الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”
    Showing posts with label sirah nabawiyah. Show all posts
    Showing posts with label sirah nabawiyah. Show all posts

    JANGAN TUNGGANG AGAMA

     CARI IBRAH

    Pada zaman Nabi Musa A.S, Bal’am bin Ba’ura, dari kaum bani Israel ialah seorang ulama yang ada pengetahuan luas tentang ilmu dunia dan ilmu ghaib berkaitan jin dan malaikat, serta ilmu berkenaan sebahagian Luh Mahfuz, arasy Allah SWT.

    Doa Bal’am senang makbul sebab tingkat ilmunya yang cukup tinggi kerana beliau mampu memahami sifat-sifat nama Allah dengan sempurna. Bal’am bin Ba’ura ni dididik Nabi Musa A.S.

    Nabi Musa hantar Bal’am untuk ajak kaum Madyan kembali kepada Islam ajaran Nabi Musa. Ketika diseru Bal’am, pemerintah Kaum Madyan mintak Bal’am doakan kecelakaan pada Nabi Musa sebab penduduk Madyan takut Nabi Musa datang bawa ajaran dan tenteranya.

    Bal’am tak


    nak tapi dipujuk dengan kemewahan dan kekayaan, Bal’am berkeras takkan doakan keburukan pada Nabi Musa dan tenteranya.

    Bal’am dipujuk lagi dengan kemewahan harta dan diberikan padanya wanita-wanita sehinggakan isterinya sendiri pujuk gunakan doanya terhadap Nabi Musa. Akhirnya, Bal’am tewas dengan godaan.

    Bal’am bin Ba’ura doakan keburukan kepada Nabi Musa dalam hatinya tapi lidahnya hanya keluarkan kata-kata murni mendoakan kesejahteraan gurunya Nabi Musa dan pengikutnya.

    Orang lain hairan apasal beliau doakan kebaikan pulak, Bal’am kata tu apa yang Allah SWT nak dan dia tak mampu doakan keburukan pada Nabi Musa.

    Bal’am dah dirasuk dengan kemewahan dunia, dia mintak pemerintah Madyan untuk kumpulkan perempuan-perempuan paling cantik dari kaum mereka untuk dihantar kepada tentera Nabi Musa yang majoritinya orang-orang musafir yang pasti mudah tergoda dengan wanita.

    Rancangannya, Bal’am berharap Allah SWT takkan ampunkan tentera Nabi Musa yang berzina dan akan dilemahkan dengan mudah kerana tak tahan godaan nafsu syahwat.

    Apa yang diharapkan tu berlaku memang betul-betul jadi sampaikan ramai tentera Nabi Musa tewas dengan godaan wanita-wanita yang dihantar pada mereka. Larangan Nabi Musa untuk pengikutnya tak dekati wanita-wanita langsung tak diendahkan.

    Allah SWT turunkan wabak sebagai hukuman kepada tentera Nabi Musa yang melakukan zina sehingga 70 ribu orang mati dilanda wabak tu.

    Bal’am bin Ba’ura teruskan kehidupannya di situ dengan dihujani kemewahan atas kejayaan menghalang kedatangan tentera Nabi Musa kepada kaum Madyan.

    Lama-kelamaan Bal’am bin Ba’ura dan pengikut setia Nabi Musa yang ada ilmu melebihi manusia lain, ditinggikan darjatnya di sisi Allah SWT, menghabiskan sisa hidupnya dalam keadaan binasa dan bingung bila ilmunya ditarik satu per satu.

    Kehidupannya dan matinya Bal’am tak ubah seperti seekor anjing yang tak tau lagi apa hala tujunya. Hidupnya hanya sekadar memuaskan nafsu seperti anjing yang hidupnya hanya mencari makan.


    KISAH NABI DAN RASUL IBNU KATHIR

     


    SEMPENA KEHADIRAN BULAN RAJAB 1437 HIJRAH

    Firman Allah :

    إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ

    “Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan Ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.”
    (At Taubah: 36).


    Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda :

    “Sesungguhnya Rajab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku”.

    Baginda Rasulullah s.a.w juga bersabda :
    “Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para Nabi, keluarga Nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka”

    Kata Rajab diambil dari kata At-Tarjib, yang bererti pengagungan. Rajab disebut juga tercurah, sebab pada bulan ini Allah mencurahkan rahmat Nya kepada orang-orang yang bertaubat dan mengabulkan
    doa untuk orang-orang yang beramal. Rajab juga bererti tuli,sebab pada bulan ini tidak terdengar suara peperangan. Rajab juga disebut sebagai Al-Muthahhir, kerana orang-orang yang berpuasa pada bulan itu akan disucikan dari berbagai dosa dan kesalahan.
    Ada juga yang berpendapat bahawa Rajab adalah nama sebuah sungai di syurga yang airnya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu, dan lebih dingin daripada es. Tidak ada yang akan meminumnya, kecuali mereka yang berpuasa pada bulan Rajab. Sabda Rasulullah s.a.w:
     “Pada malam mi’raj, aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s.: “Wahai Jibril untuk siapakan sungai ini ?”Maka berkata Jibrilb a.s.: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau di bulan Rajab ini”.

    Dari Anas bin Malik r.a,  Rasulullah s.a.w bersabda pula :
     “Sesungguhnya di syurga terdapat sungai yang dinamakan Rajab, airnya lebih putih daripada susu dan rasanya lebih manis dari madu. Barangsiapa puasa sehari pada bulan Rajab, maka ia akan dikaruniai minum dari sungai tersebut”.

    Dalam sebuah riwayat, Thauban r.a bercerita:
    “Ketika kami berjalan bersama Rasulullah SAW melalui sebuah kubur, lalu Rasulullah berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada Allah SWT. Lalu saya bertanya kepada Rasulullah SAW:
    “Ya Rasulullah, mengapa engkau menangis?” Lalu Rasulullah SAW bersabda:
    “Wahai Thauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka dan aku berd’a kepada Allah, lalu Allah meringankan seksa kubur mereka”
    Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Thauban, kalau sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab dan mereka tidak tidur semalam saja di bulan Rajab, nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur”
    Thauban bertanya: “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab, sudah dapat menghindarkan mereka dari seksa kubur?”
    Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Thauban, Demi Allah Dzat yang telah mengutusku sebagai Nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana Allah, kecuali Allah mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun”
    (Sahih Riwayat Arba’)

    Daripada  Salman al-Farizi r.a, Rasulullah SAW bersabda :
    “Barangsiapa berpuasa satu hari pada bulan Rajab, maka seolah-olah dia telah berpuasa seribu tahun, dan seakan dia telah memerdekakan seribu budak. Dan barangsiapa bersedekah pada bulan itu, maka seolah-olah dia bersedekah dengan seribu dinar, dan ditetap dari setiap rambut yang ada pada tubuhnya dengan seribu kebaikan, an diangkatnya seribu derajat, dihapuskan darinya seribu keburukan, dan ditetapkannya baginya setiap hari yang dia gunakan untuk berpuasa dan bersedekah itu dengan seribu haji dan seribu umrah, serta dibangunkannya baginya seribu rumah, seribu istana dan seribu kamar.”




    Dinamakan juga sebagai bulan haram kerana pada bulan-bulan tersebut orang Islam dilarang mengadakan peperangan. Tentang bulan-bulan  ini, Al-Qur’an menjelaskan:

    Imam Ghazali menulis dalam kitabnya, dikisahkan, seorang perempuan beribadah di Baitul Maqdis dan setiap hari selama bulan Rajab ia selalu mendekatkan diri kepada Allah. Perempuan itu selalu memakai baju jubah. Pada suatu hari, perempuan itu sakit tenat. Ia berwasiat kepada anaknya, jika ia meninggal agar jubahnnya disertakan di dalam kuburnya. Namun anak itu lupa melaksanakan wasiat ibunya. Pada suatu malam, ia bermimpi melihat ibunya. Ibunya berkata, “Anakku, aku tidak meredhaimu,kerana engkau tidak melaksanakan wasiatku.”
     Anak itu terbangun dengan perasaan cemas kemudian ia bergegas menuju kuburan ibunya lalu mulai menggalinya kembali untuk menguburkan jubah ibunya. Betapa terkejutnya ia kerana jenazah ibunya tidak ada. Lalu terdengarlah suara, “Apakah engkau tidak tahu bahawa barangsiapa yang taat kepada Kami pada bulan Rajab, Kami tidak akan membiarkannya sendirian di dalam kubur…”



    Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Hajar Al-Asqalan berkata :
    “Nama lain bulan Rajab dengan 18 nama. Yang terkenal adalah "Al Ashamm"(Yang tuli), kerana tidak terdengarnya gemerincing pedang yang saling beradu, disebabkan kerana Rajab itu termasuk bulan yang diharamkan adanya peperangan. Nama unik lainnya "Munashil al-Asinah"(keluarnya gigi), dengan maksud makna senada dengan nama pertama disebutkan, yakni anak panah besi yang diputuskan seperti mencabut gigi. Nama lainnya"Al-Ashabb"(limpahan), kerana limpahan rahmat yang banyak diturunkan pada bulan ini.


    Peristiwa di dalamnya

    Di dalam bulan Rajab terdapat beberapa peristiwa bersejarah dalam islam, iaitu Perang Tabuk, Penaklukan Jurusalem oleh Salahuddin Al-Ayubi, dan Keruntuhan Khilafah Uthmaniyah di .
    Pada bulan Rajab tahun 9 Hjirah, Rasulullah s.a.w  bersama 30 ribu pasukan kaum muslimin pergi meninggalkan Madinah menuju Tabuk di wilayah Syam (Suriah). Ekspedisi ini bertujuan untuk menghadapi pasukan Romawi yang sudah bersiap di sana. Pasukan kaum muslimin bergerak di bawah panasnya cuaca yang pada ketika  itu melewati ratusan kilometer di gurun pasir. Mendengar kedatangan pasukan yang sedemikian besar dan pantang menyerah serta dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w  sendiri, pasukan Romawi merasa sudahpun kalah. Mereka berkecut hati dan mundur ke benteng mereka. Akhirnya, kaum muslimin berhasil menguasai Tabuk tanpa pertempuran. Dengan kemenangan dalam Perang Tabuk ini, maka kekuatan islam memperkukuh kedudukannya di seluruh Jazirah Arab.
    Di bulan Rajab juga, pada tahun 583 Hinrah (1187 Masihi), Salahudin Al Ayubi memimpin pasukannya berangkat ke Jerusalem untuk membebaskannya dari cengkaman pasukan perang salib yang telah menguasainya selama hampir satu abad. Beberapa bulan sebelumnya, pasukan Salahudin
    juga telah mengalahkan dua pasukan perang salib dalam Perang Hittin. Kemenangan Salahudin sangatlah istimewa kerana berhasil mengembalikan bumi Isra’ Mi’raj dan kiblat pertama kaum muslimin ke dalam pangkuan islam. Selain itu, kemenangan ini juga mencegah penguasaan kaum kristian atas tanah dan negeri kaum muslimin.
    Selain kemenangan bersejarah, bulan Rajab juga menjadi saksi kekalahan dan kemunduran kaum muslimin. Tujuh ratus enam puluh tahun kemudian, pada 28 Rajab 1342 Hijrah (3 Mac 1924 M), Khilafah Islamiyah dihapus secara resmi oleh Mustafa Kamal Pasha di Turki. Institusi yang menyatukan seluruh kaum muslimin di dunia ini hancur pada ketika itu. Tidak ada lagi satu institusi yang menjadi pelindung bagi kaum muslimin secara menyeluruh. Tidak ada lagi institusi yang menjamin terlaksananya syariat islam dan hukum-hukum Allah di muka bumi. Sebagai pelindung jiwa, kehormatan, harta dan kekayaan kaum muslimin telah dilenyapkan sehingga kaum muslimin hanya menjadi santapan lazat yang direbutkan oleh kaum kolonialis dan kapitalis. Khilafah itu kini berganti menjadi negara-negara sekuler yang bercerai berai di seluruh dunia.

    Selain daripada itu terdapat bebarapa peristiwa penting yang berlaku di dalam bulan Rajab antaranya :
    1. Hijrah Pertama ke Negeri Habsyah (Ethiopia)

    Ketika pihak musyrikin Mekkah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada kaum muslim dan Rasulullah s.a.w, maka Rasulullah s.a.w memerintahkan kepada para sahabat untuk berhijrah ke negeri Habsyah (Ethiopia). Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih oleh Rasulullah s.a.w kerana rajanya (Raja Najasyi) dikenal dengan toleransi dan sikap terbukanya. Di antara mereka yang berhijrah ke Habsyah adalah Sayidina Uthman bin ‘Affan ra dan isterinya Ruqayah puteri Rasulullah s.a.w.

    2. Peristiwa Isra' Mi'raj Rasulullah s.a.w
    Isra’ Mi’raj termasuk di antara mukjizat khusus yang Allah berikan hanya kepada Rasulullah s.a.w, tidak kepada nabi-nabi yang lain. Isra’ ialah perjalanan malam Rasulullah s.a.w dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa (Palestin). Mi’raj ialah dari Masjidil Aqsa, Rasulullah s.a.w meneruskan perjalanannya ke alam langit menuju Sidratul Muntaha. Ketika di Sidratul Muntaha, Rasulullah s.a.w hanya bersendirian dan malaikat Jibril hanya sampai di bawah Sidratul Muntaha kerana sudah tidak mampu untuk naik bersama Rasulullah s.a.w ke Sidratul Muntaha. Di Sidratul Muntaha, Rasulullah s.a.w menerima perintah secara langsung dari Allah untuk melaksanakan Solat Fardhu lima waktu dalam sehari semalam. Setelah itu Rasulullah s.a.w kembali lagi ke Masjidil Haram di Makkah. Menurut suatu riwayat, semua rangkaian peristiwa yang luar biasa menakjubkan tersebut hanya ditempuh dalam waktu sepertiga malam.

    Firman Allah :

    سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

    " Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. "
    (Al-Isra’ : 1).

     Allah juga menjelaskan peristiwa Mi’raj dalam surah An-Najm ayat 1 hingga 18 yang berbunyi.

    وَالنَّجْمِ إِذَا هَوَى (1) مَا ضَلَّ صَاحِبُكُمْ وَمَا غَوَى (2) وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى (3) إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى (4) عَلَّمَهُ شَدِيدُ الْقُوَى (5) ذُو مِرَّةٍ فَاسْتَوَى (6) وَهُوَ بِالْأُفُقِ الْأَعْلَى (7) ثُمَّ دَنَا فَتَدَلَّى (8) فَكَانَ قَابَ قَوْسَيْنِ أَوْ أَدْنَى (9) فَأَوْحَى إِلَى عَبْدِهِ مَا أَوْحَى (10) مَا كَذَبَ الْفُؤَادُ مَا رَأَى (11) أَفَتُمَارُونَهُ عَلَى مَا يَرَى (12) وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَى (13) عِنْدَ سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى (14) عِنْدَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَى (15) إِذْ يَغْشَى السِّدْرَةَ مَا يَغْشَى (16) مَا زَاغَ الْبَصَرُ وَمَا طَغَى (17) لَقَدْ رَأَى مِنْ آيَاتِ رَبِّهِ الْكُبْرَى (18)


    Sesungguhnya dalam peristiwa Isra’ Mi’raj ini banyak sekali kejadian-kejadian hebat yang dialami Rasulullah s.a.w, demikian juga pemandangan-pemandangan sangat menakjubkan yang Allah memperlihatkan kepada hamba tercinta Nya. Rasulullah s.a.w melakukan Isra’ Mi’raj tersebut dengan ruh dan jasadnya. Jika hanya dialami oleh ruhnya saja tentu tidak akan menjadi satu mukjizat yang tinggi, sebab manusia lain pun memiliki kemungkinan untuk mengalami peristiwa seperti itu. Misalkan ketika mimpi terbang ke langit ke tujuh, sebab kejadian mimpi hanya dialami oleh ruh seseorang.

    Dalam menentukan tarikh peristiwa Isra’ Mi’raj tersebut para ulama berbeza pendapat, sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rabiul Akhir; sebahagian 17 Rabiul Awal; sebahagian 29 Ramadhan; sebahagian 27 Rajab dan sebahagian 7 Rabiul Awal. Tetapi yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada 27 Rajab, sekalipun tidak disertai alasan yang kuat. Bahkan tahun kejadiannya juga terdapat perselisihan pendapat di kalangan ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun pertama diutusnya Nabi), sebahagian tahun ke 12 dari Bi'tsah, sebahagian pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian tahun ketiga sebelum hijrah Nabi s.a.w ke Madinah dan sebahagian pula berpendapat lain dari semuanya itu. Tetapi Ibnu Sa’ad dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", berpendapat baahwa peristiwa Isra’ Mi’raj Rasulullah s.a.w terjadi pada lapan belas bulan sebelum Rasulullah s.a.w hijrah ke Madinah.


    3. Kelahiran Sayidina Ali bin Abi Talib di dalam Kaabah

    Terjadi peristiwa ajaib yang menggemparkan sejarah umat manusia. Sebab peristiwa ini tidak pernah terjadi sebelumnya, demikian Nabi  s.a.w bersabda. Pada hari Jumaat 13 Rajab, 23 tahun sebelum hijrah telah lahir seorang bayi suci di dalam Kaabah.

    Fatimah binti Asad, ibunda Ali bin Abi Talib yang merupakan seorang wanita solehah, mukminah dan pengikut agama tauhid, pada suatu hari ia memperoleh ilham dari Allah supaya pergi ke Baitullah untuk bertawaf. Ketika sedang mengelilingi Kabah, tiba-tiba ia merasakan sakit akan melahirkan. Lalu Fatimah binti Asad memegang kain penutup Kaabah sambil bersimpuh ke dindingnya, kemudian berdoa:
    "Ya Allah, wahai Tuhan Pemilik rumah suci ini, sesungguhnya aku ini seorang wanita yang beriman kepada Mu. Aku juga beriman kepada agama yang dibawa datukku Ibrahim a.s., kepada para nabi yang telah Engkau utus serta kitab-kitab suci yang telah Kau turunkan. Ya Allah, demi kemuliaan rumah ini dan demi kesucian bayi yang sedang aku kandung ini, maka permudahlah kelahiran ini".

    Tiba-tiba suatu keajaiban benar-benar terjadi, terdengar suatu guruh kerana dinding Kaabah   di hadapan Fatimah binti Asad terbelah. Fatimah masuk ke dalam Kaabah, kemudian dinding Kaabah yang retak itu tertutup kembali. Abbas bin Abdul Mut alib dan kawan-kawannya yang menyaksikan kejadian itu segera memberitahu suami Fatimah binti Asad, iaitu Abu Talib. Mereka berusaha membuka pintu dan dinding Kabah, tetapi tidak berhasil. Akhirnya mereka hanya menunggu, sambil berdoa dan   cemas. Tiga hari kemudian dinding Kaabah terbelah lagi, Fatimah binti Asad keluar dengan memangku bayi (Ali bin Abi Talib) yang telah lahir di dalam Kaabah.

    Rasulullah s.a.w bersabda:
    "Ada yang aku miliki dan tidak dimiliki Ali, dan ada yang dimiliki Ali namun aku tidak memilikinya. Yang aku miliki dan tidak dimiliki Ali adalah bahawa aku seorang nabi dan rasul terakhir yang diutus oleh Allah, sedangkan yang dimiliki Ali namun aku tidak memilikinya ialah bahawa ia satu-satunya manusia yang lahir di dalam Kaabah".

    Ali bin Abi Thalib yang merupakan salah seorang Ahlul Bait Nabi s.a.w  yang telah disucikan oleh Allah sesuci-sucinya sepertimana firman Allah :

    وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا

    dan hendaklah kamu tetap di rumahmu  dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu  dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul baitdan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.”
    (Al-Ahzab : 33)

    Sayidina Ali lahir di dalam Kaabah (Baitullah) yang suci, besar dalam buaian dan pangkuan Nabi paling suci iaitu   Rasulullah s.a.w, dan pada malam Lailatul Qadr yang suci (19 Ramadhan 40 H) ketika sedang melakukan sujud di Masjid Kufah ia dihentam oleh pedang si manusia paling terkutuk dan paling celaka yang bernama Ibnu Muljam, akhirnya pada malam Lailatul Qadr berikutnya (21 Ramadan 40 H) ruh manusia suci ini terbang menemui Allah. Kalimah terakhir yang keluar dari lisannya yang suci ialah: "Fuzhu wa rabbilka'bati." Sungguh aku telah meraih kemenangan, demi Tuhan pemilik Kabah.




    Puasa Rajab

    Hadis-hadis Nabi yang menganjurkan atau memerintahkan berpuasa dalam bulan- bulan haram (Dzulqaedah, Dzulhijjah, Muharram dan Rajab) itu cukup menjadi hujjah atau landasan mengenai keutamaan puasa di bulan Rajab. 

    Diriwayatkan dari Mujibah al-Bahiliyah, Rasulullah bersabda :
    "Puasalah pada bulan-bulan haram."
    (Riwayat Abu Dawud, Ibnu Majah, dan Ahmad). Hadis lainnya adalah riwayat al-Nasa'i dan Abu Dawud (dan disahihkan oleh Ibnu Huzaimah): "Usamah berkata pada Nabi Muhammad Saw, “Wahai Rasulullah, saya tak melihat Rasul melakukan puasa (sunnah) sebanyak yang Rasul lakukan dalam bulan Sya'ban. Rasul menjawab: 'Bulan Sya'ban adalah bulan antara Rajab dan Ramadan yang dilupakan oleh kebanyakan orang.'"

    Menurut Imam As-Syaukani dalam Nailul Authar, dalam bahasan puasa sunnah, ungkapan Nabi, "Bulan Sya'ban adalah bulan antara Rajab dan Ramadan yang dilupakan kebanyakan orang" itu secara implisit menunjukkan bahwa bulan Rajab juga disunnahkan melakukan puasa di dalamnya.

    Keutamaan berpuasa pada bulan haram juga diriwayatkan dalam hadis sahih imam Muslim. Bahkan  berpuasa di dalam bulan-bulan mulia ini disebut Rasulullah sebagai puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan. Nabi bersabda : “Seutama-utama puasa setelah Ramadan adalah puasa di bulan-bulan al-muharram (Dzulqaedah, Dzulhijjah, Muharram, dan  Rajab).

    Imam Ghazali dalam Ihya’ Ulumid-Din menyatakan bahwa kesunnahan berpuasa menjadi lebih kuat jika dilaksanakan pada hari-hari utama (al-ayyam al-fadhilah). Hari- hari utama ini dapat ditemukan pada tiap tahun, tiap bulan dan tiap minggu. Imam Ghazali menyatakan bahawa Rajab tergolong-asyhur al-fadhilah di samping dzulhijjah, muharram dan sya’ban. Rajab juga terkategori al-asyhur al-hurum  di samping dzulqa’dah, dzul hijjah, dan muharram.

    Disebutkan dalam  Kifayah Al-Akhyar, bahawa bulan yang paling utama untuk berpuasa selepas  Ramadhan adalah bulan- bulan haram iaitu dzulqa’dah, dzul hijjah, rajab dan  muharram. Di antara keempat bulan itu yang paling utama untuk puasa adalah bulan al-muharram, kemudian Sya’ban. Namun menurut Syeikh Al-Rayani, bulan puasa yang utama setelah Muharram adalah Rajab.

    Hukum puasa dan ibadah pada Rajab, Imam An-Nawawi menyatakan, telah jelas dan sahih riwayat bahawa Rasulullah s.a.w menyukai puasa dan memperbanyak ibadah di bulan haram, dan Rajab adalah salah satu dari bulan haram, maka selama tidak ada larangan khusus puasa dan ibadah di bulan Rajab, maka tidak ada satu kekuatan untuk melarang puasa Rajab dan ibadah lainnya di bulan Rajab”
    (Syarh Nawawi ‘ala Sahih Muslim).


    Hadis Keutamaan Rajab


    Diriwayatkan bahawa apabila Rasulullah s.a.w memasuki bulan Rajab beliau berdoa:
    Ya, Allah berkahilah kami di bulan Rajab (ini) dan (juga) Sya’ban, dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan.”
    (Riwayat Imam Ahmad, dari Anas bin Malik).

    "Barang siapa berpuasa pada bulan Rajab sehari, maka laksana ia puasa selama sebulan, bila puasa tujuh hari maka ditutuplah untuknya tujuh pintu neraka Jahim, bila puasa lapan hari maka dibukakan untuknya lapan pintu syurga, dan bila puasa sepuluh hari maka digantilah dosa-dosanya dengan kebaikan."

    Riwayat Imam At-Tabrani dari Sa'id bin Rasyid:
    Barangsiapa berpuasa sehari di bulan Rajab, maka ia laksana  berpuasa setahun, bila puasa tujuh hari maka ditutuplah untuknya pintu-pintu neraka jahanam, bila puasa lapan hari dibukakan untuknya lapan pintu syurga, bila puasa sepuluh hari, Allah akan mengabulkan semua permintaannya....."

    "Sesungguhnya di syurga terdapat sungai yang dinamakan Rajab, airnya lebih putih daripada susu dan rasanya lebih manis dari madu. Barangsiapa puasa sehari pada bulan Rajab, maka ia akan dikurniakan minum dari sungai tersebut".

    Riwayat Abul Fath dari Al-Hasan, Rasulullah s.a.w bersabda: "Rajab itu bulan Allah, Sya'ban bulanku, dan Ramadhan bulan umatku." 
    (Hadis mursal)

    Sabda Rasulullah s.a.w lagi :
    Pada malam mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s.: “Wahai Jibril untuk siapakan sungai ini ?”Maka berkata Jibrilb a.s.: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau di bulan Rajab ini”.





    KEAJAIBAN IRA' DAN MI'RAJ RASULULLAH S.A.W

    الدردير على قصة المعراج
































    SEMPENA BULAN RAJAB 1437 HIJRAH : KEAJAIBAN IRA' DAN MI'RAJ RASULULLAH S.A.W

    Firman Allah :

    سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

    Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsha yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha
    Mengetahui.”
    (Al-Isra’ : 1 )

    Nabi Ibrahim a.s  menyatakan sepertimana di dalam surah As-Shoffat ayat 99 :  

    وَقَالَ إِنِّي ذَاهِبٌ إِلَى رَبِّي سَيَهْدِينِ

    Dan Ibrahim berkata:"Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Tuhanku, dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku.”

    Nabi Ibrahim mengetahui hal ini dengan wahyu dari Allah kepadanya bahawa Syam (Palestina, Yordania, Syiria dan Lebanon) merupakan negeri tempat di mana turunnya rahmat. Kebanyakan wahyu turun di Syam, demikian juga para nabi kebanyakan di sana. Palestina (daerah Syam) juga tidak berada di bawah kekuasaan Namrud sehingga beliau dapat beribadah kepada Allah di sana tanpa diganggu atau disakiti, maka beliau berpindah dari negerinya (Iraq) menuju ke Palestina. Kemudian setelah beberapa waktu beliau meninggalkan Surriyyah (budak perempuan yang digauli tuannya)-nya,
    Hajar dan anaknya Ismail berada di Makkah. Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah  agar penduduk Makkah dikurniai rezeki berupa buah-buahan dan Allah mengabulkan doanya. Oleh sebab Makkah merupakan tanah gurun yang tidak ada tanaman, maka Allah memerintahkan Malaikat Jibril untuk memindahkan gunung Tha'if dari daratan Syam menuju Makkah dan malaikat Jibril pun memindahkan dan meletakkan gunung tersebut di sana. Di gunung ini tumbuh buah anggur dari jenis yang terbaik demikian juga buah delima dan lainlain, udaranya sangat sejuk sehingga penduduk makkah memilihnya menjadi Mushthaf (lokasi perjalanan di musim panas).
    (Al-Azraqi : Akhbar Makkah)
    Firman Allah :  
    "Agar Kami (Allah) perlihatkan kepadanya (Muhammad) pada malam tersebut berbagai keajaiban dan tanda yang menunjukkan akan kekuasaan Kami (Allah)".
    Perjalanan Isra' Rasulullah s.a.w bermula di Masjidil Haram  yang mana dada baginda dibelah dan dicuci hatinya untuk dipenuhi dengan hikmah dan keimanan, agar baginda bersedia untuk menyaksikan keajaiban-keajaiban ciptaan Allah dengan hati yang kuat. Pada saat itu baginda berada di Makkah, Jibril datang pada malam hari dengan membuka atap rumah tanpa menjatuhkan debu, batu atau yang lainnya. Ketika itu baginda sedang tidur antara bapa saudaranya, Hamzah dan sepupunya Ja'far bin Abu Talib. Mereka semua sedang berada di rumah puteri Abu Talib, Ummu Hani' binti Abu Talib, saudara perempuan Ali bin Abu Talib di suatu perkampungan yang bernama Ajyad.
    Jibril membangunkan Nabi s.a.w kemudian pergi bersamanya menuju Masjidil Haram. Bersama Malaikat Jibril beliau berangkat dengan Buraq; seekor binatang syurga yang bentuknya lebih besar dari keledai dan lebih kecil dari kuda yang mampu melompat sejauh pandangannya.
    Dalam riqayat Al-Baihaqi , ketika ii pertengahan perjalanan Isra' ini Rasulullah s.a.w melewati beberapa tempat dan kota bersejarah, seperti kota Yathrib (Madinah), kota Madyan (kota Nabi Syu'aib a.s), bukit Thur Sina' (tempat Nabi Musa a.s mendapat wahyu dari Allah), dan Baitul Lahm (tempat Nabi Isa a.s dilahirkan). Di tiap-tiap tempat ini Jibril selalu meminta Rasulullah s.a.w untuk turun dan melakukan solat dua rakaat.
    Ini  merupakan salah satu dari banyaknya dalil-dalil tentang dibolehkannya "tabarruk" (meminta berkah dari Allah) dengan lantaran atsar (peninggalan) para nabi. Setelah Rasulullah s.a.w tiba di Baitul Maqdis (Masjid Al-Aqsha), Rasulullah bersama para nabi dari Nabi Adam a.s sehinggalah Nabi Isa a.s melakukan solat berjamaah dan baginda s.a.w  mengimamkan solat. Allah mempertemukan baginda dengan para nabi adalah sebagai penghormatan kepada baginda. Allah membangkitkan semua nabi yang telah wafat kecuali Nabi Isa a.s kerana beliau masih hidup di langit hingga sekarang. Kemudian Allah  menambahkan kemuliaan untuk Nabi Nya Muhammad s.a.w dengan mengangkat lapan nabi iaitu Nabi Adam a.s, Nabi Isa a.s, Nabi Yahya a.s, Nabi Idris a.s, Nabi Harun a.s, Nabi Musa a.s, dan Nabi Ibrahim a.s ke langit dan mereka menyambut Rasulullah s.a.w di sana.

     Tujuan utama Rasulullah di Isra’ dan Mi’raj kan
    Tujuan dan hikmah yang sebenarnya dari  Isra' dan Mi'raj adalah memuliakan Rasulullah s.a.w dan memperlihatkan kepadanya beberapa keajaiban ciptaan Allah sepertimana firman Allah :

    لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا

    " agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami ".
    (Al-Isra’ : 1)

    Juga untuk mengagungkan baginda s.a.w sebagai Nabi yang akhir dan sebaik-baik nabi di antara para nabi, sekaligus sebagai penguat hati baginda dalam menghadapi tentangan dan cubaan yang dilontarkan oleh orang kafir Quraisy terlebih setelah ditinggal kematian bapa saudaranya Abu Talib dan isteri beliau Khadijah.
    Maka dapat diambil kesimpulan bahawa tujuan dari Isra' dan Mi'raj bukanlah bahawa Allah ada di
    arah atas, lalu Nabi s.a.w naik ke atas untuk bertemu dengan Nya. Kerana Allah ada tanpa tempat dan arah, dan  tempat adalah makhluk sedangkan Allah tidak memerlukan kepada makhluk Nya. Allah  berfirman :


    فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ

    sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam”
    (Ali-Imran : 97)

    Allah tidak bersifat dengan salah satu sifat makhluk Nya seperti berada di tempat, arah atas, di bawah dan lain-lain. Imam At-Thahawi mengatakan :
    "Allah tidak diliputi oleh salah satu arah penjuru mahupun enam arah penjuru (atas, bawah, kanan, kiri, hadapan, belakang), tidak seperti makhluk Nya yang diliputi oleh enam arah penjuru tersebut"
    (Al- 'Aqidah At-Thahawiyyah : Imam Abu Ja'far At-Thahawi)

    Ini adalah merupakan ijma' ulama Islam, maka barangsiapa yang berkeyakinan bahwa Allah bertempat dan berarah di atas atau semua arah maka ia telah jatuh pada kekufuran.

    Wahyu yang diterima Rasulullah s.a.w ketika Isra' dan Mi'raj


     Dalam hadis sahih riwayat Imam Muslim, Rasulullah menjelaskan mengenai peristiwa Isra' dan Mi'raj. Dalam hadis tersebut diriwayatkan bahawa ketika Nabi s.a.w berada di Sidratul Muntaha beliau mendengar kalam Allah di antaranya berisi kewajiban solat lima puluh kali sehari semalam bagi umatnya. Kemudian terjadilah dialog dengan Nabi Musa a.s yang menganjurkan agar Nabi meminta keringanan kepada Allah dan akhirnya diwajibkan bagi umat Islam hanya solat lima kali sehari semalam. Namun nilai sekali solat tersebut sebanding dengan sepuluh kali solat sehingga lima kali solat sebanding dengan lima puluh kali solat.
     Adapun          proses penerimaan     wahyu tersebut adalah bahawa Nabi s.a.w mendengar kalam Allah yang Dzati, bukan berupa huruf, suara dan bahasa sebab kalam Nya azali (ada tanpa permulaan). Pada malam yang mulia dan penuh berkah itu Allah membuka hijab dari Rasulullah s.a.w ( perkara yang dapat menghalanginya dari mendengar kalam Allah yang azali. ) Allah memperdengarkan kalam Nya dengan Qudrah Nya pada masa Rasulullah s.a.w berada di suatu tempat di atas Sidratul Muntaha (suatu tempat yang tidak pernah dikotori dengan perbuatan maksiat dan bukan tempat di mana Allah berada seperti kenyataan sebahagian orang sebab Allah ada tanpa tempat.)


    Isra' Bukanlah Mimpi  Rasulullah s.a.w


     Telah menjadi ijma' para ulama salaf, khalaf, ahli hadis, ahli kalam, ahli tafsir dan ahli fiqh bahawa Rasulullah s.a.w di Isra' kan dengan jasad dan ruhnya serta dalam keadaan sedar (bukan mimpi). Ini merupakan pendapat yang benar menurut Ahlussunnah Wal Jama'ah, sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Abbas, Jabir, Anas bin Malik, Umar bin Al-Khattab, Huzaifah, Imam Ahmad bin Hanbal, Imam At-Thabari dan yang lainnya.  Andaikata peristiwa Isra' tersebut hanyalah sekadar mimpi, maka orang-orang kafir Quraisy tidak akan menentangnya dan peristiwa Isra' tersebut tidak akan menjadi salah satu mukjizat Rasulullah s.a.w yang terbesar. 

    Keajaiban-keajaiban Isra' Rasulullah s.a.w


    Di antara keajaiban ciptaan Allah yang disaksikan Rasulullah s.a.w ketika Isra' adalah :
    1.    Dunia,
    Rasulullah  s.a.w melihatnya dalam bentuk seorang wanita tua yang bongkok. Ini menggambarkan bahawa dunia dengan segala bentuk dan isinya yang menggairahkan akan lenyap dan fana, sebagaimana seorang wanita yang ketika mudanya sangat cantik dan menawan, akan hilang kecantikannya ketika telah tua.

    2.    Iblis,
    Rasulullah s.a.w melihat seseorang yang berada di pinggir jalan, dialah Iblis yang pada mulanya beriman kepada Allah kemudian dia kafir kerana menentang Nya. Dia termasuk dari golongan Jin, bukan malaikat  sepertimana dalam firman Allah :

    وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا

    Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia menderhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim.”

    Iblis tidak berani berbicara kepada Rasulullah s.a.w atau berbuat jelek terhadapnya keran kemuliaan dan keagungan baginda.

    3.    Para Mujahid di jalan Allah,
    Rasulullah s.a.w melihat sekelompok kaum yang menanam dan menuai hasilnya dalam tempoh dua hari. Jibril berkata kepada Rasulullah s.a.w : "Merekalah orang-orang yang berjuang di jalan Allah".

    4.    Para penceramah pembawa fitnah,
    Rasulullah s.a.w  melihat mereka memotong lidah dan bibir mereka dengan gunting dari api.


    Dalam sahih muslim menyebutkan :

    عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ أُسْرِيَ بِي لَقِيتُ مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَام فَنَعَتَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا رَجُلٌ حَسِبْتُهُ قَالَ مُضْطَرِبٌ رَجِلُ الرَّأْسِ كَأَنَّهُ مِنْ رِجَالِ شَنُوءَةَ قَالَ وَلَقِيتُ عِيسَى فَنَعَتَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا رَبْعَةٌ أَحْمَرُ كَأَنَّمَا خَرَجَ مِنْ دِيمَاسٍ يَعْنِي حَمَّامًا قَالَ وَرَأَيْتُ إِبْرَاهِيمَ صَلَوَاتُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَأَنَا أَشْبَهُ وَلَدِهِ بِهِ قَالَ فَأُتِيتُ بِإِنَاءَيْنِ فِي أَحَدِهِمَا لَبَنٌ وَفِي الْآخَرِ خَمْرٌ فَقِيلَ لِي خُذْ أَيَّهُمَا شِئْتَ فَأَخَذْتُ اللَّبَنَ فَشَرِبْتُهُ فَقَالَ هُدِيتَ الْفِطْرَةَ أَوْ أَصَبْتَ الْفِطْرَةَ أَمَّا إِنَّكَ لَوْ أَخَذْتَ الْخَمْرَ غَوَتْ أُمَّتُكَ

    Dari Abu Hurairah r.a, dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, "Ketika aku diisra'kan, aku bertemu Musa a.s. " Beliau menyebutkan ciri-cirinya, "Musa adalah seorang satria, rambutnya bergelombang, seperti  dia berasal dari bani Syanuah." Rasulullah s.a.w bersabda, "Aku juga bertemu Isa a.s". Beliau menyebutkan ciri-cirinya. "Dia berperawakan sedang dan rambutnya keperang-perangan, seperti  dia berasal dari Dimas (yakni Hammam)." Rasulullah s.a.w bersabda, "Aku juga bertemu Ibrahim a.s dan aku adalah anak (cucu) yang paling mirip dengannya." Rasulullah s.a.w bersabda, "Kemudian aku diberi dua gelas, yang satu berisi susu dan yang lainnya berisi Khamar, lalu dikatakan kepadaku, "Ambillah mana yang kamu suka," maka aku mengambil gelas yang berisi susu dan meminumnya. Maka Jibril berkata kepadaku, "Engkau telah memilih kesucian diri. Sungguh seandainya bila engkau mengambil khamar maka umatmu akan tersesat."


       

    Mi'raj Rasulullah s.a.w


    Kemukjizatan Mi'raj telah dibuktikan secara jelas dalam hadis-hadis sahih, seperti yang diriwayatkan Imam Muslim.

    عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أُتِيتُ بِالْبُرَاقِ وَهُوَ دَابَّةٌ أَبْيَضُ طَوِيلٌ فَوْقَ الْحِمَارِ وَدُونَ الْبَغْلِ يَضَعُ حَافِرَهُ عِنْدَ مُنْتَهَى طَرْفِهِ قَالَ فَرَكِبْتُهُ حَتَّى أَتَيْتُ بَيْتَ الْمَقْدِسِ قَالَ فَرَبَطْتُهُ بِالْحَلْقَةِ الَّتِي يَرْبِطُ بِهِ الْأَنْبِيَاءُ قَالَ ثُمَّ دَخَلْتُ الْمَسْجِدَ فَصَلَّيْتُ فِيهِ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ خَرَجْتُ فَجَاءَنِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام بِإِنَاءٍ مِنْ خَمْرٍ وَإِنَاءٍ مِنْ لَبَنٍ فَاخْتَرْتُ اللَّبَنَ فَقَالَ جِبْرِيلُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اخْتَرْتَ الْفِطْرَةَ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ فَقِيلَ مَنْ أَنْتَ قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِآدَمَ فَرَحَّبَ بِي وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الثَّانِيَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام فَقِيلَ مَنْ أَنْتَ قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِابْنَيْ الْخَالَةِ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَيَحْيَى بْنِ زَكَرِيَّاءَ صَلَوَاتُ اللَّهِ عَلَيْهِمَا فَرَحَّبَا وَدَعَوَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ بِي إِلَى السَّمَاءِ الثَّالِثَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ فَقِيلَ مَنْ أَنْتَ قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِيُوسُفَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا هُوَ قَدْ أُعْطِيَ شَطْرَ الْحُسْنِ فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الرَّابِعَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قَالَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِإِدْرِيسَ فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ وَرَفَعْنَاهُ مَكَانًا عَلِيًّا ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الْخَامِسَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِهَارُونَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ السَّادِسَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِمُوسَى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ إِلَى السَّمَاءِ السَّابِعَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ فَقِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِإِبْرَاهِيمَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُسْنِدًا ظَهْرَهُ إِلَى الْبَيْتِ الْمَعْمُورِ وَإِذَا هُوَ يَدْخُلُهُ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ لَا يَعُودُونَ إِلَيْهِ ثُمَّ ذَهَبَ بِي إِلَى السِّدْرَةِ الْمُنْتَهَى وَإِذَا وَرَقُهَا كَآذَانِ الْفِيَلَةِ وَإِذَا ثَمَرُهَا كَالْقِلَالِ قَالَ فَلَمَّا غَشِيَهَا مِنْ أَمْرِ اللَّهِ مَا غَشِيَ تَغَيَّرَتْ فَمَا أَحَدٌ مِنْ خَلْقِ اللَّهِ يَسْتَطِيعُ أَنْ يَنْعَتَهَا مِنْ حُسْنِهَا فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَيَّ مَا أَوْحَى فَفَرَضَ عَلَيَّ خَمْسِينَ صَلَاةً فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ فَنَزَلْتُ إِلَى مُوسَى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَا فَرَضَ رَبُّكَ عَلَى أُمَّتِكَ قُلْتُ خَمْسِينَ صَلَاةً قَالَ ارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ فَإِنَّ أُمَّتَكَ لَا يُطِيقُونَ ذَلِكَ فَإِنِّي قَدْ بَلَوْتُ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَخَبَرْتُهُمْ قَالَ فَرَجَعْتُ إِلَى رَبِّي فَقُلْتُ يَا رَبِّ خَفِّفْ عَلَى أُمَّتِي فَحَطَّ عَنِّي خَمْسًا فَرَجَعْتُ إِلَى مُوسَى فَقُلْتُ حَطَّ عَنِّي خَمْسًا قَالَ إِنَّ أُمَّتَكَ لَا يُطِيقُونَ ذَلِكَ فَارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ قَالَ فَلَمْ أَزَلْ أَرْجِعُ بَيْنَ رَبِّي تَبَارَكَ وَتَعَالَى وَبَيْنَ مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَام حَتَّى قَالَ يَا مُحَمَّدُ إِنَّهُنَّ خَمْسُ صَلَوَاتٍ كُلَّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ لِكُلِّ صَلَاةٍ عَشْرٌ فَذَلِكَ خَمْسُونَ صَلَاةً وَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كُتِبَتْ لَهُ حَسَنَةً فَإِنْ عَمِلَهَا كُتِبَتْ لَهُ عَشْرًا وَمَنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا لَمْ تُكْتَبْ شَيْئًا فَإِنْ عَمِلَهَا كُتِبَتْ سَيِّئَةً وَاحِدَةً قَالَ فَنَزَلْتُ حَتَّى انْتَهَيْتُ إِلَى مُوسَى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْبَرْتُهُ فَقَالَ ارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ قَدْ رَجَعْتُ إِلَى رَبِّي حَتَّى اسْتَحْيَيْتُ مِنْهُ

    Dari Anas bin Malik r.abahwasanya Rasullullah s.a.w telah bersabda, "Telah didatangkan kepadaku Buraq (oleh Jibril) iaitu haiwan putih tinggi, yang lebih tinggi dari keldai dan lebih pendek dari kuda, yang dapat meletakkan kakinya sejauh pandangannya." Beliau berkata, "Maka aku menaikinya hingga aku sampai di Baitul Maqdis, lalu aku turun mengikatnya dengan tali yang biasa dipakai oleh para nabi." Beliau berkata, "Kemudian aku masuk ke masjid Al-Aqsha lalu aku solat dua rakaat di situ, kemudian aku keluar. Kemudian Jibril membawakanku satu wadah khamer dan satu gelas susu, maka aku memilih susu, lalu Jibril berkata kepadaku, "Engkau telah memilih kesucian" Kata beliau, "Kemudian Buraq tersebut bersamaku naik ke langit, maka Jibril meminta agar dibukakan pintu langit lalu ia ditanya, "Siapa kamu? " Jibril menjawab, "Jibril. " Ia ditanya lagi, "Siapa yang bersamamu? " Ia menjawab, "Muhammad. " Ia ditanya lagi, "Apakah dia telah diutus?" Ia menjawab, "Dia telah diutus." Kamipun dibukakan pintu lalu aku bertemu Adam. Ia menyambutku dan mendoakan kebaikan untukku." Kemudian buraq tersebut naik bersama kami ke langit kedua, maka Jibril mohon dibukakan pintu, lalu ditanya, "Siapa kamu?" Dia menjawab, "Jibril" Dia ditanya lagi, "Siapa yang bersamamu?" Dia menjawab, "Muhammad" Dia ditanya lagi, "Apakah dia telah diutus kepada-Nya? " Dia menjawab, "Dia telah diutus. " Kata Nabi, Maka kami dibukakan pintu lalu aku bertemu dengan dua orang sepupuku, iaitu Isa bin Maryam dan Yahya bin Zakaria 'alaihissalam, maka keduanya menyambutku dan mendoakan kebaikan untukku. " Kemudian Buraq tersebut naik bersama kami ke langit tiga, maka Jibril  mohon dibukakan pintu, lalu ia ditanya, "Siapa kamu!" Dia menjawab, "Jibril" Dia ditanya lagi, "Siapa yang bersamamu? " Dia menjawab, "Muhammad. " Dia ditanya lagi, "Apakah dia telah diutus kepada Nya? " Dia menjawab, " Dia telah diutus kepadaNya . " Kata Nabi, "Maka kami dibukakan pintu, lalu aku bertemu Nabi Yusuf a.s, yang telah dianugerahkan setengah dari ketampanan manusia sejagat. " Kata Nabi, "Maka Yusuf menyambutku dan mendoakan kebaikan untukku. " Kemudian Buraq tersebut naik bersama kami ke langit yang ke empat, maka Jibril mohon dibukakan pintu, lalu ia ditanya, "Siapa kamu!" Dia menjawab, "Jibril. " Dia ditanya lagi, "Siapa yang bersamamu?." Dia menjawab, "Muhammad." Dia ditanya lagi, "Apakah dia telah diutus kepada Nya?" Dia menjawab, "Dia telah diutus kepada Nya. " Kata Nabi, "Maka kami dibukakan pintu, lalu aku bertemu Idris a.s, dia menyambutku dan mendoakan kebaikan untukku. " Allah Azza wa Jalla telah berfirman (untuknya), "Dan kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi. " Kemudian Buraq tersebut naik bersama kami ke langit kelima, maka Jibril  mohon dibukakan pintu, lalu ia ditanya, "Siapa kamu!" Dia menjawab, "Jibril. " Dia ditanya lagi, "Siapa yang bersamamu? " Dia menjawab, "Muhammad. " Dia ditanya lagi, "Apakah dia telah diutus kepada Nya " Dia menjawab, "Dia telah diutus kepada Nya." Nabi s.a.w berkata, "'Maka kami dibukakan pintu, lalu aku bertemu dengan Harun a.s, dia menyambutku dan mendoakan kebaikan untukku." Kemudian Buraq tersebut naik bersama kami ke langit keenam, maka Jibril  mohon dibukakan pintu, lalu ia ditanya, "Siapa kamu!" Dia menjawab, "Jibril. " Dia ditanya lagi, "Siapa yang bersamamu? " Dia menjawab, "Muhammad. " Dia ditanya lagi, "Apakah dia telah diutus kepada Nya? " Dia menjawab, "Dia telah diutus kepada Nya. " Kata Nabi, "Maka kami dibukakan pintu, lalu aku bertemu dengan Musa, lalu dia menyambutku dan mendoakan kebaikan untukku." Kemudian Buraq tersebut naik bersama kami ke langit yang ketujuh, maka Jibril mohon dibukakan pintu, lalu ia ditanya, "Siapa kamu'." Dia menjawab, "Jibril. " Dia ditanya lagi, "Siapa yang bersamamu? " Dia
    menjawab, "Muhammad. " Dia ditanya lagi, "Apakah dia telah diutus kepada Nya? " Dia menjawab, "Dia telah diutus kepada Nya. " Kata Nabi, "Maka kami dibukakan pintu, lalu aku bertemu dengan Ibrahim a.s yang sedang menyandarkan punggungnya di Baitul Makmur, yang mana setiap harinya dimasuki oleh 70.000 malaikat dan mereka tidak masuk lagi sesudahnya (yakni 70.000 malaikat yang masuk Baitul Ma 'mur setiap harinya selalu pendatang baru)." Kemudian Buraq tersebut pergi bersamaku ke Sidratul-Muntaha yang (lebar) dedaunannya seperti telinga gajah dan (besar) buah-buahnya seperti tempayan besar Kata Nabi s.a.w, "Tatkala perintah Allah memenuhi Sidratul Muntaha, maka Sidratul Muntaha berubah dan tidak ada seorangpun dari makhluk Allah yang mampu menjelaskan sifat-sifat Sidratul Muntaha kerana keindahannya. Maka Allah memberiku wahyu dan mewajibkan kepadaku solat lima puluh kali dalam sehari semalam. Kemudian aku turun dan bertemu Musa a.s, lalu ia bertanya, "Apa yang diwajibkan Tuhanmu terhadap umatmu?" Aku menjawab, "Solat Lima puluh kali. " Dia berkata, "Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah keringanan, kerana sesungguhnya umatmu tidak akan mampu melakukan itu. Sesungguh aku telah menguji Bani Israil dan aku telah mengetahui bagaimana kenyataan mereka. " Kata Nabi, "Aku akan kembali kepada Tuhanku lalu aku memohon, 'Ya Tuhan! Berilah keringanan kepada umatku!' Maka aku diberi keringanan lima Solat. Lalu aku kembali kepada Musa a.s kemudian aku berkata padanya, "Allah telah memberiku keringanan (hanya) lima kali." Musa mengatakan, "Sesungguhnya umatmu tidak akan mampu melakukan itu, maka kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah keringanan. " Rasulullah s.a.w berkata, "Aku terus mundar-mandir antara Tuhanku dengan Musa a.s sehingga Tuhanku mengatakan, "Hai Muhammad! Sesungguhnya kewajiban solat itu lima kali dalam sehari semalam, tiap solat mendapat pahala sepuluh kali ganda, maka lima kali solat sama dengan lima puluh kali solat. Barang siapa berniat melakukan satu kebaikan, lalu ia tidak melaksanakannya maka dicatat untuknya satu kebaikan, dan kalau ia melaksanakannya maka dicatat untuknya sepuluh kebaikan. Barang siapa berniat melakukan satu keburukan namun ia tidak melaksanakannya, maka kejelekan tersebut tidak dicatat sama sekali, dan jika ia melaksanakannya maka hanya dicatat satu keburukan. " Kata Rasulullah s.a.w, "Kemudian aku turun hingga bertemu Musa a.s, lalu aku beritahukan kepadanya, maka dia mengatakan, 'Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah keringanan lagi.' Rasulullah s.a.w berkata, "Lalu aku menjawab, 'Aku telah berulang kali kembali kepada tuhanku sehingga aku merasa malu kepada-Nya.'"
    (Sahih Muslim)

    Adapun di dalam Al-Quran tidak ada nas yang menyebutkan lafaz "Mi'raj". Namun ada ayat yang menjelaskan kejadian tersebut. Firman Allah:
    وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَى
    عِنْدَ سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى

    Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain,  (iaitu) di Sidratil Muntaha.”
    (An-Najm : 12 dan 13)

    Mi'raj adalah perjalanan dari Masjidil Aqsha hingga ke langit ke tujuh dengan menaiki tangga yang terpaut di antara langit dan bumi, dengan anak tangga yang terbuat dari emas dan perak. Kisah Mi'raj ini secara terperinci diriwayatkan dalam hadis yang sahih riwayat Imam Muslim. Disebutkan dalam hadis tersebut bahawa ketika Rasulullah s.a.w bersama Jibril hingga pada langit yang pertama, dibukalah pintu langit tersebut setelah terjadi percakapan antara Jibril dan penjaga pintu. Ini terjadi setiap kali Rasulullah s.a.w dan Jibril hendak memasuki tiap-tiap langit yang tujuh. Di langit pertama, Rasulullah s.a.w bertemu dengan Nabi Adam, di langit kedua bertemu dengan Nabi Isa, di langit ketiga bertemu dengan Nabi Yusuf, di langit keempat bertemu dengan Nabi Idris, di langit kelima bertemu dengan Nabi Harun, di langit keenam bertemu dengan Nabi Musa, di langit ketujuh bertemu dengan Nabi Ibrahim.

    Keajaiban Mi'raj Rasulullahs.a.w


    Ketika Rasulullah s.a.w berada di suatu tempat yang berada di atas (suatu tempat yang lebih tinggi dari langit ke tujuh), beliau diperlihatkan oleh Allah beberapa keajaiban ciptaan Nya. Antaranya ialah :
    1.    Baitul Ma'mur,
    iaitu rumah yang dimuliakan, yang berada di langit ke tujuh. Setiap hari 70.000 malaikat masuk ke dalamnya lalu keluar dan tidak akan pernah kembali lagi dan seterusnya. 

    2.    Sidratul Muntaha,
    iaitu sebuah pohon yang amat besar dan indah, tidak seorangpun dari makhluk yang dapat menyifatinya. 
    3.    Syurga,
    iaitu tempat kenikmatan yang disediakan oleh Allah bagi hamba-hamba Nya yang beriman. Syurga berada di atas langit yang ke tujuh dan sekarang sudah ada. Firman Allah:

    وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

    Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.”
    (Ali Imran : 133)

          Di dalam syurga Rasulullah s.a.w juga melihat Al-Wildan Al-Mukhalladun, iaitu makhluk yang diciptakan Allah untuk melayani penduduk syurga. Mereka bukan Malaikat, Jin, atau Manusia, mereka juga tidak beriba dan berbapa. Rasulullah s.a.w juga melihat para bidadari. Jibril meminta Rasulullah s.a.w untuk mengucap salam kepada mereka, dan mereka menjawab :
    "Kami adalah wanita yang baik budi pekerti lagi rupawan. Kami adalah isteri orang-orang yang mulia".

    4. 'Arsy,
         Iaitu makhluk Allah yang paling besar bentuknya (Riwayat Ibn Hibban) dan makhluk kedua yang diciptakan Allah setelah air sepertimana firman Allah :

    وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَلَئِنْ قُلْتَ إِنَّكُمْ مَبْعُوثُونَ مِنْ بَعْدِ الْمَوْتِ لَيَقُولَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ هَذَا إِلَّا سِحْرٌ مُبِينٌ
         “Dan Dia-lah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, dan adalah singgasana Nya (sebelum itu) di atas air, agar Dia menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya , dan jika kamu berkata (kepada penduduk Mekah): "Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan sesudah mati", nescaya orang-orang yang kafir itu akan berkata: "Ini  tidak lain hanyalah sihir yang nyata."
          (Huud : 7)
         
          Imam Baihaqi mengatakan : "Para ahli tafsir menyatakan bahawa 'Arsy adalah benda berbentuk sarir (ranjang) yang diciptakan oleh Allah. Allah memerintahkan para malaikat untuk menjunjungnya dan menjadikannya sebagai tempat ibadah mereka dengan mengelilinginya dan mengagungkannya sebagaimana Ia menciptakan kaabah di bumi ini dan memerintahkan manusia untuk mengelilinginya ketika t awaf  dan menghadap ke arahnya di ketika solat"
          (Lihat al Asma' wa ash-shifat,).

         'Arsy bukanlah tempat bagi Allah, kerana Allah tidak memerlukan tempat.  Sayidina  Ali bin Abu Talib berkata :
    Sesungguhnya Allah menciptakan 'Arsy untuk menunjukkan kekuasaan Nya, dan tidak menjadikannya tempat bagi Dzat Nya".
    (Riwayat Abu Mansur Al-Baghdadi dalam Al farq bayna al firaq)

    Buraq

    Setelah Rasululah s.a.w dikeluarkan jantungnya oleh Jibril untuk menghilangkan sifat-sifat seperti ujub, riya’, takabbur dan hasad, Malaikat Jinril mengisi hati Rasulullah s.a.w dengan sifat halim, ilmu, yakin dan islam. Kemudian di antara bahu baginda dicapkan dengan tanda kenabian. Maka disediakan buraq yang dipakaikan dengan mutiara hijau dan tali pemegang daripada intan berwarna merah.

    Buraq adalah merupakan haiwan putih tinggi, yang lebih tinggi dari keldai dan lebih pendek dari kuda. Langkahnya sampai ke tempat yang dituju secepat pandangan. Ketika menaiki gunung kaki belakangnya akan memanjang dan ketika menuruni gunung kaki hadapannya akan memanjang. Mempunyai dua sayap di kedua pinggangnya yang dapat membantunya ketika melompat. Maka ketika di hadapan Rasulullah s.a.w, buraq memperlihatkan kekuatannya. Akan tetapi baginda Rasulullah s.a.w menghadapi kesukaran untuk menaikinya. Maka dibantu oleh Jibril dengan menyandarkan baginda secara perlahan-lahan. Jibril meletakkan tanggan di sisi buraq dan berkata : “ Wahai buraq, apakah kamu tidak malu?. Demi Allah sesungguhnya kamu belum pernah dinaiki makhluk yang paling mulia dalam pandangan Allah selain Muhammad.” Maka malulah buraq sehingga bercucuran peluhnya dan tenang ketika dinaiki oleh Rasulullah s.a.w.

    Sa’id bin Musayyab berkata : “Buraq itu adalah kenderaan Nabi Ibrahim a.s yang dinaikinya ketika menuju ke Baitul Haram dari Syam sewaktu mengunjungi isterinya Hajar dan anaknya Ismail. Kemudian buraq itu dinaiki Nabi Muhammad s.a.w bersama Jibril yang berada di kananya dan Mikail pula di kirinya.”

    Al-Faikhi dan Al-Azraqi dalam kitab Makkah menyatakan bahawa :
    “Ketika menunaikan ibadah haji, Nabi Ibrahim mengenderai buraq bersama puteranya.”

    Menurut Ibnu Sa’ad, Jibril adalah pengarahnya manakala Mikail memegang tali kendalinya. Buraq berjalan sehingga tiba di suatu tempat yang banyak pokok kurma. Nabi diminta untuk solat dua
    rakaat. Setelesai selesai, Rasulullah s.a.w menaiki semula buraq. Pada ketika itu, Jibril bertanya kepada Rasulullah s.a.w : “Tahukah engkau di mana kamu solat tadi?”. Rasulullah s.a.w menjawab : “Tidak”. Jibril berkata : “Tempat itu adalah Tayyibah. Tempat itu adalah tempat di mana kamu akan berhijrah kelak.”

    Dalam sebuah hadis bahawa langkah buraq adalah sejauh mata memandang. Ini bermaksud bahawa buraq menjejakkan kakinya pada setiap titik sejauh mata memandang.
    Riwayat daripada  Ibnu Mas’ud r.a menjelaskan bahawa buraq ketika menaiki bukit kedua kaki belakangnya akan terangkat dan apabila menuruni  bukit kaki hadapannya akan terangkat.
    (Riwayat Abu Ya’la dan Al-Bazar)

    Manakala dalam riwayat Ibnu Sa’ad Al-Waqidi melalui sanad-sanadnya pula menyatakan bahawa buraq memiliki dua sayap yang tidak dimiliki oelah haiwan-haiwan lain. Melalui riwayat Tha’labi dengan sanad yang dhoif menyatakan, Ibnu Abbas berkata : “Buraq memiliki pipi seperti manusia, badannya seperti kuda, kakinya seperti kaki unta, kuku dan ekornya seperti lembu betina dan dadanya pula seperti sebongkah batu berwarna merah.”

    Buraq adalah dari perkataan Al-Bariq (Kilauan) yang mana ianya sangat sesuai dengan hadis yang menyatakan tubuh buraq berwarna putih. Juga dari perkatan Al-Barq (kilat) yang sesuai dengan kenyataan di dalam hadis bahawa langkahnya yang sangat cepat. Juga dari perkataan Syat Barqa (tungangan putih berbintik hitam).

    Ibnu Abi Hamzah berkata : “Buraq dengan segala keistimewaan yang ada padanya merupakan petanda bahawa nama itu khusus bagi haiwan tertentu. Sebab, tidak ada orang yang memiliki buraq, tidak seperti haiwan tunggangan lain.”

    Ibnu Abi Hamzah juga mengatakan bahawa :
    “Sebenarnya dengan izin Allah, Nabi Muhammad s.a.w mampu untuk naik ke langit tanpa menunggang buraq. Mengenderainya adalah merupakan kemuliaan yang adala pada Nabi Muhammad s.a.w kerna jika baginda naik ke langit bersendirian, bermakna baginda berjalan kaki, sedangkan orang yang menaiki kenderaan lebih mulia daripada orang yang berjalan kaki.”

    Riwayat daripada  Ibnu Sha’sha’ah r.a menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “aku pun dinaikkan ke atasnya.”

    Dalam kitab Syarf Al-Musthofa, terdapat riwayat Abi Said r.a berkata bahawa :
    “Yang memegangnya sesungguhnya adalah Jibril, sedangkan yang memegang tali kendalinya adalah Mikail.”

    Dalam riwayat Ma’mar daripada Abu Qatadah daripada Anas r.a mengatakan :
    “Pada malam Isra’ buraq didatangkan kepada Rasulullah s.a.w dalam keadaan telah dilengkapi pelana dan tali kekang. Namun baginda menghadapi kesukaran untuk menaikinya. Jibril pun berkata kepada buraq : “Apa yang menyebabkan kamu berkelakuan seperti ini?. Demi Allah tidak ada seorang pun yang mengenderaimu lebih mulia daripada dia (Nabi Muhammad s.a.w). Buraq pun berpeluh.””

    Dalam sebuah hadis, Imam At-Tarmizi meriwayatkan dan berkata bahawa hadis ini adalah adalah hadis gharib :

    حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ مَنْصُورٍ أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُتِيَ بِالْبُرَاقِ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِهِ مُلْجَمًا مُسْرَجًا فَاسْتَصْعَبَ عَلَيْهِ فَقَالَ لَهُ جِبْرِيلُ أَبِمُحَمَّدٍ تَفْعَلُ هَذَا فَمَا رَكِبَكَ أَحَدٌ أَكْرَمُ عَلَى اللَّهِ مِنْهُ قَالَ فَارْفَضَّ عَرَقًا
    “Ishaq bin Mansur menceritakan kepada kami, Abdurrazzaq mengkhabarkan kepada kami, Ma'mar mengkhabarkan kepada kami dari Qatadah dari Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w diberikan buraq yang telah dipasang kendali dan pelana, pada malam beliau di Isra'kan. Pada mulanya, buraq tidak mahu dikendarai oleh beliau, hingga Jibril berkata kepadanya, "Dengan Muhammad kamu bersikap seperti ini?! Sesungguhnya tidak ada seorangpun yang mengendaraimu, yang lebih mulia di sisi Allah daripadanya." Ia berkata, "Tiba-tiba mengalirlah keringat buraq "(Sanadnya sahih. Abu Isa berkata, "Ini adalah hadits hasan gharib. Kami tidak mengenalnya kecuali dari Abdurrazzaq.")”

    Dalam satu riwayat lemah, disebutkan Al-Mawardi dan Al-Tha’labi melalui sanad Ibnu Kalbi dari Abu Salih dari kitab At-Tazkirah Imam Al-Qurthubi bahawa Ibu Abbad berkata :
    “Kemtian dan kehidupan adalah dua tubuh. Kematian adalah kambing qibasy yang setiap kali aromanya tercium oleh seseorang pastilah orang itu akan mati. Sedangkan kehidupan adalah kuda betina berbintik hitam yang dikederai Malaikat Jibril dan para nabi. Ketika ia melewati seseorang atau aromanya tercium pastilah orang itu hidup.”

    Dalam riwayat lemah yang lain mengatakan :
    “Ketika dicela oleh Jibril, buraq berkata kepadanya : “Dia (Nabi Muhammad s.a.w) telah menyentuh Ash-Shafra’ hari ini.”
    (Ash-Syafra’ adalah patung berhala emas yang terletak dekat Kaabah. Ketika Rasulullah s.a.w melintasi patung itu, Baginda bersabda : “Celakalah orang yang menyembahmu, bukan menyembah Allah.”)

    Ibnul Munir mnegatakan, Rasulullah s.a.w merasa kesulitan untuk menaiki buraq kerana ia berasa angkuh dan bangga diri ketika Rasulullah s.a.w menaikinya. Jibril pun meminta jawapan mengenai tingkah lakunya itu. Kerana itulah ia menjadi malu dan bercucuran peluhnya.

    Dalam riwayat Imam Ahmad, terdapat keterangan bahawa Huzaifah r.a berkata :
    “Buraq didatangkan kepada Rasulullah s.a.w. Baginda dan Jibril sentiasa menunggang punggungnya sehingga tiba di Baitul Maqdis.” Namun riwayat Huzaifah ini tidak disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. Ini bermaksud riwayat ini berdasarkan ijtihadnya.





                                                    
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA