Menurut Lampert dan Ball (1999), persediaan profesional guru-guru baru selalunya tidak bermakna atau tidak praktikal dan bakal-bakal guru ini sering dipengaruhi oleh apa yang mereka lihat apabila guru mereka mengajar. Ekoran itu, sepanjang lima tahun lepas penyelidik telah memulakan program penyelidikan yang sistematik dalam usaha untuk mengenal pasti kekurangan kerangka teori untuk membimbing guru pelatih dalam penyepaduan teknologi.
Tujuan program penyelidikan tersebut adalah untuk memperkembangkan teori dan model-model untuk penyelidikan yang menyeluruh dalam bidang pendidikan guru tentang penyepaduan teknologi ( Mishra & Koehler, 2006; Angeli, 2008). Usaha mereka telah menghasilkan konsep pengetahuan teknologi pedagogi kandungan atau TPCK yang memberi perhatian kepada merancang dan mengajar secara efektif menggunakan teknologi (Mishra & Koehler, 2006; Niess, 2005).
Menurut Mishra dan Koeler (2006), secara praktiknya, TPCK merupakan gabungan elemen kandungan, pedagogi dan teknologi. Konsep ini mengutarakan kemahiran penggunaan teknologi dalam pendidikan haruslah memberi perhatian kepada ketiga aspek ini supaya tidak terbatas kepada kemahiran teknologi sahaja sehingga penggunaan teknologi dalam bilik darjah tidak berkesan. TPCK boleh dilihat sebagai jelmaan daripada Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PCK), Pengetahuan Teknologi Kandungan (PTC), Pengetahuan Teknologi Pedagogi (PTK), dan apabila digabungjalinkan ia menjadi Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (TPCK).
Petikan Dari
eprints.utm.my/7671/1/P18-Zaleha&NurulAin
TARIKH : 29 JUN 2011
TEMPAT : IPGM KAMPUS TAWAU