الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    HATI YANG MATI

    Tanda-tanda hati yang mati

    Al-Imam Ibnu Athaillah Askandary telah merumuskan: “Sebahagian tanda-tanda kematian hati ialah tidak gundah dan susah atas sesuatu yang telah luput ia pada anda(manusia), berupa segala sesuatu yang bersesuaian (dengan perintah atau anjuran agama Allah s.w.t). Dan meninggalkan penyesalan atas sesuatu yang telah anda kerjakan dari segala hal yang tidak baik.”

    Bagi orang-orang yang sedang berjalan dengan amal ibadahnya menuju keredhaan Allah, mendekatkan dirinya kepada Allah dan menambah makrifahnya tentang ketuhanan Allah yang Maha Esa, adalah syarat yang
    terpenting bagi orang itu supaya hatinya selalu hidup.Hidup yang dimaksudkan
    disini bukan hidup jasmani tetapi hidup hati dalam sifat maknawiyah atau rohaniah. Atau dengan pengertian lain bahawa hati itu hidup dengan keimanan yang mantap kepada segala sesuatu yang wajib diimani. Kerana itulah maka Al-Imam Ibnu Athaillah menerangkan kepada kita, bahawa hati yang hidup dengan keimanan itu ialah hati yang sudah gundah-gundah, apabila yang punya hati sendiri meninggalkan perintah-perintah Allah s.w.t, apalagi menentang dan berlawanan denganNya. 

    Hati yang hidup adalah hati yang merasa pedih dan pilu apabila yang punya diri mengerjakan maksiat-maksiat tetapi hati yang hidup akan senang sekali apabila dirinya mengerjakan perbuatan-perbuatan yang diperintahkan atau yang dianjurkan Allah. Bahkan hati itu sendiri itu sendiri mencari-cari segala sesuatu yang diredhai oleh Allah s.w.t.

    Kerana itulah apabila hati sudah tidak merasakan pedih dan pahit maka hati itu akan lari daripadaNya. Inilah yang menyebabkan bahawa yang punya diri telah mengerjakan larangan-larangan agama, maka hatinya yang hidup dalam erti tersebut diatas akan menyesali perbuatan-perbuatan yang tidak baik itu.

    Nabi s.a.w telah bersabda tentang bayangan hati yang hidup dan hati yang mati, beliau bersabda: “Barangsiapa yang menggembirakan akannya oleh kebaikkanya dan menyusahkan akannya oleh kejahatannya, maka orang itu
    ialah orang yang beriman. Maksudnya, apabila kita mengerjakan amaliah yang baik menurut agama kita, maka senang hati kita, lega perasaan kita dan gembira kita kerananya. Maka kita adalah orang yang beriman kepada Allah s.w.t. Dan juga apabila kita mengerjakan sesuatu yang baik seperti mengerjakan larangan Allah, maka hati kita sempit, kita susah kerananya dan selalu dalam resah gelisah, maka kita adalah orang yang beriman.
    Apabila Allah telah memberikan taufiq kepada kita untuk amal soleh, maka Allah menggembirakan hati kita pada menghadapinya dan pada mengerjakannya. Sebab Allah telah redha atas kita dan kerana itu hati kita pun selalu berhadap kepadaNya di samping perbuatan kita mengikuti tujuan kehendak hati kita.

    KITA DAN ALAM

    Alam yang pertama
    1. Alam yang kita lalui di sulbi ayah.
    2. Kemudian berpindah ke dalam Rahim ibu.

    “Dan ketika Tuhan kamu menjadikan keturunanAdam dari punggungnya, dan Tuhan mengambil kesaksian dari mereka dengan berkata: Bukankah Aku ini Tuhan kamu? Mereka berkata: Bahkan! Kami menjadi saksi, bahwa kamu nanti di Hari Kiamat tiada dapat mengatakan, bahwa kami ini lalai dari perkara itu”
    Surah Al-A’raaf ayat 172
    Jelaslah di ayat ini, yang mana Allah S.W.T telah menyatakan kisah Hari Mitsaaq (hari perjanjian) yang mana kita – zuriat Nabi Adam A.s- telah pun berjanji untuk mengakui keesaan dan ketuhanan Allah S.W.T
    Alam yang manusia akan telah pun lalui di alam yang mana masanya sejak Allah Ta’ala mencipta Adam A.s dan membekalkan zuriat di tulang punggungnya yang penuh keberkatan.

    Alam yang kedua:
    Alam yang kita menjalani hidup di dunia.

    Ibnul jawzi telah membahagikan peringkat-peringkat umur itu kepada lima kategori:
    1. Masa kanak-kanak: iaitu dari peringkat umur bayi hingga seseorang itu mencapai umur lima belas tahun.
    2. Masa muda: iaitu dari peringkat umur lima belas tahun (15), hingga umur tiga puluh lima tahun (35).
    3. Masa dewasa: iaitu dari peringkat umur 35 tahun, hingga 50 tahun.
    4. Masa tua: iaitu dari peringkat umur 50 tahun hingga umur 70tahun.
    5. Masa tua Bangka, iaitu dari peringkat umur 70 tahun hinggalah ke akhir umur yang dikurniakan Tuhan.
    Mengapakah para Ulama telah membahagikan umur-umur manusia hingga sedemikan peringkat? Apa yang kita sebagai manusia -lebih lebih lagi umat Islam- dapat mempelajari dari pembahagian ini?

    Kerana di alam yang kedua inilah -alam yang tidak kekal- alam yang manusia diminta untuk beramal dan diuji, amalan kita di ambil kira –dihisab- oleh itu, maka elok kita mengenal pasti peringkat mana yang harus kita mula mendidik dan beramal anak-anak kita. Bukan kah Nabi Muhammad S.A.W telah memesan umat Islam:
    “Kedua kaki anak Adam itu akan tetapberdiri di hadapan Tuhannya pada Hari Kiamat, sehingga selesai ditanya tentang empat perkara”
    1. Tentang umurnya, untuk apa dihabiskan.
    2. Tentang mas mudanya, untuk apa dipergunakan.
    3. Tentang hartanya, dari mana diperolehi dan untuk apa dibelanjakan.
    4. Tentang ilmunya, apa yang sudah dibuat dengannya.
    Alam yang ketiga
    Di alam Barzakh, ketika kita di kubur.
    Bermulanya dari masa manusia keluar dari dunia ini dengan menempuhi mati hinggalah ia dibangkitkan dari kubur.
    Siksaan kubur
    Siksaan Kubur adalah HAK iaitu benar, sepertimana Rasulullah s.a.w pernah berpesan. Dan beliau telah mengkhabar pada umatnya, “Kebanyakan siksa kubur disebabkan tiada memlihara diri dari kencing.”
    Nabi juga berpesan supaya kita memohon pada Allah Ta’ala supaya dihindarkan dari siksaan kubur.

    Alam yang Allah S.W.T telah nyatakan dalam firmannya:
    “Dan di hadapan mereka terdapat Barzakh, hinggalah ke hari mereka dibangkitkan.” (Al-Mu’minun: 100)

    Di alam ini, walau jasad musnah – kecuali para wali-wali Allah S.W.T- ditelan bumi dek zaman, tetapi roh manusia itu kekal di alam Barzakh. Di alam yang mana manusia lalui antara alam Dunia dan alam Akhirat di masa antara dua tiupan.
    Alam yang keempat:
    Di padang Mahsyar
    Bermulanya daripada kebangkitan manusia dari kuburnya untuk menerima pengadilan Tuhan, sehinggalah kepada masuknya ahli syurga ke syurga, dan masuknya ahli neraka ke dalam neraka.

    “ Dan ditiupkanlah pada sangkakala, maka mereka pun bangun dari kubur masing-masing, lalu dating kepada Tuhan mereka dengan berbondong-bondong.”
    (Yasin: 51)
    Mizan (Amalan ditimbang)
    Di alam ini, umat manusia akan melalui saat genting, mereka akan menuju ke padang Mahsyar supaya amalan mereka dihitung oleh Allah S.W.T, bahkan amalan mereka akan di timbang, sebagaimana firman Allah Taa’la:

    “ Dan neraca pada hari itu tepat, maka barangsiapa yang berat timbangannya (kebaikan), niscayalah mereka itu menjadi orang-orangyang beruntung. Dan barangsiapa yang ringan timbangannya, niscayalah mereka itu adalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, disebabkan mereka tiada mempercayai keterangan-keterangan Kami.” (Al-A’raf:8-9)
    Di titian Shirath
    Setelah itu manusia akan melalui Shirath (jembatan), yang mana ianya dipasang di atas muka jahannam, seperti diriwayatkan, Shirath itu lebih tajam dari pedang dan lebih halus dari rambut, tatkala itu manusia akan melaluinya menurut kadar amalan masing-masing.

    a. Ada yang umpama kilat ketika melintasi titian Shirath. Ada yang umpama angin. Ada yang seperti burung atau kuda.
    b. Begitu juga ada yang merangkak dan ada yang dijilat api, dan yang ada terjerumus ke gaung nereka.
    Di telaga Nabi Muhammad S.a.w (Haudh)
    Setelah terlepas dari titian Shirath, tatkala itu umat manusia yang beriman akan menghampiri Haudh (telaga) Rasulullah S.a.w dan sekali teguk saja segala haus dan dahaga akan hilang. –Supaya Allah mengurniakan pada kita seteguk dari cawan Rasulullah S.a.w- Air dari Haudh itu lebih putih dari susu, lebih manis dari madu.
    Pesanan Rasulullah S.a.w
    “Siapa yang melepaskan dari seorang Muslim satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan Hari Kiamat. Siapa yang menutup rahsia (keburukan) seorang Muslim, niscaya Allah akan menutup rahsianya di dunia dan akhirat.”
    Dan marilah kita hayati kata mutiara dari Rasulullah S.a.w sebagai pedoman untuk kita tempuhi alam yang keempat ini, dan kita mengharapkan Syafaat dari Baginda S.a.w disaat itu sepertimana kita mengharapkan Syafaat serta Wasilah Beliau setiap kali kita membaca Doa azan, “Wahai Tuhanku yang memumpunyai seruan yang sempurna ini dan sembahyang yang akan didirikan ini, berikanlah dengan limpahan kurniaMu kepada Muhammad Wasilah(kedudukan yang paling tinggi dalam syurga) dan keutamaan serta limpahkanlah kepadanya Maqam yang terpuji yang Engkau telah janjikanbaginya.”
    Alam yang Kelima:
    Di negeri Abadi (Syurga dan Neraka)
    Di alam ini, adalah masa kemasukan ahli neraka dan kemasukan ahli syurga ke syuga buat selama-lamanya yang tiada hujung dan penghabisannya.

    Bukankah Nabi Muhammad S.a.w diutuskan untuk membawa rahmat untuk alam-alam, namun begitu ada yang telah mengingkari risalah yang di-utuskan oleh Allah S.w.t. Maka balasan buat oleh yang telah mendustakan Nabi dan tidak beriman, maka balasan mereka seperti tertera dalam Al-Quran:
    “ Maka Aku memperingatkan kamu akan api yang bernyala. Tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang jahat. Yang mendustakan (kebenaran) dan yang membelakangkan.” (Al-Lail:14-16)
    Telah Allah ciptakan neraka itu dengan mempunyai tujuh pintu. Sebagaiman yang tersebut di dalam Al-Quran:
    “Neraka itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu daripadanya ada bahagian yang sudah ditentukan.

    ATTAZKIYAH

    Pada hari kiamat nanti Allah akan menolak 4 macam alasan dari pada 4 jenis golongan manusia iaitu:

    1) ORANG KAYA,
    kalau sekirannya ia berkata,"kekayaan yang aku cari dengan usaha titik pluh sendiri telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melaksanakan amal ibadat dan kebajikan." kepada mereka ini Allah berfirman," kekayaanmu tidaklah setanding dengan kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikitpun tidak lalai dan lupa daripada mengingati Aku".


    2) HAMBA SERAYA, 
    sekiranya dia berkata," aku adalah seorang hamba dan sentiasa terikat kepada suruhan yang menjadikan aku tidak bebas. oleh sebab itu aku tiddak berpeluang untuk beribadat kepada-Mu." Firman Allah kepadanya," Utusan-Ku yang bernama Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula dia leka daripada mengerjakan ibadatnya terhadap-Ku.


    3) ORANG MISKIN, 
    sekiranya dia berkata," kemiskinan dan kekurangan yang menyababkan kami tidak berpeluang untuk beribadat kepada-Mu". Firman Allah kepadanya, "kemiskinan yang kamu rasai tidaklah semiskin sebagaimana seorang utusan-Ku iaitu Nabi Isa a.s dan dia tdaklah pula mengabaikan tanggungjawab kepada-Ku."


    4) ORANG YANG MENDERITA SAKIT, 
    sekiranya dia berkata, "penyakit inilah yang menghalang aku daripada sujud kepada-Mu", Firman Allah kepadanya, "penyakitmu itu tidaklah seteruk apa yang telah dialami oleh hamba-Ku yang mulia iaitu Nabi Ayub a.s., tetapi lidah dan hatinya sedikit pun tidak berhenti daripada menyebut nama-Ku."

    IMAM AHMAD BIN HAMBAL

    Nama lengkapnya adalah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal Asy Syaibani.
    Beliau lahir di kota Baghdad pada bulan rabi’ul Awwal tahun 164 H (780 M), pada
    masa Khalifah Muhammad al Mahdi dari Bani abbasiyyah ke III. Nasab beliau iaitu
    Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin Asas bin Idris bin Abdullah bin
    Hajyan bin Abdullah bin Anas bin Auf bin Qasith bin Mazin bin Syaiban bin Dzahal
    Tsa’labah bin akabah bin Sha’ab bin Ali bin bakar bin Muhammad bin Wail bin Qasith
    bin Afshy bin Damy bin Jadlah bin Asad bin Rabi’ah bin Nizar bin Ma’ad bin Adnan.
    Jadi beliau serumpun dengan Nabi karena yang menurunkan Nabi adalah Muzhar bin
    Nizar.Menurut sejarah beliau lebih dikenal dengan Ibnu Hanbal (nisbah bagi
    kakeknya).

    Dan setelah mempunyai beberapa orang putra yang diantaranya bernama Abdullah,
    beliau lebih sering dipanggil Abu Abdullah. Akan tetapi, berkenaan dengan
    madzabnya, maka kaum muslimin lebih menyebutnya sebagai madzab Hanbali dan
    sama sekali tidak menisbahkannya dengan kunyah tersebut.

    Sejak kecil, Imam Ahmad kendati dalam keadaan yatim dan miskin, namun berkat
    bimbingan ibunya yang shalihah beliau mampu menjadi manusia yang teramat cinta
    pada ilmu, kebaikan dan kebenaran. Dalam suasana serba kekurangan, tekad beliau
    dalam menuntut ilmu tidak pernah berkurang. Bahkan sekalipun beliau sudah menjadi
    imam, pekerjaan menuntut ilmu dan mendatangi guru-guru yang lebih alim tidak
    pernah berhenti. Melihat hal tersebut, ada orang bertanya, Sampai kapan engkau
    berhenti dari mencari ilmu, padahal engkau sekarang sudah mencapai kedudukan
    yang tinggi dan telah pula menjadi imam bagi kaum muslimin ? Maka beliau
    menjawab, Beserta tinta sampai liang lahat.

    Beliau menuntut ilmu dari banyak guru yang terkenal dan ahli di bidangnya. Misalnya
    dari kalangan ahli hadits adalah Yahya bin Sa’id al Qathan, Abdurrahman bin Mahdi,
    Yazid bin Harun, sufyan bin Uyainah dan Abu Dawud ath Thayalisi. Dari kalangan
    ahli fiqh adalah Waki’ bin Jarah, Muhammad bin Idris asy Syafi’i dan Abu Yusuf
    (sahabat Abu Hanifah ) dll. dalam ilmu hadits, beliau mampu menghafal sejuta hadits
    bersama sanad dan hal ikhwal perawinya.

    Meskipun Imam Ahmad seorang yang kekurangan, namun beliau sangat memelihara
    kehormatan dirinya. Bahkan dalam keadaan tersebut, beliau senantiasa
    berusaha
    menolong dan tangannya selalu di atas. Beliau tidak pernah gusar hatinya untuk
    mendermakan sesuatu yang dimiliki satu-satunya pada hari itu. Disamping itu, beliau
    terkenal sebagai seorang yang zuhud dn wara”. Bersih hatinya dari segala macam
    pengaruh kebendaan serta menyibukkan diri dengan dzikir dan membaca Al Qur’an
    atau menghabiskn seluruh usianya untuk membersihkan agama dan mengikisnya dari
    kotoran-kotoran bid’ah dan pikiran-pikiran yang sesat.

    Salah satu karya besar beliau adalah Al Musnad yang memuat empat puluh ribu
    hadits. Disamping beliau mengatakannya sebagai kumpulan hadits-hadits shahih dan
    layak dijadikan hujjah, karya tersebut juga mendapat pengakuan yang hebat dari para
    ahli hadits. Selain al Musnad karya beliau yang lain adalah : Tafsir al Qur’an, An
    Nasikh wa al Mansukh, Al Muqaddam wa Al Muakhar fi al Qur’an, Jawabat al Qur’an,
    At Tarih, Al Manasik Al Kabir, Al Manasik Ash Shaghir, Tha’atu Rasul, Al ‘Ilal, Al
    Wara’ dan Ash Shalah.

    Ujian dan tantangan yang dihadapi Imam Ahmad adalah hempasan badai filsafat atau
    paham-paham Mu”tazilah yang sudah merasuk di kalangan penguasa, tepatnya di
    masa al Makmun dengan idenya atas kemakhlukan al Qur’an. Sekalipun Imam Ahmad
    sedar akan bahaya yang segera menimpanya, namun beliau tetap gigih
    mempertahankan pendirian dan mematahkan hujjah kaum Mu’tazilah serta
    mengingatkan akan bahaya filsafat terhadap kemurnian agama. Beliau berkata tegas
    pada sultan bahwa al Qur’an bukanlah makhluk, sehingga beliau diseret ke penjara.
    Beliau berada di penjara selama tiga periode kekhlifahan yaitu al Makmun, al
    Mu’tashim dan terakhir al Watsiq. Setelah al Watsiq tiada, diganti oleh al Mutawakkil
    yang arif dan bijaksana dan Imam Ahmad pun dibebaskan.

    Imam Ahmadlama mendekam dalam penjara dan dikucilkan dari masyarakat, namun
    berkat keteguhan dan kesabarannya selain mendapat penghargaan dari sultan juga
    memperoleh keharuman atas namanya. Ajarannya makin banyak diikuti orang dan
    madzabnya tersebar di seputar Irak dan Syam. Tidak lama kemudian beliau meninggal
    karena rasa sakit dan luka yang dibawanya dari penjara semakin parah dan
    memburuk. Beliau wafat pada 12 Rabi’ul Awwal 241 H (855). Pada hari itu tidak
    kurang dari 130.000 Muslimin yang hendak menshalatkannya dan 10.000 orang
    Yahudi dan Nashrani yang masuk Islam. Menurut sejarah belum pernah terjadi
    jenazah dishalatkan orang sebanyak itu kecuali Ibnu Taimiyah dan Ahmad bin
    Hanbal. Semoga Allah senantiasa memberikan rahmat atas keduanya. Amin.

    IMAM ABU HANIFAH

    Imam Hanafi dilahirkan pada tahun 80 Hijrah bertepatan tahun 699 Masehi di sebuah kota bernama Kufah. Nama yang sebenarnya ialah Nu’man bin Tsabit bin Zautha bin Maha. Kemudian masyhur dengan gelaran Imam Hanafi. Imam
    Abu Hanafih adalah seorang imam Mazhab yang besar dalam dunia Islam. Dalam empat mazhab yang terkenal tersebut hanya Imam Hanafi yang bukan orang Arab. Beliau keturunan Persia atau disebut juga dengan bangsa Ajam. Pendirian beliau sama dengan pendirian imam yang lain, iaitu sama-sama menegakkan Al-Quran dan sunnah Nabi SAW.

    Kemasyhuran nama tersebut menurut para ahli sejarah ada beberapa sebab:
    1.  Kerana ia mempunyai seorang anak laki-laki yang bernama Hanifah, maka ia diberi julukan dengan Abu Hanifah.
    2.  Kerana semenjak kecilnya sangat tekun belajar dan menghayati setiap yang dipelajarinya, maka ia dianggap seorang  yang hanif (kecenderungan/condong) pada agama. Itulah sebabnya ia masyhur dengan gelaran Abu Hanifah.
    3.  Menurut bahasa Persia, Hanifah bererti tinta. Imam Hanafi sangat rajin menulis hadith-hadith, ke mana, ia pergi selalu membawa tinta. Kerana itu ia dinamakan Abu Hanifah.

    Waktu ia dilahirkan, pemerintahan Islam berada di tangan Abdul Malik bin Marwan, dari keturunan Bani Umaiyyah kelima. Kepandaian Imam Hanafi tidak diragukan lagi, beliau mengerti betul tentang ilmu fiqih, ilmu tauhid, ilmu kalam, dan juga ilmu hadith. Di samping itu beliau juga pandai dalam ilmu kesusasteraan dan hikmah.
    Imam Hanafi adalah seorang hamba Allah yang bertakwa dan soleh, seluruh waktunya lebih banyak diisi dengan amal ibadah. Jika beliau berdoa matanya bercucuran air mata demi mengharapkan keredhaan Allah SWT. Walaupun demikian orang-orang yang berjiwa jahat selalu berusaha untuk menganiaya beliau.
    Sifat keberanian beliau adalah berani menegakkan dan mempertahankan kebenaran. Untuk kebenaran ia tidak takut sengsara atau apa bahaya yang akan diterimanya. Dengan keberaniannya itu beliau selalu mencegah orang-orang yang melakukan perbuatan mungkar, kerana menurut Imam Hanafi kalau kemungkaran itu tidak dicegah, bukan orang yang berbuat kejahatan itu saja yang akan merasakan akibatnya, melainkan semuanya, termasuk orang-orang yang baik yang ada di tempat tersebut
    Sebahagian dilukiskan dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bahawa bumi ini diumpamakan sebuah bahtera yang didiami oleh dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah terdiri orang-orang yang baik-baik sementara kumpulan kedua terdiri dari yang jahat-jahat. Kalau kumpulan jahat ini mahu merosak bahtera dan kumpulan baik itu tidak mahu mencegahnya, maka seluruh penghuni bahtera itu akan binasa. Tetapi sebaliknya jika kumpulan yang baik itu mahu mencegah perbuatan orang-orang yang mahu membuat kerosakan di atas bahtera itu, maka semuanya akan selamat.
    Sifat Imam Hanafi yang lain adalah menolak kedudukan tinggi yang diberikan pemerintah kepadanya. Ia menolak pangkat dan menolak wang yang dibelikan kepadanya. Akibat dari penolakannya itu ia ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Di dalam penjara ia diseksa, dipukul dan sebagainya.
    Gubernur di Iraq pada waktu itu berada di tangan Yazid bin Hurairah Al-Fazzari. Selaku pemimpin ia tentu dapat mengangkat dan memberhentikan pegawai yang berada di bawah kekuasaannya. Pernah pada suatu ketika Imam Hanafi akan diangkat menjadi ketua urusan perbendaharan negara (Baitul mal), tetapi pengangkatan itu ditolaknya. Ia tidak mahu menerima kedudukan tinggi tersebut. Sampai berulang kali Gabenor Yazid menawarkan pangkat itu kepadanya, namun tetap ditolaknya.
    Pada waktu yang lain Gabenor Yazid menawarkan pangkat Kadi (hakim) tetapi juga ditolaknya. Rupanya Yazid tidak senang melihat sikap Imam Hanafi tersebut. Seolah-olah Imam Hanafi memusuhi pemerintah, kerana itu timbul rasa curiganya. Oleh kerana itu ia diselidiki dan diancam akan dihukum dengan hukum dera. Ketika Imam Hanafi mendengar kata ancaman hukum dera itu Imam Hanafi menjawab: “Demi Allah, aku tidak akan mengerjakan jabatan yang ditawarkan kepadaku, sekalipun aku akan dibunuh oleh pihak kerajaan.” Demikian beraninya Imam Hanafi dalam menegakkan pendirian hidupnya.
    Pada suatu hari Yazid memanggil para alim ulama ahli fiqih yang terkemuka di Iraq, dikumpulkan di muka istananya. Di antara mereka yang datang ketika itu adalah Ibnu Abi Laila. Ibnu Syblamah, Daud bin Abi Hind dan lain-lain. Kepada mereka, masing-masing diberi kedudukan rasmi oleh Gabenor.
    Ketika itu gabenor menetapkan Imam Hanafi menjadi Pengetua jawatan Sekretari gabenor. Tugasnya adalah bertanggungjawab terhadap keluar masuk wang negara. Gabenor dalam memutuskan jabatan itu disertai dengan sumpah, “Jika Abu Hanifah tidak menerima pangkat itu nescaya ia akan dihukum dengan pukulan.”
    Walaupun ada ancaman seperti itu, Imam Hanafi tetap menolak jawatan itu, bahkan ia tetap tegas, bahawa ia tidak mahu menjadi pegawai kerajaan dan tidak mahu campur tangan dalam urusan negara.
    Kerana sikapnya itu, akhirnya ditangkap oleh gabenor. Kemudian dimasukkan ke dalam penjara selama dua minggu, dengan tidak dipukul. Lima belas hari kemudian baru dipukul sebanyak 14 kali pukulan, setelah itu baru dibebaskan. Beberapa hari sesudah itu gabenor menawarkan menjadi kadi, juga ditolaknya.
    Kemudian ditangkap lagi dan dijatuhi hukuman dera sebanyak 110 kali. Setiap hari didera sebanyak sepuluh kali pukulan. Namun demikian Imam Hanafi tetap dengan pendiriannya. Sampai ia dilepaskan kembali setelah cukup 110 kali cambukan.
    Walaupun demikian ketika Imam Hanafi diseksa ia sempat berkata. “Hukuman dera di dunia lebih ringan daripada hukuman neraka di akhirat nanti.” Ketika ia berusia lebih dari 50 tahun, ketua negara ketika itu berada di tangan Marwan bin Muhammad. Imam Hanafi juga menerima ujian. Kemudian pada tahun 132 H sesudah dua tahun dari hukuman tadi terjadilah pergantian pimpinan negara, dari keturunan Umaiyyah ke tangan Abbasiyyah, ketua negaranya bernama Abu Abbas as Saffah.
    Pada tahun 132 H sesudah Abu Abbas meninggal dunia diganti dengan ketua negara yang baru bernama Abi Jaafar Al-Mansur, saudara muda dari Abul Abbas as Saffah. Ketika itu Imam Abu Hanifah telah berumur 56 tahun. Namanya masih tetap harum sebagai ulama besar yang disegani. Ahli fikir yang cepat dapat menyelesaikan sesuatu persoalan.
    Suatu hari Imam Hanafi mendapat panggilan dari baginda Al-Mansur di Baghdad, supaya ia datang mengadap ke istana. Sesampainya ia di istana Baghdad ia ditetapkan oleh baginda menjadi kadi (hakim) kerajaan Baghdad. Dengan tawaran tersebut, salah seorang pegawai negara bertanya: “Adakah guru tetap akan menolak kedudukan baik itu?” Dijawab oleh Imam Hanafi “Amirul mukminin lebih kuat membayar kifarat sumpahnya daripada saya membayar sumpah saya.”
    Kerana ia masih tetap menolak, maka diperintahkan kepada pengawal untuk menangkapnya, kemudian dimasukkan ke dalam penjara di Baghdad. Pada saat itu para ulama yang terkemuka di Kufah ada tiga orang. Salah satu di antaranya ialah Imam Ibnu Abi Laila. Ulama ini sejak pemerintahan Abu Abbas as Saffah telah menjadi mufti kerajaan untuk kota Kufah. Kerana sikap Imam Hanafi itu,
    Imam Abi Laila pun dilarang memberi fatwa.
    Pada suatu hari Imam Hanafi dikeluarkan dari penjara kerana mendapat panggilan dari Al-Mansur, tetapi ia tetap menolak. Baginda bertanya, “Apakah engkau telah suka dalam keadaan seperti ini?”

    Dijawab oleh Imam Hanafi: “Wahai Amirul Mukminin semoga Allah memperbaiki Amirul Mukminin.
    Wahai Amirul Mukminin, takutlah kepada Allah, janganlah bersekutu dalam kepercayaan dengan orang yang tidak takut kepada Allah. Demi Allah saya bukanlah orang yang boleh dipercayai di waktu tenang, maka bagaimana saya akan dipercayai di waktu marah, sungguh saya tidak sepatutnya diberi jawatan itu.”
    Baginda berkata lagi: “Kamu berdusta, kamu patut dan sesuai memegang jawatan itu.” Dijawab oleh Imam Hanafi: “Amirul Mukminin, sungguh baginda telah menetapkan sendiri, jika saya benar, saya telah menyatakan bahawa saya tidak patut memegang jawatan itu. Jika saya berdusta, maka bagaimana baginda akan mengangkat seorang maulana yang dipandang rendah oleh bangsa Arab. Bangsa Arab tidak akan rela diadili seorang golongan hakim seperti saya.”
    Pernah juga terjadi, baginda Abu Jaffar Al-Mansur memanggil tiga orang ulama besar ke istananya, iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Sufyan ats Tauri dan Imam Syarik an Nakhaei. Setelah mereka hadir di istana, maka ketiganya ditetapkan untuk menduduki pangkat yang cukup tinggi dalam kenegaraan, masing-masing diberi surat pelantikan tersebut.
    Imam Sufyan ats Tauri diangkat menjadi kadi di Kota Basrah, lmam Syarik diangkat menjadi kadi di ibu kota. Adapun Imam Hanafi tidak mahu menerima pengangkatan itu di manapun ia diletakkan. Pengangkatan itu disertai dengan ancaman bahawa siapa saja yang tidak mahu menerima jawatan itu akan didera sebanyak l00 kali deraan.
    Imam Syarik menerima jawatan itu, tetapi Imam Sufyan tidak mahu menerimanya, kemudian ia melarikan diri ke Yaman. Imam Abu Hanifah juga tidak mahu menerimanya dan tidak pula berusaha melarikan diri.
    Oleh sebab itu Imam Abu Hanifah dimasukkan kembali ke dalam penjara dan
    dijatuhi hukuman sebanyak 100 kali dera. Setiap pagi dipukul dengan cambuk sementara dileher beliau dikalung dengan rantai besi yang berat.
    Suatu kali Imam Hanafi dipanggil baginda untuk mengadapnya. Setelah tiba di depan baginda, lalu diberinya segelas air yang berisi racun. Ia dipaksa meminumnya. Setelah diminum air yang beracun itu Imam Hanafi kembali dimasukkan ke dalam penjara. Imam Hanafi wafat dalam keadaan menderita di penjara ketika itu ia berusia 70 tahun.
    Imam Hanafi menolak semua tawaran yang diberikan oleh kerajaan daulah Umaiyyah dan Abbasiyah adalah kerana beliau tidak sesuai dengan corak pemerintahan yang mereka kendalikan. Oleh sebab itu mereka berusaha mengajak Imam Hanafi untuk bekerjasama mengikut gerak langkah mereka, dan akhirnya mereka seksa hingga meninggal, kerana Imam Hanafi menolak semua tawaran yang mereka berikan.
    Sepanjang riwayat hidupnya, beliau tidak dikenal dalam mengarang kitab. Tetapi madzab beliau Imam Abu Hanifah atau madzab Hanafi disebar luaskan oleh murid-murid beliau. Demikian juga fatwa-fatwa beliau dituliskan dalam kitab-kitab fikih oleh para murid dan pengikut beliau sehingga madzab Hanafi menjadi terkenal dan sampai saat ini dikenal sebagai salah satu madzab yang empat. Di antara murid beliau yang terkenal adalah Muhammad bin Al-Hassan Al-Shaibani, yang merupakan guru dari Imam Syafi’iy

    IMAM ABU HANIFAH DAN TEROMPAH KAYU

    Imam Abu Hanifah rahimahullahu anhu. Satu hari ketika beliau sedang berjalan, tiba-tibaternampak oleh beliau seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan memakai kasut kayu.

    Beliau seraya menegur budak tersebut dengan mengatakan : ” Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu. Bimbang engkau akan tergelincir nanti “

    Budak tersebut mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya. Budak itu tiba-tiba bertanya : “Wahai Tuan, siapakah nama tuan?”

    Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab : “Namaku Nu’man ” “Oh, rupa-rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A’dzam ( Imam Yang Sangat Hebat) itu?”budak itu bertanya kembali kepada al-Imam Abu,Hanifah.

    al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab :  “Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut Namun orang ramai yang bersangka baik denganku meletakkannya”
     
    Budak itu lalu menjawab : “Wahai Imam, janganlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu, aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanya di dunia semata-mata.. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam neraka Allah taala lantaran angkuh dan berbangga-bangga”

    Menangis al-Imam Abu Hanifah rahimahullahu anhu mendengar nasihat daripada kanak-kanak kecil tersebut.

    IMAM MALIK BIN ANAS

    Nama lengkap beliau adalah Abu Abdillah Malik bin Anas bin Malik bin Anas bin Al Harits bin Ghaiman bin Khutsail bin Amr bin Al Harits Al Ashbahiy Al Humairiy. Nasabnya berakhir pada Ya’rib bin Yasyjub bin Qaththan.
    Datuknya yg juga bernama Malik bin Anas termasuk seorang tabi’in besar dan salah satu yg ikut memikul Khalifah Utsman ke kuburnya.
    Datuk kepada datuknya, Anas, adalah seorang sahabat agung, yg selalu mengikuti Rasulullah SAW dalam semua peperangan kecuali perang Badar.
    Ibunya bernama Al Aliyah binti Syariek Al Asadiyah. Namun, ada juga yg mengatakan ibunya adalah Thulaihah, bekas budak Ubaidullah bin Ma’mar.
    Imam Malik bin Anas lahir di Madinah pada tahun 93H/711M. Beliau dilahirkan
    di dalam sebuah kota yang merupakan tempat tumbuhnya Islam dan berkumpulnya generasi yang dididik oleh para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, radhiallahu ‘anhum. Sejarah keluarganya juga ada hubung-kait dengan ilmu Islam dengan datuknya sendiri seorang perawi dan penghafal hadis yang terkemuka. Pakciknya juga, Abu Suhail Nafi’ adalah seorang tokoh hadis kota Madinah pada ketika itu dan dengan beliaulah Malik bin Anas mula mendalami ilmu-ilmu agama, khususnya hadis. Abu Suhail Nafi’ ialah seorang tabi‘in yang sempat menghafal hadis daripada ‘Abd Allah ibn ‘Umar, ‘A’isyah binti Abu Bakar, Umm Salamah, Abu Hurairah dan Abu Sa‘id al-Khudri radhiallahu ‘anhum.
    Selain Nafi’, Malik bin Anas juga duduk berguru dengan Ja’afar al-Siddiq, cucu kepada al-Hasan, cucu kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Malik juga duduk belajar di Masjid Nabawi berguru dengan Muhammad Yahya al-Ansari, Abu Hazim Salmah al-Dinar, Yahya bin Sa’ad dan Hisham bin ‘Urwah. Mereka ini semua ialah anak murid kepada sahabat-sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Suasana kehidupan Malik bin Anas di Madinah yang ketika itu dipenuhi dengan para tabi‘in amatlah menguntungkannya. Para tabi‘in ini adalah mereka yang sempat hidup bersama sahabat-sahabat
    Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Mereka sempat belajar, mendengar hadis dan mengamalkan perbuatan para sahabat secara terus. Inilah antara sebab kenapa Malik bin Anas tidak pernah meninggalkan Madinah kecuali apabila pergi menunaikan ibadat hajinya.
    Suasana kehidupan Malik bin Anas di Madinah yang ketika itu dipenuhi den-gan para tabi‘in amatlah menguntung-kannya. Para tabi‘in ini adalah mereka yang sempat hidup bersama sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Mereka sempat belajar, mendengar hadis dan mengamalkan perbuatan para sahabat secara terus.
    Malik bin Anas kemudiannya mengambil alih sebagai tokoh agama di Masjid Nabawi. Ajarannya menarik sejumlah orang ramai daripada pelbagai daerah dunia Islam. Beliau juga bertindak sebagai mufti Madinah pada ketika itu. Malik juga ialah antara tokoh yang terawal dalam mengumpul dan membukukan hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di dalam kitabnya Al Muwattha’

    IMAM ASSYAFI'E

    IMAM SYAFI’I

    Nama beliau ialah Muhammad bin Idris bin Al-‘Abbas bin ‘Uthman bin Shafi’ bin
    Al-Saib bin ‘Ubaid bin Yazid bin Hashim bin ‘Abd al-Muttalib bin ’Abd Manaf bin
    Ma’n bin Kilab bin Murrah bin Lu’i bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin Al-Nadr bin
    Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilias bin Al-Nadr bin Nizar bin Ma’d bin
    ‘Adnan bin Ud bin Udad.
    Keturunan beliau bertemu dengan titisan keturunan Rasulullah s.a.w pada ‘Abd
    Manaf. Ibunya berasal dari Kabilah Al-Azd, satu kabilah Yaman yang masyhur.
    Penghijrahan ke Palestine
    Sebelum beliau dilahirkan, keluarganya telah berpindah ke Palestine kerana
    beberapa keperluan dan bapanya terlibat di dalam angkatan tentera yang
    ditugaskan untuk mengawal perbatasan Islam di sana.

    Kelahiran dan Kehidupannya
    Menurut pendapat yang masyhur, beliau dilahirkan di Ghazzah – Palestine pada
    tahun 150 Hijrah. Tidak lama sesudah beliau dilahirkan bapanya meninggal
    dunia. Tinggallah beliau bersama-sama ibunya sebagai seorang anak yatim.
    Kehidupan masa kecilnya dilalui dengan serba kekurangan dan kesulitan.
    PENGEMBARAAN IMAM AL-SHAFI’I

    Hidup Imam As-Shafi’i (150H – 204H ) merupakan satu siri pengembaraan yang
    tersusun di dalam bentuk yang sungguh menarik dan amat berkesan terhadap
    pembentukan kriteria ilmiah dan popularitinya.

    Al-Shafi’i di Makkah ( 152H – 164H )
    Pengembaraan beliau bermula sejak beliau berumur dua tahun lagi (152H),
    ketika itu beliau dibawa oleh ibunya berpindah dari tempat kelahirannya iaitu dari
    Ghazzah, Palestine ke Kota Makkah untuk hidup bersama kaum keluarganya di
    sana.
    Di kota Makkah kehidupan beliau tidak tetap kerana beliau dihantar ke
    perkampungan Bani Huzail, menurut tradisi bangsa Arab ketika itu bahawa
    penghantaran anak-anak muda mereka ke perkampungan tersebut dapat

    mewarisi kemahiran bahasa ibunda mereka dari sumber asalnya yang belum lagi
    terpengaruh dengan integrasi bahasa-bahasa asing seperti bahasa Parsi dan
    sebagainya. Satu perkara lagi adalah supaya pemuda mereka dapat dibekalkan
    dengan Al-Furusiyyah (Latihan Perang Berkuda). Kehidupan beliau di peringkat
    ini mengambil masa dua belas tahun ( 152 – 164H ).
    Sebagai hasil dari usahanya, beliau telah mahir dalam ilmu bahasa dan sejarah
    di samping ilmu-ilmu yang berhubung dengan Al-Quran dan Al-Hadith. Selepas
    pulang dari perkampungan itu beliau meneruskan usaha pembelajarannya
    dengan beberapa mahaguru di Kota Makkah sehingga beliau menjadi terkenal.
    Dengan kecerdikan dan kemampuan ilmiahnya beliau telah dapat menarik
    perhatian seorang mahagurunya iaitu Muslim bin Khalid Al-Zinji yang
    mengizinkannya untuk berfatwa sedangkan umur beliau masih lagi di peringkat
    remaja iaitu lima belas tahun.

    Al-Shafi’i di Madinah ( 164H – 179H )
    Sesudah itu beliau berpindah ke Madinah dan menemui Imam Malik. Beliau
    berdamping dengan Imam Malik di samping mempelajari ilmunya sehinggalah
    Imam Malik wafat pada tahun 179H, iaitu selama lima belas tahun.
    Semasa beliau bersama Imam Malik hubungan beliau dengan ulama-ulama lain
    yang menetap di kota itu dan juga yang datang dari luar berjalan dengan baik
    dan berfaedah. Dari sini dapatlah difahami bahawa beliau semasa di Madinah
    telah dapat mewarisi ilmu bukan saja dari Imam Malik tetapi juga dari ulama-
    ulama lain yang terkenal di kota itu.

    Al-Shafi’i di Yaman ( 179H – 184H )
    Apabila Imam Malik wafat pada tahun 179H, kota Madinah diziarahi oleh
    Gabenor Yaman. Beliau telah dicadangkan oleh sebahagian orang-orang
    Qurasyh Al-Madinah supaya mencari pekerjaan bagi Al-Shafi’i. Lalu beliau
    melantiknya menjalankan satu pekerjaan di wilayah Najran.
    Sejak itu Al-Shafi’i terus menetap di Yaman sehingga berlaku pertukaran
    Gabenor wilayah itu pada tahun 184H. Pada tahun itu satu fitnah ditimbulkan
    terhadap diri Al-Shafi’i sehingga beliau dihadapkan ke hadapan Harun Al-Rashid
    di Baghdad atas tuduhan Gabenor baru itu yang sering menerima kecaman Al-
    Shafi’i kerana kekejaman dan kezalimannya. Tetapi ternyata bahawa beliau tidak
    bersalah dan kemudiannya beliau dibebaskan.

    Al-Shafi’i di Baghdad ( 184H – 186H )
    Peristiwa itu walaupun secara kebetulan, tetapi membawa erti yang amat besar
    kepada Al-Shafi’i kerana pertamanya, ia berpeluang menziarahi kota Baghdad

    yang terkenal sebagai pusat ilmu pengetahuan dan para ilmuan pada ketika itu.
    Keduanya, ia berpeluang bertemu dengan Muhammad bin Al-Hassan Al-
    Shaibani, seorang tokoh Mazhab Hanafi dan sahabat karib Imam Abu Hanifah
    dan lain-lain tokoh di dalam Mazhab Ahl al-Ra’y.
    Dengan peristiwa itu terbukalah satu era baru dalam siri pengembaraan Al-Imam
    ke kota Baghdad yang dikatakan berlaku sebanyak tiga kali sebelum beliau
    berpindah ke Mesir.
    Dalam pengembaraan pertama ini Al-Shafi’i tinggal di kota Baghdad sehingga
    tahun 186H. Selama masa ini (184 – 186H) beliau sempat membaca kitab-kitab
    Mazhab Ahl al-Ra’y dan mempelajarinya, terutamanya hasil tulisan Muhammad
    bin Al-Hassan Al-Shaibani, di samping membincanginya di dalam beberapa
    perdebatan ilmiah di hadapan Harun Al-Rashid sendiri.

    Al-Shafi’i di Makkah ( 186H – 195H )
    Pada tahun 186H, Al-Shafi’i pulang ke Makkah membawa bersamanya hasil
    usahanya di Yaman dan Iraq dan beliau terus melibatkan dirinya di bidang
    pengajaran. Dari sini muncullah satu bintang baru yang berkerdipan di ruang
    langit Makkah membawa satu nafas baru di bidang fiqah, satu nafas yang bukan
    Hijazi, dan bukan pula Iraqi dan Yamani, tetapi ia adalah gabungan dari ke
    semua aliran itu. Sejak itu menurut pendapat setengah ulama, lahirlah satu
    Mazhab Fiqhi yang baru yang kemudiannya dikenali dengan Mazhab Al-Shafi’i.
    Selama sembilan tahun (186 – 195H) Al-Shafi’i menghabiskan masanya di kota
    suci Makkah bersama-sama para ilmuan lainnya, membahas, mengajar,
    mengkaji di samping berusaha untuk melahirkan satu intisari dari beberapa aliran
    dan juga persoalan yang sering bertentangan yang beliau temui selama masa
    itu.

    Al-Shafi’i di Baghdad ( 195H – 197H )
    Dalam tahun 195H, untuk kali keduanya Al-Shafi’i berangkat ke kota Baghdad.
    Keberangkatannya kali ini tidak lagi sebagai seorang yang tertuduh, tetapi
    sebagai seorang alim Makkah yang sudah mempunyai personaliti dan aliran
    fiqah yang tersendiri. Catatan perpindahan kali ini menunjukkan bahawa beliau
    telah menetap di negara itu selama dua tahun (195 – 197H).
    Di dalam masa yang singkat ini beliau berjaya menyebarkan “Method Usuli” yang
    berbeza dari apa yang dikenali pada ketika itu. Penyebaran ini sudah tentu
    menimbulkan satu respon dan reaksi yang luarbiasa di kalangan para ilmuan
    yang kebanyakannya adalah terpengaruh dengan method Mazhab Hanafi yang
    disebarkan oleh tokoh utama Mazhab itu, iaitu Muhammad bin Al-Hasan Al-
    Shaibani.

    Kata Al-Karabisi : “Kami sebelum ini tidak kenal apakah (istilah) Al-Kitab, Al-
    Sunnah dan Al-Ijma’, sehinggalah datangnya Al-Shafi’i, beliaulah yang
    menerangkan maksud Al-Kitab, Al-Sunnah dan Al-Ijma’”.

    Kata Abu Thaur : “Kata Al-Shafi’i : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menyebut (di
    dalam kitab-Nya) mengenai sesuatu maksud yang umum tetapi Ia menghendaki
    maksudnya yang khas, dan Ia juga telah menyebut sesuatu maksud yang khas
    tetapi Ia menghendaki maksudnya yang umum, dan kami (pada ketika itu) belum
    lagi mengetahui perkara-perkara itu, lalu kami tanyakan beliau …”
    Pada masa itu juga dikatakan beliau telah menulis kitab usulnya yang pertama
    atas permintaan ‘Abdul Rahman bin Mahdi, dan juga beberapa penulisan lain
    dalam bidang fiqah dan lain-lain.

    Al-Shafi’i di Makkah dan Mesir ( 197H – 204H )
    Sesudah dua tahun berada di Baghdad (197H) beliau kembali ke Makkah. Pada
    tahun 198H, beliau keluar semula ke Baghdad dan tinggal di sana hanya
    beberapa bulan sahaja. Pada awal tahun 199H, beliau berangkat ke Mesir dan
    sampai ke negara itu dalam tahun itu juga. Di negara baru ini beliau menetap
    sehingga ke akhir hayatnya pada tahun 204H.
    FATWA-FATWA IMAM AL-SHAFI’I

    Perpindahan beliau ke Mesir mengakibatkan satu perubahan besar dalam
    Mazhabnya. Kesan perubahan ini melibatkan banyak fatwanya semasa beliau di
    Baghdad turut sama berubah. Banyak kandungan kitab-kitab fiqahnya yang
    beliau hasilkan di Baghdad disemak semula dan diubah. Dengan ini terdapat dua
    fatwa bagi As-Shafi’i, fatwa lama dan fatwa barunya. Fatwa lamanya ialah segala
    fatwa yang diucapkan atau ditulisnya semasa beliau berada di Iraq, fatwa
    barunya ialah fatwa yang diucapkan atau ditulisnya semasa beliau berada di
    Mesir. Kadang-kadang dipanggil fatwa lamanya dengan Mazhabnya yang lama
    atau Qaul Qadim dan fatwa barunya dinamakan dengan Mazhab barunya atau
    Qaul Jadid.
    Di sini harus kita fahami bahawa tidak kesemua fatwa barunya menyalahi fatwa
    lamanya dan tidak pula kesemua fatwa lamanya dibatalkannya, malahan ada di
    antara fatwa barunya yang menyalahi fatwa lamanya dan ada juga yang
    bersamaan dengan yang lama. Kata Imam Al-Nawawi : “Sebenarnya sebab
    dikatakan kesemua fatwa lamanya itu ditarik kembali dan tidak diamalkannya
    hanyalah berdasarkan kepada ghalibnya sahaja”.
    Imam As-Shafi’i pulang ke pangkuan Ilahi pada tahun 204H, tetapi
    kepulangannya itu tidaklah mengakibatkan sebarang penjejasan terhadap

    perkembangan aliran Fiqhi dan Usuli yang diasaskannya. Malahan asas itu
    disebar dan diusaha-kembangkan oleh para sahabatnya yang berada di Al-Hijaz,
    Iraq dan Mesir.
    PARA SAHABAT IMAM AL-SHAFI’I
    Di antara para sahabat Imam Al-Shafi’i yang terkenal di Al-Hijaz (Makkah dan Al-
    Madinah) ialah :-

    1. Abu Bakar Al-Hamidi, ‘Abdullah bun Al-Zubair Al-Makki yang wafat pada tahun
    219H.
    2. Abu Wahid Musa bin ‘Ali Al-Jarud Al-Makki yang banyak menyalin kitab-kitab
    Al-Shafi’i. Tidak diketahui tarikh wafatnya.
    3. Abu Ishak Ibrahim bin Muhammad bin Al-‘Abbasi bin ‘Uthman bin Shafi ‘Al-
    Muttalibi yang wafat pada tahun 237H.
    4. Abu Bakar Muhammad bin Idris yang tidak diketahui tarikh wafatnya.
    Sementara di Iraq pula kita menemui ramai para sahabat Imam Al-Shafi’i yang
    terkenal, di antara mereka ialah :-

    1. Abu ‘Abdullah Ahmad bin Hanbal, Imam Mazhab yang keempat. Beliau wafat
    pada tahun 241H.
    2. Abu ‘Ali Al-Hasan bin Muhammad Al-Za’farani yang wafat pada tahun 249H.
    3. Abu Thaur Ibrahim bin Khalid Al-Kalbi yang wafat pada tahun 240H.
    4. Al-Harith bin Suraij Al-Naqqal, Abu ‘Umar. Beliau wafat pada tahun 236H.
    5. Abu ‘Ali Al-Husain bin ‘Ali Al-Karabisi yang wafat pada tahun 245H.
    6. Abu ‘Abdul RahmanAhmad bin Yahya Al-Mutakallim. Tidak diketahui tarikh
    wafatnya.
    7. Abu Zaid ‘Abdul Hamid bin Al-Walid Al-Misri yang wafat pada tahun 211H.
    8. Al-Husain Al-Qallas. Tidak diketahui tarikh wafatnya.
    9. ‘Abdul ‘Aziz bin Yahya Al-Kannani yang wafat pada tahun 240H.
    10. ‘Ali bin ‘Abdullah Al-Mudaiyini.
    Di Mesir pula terdapat sebilangan tokoh ulama yang kesemua mereka adalah
    sahabat Imam Al-Shafi’i, seperti :-

    1. Abu Ibrahim Isma’il bin Yahya bin ‘Amru bin Ishak Al-Mudhani yang wafat pada
    tahun 264H.
    2. Abu Muhammad Al-Rabi’ bin Sulaiman Al-Muradi yang wafat pada tahun 270H.
    3. Abu Ya’kub Yusuf bin Yahya Al-Misri Al-Buwaiti yang wafat pada tahun 232H.

    4. Abu Najib Harmalah bin Yahya Al-Tajibi yang wafat pada tahun 243H.
    5. Abu Musa Yunus bin ‘Abdul A’la Al-Sadaghi yang wafat pada tahun 264H.
    6. Abu ‘Abdullah Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Hakam Al-Misri yang wafat
    pada tahun 268H.
    7. Al-Rabi’ bin Sulaiman Al-Jizi yang wafat pada tahun 256H.
    Dari usaha gigih mereka, Mazhab Al-Shafi’i tersebar dan berkembang luas di
    seluruh rantau Islam di zaman-zaman berikutnya.
    PERKEMBANGAN MAZHAB IMAM AL-SHAFI’I

    Menurut Ibn Al-Subki bahawa Mazhab Al-Shafi’I telah berkembang dan menjalar
    pengaruhnya di merata-rata tempat, di kota dan di desa, di seluruh rantau
    negara Islam. Pengikut-pengikutnya terdapat di Iraq dan kawasan-kawasan
    sekitarnya, di Naisabur, Khurasan, Muru, Syria, Mesir, Yaman, Hijaz, Iran dan di
    negara-negara timur lainnya hingga ke India dan sempadan negara China.
    Penyebaran yang sebegini meluas setidak-tidaknya membayangkan kepada kita
    sejauh mana kewibawaan peribadi Imam Al-Shafi’i sebagai seorang tokoh ulama
    dan keunggulan Mazhabnya sebagai satu-satunya aliran fiqah yang mencabar
    aliran zamannya. IMAM AL-SHAFI’I DAN PENULISANNYA

    Permulaan Mazhabnya
    Sebenarnya penulisan Imam Al-Shafi’i secara umumnya mempunyai pertalian
    yang rapat dengan pembentukan Mazhabnya. Menurut Muhammad Abu Zahrah
    bahawa pwmbentukan Mazhabnya hanya bermula sejak sekembalinya dari
    kunjungan ke Baghdad pada tahun 186H. Sebelum itu Al-Shafi’i adalah salah
    seorang pengikut Imam Malik yang sering mempertahankan pendapatnya dan
    juga pendapat fuqaha’ Al-Madinah lainnya dari kecaman dan kritikan fuqaha’ Ahl
    Al-Ra’y. Sikapnya yang sebegini meyebabkan beliau terkenal dengan panggilan
    “Nasir Al-Hadith”.

    Detik terawal Mazhabnya bermula apabila beliau membuka tempat
    pengajarannya (halqah) di Masjid Al-Haram. Usaha beliau dalam
    memperkembangkan Mazhabnya itu bolehlah dibahagikan kepada 3 peringkat :

    1. Peringkat Makkah (186 – 195H)
    2. Peringkat Baghdad (195 – 197H)
    3. Peringkat Mesir (199 – 204H)

    Dalam setiap peringkat diatas beliau mempunyai ramai murid dan para pengikut
    yang telah menerima dan menyebar segala pendapat ijtihad dan juga hasil
    kajiannya.
    Penulisan Pertamanya

    Memang agak sulit untuk menentukan apakah kitab pertama yang dihasilkan
    oleh Al-Shafi’i dan di mana dan selanjutnya apakah kitab pertama yang
    dihasilkannya dalam Ilmu Fiqah dan di mana? Kesulitan ini adalah berpunca dari
    tidak adanya keterangan yang jelas mengenai kedua-dua perkara tersebut.
    Pengembaraannya dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan pulangnya
    semula ke tempat awalnya tambah menyulitkan lagi untuk kita menentukan di
    tempat mana beliau mulakan usaha penulisannya.
    Apa yang kita temui – sesudah kita menyemak beberapa buah kitab lama dan
    baru yang menyentuh sejarah hidupnya, hanya beberapa tanda yang
    menunjukkan bahawa kitabnya “Al-Risalah” adalah ditulis atas permintaan ‘Abdul
    Rahman bin Mahdi, iaitu sebuah kitab di dalam Ilmu Usul, pun keterangan ini
    tidak juga menyebut apakah kitab ini merupakan hasil penulisannya yang
    pertama atau sebelumnya sudah ada kitab lain yang dihasilkannya. Di samping
    adanya pertelingkahan pendapat di kalangan ‘ulama berhubung dengan tempat
    di mana beliau menghasilkan penulisan kitabnya itu. Ada pendapat yang
    mengatakan bahawa beliau menulisnya sewaktu beliau berada di Makkah dan
    ada juga pendapat yang mengatakan bahawa beliau menulisnya ketika berada di
    Iraq.
    Kata Ahmad Muhammad Shakir : “Al-Shafi’I telah mengarang beberapa buah
    kitab yang jumlahnya agak besar, sebahagiannya beliau sendiri yang
    menulisnya, lalu dibacakannya kepada orang ramai. Sebahagiannya pula beliau
    merencanakannya sahaja kepada para sahabatnya. Untuk mengira bilangan
    kitab-kitabnya itu memanglah sukar kerana sebahagian besarnya telahpun
    hilang. Kitab-kitab itu telah dihasilkan penulisannya ketika beliau berada di
    Makkah, di Baghdad dan di Mesir”.
    Kalaulah keterangan di atas boleh dipertanggungjawabkan maka dapatlah kita
    membuat satu kesimpulan bahawa Al-Shafi’i telah memulakan siri penulisannya
    sewaktu beliau di Makkah lagi, dan kemungkinan kitabnya yang pertama yang
    dihasilkannya ialah kitab “Al-Risalah”.
    Al-Hujjah Dan Kitab-kitab Mazhab Qadim
    Di samping “Al-Risalah” terdapat sebuah kitab lagi yang sering disebut-sebut
    oleh para ulama sebagai sebuah kitab yang mengandungi fatwa MazhabQadimnya iaitu “Al-Hujjah”. Pun keterangan mengenai kitab ini tidak
    menunjukkan bahawa ia adalah kitab pertama yang di tulis di dala bidang Ilmu
    Fiqah semasa beliau berada di Iraq, dan masa penulisannya pun tidak begitu
    jelas. Menurut beberapa keterangan, beliau menghasilkannya sewaktu beliau
    berpindah ke negara itu pada kali keduanya, iaitu di antara tahun-tahun 195 –
    197H.
    Bersama-sama “Al-Hujjah” itu terdapat beberapa buah kitab lain di dalam Ilmu
    Fiqah yang beliau hasilkan sendiri penulisannya atau beliau merencanakannya
    kepada para sahabatnya di Iraq, antaranya seperti kitab-kitab berikut :-
    1. Al-Amali

    2. Majma’ al-Kafi
    3. ‘Uyun al-Masa’il
    4. Al-Bahr al-Muhit

    5. Kitab al-Sunan
    6. Kitab al-Taharah
    7. Kitab al-Solah
    8. Kitab al-Zakah
    9. Kitab al-Siam
    10. Kitab al-Haj
    11. Bitab al-I’tikaf
    12. Kitab al-Buyu’
    13. Kitab al-Rahn
    14. Kitab al-Ijarah
    15. Kitab al-Nikah
    16. Kitab al-Talaq
    17. Kitab al-Sadaq
    18. Kitab al-Zihar
    19. Kitab al-Ila’
    20. Kitab al-Li’an
    21. Kitab al-Jirahat
    22. Kitab al-Hudud
    23. Kitab al-Siyar
    24. Kitab al-Qadaya
    25. Kitab Qital ahl al-Baghyi
    26. Kitab al-‘Itq dan lain-lain
    Setengah perawi pula telah menyebut bahawa kitab pertama yang dihasilkan
    oleh Al-Shafi’i adalah di dalam bentuk jawapan dan perdebatan.Perawi Mazhab Qadim
    Ramai di antara para sahabatnya di Iraq yang meriwayat fatwa qadimnya, di
    antara mereka yang termasyhur hanya empat orang sahaja :

    1. Abu Thaur, Ibrahim bin Khalid yang wafat pada tahun 240H.
    2. Al-Za’farani, Al-Hasan bin Muhammad bin Sabah yang wafat pada tahun
    260H.
    3. Al-Karabisi, Al-Husain bin ‘Ali bin Yazid, Abu ‘Ali yang wafat pada tahun 245H.
    4. Ahmad bin Hanbal yang wafat pada tahun 241H.
    Menurut Al-Asnawi, Al-Shafi’i adalah ‘ulama’ pertama yang hasil penulisannya
    meliputi banyak bab di dalam Ilmu Fiqah.

    Perombakan Semula Kitab-kitab Qadim
    Perpindahan beliau ke Mesir pada tahun 199H menyebabkan berlakunya satu
    rombakan besar terhadap fatwa lamanya. Perombakan ini adalah berpunca dari
    penemuan beliau dengan dalil-dalil baru yang belum ditemuinya selama ini, atau
    kerana beliau mendapati hadis-hadis yang sahih yang tidak sampai ke
    pengetahuannya ketika beliau menulis kitab-kitab qadimnya, atau kerana hadis-
    hadis itu terbukti sahihnya sewaktu beliau berada di Mesir sesudah
    kesahihannya selama ini tidak beliau ketahui. Lalu dengan kerana itu beliau telah
    menolak sebahagian besar fatwa lamanya dengan berdasarkan kepada
    prinsipnya : “Apabila ditemui sesebuah hadis yang sahih maka itulah Mazhab
    saya”.
    Di dalam kitab “Manaqib Al-Shafi’i”, Al-Baihaqi telah menyentuh nama beberapa
    buah kitab lama (Mazhab Qadim) yang disemak semula oleh Al-Shafi’i dan
    diubah sebahagian fatwanya, di antara kitab-kitab itu ialah :-
    1. Al-Risalah

    2. Kitab al-Siyam
    3. Kitab al-Sadaq
    4. Kitab al-Hudud
    5. Kitab al-Rahn al-Saghir
    6. Kitab al-Ijarah
    7. Kitab al-Jana’iz

    Menurut Al-Baihaqi lagi Al-shafi’i telah menyuruh supaya dibakar kitab-kitab
    lamanya yang mana fatwa ijtihadnya telah diubah.
    Catatan Al-Baihaqi itu menunjukkan bahawa Al-Shafi’i melarang para sahabatnya
    meriwayat pendapat-pendapat lamanya yang ditolak kepada orang ramai.

    Walaupun begitu kita masih menemui pendapat-pendapat itu berkecamuk di
    sana-sini di dalam kitab-kitab fuqaha’ mazhabnya samada kitab-kitab yang ditulis
    fuqaha’ yang terdahulu atau pun fuqaha’ yang terkemudian. Kemungkinan hal ini
    berlaku dengan kerana kitab-kitab lamanya yang diriwayatkan oleh Al-Za’farani,
    Al-Karabisi dan lain-lain sudah tersebar dengan luasnya di Iraq dan diketahui
    umum, terutamanya di kalangan ulama dan mereka yang menerima pendapat-
    pendapatnya itu tidak mengetahui larangan beliau itu.
    Para fuqaha’ itu bukan sahaja mencatat pendapat-pendapat lamanya di dalam
    penulisan mereka, malah menurut Al-Nawawi ada di antara mereka yang berani
    mentarjihkan pendapat-pendapat itu apabila mereka mendapatinya disokong
    oleh hadis-hadis yang sahih.
    Pentarjihan mereka ini tidak pula dianggap menentangi kehendak Al-Shafi’i,
    malahan itulah pendapat mazhabnya yang berdasarkan kepada prinsipnya :
    “Apabila ditemui sesebuah hadis yang sahih maka itulah mazhab saya”.
    Tetapi apabila sesuatu pendapat lamanya itu tidak disokong oleh hadis yang
    sahih kita akan menemui dua sikap di kalangan fuqaha’ Mazhab Al-Shafi’i :-
    Pertamanya : Pendapat itu harus dipilih dan digunakan oleh seseorang mujtahid
    Mazhab Al-Shafi’i atas dasar ia adalah pendapat Al-Shafi’i yang tidak
    dimansuhkan olehnya, kerana seseorang mujtahid (seperti Al-Shafi’i) apabila ia
    mengeluarkan pendapat barumya yang bercanggah dengan pendapat lamanya
    tidaklah bererti bahawa ia telah menarik pendapat pertamanya, bahkan di dalam
    masalah itu dianggap mempunyai dua pendapatnya.
    Keduanya : Tidak harus ia memilih pendapat lama itu. Inilah pendapat jumhur
    fuqaha’ Mazhab Al-Shafi’i kerana pendapat lama dan baru adalah dua
    pendapatnya yang bertentangan yang mustahil dapat diselaraskan kedua-
    duanya.
    Kitab-kitab Mazhab Jadid
    Di antara kitab-kitab yang beliau hasilkan penulisannya di Mesir atau beliau
    merencanakannya kepada para sahabatnya di sana ialah :-

    i. Al-Risalah. Kitab ini telah ditulis buat pertama kalinya sebelum beliau
    berpeindah ke Mesir.
    ii. Beberapa buah kitab di dalam hukum-hukum furu’ yang terkandung di dalam
    kitab “Al-Um”, seperti :-

    a) Di dalam bab Taharah :
    1. Kitab al-Wudu’
    2. Kitab al-Tayammum

    3. Kitab al-Taharah
    4. Kitab Masalah al-Mani
    5. Kitab al-Haid
    B) Di dalam bab Solah :
    6. Kitab Istiqbal al-Qiblah
    7. Kitab al-Imamah
    8. Kitab al-Jum’ah
    9. Kitab Solat al-Khauf
    10. Kitab Solat al-‘Aidain
    11. Kitab al-Khusuf
    12. Kitab al-Istisqa’
    13. Kitab Solat al-Tatawu’
    14. Al-Hukm fi Tarik al-Solah
    15. Kitab al-Jana’iz
    16. Kitab Ghasl al-Mayyit
    c) Di dalam bab Zakat :
    17. Kitab al-Zakah
    18. Kitab Zakat Mal al-Yatim
    19. Kitab Zakat al-Fitr
    20. Kitab Fard al-Zakah
    21. Kitab Qasm al-Sadaqat
    d) Di dalam bab Siyam (Puasa) :
    22. Kitab al-Siyam al-Kabir
    23. Kitab Saum al-Tatawu’
    24. Kitab al-I’tikaf
    e) Di dalam bab Haji :
    25. Kitab al-Manasik al-Kabir
    26. Mukhtasar al-Haj al-Kabir
    27. Mukhtasar al-Haj al-Saghir
    f) Di dalam bab Mu’amalat :
    28. Kitab al-Buyu’
    29. Kitab al-Sarf
    30. Kitab al-Salam
    31. Kitab al-Rahn al-Kabir
    32. Kitab al-Rahn al-Saghir
    33. Kitab al-Taflis
    34. Kitab al-Hajr wa Bulugh al-Saghir
    35. Kitab al-Sulh
    36. Kitab al-Istihqaq

    37. Kitab al-Himalah wa al-Kafalah
    38. Kitab al-Himalah wa al-Wakalah wa al-Sharikah
    39. Kitab al-Iqrar wa al-Mawahib
    40. Kitab al-Iqrar bi al-Hukm al-Zahir
    41. Kitab al-Iqrar al-Akh bi Akhihi
    42. Kitab al-‘Ariah
    43. Kitab al-Ghasb
    44. Kitab al-Shaf’ah
    g) Di dalam bab Ijarat (Sewa-menyewa) :
    45. Kitab al-Ijarah
    46. Kitab al-Ausat fi al-Ijarah
    47. Kitab al-Kara’ wa al-Ijarat
    48. Ikhtilaf al-Ajir wa al-Musta’jir
    49. Kitab Kara’ al-Ard
    50. Kara’ al-Dawab
    51. Kitab al-Muzara’ah
    52. Kitab al-Musaqah
    53. Kitab al-Qirad
    54. Kitab ‘Imarat al-Aradin wa Ihya’ al-Mawat
    h) Di dalam bab ‘Ataya (Hadiah-menghadiah) :
    55. Kitab al-Mawahib
    56. Kitab al-Ahbas
    57. Kitab al-‘Umra wa al-Ruqba
    i) Di dalam bab Wasaya (Wasiat) :
    58. Kitab al-Wasiat li al-Warith
    59. Kitab al-Wasaya fi al-‘Itq
    60. Kitab Taghyir al-Wasiah
    61. Kitab Sadaqat al-Hay’an al-Mayyit
    62. Kitab Wasiyat al-Hamil
    j) Di dalam bab Faraid dan lain-lain :
    63. Kitab al-Mawarith
    64. Kitab al-Wadi’ah
    65. Kitab al-Luqatah
    66. Kitab al-Laqit
    k) Di dalam bab Nikah :
    67. Kitab al-Ta’rid bi al-Khitbah
    68. Kitab Tahrim al-Jam’i
    69. Kitab al-Shighar
    70. Kitab al-Sadaq

    71. Kitab al-Walimah
    72. Kitab al-Qism
    73. Kitab Ibahat al-Talaq
    74. Kitab al-Raj’ah
    75. Kitab al-Khulu’ wa al-Nushuz
    76. Kitab al-Ila’
    77. Kitab al-Zihar
    78. Kitab al-Li’an
    79. Kitab al-‘Adad
    80. Kitab al-Istibra’
    81. Kitab al-Rada’
    82. Kitab al-Nafaqat
    l) Di dalam bab Jirah (Jenayah) :
    83. Kitab Jirah al-‘Amd
    84. Kitab Jirah al-Khata’ wa al-Diyat
    85. Kitab Istidam al-Safinatain
    86. Al-Jinayat ‘ala al-Janin
    87. Al-Jinayat ‘ala al-Walad
    88. Khata’ al-Tabib
    89. Jinayat al-Mu’allim
    90. Jinayat al-Baitar wa al-Hujjam
    91. Kitab al-Qasamah
    92. Saul al-Fuhl
    m) Di dalam bab Hudud :
    93. Kitab al-Hudud
    94. Kitab al-Qat’u fi al-Sariqah
    95. Qutta’ al-Tariq
    96. Sifat al-Nafy
    97. Kitab al-Murtad al-Kabir
    98. Kitab al-Murtad al-Saghir
    99. Al-Hukm fi al-Sahir
    100. Kitab Qital ahl al-Baghy
    n) Di dalam bab Siar dan Jihad :
    101. Kitab al-Jizyah
    102. Kitab al-Rad ‘ala Siyar al-Auza’i
    103. Kitab al-Rad ‘ala Siyar al-Waqidi
    104. Kitab Qital al-Mushrikin
    105. Kitab al-Asara wa al-Ghulul
    106. Kitab al-Sabq wa al-Ramy

    107. Kitab Qasm al-Fai’ wa al-Ghanimah
    o) Di dalam bab At’imah (Makan-makanan) :
    108. Kitab al-Ta’am wa al-Sharab
    109. Kitab al-Dahaya al-Kabir
    110. Kitab al-Dahaya al-Saghir
    111. Kitab al-Said wa al-Dhabaih
    112. Kitab Dhabaih Bani Israil
    113. Kitab al-Ashribah
    p) Di dalam bab Qadaya (Kehakiman) :
    114. Kitab Adab al-Qadi
    115. Kitab al-Shahadat
    116. Kitab al-Qada’ bi al-Yamin ma’a al-Shahid
    117. Kitab al-Da’wa wa al-Bayyinat
    118. Kitab al-Aqdiah
    119. Kitab al-Aiman wa al-Nudhur
    q) Di dalam bab ‘Itq (Pembebasan) dan lain-lain :
    120. Kitab al-‘Itq
    121. Kitab al-Qur’ah
    122. Kitab al-Bahirah wa al-Sa’ibah
    123. Kitab al-Wala’ wa al-Half
    124. Kitab al-Wala’ al-Saghir
    125. Kitab al-Mudabbir
    126. Kitab al-Mukatab
    127. Kitab ‘Itq Ummahat al-Aulad
    128. Kitab al-Shurut
    Di samping kitab-kitab di atas ada lagi kitab-kitab lain yang disenaraikan oleh al-Baihaqi sebagai kitab-kitab usul, tetapi ia juga mengandungi hukum-hukum furu’,seperti :-

    1. Kitab Ikhtilaf al-Ahadith
    2. Kitab Jima’ al-Ilm
    3. Kitab Ibtal al-Istihsan
    4. Kitan Ahkam al-Qur’an
    5. Kitab Bayan Fard al-Lah, ‘Azza wa Jalla
    6. Kitab Sifat al-Amr wa al-Nahy
    7. Kitab Ikhtilaf Malik wa al-Shafi’i
    8. Kitab Ikhtilaf al-‘Iraqiyin
    9. Kitab al-Rad ‘ala Muhammad bin al-Hasan
    10. Kitab ‘Ali wa ‘Abdullah
    11. Kitab Fada’il Quraysh

    Ada sebuah lagi kitab al-Shafi’i yang dihasilkannya dalam Ilmu Fiqah iaitu “al-
    Mabsut”. Kitab ini diperkenalkan oleh al-Baihaqi dan beliau menamakannya
    dengan “al-Mukhtasar al-Kabir wa al-Manthurat”, tetapi pada pendapat setengah
    ulama kemungkinan ia adalah kitab “al-Um”.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA