الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_

ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”
RENUNGAN
Ibnu Qaiyim: “Lihatlah kepada seorang yang banyak sujud dan beribadat, serta zuhud, terdapat pada dahi mereka tanda sujud iaitulah Zul Khuaisarah Al Tamimi Al Khariji. Dia adalah seorang pelampau yang mengingkari Nabi Muhammad SAW. Dia berpesan kepada para sahabatnya agar melakukan penghinaan terhadap orang-orang muslimin, sehingga sanggup menghunus pedang dan menghalalkan darah orang Islam.
Ayad Ibnu Himar RA seorang peminum arak yang sering mabuk, datang menemui Nabi SAW agar dikenakan hukuman hudud di atas kesalahannya. Kekuatan iman, keyakinan, kecintaan kepada Allah, sifat tawadhu dan penyesalan dirinya yang tinggi menyebabkan Rasulullah SAW melarang para sahabat dari mencela beliau. Jelaslah dari sini, mereka yang banyak melakukan maksiat kepada Allah tetapi akhirnya bertaubat adalah lebih selamat berbanding dengan orang yang banyak beribadat namun akhirnya melakukan perkara yang dimurkai Allah Taala.
Berkata seorang ulamak sufi Ibnu `Ataillah dalam kitabnya:
“Mungkin Allah membuka pintu ketaatan tetapi ditutup pintu penerimaan (kabul). Sebagaimana adakalanya ditakdirkan engkau berbuat dosa tetapi menjadi sebab yang mendekatkan diri kepada Allah. Maksiat yang melahirhan rasa tercela dan penyesalan adalah lebih baik di sisi Allah daripada ketaatan yang membawa kepada rasa sombong, ujub dan takabbur.”
Pepatah Arab ada menyatakan:
‘Kemanisan ilmu bila dikuasai oleh orang yang ada kemanisan iman bagaikan kemanisan tamar yang terhidang di hadapan orang yang sedang berbuka puasa.’
Luqman Al-Hakim
‘Wahai anakku, duduklah bersama sama ulama dan berbincanglah bersama mereka dengan penuh dedikasi, maka sesungguhnya Allah akan menghidupkan segala isi hati hambanya dengan cahaya hikmah ilmu-Nya seperti mana menyubur bumi dengan titisan hujan’.
Muaz bin Jabal
"Tuntut olehmu akan ilmu sesungguhnya menuntut ilmu kerana Allah akan menjadikan kamu takut kepada-Nya. Menuntut ilmu adalah ibadat, mengingati ilmu merupakan tasbih, membincangnya pula adalah jihad dan sekiranya kamu ajar kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah. Manakala menghabiskan masa dengan ahli ilmu merupakan pendekatan diri kepada Allah dan ilmulah yang memberi pengetahuan terhadap kamu soal halal haram, makruh atau syubhah yang akan terpelihara diri kamu dari api neraka".
NIQAB DAN JUBAH
NIQAB
Niqab atau Tidak:Suatu Tazkirah
Niqab menjadi utama kepada wanita cantik yang dekat dengan suasana fitnah, niqab itu tidak menyulitkannya dan tidak mengundang cacian serta perlekehan orang terhadapnya. Tidak berniqab pula menjadi utama dalam fiqh dakwah pada zaman ini.
Siapa yang berani mendabik dada bahawa dia adalah lebih baik daripada orang lain? Sedangkan kedua-dua pilihan ini mempunyai hujah dan fiqh keutamannya yang tersendiri. Sama-samalah menghormati sebuah pilihan.
Antara 3 Kelompok
Dr. Amru Abdul Karim Sa’dawi di dalam bukunya berjudul Wanita Dalam Fiqih Al-Qaradhawi menulis, ada 3 kelompok besar yang berbicara tentang pakaian wanita iaitu:
1. Kelompok yang inginkan kebebasan mutlak bagi wanita dalam berpakaian.
2. Kelompok yang inginkan penutupan mutlak bagi wanita dalam berpakaian termasuk menutup muka dan tapak tangan.
3. Kelompok pertengahan yang menganggap Islam tidak mewajibkan model pakaian tertentu atau warna tertentu bagi pakaian wanita. Adapun model dan warna pakaian serta baju luar yang ada di sejumlah negara merupakan tradisi yang berlaku di sesuatu negara dan ini tentu berbeza dengan tradisi yang berlaku di negara lain. Apapun, Islam menetapkan sejumlah batasan dan sifat tertentu pada pakaian wanita Muslimah yang mesti dikenakan ketika keluar rumah. (Mustafa At-Thahan, hal.167).
Bolehnya Menampakkan Wajah
Boleh atau tidak boleh menampakkan wajah adalah soal khilaf. Apabila dinamakan khilaf, kedua-dua kelompok mempunyai hujah tersendiri yang wajar dihormati. Berikut dinyatakan hujah kelompok yang membolehkan menampakkan wajah yang menjadi pilihan penulis.
Syeikh Yusuf al-Qaradhawi berkata, “Saya ingin jelaskan sebuah hakikat yang pada dasarnya sudah jelas, sebuah hakikat yang telah dikenal di kalangan ilmuan, iaitu perkataan tidak wajibnya penutup muka dan dibolehkannya membuka wajah dan kedua tapak tangan dari anggota wanita di hadapan lelaki. Ini adalah pendapat majoriti ulama fiqh sejak zaman sahabat.”
Pendapat ini berdasarkan dalil-dalil syariat dan riwayat dari para sahabat(atsar), dan bersandarkan kepada pandangan dan perbandingan akal sihat serta diperkuat pula oleh kenyataan yang berlaku pada zaman keemasan umat ini.
Terlalu banyak hujah yang dikemukakan oleh Al-Qaradhawi berkaitan hal ini. Antaranya ialah:
Dalil 1
Tafsiran majoriti para sahabat terhadap surah an-Nur ayat 31,
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.”
Mereka mengecualikan muka dan tapak tangan. Antara mereka yang berpandangan demikan ialah Anas bin Malik, Ibnu Abbas, Aisyah, Said bin Jubair, Atha’, Qatadah, Musawwir bin Makhramah, Ibnu Juraij dan lain-lain. Imam At-Tabari, Ar-Razi, Baidhawi dan lain-lain menyokong pendapat Ibnu Abbas dan lain-lain.
Dalil 2
Diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Aisyah r.ha. bahawa Asma’ binti Abu Bakr pernah mendatangi rumah Nabi SAW (baginda merupakan adik ipar Asma’) dengan mengenakan pakaian tipis yang menampakkan tubuhnya. Lalu Nabi SAW berpaling daripadanya dan berkata, “Wahai Asma’, sesungguhnya seorang wanita yang telah haid tidak dibolehkan menampakkan bahagian daripada (tubuh)nya kecuali ini dan ini.” Baginda SAW memberikan isyarat kepada wajah dan kedua telapak tangan. Hadis di atas banyak dikuatkan oleh pelbagai hadis sahih lainnya.
Al-Bani menilai hadis ini hasan dalam kitabnya, Hijab al-Mar’ah al-Muslimah, meskipun statusnya mursal dan perawinya dhaif. Ini kerana ada hadis penguat (hadis syahid) dari riwayat Asma’ binti Umais. Riwayat penguat lain ialah realiti yang berlaku pada zaman Nabi dan sahabat, ramai wanita tidak berniqab.
Dalil 3
Pada waktu-waktu tertentu, mengenakan penutup wajah dipandang aneh dan menimbulkan tanda tanya. Imam Abu Dawud meriwayatkan dari Qais bin Syimas r.a. berkata, “Seorang wanita (yang dikenal sebagai Ummu Khalad) datang menemui Rasulullah. Dia datang dengan wajah tertutup. Dia bertanya perihal anaknya yang terbunuh. Beberapa orang sahabat berkata kepadanya,
“Saudari datang untuk bertanya dengan wajah tertutup?”
Ummu Khalad berkata,
“Walau anak saya terbunuh, tapi tidak dengan rasa malu saya.”
Jika memang penutup muka pada zaman itu sudah mentradisi lalu apa alasan perawi berkata sesuatu yang menunjukkan mereka hairan dengan penampilan Ummu Khalad. Jawapan Ummu Khalad menunjukkan alasannya menutup wajah adalah kerana rasa malu bukan kerana perintah Allah dan Rasul.
Kalau memang penutup wajah wajib secara syariat, tentu dia tak akan menjawab demikian dan sahabat tidak bertanya demikian, seakan bertanya,
“Kenapa kamu solat?”
Dalil 4
Al-Baihaqi meriwayatkan dari Ibnu Abbas dan Aisyah, Rasulullah melarang wanita dalam ihram mengenakan penutup wajah. (HR Bukhari).
Jika wajah dan tapak tangan memang aurat, kenapa Rasulullah melarang menutupnya? Padahal, apa-apa yang dilarang ketika ihram seperti menggunakan pakaian berjahit,berburu dan memakai wangian pada asalnya boleh. Bagaimana boleh dikatakan yang wajib ketika ihram (membuka wajah), pada asalnya adalah haram pula?
Ulama sepakat bolehnya wanita membuka wajah ketika solat dan haji. Apakah mungkin syariat membenarkan terbukanya aurat ketika haji dan solat?
Dalil 5
Perintah kepada lelaki menundukkan pandangan dalam Surah an-Nur, ayat 30 dan dalam banyak hadis. Jika semua wanita menutup wajah, apa maknanya perintah ini?
Dalil 6
Perintah Allah dalam surah An-Nur, ayat 31, “Dan hendaklah mereka menutupkan kain ke dadanya,” tentang menutup dada, bukan menutup wajah. Jika menutup wajah itu wajib,tentu Al-Quran mengatakannya dengan jelas sejelas ayat perintah menutup dada ini.
Dalil 7
Dalam Surah al-Ahzab, ayat 52, “meskipun kecantikannya menarik hatimu…”. Bagaimana mengetahui kecantikan seorang wanita jika wajahnya wajib ditutup?
Dalil 8
Satu kenyataan yang turut diakui oleh golongan yang mewajibkan niqab ialah wanita pada zaman awal Islam tidak seluruhnya menutup wajah, melainkan hanya beberapa orang sahaja dan pada waktu-waktu tertentu sahaja.
Apabila Lelaki Memandang Dengan Syahwat
As-Shawi berkata, “Apakah wajib bagi wanita, pada saat lelaki memandangnya dengan syahwat untuk menutup wajah dan tapak tangannya?”
Ibnu Marzuq berkata. “Tidak wajib baginya.”
Perintah menundukkan pandangan ditujukan kepada lelaki tersebut. Pendapat ini dikutip oleh Mawwaq dari Qadhi Iyadh. Marzuq membezakan antara wanita cantik atau tidak.
Namun, kecantikan seorang wanita adalah suatu yang relatif. Si A mungkin memandangnya cantik tapi si B mungkin memandangnya tidaklah cantik sangat. Lagipun,bagaimana seseorang wanita itu tahu seorang lelaki itu sedang memandangnya dengan nafsu?
Terdapat hadis tentang Rasulullah memalingkan wajah Fadhl bin Abbas daripada memandang seorang wanita dari Khats’am yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa wanita itu memang cantik. IbnuHazm berkata, “Jika wajah (cantik) itu aurat, tentu Rasulullah memerintahkan wanita itu menutupnya.”
Bolehnya wanita menampakkan wajah tidak bermakna bolehnya lelaki melihatnya. Sebahagian ulama melarang lelaki melihat wanita kecuali pandangan pertama yang tidak disengaja.
Sebahagian ulama yang lain pula mengharuskan memandang wajah wanita dengan syarat tanpa hasrat seksual. Jika timbul syahwat dengan memandang wajah wanita ketika itu haram hukumnya memandang wajahnya. Dr.Yusuf Al-Qaradhawi memilih pendapat ini dalam bukunya An-Niqab Lil Mar’ah.
Membuka Wajah Suatu Keperluan dalam Komunikasi Berkesan
Wanita dan lelaki harus berkomunikasi dalam muamalat atau urusan-urusan hidup seperti berjual beli, kesaksian, wakil-mewakilkan dan sebagainya.
Ulama fikih sependapat wanita hendaklah membuka wajah ketika memberi keterangan di hadapan hakim, sehingga hakim,saksi dan lawan bicara mampu mengenalnya dan anak siapakah dia.
Fiqh Dakwah: Menjaga Dakwah Lebih Utama
Di antara kaedah yang disepakati dan tidak diperdebatkan ialah fatwa boleh berubah dengan berubahnya zaman, tempat, kebiasaan dan keadaan.
Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata, “Saya berkeyakinan, zaman kita sekarang telah memberi wanita banyak peluang dan kesempatan yang mengharuskan kita untuk menyusun kembali pemikiran-pemikiran kita yang memudahkan wanita untuk membentuk keperibadiannya.”
“Di dalam kitab Al-Ijtihad fi Asy-Syariah al-Islamiyyah, saya menyebutkan, saya menganjurkan wanita yang bergerak dalam bidang dakwah hendaklah tidak mengenakan penutup wajah. Alasannya agar tidak menjadi penghalang komunikasi antara dirinya sebagai da’i dan masyarakat sebagai objek dakwah. Menjaga kemaslahatan dakwah lebih penting dari apa-apa yang dia berjaga kerananya.”
Jangan Bergaduh Soal Niqab
Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengingatkan, “Tidak dibenarkan bagi saudari-saudari yang menutup wajahnya dan menyeru kepada menutup wajah, menyerang wanita muslimah yang berpegang, beramal dan berdakwah dengan pendapat majoriti ulama yang mewajibkan jilbab tanpa penutup wajah.”
“Seharusnya serangan mereka diarahkan kepada kaum liberalis yang mengarahkan kaum wanita muslimah berpakaian terbuka ala Barat. Para muslimah itu sendiri telah bersusah payah mempertahankan jilbabnya di lingkungan kerjanya, kampungnya dan rumahnya.”
Pada Kesulitan Ada Kemudahan
Mewajibkan wanita berniqab pada zaman ini melahirkan banyak kesulitan. Allah memberi keringanan dalam setiap kesulitan. Allah SWT berfirman,”Dia tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.” (Al-Haj: 78).
Rasulullah bersabda, “Saya diutus dengan kelapangan dan toleransi beragama.” Hingga ulama kita memberi kaedah, kesulitan mendatangkan kemudahan.
Rasulullah memerintahkan kita mempermudah urusan bukan menyulitkan, memberi berita gembira bukan menakutkan.
JUBAH
Jubah yang dikehendaki Islam adalah menutup-memelihara Aurat danbukannya membalut-membonjol Aurat seperti yang diamalkan segelintir Muslimah moden zaman kini.
Kemajuan industri fesyen Muslimah tidak boleh dijadikan alasan. Imej kesederhanaan dan kemuliaan Jubah WAJIB dikekalkan dan TIDAK BOLEH dirosakkan dengan sebarang elemen-elemen tabarruj dan berhias untuk menunjuk cantik. Apatah lagi jika Jubah cuba digabung-padankan dengan rekaan yang sendat dan ketat, sudah pasti hukumnya HARAM dan berdosa besar di dalam Islam. Akan terhasillah nanti sepasang Jubah yang MAKSIAT.
Telah menjadi trend fesyen sejak kebelakangan ini, ramai wanita Islam di Malaysia gemar mengenakan Jubah untuk ke majlis-majlis dan ke tempat kerja, khususnya pada hari Jumaat.
Malang sekali, Jubah-jubah yang dipakai mereka sudah hilang faedah dan hikmahnya di sisi Islam. Memang Jubah mereka labuh dan tidak menampakkan warna kulit, tetapi rekaaannya sengaja mengikut potongan badan si pemakai khususnya di bahagian dada dan pinggang. Seolah-olah mereka cuba memasukkan unsur 'ketat' dari fesyen kebaya ke dalam fesyen Jubah.
Selain daripada itu, Jubah juga tidak sesuai diperbuat daripada fabrik yang terlalu lembut kerana ia akan melekat di badan. Diburukkan lagi dengan rekaan Jubah yang sendat di bahagian dada, maka akan kelihatanlah bentuk buah dada yang ketara dari luar Jubah. Sekiranya rekaan sesebuah Jubah Muslimah itu direka mengikut lenggok bahagian pinggang, maka di bahagian punggung juga turut akan menjadi sendat.Fabrik Jubah yang terlalu lembutberwarna plain akan menyebabkan bentuk seluar dalam kelihatan dari luar Jubah apabila wanita Islam itu duduk, berdiri dan berjalan. Istighfar !
Jubah yang direstui dan diberikan pahala di dalam Islam adalah Jubah Muslimah yang dipakai kerana kesungguhan mahu memelihara Auratbukannya kerana keseronokan mengikut perkembangan fesyen. Jubah Muslimah yang sebenar mestilah longgar dan lapang. Maka, rekaan Jubah Muslimah tidak boleh ditempah sendat dan mengikut alur bentuk tubuh wanita.
IMAM MALIK KETIKA BERBUKA PUASA ...
Dalam sebuah riwayat Sayidinal-Imam Malik ibn Anas atau nama lengkapnya: Mālik ibn Anas bin Malik bin 'Āmr bin `Abd Allah al-Humyari al-Asbahi al-Madani, lahir di Madinah pada tahun 714M/93H, dan meninggal pada tahun 800M/179H, beliau adalah pakar ilmu fiqh dan hadits (pengarang kitab al-Muwatha') serta pendiri Madzhab Maliki, dalam sebuah riwayat di bulan Ramdhan pada saat berbuka puasa beliau menangis hingga bercucuran air matanya membasahi janggutnya, lalu salah satu muridnya bertanya.
Murid: ''Wahai guruku yang mulia, kenapakah engkau menangis sedemikian sedih serta menyayat hati kami?? Apakah ada di antara kami yang membuat hatimu sedih, atau hidangan ini kurang berkenan??!"
Imam Malik: ''Tidak ... tidak wahai murid-muridku. Sungguh, kalian adalah murid-murid terbaikku dan sangat khidmah padaku, bahkan hidangan ini teramat nikmat buatku."
Murid: ''Lalu kenapakah wahai guru kami yang tercinta?"
Imam Malik: ''Sungguh, aku pernah berbuka dengan guruku (Sayidinal-Imam Ja'far ash-Shadiq, cucu Baginda Rasulillah shallallahu 'alaihi wa sallam), dalam makanan yang nikmat seperti saat ini, dan beliau (Sayidina Ja'far ash-Shadiq) berkata sambil terisak, ''Wahai ibnu Anas (Imam Malik) tahukah engkau, Rasulillah shallallahu 'alaihi wa sallam terkadang berbuka dengan 3 buah kurma dan air, tapi beliau merasa sangat nikmat penuh syukur, bahkan seringkali Rasulillah shallallahu 'alaihi wa sallam hanya berbuka sebutir kurma di bagi dengan Sayyudatuna Aisyah, tapi sungguh beliau merasa sangatlah nikmat, beliau (Rasulillah shallallahu 'alaihi wa sallam) sedikit sahur dan bukanya, tapi sangatlah banyak ibadah dan syukurnya, dan beliau selalu mendoakan kita umatnya yang selalu lalai kepada Baginda!!!"
"Sedang hari ini, kita di penuhi makanan nikmat dalam berbuka, tapi kita sangatlah jauh dari ibadah dan rasa syukur??" Lanjut Imam Malik, "Dan tahukah kalian setelah berkata itu, maka guruku manusia yang mulia (Sayidinal-Imam Ja'far ash-Shadiq) pingsan karena tiada mampu terkenang akan Rasulillah shallallahu 'alaihi wa sallam." Masya Allah Tabarakallah ...
Setelah Imam Malik ibn Anas menceritakan hal itu sambil terisak tangis kepada murid-muridnya, maka tiba-tiba ruangan tersebut menjadi haru dengan isak pilu kerinduan kepada Baginda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam. (Allah ... Allah ... Ya Rasulallah). Mari tataplah santapan sahur dan berbuka kita, lalu tela'ah amal ibadah kita. Bersyukurkah kita atau kufurkah kita?
Nasihat Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
“Anak-Anakku…
jika engkau bertemu dengan seseorang…
maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu… dan ucapkan dalam hatimu… :
"Boleh jadi kedudukannya di sisi Allah swt jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku…"
jika bertemu anak kecil…
maka ucapkanlah dalam hatimu… :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah swt… sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepada Nya… tentu anak ini jauh lebih baik dariku…"
jika bertemu orang tua… maka ucapkanlah dalam hatimu… :
"Dia telah beribadah kepada Allah swt jauh lebih lama dariku… tentu dia lebih baik dariku…"
jika bertemu dengan seorang yang berilmu…
maka ucapkanlah dalam hatimu… :
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperoleh… mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai… mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya… tentu dia lebih baik dariku…"
jika bertemu dengan seorang yang bodoh…
maka katakanlah dalam hatimu… :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah swt kerana dia bodoh (tidak tahu)…
sedangkan aku bermaksiat kepada Nya padahal aku mengetahui akibatnya… dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak… boleh jadi dia tentu lebih baik dariku…"
jika bertemu dengan orang kafir… maka katakanlah dalam hatimu… :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak… boleh jadi di akhir usianya dia memeluk agama islam dan beramal soleh… dan bisa jadi di akhir usiaku… diriku kufur dan berbuat buruk…”
RENUNGAN
Ali bin Hasan berKata,
Bahwa:
Dia menDengar
Sufyan bin Uyainah.r.a.
berKata :
"Siapa mengAnggap
Dirinya Lebih Baik
Dari Orang Lain,
Dia Sudah
berSikap Sombong.
Sesungguhnya,
Sikap Inilah
Yang mengHalangi Iblis
Untuk berSujud
Kepada Nabi Adam"
Maka,
di Antara Cara
Agar terHindar Dari
keSombongan
Antara Lain :
Apabila Engkau meLihat
Orang Yang
Lebih Tua Umurnya
DariMu,
Katakanlah Pada Dirimu,
"Orang ini
Sudah menDahuluiku
Dalam berIman
Dan ber'Amal Soleh,
Dia tentu
Lebih Baik Dariku"
Apabila engkau meLihat
Orang Yang Lebih Muda
Umurnya Darimu,
Katakanlah Pada Dirimu,
"aku Telah
menDahuluinya berBuat
Dosa dan keMaksiatan,
Dia Tentu
Lebih Baik Dariku"
Apabila Engkau
meLihat Sahabat-sahabatmu
mengHormati
Dan
meMuliakanmu,
Katakanlah Pada Dirimu,
"Ini Adalah keUtamaan
Yang Kelak
Akan diperHitungkan"
Apabila Engkau meLihat
Mereka Kurang
mengHormatimu,
Katakanlah Pada Dirimu,
"Ini Adalah
Akibat Dosa Yang Telah
aku Lakukan"
(Shifatush Shafwah,
Ibnu Jawziy)
والله أعلم
ISTIGHFAR
TazkiyatuNafs
Syeikh Ali Thanthawi Rahimahullah menulis;
Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.
Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....
Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.
Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Kehidupan akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!
Kesedihan atas mu ada 3.
1. Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan.
2. Kawan2mu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa!
3. Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun ! Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan..
Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT! . Telah hilang kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan suami/isteri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.
Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu !
Hakikat ini memerlukan renungan.
Usahakan dengan sungguh2.
Jalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.
Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini insha Allah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. "Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"
AllahuRabbi.. Kubur itu semakin dekat untuk didiami!
BERPESAN-PESAN
Haqqul Kalimah
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”.
[Riwayat Ahmad dan At-Thabrani].
Dan Baginda s.a.w bersabda lagi:
"Celakalah orang yang berkata-kata, maka dia berbohong untuk membuat orang lain ketawa, celakalah dia, celakalah dia, celakalah dia".
[Riwayat Abu Daud ]
Sahabat
Ibnu Jauziy, berkata kepada sahabatnya:
" Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku ; Wahai Tuhan kami,si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di syurga."
Ibnu Jauziy berpesan dengan bersandar kepada sebuah hadis :
"Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah ; Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabatkami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami..."
Maka Allah berfirman, " Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarrah".
(Ibnu Mubarak : Az Zuhd)
Imam Hasan Al-Bashri berkata :
" Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, kerana mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”.
berpesan-pesan
Berpesan-pesan
Imam al-Muhasibi ialah Abu Abdillah, al-Harith bin Asad al-Muhasibi al-Basri. Dikenali sebagai al-muhasibi kerana banyak bermuhasabah tentang dirinya. Beliau meriwayatkan hadith daripada Yazid bin Harun dan ulama seangkatan dengannya. Pernah belajar dengan Imam as-Shafie. Beliau seorang ahli ibadat yang tekun, sufi yang zuhud, faqeh dan ulama usul serta ilmu kalam. Pendakwah yang mampu mengalirkan airmata para pendengarnya. Merupakan seorang Ulama hadith yang fasih berbicara. Imam Ahmad bin Hanbal pernah menghadiri majlis ilmunya sehingga menangis dan pengsan kerana kesan ucapannya yang menusuk qalbu.
Katanya:
1. Setiap sesuatu ada perkara paling bernilai padanya. Perkara paling bernilai bagi manusia ialah akalnya. Perkara paling bernilai pada akal ialah taufiq yang diberi kepada akal itu.
2. Sebaik-baik umat ini ialah orang yang tidak meninggalkan dunia ini kerana mencari akhirat, dan tidak juga meninggalkan akhiratnya untuk mencari keuntungan dunia.
3. Akhlak yang baik ialah menahan diri daripada melakukan penganiayaan, kurang marahnya, ceria wajahnya, dan elok tutur katanya.
4. Sesiapa yang tidak bersyukur dengan nikmat ALLAH, sesungguhnya dia mengundang kehilangannya.
5. Semua orang yang berzuhud mengikut kadar ilmunya. Ilmunya menurut nilai akalnya. Akalnya pula menurut nilai kekuatan imannya.
6. Orang yang zalim akan menyesal walaupun dipuji oleh manusia. Orang yang dizalimi akan selamat walaupun dicela oleh manusia. Orang yang sentiasa merasa cukup adalah orang yang sebenarnya kaya walaupun dia berada dalam kebuluran. Orang yang tamak adalah miskin walaupun dia berada dalam kekenyangan.
7. Sesiapa yang membetulkan hatinya dengan muraqabah dan keikhlasan, ALLAH akan mengindahkan zahirnya dengan mujahadah dan mengikut sunnah.
8. Seorang hamba yang soleh akan ALLAH jadikan kesolehannya pada orang lain. Seorang hamba yang rosak, ALLAH akan jadikan kerosakannya menjangkiti orang lain.
9. Sifat perhambaan yang sebenar ialah engkau tidak melihat kekuasaan pada dirimu, dan engkau mengetahui bahawa engkau tidak berupaya memberi mudarat atau manfaat untuk dirimu.
10. Ikhlas yang sebenar ialah mengeluarkan (membuang) seluruh makhluk dalam urusan ketuhananmu, dan dirimu sendiri adalah makhluk yang pertama yang dikeluarkan.
11. Sesiapa yang bersungguh-sungguh memelihara batinnya, ALLAH akan mewariskan kepadanya perlakuan yang baik pada zahirnya, dan sesiapa yang mengindahkan urusannya dengan ALLAH pada perkara yang zahir bersama dengan kesungguhannya menjaga batinnya, maka ALLAH akan mewariskan kepadanya hidayah.