Sabah, negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 1,440 kilometer dengan Laut Cina Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Celebes di sebelah selatan
Sabah adalah satu kawasan berbukit bukau. Kawasannya yang bergunung-ganang disilangi dengan sungai-sungai yang mengalir melalui lembah-lembah menerusi dataran tanah yang subur. Banyak gua ditemui di hutan-hutannya. Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara tersergam indah dengan ketinggian 4,101 meter.
Sabah terdiri daripada 6 daerah pentadbiran yang dipanggil "Residensi" iaitu:Kudat, Pantai Barat - Utara & Selatan, Pedalaman, Sandakan dan Tawau. Bandar-bandar utama di Sabah adalah Kota Kinabalu (ibu negeri), Keningau, Papar, Sipitang, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Semporna dan Lahad Datu.
Dengan gelaran "Negeri Di Bawah Angin [iaitu Bayu]" , Sabah tidak sahaja kaya dengan keindahan semulajadi tetapi ia juga kaya dengan warisan budaya penduduknya.
Sabah adalah kaya dengan berbagai-bagai jenis tumbuhan. Bunga terbesar di dunia Rafflesia dengan kuntumnya berukuran tiga meter garis pusat ditemui di Sabah.Banyak spesies anggerik/ orkid, periok kera dan rhododendron yang didapati tumbuh di Sabah.
Lagu
‘Sabah Tanah Airku’
Sabah tanah airku,
Negeri kita yang tercinta
Pemuda pemudi Semua marilah
Bangunlah bersatu semua
Marilah bersama serta maju jaya
Merdeka sepanjang masa
Bersatu segala bangsa sentosa
Sabah negeri merdeka