الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”
    Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
    Showing posts with label Muhasabah. Show all posts

    TELUR YANG BUSUK

     


    Kehancuran Negara dan Moral Pemimpin dalam Pemikiran Ibnu Khaldūn

     

    Kerap kali kita mendengar ungkapan: “Kehancuran sebuah negara seringkali bermula daripada kehancuran moral pemimpinnya.” Frasa ini sering dikaitkan dengan Ibnu Khaldūn, tokoh
    sejarawan dan ahli falsafah Muslim terkemuka pada abad ke-14. Namun, setelah penelitian dilakukan, kalimat tersebut bukanlah petikan literal daripada karya beliau. Walau begitu, inti maksudnya sebenarnya berakar daripada gagasan Ibnu Khaldūn dalam Muqaddimah, iaitu bahawa keruntuhan tamadun dan negara bermula daripada ketidakadilan, kemewahan berlebihan, serta keruntuhan nilai moral dalam kepimpinan.


    BACA SETERUSNYA >>>>>

    LITTLE NAPOLEON : BERKUASA DEWA DEWI

     Little Napoleon ialah individu berpangkat pertengahan yang menyalahgunakan kuasa dengan mengarah tanpa bekerja, gemar dipuji, dan mencipta birokrasi demi kawalan. Wujud kerana sistem yang membenarkan budaya bodek dan tiada akauntabiliti sikap, mereka menjadikan pejabat toksik, mematahkan semangat staf dan melambatkan prestasi organisasi.
    Tanpa tindakan tegas, budaya ini berterusan dan diwarisi. Solusinya: laporkan salah laku, audit kepimpinan secara menyeluruh, lindungi pemberi maklumat, dan lahirkan pemimpin yang mendengar, adil dan menghargai. Jangan biar sistem melahirkan ‘Little Napoleon’ baru.

    PESAN SEPANJANG ZAMAN


     












    AT-TANBIH

     
















    FIKIR DAN RENUNG


     

    PESANAN

    1. Sebahagian para sahabat r.a berkata ;
    Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya,
    Barang siapa menginginkan kekayaan, cukuplah qana’ah menyertainya,
    Barang siapa meninginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya,
    Barang siapa menginginkan harta simpanan, cukuplah al-Quran menjadi barang simpanannya,
    Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya.

    2. Ali bin Abi Thalib r.a berkata:...' ketahuilah bahawa sesungguhnya sabar itu laksana kepala bagi jasad..jika kepala diputuskan tiada gunanya jasad ini'..tambahnya dgn nada tegas...'sesungguhn ya tiada iman bg seseorang yg tidak memiliki kesabaran... ..'

    3. PESANAN DARI SYEIKH AL-BALKHI.

    "Ambil olehmu Lima perkara kemudian kamu amalkan :

    1) Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepadaNya.

    2) Ambillah apa-apa dari dunia menurut keperluan selama umurmu didalamnya.

    3) Lakukanlah maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu memikul azabNya.

    4) Persiapkanlah bekal di dunia untuk selama kamu tinggal di dalam kubur.

    5) Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yg kamu inginkan utk tinggal di dalamnya."

    4. "Ketahuilah oleh mu, bahawa sesungguhnya, engkau pada hari kiamat tidak akan ditanya mengapa engkau tidak laknat akan sipulan? Dan tidak akan ditanya mengapa engkau diam daripadanya? Jika engkau tidak laknat akan iblis seumur hidup mu, maka tidak akan engkau ditanya dan tidak akan dituntut engkau dengan dia pada hari kiamat. Akan tetapi apabila engkau laknat akan seorang dari makhluk ALLAH swt, akan dituntut engkau akan dia. Dari itu jagalah lidah daripada melaknat sesuatu makhluk ALLAH. Mudah dilafazkan tetapi berat tanggungan di akhirat nanti."
    (Imam Ghazali)

    5. Imam Ghazali berkata:
    1) Semua anggota zahir adalah kurnia dan nikmat dari ALLAH swt.

    2) Semua anggota zahir adalah amanah dari ALLAH yang diwajibkan kita menjaga dan memelihara kegunaannya dijalan yang benar.

    3) Syukur nikmat ertinya menggunakan nikmat ALLAH kepada perkara yang disuruh NYA.

    4) Kufur nikmat ertinya menggunakn nikmat ALLAH pada jalan yang dimurkaiNYA dan ini bererti satu pengkhianatan terhadap Allah.

    6. Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

    1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
    2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
    3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

    Muhasabah dari hikmah

    Mutharrif bin Abdillah berkata : “Seandainya manusia itu tidak lebih mengetahui tentang diriku, nescaya aku jauhi mereka.”

    Ayub As-Sakhtiyani berkata :
    “Jika orang-orang soleh disebut maka aku adalah orang yang terasing.”

    Yunus bin Ubaid berkata:
    “Sesungguhnya aku mendapatkan seratus ciri kebaikan, aku tidak tahu apakah dalam diriku terdapat satu daripadanya.”



    Abu Hafsh berkata :
    “Siapa yang tidak berperasangka buruk kepada
    nafsunya sepanjang waktu, tidak menyelisihinya dalam setiap keadaan, serta tidak menyeretnya pada apa yang dibencinya sepanjang waktunya, maka orang itu telah terperdaya. Dan siapa yang melihat kepada nafsunya dan menganggap baik sesuatu daripadanya maka sesuatu itu telah menghancurkannya.”

    ISTIGHFAR

    "Istighfar maknanya meminta keampunan. Ini adalah istighfar bagi orang-orang berdosa. Boleh jadi istighfar itu kerana meremehkan dalam bersyukur kepada Allah. Ini adalah istighfar  wali-wali yang soleh. Kadangkala istighfar itu bukan kerana sebab dua perkara di atas, namun hanya sekadar bentuk syukur kepada Allah, ini adalah istighfar  Rasulullah sa.w dan para Nabi-nabi ‘alahimus salam."
    (Imam Nawawi : Syarah Arbain An-Nawawi)



    "Dahulu, kita punya dua benteng pengaman. Salah satunya telah hilang,iaitu wafatnya Rasulullah s.a.w. Yang tinggal hanya satu benteng lagi, iaitu istighfar. Apabila benteng ini hilang juga maka kita akan binasa.”
    (Abu Musa al-Asy'ari : At-Taubah)


    "Aku telah binasakan Bani Adam dengan dosa, dan mereka membinasakan aku dengan Istighfar dan
    kalimah لا إله إلا الله. Tatkala aku mengetahui hal itu, aku sebarkan hawa nafsu pada diri mereka, hingga jadilah mereka berbuat dosa dan tidak bertaubat, kerana mereka menyangka sudah berbuat sesuatu yang baik."
    (Ibnu Jawziy : Miftah Daarus Sa'adah)


    "Sesungguhnya kalian sangat banyak mengerjakan dosa, maka perbanyaklah istighfar. Kerana apabila seseorang mengerjakan dosa kemudian dia melihat bahawa di sisinya ada istighfar, akan menyenangkan dirinya."
    (Bakr bin Abdillah : Az-Zuhd)


    "Manusia itu ada tiga golongan;
    Pertama: orang yang mengerjakan kebaikan kemudian dia berharap pahala.
    Kedua: orang yang mengerjakan kejelekan kemudian taubat maka dia adalah orang yang mengharap keampunan.
    Ketiga: Orang pendusta yang terus menerus bergelumang dengan dosa kemudian dia berkata: Aku berharap keampunan. Barangsiapa yang mengenal dirinya dengan kejelekan, maka perbanyakkanlah rasa takut daripada rasa harapnya."
    (Abdullah bin Syaqiq  : Syu'abul Iman)



    "Perbanyaklah istighfar di rumah kalian, di tempat makan kalian, di pasar kalian dan di manapun kamu berada, kerana kalian tidak tahu bila keampunan Allah itu turun."
    (Hasan Al-Bashri : Jami'ul Ulum wal Hikam)


    "Sesungguhnya Al-Quran ini telah menunjukkan kalian penyakit dan ubatnya. Adapun penyakitnya adalah dosa, sedangkan ubatnya adalah istighfar."
    (Imam Qatadah : Jami'ul Ulum wal Hikam)


    "Istighfar yang sempurna yang dapat mendatangkan keampunan Allah adalah istighfar yang diiringi dengan meninggalkan dosa. Sebagaimana pujian Allah bagi yang mengerjakan istighfar dan janji Nya dengan memberi keampunan."
    (Ibnu Rajab : Jami'ul Ulum wal Hikam)


    "Istighfar tanpa meninggalkan dosa adalah taubatnya orang yang dusta."
    (Fudhail bin Iyadh : Al-Adzkar An-Nawawi)

    "Orang yang minta ampun dari dosa tapi dia masih mengerjakan dosanya, ibarat orang yang bermain-main dan melecehkan Robb Nya."
    (Ibnu Abbas : Jami'ul Ulum wal Hikam)


    “Para hamba tidak diperintahkan istighfar dengan lisan saja, akan tetapi dengan lisan dan perbuatan. Sungguh dahulu dikatakan; istighfar dengan lisan tanpa diwujudkan dengan perbuatan adalah perilakunya orang yang berdusta.”
    (Al-Ashfahani  : Al-Mufrodat Fi Ghoribil Quran)


    "Istighfar adalah memohon keampunan, seperti perkataan; 'Ya Allah ampunilah aku', atau perkataan: 'Aku meminta ampun kepada Allah dan bertaubat kepada Nya'. Boleh juga dengan perbuatan yang mengandungi keampunan, seperti hadis yang berbunyi; "Barangsiapa yang berkata Subhanallah wa bihamdih seratus kali maka kesalahannya akan diampuni sekalipun seperti buih di lautan."
    (Syeikh Muhammad bin Solih Al-Uthaimin : Syarh Al-Arba’in An-Nawawiyyah)





    Muhasabah


    "Berbicaralah sesuatu tentang kebenaran yang ada di dalam kitab mu..yang di sabdakan oleh Rasulmu..yang dirungkaikan oleh ulama mu..dan pada ketika itu..percayalah..apabila kamu memperkatakannya yang tebukti ia adalah benar..maka akan sedikit orang yang mendengarnya..lebih sedikit yang menerimanya..tapi itu biasa..kerana kita hidup lebih suka yang manis berbanding pahit..kerana manis itulah keindahan..dan pahit itulah kebenaran yang sukar diterima..apa pun..kamu yang akan keluar dari tempat ini adalah DA'I KECIL..maka bersabarlah..berusahalah..yang lain serahkan kepada Tuhanmu.."

    Pesanan Allah kepada Nabi Musa a.s yang sebenarnya dinasabkan kepada kita semua..

    ABUL-LAITS Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya daripada Jabir bin Abdillah berkata, Rasulullah bersabda bermaksud: “Allah telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran pesanan dalam 10 perkara:

    1. Wahai Musa jangan menyekutukan Aku dengan suatu apa pun bahawa Aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang Musyrikin.
    2. Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu daripada sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik.
    3. Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.
    4. Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak menyucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku.
    5. Jangan hasad dengki dan iri hati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang lain, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan itu, maka bukan daripada-Ku.
    6. Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.
    7. Jangan mencuri dan jangan berzina dengan isteri jiran tetangga sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya.
    8. Jangan menyembelih korban untuk selain daripada-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.
    9. Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri.
    10. Jadikan Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu. Kemudian Rasulullah bersabda lagi: “Sesungguhnya Allah menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa dan Allah memilih hari Jumaat sebagai hari raya untukku.”

    Sabda Rasullulah s.a.w :
    "Lihatlah kepada orang yang berada di bawah kamu dan janganlah kamu melihat kepada orang yang berada di atas kamu. maka ia lebih nyata bahawa kamu tidak akan menghina nikmat Allah atas kamu."
    ( Riwayat al-Bukhari & Muslim )

    Kata Sayidina Umar Al-Ash:

    "Perkataan itu seperti ubat, kalau sedikit bercakap memberi manfaat, tetapi terlalu banyak bercakap nescaya membunuh"

    Pesanan sayidina Ali k.w

    "Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah."

    Al Fudhail bin Iyaadh pernah berkata dan memberi nasihat..

    "Kamu menutup pintumu dan menurunkan tabirmu dan berasa malu kepada manusia tetapi tidak malu kepada Al-Quran yang ada di dadamu dan tidak malu kepada Allah yang Maha Besar yang tidak ada sesuatu yang dapat bersembunyi dari Nya."




    kata Saidina Ali bin Abu Talib ...

    ~Ilmu adalah warisan para nabi, manakala harta ialah warisan Qarun dan Firaun.
    ~Ilmu boleh menjaga kamu, sedangkan harta itu kamu yang menjaganya.
    ~Orang yang memiliki ilmu mempunyai ramai teman, sedangkan pemilik harta mempunyai ramai musuh.
    ~Ilmu itu akan bertambah jika diamalkan, sedangkan harta akan berkurangan jika dibelanjakan.
    ~Pemilik ilmu akan dihormati, sedangkan pemilik harta dikenali sebagai si kedekut.
    ~Di hari kiamat pemilik ilmu akan memberi syafaat, manakala pemilik harta akan dihisab.
    ~Biarpun masa berlalu, ilmu tidak akan lapuk tetapi harta itu semakin lama semakin usang.
    ~Ilmu dapat menerangi hati, tetapi harta boleh mengeraskan hati.
    ~Orang berilmu mengakui dirinya hamba Allah SWT, sedangkan orang berharta mengakui dirinya pemilik.

    Berpesan-pesan

    Imam al-Muhasibi ialah Abu Abdillah, al-Harith bin Asad al-Muhasibi al-Basri.  Dikenali sebagai al-muhasibi kerana banyak bermuhasabah tentang dirinya. Beliau meriwayatkan hadith daripada Yazid bin Harun dan ulama seangkatan dengannya. Pernah belajar dengan Imam as-Shafie. Beliau seorang ahli ibadat yang tekun, sufi yang zuhud, faqeh dan ulama usul serta ilmu kalam. Pendakwah yang mampu mengalirkan airmata para pendengarnya. Merupakan seorang Ulama hadith yang fasih berbicara. Imam Ahmad bin Hanbal pernah menghadiri majlis ilmunya sehingga menangis dan pengsan kerana kesan ucapannya yang menusuk qalbu.

    Katanya:

    1. Setiap sesuatu ada perkara paling bernilai padanya. Perkara paling bernilai bagi manusia ialah akalnya. Perkara paling bernilai pada akal ialah taufiq yang diberi kepada akal itu.

    2. Sebaik-baik umat ini ialah orang yang tidak meninggalkan dunia ini kerana mencari akhirat, dan tidak juga meninggalkan akhiratnya untuk mencari keuntungan dunia.

    3. Akhlak yang baik ialah menahan diri daripada melakukan penganiayaan, kurang marahnya, ceria wajahnya, dan elok tutur katanya.

    4. Sesiapa yang tidak bersyukur dengan nikmat ALLAH, sesungguhnya dia mengundang kehilangannya.

    5. Semua orang yang berzuhud mengikut kadar ilmunya. Ilmunya menurut nilai akalnya. Akalnya pula menurut nilai kekuatan imannya.

    6. Orang yang zalim akan menyesal walaupun dipuji oleh manusia. Orang yang dizalimi akan selamat walaupun dicela oleh manusia. Orang yang sentiasa merasa cukup adalah orang yang sebenarnya kaya walaupun dia berada dalam kebuluran. Orang yang tamak adalah miskin walaupun dia berada dalam kekenyangan.

    7. Sesiapa yang membetulkan hatinya dengan muraqabah dan keikhlasan, ALLAH akan mengindahkan zahirnya dengan mujahadah dan mengikut sunnah.

    8. Seorang hamba yang soleh akan ALLAH jadikan kesolehannya pada orang lain. Seorang hamba yang rosak, ALLAH akan jadikan kerosakannya menjangkiti orang lain.

    9. Sifat perhambaan yang sebenar ialah engkau tidak melihat kekuasaan pada dirimu, dan engkau mengetahui bahawa engkau tidak berupaya memberi mudarat atau manfaat untuk dirimu.

    10. Ikhlas yang sebenar ialah mengeluarkan (membuang) seluruh makhluk dalam urusan ketuhananmu, dan dirimu sendiri adalah makhluk yang pertama yang dikeluarkan.

    11. Sesiapa yang bersungguh-sungguh memelihara batinnya, ALLAH akan mewariskan kepadanya perlakuan yang baik pada zahirnya, dan sesiapa yang mengindahkan urusannya dengan ALLAH pada perkara yang zahir bersama dengan kesungguhannya menjaga batinnya, maka ALLAH akan mewariskan kepadanya hidayah.

    Muhasabah

    WASIAT IMAM SUFIAN ATH- THAURI
    "Apabila adanya sahabat engkau datang menziarahi engkau maka jangan kamu bertanya kepadanya : Adakah engaku sudah makan? atau : Bolehkah aku menyediakan untuk engkau makanan?. Tetapi hendaklah engkau menghidangkan makanan sama ada dia akan makan atau jika tidak maka angkatlah makanan itu."
    Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 82

    فَلْيَضْحَكُواْ قَلِيلاً وَلْيَبْكُواْ كَثِيراً جَزَاء بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ

    “Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat 
    kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan.”
    Rasulullah s.a.w bersabda:
    “Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.”
    (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)
    Saidina Umar al-Khattab pernah berkata:"
    seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah."
    Syarah Al-hikam bahagian ke 45 
    MAKRIFAT HATI TERHADAP ALLAH S.W.T.
    TERBUKA MATA HATI MEMPERLIHATKAN KEPADA KAMU AKAN HAMPIRNYA ALLAH S.W.T. PENYAKSIAN MATA HATI MEMPERLIHATKAN KEPADA KAMU AKAN KETIADAAN KAMU DI SAMPING WUJUD ALLAH S.W.T.
    PENYAKSIAN HAKIKI MATA HATI MEMPERLIHATKAN KEPADA KAMU HANYA ALLAH YANG WUJUD, TIDAK TERLIHAT LAGI KETIADAAN KAMU DAN WUJUD KAMU.
    Apabila hati sudah menjadi bersih maka hati akan menyinarkan cahayanya. Cahaya hati ini dinamakan Nur Kalbu. Ia akan menerangi akal lalu akal dapat memikirkan dan merenungi tentang hal-hal ketuhanan yang menguasai alam dan juga dirinya sendiri.
    Renungan akal terhadap dirinya sendiri membuatnya menyedari akan perjalanan hal-hal ketuhanan yang menguasai dirinya. Kesedaran ini membuatnya merasakan dengan mendalam betapa hampirnya Allah s.w.t dengannya. Lahirlah di dalam hati nuraninya perasaan bahawa Allah s.w.t sentiasa mengawasinya. Allah s.w.t melihat segala gerak-gerinya, mendengar pertuturannya dan mengetahui bisikan hatinya. Jadilah dia seorang Mukmin yang cermat dan berwaspada.

    RENUNGAN

    Imam Ibnul 'Arabi berkata: "Keadilan antara seorang hamba dan Robbnya adalah mendahulukan hak Allah atas bahagian dirinya, mendahulukan keredhaan-Nya atas hawa nafsunya, menjauhi larangan-larangan Nya, dan melaksanakan perintah-perintah Nya. Adapun keadilan antara seorang hamba dengan dirinya adalah mencegah dirinya dari perkara-perkara  yang mencelakakannya, sebagaimana firman Allah ' عزّوجلّ:

    وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى

    'Dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya' (A-Nazi'at [: 40)
    Syeikh Al-'Allamah Abdul Muhsin bin Hamd Al-'Abbad  berkata: "Sungguh telah datang syari'at Islam menjelaskan hak setiap pemilik hal di dalam kehidupan dan selepas kematian, dan
    memerintahkan agar hak-hak tersebut ditunaikan dengan sempurna. Sungguh syari'at Islam telah datang menjelaskan hak-hak suami dan isteri atas pasangannya, hak-hak orang tua atas anak-anaknya, hak-hak anak-anak atas orang tua mereka, hak-hak kerabat atas kerabatnya, hak-hak tetangga atas tetangganya, hak-hak teman atas temannya, hak-hak sahabat atas sahabatnya, hak-hak orang-orang fakir atas orang-orang kaya, hak-hak kaum muslimin atas kaum muslimin secara umum, dan di antara ayat-ayat yang mulia yang meliputi atas perintah terhadap kaum muslimin agar menunaikan hak-hak kepada para pemiliknya adalah ayat Huququl Asyroh (sepuluh hak):

    وَاعْبُدُواْ اللّهَ وَلاَ تُشْرِكُواْ بِهِ شَيْئاً وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَاناً وَبِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالجَنبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ إِنَّ اللّهَ لاَ يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالاً فَخُوراً

    Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibubapa, kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil, dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri. (An-Nisa' : 36)."
    (al-'Adlu fi Syari'atil Islam wa Laisa fi Demokratiah al-Maz'umah)
    Maka di dalam ayat di atas Allah telah mewajibkan ditunaikannya hak-hak semuanya, seperti: Hak Allah عزّوجلّ, dengan cara beribadah hanya kepada-Nya, tidak ada sekutu bagi-Nya; hak Rasul-Nya صلي الله عليه وسلم, dengan cara mentaati, mengikuti, dan mencintai beliau صلي الله عليه وسلم; hak kedua orang tua, dengan cara berbakti dan berbuat baik kepada mereka; hak kerabat, dengan cara menyambung dan menjaga silaturrahmi serta berbuat baik kepada mereka; hak anak-anak yatim, dengan cara berbuat baik kepada mereka, mendidik mereka di atas kebaikan, dan menjaga harta benda mereka; hak orang-orang miskin, dengan cara memberikan zakat harta kepada mereka untuk membantunya; hak tetangga, dengan cara berbuat baik dan tidak menyakitinya; hak teman dan kawan dalam perjalanan; hak ibnu sabil, iaitu orang-orang yang sedang melakukan perjalanan jauh dan tidak dapat meneruskan perjalanan kerana tidak memiliki bekal cukup untuk sampai ke tempat tujuan; hak budak, dengan cara berinfaq kepada mereka dan tidak membebani dia dengan pekerjaan-pekerjaan yang memberatkan.


    KESOMBONGAN : Penghalang Ke Syurga


    1. HAKIKAT KESOMBONGAN

    Kesombongan (al-kibr) adalah melihat diri sendiri melebihi al-haq (kebenaran) dan al-khalq (makhluk; orang lain). Jadi, orang yang sombong melihat dirinya di atas orang lain dalam sifat kesempurnaan.

    Kesombongan ada dua iaitu:
    i. kesombongan terhadap al-haq (kebenaran), dan
    ii.kesombongan terhadap al-khalq (makhluk/manusia).

    Seorang manusia, tatkala melihat dan menganggap dirinya besar atau mulia, dia akan menganggap orang lain kecil dan merendahkannya. Dia akan memandang al-haq (kebenaran) akan menghancurkan kedudukannya
    dan mengecilkan posisinya. Dan dia melihat manusia lainnya seolah-olah binatang kerana dianggap bodoh dan hina.

    Dalam hadis, Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah menjelaskan makna kesombongan:

    عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ قَالَ رَجُلٌ: إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً قَالَ: إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ

    Dari Abdullah bin Mas'ud رضي الله عنه, dari Nabi صلى الله عليه وسلم , beliau صلى الله عليه وسلم bersabda, "Tidak akan masuk syurga orang yang ada kesombongan seberat biji sawi di dalam hatinya." Seorang laki-iaki bertanya, "Sesungguhnya semua orang senang bajunya bagus, sandalnya bagus, (apakah itu kesombongan?") Beliau صلى الله عليه وسلم  menjawab, "Sesungguhnya Allah Maha Indah dan mencintai keindahan. Kesombongan adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia".
    (HR. Muslim)


    2. BAHAYA KESOMBONGAN

    Sesungguhnya bahaya kesombongan itu sangat besar, banyak orang binasa kerananya. Di antara bahaya kesombongan adalah kesombongan merupakan dosa pertama yang dilakukan makhluk. Kesombongan adalah dosa pertama yang dilakukan Iblis. Allah عزّوجلّ  berfirman:

    وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلا إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ

    Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para Malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam!," Maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.”
    (Al-Baqarah: 34)

    Di antara bahaya kesombongan juga adalah neraka menjadi tempat kembali mereka, sebagaimana ketika Allah عزّوجلّ menyebutkan sifat sombong orang-orang kafir dalam firman-Nya:

    قِيلَ ادْخُلُوا أَبْوَابَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا فَبِئْسَ مَثْوَى الْمُتَكَبِّرِينَ

    Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam itu, sedang kamu kekal di daiamnya. Maka neraka Jahannam ituiah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang menyombongkan diri.
    (Az-Zumar: 72)

    Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:

    إِنَّ أَهْلَ النَّارِ كُلُّ جَعْظَرِيٍّ جَوَّاظٍ مُسْتَكْبِرٍ جَمَّاعٍ مَنَّاعٍ وَأَهْلُ الْجَنَّةِ الضُّعَفَاءُ الْمَغْلُوبُونَ

    Sesungguhnya penduduk neraka adalah semua orang yang kasar lagi keras, orang yang bergaya sombong saat berjalan, orang yang bersombong, orang yang banyak mengumpulkan harta, orang yang sangat bakhil. Adapun penduduk surga adalah orang-orang yang lemah dan terkalahkan.
    (Hadis Sahih Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

    Mereka akan merasakan berbagai macam seksaan di neraka Jahannam, akan diliputi kehinaan dari berbagai sisi, dan akan diminum nanah penduduk neraka. Nabi صلى الله عليه وسلم  bersabda:

    يُحْشَرُ الْمُتَكَبِّرُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَمْثَالَ الذَّرِّ فِي صُوَرِ الرِّجَالِ يَغْشَاهُم الذُّلُّ مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَيُسَاقُوْنَ إِلَى سِجْنٍ فِي جَهَنَّمَ يُسَمَّى بُو لَسَ تَعْلُوهُم نَارُ الْأَنْيَارِ يُسْقَوْنَ مِنْ عُصَارَةِ أَهْلِ النَّارِ طِينَةِ الْخَبَالِ

    Pada Hari Kiamat orang-orang yang sombong akan diiring dan dikumpulkan seperti semut kecil, di dalam bentuk manusia, kehinaan akan meliputi mereka dari berbagai sisi. Mereka akan diiring menuju sebuah penjara di dalam Jahannam yang namanya Bulas. Api neraka yang sangat panas akan membakar mereka. Mereka akan diminumi nanah penduduk neraka, iaitu thinatul khabal (lumpur kebinasaan).
    (Hadis Hasan. Riwayat Bukhari dalam al-Adabul Mufrad, Tirmidzi, Ahmad, dan Nu'aim bin Hammad dalam Zawa'id Az-Zuhd)


    3. BENTUK-BENTUK KESOMBONGAN

    Sebahagian manusia menyangka bahawa kesombongan itu letaknya dalam hati saja, sehingga dengan perbuatannya semata-mata seseorang itu tidak dikatakan sombong. Benarkah demikian? Ternyata tidak. Kerana walaupun pada asalnya kesombongan itu di dalam hati, akan tetapi ianya akan muncul dalam bentuk-bentuk kesombongan yang dapat diketahui oleh panca indera. Inilah di antara bentuk kesombongan-kesombongan yang harus ditinggalkan:

    I. Takabbur Terhadap al-Haq

    Di antara bentuk kesombongan terburuk adalah menolak kebenaran. Kesombongan ini menyebabkan dia tidak dapat mengambil faedah ilmu dan tidak boleh menerima al-haq serta tidak tunduk kepada al-haq. Terkadang ia meraih pengetahuan, namun jiwanya tidak mahu tunduk terhadap al-haq, sehingga ia tidak boleh mendapatkan manfaat dari ilmu yang berhasil dia raih, sebagaimana Allah عزّوجلّ memberitakan tentang kaum Fir'aun:

    وَجَحَدُوا بِهَا وَاسْتَيْقَنَتْهَا أَنْفُسُهُمْ ظُلْمًا وَعُلُوًّا فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُفْسِدِينَ
    Dan mereka mengingkarinya kerana kezaliman dan kesombongan (mereka), padahal hati mereka meyakini (kebenaran)nya. Maka perhatikanlah betapa kesudahan orang-orang yang berbuat kebinasaan. (An-Naml: 14)
    Orang yang takabbur terhadap al-haq walaupun kebenaran itu datang kepadanya melalui perantara kanak-kanak kecil atau orang yang dia benci dan musuhi, maka sebenarnya dia takabbur kepada Allah عزّوجلّ, kerana Allah عزّوجلّ adalah al-Haq, perkataan-Nya adalah haq, agama-Nya haq, al-haq merupakan sifat-Nya, dan al-haq itu berasal dari-Nya dan untuk-Nya. Jika seseorang menolak al-haq, enggan menerimanya, maka sesungguhnya dia menolak Allah عزّوجلّ dan takabbur terhadap-Nya. Dan barangsiapa takabbur terhadap Allah عزّوجلّ, nescaya Allah  عزّوجلّ akan menghinakannya.

    Syeikh Muhammad bin Shalih al-'Uthaimin رحمه الله berkata :
    "Menolak al-haq iaitu seseorang menolak kebenaran berdasarkan penilaian dirinya dan fikirannya. Dia melihat bahawa dirinya lebih besar dari kebenaran. Tandanya adalah seseorang yang didatangkan kepadanya dalil-dalil dari Al-Kitab dan As-Sunnah, tetapi dia tidak menerima, bahkan dia terus mengikuti pendapatnya, maka ini adalah sebentuk penolakan terhadap kebenaran. Banyak orang hanya membela dirinya, jika dia telah berpendapat dengan satu pendapat, tidak mungkin dia meninggalkannya, walaupun dia tahu pendapatnya itu menyelisihi kebenaran. Sikap ini sesungguhnya menyelisihi agama dan akal. Yang wajib adalah seseorang itu kembali mengikuti kebenaran, di manapun ia dapati, walaupun kebenaran itu menyelisihi pendapatnya. Sesungguhnya sikap ini lebih mulia baginya di sisi Allah dan di sisi manusia, serta lebih menyelamatkannya. Janganlah engkau menyangka, jika engkau meninggalkan pendapatmu menuju kebenaran, itu akan merendahkan kedudukanmu di kalangan manusia, namun justeru itu akan meninggikan kedudukanmu, dan manusia akan mengetahui bahawa engkau hanya mengikuti kebenaran. Adapun orang yang menentang, dan terus mengikuti pendapatnya, serta menolak kebenaran, maka ini adalah orang yang sombong. Kita berlindung kepada Allah  عزّوجلّ"

    II. Takabbur Terhadap Manusia

    Iaitu seseorang memandang dirinya di atas manusia lainnya, sehingga dia menganggap dirinya besar dan meremehkan yang lain. Kesombongan ini akan mendorong kepada kesombongan terhadap perintah Allah عزّوجلّ. Sebagaimana kesombongan Iblis terhadap Nabi Adam عليه السلام mendorongnya untuk enggan melaksanakan perintah Allah untuk sujud kepada Adam عليه السلام. Allah  عزّوجلّ  berfirman:

    فَسَجَدَ الْمَلائِكَةُ كُلُّهُمْ أَجْمَعُونَ . إِلا إِبْلِيسَ اسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ . قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنْتَ مِنَ الْعَالِينَ . قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ

    Lalu seluruh malaikat-malaikat itu bersujud semuanya, kecuali Iblis; dia menyombongkan diri dan adalah dia termasuk orang-orang yang kafir. Allah berfirman, "Hai Iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu (merasa) termasuk orang-orang yang (lebih) tinggi?". Iblis berkata: "Aku lebih baik daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah".
    (Shad: 73-76)


    III. Kesombongan Dengan Pakaian

    Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
    مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلَاءَ لَمْ يَنْظُرْ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ إِنَّ أَحَدَ شِقَّيْ ثَوْبِي يَسْتَرْخِي إِلَّا أَنْ أَتَعَاهَدَ ذَلِكَ مِنْهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّكَ لَسْتَ تَصْنَعُ ذَلِكَ خُيَلَاءَ
    Barangsiapa menyeret pakaiannya dengan sebab sombong, Allah tidak akan melihatnya pada hari kiamat Lalu Abu Bakar berkata, "Sesungguhnya terkadang salah satu sisi sarungku turun, kecuali jika aku menjaganya". Maka Nabi bersabda, "Engkau tidak termasuk orang yang melakukannya dengan sebab sombong"
    (HR. Bukhari dan lainnya dari Ibnu 'Umar رضي الله عنهما)

    IV.  Kesombongan Dengan Perbuatan

    Kesombongan dengan perbuatan boleh berupa memalingkan wajahnya dari manusia, berjalan dengan berlagak, dan lainnya. Allah عزّوجلّ berfirman:
    وَلا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلا تَمْشِ فِي الأرْضِ مَرَحًا إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
    Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.
    (Luqman: 18)
    Semoga Allah عزّوجلّ menjauhkan kita dan menjaga kita dari kesombongan dengan segala bentuknya. Hanya Allah عزّوجلّ tempat memohon pertolongan.



    Rujukan :

    1. At-Tawadhu' fi Dhauil Qur'anil Karim was Sunnah ash-Shahihah, hal. 35, karya Syeikh Salim bin 'led al-Hilali.

    2. Syarah  Riyadhus  Shalihin, bab:  Keharaman Kesombongan dan ujub.



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA