الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
Hadith Tentang Peristiwa Akhir Zaman ( BAHAGIAN 2 )
UMAT ISLAM MEMUSNAHKAN ORANG ORANG YAHUDI
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw.
bersabda, "Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi
kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan
pohon
kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, (Hai orang Islam, inilah orang
Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia!", kecuali pohon
gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari
pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)". (Riwayat Bukhari & Muslim)
Keterangan:
Hadis ini memberikan harapan yang sangat besar kepada kaum
Muslimin dan menjanjikan kemenangan mereka dalam memerangi orang-orang Yahudi.
Jadi walaupun orang-orang Yahudi merancang dan berusaha sedaya upaya untuk
membunuh dan menyesatkan umat Islam, namun akhirnya kaum Yahudi akan binasa
juga di dalam kepungan umat Islam. Umat Islam akan membunuh dan menghapuskan
semua kaum Yahudi yang ada di permukaan bumi ini dan umat Islam akan ditolong
oleh makhlukmakhluk Allah yang lain, sehinggakan batu dan pohon kayu pun akan
memberi penolongan kepada mereka.
SIFAT AMANAH AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT
Daripada Huzaifah bin Al-Yaman r.a. katanya,
"Rasulullah saw. pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua
kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua
saya menanti-nantikannya. Rasulullah saw. memberitahu bahawasanya amanat itu
turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah
Al-Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan Al-Quran dan
mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah saw.
menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, lalu beliau bersabda,
"Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam
hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja.
Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka
tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari bekas
bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api
yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat
ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa". Ketika Rasulullah saw.
menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) lalu
menggilingkannya dengan kakinya.
"Kemudian berpagi-pagi (jadilah) orang ramai berjual
beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan
amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung
yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat
terpercaya dan orang ramai mengatakan, "Alangkah tekunnya dalam bekerja,
alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam
hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi."
"Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak
memperdulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah
(berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan
mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari
khianat). Dan jikalau ia seorang Nasrani atau Yahudi, maka pihak yang
bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang
Nasrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan / pemerintahlah yang
dapat menbantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun
pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali
dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)".
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Keterangan:
Hadis ini menunjukkan bahawa sifat amanah akan hilang secara
beransur-ansur dan bilangan kaum Muslimin, sehinggalah sampai suatu saat nanti
orang yang dianggap baik untuk menjaga amanat pun telah khianat pula. Begitulah
gambaran masyarakat kita hari ini. Ramai daripada kita terpedaya oleh seseorang
yang pada zahirnya boleh memikul amanah, tetapi sebenarnya ia juga telah
berlaku curang.
ORANG YANG BAIK BERKURANGAN SEDANG YANG JAHAT BERTAMBAH BANYAK
Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah saw.
bersabda, "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi
punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan
berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang
tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani
melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang
baik". (Riwayat Thabrani)
Keterangan:
Di antara tanda-tanda qiamat ialah:
1) Bila
anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya.
2) Bila
hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.
3) Orang
jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan sangat banyak.
4) Orang
yang berbuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang
sewajarnya.
5) Anak-anak
sudah berani melawan orang tuanya.
6) Orang-orang
yang jahat berani melawan orang-orang yang baik dan tidak segan terhadap
mereka.
Nampaknya corak masyarakat kita pada hari ini tidak banyak
bezanya dari apa yang disebutkan oleh Rasulullah saw. Setiap hari kita melihat
kebenaran daripada apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Kita berdoa,
mudah-mudahan Allah swt. menyelamatkan kita dan anak cucu kita dari tergolong
di kalangan mereka yang disebutkan tadi.
DIMANAKAH PUNCA KEBINASAAN SESEORANG
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw.
bersabda, "Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak
akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu
puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang
lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan
kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan
kemurkaan Allah swt. Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang
adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia
tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari
menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada
lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya
(adik beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya". Sahabat
bertanya, "Wahai Rasulullah saw., apakah maksud perkataan engkau itu
?" (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atau orang
tuanya, atau keluarganya, atau jirannya); Nabi saw. menjawab, "Mereka akan
mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana
itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya
dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya". (Riwayat
Baihaqi)
Keterangan:
Benar sekali sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang yang
mengetahui perkara-perkara yang diharamkan dalam agama tetapi terpaksa juga
mereka menceburkan diri ke dalam lumpur kema'siatan untuk melayan kehendak
isteri, anak, orang tuanya, keluarga ataupun jiran mereka.
DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw.
bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum
lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai
cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua,
perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu
berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala
mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak
akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau
wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh
daripadanya".
(Riwayat Muslim)
Keterangan:
Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari
realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang
dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba.
Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya,
kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain
di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana
walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah
dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis
sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian
berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti gob
unta. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan
dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak
perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.
ZAMAN DIMANA ORANG TAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw,
"Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia
mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram". (Riwayat
Muslim)
Keterangan:
Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan
zaman materialisme, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia
cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak
memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber
yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan
sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan
kehendak isteri atau anak-anak mereka.
HARTA RIBA' WUJUD DI MERATA TEMPAT
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw.
bersabda, "Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia
terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia
akan terkena juga debu-debunya". (Riwayat Ibnu Majah)
Keterangan:
Hadis sabdaan Rasulullah saw. ini sangat jelas di hadapan
mata kita pada hari ini.
ORANG MEMINUM KHAMAR DAN MENAMAKANNYA BUKAN KHAMAR
Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. bahawasanya ia mendengar
Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang
akan meminum khamar dan mereka menamanya dengan nama yang lain (mereka meminum)
sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan
menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah swt. akan merobah
mereka menjadi kera atau babi". (Riwayat Ibnu Majah)
Keterangan:
Maksudnya, akan ada di kalangan orang Islam ini yang meminum
khamar dan mereka mengatakan bahawa yang diminum itu bukanlah khamar. Ia
hanyalah sejenis minuman yang dapat menyegarkan badan atau yang dapat
menghilangkan dahaga. Mereka akan memberikan suatu nama kepada minuman ini yang
menunjukkan bahawa ia bukan khamar, tetapi sebenamya ia adalah khamar yang
telah diharamkan oleh syara'.
Kemudian, menjadi kelaziman pula, suasana mabuk itu akan
disertai dengan alunan muzik dan juga nyanyian artis-artis kenamaan. Rasulullah
saw. menerangkan bahawa golongan ini akan ditimpa gempa bumi atau tubuh badan
mereka diubah kepada bentuk kera atau babi. Sangat benar sabdaan Junjungan
Besar Nabi saw. ini. Gempa bumi demi gempa bumi yang berlaku di beberapa tempat
di dunia ini sebagai satu seksaan daripada Allah swt. dan jikalau golongan ini
belum sampai keperingkat diubah bentuk badan mereka menjadi kera dan babi
tetapi perangai dan cara hidup mereka sudah banyak menyerupai perangai dan cara
hidup kera dan babi.
SEDIKIT LELAKI DAN BANYAK PEREMPUAN
Daripada Anas r.a. berkata, "Akan aku ceritakan kepada
kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah
aku. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Di antara tanda qiamat ialah
sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan
dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus lima
puluh orang perempuan." (Riwayat Bukhari & Muslim)
Keterangan:
Nabi kita saw. menerangkan, bahawa diantara tanda hampirnya
qiamat ialah sedikit ilmu agama, banyak kejahilan, banyak berlaku perzinaan,
sedikit kaum lelaki dan ramai kaum perempuan. Statistik penduduk dunia pada
hari ini menunjukkan bahawa jumlah kaum perempuan adalah lebih ramai dari
jumlah kaum lelaki. Di sesetengah negara terdapat nisbah bagi bilangan setiap
lelaki berbanding dengan sebelas wanita (1:11). Dan kalau kita meneliti di
merata tempat, kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa perempuan adalah lebih
banyak dari lelaki. Menurut Imam Ibnu Hajar, sebab bilangan perempuan lebih
ramai dari kaum lelaki adalah akibat dari peperangan yang berlaku, kerana yang banyak
terbunuh dalam peperangan adalah kaum lelaki, bukannya perempuan dan juga Allah
swt. menghendaki kebanyakan yang lahir di dunia ini adalah perempuan dan
sedikit sekali dari kalangan lelaki.
HAMBA MENJADI TUAN DAN TERBINANYA BANYAK BANGUNAN YANG MENCAKAR LANGIT
Daripada Umar bin
al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang), …………kemudian Jibrail bertanya
kepada Rasulullah saw., "Maka khabarkan kepada ku tentang hari
qiamat?". Lalu Nabi saw. menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih
mengetahui daripada orang yang bertanya”. Maka Jibrail lalu berkata,
"Kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya", maka Nabi
saw. menjawab, "Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat
orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya
mengembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan". (Riwayat Muslim)
Keterangan:
Di antara tanda qiamat ialah, bila hamba melahirkan tuannya.
Maksudnya akan banyak bilangan hamba yang kemudiannya akan digauli oleh tuannya
dan melahirkan anak. Maka anak ini adalah berpangkat ayahnya, iaitu sebagai
tuan kepada ibunya sendiri. Ada juga sebahagian yang memberikan pandangan,
bahawa contoh ini alalah merupakan simbolik kepada suasana yang sudah terbalik,
di mana hamba menguasai tuan, bukan sebaliknya. Jadi pemikiran manusia sudah
terbalik, di mana yang baik dikatakan jahat dan yang sebenarnya jahat dikatakan
baik. Tanda kedua pula bilamana orang yang tidak berkasut, orang miskin yang
semestinya ia mendahulukan membeli kasut dari yang lain, tiba-tiba ia telah
mendirikan bangunan yang tinggi yang tentunya terpaksa berhutang daripada orang
lain. Ada pula yang mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan adalah orang yang
miskin pada akhir zaman akan menjadi kaya dengan mengejut sehingga yang pada
waktu kelmarin masih sahaja tidak berkasut , tiba-tiba pada hari ini ia sudah
dapat membuat bangunan yang indah-indah dan sangat mewah.