الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    Tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan




    Firman Allah Ta'ala:

    قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً

    “... jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka...”(At-Tahrim: 6)

    dan tidak ada yang boleh menghindarkan keluarga dari api neraka melebihi mengajarkan kepada mereka ilmu syar'i.

    Imam Ibnul Haj berkata:
    "Wajib bagi setiap orang untuk mengajar keluarganya masalah ilmu syar'i yang mereka perlukankan, kerana mengajar orang lain itu diperintahkan, maka mengajar orang-orang dekat dan keluarganya lebih ditekankan lagi, kerana merekalah orang yang disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w:

    كُلُّكُمْ رَاعٍ َفَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

    “Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan diminta pertanggungjawapan atas kepemimpinannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Maka wajib baginya untuk segera mengajar sesuatu yang paling penting dalam urusan agamanya, mulai dari masalah iman, Islam, ihsan, bagaimana cara wudhu, mandi, tayamum juga bagaimana cara solat yang benar, serta semua perkara yang wajib diketahui oleh anggota keluarganya, kemudian barulah mengajarkan perkara
    lainnya yang sunnah, bermula dari yang paling penting kemudian yang di bawahnya." (Al-Madkhol 1/209)
    Di zaman ini, ketika mana api fitnah syahwat dan asap tebal syubhat sudah semakin panas dan kelamnya, maka seharusnya setiap orang perlu mengambil perhatian kepada diri dan keluarganya dari semua perkara dan perbuatan yang dapat menjerumuskan mereka ke dalam api neraka Jahannam.
    Para ulama dahulu telah membuktikan bahawa betapa penting dan wajibnya mengajar ahli keluarga tentang agama dan hukum di dalam syar’i, sehingga dari rumah-rumah mereka lahir wanita-wanita agung.
    Abu Nu'aim dalam Kitabnya Hilyah  dan Imam Az-Zahabi dalam kitabnya Siyar a'lamin Nubala telah menceritakan tentang Sa'id bin Musayyib (beliau adalah Imam kota Madinah terbesar pada zaman Tabi'in) yang enggan untuk menikahkan anak perempuannya dengan Walid bin Abdul Malik yang menjadi putera mahkota pada ketika  itu, beliau telah menikahkan anaknya dengan salah seorang daripada muridnya. Dan dalam kisah tersebut diceritakan bahawa pada keesokan harinya, suami anak perempuan Sa'id ingin keluar rumah, maka isterinya berkata kepadanya: "Engkau hendak ke mana?" Suaminya menjawab: "Akuu hendak menghadiri majlis ilmu Sa'id, aku ingin belajar." Maka isterinya berkata kepadanya: “Duduklah denganku, aku akan mengajarkan kepadamu ilmu ayahku Sa'id."
    Demikianlah juga apa yang diceritakan tentang Imam Malik, bahawa kalau ada seseorang yang membaca kitab Al-Muwatho', lalu salah atau menambah huruf atau menguranginya, maka puteri Imam Malik yang berada disebalik pintu segera mengetuk pintu, maka Imam Malik segera berkata: "Ulangi, hafazanmu tadi terdapat kesalahan."
    Pada zaman kita sekarang, lihatlah Ummu Abdillah binti Muqbil bin Hadi al-Wad'i'i, Ummu Abdillah binti Syeikh Al-Albani serta lainnya.
    Jangan katakan bahawa ianya adalah biasa saja, kerana ilmu bukan harta benda yang boleh diwarisi begitu saja.
    Diceritakan oleh Al-Farwi: "Kami pernah duduk di majlis Imam Malik, pada ketika itu anak lelaki beliau keluar masuk majlis dan tidak mahu duduk untuk belajar, maka Imam Malik menghadap kami seraya berkata: "Masih ada yang meringankan bebanku, iaitu bahwa masalah ilmu ini tidak dapat diwariskan."
    Oleh itu kewajiban seseorang untuk berjuang mendidik ana-anak mereka, mengajarkan Al-Quran dan As-Sunnah dengan pemahaman para Salafus Soleh serta menikahkan mereka dengan lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang akan dapat menjaga agamanya serta mengajarkan ilmu dan kebaikan kepadanya.
    Diceritakan oleh Syeikh Masyhur Hasan Salman: "Syaikh Jamil Zainu pernah bercerita kepadaku bahawa ketika beliau ingin menikahkan puterinya dengan salah satu saudara kami dari Yordania, kata beliau: 'Ketika saya berada di masjid, maka saya duduk di bahagian paling belakang untuk melihat solat para pemuda, sehingga perhatianku tertumpu kepada seorang pemuda yang paling baik solatnya, paling khusyu' dan paling lama berdirinya. Lalu saya mencarinya lagi ketika solat Subuh dan Isya' sehingga saya mendapatkan dia sebagai seorang pemuda yang rajin dan tidak malas. Lalu saya mendatangi pemuda tersebut dan bertanya kepadanya: Apakah engkau sudah menikah?' Dia menjawab: 'Belum.' Saya bertanya lagi: 'Mahukah engkau saya nikahkan dengan puteriku?' maka sepontan dia menjawab: 'Subhanallah, siapa yang tidak mahu?' Berkata Syeikh Jamil Zainu: Akhirnya saya menikahkan puteriku dengannya.'"
    Maka marilah kita bersama-sama mengambil pengajaran daripada ayat-ayat Allah di dalam Al-Quran tentang ancaman-ancaman seksaan neraka di atas tanggungjawab kita sebagai ibubapa.



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA