الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    MENCARI KEBERKATAN

    BARAKAH:
    Bermaksud perkembangan dan kebaikan. Secara umumnya kita oleh menyatakan maksud berkat (barakah) disini adalah memohon restu dari Allah s.w.t agar dikurniakan kebaikkan yang berkembang.


    Berkata Nabi Isa a.s., firman Allah swt : -

    وَجَعَلَنِي مُبَارَكًا أَيْنَ مَا كُنْتُ

    "Dan Dia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada" (Surah Maryam ayat 31)

    Allah s.w.t adalah al-Mubaarik (pemberi restu / berkat) dan hamba-Nya adalah al-Mubaarak; seseorang yang diberkati sebagaimana yang dinyatakan didalam
    Terima kasih kepada pencipta ilustrasi ini
    ayat diatas. Sifat memberi berkat ini hanyalah milik Allah s.w.t,

    Berkat Allah adalah dimana sahaja Dia letakkan, firmannya :-

    وَنَزَّلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً مُبَارَكًا

    "Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya (keberkatannya)" 
    (Surah Qaaf ayat 9)

    Allah s.w.t bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang. tanda Allah s.w.t kasih kepada hamba-hamba-Nya adalah Allah s.w.t memberi pertolongan, rahmat dan keberkatan dalam kehidupan . Terdapat lima keberkataan kurniaan Allah s.w.t. diberikan-Nya kepada hamba -hamba yang dikasihi-Nya iaitu:
    1. Keberkatan pada umur.
    2. Keberkatan pada kehidupan berkeluarga.
    3. Keberkatan pada rezeki. 
    4. Keberkatan pada berjemaah. 
    5. Keberkatan pada ilmu.


    Tanda-tanda Barakah:

    Pertama : Keberkatan pada umur.

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik manusia menurut pandangan Allah (Islam) ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula perbuatannya, sedang seburuk-buruk manusia ialah orang yang panjang umurnya tetapi buruk pula perbuatannya" (Hadis Riwayat Ahmad dan al-Hakim)

    Berdasar kepada hadis tersebut apa yang dapat kita simpulkan bahawa amalan yang baik yang menjadi fokus kepada nilaian Allah s.w.t.. Sekiranya kita diberi peluang untuk hidup lama di muka bumi ini, tetapi kita tidak memanfaatkan untuk kebaikan hidup di dunia dan bekalan akhirat ia adalah sia-sia. Tetapi sekiranya kita menggunakan peluang umur yang panjang itu untuk berbuat baik ia mendapat tempat terbaik disisi Allah. Inilah maksud umur yang diberkati Allah s.w.t. Sebaiknya pula jika seseorang memiliki umur panjang sedangkan kejahatannya melebihi kebaikannya ini bermakna tidak ada keberkatan pada umurnya dan bersiap sedialah untuk memasuki Neraka.

    Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : “ Jika seseorang telah mencapai umur 40 tahun sedangkan kebaikannya tidak lebih banyak dari kejahatannya maka syaitan akan mengusap usap wajahnya sambil berkata; 'demi ayahku wajah ini tidak akan beruntung '

    Dalam riwayat lain Nabi s.a.w bersabda maksudnya : “Siapa yang sudah berumur 40 tahun sedangkan kebaikannya tidak lebih baik dari keburukannya, maka hendaklah ia bersiap siap masuk Neraka”

    Kedua : Keberkatan dalam hidup berkeluarga.

    Keluarga yang berbahagia adalah keluarga yang memiliki ketenangan dan kebahagiaan. Sentiasa rukun damai dan lahir kasih sayang di antara suami, isteri dan anak-anak. Saling nasihat menasihati, hormat menghormati dan percaya mempercayai. di antara satu sama lain.

    Sikap rahmah (kasih sayang) kepada pasangan hidup dan anak-anak merupakan tulang belakang keharmonisan keluarga. Rasulullah s.a.w.memangil Aisyah dengan panggilan yang memanjakan, dengan gelar yang menyenangkan hati. Bahkan baginda membolehkan seseorang berdiplomasi kepada pasangan hidupnya dalam rangka membangun kasih sayang.

    Suami atau isteri harus mampu menampilkan peribadi yang dapat menimbulkan rasa tenteram, senang kerinduan. Ingat, di atas rasa kasih sayanglah pasang dalam keluarga dapat melayari bahtera kehidupan dengan aman dan damai.

    Tarbiyah (pendidikan) merupakan keperluan asasi setiap manusia. Para suami yang telah aktif dalam medan dakwah biasanya akan mudah mendapatkan hal ini. Namun, isteri juga memiliki kemampuan untuk meneruskan tarbiyah ini untuk anak-anaknya. Nafkah yang halal merupakan tanggung jawab suami untuk ahli keluarganya Itulah sebabnya Rasulullah s.a.w. meluluskan permintaan taklim (pengajaran) para wanita muslimah yang datang kepada baginda. Baginda memberikan kesempatan khusus bagi pembinaan wanita dan kaum ibu . Jika tidak berjalan tarbiyah dalam keluarga maka akan berlaku pergeseran, pertengkaran dan pergaduhan yang tidak berkesudahan hingga membawa kepada penceraian.

    Keluarga yang diberkati Allah s.w.t. akan melahirkan ciri-ciri Baitul Muslim dalam keluarga tersebut dan keluarga yang tidak mendapat keberkataan melahirkan pergolakkan dan perselisihan samaada di antara suami isteri dan juga di antara ibu bapa kepada anak-anaknya. Oleh itu jadikanlah Islam sebagai panduan hidup berkeluarga barulah mendapat rahmat ,ketenangan dan keberkatan daripada Allah s.w.t.

    Ketiga : Keberkatan pada rezeki.

    Rezeki yang berkat adalah rezeki yang diperolehi daripada sumber-sumber yang halal. Dan digunakan pula rezeki tersebut untuk kebaikan dan di jalan Allah s.w.t.

    Apabila kita mensyukuri rezeki Allah s.w.t maka Allah s.w.t akan memberkati hidup kita dan Dia akan memberi tambahan rezeki dijalan yang tidak disangka-sangka.

    Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya, “Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Setiap Mukmin hendaklah mempunyai sifat qanaah iaitu redha dan menerima apa yang ada tanpa banyak menuntut perkara yang bukan keperluannya. Lawan bagi sifat qanaah ialah tamak yang menjadikan seseorang itu sentiasa cemburu dan dengki dengan rezeki yang diperolehi oleh orang lain. Salah satu cara untuk menanamkan sifat qanaah kepada diri dan keluarga ialah dengan sentiasa mengucapkan ‘alhamdulillah’ di atas setiap perbuatan atau perkara baik yang diterima.

    Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang maksudnya, “Tiada seorangpun yang berdo'a kepada Allah dengan suatu do'a, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperolehi salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan do'anya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa.” (Hadis riwayat at-Tabrani)

    Rezeki adalah ketentuan Allah s.w.t. Untuk menambah keberkatannya hendaklah membiasakan diri dengan sifat pemurah dan tidak bakhil untuk bersedekah kepada orang lain kerana hal ini akan memberikan ketenangan kepada diri malah akan lebih disayangi oleh masyarakat kerana sesungguhnya, harta yang kita miliki terdapat hak-hak orang lain di dalamnya yang wajib kita tunaikan. Kekayaan yang sejati adalah kekayaan iman yang tercermin dari kesederhanaan hidupnya dan kesederhanaan itu tercermin dari sifatnya yang qanaah.

    Kita sering mendengar berita orang kaya rezekinya melimpah ruah tetapi hidup keluarganya porak peranda, anak-anaknya menjadi penjenayah dan penceraian berlaku di antara suami istari. Ini menunjukkan tidak ada keberkatan rezeki yang mereka perolehi ada sesuatu yang tidak kena maka berlakulah keadaan seperti ini.

    Kita juga mendengar suatu keluarga yang pendapatannya kecil menanggung anak-anak yang ramai tetapi anak-anaknya menjadi insan yan berakhlak mulia dan berjaya di dalam kerjaya dan kehidupan. Ini menunjukkan ada keberkatan rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.

    Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Allah telah berfirman, “telah berfirman Allah kepada malaikat pembahagi (pengedar) rezeki kepada bani Adam: mana satu hamba-Ku yang kamu temui menujukan harapannya kepada Aku semata, maka jaminkanlah rezekinya langit dan bumi. Dan mana satu hamba-Ku yang kamu temui sedang mencari rezekinya, sesungguhnya dia sedang menuntut keadilan, maka lorongkanlah jalan-jalannya tetapi jika dia menuntut selain dari itu, maka biarkanlah antara mereka dengan apa yang mereka tuntut itu, kelak mereka tidak akan memperolehi lebih daripada apa yang telah Aku tentukan untuk mereka itu.”

    (Hadis riwayat Abu Naim)

    Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaanpun, kerana kasih sayang Allah itu mendahului Kemurkaan-Nya. Dan pastikan sumber rezeki yang kita perolehi dari sumber yang halal dan tidak meninggalkan suruhan Allah s.w.t semasa mencari rezeki, rezeki yang diperolehi akan diberkati dan hidup kita akan sentiasa mendapat rahmat Allah s.w.t.

    Keempat : Keberkatan hidup berjemaah.

    Hidup kita di dunia ini tidak boleh berseorangan kita perlu kepada berjemaah. Hidup berjemaah akan membawa keberkatan sedangkan hidup tanpa jemaah akan membawa kepada kehancuran.

    Daripada Huzaifah r.a berkata : “Orang-orang Islam yang lain bertanya Rasulullah s.a.w tentang kebaikan dan saya bertanya Rasulullah tentang kejahatan, kerana saya bimbang (takut) saya terjatuh kedalam kejahatan, lalu saya berkata kepada Rasulullah s.a.w, :“Ya Rasulullah , kami sesungguhnya berada di dalam keadaan jahiliah dan kejahatan, tetapi Allah hantarkan kebaikan, apakah ada selepas kebaikan ini kejahatan?”

    Rasulullah s.a.w menjawab : “Ya ada”

    Kemudian saya bertanya lagi, “Apakah selepas kejahatan ini ada kebaikan?”

    Rasulullah s.a.w menjawab “Ya ada, tetapi di dalamnya ada dakhan”

    Kemudian saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w “Apakah dakhan itu?”

    Rasulullah s.a.w menjawab “Yang di maksudkan dakhan itu adalah suatu kaum yang mengambil suatu peraturan lain dari Sunnahku dan mengambil Petunjuk lain dari Petunjukku, kamu kenal mereka maka hendaklah kamu tolak mereka.”

    Saya bertanya lagi : Adakah selepas itu (kebaikan), ada lagi kejahatan?”

    Rasulullah s.a.w menjawab : “Ya ada, iaitu pendakwah (penyeru) yang berada di tepi jurang neraka, siapa yang menyahut seruan mereka akan di campakkan kedalam neraka”

    Saya bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah perintahmu jika saya sampai pada masa itu (iaitu masa penyeru-penyeru yang menyeru di tepi jurang neraka)?”

    Rasulullah s.a.w menjawab : “ Hendaklah kamu duduk bersama-sama Jemaah Muslimin dan ikut imam mereka”

    (Hadis Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

    Hidup kita akan mendapat keberkatan jika kita duduk di dalam jemaah. Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda hidup bersama jemaah Islam yang dibentuk oleh baginda. Di dalam jemaah inilah berlakunya proses tarbiyah imaniah berjalan hingga melahirkan satu generasi umat Islam yang paling baik dalam sejarah manusia. Hasil dari jemaah ini melahirkan Daulah Islamiyah yang mendaulatkan hukum-hukum Allah s.w.t.Berjemaah membawa berkat dan perpecahan membawa azab.

    Kelima : Keberkatan pada ilmu.

    Ilmu yang bermanfaat secara mutlak di dunia dan akhirat adalah ilmu syar’i (ilmu Islam). ilmu yang pengamalnya yang diikhtiraf oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. , ilmu ini adalah seperti yang diungkapkan oleh Imam Asy-Syatiby di dalam kitab Al Muwafaqot, “Ilmu yang muktabar menurut syara’ adalah ilmu yang mendorong pemiliknya untuk beramal, yang tidak membiarkan pemiliknya mengikuti hawa nafsunya bagaimanapun ia, bahkan ia mengikat pengikutnya dengan ilmu tersebut, yang membawa pemiliknya mematuhi aturan-aturannya suka atau tidak suka”.

    Mengenai ilmu pengetahuannya yang bermanfaat kepada orang lain. Dengan kata lain, segala ilmu yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain dan dapat menambahkan ketakwaan mereka kepada Allah s.w.t. Maka selama ilmu itu masih dipelajari, selama itulah orang yang mengajarkannya pada peringkat permulaan itu akan mendapat pahala yang berterusan yang akan dimasukkan ke dalam catitan amalan kebajikannya. Antara lain, seperti apabila seseorang yang mengarang kitab untuk rujukan orang lain, maka selagi kitabnya dapat memberikan manfaat kepada orang lain, maka Allah akan mengurniakan ganjaran dan pahala yang berterusan kepada pengarang kitab tersebut.

    Ilmu yang berkat adalah ilmu yang difahami, dilaksanakan dan disampaikan pada orang lain. Ilmu yang berkat juga akan mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t.


    Wallahu A'laam.....
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA