Pendidikan jarak jauh adalah satu pembelajaran yang terkenal pada adad ini.Pendidikan jarak jauh (PJJ) melibatkan pengasingan seseorang merentasi kawasan geografi. Dengan menggunakan internet, ia bermakna pengasingan ruang sementara. Pada prinsipnya kaedah PJJ mendokong konsep pemisahan antara pengajar dan pelajar. Dengan itu pengajaran dan pembelajaran berlangsung melalui bahan-bahan pembelajaran kendiri dalam pelbagai media. Dalam konteks PJJ, pembelajaran kendiri membawa maksud bahawa pelajar belajar bersendirian, tidak bertemu muka selalu dengan pengajar dan juga rakan yang lain.Kesemua pembelajaran berlaku di alam virtual.