الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    Penaklukan Constantinople

    Costantinople adalah salah sebuah bandar nostalgia dunia. Tidak setakat tercatat oleh tinta sejarah, bahkan statusnya sebagai sebuah bandar utama dunia, pasti mengundang seisi alam manusia untuk meninjau dan menghubungkan sejarah kegemilangan masing-masing dengannya.

    Constantine I

    Costantinople diasaskan pada tahun 330M oleh Maharaja Byzantine iaitu Costantine I.1 Sebelum itu nama bandar ini adalah Byzantine. Pengambilan nama ‘constantinople’ adalah bersempena dengan namanya sendiri. Setelah Constantine I meninggal, wilayah Byzantine terbahagi kepada beberapa bahagian beberapa kali, yang akhirnya kepada dua bahagian pada tahun 365 M. Bahagian Barat beribukotakan Rome, manakala bahagan Timur beribukotakan Constantinople.2

    Kedudukannya yang strategik dari segi geografi menghubungkan Asia dan Eropah melalui Selat Bosphoros, selat ini pula menghubungkan Laut Hitam dengan Laut Marmara kurang 1000 meter, ia diungkapkan oleh Napoleon Bonaparte sebagai, “kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Costantinople inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya.”3 Costantinople telah pun menjadi ibu negara Empayar Byzantine semenjak penubuhannya. Ini menjadikan bandar berkenaan sebagai salah sebuah bandar terbesar dan utama dunia.

    Pengaruh kota Constantinople semasa pemerintahan empayar Byzantine

    Terdapat banyak faktor yang menyebabkan kota Constantinople sangat berpengaruh semasa pemerintahan kerajaan Byzantine kira-kira pada abad ke 4 M sehinggalah kepada keruntuhan empayar tersebut.

    Pertama, pemindahan ibu kerajaan empayar Byzantine daripada Rome kepada Constantinople di Selat Bosphoros mengukuhkan lagi kedudukan empayar tersebut yang menjadikannya sangat berpengaruh terutama sekali semasa pemerintahan Justinian I (527-565 M). Selepas empayar Byzantine dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Byzantine Timur dan Barat pada 395 M, Constantinople dijadikan ibu negeri untuk sebelah timur.4
    Constantinople sebagai ibu kerajaan yang mengawal pemerintahan Byzantine yang luas. Semasa 1123 tahun daripada tahun 330 M hingga 1453 M, sempadan empayar Byzantine sentiasa berubah-ubah. Semasa zaman Justinian I (527-565 M) pada abad ke 6 M, mereka bertambah dari Sepanyol di barat sehingga ke Mesopotamia di timur, dari Laut Hitam dan Danube di utara hingga ke pinggiran pantai Mediterranean Afrika di selatan.5

    Kedua, Constantinople juga sebagai pusat perkembangan agama Kristian. Sebaik sahaja Constantine I menerima Kristian, seluruh empayarnya menganut agama itu. Dengan penukaran nama bandar barunya, Constantine I memperkenalkan lambang Kristian iaitu tanda palang.6 Pada abad ke 6 M paderi-paderi daripada Constantinople dapat menembusi tempat yang jauh seperti Nubia di selatan Mesir untuk menyebarkan agama Kristian.7 Kemudiannya agama Kristian tersebar dengan cepat ke kawasan-kawasan lain di Eropah atas usaha-usaha St Paul dan St Peter dari empayar ini. Constantine I juga memulakan pembinaan gereja Hagia Sophia (Aya Sophia) yang kemudian disiapkan oleh pemerintah selepasnya. Ia kemudiannya menjadi lambang keagungan empayar Kristian Byzantine.8

    Ketiga, Constantinople dianggap sebagai bandar tentera kerana kedudukannya melambangkan seolah-olah ia dikawal rapi. Pada abad ke 5 M, iaitu semasa pemerin-tahan Theodosius II sempadan Constantinople telah diluaskan dan dibena benteng sepanjang Tanjung Emas (Golden Horn) sehingga Laut Marmara.9 Constantinople juga mempunyai bangunan yang dijadikan sebagai gudang senjata dan mengandungi berek kediaman lebih kurang 24 000 orang tentera yang sentiasa berjaga-jaga.10

    Keempat, Constantinople sebagai bandar industri dan pusat komersil. Sebahagian besar kawasan sekelilingnya adalah laut dari Rusia ke Mediterranean. sepanjang laluan ini dari pelabuhan selatan Rusia dan dari Sungai Danube, merentasi Laut Hitam, melalui Selat Bosphoros, kapal-kapal membawa jagung dan belulang, pekasam ikan dan garam, madu dan emas, lilin dan hamba. Dari selatan, daripada kekayaan taman-taman Anatolia, jelapang gandum Mesir boleh dijadikan sebagai sumber makanan untuk penduduk Constantinople.11

    Disebabkan faktor-faktor tersebut, Constantinople dianggap oleh Byzantine sebagai bandar yang dijaga oleh Tuhan.12 Dengan sebab ini tidak hairanlah pihak kerajaan Byzantine bersungguh-sungguh mempertahankan kota ini dengan pelbagai persiapan agar ketahanan dan keutuhannya tidak mampu dicabar oleh mana-mana kuasa lain di dunia terutama sekali empayar Islam yang semakin nampak kekuatannya semenjak abad ke-7 M.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA