الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    Salaf dan Khalaf


    Antara gejala buruk yang berlaku dalam bidang ilmu agama adalah kemunculan golongan yang mengaku lebih memahami manhaj salaf berbanding para ulama' sebelum mereka yang mereka gelar sebagai "khalaf". Untuk menjadikan diri mereka berhak mengetahui siapa sebenarnya salaf dan apa sebenarnya manhaj salaf, maka mereka menamakan diri mereka sebagai "salafi", iaitu orang yang mengikut jejak salaf.

    Kejahilan Terhadap Istilah

    Golongan intelektual separuh matang yang muncul dalam lapangan intelektual Islam terpaksa mewujudkan terminologi-terminologi (mustalahat) baru untuk mengabui golongan yang lebih jahil daripada mereka. Lalu, mereka menggunakan istilah tertentu yang diberi takrif baru yang menyalahi penggunaannya yang asal untuk mendominasi dan memonopoli istilah tersebut.

    Maka, wujudlah terminologi seperti "salafi", "khalafi" dan sebagainya yang mana sebelum ini, para ulama' hanya menggunakan istilah khalaf dan salaf sahaja.

    Salafi di sisi golongan (baharu) ini adalah: "orang yang mengikut manhaj salaf".

    Khalafi di sisi golongan (baharu) ini adalah: "orang yang tidak mengikut manhaj salaf".

    Padahal, istilah salaf dan khalaf yang digunakan oleh para ulama' secara sepakat sebelum kemunculan golongan ini adaah:

    Salaf: Generasi yang hidup dalam kurun pertama sehingga kurun ketiga hijrah, atau sehingga kurun kelima hijrah. Paling kuat adalah, sehingga kurun ketiga hijrah.

    Khalaf: Generasi yang hidup setelah kurun ketiga atau kelima hijrah.

    Maka, istilah salaf dan khalaf dalam penggunaan asal para ulama' tidak pernah bermaksud suatu perbezaan manhaj, tetapi lebih berbentuk perbezaan tempoh masa. Sehinggalah muncul golongan yang mengaku sebagai salafi ini, yang padahal meneruskan semangat Ibn Taimiyyah yang sering mengaku lebih memahami salaf berbanding ulama'-ulama' lain sebelumnya atau sezaman dengannya khususnya dari kalangan Asya'irahyang dianggap kurang memahami manhaj salaf, lalu memulakan usaha menamakan diri sebagai salafi lalu menamakan selain mereka sebagai khalafi.

    Dengan usaha ini, ia mencetuskan suatu perkembangan di mana golongan ulama' yang berlainan kefahaman daripada mereka dianggap sebagai tidak mengikut salaf walaupun para ulama' tersebut adalah majoriti ulama' Islam. Bagi mereka, tokoh-tokoh yang memahami "salaf" yang sebenar hanyalah beberapa individu sahaja seperti Sheikh Ibn Taimiyyah, Sheikh Ibn Al-Qayyim, Sheikh Muhammad Abdul Wahab dan sebagainya.

    Sedangkan, majoriti ulama' lain yang beraliran Asya'irah dan Maturidiyyah dalam bidang aqidah adalah "khalafi" yang tidak mengikut mazhab dan manhaj Salaf yang sebenar. Sebagai contoh, muncullah situasi di mana seorang insan yang mungkin hanya seorang pekerja di sebuah kilang, mengaku lebih memahami salaf berbanding Hujjatul Islam, Al-Imam, Al-Mujtahid, Al-Faqih, Al-Usuli Sheikh An-Nizhamiyyah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali yang merupakan mudir kepada sebuah madrasah terbesar di zaman beliau iaitulah Al-Madrasah An-Nizhamiyyah.

    Situasi lain pula muncul seorang insan kerdil yang masih tidak mengenal beza antara mubtada' dengan khabar, lalu mengaku lebih mengikut Al-Qur'an dan As-Sunnah dalam masalah aqidah ,berbanding Al-Imam Al-Hafiz Al-Muhaddith Amirul Mu'minin fi Al-Hadith Ibn Hajar Al-Asqollani, pensyarah kitab Sahih Al-Bukhari, hanya kerana Imam Ibn Hajar mempunyai pendirian aqidah manhaj Al-Asy'ari.

    Situasi lain pula, muncul seorang insan kerdil yang tidak memahami Al-Qur'an dan As-Sunnah melainkan dengan merujuk terjemahan semata-mata, mengaku lebih memahami apa itu sunnah dan apa itu bid'ah berbanding Al-Imam Al-Mujtahid Al-Mutlaq, Al-Hujjah, Imamul Mazhab, Muhammad bin Idris As-Syafi'e sehingga boleh menuduh amalan doa qunut pada waktu Subuh yang diamalkan oleh Imam As-Syafi'e tersebut adalah suatu bid'ah, sedangkan Imam As-Syafi'e adalah seorang tokoh yang telah menghafal bukan setakat Al-Qur'an, tetapi juga kitab hadith yang awal dihimpunkan iaitulah kitab Al-Muwatha' secara keseluruhannya sebelum mencapai umur baligh. Hanya kerana Imam As-Syafi'e mempunyai ketokohan dalam bidang ilmu agama zaman salaf sahaja, menyebabkan insan kerdil itu tidak melebel Imam As-Syafi'e r.a. sebagai ahli bid'ah, dalam masalah qunut ini. Insan kerdil tersebut mendakwa dia mengikut manhaj tarjih sedangkan para ulama' bermazhab As-Syafi'e yang mengamalkan qunut, sebagai mengikut taqlid dan jumud. Na'uzubillah.

    Lihatlah ukuran situasi-situasi ini. Tidak adakah suatu bid'ah lebih besar daripada bid'ah sebegini? Ungkapan: saya "salafi", bahkan lebih "salafi" daripada Al-Imam Al-Ghazali (hidup tahun 450 Hijrah dan meninggal dunia tahun 505 Hijrah), bahkan lebih memahami sunnah dan bid'ah berbanding Al-Imam As-Syafi'e (150-204 H), seolah-olah berkumandang secara lisan hal di mana-mana oleh pengikut golongan ini.

    Khalaf adalah Penerus Manhaj Salaf

    Seseorang perlu ketahui bahawasanya apa yang dimaksudkan sebagai "Khalaf" adalah para ulama' yang hidup setelah berlalunya zaman salaf yang meneruskan manhaj umum para ulama' salaf. Khalaf tidak pernah bererti suatu golongan ulama' yang berbeza dengan ulama'-ulama' salaf dari sudut aqidah, manhaj fiqh dan akhlak.

    Istilah salaf sendiri bererti:

    سَلَفَ يَسْلُفُ سَلَفاً وسُلُوفاً: تقدَّم

    Maksudnya: Salaf: Taqaddam iaitu terdahulu. [Lisan Al-'Arab, madah salafa]

    والسَّلَفُ والسَّلِيفُ والسُّلْفَةُ: الجماعَةُ المتقدمون

    Maksudnya: "As-Salaf, As-Salif dan As-Sulfah: Golongan Terdahulu [ibid]

    Jadi, seseorang yang mengaku sebagai "salafi" secara bahasanya bererti orang yang terdahulu. Sepatutnya sudah tidak hidup lagi kerana dia sepatutnya digantikan oleh orang yang kemudian. Oleh kerana itulah para ulama' salaf tidak menyebut diri mereka sebagai "salafi" ketika mereka hidup kerana para ulama' khalaflah yang memanggil mereka sebagai ulama' salaf kerana mereka telah berlalu dan mendahului generasi kemudian.

    Khalaf pula bererti generasi yang ditinggalkan setelah generasi terdahulu. Ia dari perkataan khalafa yang bererti ke belakang atau kemudian.

    الخَلْفُ ضدّ قُدّام

    Maksudnya: Khalfu adalah lawan bagi Quddam (hadapan) [Lisan Al-'Arab, madah: khalafa]

    Seseorang itu tidak dinamakan sebagai khalaf bagi sesuatu melainkan dia penerus kepada apa yang dilakukan oleh orang terdahulu. Maka, dinamakan para ulama' khalaf sebagai khalaf kerana mereka meneruskan apa yang dipegang oleh ulama' salaf, bukan kerana mereka berbeza dengan salaf. Orang yang memahami ulama' khalaf berbeza dengan ulama' salaf dari sudut pegangan dan kefahaman agama yang usul adalah suatu kefahaman batil terhadap maksud khalaf itu sendiri.

    Rasulullah s.a.w. sendiri memuji generasi khalaf ini yang meneruskan usaha menjaga kemurnian agama daripada golongan jahil dan batil.

    Rasulullah s.a.w. bersabda:

    يحمل هذا العلم من كل خلف عدوله، ينفون عنه تحريف الغالين، وانتحال المبطلين، وتأويل الجاهلين

    Maksudnya: "Ilmu ini akan dipikul oleh setiap khalaf (orang yang kemudian) dari kalangan yang adil daripadanya, yang menafikan tahrif (penyelewengan) pelampau, kepincangan golongan pembuat kebatilan dan takwilan orang-orang jahil".

    [Hadith diriwayatkan secara mursal dalam sebahagian riwayat (Misykat Al-Mashabih) dan disambung secara sanadnya kepada sahabat kepada Rasulullah s.a.w. oleh Al-Imam Al-'Ala'ie. As-Safarini mengatakan ianya sahih dalam kitab Al-Qaul Al-'Ali m/s: 227]

    Ulama' Khalaf adalah "Salaf" (Pengikut Salaf) Pada Generasi Setelah Zaman Salaf

    Kita perlu menyedari hakikat ini, dengan menyusuri sejarah dan lembaran tulisan ulama' tentang hakikat bahawasanya majoriti ulama' khalaf sebenarnya adalah penerus manhaj dan kefahaman ulama' salaf dalam bidang agama. Nama-nama seperti Asya'irah, Maturidiyyah dan sebagainya dalam bidang aqidah adalah suatu tradisi yang sama seperti nama-nama Syafi'iyyah, Malikiiyyah, Ahnaf dan Hanabilah dalam bidang fiqh. Ia tidak lebih daripada himpunan manhaj seragam dan perkembangan kaedah pendalilan (istidlal) dalam sesuatu bidang ilmu, bukan suatu kelaianan atau percanggahan daripada apa yang difahami oleh salaf. Hatta mengaku "Salafi" juga adalah kelainan daripada salaf itu sendiri.

    Oleh sebab itulah, ramai tokoh-tokoh Asya'irah dalam bidang aqidah menulis kitab-kitab aqidah lalu menisbahkan aqidah mereka kepada as-salaf as-sholeh. Antaranya adalah:

    Al-Imam Al-Hafiz Ahmad bin Al-Husain Al-Baihaqi Al-Asy'ari yang menulis kitab berjudul:

    الاعتقاد علي مذهب السلف اهل السنه و الجماعه

    (Al-I'tiqad 'ala Mazhab As-Salaf Ahl As-Sunnah wal Jamaah yang bermaksud: Kepercayaan berteraskan mazhab Salaf ahli sunnah wal jamaah).

    Sudah pasti kitab ini mengandungi perbahasan-perbahasan aqidah secara manhaj Asya'irah, namun di sisi Al-Imam Al-Baihaqi, ianya tidak lain melainkan aqidah mazhab Salaf juga. Jadi, Asya'irah juga adalah "Salafiyyah" (jika ingin digunakan istilah sekarang) pada asalnya, bahkan lebih awal ke"Salafiyyah"an mereka berbanding Salafiyyah Wahabiyyah yang muncul kemudian.

    Begitu juga Al-Imam Abu Hamid Al-Ghazali yang menulis kitab berjudul:

    Iljam Al-Awam 'An Ilm Al-Kalam

    Dalam kitab tersebut menjelaskan manhaj sebenar salaf dalam berinteraksi dengan ayat-ayat dan hadith-hadith mutasyabihat dengan cara tafwidh. Beliau menisbahkan manhaj ini (walaupun sebagai antara ulama' Asya'irah) kepada manhaj As-Salaf AS-Sholeh. Dalam Muqoddimah kitab ini, Al-Imam Al-Ghazali mengkritik Hasyawiyyah yang memahami nas-nas yang zahirnya tasybih secara zahir, lalu mengaku ianya sebagai aqidah salaf, kemudian beliau menjelaskan manhaj as-salaf yang sebenar secara manhaj asy'ari. Maka, Al-Ghazali juga cuba menetapkan ke"salafi"an beliau tanpa mengaku "salafi".

    Oleh sebab itulah, tokoh besar Al-Azhar AS-Syarif, Sheikh Abu Zahrah menjelaskan pertembungan Asya'irah, Maturidiyyah, Ibn Taimiyyah dan Wahabi dalam masalah aqidah di mana ianya adalah dalam usaha mengaku siapa lebih memahami as-salaf yang sebenar. Kemudian, Sheikh Abu Zahrah menguatkan pendapat bahawasanya, cara Al-Imam Al-Ghazali (Asya'irah) dan Maturidiyyah dalam memahami Salaf lebih tepat berbanding cara Ibn Taimiyyah memahami salaf dalam masalah aqidah. [Rujuk kitab Tarikh Al-Mazahib Al-Islamiyyah]

    Mengaku "Salafi" Adalah Bid'ah yang Bahaya

    Maka, benarlah kesimpulan yang dibuat oleh tokoh besar iaitu Sheikh Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buti dalam kitab As-Salafiyyah, bahawasanya bermazhab dengan mazhab salafi adalah suatu bid'ah yang bahaya. Sila rujuk di sini: http://www.dahsha.com/uploads/SalafyyaBouti.pdf

    Ini kerana ianya seolah-olah menyimpulkan beberapa perkara:

    As-Salaf itu bukan semata-mata suatu zaman yang diberkati, tetapi suatu himpunan keseragaman manhaj dalam bidang agama. Padahal, keseragaman manhaj dalam bidang agama tidak berlaku dalam keseluruhan salaf. Dalam bidang fiqh sahaja ada perbezaan antara Ahl Hadith dengan Ahl Ra'yi. Dalam bidang aqidah juga berbeza-beza manhajnya. Al-Imam Ahmad berbeza dengan Al-Imam Al-Muhasibi dan Ibn Kullab. Begitu juga Al-Imam Al-Bukhari berbeza dengan Al-Imam Ahmad dalam masalah lafaz Al-Qur'an. Begitulah masalah-masalah lain. Jadi, tidak ada namanya mazhab salaf dalam erti kata suatu himpunan keseragaman manhaj dalam bidang agama. As-Salaf dalam istilah sebenar hanyalah suatu tempoh masa yang diberkati.

    Ia seolah-olah mengeluarkan selain daripada "salafiyyah" daripada pengikut salaf yang sebenar. Oleh kerana itulah, munculnya Salafiyyah Wahabiyyah yang menafikan Asya'irah, Maturidiyyah, Sufiyyah dan sebagainya, sebagai pengikut salaf yang sebenar. Salafiyyah Wahabiyyah telah menjuarai dominasi slogan "mengikut salaf", lalu menganggap selain mereka sebagai :"tidak mengikut salaf". Ini suatu prasangka yang bahaya kerana tidak mengikut salaf dalam masalah usul agama bererti tidak mengikut Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a.. Ini adalah tohmahan yang sangat bahaya. Oleh kerana itulah, ramai orang jahil menganggap para ulama' Asya'irah, MAturidiyyah dan Sufiyyah tidak mengikut aqidah sebenar Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a.. Ini membawa kepada menuduh sesat selain mereka yang mengaku "salafi".

    Padahal, Asya'irah, Maturidiyyah, Sufiyyah dan sebagainya yang masih dalam lingkungan mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah hanya berbeza dari sudut manhaj dan pendekatan dalam bidang agama, bukan berbeza isi kandungan kefahaman agama dengan as-salaf. Pendekatan dan manhaj adalah suatu yang berkembang mengikut zaman sepertimana juga kemunculan mazhab fiqh pada awal kurun ketiga hijrah lalu diteruskan sehingga hari ini. Tidak boleh seseorang mengatakan mazhab syafi'e, atau mazhab maliki, bukan fiqh Rasulullah s.a.w, kerana mazhab adalah himpunan cara ulama' memahami dalil-dalil yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w..

    Maka, tidak perlu mengaku "salafi" untuk dinilai sebagai mengikut as-salaf as-sholeh. Ukurannya jelas iaitu dengan memahami agama mengikut kefahaman as-salaf as-sholeh. Rujuklah kitab-kitab ulama' salaf sendiri. Bukan sekadar merujuk satu dua tokoh kemudian yang mengaku hanya mereka sahaja yang memahami salaf. Adalah suatu kepincangan apabila seseorang menjelaskan tentang manhaj salaf namun rujukannya adalah bukan salaf seperti Sheikh Ibn Taimiyyah dan Muhammad Abdul Wahab sedangkan banyak lagi tulisan para ulama' salaf muktabar boleh dirujuk. Sheikh Ibn Taimiyyah tidak semestinya tepat dengan kefahaman salaf, dalam semua masalah dan, para ulama' lain tidak semestinya tidak memahami salaf yang sebenar. Banyakkanlah lagi bahan kajian agar kita jujur dalam membuat kajian.

    BARAKALLAHU LI WALAKUM....

    Keagungan Ayat Kursi

    Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

    Ayat ini dikenali sebagai ayat Kursi, ayat yang paling agung dalam Al-Quran, malah ia disebut sebagai penghulu bagi seluruh ayat Al-Quran. Dari segi sejarahnya, ia diturunkan pada waktu malam. Pada ketika itu juga Nabi memanggil Zaid selaku penulis wahyu untuk menulisnya. Dalam ayat yang pendek ini sebenarnya terkumpul sifat utama bagi Allah iaitu ketuhanan, keesaan, hidup, ilmu, memiliki kerajaan, kekuasaan dan kehendak.

    Sesudah menegaskan mengenai keesaanNya, disusuli pula dengan menyebut dua sifatNya yang lain, iaitu hidup dan terus menerus mengurus makhlukNya. Dengan demikian, manusia akan merasa aman dalam hidup serta tenang perasaannya kerana meyakini bahawa dia di dalam tangan Tuhan yang hidup, yang terus menerus mengurus serta mengawal jaga keadaan hambaNya.

    Allah, Dialah Tuhan yang tunggal bagi segala makhluk. Oleh itu, tiada yang berhak disembah dalam kehidupan ini melainkan Dia. Segala apa yang ada di langit dan bumi adalah hamba dan milikNya. Semuanya tunduk di bawah kehendak dan kuasaNya, seperti firman Allah bermaksud: "Tidak seorang pun di langit dan bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba. Sesungguhnya Allah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti. Dan setiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri" (Maryam: 93-95).

    Di antara tanda keAgungan dan kebesaran Allah bahawa tiada seorang pun yang berani memberi pertolongan kepada seorang lain di sisiNya tanpa izinNya. Firman Allah bermaksud: "Ketika datang hari itu, tidak seorang pun berbicara, melainkan dengan izinNya; maka di antara mereka ada yang celaka dan ada yang berbahagia" (Hud: 105).

    Ilmu Allah amat luas, meliputi segala makhluk ciptaanNya, baik yang dahulu, sekarang dan akan datang, bahkan Allah mengetahui segala urusan dunia dan akhirat. Allah juga amat luas kerajaan dan kekuasaanNya, langit dan bumi seluruhnya di dalam genggamanNya.

    Itulah ayat yang mengandungi kaedah pembentukan keimanan terhadap Allah. Dari sinilah terbina hala tuju pengabdian seseorang hanya kepada Allah. Dengan demikian, tidaklah seorang manusia melainkan menjadi hamba, hanya kepada Allah, tidaklah dia menjuruskan pengabdiannya melainkan kepada Allah dan tidaklah dia menyerahkan ketaatannya melainkan kepada Allah.

    Selain itu, ayat ini mempunyai beberapa kelebihan yang tidak ada pada ayat lain. Daripada kedudukannya dalam Al-Quran, sabda Nabi ketika ditanya oleh Abu Zar: "Ayat manakah yang diturunkan kepadamu yang paling Agung?" Jawab Baginda: "Ia adalah ayat Kursi" (riwayat Imam Ahmad, al-Nasai, al-Hakim dan al-Baihaqi).

    Daripada sudut keberkatannya di dunia, sabda Rasulullah: "Bacalah ayat Kursi kerana sesungguhnya ia mengawal jaga kamu, zuriat dan rumah tangga kamu sehingga bilik kecil di sekeliling rumahmu." Dari segi keberkatannya dalam menghalau syaitan, sabda Rasulullah: "Di dalam surah al-Baqarah, ada satu ayat yang menjadi penghulu bagi ayat Al-Quran, tidak dibacanya dalam rumah yang ada di dalamnya syaitan melainkan keluar ia daripadanya, itulah ayat Kursi" (riwayat al-Hakim).

    Daripada sudut keberkatannya ketika mati dan di akhirat, sabda Rasulullah: "Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas setiap solat fardu, Allah akan memberikannya hati orang yang bersyukur, amalan orang yang membenarkan Allah, pahala nabi-nabi, melimpahkan rahmat-Nya dan tidak menghalangnya daripada masuk syurga melainkan kematian yang akan memasukkannya"
    (riwayat al-Nasai).




    نبي الله دانيال عليه السلام

    لنبي دانيال كان ممن تم أسرهم ونقلهم إلى بابل إبان السبي البابلي لبيت المقدس وتدميرها على زمن نبوخذ نصر.
    كان الفرس يبقون على جسده لأنهم كان يتمطرون به إذ أنه كلما أخرجوا جسده للعراء تمطر السماء فكانوا يعتبرونها علامه مقدسة شريفة بينهم.
    عندما تم أسر دانيال ونقله إلى بلاد ما بين النهرين في بابل هو ورجال بني إسرائيل كان الغرض من ذلك التسلية بهم إذ كان البابليين يحفرون حفرا كبيره ويضعون فيها رجلا من بني إسرائيل ويطلقون عليه اسدين - نمرين - ليأكلانه. وكانت هذه عادة البابليين بالتسلية. وهذا ما لم يحدث مع دانيال إذ انهم عندما وضعوه في الحفرة واطلقوا علية الاسود قام الاسدين باللعب معه والتمسح به وكانما يطلبان العفو منه. وعندما حاول البابليين اعادة الكره حدث نفس الامر فعلموا ان هذا الرجل مقدس وانه نبي واكرموه وقدسوه. وعندما توفي كان يستمطرون به
    قام دانيال بعمل خاتم مرسوم عليه صورة رجل واسدين يقفان على اكتافه شكر الله أن نجاه من هذه الازمة.
    وحسب الروايات التي تتكلم عن الفتوحات في عهد الخليفة عمر بن الخطاب أن الصحابة وخلال فتوحات العراق وفارس وجدوا قوما يقدسون جثة لشخص ما وهذه الجثة لا يظهر عليها آثار تفسخ الجثث فعنما سأل المسلمون عن الجثة أخبرهم أهل تلك المنطقة بأنها لنبي مات لكنهم لا يستطيعون دفنه فعندها ذكر أحد الصحابة (أبو أيوب الأنصاري) بأن هذا النبي هو دانيال وقد أخبرهم النبي محمد صلى الله عليه وسلم بأنه دعا بأن يدفنه أصحاب نبي آخر الزمان فدفنه المسلمون حسب مارواه الصحابة بان امرهم الخليفة عمر بن الخطاب عند فتح بلاد السوس وجد في قصر الهرمزان جثة مضى عليها 300 سنة وقد دلهم انذاك رجل يقال له حرقوص وكان النبي (صلى الله عليه وسلم) اخبر اصحابه بان من يدل على جثة النبي دانيال فبشروه بالجنة وكان الصحابي أبو موسى الاشعري معهم حينئذ عند فتح تلك البلاد ووجدوا جثة النبي دانيال واخبرو بان جثته لم تاكلها الدابة أو السباع الا شعيرات قفا راسه وعند راسه مصحفه باللغة السريانية وجرة مملوءة بالذهب وكتبوا ذلك إلى امير المؤمنين عمر بن الخطاب فامر بتغسيله والصلاة عليه ودفنه وحفر أبو موسى الاشعري ومن معه 13 قبرا ودفنوه ليلا حتى لايعلم أحد مكانه ليعبدوه من دون الله حسب رواة 

    ﻣﻦ ﺍﻟﻔﺘﻰ

     دانيال عليه السلام نبي من أنبياء بني إسرائيل ممن لا يُعلم وقته على اليقين، إلا أنه كان في الزمن الذي بعد داود ، وقبل زكريا و يحيى عليهم السلام، وكان في الوقت الذي قدم فيه بختنصر إلى بيت المقدس وخربه، وقتل فيه من قتل من بني إسرائيل وسبى من سبى وأحرق التوراة. وقيل: إنه أسر دانيال الأصغر، وقيل: بل وجدوه ميتاً عندما دخل بختنصربيت المقدس، والظاهر أنه كان في بني إسرائيل دانيال الأكبر و دانيال الأصغر. والله أعلم. 
    وقد أورد ابن أبي الدنيا بإسناده إلى عبد الله بن أبي الهذيل أن بختنصر سلط أسدين على دانيال بعد أن ألقاه في جُب -أي بئر- فلم يفعلا به شيئاً. فمكث ما شاء الله تعالى ثم اشتهى ما يشتهي الآدميون من الطعام والشراب، فأوحى الله إلىأرمياء وهو من أنبياء بني إسرائيل وهو بالشام أن أعد طعاماً وشراباً لـ دانيال . فقال: يا رب أنا بالأرض المقدسة، ودانيال بأرض بابل من أرض العراق، فأوحى الله إليه أن أعد ما أمرناك به فإنا سنرسل من يحملك ويحمل ما أعددت، ففعل وأرسل إليه من حمله وحمل ما أعده حتى وقف على رأس الجب، فقال دانيال من هذا؟ قال أنا أرمياء فقال: ما جاء بك؟ فقال: أرسلني إليك ربك، قال: وقد ذكرني ربي؟ قال: نعم. فقال دانيال : الحمد لله الذي لا ينسى من ذكره، والحمد لله الذي يجيب من دعاه، والحمد لله الذي من وثق به لم يكله إلى غيره، والحمد لله الذي يجزي بالإحسان إحساناً. والحمد لله الذي يجزي بالصبر نجاة، والحمد لله الذي هو يكشف ضرنا وكربنا، والحمد لله الذي يقينا حين يسوء ظننا بأعمالنا، والحمد لله الذي هو رجاؤنا حين تنقطع الحيل عنا… 
    واشتهر أن الصحابة رضي الله عنهم عثروا على قبره عندما فتحوا (تستر) ثم أمرهم عمر بن الخطاب أن يغيبوا قبره خشية أن يتخذه الناس معبداً أو يشرك بالله عنده. وقيل إن الذي وجدوه رجلاً صالحاً. والأول أشهر. 
    وأخرج ابن أبي الدنيا بإسناد حسن -كما قال الحافظ ابن كثير- عن أبي الزناد قال: رأيت في يد أبي بردة بن أبي موسى الأشعري خاتما نقش فصه (أسدان بينهما رجل يلحسان ذلك الرجل) قال أبو بردة وهذا خاتم ذلك الرجل الميت الذي زعم أهل هذه البلدة أنه دانيال أخذه أبو موسى يوم دفنه أي يوم دفن دانيال . قال أبو بردة فسأل أبو موسى علماء تلك القرية عن نقش ذلك الخاتم فقالوا: إن الملك الذي كان دانيال في سلطانه، جاءه المنجمون وأصحاب العلم فقالوا له: إنه يولد كذا وكذا غلام يُذهب ملكك ويفسده، فقال الملك: والله لا يبقى تلك الليلة مولود إلا قتلته. إلا أنهم أخذوا دانيال فألقوه في أجمة الأسد فبات الأسد ولبوته يلحسانه ولم يضراه. فجاءت أمه فوجدتهما يلحسانه فنجاه الله بذلك حتى بلغ ما بلغ. قال أبو موسى : قال علماء تلك القرية: فنقش دانيال صورته وصورة الأسدين يلحسانه في فص خاتمه لئلا ينسى نعمة الله عليه في ذلك.
    هذا باختصار ما اقتبسته من تاريخ الحافظ ابن كثير (البداية والنهاية). 
    ولا يخفى أن ما جاء في قصته هو من أخبار بني إسرائيل التي لم يثبت فيها شيء عن نبينا محمد صلى الله عليه وسلم، ومع هذا فلا حرج في روايتها لأنها لا تخالف شيئاً من شريعة الإسلام، وهذا داخل تحت عموم قول النبي صلى الله عليه وسلم: " وحدثوا عن بني إسرائيل ولا حرج " كما أشار إلى هذا المعنى الحافظ ابن كثير في مقدمة تفسيره






    Dalam agama Islam, nama Nabi Daniel termasuk jarang didemgari. Hal ini mengingatkan kita bahawa Nabi Daniel tidak termasuk salah satu dari 25 nabi yang wajib diketahui. Namun demikian, para ahli sejarah mengatakan, beliau adalah seorang Nabi yang pernah hidup dan meninggal di Mesir. Nabi Daniel termasuk di antara keturunan Nabi Daud as.

    Imam ats-Tsa’laby sebagaimana dikutip oleh Muhammad bin Iyas Abul Barakat al-Hifny dalam bukunya Bada’iuz Zuhur fi Waqai’ ad-Duhur (hal.192-194) menuturkan, bahwa syahdan dahulu hidup seorang raja Babil yang terkenal jahatnya yang bernama, Bakhtashir. Bakhtashir sendiri termasuk keturunan Yafuts dan Yafuts adalah putra Nabi Nuh as.

    Dalam sejarahnya, Bakhtashir seorang raja yang sangat kejam. Tidak ada satupun laki-laki Bani Israil yang hidup melainkan dibunuhnya. Anak-anak dipisahkan dari orang tuanya dan dilatih untuk perang sebagian dipenjara.
    Suatu saat Bakhtashir menawan banyak masyarakat, termasuk kanak-kanak. Di antara yang ditawan itu ada seorang anak-anak bernama Nabi Daniel. Ia ditawan dan dipenjarakan bersama dengan keturunan Nabi Ya’kub dan Nabi Yusuf, as.

    Suatu hari Bakhtashir bermimpi dengan mimpi yang sangat mengejutkannya. Ia bertanya kepada para pentafsir mimpi, akan tetapi semuanya diam, tidak dapat mentafsirkan mimpinya.

    Lalu datanglah seorang laki-laki yang pernah dipenjara bersama Nabi Daniel yang mengkhabarkan kepada Bakhtashir bahawa di dalam penjara ada seorang pemuda yang pandai mentafsirkan mimpi. Dia adalah Nabi Daniel. Di panggilah Nabi Daniel untuk mentafsirkan mimpinya itu.

    Nabi Daniel dengan sangat jelas mentafsirkan mimpi Bakhtashir tadi. Bakhtashir pun kagum akan kehebatan Nabi Daniel. Nabi Daniel kemudian dibebaskan dari penjara dan dijadikan pembesar sekaligus guru peribadi Bakhtashir.

    Kedekatan antara Bakhtashir dengan Nabi Daniel ini membuat petinggi Majusi geram. Mereka kemudian merencanakan sebuah makar untuk membunuh Nabi Daniel. Digalilah sebuah lubang besar, kemudian Nabi Daniel dimasukkan ke dalamnya bersama-sama dengan binatang-binatang buas dan berbisa. Namun, setelah beberapa hari lamanya Nabi Daniel berada di lubang tersebut, Bakhtashir mendapatkan Nabi Daniel dalam keadaan sihat tidak kurang sedikitpun.

    Ia pun semakin dekat dan sayang kepada Nabi Daniel. Melihat hal itu, orang-orang Majusi kembali menghasut Nabi Daniel dengan hasutan-hasutan yang jauh dari kebenaran. Di antara hasutan ini, dikatakan kepada Bakhtashir bahawa Daniel telah menyebarkan ‘aib yang tidak baik tentang Bakhtashir, iaitu bahawa Raja Bakhashir apabila tidur, selalu buang air kecil di atas tilam.

    Hasutan ini tentu membuat Bakhtashir geram, mengingat ini merupakan cacat dan aib besar untuk seorang raja. Nabi Daniel lalu dipanggil dan diminta tidur bersamanya. Bakhtashir kemudian berkata kepada para pengawal yang bertugas menjaga pintu, bahawa kelak apabila malam tiba ada orang yang keluar bili tidur untuk mmbuang air, bunuh saja dia, siapapun dia orangnya, sekalipun dia mengaku bernama saya. Para pengawal pun mengiyakannya.

    Ketika malam tiba, Nabi Daniel tidak keluar, ia tidak mahu membuang air kecil pada malam itu. Sampai akhirnya Bakhtashir sendiri yang pertama keluar dari biliknya untuk membuang air. Setiba di pintu, para pengawal langsung menangkapnya. Bakhtashir berteriak dan berkata: “jangan bunuh, saya adalah raja kalian, Bakhtashir”.

    Namun para pengawal menjawabnya dengan mengatakan: “Dusta, kamu telah berdusta, kamu bukan Bakhtashir raja kami, tapi kamu adalah orang yang mengaku sebagai raja kami. Dan siapapun yang keluar malam pertama, maka dia harus dibunuh”. Lalu Bakhtashir pun lalu dibunuhnya. Allah menyelamatkan Nabi Daniel dan membinasakan Bakhtashir yang jahat.

    Abul Barakat al-Hifny kemudian menuturkan, Nabi Daniel kemudian berangkat menuju kota Iskandariyah, dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya untuk berdakwah di sana, bahkan meninggal dan kuburannya pun di sana.

    Makam Nabi Daniel ini menurut al-Hifny dalam Badai’uz Zuhurnya (hal 194, 195) ditemui pada masa Khalifah Umar bin Khatab. Saat itu ketika Iskandariyah berhasil dilumpuhkan oleh Umar bin Ash, Umar dan para tenteranya melihat ada tempat bersembunyi yang dikunci dengan kunci besi. Kemudian mereka membukanya, dan ternyata di dalamnya ada lubang kecil yang ditutup dengan marmar berwarna hijau yang ditutup dengan marmar berwarna hijau lainnya.

    Ketika dibuka, ternyata di dalamnya ada jenazah seorang laki-laki dengan kain kafan yang ditenun benang emas, dengan badan yang sangat besar. Kejadian itu dilaporkan kepada Khalifah Umar, dan Umar segera bertanya kepada Ali bin Abi Thalib. Ali kemudian menjawab bahawa jenazah tersebut adalah jenazah Nabi Daniel.

    Umar segera memerintahkan Umar bin Ash untuk mengkafani kembali jenazah tadi, dan meminta untuk dikuburkan disebuah tempat yang tidak dapat dijangkau oleh orang-orang. Umar bin Ash lalu membuatkan makamnya lagi di kota Iskandariyah yang ketika ini di atasnya dibangun sebuah masjid, bernama Masjid Nabi Daniel.

    Pesan Imam Hasan Al-Basri


    Kata Imam Hasan Al-Basri kepada muridnya :

    Ambillah kertas ini yang mengandungi empat baris kata-kata yang mana ia lebih berharga dari seribu kitab.

    1) Jangan kamu tertipu dengan tempat yang indah dan cantik kerana tiada tempat yang lebih cantik daripada syurga, sesungguhnya bapa kita Nabi Adam a.s dulu pernah tinggal di dalam syurga dan menikmatinya tapi kemudian apa yang terjadi?

    2) Jangan kamu tertipu dengan ilmu kamu yang banyak,sesungguhnya BAL'AM bin BA'Ura' sangat-sangat banyak ilmunya hingga dengan izin ALLAH dia mampu melihat Luh Mahfuz tapi kemudian apa yang terjadi?
     
    3) Jangan kamu tertipu dengan amalan kamu yang banyak sesungguhnya iblis laknatullah teramat banyak amal ibadahnya kepada ALLAH tapi kemudian apa yang terjadi?

    4) Jangan kamu tertipu apabila kamu bermimpi berjumpa dengan wali-wali ALLAH kerana sesungguhnya tiada lagi manusia yang paling afdhal di muka bumi ini melainkan NABI MUHAMMAD S.A.W.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA