الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    Suatu RUKUN : SOLAH




    Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :Islam itu dibina atas lima perkara, persaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad Rasullullah, menunaikan solat….. ( Riwayat Bukhari dan Muslim ).

    Kemudian Sabda Nabi Muhammad s.a.w: Amalan yang mula-mula dihisab dari seorang hamba pada hari kiamat ialah solat, Jika solatnya baik, baiklah keseluruhannya. Tetapi jika solatnya buruk, buruk semua umatnya. ( Riwayat Tarmizi dan Abu Daud )

    Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak ( Riwayat Ahmad )

    Firman Allah s.w.t. :

    وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ‌ۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِ‌ۗ

    “ Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. “ ( Surah al-Ankabut, 29 : 45 )

    Apakah Solat ya maknanya lah...

    وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ

    “ Dan mintalah pertolongan tuhanmu dengan cara sabar dan doa ( as-solah )”

    ( Surah Al-Baqarah, 2 :45 )

    Dr Shalih bin Ghanim bin Abdillah As-Sadlani mentakrifkan solat sebagai :

    “ Makna solat dari Allah ialah Rahmat, sedangkan makna solat beerti rukun-rukun yang dikhususkan dan zikir-zikir yang telah dimaklumi dengan syarat-syarat yang dibatasi dengan waktu tertentu atau perkara yang diawali dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam. “

    Akhlak ialah perkataan Arab yang berasal dari kata khuluq yang bermaksud tabiat, kelakuan atau tingkah laku (al-tabi`ah), perangai (al-sajiyah), maruah (al-Muru’ah), kelaziman atau kebiasaan (al-`adah). Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran:

    وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ۬

    Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. (Al-Qalam:4)

    Takrif akhlak menurut Imam Ghazali dalam Ihya Ulumuddin ialah :

    suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.

    Jadinya Kenapa kita solat ya....

    قُلۡ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (١٦٢) لَا شَرِيكَ لَهُ ۥ‌ۖ وَبِذَٲلِكَ أُمِرۡتُ وَأَنَا۟ أَوَّل ٱلۡمُسۡلِمِينَ (١٦٣) ُ

    “ Katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku kerana Allah tuhan sekalian alam, Tiada sesuatu melainkannya dan dengan itulah aku diperintahkan dan aku termasuk orang-orang terawal Islam ( berserah diri )“ ( Surah al-Anam, 6 : 162 – 163 )

    ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَڪَّرُونَ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡت هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ (١٩١)َ

    “ Orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk dan berbaringnya dan memikirkan kejadian langit dan bumi, ( lalu berkata ), Wahai Tuhan kami, sesungguhnya engkau jadikan ini sia-sia, Maha Suci Allah, jauhkan kami dari azab api neraka “

    ( Surah Ali Imran, 3 : 191 )

    لِّلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ وَإِن تُبۡدُواْ مَا فِىٓ أَنفُسِڪُمۡ أَوۡ تُخۡفُوهُ يُحَاسِبۡكُم بِهِ ٱللَّهُ‌ۖ فَيَغۡفِرُ لِمَن يَشَآء وَيُعَذِّبُ مَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ (٢٨٤)ُ

    “ Kepunyaan Allah segala yang ada dilangit dan di bumi, dan jika kamu melahirkan atau menyembunyikan semuanya dalam perhintungan Allah. Allah mengampunkan orang yang dikehendaki dan mengazab orang yang dikehendaki “ ( Surah Al-Baqarah, 2 : 284 )

    إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ

    “ Sesungguhnya orang paling mulia disisi Allah adalah orang paling bertaqwa ”

    ( Surah al-Hujurat, 49 :13 )

    يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ

    “Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan dengan cara solat dan sabar, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar” ( Surah Al-Baqarah, 2 : 153 )

    Dan juga Firman Allah s.w.t. :

    وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ وَإِنَّہَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلۡخَـٰشِعِينَ

    “ Dan mintalah pertolongan Allah dengan solat dan sabar, sesungguhnya solat itu sangat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. “ ( Surah Al-Baqarah, 2 : 53 )

    وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَا‌ۖ وَلۡيَضۡرِبۡنَبِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِہِنَّ‌ۖ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوۡ ءَابَآٮِٕهِنَّ أَوۡ ءَابَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآٮِٕهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآءبُعُولَتِهِنَّ أَوۡ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ أَخَوَٲتِهِنَّ أَوۡ نِسَآٮِٕهِنَّ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُهُنَّ أَوِ ٱلتَّـٰبِعِينَ غَيۡرِ أُوْلِىٱلۡإِرۡبَةِ مِنَ ٱلرِّجَالِ أَوِ ٱلطِّفۡلِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يَظۡهَرُواْ عَلَىٰ عَوۡرَٲتِ ٱلنِّسَآءِ‌ۖ وَلَا يَضۡرِبۡنَ بِأَرۡجُلِهِنَّ لِيُعۡلَمَ مَا يُخۡفِينَ مِنزِينَتِهِنَّ‌ۚ وَتُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ ِ

    Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. ( Surah An-Nuur, 24 : 31 )

    يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزۡوَٲجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡہِنَّ مِن جَلَـٰبِيبِهِنَّۚ ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَايُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا

    “ Wahai Nabi, perintahkanlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuan kamudandan perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaian mereka menutupi seluruh tubuh mereka ( kecuali muka dan tapak tangan ), cara sedemikian adalah lebih sesuai untuk mereka dikenal dan maka dengan itu mereka tidak akan diganggu. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. ( Surah Al-Ahzab, 33 :59 )

    قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١) ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُون (٢)

    وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِفُرُوجِهِمۡ حَـٰفِظُونَ (٥) إِلَّا عَلَىٰٓ أَزۡوَٲجِهِمۡ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُہُمۡ فَإِنَّہُمۡ غَيۡرُ مَلُومِينَ (٦)َ

    “ Sesungguhnya berjayalah orang-orang beriman, mereka yang khusuk dalam solatnya,……. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri dan hamba sahaya mereka. ( Surah Al-Mukminun, 23 : 1-2 dan 5-6 )

    يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ خُذُواْ زِينَتَكُمۡ عِندَ كُلِّ مَسۡجِدٍ۬

    “Wahai orang-orang beriman, pakaikanlah dirimu dengan pakaian indah pada setiap kali menghadiri masjid ( untuk solat ) “ ( Surah Al-A’raf, 7 : 31 )

    Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan “ ( Riwayat Tarmizi )

    يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا قُمۡتُمۡ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ فَٱغۡسِلُواْ وُجُوهَكُمۡ وَأَيۡدِيَكُمۡ إِلَى ٱلۡمَرَافِقِ وَٱمۡسَحُواْ بِرُءُوسِكُمۡ وَأَرۡجُلَڪُمۡ إِلَى ٱلۡكَعۡبَيۡنِ‌ۚ وَإِن كُنتُمۡ جُنُبً۬ا فَٱطَّهَّرُواْ‌ۚ

    “ Wahai orang-orang beriman, apabila kamu ingin solat, hendaklah kamu membersihkan wajahmu dan tanganmu hingga ke siku, basuhlah kepalamu dan kakimu hingga ke buku lali, dan jika kamu berjunub, maka mandilah “ (Surah Al-Maidah, 5 : 6 )

    حَـٰفِظُواْ عَلَى ٱلصَّلَوَٲتِ وَٱلصَّلَوٰةِ ٱلۡوُسۡطَىٰ وَقُومُواْ لِلَّهِ قَـٰنِتِينَ

    “ Peliharalah akan solat kamu dan solat wusta, dan kerjakanlah dengan hati yang khusyu’”

    ( Surah Al-Baqarah, 2 : 238 )

    ٱلۡيَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰٓ أَفۡوَٲهِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَآ أَيۡدِيہِمۡ وَتَشۡہَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ

    “ Pada hari itu kami kunci mulut mereka lalu berkatalah tangan mereka dan bersaksilah kaki mereka akan segala perbuatan mereka ( semasa di dunia ) ( Surah Yaa Siin, 36 : 65 )

    Sabda Nabi s.a.w. :“ Sesungguhnya tidak patut ada sedikitpun perkataan manusia dalam solat”

    ( Riwayat Muslim )

    يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٌ۬ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُواْ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُمۡ وَلَا نِسَآءٌ۬ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُنَّ‌ۖ وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ م أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُواْ بِٱلۡأَلۡقَـٰبِ‌ۖ بِئۡسَ ٱلِٱسۡ لۡفُسُوقُ بَعۡدَ ٱلۡإِيمَـٰنِ‌ۚ وَمَن لَّمۡ يَتُبۡ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ (١١) يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬‌ۖ وَلَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًا‌ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُڪُمۡ أَن يَأۡڪُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتً۬ا فَكَرِهۡتُمُوهُ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ۬ رَّحِيمٌ۬ٱ

    “ Wahai orang-orang beriman, janganlah segolongan kamu mengutuk segolongan lain kerana mungkin yang dikutuk itu lebih baik daripada kamu, dan janganlah segolongan perempuan kamu mengutuk segolongan perempuan yang lain kerana mungkin mereka lebih baik daripada yang mengutuk. Janganlah segolongan kamu mendedahkan aib segolongan yang lain dan janganlah kamu memanggil segolongan yang lain dengan hinaan. Seburuk-buruk perkataan ialah kufur setelah beriman, sesiapa yang tidak bertaubat, maka mereka golongan yang zalim. Wahai orang-orang beriman jauhkanlah kamu daripada bersangka kerana sebahagian sangka itu berdosa, dan janganlah kamu mengumpat sesame kamu, sudikah kiranya kamu makan daging saudara kamu yang telah mati, sudah tentu kamu jijik, bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Surah Al-Hujurat, 49 : 11-12 )

    وَأَقِيمُواْ وُجُوهَكُمۡ عِندَ ڪُلِّ مَسۡجِدٍ۬ وَٱدۡعُوهُ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ‌ۚ

    “ Dan luruskanlah wajahmu ( dan hatimu ) pada setiap solat dan ikhlaskan niatmu terhadap ketaatan. “ ( Surah al-A’raff, 7 : 29 )

    قُل لِّلۡمُؤۡمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِمۡ وَيَحۡفَظُواْ فُرُوجَهُمۡ‌ۚ ذَٲلِكَ أَزۡكَىٰ لَهُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا يَصۡنَعُونَ (٣٠) وَقُللِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ

    “ Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki : Tundukkanlah pandangan kamu dan jagalah kemaluanmu, itu lebih baik bagi kamu, Sesungguhnya Allah Maha Mendalam pengetahuanNya tentang apa yang kamu kerjakan. Dan katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan : Tundukkanlah pandangan kamu….“ ( Surah An-Nuur, 24 : 30-31)

    إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلَّذِينَ يُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِهِۦ صَفًّ۬ا كَأَنَّهُم بُنۡيَـٰنٌ۬ مَّرۡصُوصٌ۬

    “ Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalannya dengan barisan yang teratur sepertimana satu bangunan yang kukuh. ” ( Surah As-Saff, 61 : 3 )

    Iblis laknatullah: Janjinya pada Kaum Wanita

    Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

    Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

    Bagaimanakah caranya?

    1. Membuka Bahagian Tangan

    Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

    "Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

    Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

    Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

    2. Membuka Leher dan Dada

    Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

    "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

    Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

    3. Berpakaian tapi Telanjang

    Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

    Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

    Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

    4. Agak Terbuka Sedikit

    Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

    "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

    Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

    5. Tudung Semakin Kecil

    Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

    Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

    6. Terdedah

    Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

    Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

    7. Membuka Seluruh

    Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

    Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

    Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

    Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

    Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

    "Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga..

    "Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

    Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

    Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat dalam hati sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

    Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

    Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

    Dan tidak ada pertanggungjawaban sedikitpun atas orang-orang yang bertakwa terhadap dosa mereka; akan tetapi (kewajiban mereka ialah) mengingatkan agar mereka bertakwa. (69.Al An'aam)

    Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka ikutilah petunjuk mereka. Katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepadamu dalam menyampaikan (Al-Quran)." Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan untuk seluruh ummat. (90.Al An'aam)

    Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar merekalah orang-orang yang beruntung.(104.Ali 'Imran )

    Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah.” (Riwayat at-Tirmidzi)

    ﺍﻟﺘﺤﺮﻳﻢ 6

    ﻧﻌﻮﺫﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻂﺎﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

    ﺍﻟﺘﺤﺮﻳﻢ 6


    " Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. "

    Tafsir Ibnu Katsir
    Firman Allah subhanahu wa ta’ala, قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا “Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api Neraka”, Mujahid (Sufyan As-Sauri mengatakan, “Apabila datang kepadamu suatu tafsiran dari Mujahid, hal itu sudah cukup bagimu”) mengatakan : “Bertaqwalah kepada Allah dan berpesanlah kepada keluarga kalian untuk bertaqwa kepada Allah”. Sedangkan Qatadah mengemukakan : “Yakni, hendaklah engkau menyuruh mereka berbuat taat kepada Allah dan mencegah mereka durhaka kepada-Nya. Dan hendaklah engkau menjalankan perintah Allah kepada mereka dan perintahkan mereka untuk menjalankannya, serta membantu mereka dalam menjalankannya. Jika engkau melihat mereka berbuat maksiat kepada Allah, peringatkan dan cegahlah mereka.”
    Demikian itu pula yang dikemukakan oleh Adh Dhahhak dan Muqatil bin Hayyan, dimana mereka mengatakan : “Setiap muslim berkewajiban mengajari keluarganya, termasuk kerabat dan anak-anaknya, berbagai hal berkenaan dengan hal-hal yang diwajibkan Allah Ta’ala kepada mereka dan apa yang dilarang-Nya.”

    Hal ini tersurat dengan jelas dalam At Tahrim itu “Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka”. Disini dikatakan “peliharalah dirimu” terlebih dahulu baru setelah itu dikatakan “keluargamu”.
    Sebagaimana apa yang dikatakan oleh Mujahid : ”Bertaqwalah kepada Allah dan berpesanlah kepada keluarga kalian untuk bertaqwa kepada Allah”. Disini Mujahid mengatakan bahwa kita diharuskan bertaqwa kepada Allah terlebih dahulu, baru setelah itu kita berpesan kepada keluarga kita untuk bertaqwa kepada Allah.

    Perintah menjaga diri sendiri dengan tetap menjalankan perintah Allah SWT, menjauhi laranagn Allah, dan bertaubat dari perkara yang menjadikan murka Allah dan mendatangkan siksa.

    Umar bin Khottob berkata : saat turun ayat ini, bertanya kepada Rasul. Kami akan jaga diri kami, lalu bagaimana dengan keluarga kami ? Jawab Rasul : Kau larang mereka apa yang Allah telah larang dari-Nya, kamu perintah mereka dengan apa yang Allah telah perintah dari-Nya, jika itu kau lakukan, akan menyelamatkan mereka dari neraka.

    Al-Qurtubi berkata : Di dalamnya hanya ada satu masalah : yaitu penjagaan seseorang terhadap diri dan keluarganya dari siksa neraka.

    Ali bin Abi Tholib berkata : Didiklah dan ta’limlah ( ajarlah ) mereka ( dirimu & keluargamu.)

    Ibnu Abbas berkata : Ta’atlah kamu kepada Allah. Janganlah bermaksiat kepada-Nya, Suruhlah keluargamu untuk dzikir mengingat Allah, niscaya Allah akan selamatkannya dari neraka.

    Mujahid berkata : Takwalah kepada Allah dan suruhlah keluargamu untuk takwa kepada-Nya.

    Qotadah berkata : Kau suruh keluargamu untuk taat kepada Allah, kau cegah mereka supaya tidak maksiat. Jika kamu lihat maksiat di antara keluargamu, maka ingatkan mereka dan tinggalkan kemaksiatannya.

    Adh-Dhohak berkata : Hak seorang muslim adalah supaya mengajari keluarga dan sanak kerabatnya tentang kewajiban mereka kepada Allah dan memberitahu larangan-larangan-Nya.

    Ulama Fiqih berkata : Demikian juga seperti mengajarkan masalah-masalah shoum, agar keluarga membiasakan ibadah, agar mereka terus-menerus dalam kondisi selalu ibadah, taat kepada Allah, menjauhi larangan dan meninggalkan kemungkaran.

    Al-Maroghi berkata : Hai orang-orang yang membenarkan Allah dan Rasul-Nya, hendaklah di antara kamu memberitahukan satu dengan yang lain, yaitu apa-apa yang menyelamatkan kamu dari neraka, selamatkanlah diri kalian darinya, yaitu dengan taat kepada Allah melaksanakan perintah-Nya, beritahulah keluargamu, tentang ketaatan kepada Allah, karena dengan itu akan menyelamatkan jiwa mereka dari neraka, berilah mereka nasehat dan pendidikan. Hendaklah seorang lelaki itu membenahi dirinya dengan ketaatan kepada Allah, juga membenahi keluarganya sebagai rasa tanggungjawabnya sebagai pemimpin dan yang dipimpinnya.

    Al Qurthubi mengingatkan lagi : Hak anak terhadap orang tua, hendaklah orang tua memberikan nama yang baik, mengajarkannya tulis menulis dan menikahkan bila telah baligh. Tidak ada pemberian orang tua terhadap anak yang lebih baik daripada mendidiknya dengan didikan yang baik. Perintahlah anak-anakmu sholat jika sudah berumur 7 tahun, dan pukullah jika umur 10 thn, jika meninggalkan solatnya, pisahkan tempat tidur mereka.

    Um al-Kitab


    Surah yang dinamakan dengan berbagai-bagai nama seperti al-Fatihah, Um al-Kitab, al-Sab’ai al-Masthani dan lain-lain. Imam al-Qurtubi menghimpunkan 12 nama fatihah sedangkan al-Alusi menyebut sebahagian ulama mengira sampai 22 nama, sama ada secara tauqif daripada Nabi atau ijtihad para sahabat.

    Pada hakikatnya surah ini banyak fadhilat yg tidak terhitung..tapi yg kita tahu sekadar ini

    Nas-nas hadis yang menunjukkan banyak kelebihan surah al-Fatihah, antaranya:

    Sebesar-besar surah dari segi kelebihannya seperti riwayat al-Bukhari daripada Abi Said bin Mu’alla.
    Tiada tandingan dan bandingan dengan mana-mana surah dan kitab seperti Taurat, Injil, Zabur dan al-Furqan daripada surah al-Fatihah seperti riwayat Imam Ahmad daripada Ubay bin Ka’ab.
    Dua cahaya yang digembirakan oleh Malaikat iaitu al-Fatihah dan penutup surah al-Baqarah seperti riwayat Muslim daripada Ibn Abbas.
    Penyembuh penyakit seperti terkena patukan ular, kala jengking dan lain-lain. Ini dinyatakan al-Bukhari dan Muslim daripada Abi Said al-Khudri.
    Kelebihan al-Fatihah jelas apabila diwajibkan dalam setiap rakaat solat seperti riwayat al-Bukhari, Muslim dan al-Tirmizi daripada Abu Hurairah.
    Menyembuh penyakit gila seperti riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, al-Nasa’ie, Ibn Sunni, Ibn Jarir, al-Hakim yang mensahihkannya daripada Kharijah bin al-Salt al-Tamimi daripada bapa saudaranya yang datang bertemu Rasulullah s.a.w dan pulang kemudian lalu di perkampungan yang terdapat seorang lelaki yang dirantai dengan besi lantas kata keluarganya: “Adakah kamu boleh rawatnya, kerana kamu datang daripada sahabatmu (Rasulullah s.a.w) yang amat baik.”

    Cerita Kharijah bin al-Salt al-Tamimi apabila membaca surah ini,ketika dia sakit..APA KATANYA

    Aku pun baca al-Fatihah selama 3 hari dengan dua kali pagi dan petang setiap hari, aku hembus ke mukanya kemudian dengan izin Allah dia sembuh dan diberikan kepadaku 100 ekor kambing, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dan menceritakannya, sabda Rasulullah s.a.w (yang bermaksud): “Makanlah, siapa yang berjampi dengan bathil? Sesungguhnya awak berjampi dengan sebenarnya.”


     بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    Dalam urusan-urusan yang besar, seperti surat Rasulullah s.a.w kepada Raja-raja Rom, Parsi dan lain-lain. Seperti riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ali bin Abi Thalib dan lainnya.


    Ketika wuduk. Seperti riwayat al-Tirmizi daripada Abi Hurairah

    Ketika masuk masjid. Seperti riwayat Ahmad dan Ibn Majah daripada Fatimah al-Zahra.

    Ketika masuk rumah. Seperti riwayat Abu Daud daripada Abi Malik al-Asy’ari.

    Ketika keluar rumah. Seperti riwayat Ashab al-Sunan daripada Ummu Salamah.

    Ketika menaiki kenderaan. Seperti riwayat Imam Ahmad daripada Ali bin Rabi’ah.

    Ketika menutup pintu. Seperti riwayat Bukhari dan Muslim daripada Jabir.

    Ketika makan dan minum. Seperti riwayat Ashab al-Sunan daripada Aisyah RAnha.

    Ketika sembelih binatang. Seperti hadis muttafaq alaih daripada ‘Abayah bin Rifaah daripada datuknya.

    Ketika masuk pasar. Seperti riwayat al-Tabarani, al-Hakim dan lain-lain daripada Buraidah.

    Ketika hendak tidur. Seperti riwayat Abu Daud dan al-Hakim daripada Abi al-Azhar.

    Ketika pagi dan petang. Seperti riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan lain-lain daripada Uthman bin Affan.

    Ketika sangat sakit dan lapar. Seperti riwayat al-Tirmizi daripada Ibn Abbas.

    Ketika mendatangi ahli. Seperti riwayat Syaikhan dan Imam Ahmad daripada Ibn Abbas.
     
     


    Dalam tafsir imam Ibnu Kathir yang juga diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Abu Daud:

    Hadis riwayat al-Bukhari dalam kitab Fadhailul Quran, dari Abu Said AL-Kudri, 

    katanya “ kami pernah berada dalam suatu perjalanan, lalu kami singgah, tiba-tiba seorang budak wanita datang seraya berkata:

    “ Sesungguhnya kepala suku kami tersengat, dan orang-orang kami sedang tidak berada ditempatnya, apakah ada diantara kamu yang boleh memberi ruqyah? Lalu ada seorang lelaki berdiri bersamanya, yang kami tidak pernah menyangkanya boleh merruqyah.

    Kemudian orang itu membacakan ruqyah, kemudian kepala suku itu pun sembuh. Lalu dia menyuruh memberikan tiga puluh ekor kambing, sedang kami diberi minum susu. Setelah ia kembali, kami bertanya kepadanya:

    “ Apakah engkau memang pandai dan boleh beruqyah?” 

    Maka dia pun menjawab: “ Aku tidak meruqyah kecuali dengan ummul kitab ( al-Fatihah ). 

    Jangan berbuat apapun sehingga kita datang dan bertanya kepada Rasulullah sahut kami. Sampai di Madhinah kami menceritakan kepada nabi, maka beliau pun bersabda:

    Dari mana dia tahu bahawa surat al-Fatihah itu sebagai ruqyah ( jampi ) , berbagi-bagilah kambing itu dan berikan satu bahagian kepadaku” 


    Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Said bin Al- Mualla katanya

    “ Aku pernah  solat, lalu Rasulullah saw memanggilku, tetapi aku tidak menjawabnya hingga aku menyelesaikan solat. Setelah itu aku mendatangi beliau, maka beliau pun bertanya: 

    “ Apa yang menghalangimu datang kepadaku? 

     Maka aku menjawab : Ya Rasulullah, sesungguhnya aku tadi sedang mengerjakan solat, 

    lalu beliau bersabda: “ Bukankah Allah taala telah berfirman : Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyerumu kepada yang memberi kehidupan kepadamu ( Al-Anfal :24 ) dan setelah itu beliau bersabda:’ 

    Akan aku ajarkan kepadamu suatu surah yang paling agung di dalam Alquran sebelum engkau keluar dari masjid ini: Maka beliau pun memimpin tanganku. 

    Dan ketika beliau hendak keluar dari masjid ini, aku katakan: Ya Rasulullah, engkau tadinya telah berkata akan mengajarkan kepadaku surat yang paling agung dalam Al-Quran.

    ’Kemudian beliau menjawab: Benar, ia adalah as-Sabul Matsani dan Al-Quran al-azhim yang telah diturunkan kepadaku”

    RUKUN IMAN : AL IMANU BILLAH

    RUKUN IMAN
    Firman Allah yang mafhumnya:
    "Rasul telah beriman kepada barang yang diturun kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang orang yang beriman semuanya beriman kepada Allah, malaikat malaikat Nya, kitab-kitab Nya dan Rasul rasul Nya (mereka berkata): Kami tidak membezakan di antara seorang pun (dengan yang lain) dari Rasul rasulNya dan mereka mengatakan kami dengar dan kami taat (mereka berdoa) Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tetap kami kembali." (Al-Baqarah : 285)
    Dan firman Nya yang mafhum:
    "Wahai orang orang yang beriman! Tetaplah beriman kepada Allah dan RasulNya dan kepada Kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikatNya, Kitab Nya, Rasul rasulNya dan Hari Kemudian maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya." (An-Nisa' : 136)
    Dan Firman Nya, yang mafhumnya:
    "Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebaikan, akan tetapi yang berbakti itu ialah mereka yang beriman kepada Allah, Hari Kemudian, malaikat mataikat, Kitab dan Nabi nabi."  (al-Baqarah :177)
    Dalam hadith Jibril yang masyhur, iaitu ketika ia datang kepada Nabi s.a.w. dalam rupa seorang Arab Badwi bertanya Rasulullah mengenai al Islam, al-Iman dan al Ihsan, baginda bersabda mengenai al Iman:
    "(Al Iman) ialah engkau beriman kepada Allah, para malaikat, kitab kitabNya, Rasul rasulNya dan Hari Kemudian dan engkau beriman dengan Qadr, baiknya dan jahatnya."  (Bukhari, Muslim)
    Enam perkara itulah yang dikatakan Rukun al Iman. Dan ialah yang menjadi asas. Dengannyalah diutuskan para rasul salawatullahi 'alaihim dan diturunkan kitab kitab.
    Keimanan seseorang tidak akan sempurna melainkan setelah ia beriman dengan semua yang disebut itu mengikut cara yang ditunjuk oleh kitab Allah dan sunnah RasulNya s.a.w. Barangsiapa mengingkari sesuatu daripadanya sudah tentu dia terkeluar daripada lingkungan al Islam dan termasuklah ke dalam golongan al kafirin.
    BERIMAN KEPADA ALLAH
    Beriman kepada Allah Azza wa Jalla ertinya beri'tiqad dengan tegas bahawa Allah ialah "Rabb" yang memilik dan mencipta segala galanya. Dialah Tuhan yang berhak diibadatkan dengan ikhlas seperti melakukan salat, qiam, doa, mengharap rahmat Nya, takut kepada azab Nya, menyerahkan diri kepada Nya. Dan Dialah Tuhan yang bersifat dengan segala sifat sempurna dan suci bersih dari segala kekurangan.
    Beriman kepada Allah mengandungi tiga bahagian tauhid iaitu:
    1. Tauhid Rububiyyah
    2. Tauhid Uluhiyyah
    3. Tauhid Asma' dan Sifat
    Mengenai beriman kepada ketiga tiga bahagian tauhid itu ialah i'tiqad keesaan Allah Ta'ala pada Rububiyyah, Uluhiyyah dan Sifat sifat Nya yang sempurna dan Nama nama Nya yang mulia. Seorang hamba tidak menjadi mu'min sehingga ia beri'tiqad bahawa Allah adalah Tuhannya, Pembela dan Pemimpin bagi segala sesuatu, bukan yang lain. Dialah Tuhan yang berhak disembah, bukan yang lain. Dialah Tuhan Yang Maha Sempurna pada Sifat Nya dan pada Nama nama Nya. Tidak ada yang sempurna selain daripada Nya..
    Ketiga tiga bahagian tauhid itu termasuk di dalam pengertian: Beriman Kepada Allah.

    BAHAGIAN PERTAMA: TAUHID RUBUBIYY'AH
    Pengertian secara ringkas ialah beri'tiqad dengan jazam atau tegas bahawa Allah adalah "Rabb atau Tuan punya" bagi segala sesuatu, tidak ada "Rabb" selain Nya. Dan inilah keterangan selanjutnya:
    Perkataan "Rabb" dalam bahasa ertinya "Tuan milik dan pengurus". Rububiyyah Allah ke atas makhluk Nya bererti "Keesaan Allah pada penciptaan, pemilikan dan pentadbiran hidup makhluk".
    Tauhid Rububiyyah merupakan pengakuan bahawa Allah Ta'ala sahajalah yang mencipta, memilik, menghidup, memati, memberi manfaat, memberi mudarat, memperkenankan doa ketika kesusahan hamba, berkuasa penuh terhadap mereka, mengurnia sesuatu dan menahankan daripada mereka, kepunyaan Nyalah segala urusan makhluk dan titah perintah.
    Firman Allah yang mafhumnya:
    Ingatlah, kepunyaan Nyalah segala makhiuk dan segaia titah perintah, Maha Berkat Allah Tuhan sekalian alam.  (Al‑A'raf : 54)
    Termasuk dalam bahagian tauhid ini juga beriman kepada Kudrat Allah. Iaitu meyakini bahawa tiap tiap suatu yang berlaku tidak terkeluar daripada qudrat dan iradah Allah.
    Dengan perkataan lain, tauhid bahagian ini memberi erti: Iqrar bahawa Allah adalah fa'il atau Pencipta mutlak bagi alam ini; dalam mengadakan, mentadbir, mengubah, mengurus, menambah, mengurang, menghidup, memati dan lain lain tanpa menyengutuinya oleh yang lain dalam penciptaan Nya.
    Mengenai tauhid bahagian ini, al Qur'an al Karim telah menerangkan sejelas-jelasnya. Boleh dikatakan tiap tiap surah al Qur'an menyebutnya atau sekurang kurangnya mengisyaratkan tauhid bahagian ini.
    Tauhid ini ialah asas bagi tauhid bahagian lain kerana Pencipta, Pemilik dan Pentadbir sahajalah yang berhak ditujukan ibadah, khusyu' dan khudhu', dan Dialah yang berhak menerima pujian, syukur, ingat, doa, harapan, takut dan lain lain. Ibadat kesemuanya tidak sah melainkan kepada zat yang mempunyai hak mencipta dan hak memerintah kesemuanya.
    Di sudut lain pula, pencipta yang memilik dan mentadbir sahajalah yang berhak dengan sifat sifat yang mulia dan sempurna, kerana sifat sifat ini tidak layak melainkan bagi Allah yang menjadi "Rabbul Alamin", dan kerana mustahil tabiatnya Rububiyyah dan milik bagi Tuhan yang tidak hidup, tidak mendengar, tidak melihat, tidak berkuasa, tidak bercakap, tidak membuat apa apa yang ia kehendaki dan tidak bijaksana, baik pada perkataan mahupun perbuatan.
    Lantaran itu kita dapati al Qur'an al Karim menyebut tauhid, bahagian ini di makam pujian, makam ibadat, tunduk dan menyerah diri dan makam penerangan sifat sifat Allah Yang Mulia dan Nama namaNya yang elok.
    Di makam pujian, kita selalu menyebut di setiap rakaat solat.
    "Maka bagi Allah segala pujian, Pencipta langit dan bumi, Pencipta sekalian alam."  (Al-Jathiyah: 36)
    Di makam penyerahan diri dan tunduk kepada Nya, firman Allah yang mafhum:
    "Katakanlah, sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenar) dan kita disuruh agar menyerah diri kepada Tuhan yang memilikki semua alam."  (A1‑An'am: 71)
    Di makam tawajjuh kepada Allah dan mengikhlaskan niat kepada Nya firman Allah:
    "Katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadah sembelihanku, hidupku dan matiku adalah bagi Allah yang menjadi Rabbul alamin" (Al-An'am: 162)
    Di makam wala' kepada Allah bukan kepada yang lain, firman Allah yang mafhum:
    "Katakanlah, adakah selain dari Allah aku jadikan wali/kekasih, (sedang) Allah Pencipta tujuh petala langit dan bumi, dan Dialah yang memberi makan bukan diberi makan. Katakanlah, aku ini diperintah supaya menjadi orang pertama yang menyerah diri, dan janganlah engkau jadi salah seorang dari orang orang musyrikin" (Al-An'am: 14)
    Di makam doa firman Allah yang mafhumnya:
    "Ingatlah, kepunyaan Nyalah sekalian makhluk dan segala titah perintah. Maha Berkat Allah Rabbul alamin. Serukanlah Rab kamu dengan terang dan suci, kerana sesungguhnya ia tidak suka kepada orang yang melampaui batas" (Al - A'raf :54-55)
    Di makam ibadah pula, firman Allah yang mafhumnya:
    "Kenapakah aku tidak beribadah kepada Tuhan yang menciptakan aku dan kepada Nyalah kamu dikembalikan." (Ya-Sin : 22)
    Dan firman Nya yang mafhum:
    "Hai manusia sekalian! Beribadatlah kamu kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu dan yang sebelum kamu supaya kamu bertaqwa. Tuhan yang telah menjadikan bagi kamu bumi sebagai hamparan dan langit sebagai binaan dan menurunkan air hujan dari langit, maka dengan air itu ia mengeluarkan buah buahan sebagai rezeki bagi kamu. Kerana itu janganlah kamu jadikan bagi Allah "nid /sekutu", pada hal kamu mengetahui" (Al-Baqarah: 21‑22)
    Oleh itu, Pencipta tujuh petala langit dan bumi sahajalah yang berhak dianggap sebagai Tuhan dan Wali atau Kekasih untuk menyerah diri.
    Di sudut lain pula, kita dapati al Qur'an al Karim mencantumkan Rububiyyah Allah dari segi memilik dengan Nama nama Nya yang elok dan sifat sifat Nya yang sempurna. Perhatikanlah firman Allah dalam ayat al Kursi:
    "Allah, tidak ada sebarang Tuhan melainkan Dia, yang hidup kekal terus menerus, mengurus (makhluk), tidak mengantuk dan tidak tidur, kepunyaan Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa IzinNya. Allah mengetahui apa apa yang berada di hadapan dan di belakang mereka, manakala mereka pula tidak mengetahui apa apa dari ilmu Allah melainkan perkara yang dikehendaki oleh Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi dan Allah tidak terasa berat menjaga kedua dan Allah Maha Tinggi dan Maha Besar" (A1‑Baqarah : 255)
    Tuhan yang mencipta langit dan bumi sahajalah yang hidup tidak mati, adanya dengan sendiri, amat mengetahui, menjaga, Maha Tinggi dan Maha Besar.
    Dan perhatikanlah firman Allah yang mafhum:
    "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan Kami mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" (Qaf : 16)
    Dan firman Allah yang mafhum:
    "Apakah Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui apa (yang kamu lahirkan dan yang kamu rahsiakan) dan Dia Maha Lemah lembut lagi Maha Mengetahui" (Al -Mulk : 14)
    Tidak ada sebarang bantahan sama sekali tentang Tuhan yang menjadikan sekalian makhluk itu adalah Tuhan yang mengawal mereka, yang sangat halus lagi bijaksana dengan apa yang mereka kerjakan.
    Adapun mereka yang mengaku bahawa Allah itu Tuhan yang menciptakan segala gala tetapi tidak mentauhidkan pada uluhiyyah Nya, yakni masih mempersyirikkan Nya dalam beribadah dan tidak mentauhidkan Nya pada Asma'/Nama dan sifat sifat Nya, masih menta'tilkan (membekukan) sifat-sifatNya atau menyerupakan sifat sifat Allah dengan sifat sifat makhluk atau pun menta'wilkannya dengan ta'wilan yang salah, maka tauhid ini tidak memberi manfaat kepadanya dan tidak dapat mengeluarkan mereka dari kufur kepada iman. Allah menerangkan orang orang musyrikin yang mengaku Allah Tuhan yang mencipta segala sesuatu tetapi mereka masih menjadi musyrik, kerana mereka belum mentauhidkan Allah pada uluhiyyah Nya hingga mereka beribadat kepada yang lain. Dan mereka belum mentauhidkan Allah pada Nama nama dan sifat sifatNya hingga mereka mengingkari dan tidak beriman kepada Nya.
    Dalam hal itu Allah berfirman yang mafhum:
    "Dan kebanyakan mereka itu tidak beriman kepada Allah, malah masih menjadi musyrikin" (Yusuf : 106)
    Berkata Mujahid mengenai ayat di atas: "Iman mereka kepada Allah hanya dalam perkataan sahaja iaitu mereka berkata, Allah menciptakan kita, berikan kita rezeki dan mematikan kita di samping kepercayaan demikian mereka mensyirikkan Allah dengan yang lain dalam beribadah."
    Sebahagian dari ulama' dulu mengatakan: "Jika kita tanyakan mereka, siapakah yang menjadikan langit dan bumi ini? Lantas mereka menjawab, Allah tetapi dalam hal itu mereka beribadah kepada yang lain bersama-sama Allah."
    Allah menceritakan tentang musyrikin bahawa mereka mengaku Allah sebagai Khaliq/Pencipta, Raziq/Pemberi rezeki dan Malik/Pemilik seperti firman Nya yang mafhum:
    Dan jika engkau tanyakan mereka: Siapakah yang menciptakan mereka? Mereka menjawab: Allah. (Az-Zukhruf : 87)
    Dan firman Nya yang mafhum:
    Katakanlah, siapakah yang memberikan kamu rezeki dari langit dan bumi, atau siapakah yang memiliki pendengaran dan penglihatan, siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati, mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah mentadbir segaIa urusan? Nanti mereka akan menjawab Allah. Oleh itu katakanlah, Maka tidakkah kamu bertaqwa?  (Yunus : 31)
    Jelaslah bahawa tiap tiap mereka yang ikrar Rububiyyah Allah bukanlah semuanya mengesakan Nya pada Uluhiyyah atau pun pada Asma'/Nama nama dan pada sifat, kerana kebanyakan mereka tidak mengingkari Pencipta dan Rububiyyah Nya di atas sekalian makhluk, tetapi kebanyakan mereka kufur kerana beribadat kepada lain dari Allah.

    BAHAGIAN KEDUA: TAUHID ULUHIYYAH
    Pengertian secara ringkas ialah beri'tiqad dengan jazam bahawa Allah adalah Tuhan yang sebenar, tiada Tuhan selainNya dan Dialah Tuhan yang mesti diesakan dalam beribadah. Inilah keterangan selanjutnya:
    Perkataan "Ilah" bererti "Ma'luh" dan "Ma'luh" dalam bahasa Arab bererti "Ma'bud/Yang Disembah". Dan "Ma'bud" pula berasal dari perkataan "Ibadah".
    Ibadah di segi bahasa memberi erti: Tunduk patuh dan merendahkan diri. Setengah ulama' memberi erti ibadah dengan cinta yang sempurna dan taat yang tidak berbelah bagi.
    Tauhid Uluhiyyah ini berasaskan ikhlas kepada Allah pada lahir dan batin, dalam ertikata segala kegiatan ibadah tidak dikerjakan untuk lain daripada Allah. Kerana itu orang yang beriman kepada Allah, ia beribadah hanya kepada Allah, bukan kepada yang lain. Ia mengikhlaskan cinta, takut, harapan, doa, ' tawakkal, taat, patuh, tunduk, segala j enis dan bentuk ibadah hanya kepada Allah sahaja.
    Tauhid Uluhiyyah ini pada hakikatnya mengandungi tauhid Rububiyyah dan tauhid al Asma' wa al Sifat. Sebaliknya Tauhid Rububiyyah tidak mengandungi Tauhid Uluhiyyah. Kerana kadang kadang seseorang itu mengaku Rububiyyah Allah tetapi tidak beribadah kepadaNya.
    Begitu juga Tauhid al Asma' wa al Sifat tidaklah mengandungi Rububiyyah dan Uluhiyyah, akan tetapi siapa yang mentauhidkan Allah di segi Uluhiyyah dengan mengaku bahawa Allah sahajalah yang berhak diibadah, manakala yang lain tidak berhak diibadah sedikit pun, bererti ia pada hakikatnya mengaku bahawa Allah itu adalah Rabbul Alamin. Dialah yang mempunyai Nama nama yang elok dan sifat sifat yang sempurna, kerana mengikhlaskan ibadah tidaklah untuk selain dari "al Rabb" itu atau tidak layak bagi zat yang bersifat dengan kekurangan, sebab layakkah disembah zat yang tidak kuasa mencipta dan mentadbir urusan makhluk? Dan layakkah diibadahkan zat yang bersifat dengan sifat sifat kekurangan?
    Dengan itu, ternyatalah bahawa syahadah itu mengandungi ketiga tiga bahagian tauhid, kerana syahadah ini adalah tauhid Uluhiyyah. Dan Tauhid Uluhiyyah ini mengandungi Tauhid bahagian Rububiyyah dan Tauhid bahagian al Asma' wa al Sifat.
    Justru itu, Tauhid Uluhiyyah ini adalah awal awal agama dan penghabisannya, batinnya dan zahirnya. Berdasarkan tauhid bahagian inilah dijadikan sekalian alam, firman Allah yang mafhum:
    Dan Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan. supaya mereka beribadah kepada Ku sahaja. (Ad-Dhariyat : 56)
    Syeikh al Islam Ibn Taimiyah rahimahullah berkata, "Tauhid inilah yang membezakan di antara Muwahhidin (golongan yang mengesakan Allah) dengan Musyrikin (golongan yang mempersyirikkan Allah). Dan di atas asas inilah diberi balasan atau pahala di dunia dan di akhirat. Sesiapa yang tidak berpegang dengan tauhid ini sudah tertentu termasuk ke dalam golongan Musyrikin."
    Berdasarkan tauhid bahagian ini jugalah diutuskan para Rasul dan diturunkan Kitab kitab. Oleh itu Rasul rasul dahulu tidaklah diutus kepada kaumnya melainkan menjadikan tauhid bahagian ini asas dakwah dan intinya.
    Firman Allah yang mafhumnya:
    Dan sesungguhnya Kami bangkitkan di kalangan tiap tiap umat seorang Rasul (membawa seruan): "Beribadahlah kamu kepada Allah dan jauhkanlah dari taghut." (An-Nahl : 36)
    Dan firman Nya yang mafhum:
    "Dan Kami tidak mengutuskan mana mana Rasul sebelum engkau (wahai Muhammad) melainkan Kami turunkan wahyu mengatakan kepadanya: 'Tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Aku', maka beribadahlah kepadaKu."  (Al-Anbiyaa' : 25)
    Dalam al Qur'an Allah menceritakan tentang rasul rasul Nya seperti Nuh, Hud, Soleh dan Syu'aib, mereka menyeru kaum mereka dengan seruan: maksudnya, Beribadahlah kamu kepada Allah, (kerana) tidak ada Tuhan selain Nya.
    Juga Allah menceritakan tentang Nabi Ibrahim a.s., ia berkata kepada kaurnnya:
    "Sesungguhnya aku telah hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan tujuh petala langit dan bumi dengan lurus dan tidaklah aku ini dari golongan orang orang musyrikin." (Al-An'am : 79)
    Apabila tauhid merupakan hakikat Din al Islam, maka dua kalimah syahadah pula merupakan rukun pertama bagi "ad Din". Sabda Rasulullah s.a.w.:
    "Dibina al Islam di atas lima (rukun iaitu): Bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah, mendirikan salat, mengeluarkan zakat, melakukan siam di bulan Ramadan dan mengerjakan haji di Baituliahil Haram."  (Muttafaqun 'alaih)
    Tauhid Uluhiyyah ini menuntut kita supaya bertawajjuh/menghadap kepada Allah dalam setiap jenis dan bentuk ibadah. Dan menuntut dari kita supaya kita membersihkan hati dari terikat dengan pihak atau pengaruh lain.
    Ibadah ini mengandungi pengertian yang luas, di antaranya:
    1.     Wajib mengikhlaskan cinta kepada Allah
    Seorang hamba janganlah mengadakan yang setanding (nid) dengan Allah dalam mencintainya, dengan ertikata ia mencintakan "nid" itu sama dengan ia cintakan Allah, atau ia mengutamakan cinta kepada "nid" itu lebih dari Allah. Sesiapa berbuat demikian, ia termasuk ke dalam golongan musyrikin.
    Firman Allah yang mafhumnya:
    Dan di antara manusia, ada yang menjadikan selain dari Allah akan "nid/yang setanding" dengan Allah, mereka cintakan "nid" itu seperti cinta mereka kepada Allah, manakala orang orang mukmin pula lebih cinta kepada Allah.  (Al-Baqarah : 165)
    Di antara syirik akbar (besar) yang Allah tidak ampun dosanya melainkan dengan bertaubat ialah menjadikan bagi Allah akan "nid" yang setanding dengan Allah. la cintakan "nid" sebagaimana ia cintakan Allah. Manusia diciptakan di atas dasar cinta kepada diri sendiri, bapa, anak pinak, watan dan harta benda, maka mengikhlaskan ibadah kepada Allah tidaklah bererti menghapuskan tabiat semulajadi itu, malah dituntut dari mukmin supaya cintakan segala sesuatu di dunia ini selepas cintakan Allah. Cintakan Allah hendaklah mengatasi segala kecintaan, hingga ia sanggup mengorbankan segala kesayangannya demi pada sabilillah bila berhimpun kedua dua cinta ini.
    Allah mengugut mereka yang mengutamakan cinta perkara perkara keduniaan lebih dari cintakan Allah Azza wa Jalla dan Rasul Nya dengan siksa seperti firman Nya yang mafhum:
    Katakanlah, jika bapa bapa kamu, anak anak kamu, saudara-mara kamu, isteri isteri kamu, keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu takut kerugiannya dan tempat kediaman yang kamu sukai itu kamu lebih kasih daripada Allah, Rasul Nya dan berjihad pada jalan Nya? Maka tunggulah kamu hingga Allah mendatangkan perintah Nya (dengan menurunkan bala bencana) dan Allah tidak akan memberi petunjukNya kepada kaum yang fasiq.  (At-Taubah : 24)
    2.     Wajib mengesakan Allah dalam berdoa, bertawakkal dan mengharapkan perkara yang hanya Allah berkuasa
    Firman Allah yang mafhum:
    Dan janganlah kamu menyeru (meminta) selain dari Allah apa-apa yang tidak memberi manfaat dan memberi mudarat kepada kamu. Jika kamu berbuat demikian kamu akan termasuk ke dalam golongan orang orang zalim. (Yunus : 106)
    Firman Allah yang mafhum:
    "Dan kepada Allah hendaklah kamu bertawakkal jika kamu orang orang yang mu'min."  (Al-Maidah : 23)
    Dan firman Nya yang mafhum:
    ''Sesungguhnya orang orang yang beriman, berhijrah dan berjihad pada jalan Allah, mereka itulah orang orang yang mengharap rahmat Allah. (Al-Baqarah : 218)
    3.     Wajib mengesakan Allah dalam takut
    Siapa beri'tiqad bahawa setengah setengah makhluk boleh memberi mudarat dengan iradahnya sendiri, lalu ia takut kepadanya maka ia telah mensyirikkan Allah dengan yang lain, kerana firman Allah yang mafhum:
    "Maka kepadaKu hendaklah kamu takut."  (Al-Baqarah : 40)
    Dan firmanNya yang mafhumnya:
    Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Ia. Dan jika Allah mengkehendakki kebaikan bagi kamu maka tak ada yang dapat menolak kurnia Nya. Dia memberi kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki dari hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.  (Yunus : 107)
    4.     Wajib mengesakan Allah dalam melakukan segala jenis ibadah badaniyyah
    Seperti salat, ruku', sujud, qiam, sembelih dan tawaf. Dan dalam segala ibadah qauliyyah (perkataan) seperti nazar, istighfar dan lain lain.
    Segala ibadah badaniyyah dan qauliyyah ini wajib dikerjakan semata mata kerana Allah. Siapa mengerjakannya kerana lain daripada Allah sudah tentu ia mensyirikkan Allah dengan yang lain. Dalam hal mensyirikkan Allah dengan yang lain, firman Allah yang mafhumnya:
    Sesungguhnya Allah tidak mengampun dosa syirik dan Dia mengampun akan segala dosa yang lain daripada syirik bagi siapa sahaja yang dikehendaki Nya. Barangsiapa menyengutui Allah maka sesungguhnya dia telah mengadakan dosa yang besar sekali. (An - Nisa' : 48)

    Asas Al-Qur'an Al-Karim

     ________________________________________________________________________________
    Tajuk-tajuk :
    1.0    Definisi Al-Qur'an Al-Karim
    2.0    Mengapa perlu kepada Tafsir
    3.0    Perhatian Ulama' Salaf terhadap Tafsir
    4.0    Tafsir dengan Ra'yu
    5.0    Terpengaruhnya Tafsir oleh Kebudayaan dan Peredaran Masa
    6.0    Beberapa kekeliruan Ahli Tafsir
    6.1     Dalam Masalah Kisah dan Mujizat
    6.2     Tentang Pengetahuan Alam
    6.3     Tentang Perkara Ghaib dan Sifat-sifat Allah
    7.0    Tafsir yang Paling Baik dan Jalan yang Paling Dekat untuk Memahami al-Qur'an

    1.0    Definisi Al-Qur'an Al-Karim

    Iaitu sebagaimana dikatakan oleh Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:
    Al-Quran ialah: sebuah kitabullah tabaraka wata'ala yang di dalamnya terdapat berita orang-orang sebelum kamu dan sesudah kamu, dan menghukumi apa yang terjadi di antara kamu; dia adalah membentangkan mana yang benar dan mana salah, bukan suatu permainan. Barangsiapa meninggalkannya kerana sombong, maka Allah akan membinasakan dia dan barangsiapa mencari pimpinan selain al-Quran akan disesatkannya oleh Allah, dia adalah tali Allah yang kokoh dan cahaya-Nya yang menerangi serta peringatan yang sangat bijaksana; dia adalah jalan yang lurus. Dengan berpedoman padanya seluruh keinginan manusia tidak akan salah lidah tidak akan bercampur, pendapat tidak akan bercenang perenang. Dan dengan bersumber daripadanya para 'ulama' tidak akan merasa kenyang, dan orang-orang yang taqwa tidak akan bosan. Dia tidak akan larut kerana banyaknya yang menentang, dan keindahan-keindahannya tidak akan habis. Dialah yang jin apabila mendengarnya tidak habis-habisnya mengatakan "sungguh kami tetah rmendengar suatu bacaaan yagn sangat mengkagumkan sekali". Barangsiapa mengetahui ilmunya pasti akan unggul dan barangsiapa berkata dengan dia pasti benar; dan barangsiapa berhukurn dengannya pasti adil; dan barangsiapa beramal dengannya pasti diberi pahala, serta barangsiapa mengajak orang kepadanya pasti akan terpimpin ke jalan yang lurus."
    Itulah al-Quranul Karim yang diturunkan Allah kepada nabi-Nya untuk dibaca oleh segenap kaum muslimin, sehingga dengan demikian hati mereka akan terbuka, kalbu mereka akan bersinar terang, dan kelak pada hari kemudian mereka akan mendapat pahala di sisi Allah.
    Tidak ada seorang pun dapat bertaqarrub kepada Allah dengan suatu perkataan yang seperti kalamullah ini.
    Selanjutnya diharapkan. kiranya al-Quran itu dapat dijadikan pedoman hidup dan tatacara bermasyarakat, bagi meniti jalan hidup bahagia dalam kehidupan di dunia ini, serta jalan untuk kebahagian dan keselamatan abadi di akhir kelak.
    Firman Allah yang mafhumnya:
    "Barangsiapa beramal saleh baik daripada laki-laki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sungguh akan Kami beri dia kehidupan yang baik dan akan Kami sempurnakan pahala mereka dengan sebaik-baiknya, sesuai dengan apa yang mereka lakukan"  (An-Nahl: 97)
    "Barangsiapa berpaling daripada peringatan-Ku ini (al-Qur'an) maka sesungguhnya dia akan mendapat kehidupan yang sempit, dan akan Kami himpun dia di hari qiyamat nanti dengan keadaan buta"  (Taha: 124)
    Dengan demikian. maka apa yang dimaksud oleh Quran itu bukan sekadar untuk dibaca atau mencari barakah sebab ia sendiri pada hakikatnya sudah merupakan barakah. Namun barakahnya yang besar itu terletak dalam penghayatannya terhadap al-Quran serta memaham akan arti dan maksudnya. Kemudian direalisasikan dalam bentuk amalan kehidupan tanpa membeda-bedakan. Barang siapa tidak berbuat demikian atau dia merasa cukup dengan membacanya  tanpa menghayati dan mengamalkan kandungannya, maka sangat dikhuatiri dia akan terlibat dalam ancaman hadith Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Hudaifah yang mafhumnya:
    "Hai sekalian ahli baca Quran! Berlaku luruslah kamu, sebab kamu sungguh terlampau maju. Kalau kamu mengambil kanan dan kiri, sungguh kamu akan jauh tersesat"   (Bukhari)
    2.0    Mengapa Perlu pada Tafsir
    Oleh kerana itu semua, sangat diperlukan suatu tafsir yang dapat memberikan pengertian akan makna dan maksud yang jelas, dapat memenuhi pengetahuan manusia, meskipun al-Quran itu sendiri sebenarnya telah dimudahkan Allah dengan semudah-mudahnya.
    Firman Allah yang mafhumnya:
    "Sungguh telah kami mudahkan al-Quran itu sebagai peringatan, adakah orang yang mau ingat?"  (Al-Qamar: 17)
    "Sungguh telah kami mudahkan al-Quran itu dalam lidahmu supaya kamu dapat memberikan kabar gembira dengan dia kepada orang?orang yang tawqa. dan dengan dta kamu dapat menyadarkan satu kaum yang sangat membantah"  (Maryam: 97)
    "Sungguh telah kami mudahkan dia dalam lidahnya supaya mereka itu mau mengingat-ingat"  (Ad-Dukhan: 58)
    Akan tetapi setelah banyaknya suara yang merdu dan riuhnya irama serta meluasnya bahasa pasaran dan banyak orang yang meninggalkan bahasa fushah, maka manusia sangat memerlukan penjelasan, atau tafsir dan interpretasi terhadap kata-kata dan susunan al-Quran yang kadang-kadang artinya itu tidak jelas, atau maudhu'nya tidak mudah diketahui manusia, padahal al-Quran adalah panduan dasar dalam urusan ad-Din mahupun dalam urusan kehidupan harian. Sedang Allah sendiri telah menghimpun dalam al-Quran ilmu tentang kedua persoalan tersebut dan yang berkaitan dengan keduanya seperti pengetahuan-pengetahuan, yang kemampuan otak manusia bertingkat dalam menjangkaunya.
    Zaman dan analisis orang akan terus berlangsung, tiada henti-hentinya untuk menyingkap mutiara keindahannya serta menjelaskan keelokan dan keindahannya. Firman Allah yang  mafhumnya:
    "Akan Kami perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekusaan Kami di ufuk dan pada diri-diri mereka sendiri, sehingga akan jelas bagi mereka, bahwa al-Quran itu adalah benar, apakah tidak cukup, bahawa Tuhanmu itu Maha menyaksikan segala sesuatu!"  (Fussilat: 53)
    Diriwayatkan. bahwa 'Ali bin Abi Talib pernah ditanya orang:
    "Apakah Rasulullah s.a.w. pernah menyuruh kamu sebagai ahlul bait secara khusus?" Dia menjawab: "Tidak! Kecuali faham yang diberikan kepada seseorang terhadap kitabullah serta apa yang tersurat dalam lembaran ini." Kemudian 'Ali menunjukkan lembaran yang dimaksud, di dalamnya terdapat beberapa hukum.
    Dari sinilah mulai timbulnya apa yang kini disebut "Ilmu Tafsir". Namun waktu itu masih bersifat sederhana. Kemudian ilmu ini terus dikembangkan  oleh manusia sehingga sekarang ini kita dapat mewarisi sejumlah tafsir yang beraneka ragam, sebahagiannya memang berbentuk hidayah dan nur, sedang sebahagian lagi berbentuk pembicaraan pengetahuan ilmiyah, segala-galanya ada kecuali tentang tafsir al-Quran.
    3.0     Perhatian Ulama’ Salaf terhadap Tafsir
    'Ulama' salaf sangat mementingkan sekali untuk mengetahui maksud al Quranul Karim. Mereka mengakui keutamaan orang yang mengetahui sedikit tentang tafsir.
    Diriwayatkan dari 'Ali r.a., bahawa dia pernah menyebut-nyebut tentang Jabir bin 'Abdullah dan disifatinya sebagai ahli ilmu, kemudian ada seorang laki laki mengatakan kepadanya : Dapatkah kiranya saya menjadi penebus tuan? Engkau mensifati Jabir sebagai ahli ilmu, padahal tuan pun juga demikian. Kemudian ia berkata: Sesungguhnya dia (Jabir) mengetahui tafsiran firman Allah yang mafhumnya :
    "Sesungguhnya Dzat yang telah rnewajibkan atasmu al Quran itu, sungguh akan mengembalikanmu di tempat kembali" (Al-Qasas: 85)
    Mujahid mengatakan : "Orang yang paling dicintai Allah ialah orang yang lebih mengerti tentang apa yang diturunkanNya."
    Al Hasan berkata : "Demi Allah! Allah tidak akan menurunkan satu ayat, melainkan Ia sangat menyukai orang yang mengetahui tentang apa yang diturunkanNya itu serta apa yang dimaksudkanNya."
    Al Sya'bi berkata : "Masruq pernah pergi ke Basrah justeru untuk mengetahui penafsiran satu ayat. Kemudian ia diberitahu, bahawa orang yang mengetahui tentang tafsiran ayat tersebut kini sedang pergi ke Syam, maka ia bersiap siap pula untuk menyusulnya ke Syam, sehingga ia mengetahui tafsir ayat tersebut."
    Ikrimah berkata tentang firman Allah yang mafhumnya :
    "Barangsiapa keluar dari rumahnya untuk berhijrah kepada Allah dan Rasul”  (Al-Nisa’: 100)
    "Saya mencari nama orang yang mengetahui penafsirannya, selama empat belas tahun belum dapat."
    Ibnu 'Abdil Bar berkata : "Dia yang dicari itu ialah Damrah bin Habib."
    Ibnu 'Abbas berkata : "Saya pernah tinggal dua tahun untuk menanyakan kepada 'Umar tentang nama dua perempuan yang tidak lain maksud saya hanya untuk menghorrnati a1 Quran maka jawab Umar, iaitu : Hafshah dan ‘Aisyah"
    'Iyas bin Mu'awiyah pun pernah juga berkata : "Perumpamaan orang yang membaca a1 Quran dengan yang tidak mengetahui tafsirnya. bagaikan satu kaum yang menerima surat daripada rajanya pada waktu malam, sedang mereka tidak mempunyai lampu, kemudian mereka diliputi oleh suasana takut tetapi tidak mengetahui apa yang tersurat. Dan perumpamaan orang yang mengetahui tafsir, bagaikan orang yang membawa lampu, kemudian mereka dapat membaca apa yang tersurat dalam surat tersebut."  (Al-Qurtubi)
    4.0     Tafsir dengan Ra'yu
    Kerana demikian besarnya pengharapan terhadap tafsir dan ahli ahli tafsir yang mengetahui tentang sebab dan maksud diturunkannya ayat ayat al Quran, maka para 'ulama’ salaf selalu berhati hati dalam masalah tafsir al Quran agar ayat ayat al Quran itu tidak diertikan menurut faham mereka untuk tujuan tertentu, atau demi memenuhi selera beberapa gelintir manusia atau kerana ada masalah masalah yang mendatang. Akan tetapi mereka senantiasa membersihkan diri mereka daripada maksud itu semua sehingga benar benar al Quran merupakan panduan dalam seluruh sikap dan perbuatan dan keinginan keinginan nafsunya sanggup mengikuti apa yang dibawanya oleh Rasulullah s.a.w.
    Inilah yang dinamakan ketegasan iman. Dan dari sinilah maka kebanyakan ahli tafsir itu merasa berat dalam mentafsirkan sesuatu ayat dan takut mengatakan tentang al Quran dengan pemikirannya.
    Ibnu 'Atiyah berkata : "Kebanyakan 'Ulama salaf yang baik baik seperti Sa'id bin Musayyib, 'Amir al Sya'bi dan lain lain mengagungkan tafsir al Quran dan mereka berhenti sejenak, kerana menjaga diri dan berhati hati padahal mereka sebenarnya telah mengetahui dan sudah maju"
    Abu Bakar al-Anbari berkata : "Kebanyakan 'Ulama' salaf dahuiu itu sangat berhati hati dalam mentafsirkan ayat ayat yang musykil. Sehingga berpendapat, bahawa orang yang mentafsirkan al Quran tidak sesuai dengan kehendak Allah harus dilarang berbicara. Sedang yang lain khuatir kalau kalau tafsir itu akan diadikan sebagai pedoman untuk membina madhhabnya dan memilih alirannya."
    Barangkali apa yang dimaksud dalam pendapat kedua ini, iaitu tentang mentafsir al Quran dengan ra'yunya kemudian salah, tetapi ia mengatakan : "imanku dalam masalah tafsir al Quran dengan ra'yu ialah kepada si polan, salah seorang 'ulama’ salaf “
    Abu Mulaihah meriwayatkan bahawa Abu Bakar al Siddiq pernah ditanya tentang mentafsirkan satu huruf daripada ayat al Quran. Kemudian ia mengatakan : "Hei! Langit mana yang akan rnenaungi aku, bumi mana yang akan mahu menelan aku, ke mana aku hendak pergi dan apa yang hendak kuperbuat jika aku mengatakan tentang satu huruf daripada Kitabullah yang tidak sesuai dengan maksud Allah yang Maha Mulia dan Maha Tinggi?"
    Jundub pernah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang mafhumnya:
    "Barangsiapa berkata tentang al Quran dengan ra'yunya, kemudian ia benar, maka tetap dinilai bersalah"  (Al-Qurtubi)
    Apa yang dimaksudkan dengan ra'yu di sini ialah seseorang itu mengatakan sesuatu tanpa ilmu kerana merasa malu atau merasa susah atau supaya tidak dikatakan bodoh, atau kerana hendak berhukum dengan hawa nafsu kerana mementingkan nafsu sehingga nafsunya itu boleh menyimpangkan daripada yang benar dan berpaling daripada jalan Allah. Maka seandainya kebetulan pendapatnya itu benar, tetapi kerana niatnya sudah demikian, maka tetap dia dinilai salah dan berdosa.
    Sedangkan dalam hal lain pula, orang orang yang berijtihad mencari kebenaran dengan menghindarkan diri daripada pengaruh-pengaruh hawa nafsu, mereka itu pasti akan mendapat pahala. Kalau ternyata ijtihadnya itu salah, mereka akan mendapat satu pahala, sedang kalau benar akan mendapat dua pahala. Insya' Allah!
    Dengan demikian. maka dapatlah diwujudkan keseimbangan antara tentangan ‘ulama' salaf dalam masalah tafsir dan penghargaan mereka kepada ahli ahli tafsir, dengan kekhuatiran mereka untuk mengatakan tentang al Quran dengan ra'yu serta larangan hadith dalam hal tersebut.
    5.0     Terpengaruhnya Tafsir oleh Kebudayaan dan Peredaran Masa
    Tidak diragukan lagi bahawa tafsir sangat terpengaruh oleh perkembangan masyarakat dan kebudayaan dalam pelbagai masa perkembangan Islam.
    Mula mula tafsir timbul dengan datar dan sederhana iaitu cukup
    dengan mentafsirkan beberapa ayat dan peristiwa peristiwa, kerana mereka sudah merasa cukup dengan tabi'at keasliannya serta bahasanya yang berkesan. Di samping mereka sendiri masih selalu akan menegakkannya dan merasa cukup dengan tingkah laku yang mereka saksikan sendiri pada diri Nabi s.a.w, sahabat dan tabi'in.
    Kemudian datanglah masa pembukuan dan cerita cerita, sehingga banyak risalah ditulis dalam tafsir yang tidak berpangkal pada riwayat riwayat manqul. Dan banyak pula kisah kisah yang tidak benar dan tidak ada hubungannya dengan asbab al nuzul dan kebenaran hukum. Bakan sementara ada yang bersumber daripada ahli kitab, ada yang sangat kering dan ada pula yang berlebih-lebihan.
    Hal semacam itu diketahui oleh ahli ahli Tafsir. Untuk itu maka dibuatlah kitab kitab tafsir dengan menggunakan sistem yang bersumberkan riwayat, atau yang biasa diistilahkan dengan nama tafsir bi al ma'thut, atau tafsir al Quran dengan dasar riwayat.
    Kitab tafsir yang terbesar, tinggi, kuat, bermanfaat dan luas ialah Tafsir Imam Muhammad bin Jarir al Tabari, meninggal tahun 310 H yang diberi nama "Tafsir Bayan fi Tafsir al Quran", iaitu penjelasan.yang menyeluruh tentang tafsir al Quran.
    Kemudian tiba pula saatnya zaman penterjemahan dan pemikiran falsafah dan berkait rapat dengan pengetahuan Parsi dan Yunani. Maka terjadilah pertentangan pertentangan antara ahli ahli falsafah islam dengan para 'ulama' dalam bidang 'aqidah serta masalah-masalah furu'iyah. Kemudian terjadilah pembetulan terhadap kitab-kitab tafsir yang menggunakan sistem ini kerana banyak memuat teori teori falsafah dan beristidlal dengan ayat ayat demi membela pendapat dan madhhab atau aliran 'aqidah yang bermacam macaim itu. Tidak kurang juga ahli ahli tafsir yang berijtihad dengan beristimbat daripada ayat yang kiranya sesuai dengan madhhabnya dalam persoalan furu'iyah. Peristiwa seperti ini biasa terjadi.
    Ada juga sementara kitab tafsir yang ditulis semata mata kerana terdorong untuk menyanggah sesuatu kitab sebelumnya. Ini dapat diketahui secara jelas dalam tafsir Fakhr al Razi (w. 606 H) yang diberi nama Mafatih al Ghaib dan dapat dijumpai dalam tafsir Zamakhsyari (w. 538 H) yang diberi nama al Kasysyaf.
    Sementara itu para pengkritik menamakan tafsir dengan sistem seperti ini sebagai Tafsir bi al Ma'qul, atau tafsir dengan aqal.
    Dan banyak pula ahli ahli bahasa yang mentafsirkan al Quran secara lughawi, kemudian mereka menjurus dengan menitik beratkan kepada bidang balaghah, lughah, nahwu dan sebagainya. Ini dapat dijumpai dalam tafsir Zajjaj, al Wahidi dan Abi Hayyan al Andalusi. Bahkan kini telah beredar pula Kitab al Mufradat, iaitu kamus kata-kata dalam al Quran oleh al Raghib al Asfahani, salah seorang 'ulama' abad ke 6 H.
    Banyak pula ahli ahli tafsir moden yang mengarahkan perhatiannya kepada perkembangan pesatnya ilmu pengetahuan dan bagaimana keterangan dan isyarat al Quran terhadap hal tersebut seperti tentang pokok pokok pengetahuan alam; rahsia alam dan peristiwa peristiwa alam yang nampak. Tafsir yang seperti ini dilakukan oleh al Syeikh Tantawi Jauhari dalam tafsirnya al Jawahir. Ada pula ahli tafsir yang lebih banyak mengarahkan perhatiannya untuk memberikan penjelasan tentang masalah masalah sosial dan jalannya hidayah serta sebab sebab terjadinya perkembangan sejarah dengan beristimbat daripada beberapa ayat al Quran untuk memberikan dorongan kepada kaum muslimin mengembalikan keluhuran mereka kepada al Quran serta keterikatan hidup sosial mereka dengan ajaran dan syari'at al Quran. Tafsir seperti ini sebagaimana yang dilakukan oleh Syeikh Muhammad Abduh dan kemudian dilanjutkan oleh pewaris dan muridnya Sayid Rasyid Rida dalam tafsirnya yang diberi nama al Manar.
    Begitulah kami dapati beberapa metod penulisan tafsir yang selalu berkembang mengikuti perkembangan pentafsirannya dan perkembangan keadaan itu sendiri. Inipun persoalan yang biasa terjadi sebagaimana telah kami kemukakan di atas. Sebab ahli ahli tafsir' itu sendiri akan menggambarkan apa yang mereka dapat hayati daripada ayat ayat Quran itu dan ketajaman otak mereka serta kelengkapan pengetahuan mereka terhadap perkembangan pengetahuan pada masa mereka itu. Kesemuanya itu sudah pasti akan nampak dengan jelas dalam goresan pena mereka dan kemampanan pendapat mereka.
    Di sini kami tidak mahu menampilkan seluruh kitab tafsir untuk diteliti. Cara semacam itu bukan menjadi tujuan kami dalam pembahasan ini. Akan tetapi kami merasa cukup dengan menampilkan beberapa contoh sahaja.
    6.0     Beberapa Kekeliruan Ahli Tafsir
    Terpengaruhnya method penulisan tafsir dengan kebudayaan dan alam hidup ahli ahli tafsir itu banyak sekali menyebabkan sebahagian mereka membuat kesilapan dan menyimpang daripada kebenaran dalam memahami atau mengambil pelajaran, lebih lebih kalau mereka itu tidak mendalami pelajaran syara', bahasa dan al-Din yang kesemuanva itu banyak sekali memberi bantuan dalam benar benar memahami dan mengetahui apa gang dimaksudkan. Justeru itulah kita temui kesalahan kesalahan yang dilakukan oleh orientalis lebih banyak daripada orang lain dalam menganalisis al-Quran kerana kelemahan mereka terhadap pengetahuan bahasa serta jauhnya merika daripada berpegang kepada ajaran ajaran islam yang benar.
    Ini terjadi bagi orang yang dengan bebas mengkhususkan dirinya untuk mempelajari al Quran, apalagi bagi orang orang mempelajari tafsir al Quran itu kerana ada latar belakang tertentu!
    Cara mereka ini kemudian diikuti oleh para pengamat yang tidak memiliki bekalan tentang ajaran ajaran Islam.
    Dan banyak sekali nampak kesalahan kesalahan itu terletak pada cara menetapkan ungkapan dan keterbatasannya dalam memenuhi apa yang dimaksud. Yakni sekiranya pengertian ini diolah dalam ungkapan yang lebih halus dan bijaksana, nescaya lebih dapat menunjukkan maksud penulisnya dan lebih dapat memenuhi kehendaknya, dengan menggunakan kesopanan yang wajar dalam memasuki pembicaraan pembicaraan seperti ini; dan berjalan menuju kebenaran dan mengikuti logik yang wajar demi mencari kebenaran.
    Barangkali akan berguna juga kalau di sini kami bawakan beberapa contoh dengan singkat tentang kekeliruan kekeliruan sistem yang dilakukan oleh sebahagian penulisan terhadap beberapa maksud ayat al Quran dalam pelbagai hal. Kiranya contoh contoh ini akan menjadikan satu peringatan dan kejelasan.
    6.1     Dalam Masalah dan Mu'jizat
    Al-Quranul Karim banyak sekali membawakan kisah kisah para Nabi dan Rasul yang dituturkannya sekelumit mu'jizat mu'jizat mereka itu. Tetapi yang sudah pasti, bahwa penampilan kisah dan mu'jizat itu semua bukan sekadar mencatat peristiwa secara kronologi membatasi masa kerana ada gangguan dan kesamaran, bukan semata mata untuk mencatat sejarah peristiwa itu terjadi dan tokoh tokoh perseorangan, dan tidak juga demi pembicaraan istilah istilah sejarah dan kebudayaan. Tetapi tujuan penampilan itu semua tidak lain demi suatu hidayah peringatan dan demi satu pelajaran (‘ibrah). Sebab prinsip prinsip hidayah ini akan benar benar kukuh dalam jiwa manusia melalui penampilan kisah kisah ini dan peristiwa peristiwa yang terjadi di hadapan para pendengar dan pembaca. Dan al Quran sendiri dengan tegas telah menyatakan :
    "Sungguh dalam kisah mereka itu terdapat pelajaran bagi orang orang yang mempunyai fikiran yang jernih. Bukan sekadar ceritera yang dibuat buat, tetapi demi membenarkan apa yang berada di hadapan dia, dan akan membentangkan tiap tiap sesuatu, dan sebagai hidayah serta rahmat bagi kaum yang beriman."  (Yusuf: 111)
    Dan yang sudah jelas pula, bahawa apa yang dikatakan oleh Quran dalam segi ini, bagi seorang mu'min adalah benar dan tidak diragukan lagi. Sedang istilah istilah sejarah tidak mungkin dapat membawakan kisah yang sebenarnya yang sama sekali berbeda dengan kisah yang ditampilkan oleh al Quranul al Karim. Ini memang benar! Sebab kadang kadang pengetahuan sejarah itu sendiri tidak mampu sampai kepada sebahagian apa yang dituturkan oleh al Quran dengan semata mata alat pengetahuan itu. Oleh kerana itu apa yang dituturkan al Quran sudah merupakan tambahan bagi pengetahuan sejarah. Bahkan sejarah itu sendiri dengan methodnya yang khas kadang kadang tidak mampu mendapatkan maklumat tentang apa yang disebut dalam Quran.
    Namun, kiranya perlu diperhatikan juga bahwa kelemahan pengetahuan sejarah untuk mengetahui dan mencari maklumat ini bukan bererti menunjukkan ketidakbenaran al Quran. Sebab kelemahan pengetahuan untuk mengetahui sesuatu bukan merupakan bukti tiadanya sesuatu itu.
    Punca punca masalah adalah seperti berikut :
    Ahli sejarah ada dua macam :
    1. Golongan yang tidak beriman kepada al Quran dan tidak menjadikan wahyu al Quran itu sebagai Agama.
    Golongan ini beranggapan bahawa al Quran tidak patut dinyatakan sebagai standard buku sejarah yang dapat dijadikan pedoman dalam penelitian ilmiyah, dengan dalil apapun.
    Tetapi pendapat ini tidak dapat diterima kerana memang dasarnya meraka tidak percaya dan tidak beriman kepada alQuran.
    1. Golongan kedua ialah golongan yang beriman kepada al Quran dan baginya mempunyai data data atas kebenaran al Quran itu. Maka bagi golongan ini mempunyai dua kewajipan.
      1. Apa yang dituturkan oleh al Quran tentang ummat dan masa yang lalu, bahawa ayat ayat yang menerangkan tentang itu hendaknya dijadikan sebagai maklumat syariat yang sahih.
         
      2. Harus sanggup menangkis pendustaan golongan pertama apabila mereka terus berusaha atau memang menghendaki demikian. Kepada mereka harus diperlihatkan bukti kekeliruannya dengan method pengetahuan sejarah.
    Tetapi sebahagian pemerhati daripada bahagian ini berpendirian yang sama dengan mereka juga. Keperibadian imannya kepada al-Quran itu ditukarnya dengan keperibadian lain. Kemudian ia beranggapan bahawa peristiwa ummat dan masa masa yang telah lalu itu hanya semata mata sejarah.
    Kemudian ia melanjutkan peninjauannya dengan berselimut keperibadiannya yang asli. Begitulah akhirnya dia tergelincir dan jatuh ke jurang kesilapan.
    Seandainya dia mahu kembali dan ingat akan keperibadian imannya itu dan diikutinya pemerhatiannya yang murni itu dengan sesuatu yang berguna bagi imannya iaitu dengan bertolak kepada sejarah al-Quran ini dan berjuang untuk itu dan memperkuatnya dengan method ilmiah, nescaya cara semacam itu akan tetap tegak sebagai alasan baginya untuk membela imannya dan berhadapan dengan orang lain, dan nescaya dia akan beroleh ucapan pujian.
    Dr. Taha Husen pernah tergelincir dalam kesalahan ini ketika dia telah terpengaruh oleh apa yang dikatakan salah seorang orientalis :
    "Bahawa Taurat menceritakan kepada kami tentang Ibrahim dan Ismail. Injil pun menceritakan kepada kami kedua insan tersebut, dan begitu juga at Quran berbuat demikian : tetapi ini tidak cukup sebagai bukti sejarah untuk menetapkan adanya kedua manusia tersebut."
    Pendapat ini kemudian diikuti oleh orang banyak dan mereka itu semua membenarkannya.
    Seandainya waktu Taha Husen membawakan pendapat ini kemudian dilanjutkan dengan mengatakan :
    "Tetapi saya sebagai seorang yang beriman kepada al-Quran, saya dapat menetapkan adanya dua insan tersebut sebagai bukti sejarah. Apabila semata mata penelitian sejarah dengan maklumat ilmiahnya yang khas itu tidak dapat menetapkan tentang Ibrahim dan Ismail, adalah justeru kerana kedangkalan pengetahuan tersebut yang kadang kadang dapat disingkap oleh masa. Bahkan kadang-kadang kita sendiri pada masa masa akan datang dapat sampai kepada suatu persoalan yang tadinya tidak rnampu dikemukakan. Dan hal ini sudah biasa terjadi. Kemustahilan yang kelmarin kini telah menjadi kenyataan dan yang kini masih.mustahil esok akan menjadi kenyataan. Kitab-kitab al-Din cukup meletakkan tangan kita di hujung tali, dan sesudah itu kewajiban kita untuk mengadakan penelitian dengan cermat. Maka kalau orang orang orientalis itu tidak mempercayai hal tersebut, maka pada hakikatnya mereka itu telah diperdayakan oleh pengetahuan. Sebab ketidakmampuan akal manusia untuk memperoleh satu kesimpulan, bukan merupakan kemustahilan persoalan tersebut. "
    Seandainya Taha Husen mahu bersikap demikian, nescaya dia benar benar sebagai seorang ahli kritik yang membenarkan dan memasukkan antara analisis pengetahuan moden dan kepercayaan seorang mu'min yang kuat, dan nescaya orang lain tidak akan terpengaruh dan dia sendiri tidak lagi terpengaruh oleh orang lain.
    Dan kitab baru ini adalah milik pengarang "al Qashashul Fanni fi alQur'an" (kisah kisah seni dalam al Quran) yang tidak dikenal umat manusia ini, hanya sebahagian kecil saja yang tertera dalam kitab-kitab. Tetapi dalam dunia sastera mempunyai kaitan dengan sejarah. Kemudian ia bermaksud akan mengatakan: bahawa memperhatikan segi keindahan bagi seorang seniman, tidak perlu kepada benarnya riwayat dan betulnya peristiwa yang terjadi. Ini memang benar-benar demikian. Bahkan kebanyakan yang nampak pada keindahan seni seorang sasterawan adalah kejadian kejadian baru dan riwayat-riwayat khayal, bukan kejadian yang sebenarnya, tanpa mengindahkan apa yang dikatakan oleh para pendidik dan ahli jiwa bahawa method semacam itu cukup berbahaya bagi pembentukan intelek dan kejiwaan manusia.
    Kemudian sesudah itu ia bermaksud untuk mencurahkan dirinya semata mata sebagai seorang sasterawan yang bebas daripada segala pengaruh dan al Quran pun dinilainya sebagai buku sastera yang bebas daripada segala pengaruh. Maka dia melihat apa yang ada dalam al-Quran itu dengan method ini tanpa memperhatikan kebenaran kisah kisahnya yang sesuai dengan kenyataan dan sejarah, atau sama sekali bertentangan. Sekalipun dia juga berkata : Bahawa ia menjadikan tinjauannya ini sebagai sarana untuk menetapkan keunggulan dan dalamnya seni dalam al Quran.
    Sebenarnya sebagai seorang yang beriman kepada al Quran seharusnya membenarkan, bahawa seluruh peristiwa yang terjadi adalah menjadi kenyataan sejarah. Dan ini termasuk salah satu yang dapat menambah keindahan citra dan kelembutan seni. Maka tidak hairan kalau Allah menyatakan :
    "(itu) adalah ciptaan Allah yang Ia ctptakan tiap tiap sesuatu dengan sebaik baiknya.”  (Al-Naml: 88)
    Kalau dia mahu mengatakan demikian, nescaya sangat memuaskan dan dia sendiri pun puas serta membersihkan dirinya sendiri dan orang orang yang membacanya daripada kesesatan. Tetapi yang seperti ini sangat sedikit sekali.
    Ini dilihat dari segi sejarah dan sastera dalam kisah kisah al Quran dan peristiwa peristiwa sejarah yang terdapat dalam al Quran itu.
    Adapun mu'jizat dan kisah kisah yang gharib (aneh) yang tidak dibawakan menurut yang mudah diterima dan yang sesuai dengan hukum alam yang biasa mereka kenal seperti kisah ahlil kahfi (penghuni gua) dan kisah orang yang melintasi sebuah desa gundul adalah merupakan pembahasan lain yang insya' Allah akan kami sendirikan pembicaraannya yang munasabah.
    Di sini kami hanya bermaksud untuk memberikan peringatan terhadap kekeliruan dan untuk menempatkan sesuatu pada tempatnya.
    6.2     Tentang Pengetahuan Alam
    Yang sudah jelas bahawa al Quran al Karim tidak diturunkan sebagai buku anatomi, bukan sebagai buku kedoktoran, bukan sebagai buku astronomi, bukan sebagai buku pertanian atau bukan sebagai buku industri. Tetapi al Quran adalah buku yang memimpin dan membimbing serta memberi pengarahan sosial untuk menuju kepada prinsip prinsip pedoman sosial, yang apabila manusia mahu menggunakannya, akan bahagia di dunia mahupun di akhirat kelak.
    Al Quran hanya akan menampilkan pengetahuan alam dan corak jagat raya, sekadar dapat membantu iman seseorang kepada kebesaran Allah yang Maha Agung dan Maha Tinggi, serta menyingkap seluruh keindahan ciptaan Nya dan seluruh manfaat dan kegunaan yang dicipta dalam maya pada ini adalah untuk umat manusia, sehingga dapat memudahkan manusia memanfaatkan seluruh kebaikan yang berada di bumi dan di langit serta yang berada di cakerawala.
    Selanjutnya Allah memberi wewenang akal manusia untuk bekerja dan berjuang menyingkap tabir rahsia alam ini, dan menggunakan seluruh daya yang ada.
    Bahkan al Quran lebih jauh menganjurkan yang sedemikian itu, dan meniadikannya sebagai sarana ibadah dan berzikrullah yang afdal dan sangat tinggi. Firman Allah yang mafhumnya :
    "Katakanlah! Lihatlah apa yang di langit dan yang di bumi”   (Yunus: 101)
    “Sesungguhnya ditentang kejadian langit dan bumi serta pertukaran siang dan malam adalah merupakan bukti-bukti kekuasaan Allah bagi orang orang yang mempunyai fikiran yang jernih, iaitu mereka yang mengingati Allah, baik dengan berdiri, sambl duduk mahupun dengan berbaring, serta rnerenungkan tentang kejadian langit dan bumi itu sambil mengatakan: “Ya Tuhan kami! Engkau membuat ini semua bukan sia sia, Maha Suci Engkau! Oleh kerana itu lindungilah kami dari siksaan api neraka."  (Ali-Imran: 190-191)
    Banyak sekali pengarang dan ahli ahli tafsir pada masa masa yang silam mahupun pada abad moden ini berpendirian, bahawa al Quran al Karim menghimpun pokok pokok pengetahuan alam. Mereka berusaha untuk sampai kepada pengetahuan tersebut dengan menerapkan ayat ayat Quran yang berkenaan dengan alam dan kejadiannya seperti pengetahuan alam yang dikenal manusia sekarang.
    Dari kalangan 'ulama' lama yang berbuat demikian, ialah Imam alGhazali dalam kitab tafsirnya yang benama "Jawahir al Quran". Dan di kalangan 'ulama' moden ini ialah Syeikh Tantawi dalam tafsirnya yang bernama "al Jawahir" dan Dr. Abdul 'Aziz Isma'il dalam tafsirnya yang bernama "al Quran wa al Tib" (al Quran dan Ilmu Kedoktoran).
    Ini suatu kreativiti yang patut mendapat penghormatan. Tetapi ini suatu taklif yang oleh Allah tidak dibebankan kepada kita yang kadang kadang dalam beberapa saat akan menjurus kepada kesukaran dan membawa al Quran keluar daripada maksud diturunkan sebagai hidayah dan perbaikan sosial serta sebagai menanamkan prinsip prinsip kedua hal tersebut ke dalam jiwa dan masyarakat dan juga dapat memperlihatkan erti erti al Quran kepada pendapat pendapat yang berlainan dan akan terjadi pertentangan ketetapan ilmiah dan pendapat 'ulama' yang berbeda-beda.
    Justeru itulah sebahagian ‘ulama’ salaf tidak menyukai cara seperti ini. Demikianlah, sebagaimana yang dilakukan oleh Syatibi dalam juz kedua dari kitab Muawafaqatnya. Di sana ia mengadakan suatu pembetulan dengan amat lembut sekali, yang secara ringkas adalah sebagai :
    "Sesungguhnya al-Quran itu tidak dimaksudkan untuk menetapkan pengetahuan pengetahuan ini, sekalipun dia itu sendiri penuh dengan pengetahuan pengetahuan tersebut yang termasuk jenis pengetahuan bangsa Arab atau ilmu ilmu yang berpangkal kepada ilmu ilmu Arab tersebut yang sampai ahli ahli fikir merasa ta'ajub"
    Betapa cemerlang otak manusia sekalipun ia tidak akan mampu sampai kepada al Quran tanpa mengikuti pimpinan ilmu dan menggunakan penerangan cahaya al Quran itu sendiri. Sesungguhnya dalam al Quran banyak ilmu ilmu selain ilmu ilmu tersebut, maka jangan dilewatkan dia.
    Dan yang sudah jelas juga, bahawa al Quran banyak menampilkan manifestasi alam raya ini, termasuk di dalamnya tentang kejadian manusia, pembuatan bumi dan langit, perputaran matahari dan bulan, perjalanan planet, bintang dan orbit, gumpalan awan sampai kepada turunnya hujan, guruh dan kilat, pertumbuhan nabati dengan ragamnya, keindahan laut dan tanda tanda lintasannya, gunung-gunung yang menjulang di permukaan bumi, perkembangan janin dalam kandungan ibu dan lain lain ilmu yang oleh ahli ahli pengetahuan alam dipelajari dengan cermat dan teliti. Tetapi al-Quran itu sendiri tidak menjadi fokus analisis mereka dan pusat perhatian serta ujikaji mereka.
    Banyak sekali ayat ayat yang ditutup dengan suatu seruan untuk berfikir, melihat dan merenungkan sebagai suatu isyarat bahawa al-Quran itu tidak bermaksud menampilkan ketetapan pokok pokok atau cabang cabang ilmu pengetahuan tersebut. Tetapi al Quran hanya dimaksud sebagai hidayah dan mengarahkan pandangan dan jiwa guna mengenal al Khalik dan dan tujuan penciptaan makhluk, dengan memperlihatkan tanda tanda itu.
    Tetapi satu hal yang tidak dapat dipertentangkan lagi, iaitu bahawa ketika al Quran mengisyaratkan kepada hukum hukum alam dan manifestasi alam raya ini adalah dengan menggunakan ungkapan yang sangat halus sekali dengan gambaran gambaran yang meyakinkan sehingga sama sekali tidak mungkin akan terjadi percanggahan dengan penemuan akal manusia dalam seluruh perkembangan ilmu. Ini, lebih lebih kalau kita mahu memperhatikan bahawa ketetapan ketetapan pengetahuan terbahagi kepada dua bahagian :
    1. Ilmu yang didasarkan atas data data dan alasan alasan yang kuat sehingga hampir hampir mendekati kepada ketepatan
       
    2. Pengetahuan yang masih terus memerlukan analisis analisis ilmiah. Semua pengetahuan yang kini berada di tangan ahli ahli kosmografi masih serba diraba, yang perlu kepada beberapa data vang tidak mungkin dapat sampai kepada tingkatan pendapatan yang tepat atau alasan alasan yang pasti.
    Dalam bahagian pertama tidak dapat disangkal lagi bahawa apa yang diisyaratkan al Quran dalam pengetahuan tersebut seratus peratus sesuai dengan apa yang dikenal oleh ahli ahli kosmografi. Sehingga tidak salah kalau orang mengatakan bahawa ini salah satu kemu'jizatan al Quran yang dibawa oleh seorang ummi yang tidak pernah merasakan bangku sekolah dan tidak pernah duduk dalam perguruan tinggi mana pun.
    Salah satu contoh isyarat al Quran itu ialah tentang perkembangan janin, pengawinan angin terjadinya awan dan hubungannya dengan angin dan sebagainya.
    Sedang dalam bahagian kedua, adalah termasuk perbuatan yang mempersiakan kenyataan usaha menyamakan pengetahuan dengan apa yang dibawa oleh al Quran.
    Kita bersama sama nantikan sehingga pengetahuan alam merasa puas dengan menjangkau apa yang ada di hadapannya, dan akal manusia dapat menerima hasil jangkauan itu. Kemudian kita lihat dengan kaca mata iman nas nas al Quran, maka tidak akan kita temuinya melainkan keduanya itu saling membantu memperkukuh sendi sendi kebenaran.
    Firman Allah yang mafhumnya:
    "Akan Kami perlihatkan kepada mereka tanda tanda kekuasaan Karni di cakerawala dan di diri diri mereka sendiri, sehingga akan jelas bagi mereka bahawa al Quran itu memang benar : apakah tidak cukup menunjukkan bahawa Tuhanmu itu memang Maha Mmenyaksikan atas segala sesuatu?"  (Fussilat: 53)
    Hubungan kejadian manusia dengan hakikat hidup dan permulaan kejadian dan hubungan langit dengan bumi adalah bukti bukti keajaiban al Quran, bahawa sehingga dalam persoalan kaitan seperti ini al Quran membawakannya dengan suatu ungkapan yang indah dan mengkagumkan serta kehalusannya sehingga selalu dapat mengikuti perkembangan pemikiran manusia dalam setiap waktu dan tempat.
    Selanjutnya renungkanlah ungkapan al Quran tentang akan berakhirnya dunia material ini yang dinamakannya "kiamat" serta pengaruh-pengaruhnya, maka engkau akan mengetahui bahawa al-Quran membawakan persoalan ini dengan seindah indahnya!
    Di sini ada kesalahan, iaitu banyak daripada kalangan penulis dan pengamat erti erti ini menulis dan mengamati kemudian mereka beriman dan benar benar yakin akan kebenaran penyelidikan ilmiah ini dan mereka menilainya sebagai suatu kebenaran mutlak yang tidak ada kekurangan dan tidak perlu diperdebatkan.
    Tetapi kekeliruan mereka iaitu mereka tidak mahu mencurahkan dirinya untuk mengamati dengan cermat akan nas nas al Quran dan kehalusan rangkuman ungkapan serta rahsia penggunaan kata-katanya sehingga terdapat percanggahan, pada satu saat mereka tidak terlibat dalam kebingungan dan pada saat lain mendustakan.
    Bagi mereka, apa yang dikatakan oleh Darwin bahawa manusia ini berevolusi daripada binatang lain, dianggapnya suatu hal yang benar dan seolah olah al Quran tidak pernah menguraikan asal kejadian manusia itu daripada tanah atau tembikar. Sehingga dengan berpendirian demikian, maka tidak akan terjadi percanggahan antara al Quran itu dengan penemuan penemuan ilmiah.
    Tetapi mereka sendiri tidak menguasai teori Darwin itu, bahkan tidak juga membaca tulisan tulisan lawan teorinya yang menghentam dan membatalkannya, khususnya di segi ini; dan tidak juga membaca teori yang menentang teori Darwin yang ditulis oleh 'ulama' Islam. Kecuali itu, mereka pun tidak menguasai rahsia ungkapan al Quran yang mengatakan :
    "Zat yang membaguskan tiap tiap sesuatu ialah yang membuatnya, dan Ia memulai membuat manusia daripada tanah liat, kemudian Ia menjadikan keturunannya daripada mani, iaitu air yang lemah; kemudian Ia sempurnakannya dan ditiupkan sebahagian daripada Ruh-Nya, dan Ia menjadikan buat kamu pendengaran, penglihatan dan hati; tetapi sedikit sekali kamu yang mahu berterima kasih."  (Sajdah: 7-9)
    "Mengapakah kamu tidak mahu mengharapkan penghormatan kepada Allah, padahal la telah menjadikan kamu dengan bertahap"   (Nuh: 13-14)
    Seharusnya mereka menerima ayat ayat ini dengan penuh keyakinan, dan menanti sampai ke mana batas kemampuan pengetahuan manusia. Itulah yang baik dan sopan.
    Sesudah itu kemudian mereka mahu melihat apa yang dikatakan Allah bahawa :
    “Allah adalah sangat berkuasa atas urusanNya "   (Yusuf: 21)
    "Kamu tidak diberi pengetahuan, tentang ruh melainkan hanya sedikit sekali"   (Al-Isra’: 85)
    Ini semua adalah isyarat yang menjurus kepada pokok persoalan yang dimaksud yang insya' Allah akan diperjelas dalam bahagian tersendiri.
    6.3     Tentang Perkara Ghaib dan Sifat Sifat Allah
    Yang ada hubungannya dengan masalah ini dan mirip dengan apa yang tertera dalam al Quran, iaitu yang disebut dalam istilah ahli penyelidik dan pengarang dengan "perkara ghaib" seperti : Jin, Malaikat, hal ehwal orang yang telah meninggal, alam kubur, kebangkitan dan balasan amal, syurga, neraka dan seterusnya. Dan termasuk juga sifat sifat Allah swt.
    Dalam persoalan ini al Quran telah menyebutkan di beberapa ayat dengan tegas dan terurai. Misalnya tentang jin ia tuturkan dalam beberapa rangkaian dan disifatinya mereka itu dengan : mengerti, faham dan iman serta ada kemampuan yang tidak dimiliki oleh manusia dalam beberapa hal.
    Dan tentang malaikat al Quran mensifatkannya dalam beberapa ayat dengan beberapa sifat.
    Kemudian tentang mati dan keadaannya serta apa yang terjadi sesudah itu misalnya : bangkit, hidup kembali, hisab dan balasan, al-Quran telah menghuraikannya secara jelas. Di antaranya ialah seperti tersebut di bawah ini:
    "Barangsiapa beramal baik sekalipun seberat zarah, Allah akan mengetahuinya. Dan barangsiapa berbuat kejahatan sekalipun seberat zarah, Allah akan mengetahuinya juga"  (Al-Zalzalah: 7-8)
    Selanjutnya tentang sifat sifat Allah, al Quran menyifatkan Nya dengan seluruh kesempurnaan dan sekali bersih daripada segala sifat kekurangan, serta jauh dari kesamaan dengan makhluk Nya.
    Firman Allah yang mafhumnya :
    "Tidak ada satu pun (makhluk) yang seperti Dia : Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat "  (Al-Syura: 11)
    "Tidak ada satu pun (makhluk) yang menyamai Dia "   (Al-Ikhlas: 4)
    Satu hal yang tidak diragukan lagi bahawa apa yang dituturkan oleh al Quran tentang hal ehwal alam matafizikal ini yang di dalamnya termasuk sifat sifat Allah, semuanya ini tidak masuk dalam batas-batas hukum material serta kaedah kaedah alamnya. Sedang otak manusia sampai sekarang be1um juga mampu menguasai seluruh tenaga dan rahsia yang terkandung dalam dunia material itu sendiri, apa lagi alam matafizikal.
    Di sinilah terdapat kesalahan, iaitu banyak orang orang yang melihat beberapa erti ayat yang dianggapnya berat untuk diterima wujudnya, kerana pemikirannva tidak mampu sampai kepada suatu realiti. Apakah jin yang hingga kini hakikatnya masih selalu tersembunyi itu? Apakah malaikat yang tidak dapat kita ketahui kenyataannya itu? Bagaimana mungkin terjadi kebangkitan setelah unsur material itu bertentangan, mungkinkah dikembalikan kepada bentuk aslinya? Bagaimana bentuk ruh yang dianggapnya ada dalam tubuh ini, sedang kita tidak pernah merasakan melainkan.dengan alat alat material yang berada di badan kita? Dingin menyusahkan kita, panas pun demikian, racun dapat mematikan kita, sedang makanan menguatkan kita dan udara menyegarkan kita. Semua ini adalah alam material.
    Mereka banyak yang tergelincir dalam pandangan yang sempit ini. Sehingga sebahagian mereka ada yang sama sekali tidak mempercayainya; ada pula yang menta'wil kemudian tidak percaya terhadap wujud hakikinya dan mereka menganggapnya hanya sebagai tamsil atau khayal.
    Kedua duanya sama sekali tidak benar dan jauh tersesat daripada jalan yang lurus.
    Seandainya mereka sedar nescaya mereka akan mengakui bahawa salah satu kecerdikan seorang alim ialah mengakui kelemahan dan keterbatasannya terhadap sesuatu yang tidak dapat dijangkau oleh ilmunya. Sebab sesungguhnya apa yang kini telah disingkap oleh pemikiran manusia kalau dibandingkan dengan besarnya rahsia alam yang hingga kini belum didapat adalah sangat kecil sekali, tak ubahnya hanya bagaikan sebuah pulau kecil ditengah tengah samudera luas. Hal ini telah diakuinya sendiri oleh kebanyakan ahli pengetahuan alam terkemuka dan ini akan diikuti oleh yang lain pula, sehingga sebahagian mereka ada yang berkata :
    “Sesungguhnya salah satu ciri seorang alim moden, ialah tunduk dan berani. la tunduk kerana pemikirannya tidak dapat menjangkau rahsia yang dikandung oleh aIam ini. la berani kerana kejahilan yang di hadapannya tidak akan dapat dijangkau kecuali dengan keberanian "
    Mendustakan perkara perkara ghaib kerana semata mata pemikiran manusia tidak dapat menjangkaunya sehingga mereka berada dalam kebingungan, adalah suatu sikap zalim dan sesat. Sedang ta'wil adalah suatu beban yang tidak tuntut. Oleh kerana itu percaya kepada itu semua tanpa memaksa diri untuk mengetahui hakikatnya adalah satu satunya jalan yang paling betul.
    Adapun gambaran gambaran khurafat yang tersebut dalam sebahagian buku dan fikiran sebahagian orang, termasuk juga kisah-kisah khayal dan dongengan sama sekali tidak terdapat dalam al-Quran mahupun hadith Nabi s.a.w. dengan jalan yang sah.
    Oleh kerana itu tinjauan seperti ini sama sekali tidak baik dan sudah sewajarnya kalau setiap muslim tidak menjadikannya sebagai standard dan tidak membangga-banggakannya.
    Sebahagian orang ada juga yang berusaha untuk mendekatkan erti-erti ini ke dalam hati orang orang yang masih meragukan yang hatinya belum mendapat pancaran iman, sehingga mereka menta'wil dan membuat gambaran yang salah. Bagi orang yang berbuat demikian seharusnya menyertakan suatu keterangan yang kiranya dapat menyempurnakan keyakinan mereka terhadap dunia yang disebut dalam al Quran itu, dan hendaknya dia dapat memberikan penjelasan sesudah menginjak langkah yang pertama itu supaya mereka dapat mengerti dan mendekat sehingga mereka tidak terhenti di tengah jalan.
    Cara seperti ini sebenarnya bukan perkara baru dalam pembahasan Islam tetapi sekadar mengulang, sejak buku buku falsafah Yunani itu disalin dan sesudah ilmu ini bercampur dengan pengetahuan Islam hingga hari ini.
    Oleh kerana itu, orang yang benar benar mendapat taufiq ialah orang yang hatinya telah dibuka oleh Allah. Dialah orang yang benar-benar berada dalam nur Ilahi.
    7.0     Tafsir yang Paling Baik dan Jalan yang Paling Dekat untuk Memahami al Quran
    Salah seorang rakan bertanya kepada saya tentang gerangan apakah tafsir yang lebih baik dan jalan yang paling dekat untuk memaham Kitabullah? Maka jawab saya singkat : "Kalbumu!" Mengapa? Sebab kalbu seorang mu'min tidak diragukan lagi adalah tafsir Kitabullah yang paling baik dan jalan yang paling dekat untuk memahaminya. Iaitu dengan cara membacanya dengan tadabbur dan khusyu', memohon hidayah daripada Allah, menumpukan fikiran ketika membaca al Quran, memadukannya dengan sirah Nabi s.a.w., lebih-lebih sunnah yang berkenaan dengan asbab al nuzul serta kaitannya dengan permasalahan. Cara semacam ini besar sekali pertolongannya untuk memaham al Quran dengan benar. Maka apabila dia membaca kitab kitab tafsir, kemudian berhenti pada satu makna yang sangat halus sekali atau susunan yang belum jelas maksudnya atau tambahan pengetahuan yang dapat menolong memahamkan Kitabullah, semuanya itu merupakan bantuan untuk memahaminya. Dan kalau sudah faham, maka sinar al Quran itu akan memancar dalam lubuk hati.
    Kerana itu salah satu wasiat Ustadh al Iman Syeikh Muhammad 'Abduh kepada salah seorang muridnya ialah :
    “Biasakanlah membaca al Quran, dan fahamlah larangan dan perintah perintahNya, serta nasihat dan 'ibrahnya, sebagaimana Quran itu pernah dibacakan di hari turunnya wahyu. Kemudian berhati hatilah dalam melihat bermacam-macam tafsir hanya sekadar untuk memaham kata yang tidak diketahuinya seperti apa yang dimaksud oleh orang Arab, atau hubungan satu kata dengan lain yang tidak kamu ketahuinya. Kemudian teruskanlah kepada pembentukan keperibadian al Quran dan bawalah dirimu kepada arah yang dituju oleh Quran."
    Tidak diragukan lagi, bahawa barangsiapa yang mengambil al Quran dengan cara demikian, maka pada satu waktu dia akan mendapatkan pengaruhnya dalam jiwanya yang mampu memberikan pengertian terhadap jiwa al Quran, dan akan merupakan cahaya yang dapat menyinarinya, di dunia ini sampai di akhirat kelak.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA