adalah orang yang lemah keperibadiannya. Ciri orang intelek menurut Islam yang disebutkan al Quran adalah orang yang mendengarkan perkataan orang lain, "allaziina yastami’unal qaul..." dan mengikuti yang baik dari perkataan itu, "fa yattabi'una ahsanah...".

    Pada umumnya juga, orang pandai yang suka mendengarkan orang lain akan disukai. Sebahagian manusia lebih gemar untuk perkataannya didengar, diambil peduli daripada dia mendengar bicara orang lain. Ada orang yang mempunyai kebiasaan berbicara dahulu, baru berfikir. Kerana itu, diam menunjukkan kekuatan keperibadian seseorang. Kemampuan mendengarkan adalah kekuatan keperibadian yang luar biasa besarnya.

    Jika ingin berbicara, sebaiknya kita harus benar-benar yakin bahawa apa yang akan disampaikan adalah sesuatu yang sudah difikirkan. Kurangilah perkataan-perkataan yang muncul secara refleks. Biasakanlah diam atau merenung, maka kita akan menjadi produktif dalam hidup. Diam bukan dalam erti kita sama sekali tidak berbicara, melainkan diam dalam erti hanya berbicara jika ada keperluan untuk itu. Ada mekanisme lain juga yang telah ditunjukkan di dalam al Quran :


    "Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran)." (An Nisa':9)


    "Mereka itu adalah orang-orang yang (sesungguhnya) Allah mengetahui apa yang ada di dalam hatinya. Kerana itu berpalinglah dari mereka, dan berilah mereka nasihat, dan katakanlah kepada mereka perkataan yang membekas pada jiwanya" (An Nisa':63)



    "Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." (Isra':23)


    "Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati." (Isra':28)
    "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai" - Surah Luqman:19

    Al Quran menunjukkan kepada kita tentang pilihan dalam berbicara, qaulan ma'rufan, qaulan kariman, qaulan maysuran, qaulan sadidan dan qaulan balighan, yakni pembicaraan yang disertakan perkataan yang baik. Dan mekanisme mana lagi yang lebih baik dibandingkan dengan anjuran yang difirmankan olehNya?


    Fitnah-fitnah

    Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 12:
    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
    " Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat
    setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."
    Ibnu Kathir dalam tafsirnya,:
    “Allah Taala berfirman melarang hamba-hamba Nya dari banyak persangkaan, iaitu menuduh dan menganggap khianat kepada keluarga, kerabat dan orang lain tidak pada tempatnya. Kerana sebahagian dari persangkaan itu adalah dosa yang murni, maka jauhilah kebanyakan dari persangkaan. Kami meriwayatkan dari Amirul Mukminin Umar ibnul Khatab radhiyallahu ‘anhu beliau berkata, ‘Janganlah sekali-kali engkau berprasangka kecuali kebaikan terhadap satu kata yang keluar dari saudaramu yang mukmin, jika memang engkau dapati kemungkinan kebaikan pada kata tersebut’.” (Tafsir Ibnu Kathir, 7/291)


    Rasulullah S.A.W bersabda;
    ” sesiapa yang melakukan kezaliman terhadap saudaranya melibatkan maruah ( penghormatan ) atau sebagainya, maka lebih baik dia memohon kemaafan kepada orang itu sebelum tiba hari di mana dinar dan dirham tidak lagi diperlukan. Jika dia mempunyai apa – apa kebaikan, perkara itu akan ditarik daripadanya sebagai balasan ke atas kejahatan yang dibuat. Jika dia tidak ada sebarang amalan kebaikan, maka kejahatan orang yang diumpat itu akan diletakkan kepadanya “
    (Hadis Riwayat Bukhari)


     حَدَّثَنِي حَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى التُّجِيبِيُّ أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَنَّ أَبَا إِدْرِيسَ الْخَوْلَانِيَّ كَانَ يَقُولُاقَالَ حُذَيْفَةُ بْنُ الْيَمَانِ وَاللَّهِ إِنِّي لَأَعْلَمُ النَّاسِ بِكُلِّ فِتْنَةٍ هِيَ كَائِنَةٌ فِيمَا بَيْنِي وَبَيْنَ السَّاعَةِ وَمَا بِي إِلَّا أَنْ يَكُونَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَسَرَّ إِلَيَّ فِي ذَلِكَ شَيْئًا لَمْ يُحَدِّثْهُ غَيْرِي وَلَكِنْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَهُوَ يُحَدِّثُ مَجْلِسًا أَنَا فِيهِ عَنْ الْفِتَنِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَعُدُّ الْفِتَنَ مِنْهُنَّ ثَلَاثٌ لَا يَكَدْنَ يَذَرْنَ شَيْئًا وَمِنْهُنَّ فِتَنٌ كَرِيَاحِ الصَّيْفِ مِنْهَا صِغَارٌ وَمِنْهَا كِبَارٌقَالَ حُذَيْفَةُ فَذَهَبَ أُولَئِكَ الرَّهْطُ كُلُّهُمْ غَيْرِي 

    Telah menceritakan kepada kami Harmalah bin Yahya At Tujibi telah mengkhabarkan kepada kami Ibnu Wahb telah mengkhabarkan kepadaku Yunus dari Ibnu Syihab bahawa Abu Idris Al Khaulani berkata: Hudzaifah bin Al Yaman berkata: Demi Allah, sesungguhnya aku adalah orang yang paling tahu tentang fitnah yang terjadi antara aku hingga kiamat. Itu kerana Rasulullah saw memberitahukan sesuatu tentang hal itu secara rahsia, beliau tidak menceritakannya pada selainku, tapi Rasulullah saw bercerita tentang fitnah kepada majlis di mana aku berada di sana, Rasulullah saw bersabda, beliau menghitung fitnah-fitnah, di antaranya ada tiga fitnah yang hampir tidak meninggalkan apa pun, ada fitnah-fitnah seperti angin musim panas, ada yang kecil dan ada yang besar. Hudzaifah berkata: Lalu mereka pergi semua kecuali aku.
    (Sahih Muslim)



    حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى قَالَ قَرَأْتُ عَلَى مَالِكٍ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ وَلَا تَحَسَّسُوا وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا تَنَافَسُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا
    Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya dia berkata; Aku membaca kitab Malik dari Abu Az-Ziyad dari Al-A'raj dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda: "Jauhilah berperasangka buruk, kerana perasangka buruk adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah mencari-cari isu; janganlah mencari-cari kesalahan; janganlah saling bersaing; janganlah saling mendengki; janganlah saling memarahi; dan janganlah saling membelakangi (memusuhi)! Tetapi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara."
    (Sahih Muslim)


    حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ يَعْنِي ابْنَ مُحَمَّدٍ عَنْ الْعَلَاءِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَهَجَّرُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا تَحَسَّسُوا وَلَا يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا
    Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id; Telah menceritakan kepada kami 'Abdul 'Aziz iaitu Ibnu Muhammad dari Al-A'laa dari Bapanya dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda: "Janganlah kalian saling mendiamkan, saling membelakangi, dan janganlah suka mencari-cari isu (meneropong kesalahan), serta (memusuhi)! Tetapi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara."
    (Sahih Muslim)


    حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ أَخْبَرَنَا جَرِيرٌ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا تَحَسَّسُوا وَلَا تَنَاجَشُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًاحَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ الْحُلْوَانِيُّ وَعَلِيُّ بْنُ نَصْرٍ الْجَهْضَمِيُّ قَالَا حَدَّثَنَا وَهْبُ بْنُ جَرِيرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ الْأَعْمَشِ بِهَذَا الْإِسْنَادِ لَا تَقَاطَعُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَكُونُوا إِخْوَانًا كَمَا أَمَرَكُمْ اللَّهُ

    Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Ibrahim; Telah mengkhabarkan kepada kami Jarir dari Al-A'masy dari Abu Salih dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah saw bersabda: Janganlah saling mendengki, saling memarahi, mencari-cari isu, mencari-cari kesalahan; saling menipu. Tetapi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara." Telah menceritakan kepada kami Al Hasan bin 'Ali Al Hulwani dan 'Ali bin Nashr Al Jahdhami keduanya berkata; Telah menceritakan kepada kami Wahb bin Jarir; Telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Al-A'masy melalui jalur ini; "Janganalh saling memutuskan hubungan, saling membelakangi, saling memarahi, saling mendengki. Tetapi, jadilah kalian orang-orang yang bersaudara sebagaimana yang Allah perintahkan kepada kalian."
    (Sahih Muslim)


    حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ بْنِ قَعْنَبٍ حَدَّثَنَا دَاوُدُ يَعْنِي ابْنَ قَيْسٍ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ مَوْلَى عَامِرِ بْنِ كُرَيْزٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَنَاجَشُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يَخْذُلُهُ وَلَا يَحْقِرُهُ التَّقْوَى هَاهُنَا وَيُشِيرُ إِلَى صَدْرِهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ بِحَسْبِ امْرِئٍ مِنْ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرْضُهُحَدَّثَنِي أَبُو الطَّاهِرِ أَحْمَدُ بْنُ عَمْرِو بْنِ سَرْحٍ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ عَنْ أُسَامَةَ وَهُوَ ابْنُ زَيْدٍ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا سَعِيدٍ مَوْلَى عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَامِرِ بْنِ كُرَيْزٍ يَقُولُ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ نَحْوَ حَدِيثِ دَاوُدَ وَزَادَ وَنَقَصَ وَمِمَّا زَادَ فِيهِ إِنَّ اللَّهَ لَا يَنْظُرُ إِلَى أَجْسَادِكُمْ وَلَا إِلَى صُوَرِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَشَارَ بِأَصَابِعِهِ إِلَى صَدْرِه
    ِTelah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Maslamah bin Qa'nab; Telah menceritakan kepada kami Dawud iaitu Ibnu Qais dari Abu Sa'id budak 'Amir bin Kuraiz dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah saw bersabda: 'Janganlah kalian saling mendengki, saling memfitnah, saling membenci, dan saling memusuhi. Janganlah ada seseorang di antara kalian yang berjual beli sesuatu yang masih dalam penawaran muslim lainnya dan jadilah kalian hamba-hamba Allah yang saling bersaudara. Muslim yang satu dengan muslim yang lainnya adalah bersaudara tidak boleh menyakiti, merendahkan, ataupun menghina. Taqwa itu ada di sini (Rasulullah menunjuk dadanya), Beliau mengucapkannya sebanyak tiga kali. Seseorang telah dianggap berbuat jahat apabila ia menghina saudaranya sesama muslim. Muslim yang satu dengan yang Iainnya haram darahnya. hartanya, dan kehormatannya." Telah menceritakan kepadaku Abu At-Thahir Ahmad bin Amru bin Sarh Telah menceritakan kepada kami Ibnu Wahab dari Usamah iaitu Ibnu Zaid Bahwa dia mendengar Abu Sa'id -budak- dari Abdullah bin Amir bin Kuraiz berkata; aku mendengar Abu Hurairah berkata; Rasulullah saw bersabda: -kemudian perawi menyebutkan Hadis yang serupa dengan Hadis Abu Daud, dengan sedikit penambahan dan pengurangan. Di antara tambahannya adalah; "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh dan rupa kalian, akan tetapi Allah melihat kepada hati kalian. (seraya mengisyaratkan telunjuknya ke dada beliau).
    ( Sahih Muslim )


    حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ عَنْ مَالِكِ بْنِ أَنَسٍ فِيمَا قُرِئَ عَلَيْهِ عَنْ سُهَيْلٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لَا يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلَّا رَجُلًا كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ فَيُقَالُ أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَاحَدَّثَنِيهِ زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ ح و حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ وَأَحْمَدُ بْنُ عَبْدَةَ الضَّبِّيُّ عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ الدَّرَاوَرْدِيِّ كِلَاهُمَا عَنْ سُهَيْلٍ عَنْ أَبِيهِ بِإِسْنَادِ مَالِكٍ نَحْوَ حَدِيثِهِ غَيْرَ أَنَّ فِي حَدِيثِ الدَّرَاوَرْدِيِّ إِلَّا الْمُتَهَاجِرَيْنِ مِنْ رِوَايَةِ ابْنِ عَبْدَةَ و قَالَ قُتَيْبَةُ إِلَّا الْمُهْتَجِرَيْن
    ِ Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id dari Malik bin Anas dari apa yang telah dibacakan kepadanya dari Suhail dari Bapanya dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibuka pada hari Isnin dan Khamis. Semua dosa hamba yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu akan diampuni, kecuali bagi orang yang antara dia dan saudaranya terdapat kebencian dan perpecahan." Lalu dikatakan: 'Tangguhkanlah dua orang ini hingga mereka berdamai! Tangguhkanlah dua orang ini hingga mereka berdamai! Tangguhkanlah kedua orang ini hingga mereka berdamai! ' Telah menceritakannya kepadaku Zuhair bin Harb; Telah menceritakan kepada kami Jarir; Demikian juga diriwayatkan dari jalur lainnya, Dan telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id dan Ahmad bin 'Abdah Adh Dhabi dari 'Abdul 'Aziz Ad Darawardi keduanya dari Suhail dari ayahnya melalui jalur Malik dengan Hadis yang serupa. Namun di dalam Hadis Ad-Darawardi disebutkan; 'Kecuali orang-orang yang saling mendiamkan.' -menurut riwayat Ibnu 'Abdah.- Qutaibah berkata dengan lafaz; 'Illa Al Muhtajirin.' (Kecuali orang-orang yang saling mendiamkan).'
    (Sahih Muslim)

    حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سَلَامٍ أَخْبَرَنَا ابْنُ فُضَيْلٍ حَدَّثَنَا حُصَيْنٌ عَنْ شَقِيقٍ عَنْ مَسْرُوقٍ قَالَ سَأَلْتُ أُمَّ رُومَانَ وَهِيَ أُمُّ عَائِشَةَ عَمَّا قِيلَ فِيهَا مَا قِيلَ قَالَتْبَيْنَمَا أَنَا مَعَ عَائِشَةَ جَالِسَتَانِ إِذْ وَلَجَتْ عَلَيْنَا امْرَأَةٌ مِنْ الْأَنْصَارِ وَهِيَ تَقُولُ فَعَلَ اللَّهُ بِفُلَانٍ وَفَعَلَ قَالَتْ فَقُلْتُ لِمَ قَالَتْ إِنَّهُ نَمَى ذِكْرَ الْحَدِيثِ فَقَالَتْ عَائِشَةُ أَيُّ حَدِيثٍ فَأَخْبَرَتْهَا قَالَتْ فَسَمِعَهُ أَبُو بَكْرٍ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ نَعَمْ فَخَرَّتْ مَغْشِيًّا عَلَيْهَا فَمَا أَفَاقَتْ إِلَّا وَعَلَيْهَا حُمَّى بِنَافِضٍ فَجَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَا لِهَذِهِ قُلْتُ حُمَّى أَخَذَتْهَا مِنْ أَجْلِ حَدِيثٍ تُحُدِّثَ بِهِ فَقَعَدَتْ فَقَالَتْ وَاللَّهِ لَئِنْ حَلَفْتُ لَا تُصَدِّقُونِي وَلَئِنْ اعْتَذَرْتُ لَا تَعْذِرُونِي فَمَثَلِي وَمَثَلُكُمْ كَمَثَلِ يَعْقُوبَ وَبَنِيهِ فَاللَّهُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ فَانْصَرَفَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَنْزَلَ اللَّهُ مَا أَنْزَلَ فَأَخْبَرَهَا فَقَالَتْ بِحَمْدِ اللَّهِ لَا بِحَمْدِ أَحَد
     Telah bercerita kepada kami Muhammad bin Salam telah mengkhabarkan kepada kami Ibnu Fudlail telah bercerita kepada kami Hushain dari Syaqiq dari Masruq berkata; "Aku bertanya kepada Ummu Ruman, dia adalah ibu 'Aisyah radliallahu 'anha tentang apa yang diperbincangkan orang tentang diri 'Aisyah radliallahu 'anha (ketika terjadi fitnah terhadapnya). Ummu Ruman berkata; "Ketika aku bersama 'Aisyah radliallahu 'anha sedang duduk, tiba-tiba datang kepada kami seorang wanita dari kalangan Ansar sambil berkata; "Semoga Allah bertindak atas si fulan". Ummu Ruman berkata; Aku bertanya; "Memangnya ada apa?". Wanita itu berkata; "Orang itu telah terlibat menyebut-nyebut peristiwa (fitnah) ". Lalu 'Aisyah radliallahu 'anha bertanya; "Peristiwa apa?". Maka wanita itu menceritakan peristiwa yang terjadi kepadanya. Kemudian 'Aisyah radliallahu 'anha bertanya lagi; "Apakah Abu Bakar dan Rasulullah saw telah mendengarnya?". Wanita itu berkata; "Ya". Seketika itu pula 'Aisyah radliallahu 'anha jatuh pingsan dan tidak sedarkan diri melainkan setelah sakit demam panasnya reda. Kemudian Rasulullah saw datang seraya bertanya; "Sakit apa yang dideritanya?". Aku katakan; "Sakit demam panas kerana peristiwa fitnah (maksudnya isu dusta bahawa ia dikhabarkan selingkuh dengan Safwan). Kemudian 'Aisyah radliallahu 'anha duduk lalu berkata; "Demi Allah, seandainya aku bersumpah pasti kalian tidak akan percaya kepadaku dan seandainya aku mengajukan alasan kalian pun tidak akan menerimanya. Maka bagiku peristiwa antara aku dan kalian ini bagaikan peristiwa Nabi Ya'qub as bersama anak-anaknya, (yang berkata); "Dan Allah sajalah tempat memohon pertolongan atas apa yang kalian ceritakan". Kemudian Rasulullah saw pergi meninggalkannya lalu Allah menurunkan firman Nya. Kemudian Beliau mengkhabarkan kepada 'Aisyah radliallahu 'anha. 'Aisyah radliallahu 'anha berkata; "Dengan segala puji bagi Allah dan tidak ada pujian bagi seorangpun".
    (Sahih Bukhari)


    إِنَّ اللهَ تَجَاوَزَ لِإُمَّتِي مَا حَدَثَتْ بِهِ أَنْفُسَهَا مَا لَـمْ يَتَكَلَّمُوْا أَوْ يَعْمَلُوْا بِهِ
    “Sesungguhnya Allah memaafkan bagi umatku apa yang terlintas di jiwa mereka selama mereka tidak membicarakan atau melakukannya.” (HR. Bukhari no. 2528 dan Muslim no. 327)
    Prasangka (zhon) yang diharamkan adalah zhon yang terus menetap pada diri seseorang, terus mendiami hatinya, bukan zhon yang sekadar terdetik di hati lalu hilang tanpa bersemayam di dalam hati. Kerana zhon yang terakhir ini di luar kemampuan seseorang. Sebagaimana yang telah lewat dalam hadis bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala memaafkan umat ini dari apa yang terlintas di hatinya selama ia tidak mengucapkannya atau ia sengaja.” (Al-Minhaj Imam Nawawi 16/335)




    حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ الْحَفَرِيُّ عَنْ بَدْرِ بْنِ عُثْمَانَ عَنْ عَامِرٍ عَنْ رَجُلٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَكُونُ فِي هَذِهِ الْأُمَّةِ أَرْبَعُ فِتَنٍ فِي آخِرِهَا الْفَنَاء

    Telah menceritakan kepada kami Harun bin Abdullah berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Dawud Al-Hafari dari Badr bin Uthman dari Amir dari seorang laki-laki dari Abdullah dari Rasulullah saw, bagindq bersabda: "Pada umatku akan terjadi empat macam fitnah, dan yang terakhir adalah kebinasaan."
    (Sunan Imam Abu Daud)


    حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ بْنُ سَعِيدٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جُحَادَةَ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ ثَرْوَانَ عَنْ هُزَيْلٍ عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ بَيْنَ يَدَيْ السَّاعَةِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ فِيهَا مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا وَيُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا الْقَاعِدُ فِيهَا خَيْرٌ مِنْ الْقَائِمِ وَالْمَاشِي فِيهَا خَيْرٌ مِنْ السَّاعِي فَكَسِّرُوا قِسِيَّكُمْ وَقَطِّعُوا أَوْتَارَكُمْ وَاضْرِبُوا سُيُوفَكُمْ بِالْحِجَارَةِ فَإِنْ دُخِلَ يَعْنِي عَلَى أَحَدٍ مِنْكُمْ فَلْيَكُنْ كَخَيْرِ ابْنَيْ آدَم

    Telah menceritakan kepada kami Musaddad berkata, telah menceritakan kepada kami Abdul Warits bin Sa'id dari Muhammad bin Juhadah dari 'Abdurrahman bin Tsarwan dari Huzail dari Abu Musa Al Asy'ari ia berkata, "Rasulullah saw bersabda: "Menjelang datangnya hari kiamat akan muncul fitnah seperti malam yang
    gelam gelita, seorang laki-laki beriman di pagi hari lalu kafir di petang hari, petang hari beriman lalu pagi hari kafir. Pada waktu itu orang yang duduk lebih baik dari orang yang berdiri, dan orang yang berjalan lebih baik dari orang yang berlari (jalan cepat). Patahkanlah anak panah kalian dan potonglah tali busur kalian, serta tancapkanlah pedang kalian di bebatuan. Jika ada seseorang yang masuk pada salah seorang dari kalian (untuk membunuh), maka berlakulah seperti sebaik-baik dari kedua anak Adam (Qabil dan Habil)."
    (Sunan Imam Abu Daud)

    حَدَّثَنِي يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ وَقُتَيْبَةُ وَابْنُ حُجْرٍ جَمِيعًا عَنْ إِسْمَعِيلَ بْنِ جَعْفَرٍ قَالَ ابْنُ أَيُّوبَ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ قَالَ أَخْبَرَنِي الْعَلَاءُ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا أَوْ يُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا يَبِيعُ دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنْ الدُّنْيَا

    Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Ayyub dan Qutaibah serta Ibnu Hujr semuanya dari Ismail bin Ja'far berkata Ibnu Ayyub telah menceritakan kepada kami Ismail dia berkata, telah mengabarkan kepadaku al-Ala' dari bapaknya dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda: "Segeralah beramal sebelum datangnya fitnah seperti malam yang gelap gelita. Di pagi hari seorang laki-laki dalam keadaan mukmin, lalu kafir di petang harinya. Di petang hari seorang laki-laki dalam keadaan mukmin, lalu kafir dipagi harinya. Dia menjual agamanya dengan barang kenikmatan dunia."
    (Sahih Imam Muslim)

    حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ شُعَيْبِ بْنِ اللَّيْثِ حَدَّثَنِي ابْنُ وَهْبٍ حَدَّثَنِي اللَّيْثُ عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ قَالَ قَالَ خَالِدُ بْنُ أَبِي عِمْرَانَ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ الْبَيْلَمَانِيِّ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ هُرْمُزَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَتَكُونُ فِتْنَةٌ صَمَّاءُ بَكْمَاءُ عَمْيَاءُ مَنْ أَشْرَفَ لَهَا اسْتَشْرَفَتْ لَهُ وَإِشْرَافُ اللِّسَانِ فِيهَا كَوُقُوعِ السَّيْف

    Telah menceritakan kepada kami Abdul Malik bin Syu'aib bin Al-Laits berkata, telah menceritakan kepadaku Ibnu Wahb berkata, telah menceritakan kepadaku Al Laits dari Yahya bin Sa'id ia berkata; Khalid bin Abu Imran berkata dari 'Abdurrahman Ibnil Bailamani dari 'Abdurrahman bin Hurmuz dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah ssw bersabda: "Akan terjadi fitnah, orang-orang tidak lagi dapat mendengar, bisu dan tuli dari kebenaran, barang siapa yang mencuba untuk mendekati fitnah tersebut maka ia akan tertarik ke dalamnya, dan ikut serta dalam mengumbar lisan di dalamnya seperti memukulkan pedang (dalam mengakibatkan bahaya dan luka)."
    (Sunan Imam Abu Daud)

    حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عُبَيْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ح قَالَ إِبْرَاهِيمُ وَحَدَّثَنِي صَالِحُ بْنُ كَيْسَانَ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَتَكُونُ فِتَنٌ الْقَاعِدُ فِيهَا خَيْرٌ مِنْ الْقَائِمِ وَالْقَائِمُ فِيهَا خَيْرٌ مِنْ الْمَاشِي وَالْمَاشِي فِيهَا خَيْرٌ مِنْ السَّاعِي مَنْ تَشَرَّفَ لَهَا تَسْتَشْرِفْهُ فَمَنْ وَجَدَ مِنْهَا مَلْجَأً أَوْ مَعَاذًا فَلْيَعُذْ بِه
    Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ubaidullah telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Sa'd dari ayahnya dari Abu Salamah bin Abdurrahman dari Abu Hurairah -melalui sanad periwayat lain- Ibrahim mengatakan, dan telah menceritakan kepada kami Shalih bin Kisan dari Ibnu Syihab dari Sa'id bin Musayyab dari Abu Hurairah menuturkan; Rasulullah saw bersabda: "Akan terjadi fitnah, ketika itu yang duduk lebih baik daripada yang berdiri, yang berdiri lebih baik daripada yang berjalan, yang berjalan lebih baik daripada yang berlari, barangsiapa berusaha menghadapi fitnah itu, justru fitnah itu akan mempengaruhinya, maka barangsiapa mendapat tempat berlindung atau tempat pertahanan, hendaklah ia berlindung diri di tempat itu."
    (Sahih Bukhari)


    حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا لَيْثُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ عَيَّاشِ بْنِ عَبَّاسٍ عَنْ بُكَيْرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ بُسْرِ بْنِ سَعِيدٍ أَنَّ سَعْدَ بْنَ أَبِي وَقَّاصٍ قَالَ عِنْدَ فِتْنَةِ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ أَشْهَدُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّهَا سَتَكُونُ فِتْنَةٌ الْقَاعِدُ فِيهَا خَيْرٌ مِنْ الْقَائِمِ وَالْقَائِمُ خَيْرٌ مِنْ الْمَاشِي وَالْمَاشِي خَيْرٌ مِنْ السَّاعِي قَالَ أَفَرَأَيْتَ إِنْ دَخَلَ عَلَيَّ بَيْتِي فَبَسَطَ يَدَهُ إِلَيَّ لِيَقْتُلَنِي قَالَ كُنْ كَابْنِ آدَم
    Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Laits bin Sa'd dari 'Ayyash bin Abbas dari Bukair bin Abdullah dari Busr bin Sa'id bahawa Sa'd bin Abu Waqqash berkata ketika 'Utsman bin 'Affan terbunuh; Aku bersaksi bahawa Rasulullah saw bersabda: "Akan terjadi suatu fitnah di mana orang yang duduk ketika itu lebih baik dari orang yang berdiri, dan orang yang berdiri ketika itu lebih baik dari orang yang berjalan, dan orang yang berjalan ketika itu lebih baik dari orang yang berlari." Sa'd bertanya; "Bagaimana pendapat anda jika ada yang masuk ke rumahku dan menghulurkan tangannya untuk membunuhku?" beliau bersabda: "Jadilah kamu seperti putera Adam!"
    (Musnad Imam Ahmad)


    حَدَّثَنَا هَنَّادٌ حَدَّثَنَا أَبُو الْأَحْوَصِ عَنْ شَبِيبِ بْنِ غَرْقَدَةَ عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْأَحْوَصِ عَنْ أَبِيهِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ فِي حَجَّةِ الْوَدَاعِ لِلنَّاسِ أَيُّ يَوْمٍ هَذَا قَالُوا يَوْمُ الْحَجِّ الْأَكْبَرِ قَالَ فَإِنَّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ وَأَعْرَاضَكُمْ بَيْنَكُمْ حَرَامٌ كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا فِي بَلَدِكُمْ هَذَا أَلَا لَا يَجْنِي جَانٍ إِلَّا عَلَى نَفْسِهِ أَلَا لَا يَجْنِي جَانٍ عَلَى وَلَدِهِ وَلَا مَوْلُودٌ عَلَى وَالِدِهِ أَلَا وَإِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ أَيِسَ مِنْ أَنْ يُعْبَدَ فِي بِلَادِكُمْ هَذِهِ أَبَدًا وَلَكِنْ سَتَكُونُ لَهُ طَاعَةٌ فِيمَا تَحْتَقِرُونَ مِنْ أَعْمَالِكُمْ فَسَيَرْضَى بِهِ قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي بَكْرَةَ وَابْنِ عَبَّاسٍ وَجَابِرٍ وَحِذْيَمِ بْنِ عَمْرٍو السَّعْدِيِّ وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَرَوَى زَائِدَةُ عَنْ شَبِيبِ بْنِ غَرْقَدَةَ نَحْوَهُ وَلَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ حَدِيثِ شَبِيبِ بْنِ غَرْقَدَة
    Telah menceritakan kepada kami Hannad; telah menceritakan kepada kami Abu Al-Ahwash dari Syabib bin Gharqadah dari Sulaiman bin 'Amr bin Al Ahwash dari ayahnya, dia berkata; aku mendengar Rasulullah saw bersabda ketika haji wada': "Hari apakah ini?" Mereka pun menjawab, "Hari haji akbar." Kemudian Baginda saw bersabda: "Sesungguhnya darah kalian, harta kalian dan harga diri kalian adalah haram (untuk dirosakkan) di antara kalian sebagaimana haramnya (sucinya) hari ini, di negeri kalian ini. Ketahuilah, janganlah seseorang berbuat aniaya kecuali kepada dirinya sendiri, janganlah seseorang berbuat aniaya kepada anaknya dan jangan juga seorang anak kepada orang tuanya. Ketahuilah, sesungguhnya syaitan telah putus asa untuk disembah di negeri kalian ini selamanya, namun akan terjadi ketaatan kepadanya dalam amal perbuatan yang kalian remehkan sehingga dia akan ridla kepadanya." Abu Isa berkata; Hadis semakna juga diriwayatkan dari Abu Bakrah, Ibnu Abbas, Jabir dan Hidzyam bin Amr As Sa'di, dan hadis ini hasan shahih. Za'idah telah meriwayatkan hadits yang semakna dari Syabib bin Gharqadah, dan kami tidak mengetahuinya kecuali dari hadits Syabib bin Gharqadah.
    (Sunan Imam At-Tarmizi)


    حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ حَدَّثَنَا صَدَقَةُ بْنُ خَالِدٍ حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ الْغَازِ قَالَ سَمِعْتُ نَافِعًا يُحَدِّثُ عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَفَ يَوْمَ النَّحْرِ بَيْنَ الْجَمَرَاتِ فِي الْحَجَّةِ الَّتِي حَجَّ فِيهَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ يَوْمٍ هَذَا قَالُوا يَوْمُ النَّحْرِ قَالَ فَأَيُّ بَلَدٍ هَذَا قَالُوا هَذَا بَلَدُ اللَّهِ الْحَرَامُ قَالَ فَأَيُّ شَهْرٍ هَذَا قَالُوا شَهْرُ اللَّهِ الْحَرَامُ قَالَ هَذَا يَوْمُ الْحَجِّ الْأَكْبَرِ وَدِمَاؤُكُمْ وَأَمْوَالُكُمْ وَأَعْرَاضُكُمْ عَلَيْكُمْ حَرَامٌ كَحُرْمَةِ هَذَا الْبَلَدِ فِي هَذَا الشَّهْرِ فِي هَذَا الْيَوْمِ ثُمَّ قَالَ هَلْ بَلَّغْتُ قَالُوا نَعَمْ فَطَفِقَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اللَّهُمَّ اشْهَدْ ثُمَّ وَدَّعَ النَّاسَ فَقَالُوا هَذِهِ حَجَّةُ الْوَدَاع

    Telah menceritakan kepada kami Hisyam bin Ammar; telah menceritakan kepada kami Shadaqah bin Khalid; telah menceritakan kepada kami Hisyam bin Al Ghaz berkata; Aku mendengar Nafi' menceritakan dari Ibnu Umar radliallahu 'anhu, bahawa pada waktu haji, Rasulullah saw melakukan wukuf di antara jamrah pada hari raya Adha. Lantas beliau bersabda: "Hari apakah ini?" Para sahabat menjawab; 'Hari Nahr (hari raya Adha).' Lalu beliau kembali bertanya: 'Negeri apakah ini? ' Mereka menjawab; 'Ini adalah negeri Allah yang haram.' Kemudian beliau bertanya lagi: 'Bulan apakah ini? ' Mereka menjawab bulan Allah yang haram.' Kemudian beliau bersabda: 'Ini adalah haji Akbar. Darah, harta dan kehormatan kalian adalah haram atas diri kalian, seperti keharaman negeri ini, pada bulan ini, dan hari ini.' Kemudian beliau bertanya: 'Apakah aku telah menyampaikannya? ' Mereka menjawab; 'Ya'. Nabi saw lantas bersabda: 'Ya Allah saksikanlah.' Kemudian beliau menyampaikan salam perpisahan kepada semua orang. Hingga mereka menyebutnya 'Ini adalah haji Wada'."
    (Sunan Imam Ibnu Majah)

    Umpatan dan Celaan adalah Ujian Dakwah dan Pendakwah...
    Suatu kajian Sayyid Quthb Rahimullah...
    Rasulullah saw juga menerima celaan, umpatan dan fitnah pada tahun-tahun awal kehidupan baginda saw dakwah.
    Maka inilah contoh bagi da’i, di mana dan bila-bila masa saja. Jadi ini adalah sunnatullah dalam dakwah sehingga tidak boleh membuat para pendakwah putus asa, murung dan lemah apalagi sampai meninggalkan dakwah hanya kerana tidak tahan menghadapinya.
    (Dari kitab Fii Zhilal Al-Qur'an VI/3972).






    Berjabat Tangan Dengan Perempuan Bukan Mahram Menurut 4 mazhab

    1. Mazhab Hanafi
    - Haram menyentuh wajah dan dua telapak tangan perempuan bukan mahram, sekalipun aman dari syahwat.
    - Berjabat tangan dengan perempuan tua yang sudah tidak bersyahwat lagi; At-Thahawi berkata tidak mengapa. Manakala Syamsudin Ahmad bin Qaudar berkata tidak halal sekalipun aman dari syahwat.


    2. Mazhab Maliki
    - Haram berjabat tangan dengan perempuan bukan mahram. Ini dinyatakan oleh al-Imam al-Baaji, al-Qadhi Abu Bakar Ibnul Arabi dan As-Shawi.
    - Hukum berjabat tangan dengan perempuan tua, menurut Syeikh Abul Barakat Ahmad bin Muhamad bin Ahmad ad-Durdair ia tidak dibenarkan.


    3. Mazhab Syafi’i
    - An-Nawawi di dalam beberapa karyanya, as-Syaribini dan lain-lain ulama as-Syafi’I menyatakan haram berjabat tangan dengan perempuan bukan mahram.
    - Dibenarkan menyentuh perempuan bukan mahram ketika dalam keadaan darurat,seperti ketika berubat, pembedahan, mencabut gigi dan sebagainya, seandainya ketika itu tidak ada perempuan yang boleh melakukannya.


    4. Mazhab Hanbali
    - Imam Ahmad ketika ditanya tentang masalah berjabat tangan dengan perempuan bukan mahram, beliau menjawab: “Aku membencinya.”
    - Berjabat tangan dengan perempuan tua; Imam Ishaq bin Mansur al-Marwazi
    menukil dari imam Ahmad, ia tidak dibenarkan. Sementara Ibnu Muflih menyatakan; pemilik an-Nazham mengatakan makruh dan dengan anak kecil dibolehkan dengan tujuan menyemai budi pekerti.

    Tazkiyah




    Pesanan Imam Ghazali

    "Yakinlah wahai anakku, ilmu yang tidak disertai amalan tidak akan melepaskan seseorang itu dari neraka, sekalipun kamu telah
    membaca ilmu itu 100 kali dan kamu telah menghimpunkan 1000 buah kitab. Kamu belum lagi beroleh Rahmat Allah melainkan dgn beramal."

    "Hati itu boleh menjadi lalai kerana melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah kepadamu."

    Antara sahabat dan kawan

    “Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)
    Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

    “Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

    “Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

    Banyak sekali hadis-hadis tentang kawan/sahabat ini. Ada pula pepatah Melayu mengatakan, “Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.” Saya lebih selesa dengan berkawan biar berpada jumlahnya, lihat kualiti, bukan kuantiti. Dan berkasih jangan cuma satu saja, kalau mampu, biar ramai. Kasihkan Allah, Rasul-Nya, pasangan (suami/isteri) , anak-anak, keluarga, kaum kerabat, jiran dan juga kawan atau sahabat. 

    Allah SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

    Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049] ayat 13)

    Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititik-beratkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

    Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” (Surah at-Taubah, ayat 119)

    Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadis Rasululah SAW yang bermaksud, “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

    Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”



    Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:

    1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

    2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

    3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.

    4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

    Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, “Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”

    Kemungkinan engkau berbuat kekeliruan (dosa), maka ditampakkan kepadamu segala kebaikan, oleh kerana persahabatanmu kepada orang yang jauh lebih rendah akhlak (iman) daripadamu.

    Sebaik-baik sahabat

    Dan sekiranya engkau berkawan seorang bodoh yang tidak menurutkan hawa nafsunya, lebih baik daripada berkawan dengan orang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya. Maka ilmu apakah yang dapat digelarkan bagi seorang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya itu, sebaliknya kebodohan apakah yang dapat disebutkan bagi seorang yang sudah dapat mengekang (menahan) hawa nafsunya.

    Bagaimana akan dinamakan bodoh, seorang yang telah dapat menahan dan mengekang hawa nafsunya, sehingga membuktikan bahawa semua amal perbuatannya hanya semata-mata untuk keredhaan Allah SWT dan bersih dari dorongan hawa nafsu. Sebaliknya, apakah erti suatu ilmu yang tidak dapat menahan atau memimpin hawa nafsu dari sifat kebinatangan dan kejahatannya.

    Dalam sebuah hadis ada keterangan : “Seorang itu akan mengikuti pendirian sahabat karibnya, kerana itu hendaknya seseorang itu memperhatikan, siapakah yang harus dijadikan kawan.”

    Menurut ahli syair pula : “Sesiapa bergaul dengan orang-orang yang baik, akan hidup mulia. Dan yang bergaul dengan orang-orang rendah akhlaknya, pasti tidak mulia.”

    Bersahabat dengan yang lebih rendah budi dan imannya sangat berbahaya, sebab persahabatan itu saling pengaruh-mempengaru hi, percaya-mempercayai sehingga dengan demikian sukar sekali untuk dapat melihat datu memperbaiki kesalahan sahabat yang kita sayangi, bahkan kesetiaan sahabat akan membela kita dalam kesalahan dosa kekeliruan itu, yang dengan itu kita pasti akan binasa kerananya.

    Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya.



    اللهم بلغنا رمضان : 1436 H










    Asas Usul Fiqh : Hukum Qiyas

    Qiyas pada lughoh : 

    Adalah ukuran; persamaan; perbandingan kadar; persamaan dan ukuran di antara sesuatu tempat
    dengan tempat lain; iktibar atau ambil pengajaran.

    Qiyas pada syara" : 
    Adalah perbandingan di antara suatu hukum dalam perkara yang baru wujud dengan perkara yang telah ada hukumnya sebelumnya di dalam Al-Quran dan Sunnah.

    Qiyas pada istilah : 
    Menyamakan cabang dengan asal dalam hukum berdasarkan sebab yang merangkumi kedua-duanya.

     Ia adalah proses (Ijtihad) berasaskan analogi daripada ayat Al-Quran dan Sunnah atau perintah yang telah diketahui untuk perkara-perkara baru.

    Qiyas menetapkan suatu hukum suatuperkara baru yang belum ada pada masa sebelumnya berasaskan perkara terdahuluyang memiliki kesamaan dari segi illat, sebab, manfaat, bahaya dan berbagai aspek lain sehingga dihukumi sama.

    Rukun Qiyas : 

    Qiyas ialah menetapkan hukum sesuatu yang tertentu, pada masa yang lain kerana persamaan kedua-duanya dari segi Illat. Definisi Qiyas ini juga sekaligus menunjukkan adanya 4 rukun Qiyas, iaitu:
    1. Masalah utama (al-ashl)
    2. Masalah cabang (al-far‘u)
    3. Hukum masalah utama (al-hukmu)
    4. Alasan (as-sabab)

    Qiyas (persamaan) adalah salah satu dalil-dalil yang terpancar darinya hukum-hukum Syara'. Ianya telah disahkan sebagai dalil Syara' oleh al-Quran, al-Sunnah dan kata-kata sahabat.


    Dalil daripada al-Quran

    1- Firman Allah Ta‘ala (al-Syura 42:17) - Maksudnya:  Allahlah yang menurunkan kitab dengan (membawa) kebenaran dan (menurunkan) neraca (keadilan).

    Al-Mizan (neraca) ialah apa yang digunakan untuk menimbang perkara-perkara dan untuk dibuat ukuran di antaranya.

    2 - Firman Allah Ta‘ala (al-Anbiya 21:104) - Maksudnya: Sebagaimana Kami telah memulakan penciptaan pertama begitulah Kami akan mengulanginya.

    Firman Allah lagi (Fatir 35:9) - Maksudnya: Dan Allah, Dialah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan, maka Kami halau awan itu ke suatu negeri yang mati lalu Kami hidupkan bumi setelah matinya dengan hujan. Demikianlah kebangkitan itu.

    Allah Ta‘ala telah menyamakan antara pembangkitan makhluk dengan permulaan penciptaannya dan menyamakan antara penghidupan semula mayat-mayat dengan penghidupan bumi. Inilah yang dinamakan al-Qiyas (penyamaan).


    Dalil daripada al-Sunnah:

    1- Sabda Rasulullah s.a.w. dalam menjawab pertanyaan seorang wanita yang bertanyakan tentang berpuasa untuk ibunya selepas ibunya wafat:

    أَرَأَيْتِ لَوْ كَانَ عَلَى أُمِّكِ دَيْنٌ فَقَضَيْتِيهِ أَكَانَ يُؤَدِّي ذَلِكِ عَنْهَا

    قَالَتْ نَعَمْ قَالَ فَصُومِي عَنْ أُمِّكِ.[1]

    Maksudnya: Apa pandangan kamu sekiranya ibu kamu mempunyai hutang, adakah bayaran kamu akan melangsaikannya? Jawabnya Ya. Sabda Baginda: Maka berpuasalah bagi pihak ibumu.

    2 - Sesungguhnya seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s.a.w. seraya berkata:

    يَا رَسُولَ اللَّهِ وُلِدَ لِي غُلاَمٌ أَسْوَدُ فَقَالَ هَلْ لَكَ مِنْ إِبِلٍ قَالَ نَعَمْ

    قَالَ مَا أَلْوَانُهَا قَالَ حُمْرٌ

    قَالَ هَلْ فِيهَا مِنْ أَوْرَقَ قَالَ نَعَمْ

    قَالَ فَأَنَّى ذَلِكَ قَالَ لَعَلَّهُ نَزَعَهُ عِرْقٌ قَالَ فَلَعَلَّ ابْنَكَ هَذَا نَزَعَهُ.[2]

    Maksudnya: Wahai Rasulullah, aku telah dikurniakan seorang anak hitam. Baginda berkata: Adakah kamu memiliki unta? Jawabnya: Ya. Baginda berkata: Apakah warnanya? Jawabnya: Kemerahan. Baginda berkata: Wujudkah di antaranya yang berwarna kelabu? Jawabnya: Ya. Baginda berkata: Bagaimanakah ini berlaku? Jawabnya: Mungkin itu ada dalam keturunan terdahulu. Baginda berkata: Jadi, kemungkinan warna anakmu ini ada dalam keturunannya yang terdahulu.

    Di samping itu, sebenarnya semua contoh-contoh dalil dalam al-Quran dan al-Sunnah merupakan dalil untuk al-Qiyas (penyamaan) kerana ianya mengandungi penyamaan sesuatu perkara dengan perkara yang menyerupainya.


    Dalil daripada kata-kata Sahabat:

    Sebuah riwayat tentang Umar bin al-Khattab di mana terdapat di dalam utusannya kepada Abu Musa al-Asy’ari berkenaan penghukuman, katanya, "Kemudian pentingkanlah kefahaman dan penghayatan terhadap masalah yang sampai kepadamu yang tidak terdapat hukumnya di dalam al-Quran dan al-Sunnah, lalu hendaklah kamu qiyaskan (pertimbangkan) perkara-perkara itu dan hendaklah kamu ketahui perkara-perkara yang seakan-akan sama, lalu hendaklah kamu cenderung menurut pandangan kamu kepada yang paling disukai oleh Allah Ta'ala dan merupakan yang terdekat kepada kebenaran."

    Ibnu al-Qayyim telah berkata, "Ini merupakan satu utusan agung yang telah diterima pakai oleh para ulamak."

    Al-Muzani pula telah menyatakan bahawa para al-Fuqaha’ dari zaman para sahabat sehinggalah ke zamannya telah berijmak bahawa perkara yang menyerupai kebenaran adalah kebenaran dan perkara yang menyerupai kebatilan adalah kebatilan. Mereka juga telah mengguna pakai al-Qiyas(penyamaan) untuk fiqh dalam semua hukum.

    Bahagian Qiyas
    Ada dua bahagian Qiyas, iaitu :
    Qiyas Jaliy (yang amat ketara)
    Qiyas Khafiy (yang tersembunyi)


    Jenis-Jenis Qiyas 
    Qiyas ada tiga jenis, iaitu:
    Qiyas Aula (Utama)
    Qiyas Musawi (Ketara)
    Qiyas Adna (Rendah) 

    Syarat-syarat al-Qiyas (Penyamaan)

    Al-Qiyas mempunyai beberapa syarat seperti berikut:

    1. Tidak boleh bercanggahan dengan dalil yang lebih kuat daripadanya. Sekiranya al-Qiyasmenyalahi nas, al-Ijma' dan kata-kata sahabat (di sisi mereka yang menganggapnya hujah), ianya adalah tertolak dan dinamakan Qiyas Fasid al-I'tibar (rosak pengiktirafannya). Contohnya:al-Qiyas yang mengatakan bahawa adalah sah seseorang wanita itu mengahwinkan dirinya tanpa wali berdasarkan kepada sahnya dia menjual beli hartanya tanpa wali. Ini merupakan al-Qiyas yang rosak pengiktirafannya kerana ianya bercanggahan dengan nas iaitu sabda Rasulullah s.a.w.:

    لاَ نِكَاحَ إِلاَّ بِوَلِيٍّ.[3]

    Maksudnya: Tiada nikah kecuali dengan wali.

    2. Hukum asal mestilah sabit dengan nas atau al-Ijma'. Sekiranya hukum asal sabit dengan al-Qiyas lain, tidak boleh dibuat al-Qiyas lain berdasarkan asal itu. Akan tetapi boleh dibuat al-Qiyaskepada asal yang pertama kerana merujuk kepadanya adalah lebih utama. Juga kerana kemungkinan tidak sah diqiyaskan cabang kepada asal kedua. Juga kerana membuat al-Qiyaskepada cabang kemudian diqiyaskan pula cabang itu kepada asal merupakan pemanjangan yang tidak berfaedah. Contohnya dikatakan bahawa riba terdapat dalam urusan jagung kerana diqiyaskan kepada beras. Riba terdapat juga dalam urusan beras kerana diqiyaskan kepada gandum. Al-Qiyas seperti ini tidak sah. Sebaliknya hendaklah terus dinyatakan bahawa riba terdapat dalam urusan jagung kerana diqiyaskan kepada gandum, supaya al-Qiyas dilakukan terus kepada asal yang sabit dengan nas.

    3. Hukum asal mestilah mempunyai sebab yang diketahui supaya dapat dikumpulkan antara asal dengan cabang dalam sebab itu. Sekiranya hukum asal berunsur ibadah semata-mata, tidak sah dibuat alQiyas ke atasnya. Contohnya dikatakan bahawa daging burung unta membatalkan wuduk kerana diqiyaskan kepada daging unta disebabkan kedua-duanya ada persamaan. Al-Qiyas ini tidak sah kerana hukum asal tidak mempunyai sebab yang diketahui, sebaliknya ianya berunsur ibadah di sisi kebanyakan ulama'.

    4. Sebab mestilah merupakan erti yang berkaitan dengan hukum, yang dapat diketahui pengiktirafannya daripada kaedah Syara', seperti mabuk dalam khamr (arak). Sekiranya erti tersebut merupakan suatu sifat yang kebetulan, yang tidak mempunyai munasabah dengan hukum, tidak sah dijadikannya sebab kepada hukum, seperti warna hitam atau putih. Contohnya ialah hadith Ibnu Abbas bahawa selepas Barirah dibebaskan, beliau telah diberi pilihan ke atas suaminya. Ibnu Abbas berkata:

    كَانَ زَوْجُ بَرِيرَةَ عَبْدًا أَسْوَدَ.[4]

    Maksudnya: “Dan suaminya adalah seorang hamba hitam”.

    Sifat hitam yang dinyatakan oleh Ibnu Abbas merupakan satu sifat yang kebetulan dan tidak mempunyai kaitan dengan hukum. Jadi, seorang hamba perempuan yang dibebaskan tetap diberi pilihan ke atas suaminya yang masih hamba walaupun dia berkulit putih. Dia juga tetap tidak diberi pilihan ke atas suaminya sekiranya suaminya merdeka dan berkulit hitam.

    5. Sebab mestilah wujud di dalam cabang sebagaimana ianya wujud di dalam asal, seperti menyakiti dalam memukul kedua ibu bapa yang diqiyaskan kepada menyebut "uf". Sekiranyasebab itu tidak wujud dalam cabang, tidak sah al-Qiyas tersebut. Contohnya dikatakan bahawa sebab pengharaman riba dalam gandum ialah kerana ianya tergolong dalam perkara yang ditimbang. Kemudian diqiyaskan kepadanya pengharaman riba dalam epal. Al-Qiyas ini tidak sah kerana sebabnya tidak wujud dalam cabang kerana epal bukanlah tergolong dalam perkara yang ditimbang.
      


    Jenis-jenis al-Qiyas (Penyamaan)

    Al-Qiyas terbahagi kepada dua iaitu jelas dan tersembunyi, seperti berikut:

    1- Al-Qiyas al-Jali (Jelas) ialah al--Qiyas yang sebabnya sabit dengan nas atau al-Ijma' atausebabnya amat jelas dan pasti kerana tiada perbezaan antara asal dan cabangnya.

    Contoh bagi al-Qiyas yang sebabnya sabit dengan nas ialah larangan bersuci dengan darah kering yang najis diqiyaskan kepada larangan bersuci dengan tahi binatang. Sebab hukum asal sabit dengan nas di mana Ibnu Mas’ud telah datang kepada Nabi s.a.w. dengan membawa dua ketul batu dan tahi binatang supaya digunakan oleh Baginda s.a.w. untuk bersuci. Baginda s.a.w. mengambil dua ketul batu itu dan melemparkan tahi binatang itu seraya berkata:

    هَذَا رِكْسٌ.[5]
    Maksudnya: “Ini riks (najis).”

    Contoh bagi al-Qiyas yang sebabnya sabit dengan al-Ijma' ialah Nabi s.a.w. telah melarang seseorang Qadi daripada menghukum dalam keadaan marah.[6] Qiyas larangan Qadimenghukum dalam keadaan menahan air kecil kepada larangan menghukum dalam keadaan marah adalah merupakan al-Qiyas yang jelas kerana sebab bagi asalnya iaitu fikiran terganggu dan hati tidak tenteram telah sabit dengan al-Ijma'.

    Contoh bagi al-Qiyas yang pasti kerana tiada perbezaan antara asal dan cabang ialah larangan memusnahkan harta anak yatim dengan dipakai. Ini diqiyaskan kepada larangan memusnahkan harta anak yatim dengan dimakan, kerana adalah jelas bahawa tiada perbezaan antara kedua-duanya.

    2. Al-Qiyas al-Khafi (Tersembunyi): ialah al-Qiyas yang sebabnya sabit dengan al-Istinbat dan tidak dapat dipastikan ketiadaan perbezaan antara asal dan cabang.

    Contohnya: Pengharaman riba dalam al-ashnaan[7] diqiyaskan kepada pengharaman riba dalam gandum kerana sebabnya ialah kedua-duanya tergolong dalam perkara yang ditimbang. Sebabini tidak terdapat dalam nas, ijmak dan bukan sebab yang pasti kerana tiada perbezaan antaraasal dan cabang. Ini kerana ada kemungkinan dibezakan antara dua benda tersebut bahawa gandum tergolong dalam makanan manakala al-ashnaan tidak.


    Qiyas al-Syabah (Penyamaan seiras)

    Terdapat satu  jenis al-Qiyas yang dinamakan Qiyas al-Syabah (penyamaan seiras). Maksudnya ialah terdapat satu cabang yang berada di antara dua asal yang berbeza hukum di mana cabang tersebut mempunyai iras dengan setiap satu daripada kedua-dua asal tersebut. Di sini cabang ini digolongkan kepada asal yang paling banyak iras dengannya.

    Contohnya: seorang hamba; adakah dia mempunyai hak memiliki iaitu dengan diqiyaskan kepada orang merdeka, atau adakah dia tidak mempunyai hak memiliki iaitu dengan diqiyaskan kepada binatang? Apabila kita melihat kepada dua asal ini iaitu orang merdeka dan binatang, kita dapati hamba tadi berada di tengah. Dari sudut sifatnya sebagai manusia yang berakal, diberi balasan pahala dan balasan dosa, diberi hak bernikah dan menceraikan; dia menyerupai manusia. Dari sudut sifatnya dijual beli, boleh digadai, diwakafkan, dihadiahkan, diwarisi dan boleh diuruskan seperti harta; dia menyerupai binatang. Sebenarnya kita dapati hamba itu dari sudut urusan kehartaan lebih menyerupai binatang. Dengan ini dia digolongkan kepada binatang. Jenis al-Qiyas ini adalah lemah kerana tidak terdapat sebab yang sesuai kecuali bahawa cabangnya seiras dengan salah satu asaldalam kebanyakan hukum-hukum di samping terdapat asal lain yang merebut keirasannya.


    Qiyas al-‘Aks (Penyamaan dari sudut berlawanan)

    Terdapat satu  jenis al-Qiyas yang dinamakan Qiyas al-‘Aks (penyamaan dari sudut berlawanan). Maksudnya ialah penetapan lawan kepada hukum asal untuk cabang kerana wujudnya lawan kepada sebab hukum asal dalam cabang itu.

    Contohnya ialah hadith berikut:

    وَفِي بُضْعِ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ. قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيَأتِي أَحَدُنَا شَهْوَتَهُ وَيَكُونُ لَهُ فِيهَا أَجْرٌ؟

    قَالَ  أَرَأَيْتُمْ لَوْ وَضَعَهَا فِي حَرَامٍ أَكَانَ عَلَيْهِ فِيهَا وِزْرٌ فَكَذَلِكَ

    إِذَا وَضَعَهَا فِي الْحَلاَلِ كَانَ لَهُ أَجْرًا.[8]

    Maksudnya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda “Dan di dalam urusan kemaluan seseorang kamu ada sedekah.” Sahabat berkata “Wahai Rasulullah, adakah sekiranya seseorang dari kami mendatangi syahwatnya, dia akan memperoleh pahala?” Jawab Baginda “Tidakkah kamu memerhatikan sekiranya dia meletakkannya di dalam urusan yang haram, bukankah dia memperoleh dosa; begitulah halnya sekiranya dia meletakkannya di dalam urusan yang halal, pasti dia memperoleh pahala.”

    Di dalam hadith ini, Rasulullah s.a.w. telah menetapkan bagi cabang iaitu persetubuhan yang halal, satu hukum yang merupakan lawan kepada hukum asal iaitu persetubuhan yang haram kerana wujudnya lawan kepada sebab hukum asal dalam cabang. Baginda telah menetapkan pahala bagicabang kerana ianya adalah persetubuhan halal sebagaimana Baginda s.a.w. menetapkan dosa bagiasal kerana ianya adalah persetubuhan haram.






    [1] Sahih Muslim, Kitab al-Shiyam, Bab Qadha' al-Shiyam 'an al-mayyit, No. 1938.
    [2] Sahih al-Bukhari, Kitab al-Talaq, Bab Iza 'uridha bi nafy al-walad, No. 4893.
    [3] Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Nikah, Bab Ma ja' la nikah illa bi wali, No. 1020. Hadith sahih, lihat Saih al-Jami' oleh al-Albani, No. 7556, 7557 dan 7558, juga Sahih Sunan al-Tirmizi oleh al-Albani, No. 1101. (penterjemah)
    [4] Sahih al-Bukhari, Kitab al-Thalaq, Bab Khiyar al-amah taht al-'abd, No. 4874.
    [5] Sahih al-Bukhari, Kitab al-Wudhu', Bab La yustanja bi rauts, No. 152.
    [6] Sahih al-Bukhari, Kitab al-Ahkam, Bab Hal yaqdi al-qadhi aw yufti wa huwa ghadhban, No.6625.
    [7]  al-Ashnaan ialah sejenis tumbuhan wangi yang dikeringkan dan dihiris untuk dijadikan bahan pembersih (seperti serbuk sabun).
    [8] Sahih Muslim, Kitab al-Zakah, Bab Bayan anna ism al-shadaqah yaqa' 'ala kull nau', No. 1674.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA