الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    Menuju Jalan Yang Kita Minta: صراط المستقيم

    Firman Allah dalam surah Az-Zumar ayat 53 mafhumnya:
    "Wahai hamba-hamba Ku yang telah melampaui batas!. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan bertaubat serta berserah kepada Nya sebelum kamu didatangi azab kerana sesudah itu kamu tidak dapat ditolong."

    Sesungguhnya Allah adalah Zat yang Maha Mengetahui segala perkara samada yang ghaib dan nyata. Dia Maha Mengetahui perkara yang dirahsiakan dan dinyatakan oleh hamba tidak mempunyai sebarang perbezaan dalam pengetahuan Nya. Dia adalah Zat yang Maha Mengetahui apa yang telah, akan dan belum berlaku. Dia lah yang Maha Mengetahui segala hal samada kecil ataupun besar, halus mahupun kasar.

    Dia lah Kholiq yang memberikan ketenangan. Dia lah yang memberikan ketenangan kepada para wali Nya daripada kehinaan dunia dan memberikan kemuliaan serta memelihara mereka daripada seksaan api neraka.

    Dia lah yang Maha Pengampun selagi hamba Nya tidak menyekutukan Nya dengan sesuatu apapun. Walau dosa yang dibawa hamba Nya sama banyak dengan isi bumi apabila hamba Nya datang dan kembali kepada Nya Dia yang Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun tetap akan memberikan pengampunan.

    Syeikhul Islam Ibnul Qayyim menyatakan dalam kitabnya Madarijus Salikin menyebut :
    "Sesungguhnya Asma'ullah Al-Husna mempunyai pengaruh tertentu yang bersesuaian dengan tuntutan tertentu sebab terhadap musababnya. Nama yang Maha Penyayang menuntut kewujudan golongan yang disayangi. Yang Maha Pengampun dan Maha Pemaaf. Maha Penerima Taubat dan Maha Penyantun menuntut kewujudan golongan yang diampuni, diterima taubatnya dan dimaafkan."

    "Sekiranya kamu tidak melakukan dosa, nescaya Allah akan melenyapkan kamu dan menggantikan kamu dengan kaum yang melakukan dosa, kemudian mereka memohon keampunan lalu Dia pun mengampunkan mereka."
    (Al-Hadis)

    Maka seorang hamba ketika sihatnya adalah memiliki rasa takut dan berharap. Kedua-duanya sepatutnya tidak mempunyai perbezaan. Dalam keadaan sakit, seseorang akan mendahulukan pengharapan.

    Firman Allah yang mafhumnya:
    "Patutkah mereka merasa aman dari azab Allah? Sebenarnya tidak ada yang merasa aman daripada balasan azab Allah melainkan orang-orang yang rugi."
    (Al-A'raf :   99 )

    Dan firman Allah lagi:
    "Wahai anak-anakku!, pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa daripada Rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada Rahmat Allah dan Pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir."
    (Yusuf :   87)

    Maka dengan yang demikian meninggalkan dosa-dosa dan menyesalinya perbuatan-perbuatan dosa dengan hati dan bertekad untuk tidak mengulanginya adalah sesuatu yang amat perlu bagi setiap hamba Allah yang muslim, mukmin dan bertaqwa. Dia perlulah beristighfar dan menyerahkan diri kepada Allah yang Maha Perkasa dan meletakkan harapan yang besar terhadap Rahmat Allah yang menciptakannya sebagai makhluk yang tidak memiliki sesuatu apapun.

    Allah telah berfirman dalam surah Al-A'raf ayat 156 yang mafhumnya :
    "Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan di dunia dan di akhirat, sesungguhnya kami kembali kepada Mu. Allab berfirman:  Azab ku akan Aku timpakan kepada sesiapa yang aku kehendaki dan rahmat Ku meliputi setiao sesuatu, maka aku akab menentukannya, bagi orang yang bertaqwa, yang berzakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami."

    Ubadah bin Shamit r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:
    "Sesiapa yang bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi Nya, Muhammad adalah hamba dan rasul Nya, Isa bin Maryam adalah hamba dan rasul Nya, kalimah Nya yang dihujahkan kepada Maryam serta roh yang dianugerahkan daripada diri Nya, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga tanpa mengira bagaimana bentuk amalannya."
    (Riwayat Muttafaqun Alaih)

    Dalam hadis qudsi riwayat daripada Abu Dzar r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda, Allah berfirman :
    "Sesiapa yang melakukan satu kebaikan, dia akan diberikan ganjaran sepuluh pahala atau lebih. Sesiapa yang melakukan kejahatan, dia akan diberikan satu balasan kejahatan atau dimaafkan. Sesiapa yang mendekatkan diri kepada Ku satu jengkal, aku akan mendekatkan diri Ku sehasta. Sesiapa yang mendekatkan diri kepada Ku sehasta, Aku akan mendekatkan diri Ku satu depa. Sesiapa yang datang kepada Ku dengan keadaan berjalan, Aku akan datang kepadanya dengan berlari-lari anak. Sesiaoa yang datang kepada Ku dengan membawa dosa yang jumlahnya menyamai isi bumi, tetapi tidak.menyekutukan Ku dengan sesuatu, Aku akan menemuinya dengan keampunan dalam jumlah yang sama."
    (Riwayat Imam Bukhari)

    Jabir r.a telah menceritakan bahawa seorang lelaki Badwi datang menemui Rasulullah saw dan berkata sambil bertanya:
    "Wahai Rasulullah, apakah perkara yang dapat menyelamatkan diri?. Rasulullah saw menjawab dengan bersabda:  "Sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan tidak menyekutuka  Allah dengan sesuatu, dia akan masuk syurga. Sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan menyekutukan Allah, nescaya dia akan masuk neraka.""
    (Riwayat Imam Muslim)

    Riwayat daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:
    "Ketika Allah menciptakan makhluk, Dia menulis dalam sebuah kitab yang terletak di sisi Nya di atas 'Arasy. "Sesungguhnya Rahmat Ku mengatasi amarah Ku" dalam riwayat lain disebut "mendahului amarah Ku."
    (Riwayat Muttafaqun Alaih)

    Dalam ungkapan Nabi Isa as dalam surah Al-Maidah ayat 118, firman Allah mafhumnya:
    "Jika Engkau menyeksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba Mu. Dan jika Engkau.mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."

    Maka sebenarnya pilihan jalan itu adalah pilihan kita sendiri. Samada apa yang kita minta itu kita ikuti jalan itu atau sebaliknya menentang arus jalan yang kita pohon dan pinta kepada Allah. Jalan itu telahpun Allah dan para rasul Nya tunjukkan. Namun kitalah yang memilihnya samada jalan yang lurus atau sebaliknya. Maka marilah kita bersama-sama bermuhasabah, mentarbiyah diri dan keluarga, mengajak kepada kebaikan dan berpesan-pesan dengannya kerana itulah tugas kita sebagai khalifah yang dilantik di atas muka bumi dan pewaris para Anbiya' demi kemaslahatan diri dan ummah. Kerana kita semua mengharapkan syurga yang penuh keindahan dan kenikmatan. Semoga Allah memberikan keampunan, kasih sayang dan rahmat serta darjat yang tinggi di kalangan kita.



    قل انمآ أدعوا ربي ولآ أشرك به ے َ أحدا


    Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata-mata, dan aku tidak mempersekutukanNya dengan sesiapapun". ً

    (Al-Jinn : 20)



    Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, beliau berkata,


    “Langit tujuh dan bumi tujuh di Telapak Tangan Allah ar-Rahman, tiada lain hanyalah bagaikan sebutir biji sawi yang diletakkan di tangan seseorang di antara kamu”.


    Diriwayatkan dari Zaid bin Aslam, Rasulullah saw bersabda: 


    “Ketujuh langit itu berada di Kursiy, tiada lain bagaikan tujuh keping dirham yang diletakkan di atas perisai”.


    Dari Abu Dzar, ‘Aku mendengar Rasululah saw bersabda: 


    “Kursiy itu berada di ‘Arsy, tiada lain hanyalah bagaikan sebuah gelang besi yang dicampakkan di tengah padang pasir“.


    (dipetik dari Kitab Tauhid, tulisan Muhammad At-Tamimi)

    والله تعالى أعلم.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA