Sebuah kerinduan
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
معاوية بن أبي سفيان
الأسباب التي دعت معاوية أن يعهد بالخلافة ليزيد
PESANAN
1. Sebahagian para sahabat r.a berkata ;
Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya,
Barang siapa menginginkan kekayaan, cukuplah qana’ah menyertainya,
Barang siapa meninginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya,
Barang siapa menginginkan harta simpanan, cukuplah al-Quran menjadi barang simpanannya,
Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya.
2. Ali bin Abi Thalib r.a berkata:...' ketahuilah bahawa sesungguhnya sabar itu laksana kepala bagi jasad..jika kepala diputuskan tiada gunanya jasad ini'..tambahnya dgn nada tegas...'sesungguhn ya tiada iman bg seseorang yg tidak memiliki kesabaran... ..'
3. PESANAN DARI SYEIKH AL-BALKHI.
"Ambil olehmu Lima perkara kemudian kamu amalkan :
1) Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepadaNya.
2) Ambillah apa-apa dari dunia menurut keperluan selama umurmu didalamnya.
3) Lakukanlah maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu memikul azabNya.
4) Persiapkanlah bekal di dunia untuk selama kamu tinggal di dalam kubur.
5) Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yg kamu inginkan utk tinggal di dalamnya."
4. "Ketahuilah oleh mu, bahawa sesungguhnya, engkau pada hari kiamat tidak akan ditanya mengapa engkau tidak laknat akan sipulan? Dan tidak akan ditanya mengapa engkau diam daripadanya? Jika engkau tidak laknat akan iblis seumur hidup mu, maka tidak akan engkau ditanya dan tidak akan dituntut engkau dengan dia pada hari kiamat. Akan tetapi apabila engkau laknat akan seorang dari makhluk ALLAH swt, akan dituntut engkau akan dia. Dari itu jagalah lidah daripada melaknat sesuatu makhluk ALLAH. Mudah dilafazkan tetapi berat tanggungan di akhirat nanti."
(Imam Ghazali)
5. Imam Ghazali berkata:
1) Semua anggota zahir adalah kurnia dan nikmat dari ALLAH swt.
2) Semua anggota zahir adalah amanah dari ALLAH yang diwajibkan kita menjaga dan memelihara kegunaannya dijalan yang benar.
3) Syukur nikmat ertinya menggunakan nikmat ALLAH kepada perkara yang disuruh NYA.
4) Kufur nikmat ertinya menggunakn nikmat ALLAH pada jalan yang dimurkaiNYA dan ini bererti satu pengkhianatan terhadap Allah.
6. Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Al-Hikmah Di Akhir Muharram 1439 H
1. Imam At-Thiibi Rahimahullah berkata :
"Tiada keraguan lagi bahawasanya manusia mendapatkan manfaat daripada kehidupan ini, untuk mencari keredhaan Allah Taala, bertujuan melakukan ketaatan kepadaNya, menjauhi kemurkaan serta azabNya. Apabila seseorang itu tidur, maka hilanglah manfaat ini untuknya. Dia seumpama orang yang telah mati.
Apabila dia terjaga, manfaat ini kembali semula kepadanya. Maka, (inilah hikmahnya) ucapan pujian tanda syukur kepada Allah kerana berjaya memperolehi nikmat ini(peluang bagi memperbaiki amalnya di atas dunia dan meminta keampunan atas dosa hari-hari yang telah berlalu)."
2. Nasihat sepanjang Zaman
Barangsiapa merasa cukup dengan apa yang telah diberikan Allah, maka dia kaya.
Barangsiapa suka memandang harta orang lain, dia akan mati miskin.
Barangsiapa tidak redha (tidak rela) dengan apa yang telah diberikan Allah kepadanya, maka dia telah menentang keputusanNya (qadha’Nya)
Barangsiapa memandang remeh kesalahannya, maka dia akan memandang besar kesalahan orang lain.
Barangsiapa memandang besar kesalahannya, maka dia akan memandang remeh kesalahan orang lain.
Barangsiapa membuka aib orang lain, maka aib keturunannya akan tersingkap.
Barangsiapa menggali lubang untuk mencelakakan saudaranya, maka dia sendiri akan terjerumus ke dalamnya.
Barangsiapa bergaul dengan ulama, maka dia akan dimuliakan.
Barangsiapa memasuki tempat-tempat biasa dikunjungi orang-orang bodoh, maka dia akan direndahkan.
Dan barangsiapa memasuki tempat-tempat kemaksiatan, maka dia akan dituduh berbuat maksiat.
3. Ibnu Abbas berkata, "Syaitan itu bagaikan ular berbisa yang bersemayam di dalam hati. Apabila seorang hamba mengingati Tuhannya Yang Maha Suci dan Maha Tinggi, ular itu akan menjadi jinak dan diam, apabila dia lalai mengingati Allah, maka ular itu akan terus mengganggunya.."
4. Ibrahim bin Adham berkata: " Seseorang tidak akan mencapai darjat orang solihin, sehingga melalui 6 rintangan .. :
1. Menutup pintu kemuliaan, membuka pintu kehinaan.
2. Menutup pintu nikmat, membuka pintu kesukaran.
3. Menutup pintu istirehat, membuka pintu perjuangan.
4. Menutup pintu tidur, membuka pintu jaga.
5. Menutup pintu kekayaan, membuka pintu kemiskinan.
6. Menutup pintu harapan, membuka pintu bersiap menghadapi maut.
5. Khalifah Umar bin Abd Aziz :
"Wahai sekelian manusia ! Janganlah kalian menganggap kecil dosa-dosa itu. Selidiki dan ushakanlah untuk mengkikis habis apa-apa dosa yang telah di lakukan, dengan jalan melakukan taubat. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud : " Sesungguhnya perbuatan-perbuatan baik itu akan menghilangkan segala perbuatan-perbuatan jahat. Itulah peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat. "
6. "Biasakanlah mendengarkan nasihat kebaikan, kerana sesungguhnya hati jika terlalu lama tidak mendengar nasihat, ia akan menjadi berkarat dan buta."
Jangan memandang ringan ungkapan penuh hikmah yang keluar dari mulut para ulama, kerana ia merupakan intisari dan buah dari wahyu Allah ‘Azza wa Jalla."
(Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani : Kitab Al-Fathu Rabbani wal Faidhu Rahman)
Taman Hikmah
"Jika kau dapati tanganmu tertahan ketika membuka mushaf Al-Quran, lidahmu terasa berat untuk berzikir, maka percayalah bahawa saat itu hatimu sedang berat kerana dosa, dan ia memberatkan anggota badanmu pula untuk beramal."
Imam Abdullah bin al-Mubarak pernah bermadah:
Aku lihat dosa-dosa itu mematikan hati,
Berterusan melakukannya mengakibatkan kehinaan,
Meninggalkan dosa pula menghidupkan hati,
Mengingkarinya membawa kebaikan kepada diri.
Keberuntungan paling besar di dunia ini adalah kamu menyibukkan dirimu di sepanjang waktu dengan perkara-perkara yang lebih utama dan lebih bermanfaat untukmu kelak di hari akhrat.
(Ibnu Qayyim)
Ikhlas adalah hakikat Islam. Kerana islam itu adalah kepasrahan kepada Allah, bukan kepada selain-Nya. Maka barangsiapa yang tidak pasrah kepada Allah sesungguhnya dia telah bersikap sombong.
(Ibnu Taimiyah)
Imam Hasan Al-Basri berkata :
"Jika kamu merendahkan nilai solat, apakah lagi yang memberikan kemuliaan pada dirimu?
Sebagaimana nilai solat kamu, begitulah nilai hidupmu. Tidakkah kamu tahu bahawa solat digandingkan bersama Al-Falah (Kejayaan).
Mana mungkin Allah memberikan kamu TAUFIQ, sedangkan kamu tidak menyahut panggilan NYA"
"Jika niat dan maksudmu dalam menuntut ilmu untuk mendapat hidayah, bukan sekadar mengetahui riwayat, maka bergembiralah. Sesungguhnya para malaikat membentangkan sayapnya untukmu ketika engkau berjalan dan ikan-ikan paus di laut memintakan keampunan bagimu manakala engkau berusaha. Tapi, engkau harus tahu sebelumnya bahawa hidayah merupakan buah dari ilmu pengetahuan. Hidayah memiliki permulaan dan akhir serta aspek zahir dan batin. Untuk mencapai titik akhir tersebut, permulaannya harus tersusun rapi. Begitu pula, untuk menyingkap aspek batinnya, harus diketahui terlebih dahulu aspek zahirnya."
(Imam Ghazali)
Ulama Salaf berpesan :
“Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.”
“Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik, kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan-amalan sunnah, maka Allah dan Rasul-Nya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak”.
Pesanan Imam al-Junid al-Baghdadi:
Hatimu itu rumah Allah. Jangan biarkan yang lain duduk di dalamnya kecuali ALLAH. Subhanallah.. kalimat indah dari kekasih Allah.. Orang yang dekat dengan Allah, kata-kata mereka sangat berkat.
WASIAT SYEIKH IBNU ATHA'ILLAH TENTANG UMUR DAN ZIKIR
WASIAT SYEIKH IBNU ATHA'ILLAH TENTANG UMUR DAN ZIKIR
"Jika engkau telah berusia empat puluh tahun, maka segeralah untuk memperbanyak amal soleh siang mahupun malam. Sebab, waktu pertemuanmu dengan Allah 'Azza wa Jalla semakin dekat. Ibadah yang kau kerjakan saat ini tidak mampu menyamai ibadah seorang pemuda yang tidak menyia-nyiakan masa mudanya. Bukankah selama ini kau sia-siakan masa muda dan kekuatanmu. Andaikata saat ini kau ingin beramal sekuat-kuatnya, tenagamu sudah tidak mendukung lagi.
Maka, beramallah sesuai kekuatanmu. Perbaikilah masa lalumu dengan banyak berzikir, sebab tidak ada amal yang lebih mudah dari dzikir. Zikir dapat kamu lakukan ketika berdiri, duduk, berbaring mahupun sakit. zikir adalah ibadah yang paling mudah.
Rasulullah saw bersabda :
وليكن لسانك رطبا بذكر اللّه
"Dan hendaklah lisanmu basah dengan berzikir kepada Allah swt."
Bacalah secara berkesinambungan doa' dan zikir apa pun yang mudah bagimu. Pada hakikatnya engkau dapat berzikir kepada Allah swt adalah kerana kebaikanNya. Ia akan mengurniamu dari ingatanNya menjadi ingatmu kepada-Nya…
"Ketahuilah, sebuah umur yang awalnya disia-siakan, seyogianya sisanya dimanfaatkan. Jika seorang ibu memiliki sepuluh anak dan sembilan diantaranya meninggal dunia. Tentu dia akan lebih mencintai satu-satunya anak yang masih hidup itu. Engkau telah menyia-nyiakan sebahagian besar umurmu, oleh kerana itu jagalah sisa umurmu yang sangat sedikit itu.
Demi Allah, sesungguhnya umurmu bukanlah umur yang dihitung sejak engkau lahir, tetapi umurmu adalah umur yang dihitung sejak hari pertama engkau mengenal Allah swt.!!!!!
"Seseorang yang telah mendekati ajalnya ( berusia lanjut ) dan ingin memperbaiki segala kekurangannya di masa lalu, hendaknya dia banyak membaca zikir yang ringkas tetapi berpahala besar. zikir semacam itu akan membuat sisa umur yang pendek menjadi panjang, seperti zikir yang berbunyi :
سبحان اللّه العظيم وبحمده عدد خلقه ورضانفسه وزنة عرشه ومداد كلماته
Maha suci Allah yang Maha Agung dan segala puji bagi-Nya, ( kalimat ini kuucapkan ) sebanyak jumlah ciptaan-Nya, sesuai dengan yang ia sukai, seberat timbangan Arsy-Nya dan setara dengan jumlah kata-kata-Nya.
Jika sebelumnya kau sedikit melakukan solat dan puasa sunat, maka perbaikilah kekuranganmu dengan banyak bershalawat kepada Rasulullah saw. Andaikata sepanjang hidupmu engkau melakukan segala jenis ketaatan dan kemudian Allah swt berselawat kepadamu sekali saja, maka satu selawat Allah ini akan mengalahkan semua amalmu itu.
Sebab, engkau berselawat kepada Rasulullah sesuai dengan kekuatanmu, sedangkan Allah swt berselawat kepadamu sesuai dengan kebesaran-Nya. Ini jika Allah swt berselawat kepadamu sekali, lalu bagaimana jika Allah swt membalas setiap shalawatmu dengan sepuluh selawat sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah Hadits Shahih, "Betapa indah hidup ini jika kau isi dengan ketaatan kepada Allah swt, dengan berzikir kepada-Nya dan berselawat kepada Rasulullah saw."
SAYIDINA ABU UMAMAH RA BERMIMPI MINUM SUSU
SAYIDINA ABU UMAMAH RA BERMIMPI MINUM SUSU
Shudday bin Ajlan yang dikenali sebagai Abu Umamah datang dengan bersendirian untuk menemui Nabi s.a.w di Madinah untuk memeluk Islam. Setelah beberapa hari tinggal untuk mempelajari tentang islam, ia diperintah Rasulullah s.a.w untuk menyampaikan dakwah kepada kaumnya, maka iapun bersegera pulang ke kampungannya. Apabila tiba di antara kaumnya, ia sempat akan dijamu sebagaimana kebiasaannya bagi menyambut orang yang bermusafit, tetapi ia menolak kerana makanan mereka disembelih tanpa menyebut nama Allah. Kemudian Abu Umamah menceritakan tentang keislamannya, dan menyeru kaumnya untuk memeluk Islam juga. Mereka menolak seruannya dengan keras, bahkan memintanya untuk kembali kepada agama jahiliahnya, namun Abu Umamah bertahan dengan keislamannya. Ketika ia merasa sangat dahaga, ia meminta kaumnya untuk memberinya air, tetapi mereka menolaknya kecuali jika ia kembali kepada agama jahiliahnya. Mereka juga mengancam akan membiarkannya hingga mati kehausan. Dalam keadaan lelah, lapar dan kehausan, Abu Umamah tertidur di padang pasir di bawah terik matahari, ia hanya menutup kepalanya dengan serbannya.
Dalam tidur ia bermimpi, didatangi seorang lelaki yang membawa gelas kaca, yang ia tidak pernah dilihatnya ada manusia manapun yang pernah membawa gelas seindah itu. Di dalam gelas tersebut terdapat minuman, yang ia tidak pernah didengarinya ada manusia manapun pernah menceritakan tentang kelazatan minuman seperti itu. Lelaki itu menyerahkan minuman itu kepadanya. Setelah minum dalam mimpinya, tiba-tiba ia terjaga dan rasa hausnya telah hilang. Setelah itu ia tidak pernah merasakan kehausan lagi walau tidak minum apapun.
Setelah terbangun, beberapa orang dari kaumnya yang merasa kasihan dan membawakan susu, namun Abu Umamah menolaknya lalu berkata:
"Aku tidak memerlukannya!"
Mereka kehairanan, kerana sebelum ini Abu Umamah sangat memerlukan air untuk diminum sehingga hampir mati akibat kehausan. Tetapi mereka melihat bahawa keadaan Abu Umamah segar bugar, tidak seperti orang yang sedang kehausan. Melihat kehairanan kaumnya tersebut, Abu Umamah menceritakan mimpinya, dan semua mereka akhirnya memeluk Islam.
Muhasabah dari hikmah
Mutharrif bin Abdillah berkata : “Seandainya manusia itu tidak lebih mengetahui tentang diriku, nescaya aku jauhi mereka.”
Ayub As-Sakhtiyani berkata :
“Jika orang-orang soleh disebut maka aku adalah orang yang terasing.”
Yunus bin Ubaid berkata:
“Sesungguhnya aku mendapatkan seratus ciri kebaikan, aku tidak tahu apakah dalam diriku terdapat satu daripadanya.”
Abu Hafsh berkata :
“Siapa yang tidak berperasangka buruk kepada
nafsunya sepanjang waktu, tidak menyelisihinya dalam setiap keadaan, serta tidak menyeretnya pada apa yang dibencinya sepanjang waktunya, maka orang itu telah terperdaya. Dan siapa yang melihat kepada nafsunya dan menganggap baik sesuatu daripadanya maka sesuatu itu telah menghancurkannya.”