الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    Al-Quran:Bacalah

    عن أنس رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم (إن لله تعالى أهلين من الناس . قالوا : يا رسول الله من هم ؟ قال : هم أهل القران أهل الله وخاصته). (صحيح الجامع)

    حديث أبي أمامة الباهلي رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: (اقرؤوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شفيعاً لأصحابه). (صحيح مسلم)

    عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (يقال لصاحب القران اقرأ وارتق ورتل كما كنت ترتل في الدنيا فإن منزلتك عند آخر آية تقرؤها). (صحيح الجامع)

    Rasulullah s.a.w bersabda, "Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Quran adalah seperti bunga utrujjah, baunya harum dan rasanya lazat. Orang Mukmin yang tidak membaca Al-Quran adalah seperti buah kurma, baunya tidak begitu harum, tapi manis rasanya. Oorang munafiq yang membaca Al-Quran ibarat sekuntum bunga, berbau harum, tetapi pahit rasanya; dan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran, dia tak ubah seperti buah hanzalah, tidak berbau dan rasanya pahit sekali."
    (HR Bukhari)

    Allah berfirman: "Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Qur'an) dengan perintah Kami. Sebelummnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Qur'an) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu tetapi Kami menjadikan Al Qur'an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengannya siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami".
    (Surah Asy Syuura ayat 52)

    Allah berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu, apabila disebut (nama) Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya dan kepada Allah lah mereka bertawakkal."
    (Surah Al Anfaal ayat 2)

    Allah berfirman: "Dan apabila dibacakan Al Qur'an, maka dengarkanlah dengan baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat".
    (Surah Al A'raaf ayat 204)

    Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah swt maka untuknya diberi satu hasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (alif, lam, mim) sebagai satu huruf tetapi alif adalah satu huruf, lam adalah satu huruf dan mim adalah satu huruf.”
    (HR Tirmizi)



    اللهم أجعلنا من أهل القراءن

    Juraij, si Ahli Ibadah

    Rasulullah s.a.w bersabda:

    Pernah terdapat seorang ahli ibadah yang bernama Juraij. Beliau banyak beribadah sehingga didirikan sebuah biara untuknya, dan dia tinggal di dalamnya. Suatu ketika ibunya datang pada saat dia sedang mendirikan solat.

    Ibunya memanggilnya: “Wahai Juraij!”

    Juraij berkata dalam hatinya: “Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.”

    Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi. Pada keesokan hari ibunya datang semula dan Juraij masih sedang bersolat.

    Ibunya memanggilnya: “Wahai Juraij!”

    Juraij berkata dalam hatinya: “Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.”

    Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi. Pada keesokan hari ibunya datang semula (untuk kali ketiga) dan Juraij masih sedang bersolat.

    Ibunya memanggilnya: “Wahai Juraij!”

    Juraij berkata dalam hatinya: “Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.”

    Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi. Lantas ibunya berdoa:

    “Ya Allah! Janganlah Engkau matikan Juraij melainkan setelah dia melihat wajah-wajah pelacur!”

    Sejak saat itu, kaum Bani Israil mula berbincang berkenaan Juraij dan ibadahnya. Ada seorang pelacur yang berdandan cantik berkata:

    “Jika kalian kehendaki, aku akan menggodanya untuk kalian.”

    Maka pelacur itu menawarkan diri kepada Juraij, tetapi Juraij sama sekali tidak mengendahkannya. Lalu pelacur tersebut mendatangi seorang pengembala kambing yang sedang berteduh di biara Juraij, menyerahkan diri kepadanya sehingga pengembala itu menyetubuhinya. Pelacur tersebut menjadi hamil. Ketika anak itu dilahirkan, pelacur tersebut mendakwa:

    “Ini adalah anak Juraij.”

    Maka orang ramai mendatangi Juraij, memaksanya keluar, menghancurkan biaranya dan memukulnya.

    Juraij bertanya: “Kenapakah kalian melakukan semua ini?”

    Mereka menjawab: “Engkau telah melacur dengan pelacur ini sehingga dia melahirkan anak kamu!”

    Juraij bertanya: “Di manakah anak tersebut?”

    Lalu bayi itu dibawa kepada Juraij. Dia berkata: “Biarkan aku, aku ingin bersolat terlebih dahulu.”

    Maka Juraij bersolat. Setelah selesai, Juraij mendatangi bayi tersebut, memukul di perutnya, lalu bertanya:

    “Wahai bayi, siapakah ayah kamu?”

    Bayi itu menjawab: “Ayahku adalah seorang pengembala kambing.”

    Tatkala mendengar jawapan tersebut, orang ramai kembali kepada Juraij, menyentuhnya dan menciumnya (kerana mereka telah bersalah dalam menuduhnya) dan berkata:

    “Kami akan membangunkan semula biara kamu yang kami hancurkan dengan emas.”

    Juraij menjawab: “Tidak, tetapi bangunkanlah ia dengan tanah sebagaimana asalnya.”

    SUJUD

    Suatu cerita tentang SUJUD : kita pula bagaimana?

    Daripada Saidina Ibn Abbas r.a, bahawasanya, seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata; Wahai Rasulullah. Sesungguhnya aku melihat diriku pada suatu malam (di dalam mimpi), sedang aku tidur, seolah-olah aku sedang solat di belakang sebuah pokok. Lalu aku sujud. Maka pokok itu turut mengikut sujudku. Lalu aku mendengar pokok itu mengucapkan: "Wahai Tuhanku, tuliskan untukku pahala di sisiMu dengan sujud ini, gugurkanlah dosa dariku dengan sujud ini, jadikanlah anugerah bagiku dengan sujud ini dan terimalah sujud ini dariku sepertimana Engkau menerimanya daripada hambaMu Daud."
    Sewaktu beginilah kita lakukannya..andai kita di alam yg waksam umpamakan suatu alam menunggu waktu itu kita kesal yang amat sangat..minta kembali walau sehari. Katakanlah, solatku, sujud dan rukukku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kerana Allah dan dengan Allah s.w.t. Mereka yang enggan sujud kepadaNya didunia, tidak akan bisa sujud kepadaNya diakhirat, kala Tuhan bertajalli dengan kerajaanNya. Percayalah, tiada yang lebih memalukan pada ketika itu melainkan tidak mampu bersujud kepadanNya.'


    Azazzil : Suatu cerita tentang sujud

    Imam para Malaikat dan Khazin al-Jannah (penjaga syurga), selama beberapa puluh ribu tahun sebelum melanggar perintah Allah. Nama Azazil ada disebut dalam beberapa kitab tafsir, diantaranya dalam kitab Tafsir Ibnu Katsir, Tafsir Al- Khozin – Tafsir Al- Baghowi... yang hebat beribadah kepada Allah. Tapi bukan dari golongan Malaikat. Tapi jin. Dicipta dari apa?..cari..
    tapi dilaknat Allah hanya kerana apa?…SUJUD
    ada riwayat mengatakan rupanya cantik ..ada sayap... menjadi penguasa bumi dan langit dunia (langit pertama).

    walaupun dilantik Allah menjaga langit dan dunia, golongan jin masih banyak membuat kerosakan di muka bumi dan sering terjadi bunuh-membunuh di antara mereka. Mereka telah membunuh Nabi mereka sendiri iaitu, Yusuf. Akhirnya Allah Subhanahu-wa-Ta’ala mengutuskan Azazil bersama rombongan tentera langit ke dunia menjumpai kumpulan jin yang banyak membuat kerosakan itu.

    Waktu pertemuan Azazil dan tentara pimpinan dengan kumpulan jin yang zalim itu, timbullah rasa besar diri dan kesombongan dalam hati Azazil. Dia yakin tidak ada sesiapa yang sanggap melakukan apa yang dibuatnya, tidak ada yang sampai ke peringkat setinggi seperti dirinya, baik dari segi ilmu mahupun kedudukan di sisi Allah. Ketika itu hanya Allah sahajalah yang mengetahui apa yang tersirat dalam hati Azazil. Para malaikat tidak ada yang tahu apa yang tersembunyi dalam hati Azazil.

    Kemudian terjadilah perkara yang tidak diduga. Azazil menjumpai disetiap tempat sujud tertulis “Iblis tercampak, Iblis dilaknat, Iblis menjadi hina.”

    Kemudian dia lihat lagi di pintu syurga tertulis “Aku ada mempunyai hamba yang termasuk golongan Muqarrabin, Aku suruh dia tetapi dia tidak mahu melaksanakannya. Bahkan dia ingkar kepada-Ku. Sebab itu Aku laknat dia dan ketaatan serta ibadatnya selama ini menjadi sia-sia.”

    Azazil bingung dan tertanya-tanya “Siapakah Iblis yang dilaknat dan dicampakkan itu? Sesungguhnya aku berlindung pada Allah daripada demikian itu?” bisik Azazil. Kemudian dia pergi menghadap Allah dan berkata “Ya Allah, izinkanlah aku untuk mengutuk Iblis itu.” Allah Subhanahu-wa-Ta’ala mengizinkannya dan dia pun mengutuknya selama seribu tahun lamanya.

    Namun akhirnya malaikat lain pun mengetahui perihal Iblis itu. Malaikat Israfil telah melihatnya tertulis di Lauhul Mahfuz. Israfil menangis, malaikat-malaikat yang lain pun datang menjumpainya. Mereka bertanya kepadanya “Mengapa engkau menangis?” Israfil menjawab “Aku telah melihat salah satu rahsia Tuhanku.” Sambil menceritakan apa yang dilihatinya itu.

    Malaikat-malaikat yang datang itu pun turut menangis semua. Akhirnya mereka membuat keputusan sama-sama pergi untuk menjumpai Azazil yang terkenal dengan kemakbulan doanya itu. Azazil pun berdoa “Ya Tuhanku, amankanlah mereka ini semua daripada qathiah (putus rahmat-Mu)” Dia doakan mereka dan lupa dia mendoakan untuk dirinya. Tidak terfikir dalam hatinya bagaimana kalau dia sendirilah Iblis yang akan dilaknat Allah itu.

    takbur telah subur dan semakin menguasai dalam hati Azazil, tetapi hanya Al-Alim Azza wa Jalla jualah mengetahui akan apa yang terkandung dalam hati Azazil. Allah berfirman “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat “Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah (pemimpin) di muka bumi ini.” Mereka berkata “Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di muka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman “Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (Surah Al-Baqarah 30)

    Kemudian Allah Subhanahu-wa-Ta’ala memerintahkan Jibrail turun ke bumi untuk mengambil tanah. Ketika Jibrail bermaksud mengambilnya, tanah itu berkata “Sesungguhnya aku berlindung pada Allah daripada Engkau. Aku minta janganlah ambil aku.” Jibrail merasa kasihan. Dia kembali kepada Tuhan dan berkata “Ya Tuhanku, sesungguhnya tanah itu berlindung pada-Mu daripada aku kurangi atau ku ambil dia, maka tidak jadi ku ambilnya.”

    Allah Subhanahu-wa-Ta’ala perintahkan pula Malaikat Mikail Alaihi-Salam. Tanah itu berlindung pada Allah seperti sebelumnya dan Mikail pun tidak sampai hati mengambilnya.

    Kemudian Allah Subhanahu-wa-Ta’ala mengutuskan Malaikat Izrail iaitu malaikat maut. Tanah itu berkata kepadanya “Aku berlindung pada Allah daripada engkau ambil aku.” Malaikat maut menjawab “Aku juga berlindung pada Allah daripada kembali kepada-Nya tanpa melaksanakan suruhan-Nya.”

    Malaikat maut mengambil tanah itu, sesuai dengan yang diperintahkan kepadanya. Dia ambil tanah dari pelbagai tempat dan jenis.Di antara tanah yang diambilnya ada tanah merah, tanah putih dan tanah hitam.

    Itulah sebabnya manusia yang ada sekarang ini pun ada yang putih dan ada pula yang hitam.

    Dia membawa tanah itu kepada Allah. Tanah itu menjadi basah sehingga menjadi lumpur. Allah Subhanahu-wa-Ta’ala pun mula menjadikan Adam untuk menandingi kehebatan Azazil atau supaya dia tidak sombong. Pada mulanya tubuh Adam hanya jasad tanah selama empat puluh tahun. Ketika para malaikat melalui tempat itu, mereka terperanjat. Yang paling terperanjat ialah Azazil. Pernah pada suatu hari Azazil lalu di hadapan jasad Adam Alaihi-Salam, kemudian dia pukul sehingga keluar suara seperti tembikar yang dipukul.

    Kemudian Azazil bertanya kepada jasad Adam. “Untuk apa engkau diciptakan?” Setelah itu dia masuk dari mulutnya dan keluar dari duburnya. Dia berkata kepada para malaikat “Jangan takut dan segan kepada jasad ini. Dia ini tidak ada kelebihan. Nanti akan ku hancurkan dia.”

    Tatkala sudah sampailah masa yang dikehendaki Al-Khaliq Azza wa Jalla untuk meniupkan roh-Nya ke dalam jasad Adam Alaihi-Salam. Dia berkata kepada para malaikat “Apabila nanti Aku tiupkan roh kepadanya, maka sujudlah kamu kepadanya.” Allah Subhanahu-wa-Ta’ala mula meniupkan roh ke dalam jasad Adam. Apabila roh sudah masuk ke dalam kepala Adam, dia pun bersin. Mendengar yang demikian para malaikat berkata “YarhamukAllah.” Apabila roh sudah sampai ke matanya, matanya terus terbuka dan melihat buah-buahan syurga. Tatkala roh sudah sampai ke dalam perutnya, Nabi Adam Alaihi-Salam terus lapar dan mahu melompat mengambil makanan-makanan yang ada di dalam syurga padahal rohnya baru sampai di pusat dan masih kaku kerana belum dimasuki roh. Begitulah sifat manusia yang selalu ingin tergesa-gesa.

    Setelah Adam mempunyai roh dan hidup secara sempurna, maka sujud kesemuanya malaikat kecuali Azazil yang enggan dan takbur. Ketika Allah Subhanahu-wa-Ta’ala bertanyakan kepada dia “Mengapa engkau tidak mahu sujud?” Azazil menjawab “Aku lebih baik daripadanya. Aku tidak mahu sujud kepada manusia yang Engkau ciptakan dari tanah.”

    Aisyah Radhi-Allahu-anha berkata “Rasulullah Sal-Allahu-Alaihi-wa-Salam ada bersabda “Allah Subhanahu-wa-Ta’ala telah menciptakan malaikat dari nur Arasy, menciptakan jin dari nyala api dan menciptakan Adam dari apa yang disifatkan bagi kamu.”

    Ketika Allah Subhanahu-wa-Ta’ala bertanya kepada Azazil mengapa tidak mahu sujud kepada Adam, dia menjawab “Aku lebih baik daripadanya. Engkau ciptakan aku dari api sedangkan Engkau ciptakan dia dari tanah.”

    Bererti Azazil Laknatullah-Alaih itu hanya melihat asal kejadian Adam dan tidak melihat siapa yang menyuruhnya. Kejadian Adam dan tidak melihat siapa yang menyuruhnya. Sepatutnya walaupun dia tidak menghormati Adam tetapi dia mesti taat kepada Allah yang menyuruhnya supaya sujud kepada Adam.

    Azazil tidak mahu sujud bahkan timbul hasad dalam dirinya. Dia cemburu melihat Adam yang sudah dimuliakan Allah itu. Dia tidak mahu sujud dan takbur. Padahal sifat takbur dan membesar diri itu hanyalah layak bagi Al-Haq Azza wa Jalla dan cukup tercela dan membuat orang tidak boleh masuk syurga. Dalam hadis sahih ada menyatakan “Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada seberat zarah daripada sifat takbur.”

    Dalam hati Azazil ada sifat takbur, pembangkangan dan kekufuran yang menyebabkan dia dijauhkan dari rahmat Allah Subhanahu-wa-Ta’ala. Firman Allah “Maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Ia enggan dan takbur dan adalah dia termasuk dari golongan orang-orang yang kafir.” {Surah Al-Baqarah ayat 34}

    Ketika itu Azazil sudah dihukum kafir. Sejak itu namanya disebut Iblis, yang ertinya jauh. Dia menjadi jauh dari rahmat Allah dan dikeluarkan dari syurga. Sejak itu pula dia cukup marah dan dendam melihat Adam. Dia berazam untuk mengganggu dan menjerumuskan Adam serta anak cucunya. Firman Allah Surah Al-Israa ayat 62 “Dia (Iblis) berkata “Terangkanlah kepadaku, inilah orang-orang yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, nescaya benar-benar akan aku sesatkan anak cucunya kecuali sebahagian kecil.”

    Surah Al-A’raaf ayat 13 “Turunlah engkau dari syurga itu (wahai Iblis), kerana engkau tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya. Maka keluarlah, Sesungguhnya engkau termasuk orang-orang yang hina.”

    Iblis memohon kepada Allah Subhanahu-wa-Ta’ala supaya dipanjangkan umurnya sampai hari kiamat, ternyata Allah Subhanahu-wa-Ta’ala menerimanya permintaannya itu kerana ada hikmahnya. Iblis mula membuat strategi bagaimana caranya menjerumuskan Adam. Dia begitu benci dan dendam kepada Adam kerana dia merasa Adamlah yang menyebabkannya dibuang dari syurga. Adam juga yang menyebabkannya hina. Kononnya disebabkan Adam dia tidak mendapat nikmat lagi dan dijauhkan dari rahmat Allah Subhanahu-wa-Ta’ala.

    Kerana geramnya melihat Adam, dia berjanji kepada Allah akan menggoda dan menyesatkan Adam bersama anak cucunya, sesuai dengan Firman Allah. “Iblis menjawab “Kerana Engkau tealh menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan menghalang-halangi mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakkan mereka bersyukur (taat).” Surah Al-A’raaf ayat 16-17

    Segala kesenangan ada di dalam syurga. Apa saja yang diinginkan, dapat diperolehi tanpa bersusah payah. Sesungguhnya ia adalah suatu tempat yang amat indah, permai dan penuh nikmat, menjadi idaman setiap insan.

    Demikian menurut riwayat, Allah Subhanahu-wa-Ta’ala menciptakan Adam Alaihi-Salam sebagai manusia pertama. Hamba-Nya yang dimuliakan itu ditempatkan di dalam syurga.

    Adam Alaihi-Salam hidup sendirian, tiada seorang kawan pun, baginda berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap langit yang tinggi, bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari makhluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejaran di angkasa bebas, menyanyi, bersiul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.

    Adam Alaihi-Salam terpikat melihatnya, teringin menjadi sepertinya, tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan hendak diajak. Baginda merasa kesepian, sudah lama tinggal di syurga seperti orang kebingungan, tiada pasangan yang untuk diajak bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.

    Tiada apa yang dilakukan sehari-harian kecuali bermalas-malas, bersantai, mengambil angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi berjenis bunga-bungaan semerbak mewangi, di bawahnya mengalir anak-anak sungai yang bercabang-cabang dan desiran airnya umpama pembangkit rindu.

    Apa saja di dalam syurga adalah nikmat! Tetapi apalah erti segalanya jika hati resah gelisah dan kesepian seorang diri? Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam Alaihi-Salam di dalam syurga. Baginda perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan berdamping dengannya dalam kesenangan yang tidak terhingga. Kadangkala tatkala rindunya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengar burung bernyanyian, bersahut-sahutan, tetapi bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertekan.

    Bila angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, daun-daun melambai gemalai dan mendesirkan sayup-sayup suara, maka meninggalkan kesan sedih dan terharu yang sangat mendalam di hatinya. Dirasakannya derita batin di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

    Walau demikian, Adam Alaihi-Salam mungkin malu untuk mengadukan halnya kepada Allah Subhanahu-wa-Ta’ala. Namun, Al-Alim Azza wa Jalla melihat apa yang tersembunyi di hati hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta’ala ingin mengusir rasa kesepian Adam Alaihi-Salam. Apabila Adam Alaihi-Salam sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, baginda masih termenung di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba rasa mengantuk datang dan membawanya hanyut ke alam tidur.

    Adam Alaihi-Salam tidur nyenyak tanpa mempedulikan apa-apa yang ada di sekelilingnya. Di saat itulah Allah Subhanahu-wa-Ta’ala menyampaikan perintah kepada malaikat Jibrail Alaihi-Salam untuk mencabut tulang rusuk Adam Alaihi-Salam dari sisi sebelah kiri.

    Bagai orang yang dibius, Adam Alaihi-Salam tidak merasa apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibrail Alaihi-Salam. Dengan qudrat kuasa Ilahi, dengan hanya berfirman “Kun” maka terjadilah apa yang kehendaki-Nya.

    Itulah Hawa yang dijadikan dari tulang rusuk Adam Alaihi-Salam, sebagai penghuni syurga yang kedua dan sebagai pelengkap kurnia yang di anugerahkan kepada Adam Alaihi-Salam yang inginkan seorang kawan untuk bermesra dan bersenda gurau.

    Hawa duduk bersandar di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tidak jauh di hadapannya. Pemikiran yang bergelombang dalam sanubari Hawa seolah-olah arus elektrik yang mengetuk hati Adam Alaihi-Salam, lantas menerimanya sebagai mimpi yang berkesan dalam gambaran jiwanya ketika itu.

    Adam Alaihi-Salam terbangun dari beradunya. Alangkah terkejutnya ketika melihat makhluk sama seperti dirinya hanya beberapa langkah dihadapannya. Baginda seolah-olah tidak percaya dengan penglihatannya. Baginda masih terbaring sambil mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.

    Hawa yang diciptakan lengkap dengan berperasaan malu, segera memalingkan badannya untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, sambil mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.

    Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Dia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, lemah-lembut, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap orang yang memandang.

    Dia adalah wanita tercantik yang menghiasi syurga dan kecantikannya itu akan diwarisi turun temurun pada hari kemudian dan daripadanyalah akan ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang sesudahnya.

    Adam Alaihi-Salam pun tidak kurang gagah dan kacaknya. Tiada cacat pada dirinya kerana baginda adalah satu-satunya makhluk insan yang diciptakan oleh Allah Subhanahu-wa-Ta’ala secara langsung tanpa perantaraan. Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pula diwariskan turun temurun kepada generasi selepasnya sebagai anugerah Allah Subhanahu-wa-Ta’ala kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penghuni syurga (lelaki) nanti merupai wajah seperti wajahnya bapa manusia iaitu Nabi Adam Alaihi-Salam. Dan adalah wajah Nabi Adam menyamai wajah nabi Ibrahim dan wajah Nabi Muhammad pula menyamai wajah Nabi Ibrahim. Wajah paling sempurna dan paling indah ialah wajah Nabi Muhammad.

    Adam Alaihi-Salam bangkit dari pembaringannya. Baginda membuka mata, memperhatikan dengan pandangan tajam. Baginda sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, tetapi kebenaran.

    Baginda tahu dan yakin makhluk itu manusia seperti dirinya. Baginda serta merta membawa kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Baginda sedar bahawa itulah dia jenis yang dirinduinya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.

    Baginda tertawa kepada gadis jelita yang menyambutnya tersipu-sipu sambil menundukkan kepalanya, pandangannya dapat menyingkap apa yang terselit di kalbunya. Adam Alaihi-Salam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.

    Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam Alaihi-Salam serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, tiada tandingannya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam Alaihi-Salam ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik, paling jelita dan paling harum dari segala-galanya.

    Adam Alaihi-Salam dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Baginda berseru “Wahai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu dan untuk siapakah engkau disini?” Suara sopan, lembut dan penuh kasih-sayang.

    “Aku Hawa,” sambutnya ringkas. “Aku dari Khaliq.” Suaranya terhenti seketika. “Aku… aku… aku, dijadikan untukmu!” Tekanan suaranya menyakinkan. Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa, tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.

    Kata-kata yang paling segar didengar oleh Adam Alaihi-Salam ialah tatkala Hawa mengucapkan kata terputus-putus “Aku… aku… aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu penuh dengan kasih sayang, menambah kemesraan Adam Alaihi-Salam kepada Hawa. Adam Alaihi-Salam sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan Azza wa Jalla dan cinta pun datang dari-Nya juga. Baginda tahu bahawa Allah Azza wa Jalla itu cantik, suka kepada kecantikan juga. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan bererti cinta kepada Tuhan.

    Cinta itu bukan dosa malah satu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Khaliq. Dengan keyakinan demikian Adam Alaihi-Salam menjemput Hawa dengan berkata “Kekasihku, ke marilah engkau kepadaku!” Suaranya halus, penuh kemesraan.

    “Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya dan kepalanya memberi isyarat menolak sambil memandang Adam Alaihi-Salam penuh ketakjuban. “Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.

    Adam Alaihi-Salam tidak ragu-ragu. Baginda mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah bermulanya wanita itu didatangi bukan mendatangi.

    Hawa bangkit dari tempat duduknya, sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam Alaihi-Salam, namun haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Dalam sanubarinya, dia tidak dapat menyangkal bahawa dia pun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam Alaihi-Salam yang sungguh indah.

    Adam Alaihi-Salam tidak putus asa. Baginda tahu itu bukan dosa. Baginda tahu membaca isi hati. Baginda tahu bukannya Hawa menolak, tetapi suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Baginda tahu bahawa di sebalik ‘malu’ terselit rasa ‘mahu’ kerana baginda yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan untuknya. Naluri insaninya bergelora.

    Tatkala sudah hampir dengan Hawa serta menghulurkan tangan suci kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru “Hai Adam! Tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan berkahwin!” Adam Alaihi-Salam tersentak lalu balik ke tempat asalnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran dari Ilahi dan hatinya tenteram kerananya. Kedua-dua manusia dalam syurga itu terdiam demikian menunggu perintah.

    Al-Rahman Azza wa Jalla menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kedua hamba-Nya yang saling memerlukan. Dia memerintahkan bidadari-bidadari syurga yang indah untuk menghiasi dan menghiburkan pasangan Adam itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan dari syurga yang indah-indah belaka.

    Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon ‘Syajarah Thuba’. Menjadi saksi atas perkahwinan Adam Alaihi-Salam dan Hawa.

    Diriwayatkan bahawa pada akad perkahwinan itu Allah Azza wa Jalla berfirman “Segala puji adalah milik-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadilah saksi kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku mengahwinkan Hawa dengan Adam Alaihi-Salam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”

    Setelah akad nikah selesai, datanglah para malaikat dan bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqult dan intan permata kepada pasangan agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam Alaihi-Salam mendapat isterinya di istana megah yang akan mereka diami.

    Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak mula. “Mana mahar?” Tanyanya. Dia menolak sentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu. Adam Alaihi-Salam bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah memberi. Baginda lebih insaf daripada itu dan haruslah menjadi kaedah asas dalam pergaulan hidup.

    Sekarang baginda sudah mempunyai pasangannya. Antara sesama pasangan harus ada saling memberi dan menerima. Pemberian pada perkahwinan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh itu, Adam Alaihi-Salam menyedari hakikat tuntutan Hawa itu bahawa menerima mahar adalah benar.

    Untuk keluar dari keraguan, Adam Alaihi-Salam berseru “Ilahi, Ilahi, Ilahi… Ya Rabbi! Dengan apakah yang akan aku berikan kepadanya sebagai mahar? Emaskah, intankah, perak atau permata?” Jawab Allah “Bukan.” “Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untukMu sebagai maharnya?” Tanya Adam Alaihi-Salam dengan penuh pengharapan.

    “Bukan!” tegas suara ghaib. Adam diam dalam kebuntuan. Kemudian bermohon “Kalau begitu tunjukkanlah hamba-Mu jalan keluar!” Al-Haq Azza wa Jalla berfirman “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas NabiKu, Nabi dan Rasul yang bakal Aku utuskan bagi membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku, Muhammad. Cincin permata dari para Nabi dan dialah penutup serta penghulu segala anbiya. Ucapkanlah sepuluh kali!”

    Adam Alaihi-Salam merasa lega. Baginda mengucapkan sepuluh kali selawat ke atas Nabi Muhammad Sal-Allahu-Alaihi-wa-Salam sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual kerana Nabi Muhammad Sal-Allahu-Alaihi-wa-Salam adalah rahmatan lil ‘alamin.

    Hawa mendengar dan menerimanya sebagai mahar. “Hai Adam! Kini aku halalkan Hawa bagimu.” Perintah Allah “Dapatkanlah dia sebagai isterimu!” Adam Alaihi-Salam bersyukur lalu menemui isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih.

    Allah Subhanahu-wa-Ta’ala kemudian berfirman kepada mereka “Dan Wahai Adam! TInggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.” {Al-A’raaf ayat 19}

    Dengan perkahwinan ini Adam Alaihi-Salam tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan perkahwinan yang pertama dalam sejarah umat manusia dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah perkahwinan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.

    Peristiwa perkahwinan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya menetap di syurga, hanya Allah Subhanahu-wa-Ta’ala yang tahu. Lalu keduanya diperintah turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu-wa-Ta’ala dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

    Firman Allah Subhanahu-wa-Ta’ala “Kami berfirman lagi “Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka). Maka sesiapa yang mengikuti petunjuk-Ku itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.” (Al-Baqarah ayat 38)

    -----------------------------------------------------------
    gelaran untuk langit

    Langit pertama ar-Rafii'ah, Ahli ibadah (al-Abid),
    Langit kedua al-Maa'uun, Ahli ruku (ar-Raki),
    Langit ketiga al-Maziinah, Ahli sujud (as-Saajid),
    Langit keempat az-Zahirah, Selalu merendah dan takluk kepada Allah (al-Khaasyi),
    Langit kelima al-Muniirah, Selalu ta'at (al-Qaanit),
    Langit keenam al-Khaliishah, Bersungguh-sungguh dalam beribadah (al-Mujtahid),
    Langit ketujuh al-Ajiibah, Sederhana dalam menggunakan sarana hidup (az-Zahid).


    -------------------------------------------------------------------------------------------------------
    Istana Iblis

    Sufyan dari Abu Az Zubair dari Jabir dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Singgasana Iblis adalah di tengah laut, disanalah ia mengirimkan para tentaranya. Yang paling tinggi kedudukannya adalah yang paling besar kejahatannya “.

    Dalam Shahih Muslim telah menceritakan kepada kami Uthman bin Abu Syaibah dan Ishaq bin Ibrahim, berkata Ishaq: Telah diberitahu kepada kami, sedangkan Uthman berkata: Telah menceritakan kepada kami Jarir dari Al A’masy dari Abu Sufyan dari Jabir berkata: Aku mendengar nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda: Sesungguhnya singgasana Iblis berada di atas laut, ia mengirim bala tentaranya kemudian mereka menggoda manusia. Yang paling agung bagi iblis adalah yang paling besar godaannya.”

    dan dalam Musnad Ahmad mengatakan telah bercerita kepada kami Abu Mu’awiyah telah bercerita kepada kami Al ‘A’masy dari Abu Sufyan dari Jabir berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Iblis meletakkan istananya di atas air kemudian mengutus pasukannya. Singgasana paling rendah di air dihuni oleh yang paling besar kejahatannya, Iblis mendatangi satu persatu anggotanya, ada yang menjawab ‘Saya telah melakukan ini dan itu’, maka (Iblis) berkata; ‘Kamu belum berbuat apa-apa”. Baginda bersabda lagi: “Kemudian ia mendatangi yang lain dan berkata; ‘Saya tidak meninggalkan dia, sampai saya dapat memisahkan dia dengan isterinya’”. Rasulullah s.a.w bersabda: “Maka ia (iblis) tersebut menjadikan anggotanya yang telah berhasil memisahkan suami isteri itu dekat dengannya”, atau beliau bersabda: “Maka ia selalu menyertainya, hingga raja iblis itu berkata; ‘Anak buah terbaik adalah kamu”. Abu Mu’awiyah pernah berkata; “Maka Iblis menjadikan anggotanya itu sangat dekat” dengannya.
     

    Suatu cerita sedih buat selamanya

    Pada tahun 10 Hijrah, Nabi Muhammad SAW bersama-sama seratus kaum Muslimin telah ke Mekkah bagi menunaikan ibadah haji. haji yang dilakukan oleh Rasulullah SAW itu merupakan haji yang terakhir & disebut juga sebagai haji Wada' yang bermaksud haji perpisahan.

    Ketika berada di padang Arafah itulah, Allah telah menurunkan wahyu-Nya yang terakhir kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW juga telah menyampaikan khutbah Wada' yang merupakan pesanannya yang terakhir buat kaum Muslimin. antara amanat Rasulullah SAW dalam khutbah terakhir baginda.

    Setelah kembali dari mengerjakan haji, Rasulullah SAW jatuh sakit. baginda menderita demam & sakit kepala yang teruk sehingga tidak dapat menjadi imam ketika berjamaah di masjid bersama-sama para sahabatnya.

    Keadaan Rasulullah SAW yang uzur itu menyebabkan para sahabatnya sedih & bimbang. Abu Bakar yang merupakan sahabat & bapa mertua Rasulullah SAW terlalu bimbangkan kesihatan baginda sehingga mengalirkan air mata kerana terlalu menyayanginya. Rasulullah SAW lalu melantik Abu Bakar untuk menggantikan dirinya sebagai imam solat.

    Pada suatu hari, sakit yang dialami Rasulullah SAW semakin teruk sehingga baginda tidak dapat bangun. isteri Rasulullah SAW iaitu Aisyah lalu meletakkan suami yang disayanginya itu di pangkuannya. turut kelihatan di situ ialah anak baginda yang bernama Fatimah yang setia menjaga ayahnya.

    Rasulullah SAW lalu memanggil Fatimah & membisikkan sesuatu menyebabkan anaknya itu menangis. namun setelah sekali lagi dibisik, Fatimah sebaliknya tersenyum gembira pula. Aisyah yang kehairanan lalu bertanya kepada Fatimah : "ya Fatimah, apakah yang dibisikkan oleh Rasulullah SAW kepadamu?"

    Fatimah lalu menjawab : "ayah berkata bahawa umurnya sudah tidak lama lagi untuk meninggalkan kita, itulah yang membuatku sedih & menangis. bisikan kali kedua pula ayah berkata bahawa akulah manusia pertama yang akan dijumpai dahulu di syurga. itulah yang membuat aku tersenyum & gembira."

    Tidak lama selepas itu Rasulullah SAW pun menghembuskan nafasnya yang terakhir iaitu pada hari Isnin, 12 Rabiul Awwal tahun 11 Hijrah. Aisyah lalu menyampaikan berita sedih itu kepada para sahabat yang ramai berkumpul di rumah mereka.

    Berita kewafatan Rasulullah SAW telah mengejutkan para sahabat. ramai yang tidak mempercayai berita tersebut. antara mereka yang tidak dapat menerima berita tersebut ialah sahabat baik RAsulullah SAW iaitu Umar sendiri. Umar yang tidak dapat menerima kenyataan kewafatan Rasulullah SAW berteriak sambil menghunuskan pedangnya : "siapa yang menyatakan Muhammad sudah meninggal dunia, aku akan pancung lehernya." ada juga mereka yang imannya kurang menjadi lemah semangat & kembali menjadi kufur.

    Akhirnya para sahabat termasuk Umar terpaksa menerima hakikat bahawa Rasulullah SAW telah wafat. Abu Bakar lalu berucap bagi mententramkan keadaan para sahabat : "sesiapa yang memuja Muhammad, ketahuilah bahawa sesungguhnya Muhammad sudah tiada lagi & barang siapa yang menyembah Allah, ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah sentiasa hidup & kekal."

    Seterusnya, Umar berucap sebagaimana di dalam Q.S. Ali Imran ayat 144 yang bermaksud : "dan Muhammad itu tiada lain hanyalah seorang Rasul yang sudah didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). jika demikian, kalai ia mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir) dan (ingatlah) sesiapa yang berbalik (berpaling tadah menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada Allah sedikit pun, dan (sebaliknya) Allah akan memberikan balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)."

    Setelah kewafatan Rasulullah SAW, Abu Bakar telah dilantik bagi menggantikan tempat baginda kerana dialah yang paling rapat & paling berpengalaman diantara mereka. pelantikan Abu Bakar diterima ramai & dia menjadi khalifah Islam yang pertama

    Pertandingan : antara halal dan haram

    Khilaf Ulama: Ulama berselisih pendapat pada hukum pertandingan yang mana hadiah dari setiap peserta yang bertanding. Ada empat pendapat:

    PENDAPAT PERTAMA: Harus pertandingan yg ada hadiah dari duit peserta sekiranya ada muhallil (peserta yang tidak membayar duit tetapi mendapat hadiah yg sama sekiranya dia menang). Ini pendapat Mazhab Syafie, Hanafi dan Hambali.

    Dalil mereka:

    مَنْ أَدْخَلَ فَرَسًا بَيْنَ فَرَسَيْنِ يَعْنِي وَهُوَ لَا يُؤْمَنُ أَنْ يَسْبِقَ فَلَيْسَ بِقِمَارٍ ، وَمَنْ أَدْخَلَ فَرَسًا بَيْنَ فَرَسَيْنِ وَقَدْ أُمِنَ أَنْ يَسْبِقَ فَهُوَ قِمَارٌ

    Siapa bertanding kuda yang mana salah satu peserta tadi tidak membayar tidak dianggap sebagai pertaruhan dengan syarat peserta yang tidak membayar itu mampu untuk menandingi peserta lain. Sekiranya peserta dan kudanya lemah dan tidak mampu menandingi peserta lain itu dianggap pertaruhan.

    Hadis riwayat Abu Daud (2579)

    PENDAPAT KEDUA: hARAm pertandingan yang mana peserta-pesertanya membayar duit hadiah samada ada muhallil atau tidak. Ini Mazhab Maliki

    Dalilnya adalah ini adalah termasuk pertaruhan dan perjudian yang diharamkan tuhan dalam ayat 90 surah al-Maidah:



    Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

    PENDAPAT KETIGA: hARam pertandingan yang mana hadiahnya dari peserta kecuali pertandingan sahaja berdasarkan hadis Abu Daud yang telah lepas. Ini pendapat Ibnu Hazm Az-Zahiri.

    PENDAPAT KEEMPAT: harus pertandingan dengan adanya hadiah yang datang dari peserta. Ini pendapat Ibnul Qayyim dan Ibnu Taimiah.

    Dalilnya:

    حديث أبي لبيد : أتينا أنس بن مالك فقلنا : أكنتم تراهنون على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم ؟ قال : نعم لقد راهن رسول الله صلى الله عليه وسلم على فرس يقال لها : سبحة جاءت سابقة ، فبهش لذلك ، وأعجبه

    Hadis dari Abu Labid: Kami berjumpa dengan Anas bin Malik dan bertanya “ Adakah kamu bertaruh di zaman Rasulullah saw? Anas menjawab “ Ya, sesungguhnya Rasulullah saw bertaruh terhadap kuda yang dinamakan yang bernama sabhah. Kuda itu mendahului yang menyebabkan baginda gembira dan kagum dengannya.”

    Hadis riwayat imam Ahmad (12564) Haithami berkata perawi2nya semuanya dipercayai

    ﺍﻟﻬﺒﻪ :APAKAH IA : PERLUKKAH ADIL

    Hebah (pemberian) iaitu memberi seorang akan suatu dengan tiada ganti pada ketika hidup.

    Sekiranya memberi dengan ada ganti dinamakan jual beli, seperti berkata seorang “ aku beri kepada engkau barang ini dengan pemberian engkau kepada aku seekor ayam”, dan sah jual beli dengan lafas hebah.

    Sekiranya memberi digantungkan dengan mati seperti berkata seorang “aku beri barang ini kepada engkau setelah aku mati” maka dinamakan wasiat.

    Memberi sesuatu dengan mengharapkan pahala akhirat dinamakan sedekah sementara memberi sesuatu yang dihantar kepada orang yang diberi kerana memuliakannya dinamakan hadiah.

    Syarat hebah hendaklah ada ijab (penawaran) dan kabul (terima tawaran).

    Contoh lafas ijab aku beri benda ini kepada engkau, aku mempermilik benda ini kepada engkau, aku muliakan engkau sambil menghulurkan barang kepada orang yang diberi dan sebagainya.

    Contoh lafas kabul aku terima, aku terima hebah, dan sebagainya.

    Sunat bagi bapa, datuk dan ke atas mensamakan pemberian kepada anak dan ke bawah sama ada anak atau cucu itu lelaki atau perempuan.

    Harus bapa atau datuk dan ke atas mengambil balik pemberian yang telah diberi kepada anak dan ke bawah.

    Tidak harus selain asal (bapa teratas) mengambil balik pemberian, contoh selain bapa teratas seperti saudara, bapa saudara dan lainnya.


    SUATU SIROH 

    Abu Sa‘id al-Khudri radhiallahu ‘anh berkata:

    Sesungguhnya seorang lelaki dari Yaman telah berhijrah kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam (untuk berjihad) lalu baginda bertanya: “Adakah kamu mempunyai seseorang di Yaman?”
    Dia menjawab: “Ibubapa aku.” Rasulullah bertanya: “Adakah mereka memberi izin kepada engkau?”
    Dia menjawab: “Tidak.”
    Rasulullah bersabda: “Kembalilah kepada mereka berdua dan mintalah izin dari mereka berdua.
    Jika mereka mengizinkan engkau maka berjihadlah akan tetapi (jika tidak)
    maka berbuat baiklah kepada mereka berdua.”

    Al-Syaukani rahimahullah mengulas berkenaan hadis di atas:

    Dalam hadis (di atas) terdapat petunjuk bahwa berbuat baik kepada ibubapa adalah lebih utama daripada berjihad. Manakala sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam Jika mereka mengizinkan engkau maka berjihadlah di dalamnya terkandung dalil bahawa wajib (hukumnya) meminta izin ibubapa di dalam urusan berjihad dan yang sedemikian adalah pendapat jumhur ulama’. Dan mereka memutuskan dengan keharaman berjihad jika kedua-duanya atau salah seorang daripada mereka menegah (anak mereka) daripada berjihad kerana sesungguhnya berbuat baik kepada ibubapa adalah fardhu ‘ain manakala jihad adalah fardhu kifayah. Akan tetapi apabila hukum jihad jatuh fardhu ‘ain maka tidak perlu meminta izin (daripada mereka berdua).



    Pernah seorang anak datang mengadu kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

    “Wahai Rasulullah, saya memiliki harta dan anak akan tetapi ayahku ingin menghabiskan harta aku.” Rasulullah menjawab: “Kamu dan harta kamu adalah milik ayah kamu.”

    Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

    Tidak dihalalkan bagi seseorang memberikan satu pemberian kemudian memintanya balik kecuali seorang ayah terhadap apa yang diberikannya kepada anaknya.

    menunjukkan betapa besar hak ibubapa ke atas kita sehingga harta kita dan apa yang pernah mereka berikan kepada kita boleh menjadi milik mereka. Sekalipun kedua-dua hadis di atas hanya merujuk kepada seorang ayah, akan tetapi seorang ibu termasuk sama. Ini kerana hak seorang ibu terhadap anaknya adalah lebih besar sebagaimana yang dijelaskan dalam beberapa hadis sebelum ini.

    Maksudnya diguna untuk kebaikan bukan maksiat..jadi kalau dpinjam orang talipon ka kereta ka anak punya..adakah kita yakin itu diguna untuk lebaikan..na apa mcm?

    dari hukum fiqh, maka hukum yang terkandung dalam kedua-dua hadis bukanlah secara mutlak tetapi dibatasi dengan kaedah bahawa ketaatan hanya dalam perkara yang ma’ruf, bukan maksiat. Sebelum ini telah dikemukakan dua buah hadis:

    Menjadi kewajipan seorang muslim untuk mendengar dan taat, perkara yang disukai mahupun yang dibenci selagi mana ia tidak melibatkan maksiat. Maka jika disuruh untuk melakukan maksiat maka tidak perlu mendengar dan tidak perlu mentaatinya.

    Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah aku lebih dicintainya berbanding ibubapanya, anaknya dan manusia seluruhnya.

    Di samping itu terhadap sebuah hadis lain daripada ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh dimana beliau menerangkan:

    Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menghantar satu ekspedisi pejuang dan melantik seorang lelaki

    dari kalangan Ansar sebagai pemimpinnya. Baginda memerintahkan mereka (para pejuang) untuk mentaati pemimpin tersebut. Dalam ekspedisi itu, pemimpin tersebut menjadi marah kepada mereka

    (para pejuangnya) dan berkata:

    “Tidakkah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan kalian mentaati aku?”

    Mereka menjawab: “Ya.”

    Dengan itu dia berkata: “Aku memerintahkan kalian memungut kayu api, nyalakan api dan lompat ke dalamnya!”

    Maka mereka memungut kayu api dan menyalakan api. Akan tetapi tatkala mereka ingin melompat ke dalam, mereka melihat kepada satu sama lain dan sebahagian daripada mereka berkata:

    “Sesungguhnya kita mengikuti Nabi shallallahu 'alaihi wasallam (agama Islam) tidak lain untuk menyelamatkan diri daripada api, apakah patut kita memasukinya sekarang?”

    Sementara itu api padam dan kemarahan pemimpin mereka juga menjadi reda. Maka setelah itu mereka menceritakan apa yang berlaku kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Baginda menjawab: “Seandainya kalian melompat ke dalamnya pasti kalian tidak akan keluar selama-lamanya. Sesungguhnya ketaatan tidak lain hanya dalam perkara ma’ruf (kebaikan yang selari dengan syari‘at Islam).”

    Oleh itu apabila dikatakan: “Kamu dan harta kamu adalah milik ayah kamu”, maka ia bukanlah keseluruhan harta sehingga meninggalkan kita dalam keadaan muflis dan merana. Akan tetapi yang dimaksudkan adalah, ibubapa memiliki kedudukan yang amat besar terhadap kita sehingga mereka berhak kepada sebahagian daripada harta kita. Betapa tidak, bukankah ibubapa juga, ketika kita masih kecil, telah mengorbankan sebahagian besar harta mereka untuk membesar dan mendidik kita? Justeru berdasarkan hadis ini, kita tidak boleh bersikap kedekut terhadap ibubapa. Hendaklah secara rela kita berkongsi sebahagian harta bersama ibubapa dan memberikan lebih dari itu jika mereka berhajat kepadanya.

    Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan firman-Nya:

    Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad):
    “Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)?”
    Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada kedua ibubapa…” [al-Baqarah 2:215]

    Dalam sebuah hadisnya, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:

    Seorang anak belum membalas budi ayahnya sehingga dia mendapati ayahnya seorang budak hamba, lalu dia membelinya dan memerdekakannya.

    hak ibubapa untuk mengambil semula pemberian mereka kepada kita. Pengambilan semula adalah dengan syarat ia tidak menjadikan kita dalam keadaan yang sukar. Sebagai contoh, jika ibubapa telah memberi duit pendahuluan kepada kita untuk membeli kereta, mereka hanya boleh meminta balik duit tersebut jika kita belum membeli kereta. Jika kita sudah membeli kereta, ibubapa tidak boleh meminta balik kerana ini akan membebankan kita.


    MAKA PERLUKAH ADIL DALAM PEMBERIAN KEPADA ANAK-ANAK?


    Al-Imam as-Syafi‘e Radhiallahu ‘anhu menjelaskan bahawa tabarru‘ (memberi sesuatu kepada orang lain tanpa gantian) seseorang akan hartanya kepada orang lain terbahagi kepada dua:

    1. Yang tergantung (tertakluk) kepada kematian iaitu wasiat.

    2. Yang terlaksana ketika hidup. Ia terbahagi kepada dua;

    Pertama: Memindahkan milik semata-mata, iaitu hibah, hadiah dan sedekah.

    Kedua: Wakaf.

    Hibah dalam istilah syara‘ ialah memindah milik sesuatu tanpa perlu menukar ganti. Hibah merangkumi sedekah dan hadiah, kerana ia mempunyai definisi yang hampir sama, cuma yang membezakannya ialah tujuan dan maksud semasa menyampaikannya.
    Jika pemberian itu dimaksudkan sebagai satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan mengharapkan pahala, maka ia adalah sedekah. Namun jika ia
    dimaksudkan sebagai satu penghargaan, sanjungan dan tanda kasih, maka ia dinamakan hadiah, dan jika ia tidak dimaksudkan seperti di atas, maka ia hanyalah satu pemberian biasa (hibah).
    Hukum hibah (termasuklah hadiah dan sedekah) itu adalah sunat.

    Ini kerana hibah itu merupakan suatu kebajikan dan ia terkandung dalam firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

    Tafsirnya:
    “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa.”

    (Surah al-Ma’idah: 2)

    Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

    Maksudnya:
    “Wahai perempuan-perempuan Islam, janganlah kamu menghina seorang jiran (yang menghadiahkan) kepada jirannya walaupun hanya dengan kuku kambing (walau hanya sesuatu yang sedikit).”
    (Hadits riwayat Muslim)

    Sabda baginda lagi:

    Maksudnya:
    “Beri memberilah antara kamu, nescaya kamu akan kasih mengasihi sesama kamu.”
    (Hadits riwayat Malik)

    Jelaslah bahawa Islam menggalakkan umatnya supaya bersikap saling beri memberi, kerana ia boleh melahirkan perasaan kasih sayang. Walau bagaimana kecil sekalipun pemberian itu, namun ia tetap dianggap suatu pemberian bahkan akan mendapat ganjaran pahala.

    Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

    Tafsirnya:
    “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat dzarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!”
    (Surah az-Zalzalah: 7)

    Orang yang lebih utama diberikan hibah itu adalah kaum kerabat dan jiran. Sunat saling doa mendoakan memohon keberkatan dan sebagainya antara pemberi dan penerima, sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh ‘A’isyah Radhiallahu ‘anha katanya:

    Maksudnya:
    “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dihadiahkan seekor kambing, baginda bersabda: “Bahagi-bahagikanlah ia.” Apabila tiba khadam (yang menghantar daging) ‘Aisyah bertanya: “Apa yang mereka katakan (ketika menerima daging)?” Khadam menjawab: “Mereka mengucapkan (semoga Allah memberkati apa yang masih tinggal pada kamu).” Maka ‘Aisyah berkata: “(Dan semoga Allah memberkati apa yang ada pada mereka), kita hendaklah menjawab sebagaimana yang mereka ucapkan, dan kekallah pahala kita untuk kita.”

    (Hadits riwayat Ibnu as-Sinni)

    Perlukah Adil Dalam Pemberian Kepada Anak?

    Makruh bagi ayah mengutamakan seorang anak daripada anak-anaknya yang lain dalam pemberian sama ada hibah, hadiah, sedekah, wakaf atau derma yang lainnya.

    Maka sunat bagi ayah berlaku adil kepada anak-anaknya sama ada lelaki atau perempuan hatta kepada cucu-cucunya dalam memberi suatu pemberian, sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh an-Nu‘man bin Basyir Radhiallahu ‘anhuma katanya:

    Maksudnya:
    “Ayahku telah bersedekah kepadaku sebahagian hartanya, maka berkata ibuku ‘Amrah Binti Rawahah: “Saya tidak rela sehinggalah engkau mempersaksikannya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.” Maka ayahku pergi kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam untuk dipersaksikan sedekahku. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada ayahku: “Adakah engkau membuat begini (memberi sedekah) kepada semua anakmu?” Berkata (ayahku): “Tidak.” Baginda bersabda: “Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan berlaku adillah kepada anak-anak kamu.” Maka ayahku kembali dan menarik balik sedekah itu.”

    (Hadits riwayat Muslim)

    Selain ayah, disunatkan juga kepada ibu, nenek lelaki dan nenek perempuan berlaku adil kepada anak dan cucu mereka. Jika diutamakan salah seorang daripada mereka dalam pemberian maka
    hukumnya makruh (tapi pemberian itu sah), kerana ini boleh membawa kepada perasaan hasad dengki dan sifat menderhaka, sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh an-Nu‘man bin Basyir
    Radhiallahu ‘anhuma ketika ayahnya datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam untuk dipersaksikan pemberian yang dia beri kepada anaknya, lalu baginda bersabda:

    Maksudnya:
    “Adakah kesemua anakmu engkau berikan pemberian sepertimana yang engkau berikan an-Nu‘man?” (Ayah) berkata: “Tidak.” Baginda bersabda: “Maka persaksikanlah pekara ini (kepada orang) selain aku.” Kemudian baginda bersabda: “Apakah engkau suka mereka berbuat baik yang sama kepadamu?” Dia berkata: “Ya.” Baginda bersabda: “Jika demikian tidaklah (aku mahu mempersaksikannya).”

    (Hadits riwayat Muslim)

    Menurut ad-Damiri bahawa berlaku adil kepada anak-anak itu adalah dituntut hatta dalam memberi ciuman kepada mereka. Sementara as-Syiekh Sulaiman al-Jamal menyebutkan bahawa bukan sahaja adil dalam pemberian bahkan juga berlemah lembut dalam percakapan dan sebagainya.

    Ketika Bila Ia Makruh?

    Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, ayah yang mengutamakan seorang anak daripada anak-anaknya yang lain dalam pemberian adalah makruh, apabila kesemua anak-anaknya
    itu sama-sama berhajat pada pemberian atau sama-sama tidak berhajat padanya.

    Adapun jika tidak sama keadaan mereka seperti salah seorang daripada anaknya berhajat pada pemberian dan anak-anaknya yang lain tidak berhajat, maka tidaklah makruh memberi keutamaan kepada anaknya yang berhajat itu.

    Demikianlah juga halnya tidak makruh memberi keutamaan kepada anaknya yang tidak menderhaka, yang tidak fasiq, yang berilmu dan wara‘. Sebagaimana para sahabat Radhiallahu ‘anhum mengutamakan sebahagian anak mereka. Adapun jika kedua-dua anaknya itu fasiq akan tetapi salah seorang daripadanya kefasiqannya lebih berat berbanding yang seorang lagi, seperti seorang anaknya itu peminum arak, penzina dan peliwat dan seorang yang lain hanya peminum arak, maka didahulukan yang lebih ringan kefasiqannya.

    Haram memberi sesuatu pemberian kepada anak yang fasiq, apabila diketahui bahawa ia akan membelanjakan pemberian itu pada kemaksiatan. Jika ibu bapa tidak adil dalam pemberian itu, contohnya seorang anak diberi dengan bahagian yang lebih banyak dan yang lain hanya sedikit, maka dalam hal ini ada dua cara penyelesaian:

    Pertama: Yang lebih utama, disama ratakan pemberian itu dengan menambah kekurangan pada anak yang mendapat bahagian yang sedikit.

    Kedua: Diambil lebihan daripada anak yang mendapat bahagian yang lebih banyak itu supaya menjadi sama rata. Sebagai kesimpulannya, ibu bapa hendaklah berlaku adil kepada anak-anak dalam memberikan suatu pemberian sama ada berbentuk hadiah, sedekah ataupun wakaf agar tidak menimbulkan di hati mereka perasaan dengki dan penderhakaan.


    Sumber : Mufti Brunei

    Perkara yang kecil : Rezeki Berat


    Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sayi Wal Harakah yg disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi, beliau menyenaraikan ada 43 perkara membuatkan rezeki itu sempit..minta ndak dpt..minta ndak dpt..ada sebab yg besar..da sebab yg kecil malah sering kita buat..apa dia?

    tidak sembahyang atau solat;
    tidak membaca Bismillah ketika hendak makan;
    makan atas pinggan yang terbalik;
    memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri;
    menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam hidangan makanan;
    berwuduk di tempat buang air besar atau air kecil;
    suka bersandar pada pintu rumah;
    suka duduk di atas tangga;
    membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan;
    membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung;
    tidak membersihkan rumah;
    membuang sampah atau menyapu dengan kain;
    suka membersihkan rumah pada waktu malam;
    suka tidur di atas muka;
    membakar kulit bawang;
    menjahit baju yang sedang dipakai;
    mengelap muka dengan baju;
    berdiri sambil bercekak pinggang;
    tidur tidak memakai baju;
    makan sebelum mandi hadas;
    tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh;
    pergi ke pasar sebelum matahari terbit;
    lambat pulang dari masjid;
    doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak;
    kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan;
    suka memadam pelita dengan nafas;
    membuang kutu kepala dalam keadaan hidup;
    membasuh kaki dengan tangan kanan;
    membuang air kecil pada air yang mengalir;
    memakai seluar sambil berdiri;
    memakai serban sambil duduk;
    mandi junub di tempat buang air atau tempat najis;
    makan dengan menggunakan dua jari;
    berjalan di antara kambing;
    berjalan di antara dua perempuan;
    suka mempermainkan janggut;
    suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut;
    meletakkan tapak tangan pada hidung;
    suka menggigit kuku dengan mulut;
    mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan;
    mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil;
    menguap ketika solat; dan
    meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

    JANJI

    janji dari kita dan kita bersetuju dan berjanji. Inilah yg disebutkan dalam firman Allah (a.w):
    Allah (a.w) berfirman: ‘Dan ingatlah ketika Tuhan kamu menjadikan keturunan anak-anak (yakni, keturunan) Adam dari punggung (i.e. tulang sulbi) mereka. Dan (Tuhan) mengambil penyaksian mereka ke atas diri mereka (dengan berfirman): ‘Bukankah Aku Tuhan kamu?’ Mereka (yakni, roh) menjawab: ‘Bahkan! Kami mempersaksikan (Yakni, kami naik saksi dan mengakui Engkaulah Allah (a.w), Tuhan kami).’ Supaya tiada kamu katakan pada hari Qiamat nanti bahawa: 'Kami tertegah (tertegah dari memperhambakan diri dan mengerjakan segala perintah dan suruhanMu)dalam perkara ini.' (yakni, dari mengabdikan diri kepada Allah (a.w) (sejajar dengan tututuan Allah (a.w)).’
    [ Surah al-A’raf :172]

    tiga bulan dalam rahim ibu kita, kita telah berjanji dengan Allah (a.w) untuk beriman denganNya, menurut segala perintah dan ketetapanNya dan menjalani kehidupan di dunia, apabila dilahirkan kelak, mempertuhankan Dia. Ketika roh ditiupkan ke dalam jasad kita - ketika itu kita sudahpun sempurna dari segi fizikal kita - sebagai manusia, kita sudah berdepan dengan Allah (a.w) dan melafazkan ikrar janji kita kepadaNya.
    Malangnya, jika kita dilahirkan dalam keluarga bukan Islam, dan kita tidak mempelajari al-Quran dan as-Sunnah, maka kita tidak dapat mengingati ikrar janji kita itu. Jika kita dilahirkan dalam keuarga Islam, kita juga tidak tahu akan janji kita itu, jika kita tidak mempelajari al-Quran dan as-Sunnah. maka dengan itu jugalah ramai yg lahir Islam, tetapi bertindak atau mengikuti gayahidup bukan Islam. Mereka juga lupa akan ikrar janji itu. Bagi mereka yg dilahirkan dalam keluarga Islam, kemudian berusaha memelajri al-Quran dan as-Sunnah, maka mereka ketemui semula ikrar janji mereka semasa alam roh itu. Jika dilaksanakan janjinya, selamatlah dia, kerana berusaha sekuat mampu memenuhi ikrar janjinya itu. Dan, jika tidak, hancurlah dia.
    Jadi kita diwajibkan menuntut ilmu mengenai Islam itu. Demikianlah sabda Rasulallah (s.a.w): 'Tolibul ilmi faridatun 'ala kulli muslim' [Maksud: Mempeljari ilmu itu wajib bagi setiap yg Islam]
    [Hadith Bukhari]



    jadi bermusabahlah..mana janji kita, kita ada kemanisan islam dan iman..kita dilahirkan bersama islam..ada dlm surat beranak..tapi iman itulah janji kita pada Allah.

    ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺻﻠﻲ ﻭﺳﻠﻢ ﻭﺑﺎﺭﻙ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﻋﻠﻰ ﺍﻟﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻋﻠﻴﻪ

    إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا


    At Taiyimi katanya, ”Apabila mereka berselawat ke atas Nabi s.a.w. maka para malaikat pun turut berselawat bersama mereka sehingalah mereka selesai berselawat.”

    Satu kali selawat Allah akan membalas dengan 10 kali selawat untuknya.
    Satu kali selawat Allah akan mengangkatnya dengan 10 darjat.
    Malaikat juga akan turut membaca selawat ke atas orang yang membaca selawat untuk Rasulullah s.a.w.
    Doa yang disertai dengan selawat akan diperkenankan oleh Allah Taa’la tetapi doa yang tidak disertai dengan selawat ianya akan tergantung di antara langit dan bumi.
    Akan mendapat tempat yang dekat dengan Rasulullah s.a.w. di hari kiamat nanti.
    Allah akan menggandakan limpah kurnia dan rahmat-Nya pada mereka yang berselawat untuk Nabi s.a.w.
    Dapat membersihkan hati, jiwa dan roh kotor yang berselaput di dalam dada.
    Dapat membuktikan kecintaan dan kasih sayang kita terhadap Rasulullah.
    Mewariskan kecintaan Rasulullah terhadap umatnya.
    Akan terselamat dan terpelihara daripada segala apa yang mendukacitakan dari hal keduniaan mahu pun akhirat.
    Dengan membaca selawat akan dapat mengingatkan kembali apa-apa yang telah kita lupa.
    Akan mendapat nur yang bersinar-sinar di hati apabila kita berselawat 100 kali dengan bersungguh-sungguh.
    Mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan seorang hamba bila kita berselawat sebanyak 10 kali.
    Allah akan meluas dan melapangkan rezekinya dari sumber-sumber yang tidak diketahui.
    Allah akan memberatkan timbangan amalnya pada neraca timbangan di hari kiamat nanti.
    Mendapat keberkatan dari Allah bagi dirinya dan juga keluarganya.
    Mendapat rasa kasih sayang dari hati-hati orang mukmin terhadapnya.
    Akan mendekatkan dirinya dengan Telaga Haudh (Telaga Rasulullah s.a.w.) serta dapat pula meminumnya di hari kiamat nanti.
    Dapat melepaskan diri seseorang itu dari tergelincir semasa melalui titian Sirat dan ia dengan selamat menuju ke syurga.

    Imam Ibnu Mandah dalam "al-Fawaaid", Imam al-Ashbahaani dalam "at-Targhib", Imam ad-Dailami dalam "Musnad al-Firdaus" dan Imam al-Baihaqi dalam "Hayatul Anbiya" meriwayatkan satu hadits daripada Sayyidina Anas r.a. bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:

    "Sesiapa bersalawat ke atasku 100 kali pada hari Jumaat dan malam Jumaat, nescaya ditunaikan Allah baginya 100 hajat, 70 dari hajat-hajat akhirat dan 30 dari hajat-hajat dunia. Kemudian Allah wakilkan seorang malaikat untuk menghadapku dengan membawa sholawat-sholawat tersebut dalam kuburku sebagaimana menghadap orang membawa hadiah kepada kamu, bahawasanya ilmu/pengetahuanku setelah mati sama seperti ilmu/pengetahuanku sewaktu aku hidup.


    Suatu Kisah

    Permintaan Malaikat Isrofil kepada Allah SWT

    Rasulullah SAW telah bersabda bahwa, “Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail as. telah berkata kepadaku.

    Berkata Jibril as. : “Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing t...angannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”

    Berkata pula Mikail as. : “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”

    Berkata pula Israfil as. : “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah SWT dan aku TIDAK AKAN mengangkat kepalaku sehingga Allah SWT mengampuni orang itu (yang bershalawat).”

    Malaikat Izrail as pula berkata : “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembut nya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.”

    Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah SAW? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah SAW.

    Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para Malaikat.

    Bacaan selawat Nabi sangat beragam, ini adalah satu dari beragam itu. Ya Nabi Salam Alaika Ya Rasul salam alaika Ya Habiib salam alaika Sholawatulloh alaika.

    Allah swt. berfirman: "Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaik atNya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya". (QS. Al-Ahzab: 56)

    Nabi Muhammad saw. bersabda: "Berselawatlah kamu kepadaku, karena shalawat itu menjadi zakat penghening jiwa pembersih dosa bagimu". (Diriwayatkan oleh Ibnu Murdawaih)

    Dari Abu Hurairah ra. diberitakan Nabi Muhammad saw. bersabda: "Janganlah kamu menjadikan rumah-rumahmu sebagai kubur dan menjadikan kuburku sebagai persidangan hari raya. Berselawatlah kepadaku, kerana selawatmu sampai kepadaku dimana saja kamu berada". (HR. An-Nasai, Abu Dawud dan Ahmad serta dishahihkan oleh An-Nawawi)


    Dari Abu Hurairah ra. diberitakan Nabi Muhammad saw. bersabda: "Janganlah kamu menjadikan rumah-rumahmu sebagai kubur dan menjadikan kuburku sebagai persidangan hari raya. Berselawatlah kepadaku, kerana selawatmu sampai kepadaku dimana saja kamu berada". (HR. An-Nasai, Abu Dawud dan Ahmad serta dishahihkan oleh An-Nawawi)

    ."

    لا اله إلا الله

    عن أنس رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال (( يخرج من النار من قال لا إله إلا الله وفي قلبه وزن شعيرة من خير ويخرج من النار من قال لا إله إلا الله وفي قلبه وزن برة من خير ويخرج من النار من قال لا إله إلا الله وفي قلبه وزن ذرة من خير )) * البخاري

    عن أبي هريرة رضي الله عنه أنه قال قيل يا رسول الله من أسعد الناس بشفاعتك يوم القيامة قال رسول الله صلى الله عليه وسلم (( لقد ظننت يا أبا هريرة أن لا يسألني عن هذا الحديث أحد أول منك لما رأيت من حرصك على الحديث أسعد الناس بشفاعتي يوم القيامة من قال لا إله إلا الله خالصا من قلبه أو نفسه ) )* البخاري

    قال رسول الله صلى الله عليه وسلم (( فإن الله قد حرم على النار من قال لا إله إلا الله يبتغي بذلك وجه الله ) ) البخاري

    عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال (( من قال لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير في يوم مائة مرة كانت له عدل عشر رقاب وكتبت له مائة حسنة ومحيت عنه مائة سيئة وكانت له حرزا من الشيطان يومه ذلك حتى يمسي ولم يأت أحد بأفضل مما جاء به إلا أحد عمل أكثر من ذلك ) )* البخاري

    عن أبي ذر رضي الله عنه قال أتيت النبي صلى الله عليه وسلم وعليه ثوب أبيض وهو نائم ثم أتيته وقد استيقظ فقال (( ما من عبد قال لا إله إلا الله ثم مات على ذلك إلا دخل الجنة قلت وإن زنى وإن سرق قال وإن زنى وإن سرق قلت وإن زنى وإن سرق قال وإن زنى وإن سرق قلت وإن زنى وإن سرق قال وإن زنى وإن سرق على رغم أنف أبي ذر وكان أبو ذر إذا حدث بهذا قال وإن رغم أنف أبي ذر ) ) قال أبو عبد الله هذا عند الموت أو قبله إذا تاب وندم وقال لا إله إلا الله غفر له * البخاري

    عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم (( إذا قال المؤذن الله أكبر الله أكبر فقال أحدكم الله أكبر الله أكبر ثم قال أشهد أن لا إله إلا الله قال أشهد أن لا إله إلا الله ثم قال أشهد أن محمدا رسول الله قال أشهد أن محمدا رسول الله ثم قال حي على الصلاة قال لا حول ولا قوة إلا بالله ثم قال حي على الفلاح قال لا حول ولا قوة إلا بالله ثم قال الله أكبر الله أكبر قال الله أكبر الله أكبر ثم قال لا إله إلا الله قال لا إله إلا الله من قلبه دخل الجنة ) ) مسلم

    عن عمر رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال (( من دخل السوق فقال لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو حي لا يموت بيده الخير وهو على كل شيء قدير كتب الله له ألف ألف حسنة ومحا عنه ألف ألف سيئة ورفع له ألف ألف درجة ) )* الترمذي

    عن أبي إسحق عن الأغر أبي مسلم قال أشهد على أبي سعيد وأبي هريرة أنهما شهدا على النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال (( من قال لا إله إلا الله والله أكبر صدقه ربه فقال لا إله إلا أنا وأنا أكبر وإذا قال لا إله إلا الله وحده قال يقول الله لا إله إلا أنا وحدي وإذا قال لا إله إلا الله وحده لا شريك له قال الله لا إله إلا أنا وحدي لا شريك لي وإذا قال لا إله إلا الله له الملك وله الحمد قال الله لا إله إلا أنا لي الملك ولي الحمد وإذا قال لا إله إلا الله ولا حول ولا قوة إلا بالله قال لا إله إلا أنا ولا حول ولا قوة إلا بي وكان يقول من قالها في مرضه ثم مات لم تطعمه النار ) ) الترمذي

    عن عمارة بن شبيب السبأي رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم (( من قال لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو على كل شيء قدير عشر مرات على إثر المغرب بعث الله مسلحة يحفظونه من الشيطان حتى يصبح وكتب الله له بها عشر حسنات موجبات ومحا عنه عشر سيئات موبقات وكانت له بعدل عشر رقاب مؤمنات ) )* الترمذي

    عن ثابت البناني وداود بن أبي هند عن عمرو بن شعيب عن أبيه عن جده قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم (( من قال لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير مائتي مرة في كل يوم لم يسبقه أحد كان قبله ولا يدركه أحد بعده إلا بأفضل من عمله ) )* احمد

    عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول (( من قال لا إله إلا الله والله أكبر والحمد لله وسبحان الله ولا حول ولا قوة إلا بالله كفرت ذنوبه وإن كانت مثل زبد البحر ) ) * احمد

    عن أبي سعيد الخدري وأبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال (( إن الله اصطفى من الكلام أربعا سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر فمن قال سبحان الله كتب الله له عشرين حسنة أو حط عنه عشرين سيئة ومن قال الله أكبر فمثل ذلك ومن قال لا إله إلا الله فمثل ذلك ومن قال الحمد لله رب العالمين من قبل نفسه كتبت له ثلاثون حسنة وحط عنه ثلاثون سيئة ) )* احمد

    عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم (( من قال لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير من قالها عشر مرات حين يصبح كتب له بها مائة حسنة ومحي عنه بها مائة سيئة وكانت له عدل رقبة وحفظ بها يومئذ حتى يمسي ومن قال مثل ذلك حين يمسي كان له مثل ذلك ) )* احمد

    عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم (( من سبح ثلاثا وثلاثين وكبر ثلاثا وثلاثين وحمد ثلاثا وثلاثين وقال لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير خلف الصلاة غفر له ذنبه ولو كان أكثر من زبد البحر ) ) * احمد

    عن البراء بن عازب رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال (( من منح منحة ورق أو منحة لبن أو هدى زقاقا فهو كعتاق نسمة ومن قال لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير فهو كعتاق نسمة ) )* احمد

    عن أبي بكر بن أبي موسى عن أبيه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم (( قال أبشروا وبشروا الناس من قال لا إله إلا الله صادقا بها دخل الجنة فخرجوا يبشرون الناس فلقيهم عمر رضي الله تعالى عنه فبشروه فردهم فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم من ردكم قالوا عمر قال لم رددتهم يا عمر قال إذن يتكل الناس يا رسول الله ) )* احمد

    عن حذيفة رضي الله عنه قال أسندت النبي صلى الله عليه وسلم إلى صدري فقال (( من قال لا إله إلا الله قال حسن ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة ومن صام يوما ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة ومن تصدق بصدقة ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة ) )* احمد

    عن النعمان بن بشير رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم (( إن مما تذكرون من جلال الله التسبيح والتهليل والتحميد ينعطفن حول العرش لهن دوي كدوي النحل تذكر بصاحبها أما يحب أحدكم أن يكون له أو لا يزال له من يذكر به ) )* ابن ماجه
    عن أنس رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال (( يخرج من النار من قال لا إله إلا الله وفي قلبه وزن شعيرة من خير ويخرج من النار من قال لا إله إلا الله وفي قلبه وزن برة من خير ويخرج من النار من قال لا إله إلا الله وفي قلبه وزن ذرة من خير )) * البخاري

    عن أبي هريرة رضي الله عنه أنه قال قيل يا رسول الله من أسعد الناس بشفاعتك يوم القيامة قال رسول الله صلى الله عليه وسلم (( لقد ظننت يا أبا هريرة أن لا يسألني عن هذا الحديث أحد أول منك لما رأيت من حرصك على الحديث أسعد الناس بشفاعتي يوم القيامة من قال لا إله إلا الله خالصا من قلبه أو نفسه ) )* البخاري

    قال رسول الله صلى الله عليه وسلم (( فإن الله قد حرم على النار من قال لا إله إلا الله يبتغي بذلك وجه الله ) ) البخاري

    عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال (( من قال لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير في يوم مائة مرة كانت له عدل عشر رقاب وكتبت له مائة حسنة ومحيت عنه مائة سيئة وكانت له حرزا من الشيطان يومه ذلك حتى يمسي ولم يأت أحد بأفضل مما جاء به إلا أحد عمل أكثر من ذلك ) )* البخاري

    عن أبي ذر رضي الله عنه قال أتيت النبي صلى الله عليه وسلم وعليه ثوب أبيض وهو نائم ثم أتيته وقد استيقظ فقال (( ما من عبد قال لا إله إلا الله ثم مات على ذلك إلا دخل الجنة قلت وإن زنى وإن سرق قال وإن زنى وإن سرق قلت وإن زنى وإن سرق قال وإن زنى وإن سرق قلت وإن زنى وإن سرق قال وإن زنى وإن سرق على رغم أنف أبي ذر وكان أبو ذر إذا حدث بهذا قال وإن رغم أنف أبي ذر ) ) قال أبو عبد الله هذا عند الموت أو قبله إذا تاب وندم وقال لا إله إلا الله غفر له * البخاري

    عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم (( إذا قال المؤذن الله أكبر الله أكبر فقال أحدكم الله أكبر الله أكبر ثم قال أشهد أن لا إله إلا الله قال أشهد أن لا إله إلا الله ثم قال أشهد أن محمدا رسول الله قال أشهد أن محمدا رسول الله ثم قال حي على الصلاة قال لا حول ولا قوة إلا بالله ثم قال حي على الفلاح قال لا حول ولا قوة إلا بالله ثم قال الله أكبر الله أكبر قال الله أكبر الله أكبر ثم قال لا إله إلا الله قال لا إله إلا الله من قلبه دخل الجنة ) ) مسلم

    عن عمر رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال (( من دخل السوق فقال لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو حي لا يموت بيده الخير وهو على كل شيء قدير كتب الله له ألف ألف حسنة ومحا عنه ألف ألف سيئة ورفع له ألف ألف درجة ) )* الترمذي

    عن أبي إسحق عن الأغر أبي مسلم قال أشهد على أبي سعيد وأبي هريرة أنهما شهدا على النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال (( من قال لا إله إلا الله والله أكبر صدقه ربه فقال لا إله إلا أنا وأنا أكبر وإذا قال لا إله إلا الله وحده قال يقول الله لا إله إلا أنا وحدي وإذا قال لا إله إلا الله وحده لا شريك له قال الله لا إله إلا أنا وحدي لا شريك لي وإذا قال لا إله إلا الله له الملك وله الحمد قال الله لا إله إلا أنا لي الملك ولي الحمد وإذا قال لا إله إلا الله ولا حول ولا قوة إلا بالله قال لا إله إلا أنا ولا حول ولا قوة إلا بي وكان يقول من قالها في مرضه ثم مات لم تطعمه النار ) ) الترمذي

    عن عمارة بن شبيب السبأي رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم (( من قال لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو على كل شيء قدير عشر مرات على إثر المغرب بعث الله مسلحة يحفظونه من الشيطان حتى يصبح وكتب الله له بها عشر حسنات موجبات ومحا عنه عشر سيئات موبقات وكانت له بعدل عشر رقاب مؤمنات ) )* الترمذي

    عن ثابت البناني وداود بن أبي هند عن عمرو بن شعيب عن أبيه عن جده قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم (( من قال لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير مائتي مرة في كل يوم لم يسبقه أحد كان قبله ولا يدركه أحد بعده إلا بأفضل من عمله ) )* احمد

    عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول (( من قال لا إله إلا الله والله أكبر والحمد لله وسبحان الله ولا حول ولا قوة إلا بالله كفرت ذنوبه وإن كانت مثل زبد البحر ) ) * احمد

    عن أبي سعيد الخدري وأبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال (( إن الله اصطفى من الكلام أربعا سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر فمن قال سبحان الله كتب الله له عشرين حسنة أو حط عنه عشرين سيئة ومن قال الله أكبر فمثل ذلك ومن قال لا إله إلا الله فمثل ذلك ومن قال الحمد لله رب العالمين من قبل نفسه كتبت له ثلاثون حسنة وحط عنه ثلاثون سيئة ) )* احمد

    عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم (( من قال لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير من قالها عشر مرات حين يصبح كتب له بها مائة حسنة ومحي عنه بها مائة سيئة وكانت له عدل رقبة وحفظ بها يومئذ حتى يمسي ومن قال مثل ذلك حين يمسي كان له مثل ذلك ) )* احمد

    عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم (( من سبح ثلاثا وثلاثين وكبر ثلاثا وثلاثين وحمد ثلاثا وثلاثين وقال لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير خلف الصلاة غفر له ذنبه ولو كان أكثر من زبد البحر ) ) * احمد

    عن البراء بن عازب رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال (( من منح منحة ورق أو منحة لبن أو هدى زقاقا فهو كعتاق نسمة ومن قال لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير فهو كعتاق نسمة ) )* احمد

    عن أبي بكر بن أبي موسى عن أبيه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم (( قال أبشروا وبشروا الناس من قال لا إله إلا الله صادقا بها دخل الجنة فخرجوا يبشرون الناس فلقيهم عمر رضي الله تعالى عنه فبشروه فردهم فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم من ردكم قالوا عمر قال لم رددتهم يا عمر قال إذن يتكل الناس يا رسول الله ) )* احمد

    عن حذيفة رضي الله عنه قال أسندت النبي صلى الله عليه وسلم إلى صدري فقال (( من قال لا إله إلا الله قال حسن ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة ومن صام يوما ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة ومن تصدق بصدقة ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة ) )* احمد

    عن النعمان بن بشير رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم (( إن مما تذكرون من جلال الله التسبيح والتهليل والتحميد ينعطفن حول العرش لهن دوي كدوي النحل تذكر بصاحبها أما يحب أحدكم أن يكون له أو لا يزال له من يذكر به ) )* ابن ماجه
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA