"Rasa malu adalah sebahagian dari iman", kalimah ini adalah sebagian dari sabda Nabi s.a.w.
Namun terkadang kita mungkin sering salah dalam memahami dan menempatkan
perasaan malu kepada keadaan yang sebenarnya.
Sebagai contoh, kita merasa malu kerana
berpakaian yang tidak berjenama dan mahal, kenderaan yang sudah uzur, talifon bimbit yang tidak berjenama dan ketinggalan, tetapi pernahkah kita bertanya kepada hati kecil kita, apakah ini rasa malu yang dimaksud oleh Rasulullah s.a.w?.
Padahal sesungguhnya rasa malu yang kita rasakan ketika ini bukanlah malu yang diinginkan Rasulullah s.a.w sepertimana yang banginda nyatakan di dlam cabang-cabang keimanan, tetapi rasa malu yang kita rasakan adalah suatu kesombongan dan ketakaburan. Kita selalu ingin dan harus dianggap mempunyai kelas, selalu berkeinginan dianggap sebagai orang yang lebih, dan memiliki keistimewaan di atas orang lain. Maka pada hakikatnya ini adalah kesombongan dan bukan malu yang diinginkan oleh Rasulullah s.a.w.
Dikatakan oleh Rasulullah, "Laisa dzaalikum" (bukan itu yang namanya malu). Kemudian Rasulullah
s.a.w menjelaskan:"Sesungguhnya rasa malu itu (yang merupakan sebahagian daripada iman) adalah, pertama iaitu jika engkau menjaga kepalamu dan apa yang dikandungnya, (menjaga mata, menjaga lidah, dan telinga), kemudian yang kedua, jika engkau menjaga perutmu dan apa yang di sekitarnya". (menjaga apa yang akan masuk ke dalam perut kita dan menjaga apa yang disekitar perut, iaitu kemaluan kita dari melakukan sesuatu yang keji).
Oleh itu marilah kita bermuhasabah dan memuupuk serta menumbuh suburkan rasa malu kita kepada Allah. Jikalau memang kita harus malu kepada sesama manusia, itupun boleh maka batas itu tidak menjadikan Allah murka.