Keberkahan dimulai saat setiap
orang kembali ke dapur masing-masing; memasak hasil olahan tangan mereka
sendiri"
Hadis riwayat imam Bukhari:
(( كان
داود عليه السلام لا
يأكل إلا من عمل
يده)) رواه البخاري.
"Dahulu Nabi Dawud a.s,
hanya menjamah makanan hasil olahan tangannya sendiri". Dalam riwayat yang
berbeza dalam sahih Bukhari disebutkan:
وعن
المِقدامِ بن معدي كرب
رضي الله عنه عن
النبي صلى الله عليه
وسلم قال: (( ما أكل
أحد طعاماً قط خيراً
من أن يأكُل من
عمل يديه، وإن نبي
الله داود صلى الله
عليه وسلم كان يأكل
من عمل يده)) رواه
البخاري.
“Tidak
ada makanan yang paling baik selain hasil olah tangannya sendiri, dan Nabi
Dawud a.s dahulu hanya menjamah makanan hasil oleh tangannya sendiri”.
Kedua hadis ini dijelaskan dalam
bab والتعفف به عن السؤال
والتعرض للإعطاء ‘menjaga kehormatan dan
tidak mengharap pemberian’. Hadis-hadis ini menegaskan agar setiap orang
mengupayakan nafkah bagi dirinya
sendiri, dan tidak meminta-minta dari yang
lain. Maulana Habib Luthfi memberikan maksud dari hadis itu, tanpa menafikan
keterangan-keterangan para ulama yang mensyarahi hadis ini.
Maulana Habib Luthfi bin Yahya,
dalam ceramah-ceramahnya selalu menekankan tentang kemandirian secara ekonomi
dimulakan dengan menghargai para petani. Beliau mengatakan "Bahawa dalam
sebiji nasi ada mata rantai yang panjang sehingga banyak orang yang terlibat di
dalamnya, mulai yang menanak nasi, yang menggiling padi, yang menjemur dan
seterusnya… oleh itu sebagai wujud terima
kasih jangan sampai ada sebutir nasi yang tersia-sia…" demikian Habib
Luthfi sering menjelaskan.

Dari itu saya memahami sejatinya
لا يأكل إلا
من عمل يده ‘tidak menjamah makanan kecuali hasil
tangannya sendiri’, bukan sekadar tidak makan dari meminta-minta akan tetapi
setiap orang dianjurkan mengolah makanannya sendiri. Sebab itu akan menggerakan
struktur ekonomi yang sangat luas.
Jika dalam konsep ‘muru’ah’; kehormatan
diri, yang dikemukakan oleh para ulama dahulu, makan di kedai-kedai tidak
berkah dan mencederai muru’ah seseorang, tentu itu mempunyai hubungan erat
dengan konsep pemperdayaan ekonomi. Dalam konsep muru’ah setiap orang
dianjurkan kembali ke rumahnya masing-masing untuk urusan perut mereka. Oleh sebab itu keberkahan dimulai ketika
setiap orang kembali ke dapur masing-masing; memasak hasil olahan tangan mereka
sendiri.
والله تعالى اعلم