الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
Hikmah
Ketika kamu belum tahu alamat rizkimu, jangan takut. Karena rizkimu tahu alamatmu. Jika kamu tak sampai kepadanya, ia past kan sampai kepadamu.
⛳⛳⛳⛳⛳⛳
إذا قابلنا الإساءة بالإساءة.. فمتى ستنتهي الإساءة؟!
قال تعالى: "فمن عفا وأصلح فأجره على الله"
Apabila keburukan kita balas dengan keburukan, sampai kapan keburukan itu akan selesai. Allah berfirmn: "Barangsiapa yg memaafkan dan melakukn islah, maka pahalanya ada di sisi Allah".
⛳⛳⛳⛳⛳⛳
عندما نتأخر عن العمل ندخل برأس منكوس وكلام مهموس حياء من المدير.. فهل نشعر بنفس هذا الشعور عندما نتأخر في الصلاة ونقف بين يدي الله؟!
Pada saat kta terlambt bkrja, kt msuk kntor dg kpl tertunduk dan kata2 yg gagap. Apkh kita punya perasaan yg sama ketika terlambat shalat dan kt berdiri di hadapan Allah?
⛳⛳⛳⛳⛳⛳
لاتحسد أحدا بنعمة فأنت لاتعلم ماذا أخذ الله منه.. ولاتحزن بمصيبة فأنت لاتعلم ماذا سيعطيك الله عليها "إنما يوفى الصابرون أجرهم بغير حساب"
Jngnlah iri pada seseorng atas nikmat yg ia peroleh, sbb kamu tak tahu apa yg sdh diambil Allah darinya.. Jangn pula bersedih atas suatu musibah, krn kamu tak tahu kebaikan yg akan dibrkan Allah pdamu sbgai balasannya. Dia brfrmn; "Hanyalah orang2 yg sabar yg akan disempurnakan phlnya tanpa hitungan"
⛳⛳⛳⛳⛳⛳
حكمتين من أروع ما وصلني اليوم :
حكمة يّـابانيةُِ :
ليس كل سقوط نهاية فسقوط المطر أجمل بدايةُ
Kata mutiara dr org jepang: "tidaklah semua yg jatuh itu akhir segalanya, sbb jatuhnya air hujan adalah awal dri keindahan"
⛳⛳⛳⛳⛳⛳
يقول حكيم يوناني:
كنت ابكي لأنني أمشي بدون حذاء
ولكنني توقفت عَنَ البكاء عندما رأيت رجلاََ بلا قدمين..
دائمـا الحمدلله علىَ كل حـال ''
Kata org bijak dr yunani: "Aku prnh menangs krn ku brjln tnpa bersepatu. Tapi aku brhnti mnangis saat aku mlihat seorg laki tak punya dua kaki". Ucpkn Alhamdulillah dlm kondisi apapun.
⛳⛳⛳⛳⛳⛳
يوماً ما ستكتشف:
"أن حزنك حماك من النار
وصبرك أدخلك الجنة"
Suatu hr klak kamu akan mmbuktikn bahwa"kesedihanmu mampu membentengimu dr api neraka dan kesabaranmu memasukkanmu k dlm surga"
⛳⛳⛳⛳⛳⛳
إذا لم تتصدق بفلوسك
تصدق بضروسك!!
يعني " ابتسم "
Jika kamu tak mmpu brsdekah dngn hartamu, bersedekahlah dengan senyumanmu.
⛳⛳⛳⛳⛳⛳
من عجائب الإنسان أنه يستفز من سماع (النصيحه) و ينصت لسماع (الفضيحه).
Anehnya, orang merasa risih mndngarkan nasihat, tapi ia serius saat mndngrkan gosip.
⛳⛳⛳⛳⛳⛳
- لا تتوقع من نهاية اليوم إلاَّ الرِّضَا وسترضى ..
إسْتَـعِنْ بـ الكـــريم
إسْتَـعِنْ بـ الرحــيم
إسْتَـعِنْ بـ العــظيم
Jngn tunggu akhir hari ini melainkan dg krridhoan dan engkau pasti mndapatkan keridhaan itu. Mohonlah prtlngn kpd Yang Maha mulia, mhnlah kpd Yg Maha pengasih, mhnlh kpd Yg Maha Agung..
⛳⛳⛳⛳⛳⛳
•لا تدع الناس يعرفون عنك سوى سعادتك !
» ولا يرون مــنك إلا ابتسامتك .
Jngnlah org lain tahu ttng dirimu selain kebahagiaan, dan jnglah mrk melihatmu selain senyumanmu.
⛳⛳⛳⛳⛳⛳
•إن ضاقت عليك أمورك!
» ففي القرآن جنتك .
Jika bnyk urusan yg menyesakkan dirimu, maka pada alqur'an terdpt surgamu.
• إن آلمتك وحدتك !
» فإلى السماء دعوتك .
Jika kau mrasa sedih dg kesendirianmu, maka tujukan ke langit prmhnn doamu.
• إن سألوك عن أخبارك !
» فاحمد الله و إبتسـم .
Jika org lain mnanyakn ttng beritamu, maka ucpkan alhamdulillah dn tersenyumlah.
• إذا رأيت نملة في الطريق فلا تدسها وابتغ بذلك وجه الله عسى أن يرحمك كما رحمتها" . .
Jika kau mlht semut di jalanmu, jngnlh kau mnginjaknya; dn ikhlaskn niatmu saat mlkuknnya. Krn boleh jadi Allah mrahmatimu krn kamu kasihan kpd semut tsb.
» ۆتذكر أنها تسبح لله فلا توقف هذا التسبيح بقتلك لها.
Ingat, bhw smt itu brtsbih kpd Allah, mk jngn brhntikan tasbihnya dg kau mmbunuhnya.
• إذا مررت بعصفور يشرب من بركة ماء فلا تمر بجانبه لتخيفه
Jika kau mndapati buring sfng minum di sbuah kolam, jngnlh kau brjln di dkatnya untuk mmbuatnya takut.
Ketika itu ikhlaskn niatmu krn Allah. Boleh jadi dg itu Allah brikn rasa aman pdmu dari rasa takut pd hri di mana dada terasa sesak hngga krongkongn krn ketakutan(hr kiamat)
• إذا اعترضتك قطة في وسط الطريق فتجنب أن تصدمها !
» ۆابتغ بذلك وجه الله عسى أن يقيك الله ميتة السوء .
Jika jalanmu trhalang oleh seekr kucing, jngnlah kamu mnabraknya, dan ikhlskn niat krn Allah. Boleh jadi dg hal itu Allah mnylamtknmu dr kmtian dlm su'ul khotimah.
• إذا هممت بإلقاء بقايا الطعام فاجعل نيتك أن تأكل منها الدواب !
» ۆابتغ بذلك وجه الله عسى أن يرزقك الله من حيث لا تحتسب .
Jika kau ingn mmbuang sisa makann, niatkanlah untuk mmberi makan kpd binatang dn ikhlskn hatimu krn Allah. Smg Allah mmbrimu rezki dg tanpa terduga-duga.
⛳⛳⛳⛳⛳⛳
Tazkirah : Dahsyatnya Sabar
Sabar yang terpuji dalam al-Quran adalah sabar yang hanya kerana Allah SWT bukan untuk mendapat pujian atau kepahlawanan di sisi manusia. Oleh kerana itu al-Quran menyatakan :
وَلِرَبِّكَ فَاصْبِرْ
"..Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!" (Al-Muddathir : 7)
Iaitu, jadikanlah sabarmu itu semata-mata kerana Allah, bukan kerana seseorang selain-Nya. Kerana itu sabar di sini merupakan ibadah dan qurbah (pengorbanan) kepada Allah SWT.
( Dr Yusuf Al Qaradhawi - Dahsyatnya Sabar )
Larangan menyalahi perintah-perintah Allah
Larangan menyalahi perintah-perintah Allah
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَوَلَّوْا عَنْهُ وَأَنْتُمْ تَسْمَعُونَ
وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ قَالُوا سَمِعْنَا وَهُمْ لَا يَسْمَعُونَ
إِنَّ شَرَّ الدَّوَابِّ عِنْدَ اللَّهِ الصُّمُّ الْبُكْمُ الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ
وَلَوْ عَلِمَ اللَّهُ فِيهِمْ خَيْرًا لَأَسْمَعَهُمْ وَلَوْ أَسْمَعَهُمْ لَتَوَلَّوْا وَهُمْ مُعْرِضُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul Nya, dan janganlah kamu berpaling dari pada Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah Nya),
dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) vang berkata "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan
Sesungguhnya binatang (makhluk) yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah; orang-orang yang pekak dan tuli yang tidak mengerti apa-apapun
Kalau sekiranya Allah mengetahui kebaikan ada pada mereka, tentulah Allah menjadikan mereka dapat mendengar. Dan jikalau Allah menjadikan mereka dapat mendengar, nescaya mereka pasti berpaling juga, sedang mereka memalingkan diri (dari apa yang mereka dengar itu). "
(Al-Anfal : 20 -23)
Wahai orang-orang yang berpihak dan tunduk pada kebenaran, sesungguhnya kalian telah benar-benar mengetahui bahawa kemenangan itu datang atas bantuan Allah dan oleh sikap patuh pada Allah dan Rasul Nya. Maka tetaplah kalian bersikap patuh kepada Allah dan Rasul Nya. Janganlah kalian menghalang-halang seruan Rasul kepada kebenaran, padahal kalian mendengar dan memahami apa yang dikatakannya.
Janganlah kalian berperangai seperti orang- orang munafik yang berkata, "Kami telah mengetahui dan mengerti kebenaran," akan tetapi sebenarnya mereka tidak mempercayai dan tidak tunduk kepada kebenaran, seakan-akan mereka tidak mengetahui kebenaran itu.
Sesungguhnya orang-orang musyrik, termasuk di dalamnya orang-orang munafik, bagaikan binatang yang paling buruk. Pendengaran mereka tuli dan tidak dapat mendengar, mulut mereka bisu dan tidak mampu berbicara. Mereka memang tidak mahu mendengar, mengatakan dan memikirkan yang benar.
Kalau Allah berkehendak mengetahui, dengan ilmu Nya yang azali, bahawa ehwal mereka nantinya tidak akan mendatangkan kebaikan bagi diri mereka sendiri, bagi orang lain dan bagi kebenaran, nescaya Allah akan membuat mereka dapat mendengarkan petunjuk yang menghantarkan kebenaran pada akal mereka. Tapi sebenarnya meskipun mereka dapat mendengar dan memahami kebenaran itu, pasti mereka tetap akan berpaling dari usaha mendapatkan petunjuk, kerana mereka telah dikuasai hawa nafsu.
Sarana Pembuka Hati
Suatu Ibrah dari Sirah Sahabat
Suatu hari, Umar al Khattab sedang duduk di bawah pohon kurma berdekatan Masjid Nabawi. Di sekelilingnya, para sahabat sedang asyik membincangkan sesuatu.
Tiba-tiba datanglah 3 orang pemuda. Dua pemuda memegang kuat seorang pemuda berpakaian lusuh yang diapit oleh kedua mereka.
Ketika mereka sudah sampai, berhadapan dengan Umar, kedua pemuda yang ternyata adik beradik itu berkata :
"Tegakkanlah keadilan untuk kami, wahai Amirul Mukminin!"
"Qishaslah pembunuh ayah kami sebagai hak atas kejahatan pemuda ini !".
Umar segera bangun dan berkata :
"Bertakwalah kamu kepada Allah, benarkah engkau membunuh ayah mereka, wahai anak muda?"
Pemuda berpakaian lusuh itu menunduk dan dalam nada suaranya yang menyesal ia berkata :
"Benar, wahai Amirul Mukminin."
"Ceritakanlah kepada kami kejadiannya.", ujar Umar.
Pemuda berpakain lusuh itu kemudian memulakan ceritanya :
"Aku datang dari pendalaman yang jauh, kaumku memercayaiku atas suatu urusan muamalah untuk aku selesaikan di kota ini.
Apabila sampainya aku di kota ini, aku ikat untaku pada sebuah pohon kurma lalu aku tinggalkan dia (unta). Begitu pantas, setelah aku kembali, aku sangat terkejut melihat seorang laki-laki tua sedang menyembelih untaku, rupa-rupanya untaku terlepas dan merosakkan kebun yang dimiliki oleh lelaki tua itu. Sungguh, aku jadi sangat marah tidak terkawal waktu itu, segera aku cabut pedangku dan kubunuh ia (lelaki tua tadi). Ternyata ia adalah ayah dari kedua pemuda ini."
"Wahai, Amirul Mukminin, engkau telah mendengar ceritanya, kami boleh mendatangkan saksi untuk itu.", sambung pemuda yang ayahnya terbunuh.
"Tegakkanlah hak Allah keatasnya!" Setimpal dengan yang lain.
Umar terpegun dan bimbang mendengar cerita si pemuda berpakaian lusuh itu.
"Sesungguhnya yang kalian tuntut ini adalah seorang pemuda yang soleh lagi baik budi pekertinya. Dia membunuh ayah kalian hanya kerana khilaf kemarahan sesaat", ujarnya.
"Izinkan aku, meminta dari kalian berdua supaya memaafkannya dan akulah yang akan membayarkan diyat (tebusan) atas kematian ayah kamu", kata Umar.
"Maaf Amirul Mukminin," balas kedua pemuda yang kelihatan masih marah dengan keadaan mata mereka merah menyala,
"Kami sangat menyayangi ayah kami, dan kami tidak akan redha jika korban jiwa belum dibalas dengan korban jiwa juga".
Umar semakin bimbang, di hatinya telah timbul rasa simpati kepada si pemuda berpakaian lusuh yang dinilainya amanah, jujur, dan bertanggungjawab.
Tiba-tiba si pemuda berpakaian lusuh berkata :
"Wahai Amirul Mukminin, tegakkanlah hukum Allah, laksanakanlah hukum qishas keatasku. Aku redha dengan ketentuan Allah", ujarnya dengan tegas.
"Namun, izinkan aku menyelesaikan dahulu urusan kaumku. Berilah aku tangguh selama 3 hari. Aku akan kembali untuk penghukuman qishas".
"Mana boleh begitu?", ujar kedua pemuda yang ayahnya telah terbunuh itu.
"Nak, tidakkah engkau mempunyai kaum kerabat atau kenalan untuk menguruskan urusanmu?", tanya Umar al Khattab.
"Sayangnya tidak ada, wahai Amirul Mukminin".
"Bagaimana dengan pendapatmu jika aku mati membawa hutang tanggungjawab kaumku bersamaku?", pemuda berpakaian lusuh itu sebaliknya bertanya kepada Umar.
"Baiklah, aku akan memberimu waktu tiga hari. Tapi harus ada orang yang mahu menjaminmu, agar kamu dapat kembali untuk menepati janjimu" kata Umar.
"Aku tidak memiliki seorang kerabatpun di sini. Hanya Allah, hanya Allah-lah penjaminku wahai orang-orang yang beriman", katanya dalam nada kesedihan..
Tiba-tiba dari belakang kerumunan orang ramai terdengar suara lantang :
"Jadikan aku penjaminnya, wahai Amirul Mukminin".
Ternyata Salman al-Farisi yang berkata.
"Salman?" Umar mengherdik, kelihatan agak marah.
"Kau belum mengenal pemuda ini, Demi Allah, jangan engkau main-main dengan urusan ini".
"Perkenalanku dengannya samalah dengan perkenalanmu dengannya, yaa, Umar. Dan aku mempercayainya sebagaimana engkau percaya padanya", jawab Salman dengan tenang.
Akhirnya dengan berat hati, Umar mengizinkan Salman menjadi penjamin kepada si pemuda berpakaian lusuh tersebut. Pemuda itu pun segera pergi menguruskan urusannya.
Hari pertama berakhir tanpa ada tanda-tanda kedatangan si pemuda berpakaian lusuh itu. Begitupun juga hari kedua. Orang ramai mulai tertanya-tanya apakah si pemuda tersebut akan kembali. Kerana dengan mudah sahaja si pemuda itu boleh menghilang ke negeri yang jauh jika ia mahu memungkiri janjinya dan waktu dan masa yg ditetapkan
Hari ketiga pun tiba. Orang ramai mulai meragukan kedatangan si pemuda tersebut, dan mereka mulai khuatir akan nasib Salman, salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W. yang paling utama.
Matahari hampir tenggelam, hari mulai berakhir, orang ramai sedang berkumpul untuk menunggu kedatangan si pemuda berpakaian lusuh. Umar berjalan mundar-mandir menampakkan kegelisahannya. Kedua pemuda adik beradik yang menjadi pendakwa kes qishas itu sangat kecewa dengan keengkaran janji si pemuda berpakaian lusuh itu.
Akhirnya tiba waktu jatuhnya hukuman qishas. Salman dengan tenang dan penuh tawakkal berjalan menuju tempat penghukuman. Hadirin mulai teresak-esak menangis, kerana menyaksikan seorang yang hebat seperti Salman akan dikorbankan.
Tiba-tiba di kejauhan ada bayangan seseorang sedang berlari tersengguk-sengguk, sekejap jatuh, sekejap bangun, kemudian jatuh lagi, lalu ia bangun kembali.
”Itu dia!” teriak Umar.
“Dia datang menepati janjinya!”.Masa dan waktunya
Dengan tubuhnya bermandi peluh dan nafas tercungap-cungap, si pemuda itu jatuh di pangkuan Umar.
”Hhuhuh..hh.. maafkan aku.. maafkan.. aku, wahai Amirul Mukminin..” ujarnya dengan susah payah,
“Tidak ku sangka... urusan kaumku... mensiakan... banyak... waktu...”.
”Kupacu... tungganganku... tanpa henti, hingga... ia sampai pada sakaratulmaut di gurun... Terpaksa... aku tinggalkan ia... lalu aku berlari dari sana..”
”Demi Allah”, ujar Umar menenanginya dan memberinya minum,
“Mengapa kau bersusah payah untuk kembali? Padahal kau boleh lari dan menghilang diri?” tanya Umar.
”Aku kembali agar jangan sampai ada yang mengatakan... di kalangan Muslimin...sudah tidak ada lagi pemuda...yang menepati janji...” jawab si pemuda berpakaian lusuh itu sambil tersenyum.
Mata Umar berkaca-kaca, sambil menahan sedihnya, lalu ia bertanya :
“Lalu engkau pula, Salman, mengapa semahu- mahunya engkau bersungguh untuk menjamin orang yang baru sahaja engkau kenal?"
Kemudian Salman menjawab :
"Agar nanti jangan sampai dikatakan, di kalangan Muslimin, sudah tidak ada lagi rasa saling percaya dan mahu menanggung beban saudaranya”.
Hadirin mulai merasa sedih sambil menahan tangisan mereka kerana terharu dengan kejadian itu.
”Allahu Akbar!”, Tiba-tiba sahaja kedua pemuda adik beradik itupun berteriak.
“Saksikanlah wahai kaum Muslimin, bahawa kami telah memaafkan saudara kami itu”.
Semua orang tersentak dan terkejut mendengar kata-kata kedua pemuda tersebut.
“Kamu berdua...” ujar Umar.
“Apakah maksudnya ini? Mengapakah kamu..?” Umar semakin terharu.
Kemudian dua pemuda itu menjawab dengan mengatakan :
”Agar jangan sampai dikatakan nanti, di kalangan Muslimin tidak ada lagi orang yang mahu memberi maaf dan sayang kepada saudaranya”.
”Allahu Akbar!”...terdengar ucapan takbir daripada hadirin.
Pecahlah tangisan bahagia, terharu dan sukacita oleh semua orang.
والله تعالى اعلم
Suatu kisah di sebalik surah Al-Hasyr ayat 16 dan 17
Suatu kisah Lampau di sebalik surah Al-Hasyr ayat 16-17
كَمَثَلِ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ قَرِيبًا ذَاقُوا وَبَالَ أَمْرِهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (15) كَمَثَلِ الشَّيْطَانِ إِذْ قَالَ لِلْإِنْسَانِ اكْفُرْ فَلَمَّا كَفَرَ قَالَ إِنِّي بَرِيءٌ مِنْكَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ (16)
“(Pujukan orang-orang munafik itu adalah) seperti (Pujukan) syaitan ketika dia berkata kepada manusia: "Kafirlah kamu", maka tatkala manusia itu telah kafir, maka ia berkata: "Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu, kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Rabb semesta Alam. Maka adalah kesudahan keduanya, bahawa sesungguhnya keduanya (masuk) ke dalam neraka, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan orang-orang yang zalim."
Suatu ketika dahulu di kalnagan Bani Israil terdapat seorang ahli ibadah yang wara’ bernama Birshish. Allah telah menganugerahkan Birshish dengan doa-doa yang dikabulkan oleh Allah sehingga ramai penduduk Bani Israil dtang menemuinya dengan membawa orang-orang yang sakit untuk di doakan Birshish agar sembuh. Dengan izin Allah doa-doa terhadap orang-orang yang sakit itu dimakbulkan Allah. Ketika mana Birshish semakin kuat beriabadah kepada Allah, maka syaitan telah memanggil bala tenteranya dan bertanya siapakah di antara mereka yang boleh dan mampu menggoda Birshish atas alasan bahawa Birshish telah menyusahkan mereka. Maka bangunlah jin ifrit dengan sombongnya dan memberitahu syaitan bahawa dia mampu untuk melakukannya. Maka dengan perinta syaitan, pergilah ifrit dengan tujuannya untuk menyesatkan dan menggoda Birshish. Ketika melakukan usaha itu, ifrit telah pergi ke istana raja Bani Israil yang mempunyai seorang puteri. Ketika mana Raja, Permaisuri dan Puteri sedang duduk bersama, maka ifritpun mengganggu puteri raja sehingga hilang ingatan dan gila. Maka binggunglah raja dan permaisurinya dengan mencari jalan dan berusaha untuk menyembuhkan puteri mereka.
Setelah beberapa lama puteri menjadi gila, maka datanglah ifrit semula ke istana untuk menemui raja Bani Israil dengan menyerupai seorang lelaki. Ifrit yang menyerupai lelaki itu memberitahu bahawa terdapat seorang rahib yang mampu mengubati puterinya dan mencadangkan agar raja membawa puterinya agar menemui lelaki itu untuk didoakan. Maka tanpa berlengah, raja dan permaisuri membawa puteri mereka menemui Birshish. Setelah didoakan Birshish, maka puteri itu telah sembuh dan dibawa balik ke istana.
Setelah berada di istana, tidak berapa lama kemudian datanglah syaitan menemui raja. Syaitan memberitahu raja bahawa puterinya itu belum sembuh sepenuhnya. Jika raja menginginkan puterinya sembuh sepenuhnya, maka puteri itu hendaklah dibawa semula menemui Birshish dan hendaklah ditinggalkan bersama-sama . Maka raja pun membawa semula anaknya menemui Birshish. Birshish keberatan menerima puteri raja untuk tinggal bersamanya. Namun Birshish dipaksa oleh raja. Maka tinggallah puteri bersama Birshish.
Setiap hari Birshish berpuasa pada siangnya dan beribadah pada setiap malam sehingga langsung tidak menghiraukan puteri raja yang tinggal bersama-samanya. Suatu waktu ketika Birshish sedang duduk hendak makan, maka datanglah syaitan untuk mempermainkannya. Kemudian syaitan membuka aurat puteri raja itu di hadapan Birshish. Namun Birshish memalingkan wajahnya. Setiap kali syaitan datang mengganggunya setiap kali itu jugalah Birshish memalingkan wajahnya dari melihat aurat puteri raja. Maka disebabkan perkara itu sering berlaku terhadap Birshish, maka suatu ketika tergoda dengan pujukan syaitan sehingga dia dapat melihat wajah puteri raja yang kecantikannya tiada tolok bandingnya, sehingga Birshish tidak mampu menahannya. Maka bersedudukanlah mereka sehingga puteri raja itu mengandung. Ketika Birshish mengetahui bahawa puteri raja itu mengandung, Birshish kebingungan. Dalam kebingungan Birshish itu, maka muncullah syaitan menemui Birshish memberitahu bahawa jika raja mengetahui perbuatannya itu, maka Birshish akan menerima hukuman bunuh daripada raja. Birshish ketakutan. Namun syaitan yang mempunyai pelbagai helah memberitahu dan mencadangkan agar Birshish membunuh puerti raja itu dan kemudian mayatnya di kuburkan di kawasan biara tempat Birshish beribadat. Jika raja bertanya kepadanya tentang puteri, maka syaitan menyuruh Birshish memberitahu raja bahawa puterinya telah mati dan telah dikebumikan. Setelah beberapa lama , maka datanglah raja untuk menemui puterinya. Birshish memberitahu bahawa puterinya telah mati dan dikebumikan di biara. Raja percaya akan kata-kata Birshish dan kembali ke istana.
Dalam satu riwayat lain menyebut bahawa puteri raja itu telah sembuh sepenuhnya dan telah kembali ke istana. Ketika raja ingin menemui puterinya di rumah Birshish, Birshish memberitahu bahawa puterinya telah pulang bersendirian. Maka raja kembali ke istana, namun puterinya masih belum tiba. Raja bertanya kaum kerabatnya tentang puterinya itu. Namun tidak seorangpun mengetahuinya.
Syaitan datang menemui raja dengan menyerupai seorang lelaki dan memberitahu apa raja apa yang telah dilakukan oleh Birshish terhadap puterinya. Maka marahlah raja dan memerintahkan agar Birshish ditangkap untuk dijatuhkan hukuman. Ketika Birshish diikat untuk dijatuhkan hukuman, muncul syaitan di hadapannya dan memberitahu Birshish bahawa tidak ada sesiapa yang boleh meyelamatkannya kecuali dia. Syaitan menyuruh Birshish mengaku kepada raja bahawa bukan dia yang membunuh puteri raja. Syaitan memberitahu Birshish bahawa dengan kata-kata itu, raja pasti akan percaya. Namun syaitan meletakkan syarat kepada Birshish jika mahu terlepas dari hukuman yang dijatukan kepadanya. Adapun syarat itu Birshish hendaklah sujud kepadanya. Namun Birshish memberikan alasan bahawa bagaimana dia hendak sujud dalam keadaan terikat. Syaitan meminta Birshish sekadar cukup menundukkan kepalanya sebagai isyarat sujud kepadanya. Maka Birshish melakukannya dengan percaya bahawa dia akan terlepas dari hukuman yang dijatuhkan. Setelah Birshish menundukkan sedikit kepalanya sebagai isyarat sujud, maka syaitan mengatakan “AKU LEPAS TANGAN DARIPADAMU.”
Hikmah :
Abu Laits As-Samarqandy berkata :
“Ketahuilah bahawa kamu mempunyai empat musuh dan masing-masing mempunyai perjuangan sendiri :
1. DUNIA : ia merayu dan menipu sehingga kamu tertipu dengan dunia
2. HAWA NAFSU : musuh yang sangat dan sangat bahaya
3. SYAITAN : yang tidak kelihatan pada mata kasar
4. SYAITAN MANUSIA : maka berhati-hatilah dari syaitan manusia kerana ia lebih jahat daripada syaitan dan jin. Syaitan hanya membisikkan kejahatan sedangkan syaitan manusia dengan kata-kata, harta, paksaan dan sering berusaha untuk memsongkan kamu dari ketaatan dan kebaikan yang kamu lakukan.
NIQAB DAN JUBAH
NIQAB
Niqab atau Tidak:Suatu Tazkirah
Niqab menjadi utama kepada wanita cantik yang dekat dengan suasana fitnah, niqab itu tidak menyulitkannya dan tidak mengundang cacian serta perlekehan orang terhadapnya. Tidak berniqab pula menjadi utama dalam fiqh dakwah pada zaman ini.
Siapa yang berani mendabik dada bahawa dia adalah lebih baik daripada orang lain? Sedangkan kedua-dua pilihan ini mempunyai hujah dan fiqh keutamannya yang tersendiri. Sama-samalah menghormati sebuah pilihan.
Antara 3 Kelompok
Dr. Amru Abdul Karim Sa’dawi di dalam bukunya berjudul Wanita Dalam Fiqih Al-Qaradhawi menulis, ada 3 kelompok besar yang berbicara tentang pakaian wanita iaitu:
1. Kelompok yang inginkan kebebasan mutlak bagi wanita dalam berpakaian.
2. Kelompok yang inginkan penutupan mutlak bagi wanita dalam berpakaian termasuk menutup muka dan tapak tangan.
3. Kelompok pertengahan yang menganggap Islam tidak mewajibkan model pakaian tertentu atau warna tertentu bagi pakaian wanita. Adapun model dan warna pakaian serta baju luar yang ada di sejumlah negara merupakan tradisi yang berlaku di sesuatu negara dan ini tentu berbeza dengan tradisi yang berlaku di negara lain. Apapun, Islam menetapkan sejumlah batasan dan sifat tertentu pada pakaian wanita Muslimah yang mesti dikenakan ketika keluar rumah. (Mustafa At-Thahan, hal.167).
Bolehnya Menampakkan Wajah
Boleh atau tidak boleh menampakkan wajah adalah soal khilaf. Apabila dinamakan khilaf, kedua-dua kelompok mempunyai hujah tersendiri yang wajar dihormati. Berikut dinyatakan hujah kelompok yang membolehkan menampakkan wajah yang menjadi pilihan penulis.
Syeikh Yusuf al-Qaradhawi berkata, “Saya ingin jelaskan sebuah hakikat yang pada dasarnya sudah jelas, sebuah hakikat yang telah dikenal di kalangan ilmuan, iaitu perkataan tidak wajibnya penutup muka dan dibolehkannya membuka wajah dan kedua tapak tangan dari anggota wanita di hadapan lelaki. Ini adalah pendapat majoriti ulama fiqh sejak zaman sahabat.”
Pendapat ini berdasarkan dalil-dalil syariat dan riwayat dari para sahabat(atsar), dan bersandarkan kepada pandangan dan perbandingan akal sihat serta diperkuat pula oleh kenyataan yang berlaku pada zaman keemasan umat ini.
Terlalu banyak hujah yang dikemukakan oleh Al-Qaradhawi berkaitan hal ini. Antaranya ialah:
Dalil 1
Tafsiran majoriti para sahabat terhadap surah an-Nur ayat 31,
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.”
Mereka mengecualikan muka dan tapak tangan. Antara mereka yang berpandangan demikan ialah Anas bin Malik, Ibnu Abbas, Aisyah, Said bin Jubair, Atha’, Qatadah, Musawwir bin Makhramah, Ibnu Juraij dan lain-lain. Imam At-Tabari, Ar-Razi, Baidhawi dan lain-lain menyokong pendapat Ibnu Abbas dan lain-lain.
Dalil 2
Diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Aisyah r.ha. bahawa Asma’ binti Abu Bakr pernah mendatangi rumah Nabi SAW (baginda merupakan adik ipar Asma’) dengan mengenakan pakaian tipis yang menampakkan tubuhnya. Lalu Nabi SAW berpaling daripadanya dan berkata, “Wahai Asma’, sesungguhnya seorang wanita yang telah haid tidak dibolehkan menampakkan bahagian daripada (tubuh)nya kecuali ini dan ini.” Baginda SAW memberikan isyarat kepada wajah dan kedua telapak tangan. Hadis di atas banyak dikuatkan oleh pelbagai hadis sahih lainnya.
Al-Bani menilai hadis ini hasan dalam kitabnya, Hijab al-Mar’ah al-Muslimah, meskipun statusnya mursal dan perawinya dhaif. Ini kerana ada hadis penguat (hadis syahid) dari riwayat Asma’ binti Umais. Riwayat penguat lain ialah realiti yang berlaku pada zaman Nabi dan sahabat, ramai wanita tidak berniqab.
Dalil 3
Pada waktu-waktu tertentu, mengenakan penutup wajah dipandang aneh dan menimbulkan tanda tanya. Imam Abu Dawud meriwayatkan dari Qais bin Syimas r.a. berkata, “Seorang wanita (yang dikenal sebagai Ummu Khalad) datang menemui Rasulullah. Dia datang dengan wajah tertutup. Dia bertanya perihal anaknya yang terbunuh. Beberapa orang sahabat berkata kepadanya,
“Saudari datang untuk bertanya dengan wajah tertutup?”
Ummu Khalad berkata,
“Walau anak saya terbunuh, tapi tidak dengan rasa malu saya.”
Jika memang penutup muka pada zaman itu sudah mentradisi lalu apa alasan perawi berkata sesuatu yang menunjukkan mereka hairan dengan penampilan Ummu Khalad. Jawapan Ummu Khalad menunjukkan alasannya menutup wajah adalah kerana rasa malu bukan kerana perintah Allah dan Rasul.
Kalau memang penutup wajah wajib secara syariat, tentu dia tak akan menjawab demikian dan sahabat tidak bertanya demikian, seakan bertanya,
“Kenapa kamu solat?”
Dalil 4
Al-Baihaqi meriwayatkan dari Ibnu Abbas dan Aisyah, Rasulullah melarang wanita dalam ihram mengenakan penutup wajah. (HR Bukhari).
Jika wajah dan tapak tangan memang aurat, kenapa Rasulullah melarang menutupnya? Padahal, apa-apa yang dilarang ketika ihram seperti menggunakan pakaian berjahit,berburu dan memakai wangian pada asalnya boleh. Bagaimana boleh dikatakan yang wajib ketika ihram (membuka wajah), pada asalnya adalah haram pula?
Ulama sepakat bolehnya wanita membuka wajah ketika solat dan haji. Apakah mungkin syariat membenarkan terbukanya aurat ketika haji dan solat?
Dalil 5
Perintah kepada lelaki menundukkan pandangan dalam Surah an-Nur, ayat 30 dan dalam banyak hadis. Jika semua wanita menutup wajah, apa maknanya perintah ini?
Dalil 6
Perintah Allah dalam surah An-Nur, ayat 31, “Dan hendaklah mereka menutupkan kain ke dadanya,” tentang menutup dada, bukan menutup wajah. Jika menutup wajah itu wajib,tentu Al-Quran mengatakannya dengan jelas sejelas ayat perintah menutup dada ini.
Dalil 7
Dalam Surah al-Ahzab, ayat 52, “meskipun kecantikannya menarik hatimu…”. Bagaimana mengetahui kecantikan seorang wanita jika wajahnya wajib ditutup?
Dalil 8
Satu kenyataan yang turut diakui oleh golongan yang mewajibkan niqab ialah wanita pada zaman awal Islam tidak seluruhnya menutup wajah, melainkan hanya beberapa orang sahaja dan pada waktu-waktu tertentu sahaja.
Apabila Lelaki Memandang Dengan Syahwat
As-Shawi berkata, “Apakah wajib bagi wanita, pada saat lelaki memandangnya dengan syahwat untuk menutup wajah dan tapak tangannya?”
Ibnu Marzuq berkata. “Tidak wajib baginya.”
Perintah menundukkan pandangan ditujukan kepada lelaki tersebut. Pendapat ini dikutip oleh Mawwaq dari Qadhi Iyadh. Marzuq membezakan antara wanita cantik atau tidak.
Namun, kecantikan seorang wanita adalah suatu yang relatif. Si A mungkin memandangnya cantik tapi si B mungkin memandangnya tidaklah cantik sangat. Lagipun,bagaimana seseorang wanita itu tahu seorang lelaki itu sedang memandangnya dengan nafsu?
Terdapat hadis tentang Rasulullah memalingkan wajah Fadhl bin Abbas daripada memandang seorang wanita dari Khats’am yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa wanita itu memang cantik. IbnuHazm berkata, “Jika wajah (cantik) itu aurat, tentu Rasulullah memerintahkan wanita itu menutupnya.”
Bolehnya wanita menampakkan wajah tidak bermakna bolehnya lelaki melihatnya. Sebahagian ulama melarang lelaki melihat wanita kecuali pandangan pertama yang tidak disengaja.
Sebahagian ulama yang lain pula mengharuskan memandang wajah wanita dengan syarat tanpa hasrat seksual. Jika timbul syahwat dengan memandang wajah wanita ketika itu haram hukumnya memandang wajahnya. Dr.Yusuf Al-Qaradhawi memilih pendapat ini dalam bukunya An-Niqab Lil Mar’ah.
Membuka Wajah Suatu Keperluan dalam Komunikasi Berkesan
Wanita dan lelaki harus berkomunikasi dalam muamalat atau urusan-urusan hidup seperti berjual beli, kesaksian, wakil-mewakilkan dan sebagainya.
Ulama fikih sependapat wanita hendaklah membuka wajah ketika memberi keterangan di hadapan hakim, sehingga hakim,saksi dan lawan bicara mampu mengenalnya dan anak siapakah dia.
Fiqh Dakwah: Menjaga Dakwah Lebih Utama
Di antara kaedah yang disepakati dan tidak diperdebatkan ialah fatwa boleh berubah dengan berubahnya zaman, tempat, kebiasaan dan keadaan.
Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata, “Saya berkeyakinan, zaman kita sekarang telah memberi wanita banyak peluang dan kesempatan yang mengharuskan kita untuk menyusun kembali pemikiran-pemikiran kita yang memudahkan wanita untuk membentuk keperibadiannya.”
“Di dalam kitab Al-Ijtihad fi Asy-Syariah al-Islamiyyah, saya menyebutkan, saya menganjurkan wanita yang bergerak dalam bidang dakwah hendaklah tidak mengenakan penutup wajah. Alasannya agar tidak menjadi penghalang komunikasi antara dirinya sebagai da’i dan masyarakat sebagai objek dakwah. Menjaga kemaslahatan dakwah lebih penting dari apa-apa yang dia berjaga kerananya.”
Jangan Bergaduh Soal Niqab
Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengingatkan, “Tidak dibenarkan bagi saudari-saudari yang menutup wajahnya dan menyeru kepada menutup wajah, menyerang wanita muslimah yang berpegang, beramal dan berdakwah dengan pendapat majoriti ulama yang mewajibkan jilbab tanpa penutup wajah.”
“Seharusnya serangan mereka diarahkan kepada kaum liberalis yang mengarahkan kaum wanita muslimah berpakaian terbuka ala Barat. Para muslimah itu sendiri telah bersusah payah mempertahankan jilbabnya di lingkungan kerjanya, kampungnya dan rumahnya.”
Pada Kesulitan Ada Kemudahan
Mewajibkan wanita berniqab pada zaman ini melahirkan banyak kesulitan. Allah memberi keringanan dalam setiap kesulitan. Allah SWT berfirman,”Dia tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.” (Al-Haj: 78).
Rasulullah bersabda, “Saya diutus dengan kelapangan dan toleransi beragama.” Hingga ulama kita memberi kaedah, kesulitan mendatangkan kemudahan.
Rasulullah memerintahkan kita mempermudah urusan bukan menyulitkan, memberi berita gembira bukan menakutkan.
JUBAH
Jubah yang dikehendaki Islam adalah menutup-memelihara Aurat danbukannya membalut-membonjol Aurat seperti yang diamalkan segelintir Muslimah moden zaman kini.
Kemajuan industri fesyen Muslimah tidak boleh dijadikan alasan. Imej kesederhanaan dan kemuliaan Jubah WAJIB dikekalkan dan TIDAK BOLEH dirosakkan dengan sebarang elemen-elemen tabarruj dan berhias untuk menunjuk cantik. Apatah lagi jika Jubah cuba digabung-padankan dengan rekaan yang sendat dan ketat, sudah pasti hukumnya HARAM dan berdosa besar di dalam Islam. Akan terhasillah nanti sepasang Jubah yang MAKSIAT.
Telah menjadi trend fesyen sejak kebelakangan ini, ramai wanita Islam di Malaysia gemar mengenakan Jubah untuk ke majlis-majlis dan ke tempat kerja, khususnya pada hari Jumaat.
Malang sekali, Jubah-jubah yang dipakai mereka sudah hilang faedah dan hikmahnya di sisi Islam. Memang Jubah mereka labuh dan tidak menampakkan warna kulit, tetapi rekaaannya sengaja mengikut potongan badan si pemakai khususnya di bahagian dada dan pinggang. Seolah-olah mereka cuba memasukkan unsur 'ketat' dari fesyen kebaya ke dalam fesyen Jubah.
Selain daripada itu, Jubah juga tidak sesuai diperbuat daripada fabrik yang terlalu lembut kerana ia akan melekat di badan. Diburukkan lagi dengan rekaan Jubah yang sendat di bahagian dada, maka akan kelihatanlah bentuk buah dada yang ketara dari luar Jubah. Sekiranya rekaan sesebuah Jubah Muslimah itu direka mengikut lenggok bahagian pinggang, maka di bahagian punggung juga turut akan menjadi sendat.Fabrik Jubah yang terlalu lembutberwarna plain akan menyebabkan bentuk seluar dalam kelihatan dari luar Jubah apabila wanita Islam itu duduk, berdiri dan berjalan. Istighfar !
Jubah yang direstui dan diberikan pahala di dalam Islam adalah Jubah Muslimah yang dipakai kerana kesungguhan mahu memelihara Auratbukannya kerana keseronokan mengikut perkembangan fesyen. Jubah Muslimah yang sebenar mestilah longgar dan lapang. Maka, rekaan Jubah Muslimah tidak boleh ditempah sendat dan mengikut alur bentuk tubuh wanita.
At-Tausiyah
1. Imam Ibnu Kathir menceritakan tentang seorang ulama besar dan kadi bernama Abu al-Tayyib Tahir bin Abdullah bin Tahir bin Umar al Tabari al-Syafi'i dalam kitab "al-Bidayah wa al- Nihayah."
Ulama ini telah berumur lebih dari 100 tahun, namun memiliki kesihatan yang baik dan akal yang cerdas.
Pada suatu hari, beliau telah melompat dengan lompatan yang tinggi. Orang yang melihat ketika itu mencelanya. Kalau zaman kita, mungkin akan dikatakan: "Buang tabiat agaknya orang tua ini".
Namun apa jawapan Abu al-Tayyib Tahir?
"Aku menjaga badan ini daripada membuat maksiat ketika remaja, maka Allah S.W.T. menjaganya ketika aku telah tua."
Maksud beliau, jika kita menjaga suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya ketika usia muda, maka Allah S.W.T. akan membalas dengan memberikan kesihatan yang baik.
2. Diriwayatkan oleh at-Tahawy dari Ibnu Mas'ud, bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:
"Ada seorang hamba dari hamba-hamba Allah S.W.T. yang diperintahkan untuk dipukul 100 kali dalam kuburnya, tetapi oleh kerana hamba itu semasa hidupnya selalu berdoa agar dilindungi dari siksa kubur, maka dia dipukul hanya satu kali. Dengan sekali pukul itu, kuburnya dipenuhi dengan api. Setelah api hilang dan dia sembuh dari pukulan itu, ia bertanya kepada Malaikat:
"Kenapa aku dipukul?".
Malaikat menjawab: " Engkau pernah solat tanpa wuduk dan pernah melewati orang yang sedang dianiaya tetapi engkau tidak memberikan pertolongan".
3. Abu-Laits berkata: "Tanda - tanda takut kepada Allah S.W.T. itu kelihatan dalam 7 perkara".
1) Lisannya.
Dia menghindarkan daripada dusta, menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca Al-Quran dan muzakarah ilmu.
2) Hatinya.
Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan. Sebagaimana Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
"Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu".
3) Pandangannya.
Maka dia tidak suka memandang pada hal -hal yang haram. Tidak pula terpikat pada dunia. Tetapi dia memandang dengan mengambil iktibar. Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
"Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah S.W.T. akan memenuhinya daripada api pada hari kiamat".
4) Perutnya.
Maka perutnya tidak diisi makanan yang haram. Itu dosa besar. Sebagaiman Nabi S.A.W. bersabda:
"Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh Malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuatu atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di Neraka."
5) Kedua tangannya.
Dia tidak menggunakan untuk perkara yang haram. Tetapi hanya menggunakan untuk taat kepada Allah S.W.T.
6) Langkah kakinya.
Dia tidak berjalan untuk maksiat. Tetapi hanya melangkah untuk taat kepada Allah S.W.T., mencari keredhaaan-Nya serta untuk bergaul dengan para ulama, orang-orang soleh.
7) Ketaatannya.
Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaaan Allah S.W.T.
Takut pada riak dan munafik.
Barangsiapa melakukan 7 perkara tersebut, maka dia termasuk kategori orang-orang yang dikasihi oleh Allah S.W.T.
4. Dari A'masy, dari abi Shalin, dari Abi Hurairah dan Abi Said al-khudri;
Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Sesungguhnya Allah S.W.T. punyai malaikat yang tinggal di bumi. Jika mereka bertemu dengan kaum yang berzikir kepada Allah Azza Wa Jalla, mereka memanggil: "Kemarilah pada keinginanmu". Lalu mereka datang dan mengelilingi mereka ke langit
Maka Allah S.W.T. berkata: "Apa yang diperbuat para hamba-Ku waktu kau tinggalkan?".
Mereka menjawab: "Kami tinggalkan mereka sedang memuji, mengagungkan dan menyucikan-Mu.".
"Apakah mereka melihat-Ku?" tanya Allah S.W.T.
"Tidak", jawab para malaikat.
"Bagaimana kalau mereka melihat-Ku?" tanya Allah S.W.T. lagi.
Para malaikat menjawab: "Tentu saja, Jika mereka melihat-Mu, akan lebih menyucikan, memuji dan mengagungkan Engkau".
Allah S.W.T. bertanya: "Dari bahaya apa bahawa mereka memohon perlindungan?".
"Dari neraka".
"Apakah mereka pernah melihat neraka?".
"Tidak".
"Bagaimana seandainya mereka melihatnya?".
"Jika mereka melihatnya, tentu akan lebih menjauhinya".
Kemudian Allah S.W.T. bertanya: "Apa pula yang mereka minta?".
Mereka menjawab: "Syurga".
"Apakah mereka itu pernah melihatnya?".
"Tidak".
"Bagaimana jika mereka melihatnya?".
Mereka menjawab: "Jika mereka melihatnya, tentu mereka akan lebih merindukannya".
Kemudian Allah S.W.T. berkata: "Aku saksikan padamu bahawa Aku telah mengampuni mereka".
5. Kata Ibnu Mas'ud r.a: Ahli Quran ialah orang yang beramal dengan isi kandungan al-Quran walaupun dia tak menghafaznya. Bacalah apa yang engkau ingin. Hafazlah apa saja yang engkau inginkan. Tulislah apa saja yang engkau inginkan. Akan tetapi selagi ianya bukan Al-Quran, kamu sekali-kali tidak akan berjaya, tidak akan bahagia dan tidak akan selamat. Al-Quran itu penghidup hati.
6. Ketika pemerintahan Khalifah Sayidina Abu Bakar As-Siddiq seorang hamba Allah lelaki telah meninggal dunia. Maka jenazahnya diuruskan dengan sempurna sepertimana yang disyari'atkan. Setelah selesai jenazah dikafankan, maka jenazah diletakkan di suatu sudut untuk disolatkan dengan diimamkan oleh Sayinada Abu Bakar.
Ketika semua jemaah berdiri, kelihatan mayat itu bergerak-gerak. Para jemaah dan hadirin kehairanan. Lalu seorang daripada jemaah membuka ikatan kafan pada jenazah itu. Rupanya terdapat seekor ular sedang membelit tubuh jenazah itu. Masya Allah. Seorang jemaah yang lain mengambil sesuatu untuk membunuh ular berkenaan yang sedang membelit mayat lelaki itu.
Maka berlakulah suatu keajaiban atas izin Allah. Ular itu berkata-kata lalu bertanya kepada orang yang ingin membunuhnya :" Kenapa engkau hendak membunuhku?. Sedangkan Allah telah memerintahkan untuk menyiksa orang ini sehingga ke hari kiamat."
Kehairananlah semua yang hadir. Maka salah seorang bertanya kepada ular itu :"Apakah kesalahan si fulan ini?"
Ular itu menjawab : " Apabila azan solat dikumandangkan, ia tidak memperdulikannya. Apabila solat telah didirikan, ia tetap dengan dunianya. Apabila diberikan nasihat dan teguran oleh orang yang alim (berilmu), ia memperlekehkannya."
IMAM MALIK KETIKA BERBUKA PUASA ...
Dalam sebuah riwayat Sayidinal-Imam Malik ibn Anas atau nama lengkapnya: Mālik ibn Anas bin Malik bin 'Āmr bin `Abd Allah al-Humyari al-Asbahi al-Madani, lahir di Madinah pada tahun 714M/93H, dan meninggal pada tahun 800M/179H, beliau adalah pakar ilmu fiqh dan hadits (pengarang kitab al-Muwatha') serta pendiri Madzhab Maliki, dalam sebuah riwayat di bulan Ramdhan pada saat berbuka puasa beliau menangis hingga bercucuran air matanya membasahi janggutnya, lalu salah satu muridnya bertanya.
Murid: ''Wahai guruku yang mulia, kenapakah engkau menangis sedemikian sedih serta menyayat hati kami?? Apakah ada di antara kami yang membuat hatimu sedih, atau hidangan ini kurang berkenan??!"
Imam Malik: ''Tidak ... tidak wahai murid-muridku. Sungguh, kalian adalah murid-murid terbaikku dan sangat khidmah padaku, bahkan hidangan ini teramat nikmat buatku."
Murid: ''Lalu kenapakah wahai guru kami yang tercinta?"
Imam Malik: ''Sungguh, aku pernah berbuka dengan guruku (Sayidinal-Imam Ja'far ash-Shadiq, cucu Baginda Rasulillah shallallahu 'alaihi wa sallam), dalam makanan yang nikmat seperti saat ini, dan beliau (Sayidina Ja'far ash-Shadiq) berkata sambil terisak, ''Wahai ibnu Anas (Imam Malik) tahukah engkau, Rasulillah shallallahu 'alaihi wa sallam terkadang berbuka dengan 3 buah kurma dan air, tapi beliau merasa sangat nikmat penuh syukur, bahkan seringkali Rasulillah shallallahu 'alaihi wa sallam hanya berbuka sebutir kurma di bagi dengan Sayyudatuna Aisyah, tapi sungguh beliau merasa sangatlah nikmat, beliau (Rasulillah shallallahu 'alaihi wa sallam) sedikit sahur dan bukanya, tapi sangatlah banyak ibadah dan syukurnya, dan beliau selalu mendoakan kita umatnya yang selalu lalai kepada Baginda!!!"
"Sedang hari ini, kita di penuhi makanan nikmat dalam berbuka, tapi kita sangatlah jauh dari ibadah dan rasa syukur??" Lanjut Imam Malik, "Dan tahukah kalian setelah berkata itu, maka guruku manusia yang mulia (Sayidinal-Imam Ja'far ash-Shadiq) pingsan karena tiada mampu terkenang akan Rasulillah shallallahu 'alaihi wa sallam." Masya Allah Tabarakallah ...
Setelah Imam Malik ibn Anas menceritakan hal itu sambil terisak tangis kepada murid-muridnya, maka tiba-tiba ruangan tersebut menjadi haru dengan isak pilu kerinduan kepada Baginda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam. (Allah ... Allah ... Ya Rasulallah). Mari tataplah santapan sahur dan berbuka kita, lalu tela'ah amal ibadah kita. Bersyukurkah kita atau kufurkah kita?
Nasihat Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
“Anak-Anakku…
jika engkau bertemu dengan seseorang…
maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu… dan ucapkan dalam hatimu… :
"Boleh jadi kedudukannya di sisi Allah swt jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku…"
jika bertemu anak kecil…
maka ucapkanlah dalam hatimu… :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah swt… sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepada Nya… tentu anak ini jauh lebih baik dariku…"
jika bertemu orang tua… maka ucapkanlah dalam hatimu… :
"Dia telah beribadah kepada Allah swt jauh lebih lama dariku… tentu dia lebih baik dariku…"
jika bertemu dengan seorang yang berilmu…
maka ucapkanlah dalam hatimu… :
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperoleh… mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai… mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya… tentu dia lebih baik dariku…"
jika bertemu dengan seorang yang bodoh…
maka katakanlah dalam hatimu… :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah swt kerana dia bodoh (tidak tahu)…
sedangkan aku bermaksiat kepada Nya padahal aku mengetahui akibatnya… dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak… boleh jadi dia tentu lebih baik dariku…"
jika bertemu dengan orang kafir… maka katakanlah dalam hatimu… :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak… boleh jadi di akhir usianya dia memeluk agama islam dan beramal soleh… dan bisa jadi di akhir usiaku… diriku kufur dan berbuat buruk…”
RENUNGAN
Ali bin Hasan berKata,
Bahwa:
Dia menDengar
Sufyan bin Uyainah.r.a.
berKata :
"Siapa mengAnggap
Dirinya Lebih Baik
Dari Orang Lain,
Dia Sudah
berSikap Sombong.
Sesungguhnya,
Sikap Inilah
Yang mengHalangi Iblis
Untuk berSujud
Kepada Nabi Adam"
Maka,
di Antara Cara
Agar terHindar Dari
keSombongan
Antara Lain :
Apabila Engkau meLihat
Orang Yang
Lebih Tua Umurnya
DariMu,
Katakanlah Pada Dirimu,
"Orang ini
Sudah menDahuluiku
Dalam berIman
Dan ber'Amal Soleh,
Dia tentu
Lebih Baik Dariku"
Apabila engkau meLihat
Orang Yang Lebih Muda
Umurnya Darimu,
Katakanlah Pada Dirimu,
"aku Telah
menDahuluinya berBuat
Dosa dan keMaksiatan,
Dia Tentu
Lebih Baik Dariku"
Apabila Engkau
meLihat Sahabat-sahabatmu
mengHormati
Dan
meMuliakanmu,
Katakanlah Pada Dirimu,
"Ini Adalah keUtamaan
Yang Kelak
Akan diperHitungkan"
Apabila Engkau meLihat
Mereka Kurang
mengHormatimu,
Katakanlah Pada Dirimu,
"Ini Adalah
Akibat Dosa Yang Telah
aku Lakukan"
(Shifatush Shafwah,
Ibnu Jawziy)
والله أعلم