'Barangsiapa yang mengajak kepada suatu petunjuk, maka dia memperoleh pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi sedikit pun dari pahala-pahala mereka. Dan barangsiapa yang mengajak kepada kesesatan maka dia memperoleh dosa semisal dosa orang yang mengikutinya tanpa mengurangi sedikit pun dari dosa-dosa mereka.'
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
Siapakah seburuk-buruk makhluk?
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن اتبع هداه ، أما بعد
مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى، كَانَ لَهُ مِنَ
اْلأَجْرِ مِثْلُ أُجُوْرِ مَنْ تَبِعَهُ، لاَ يَنْقُصُ ذلِكَ مِنْ أُجُوْرِهِمْ
شَيْئًا. وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ، كَانَ عَلَيْهِ مِنَ اْلإِثْمِ مِثْلُ
آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ، لاَ يَنْقُصُ ذلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا.
'Barangsiapa yang mengajak kepada suatu petunjuk, maka dia memperoleh pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi sedikit pun dari pahala-pahala mereka. Dan barangsiapa yang mengajak kepada kesesatan maka dia memperoleh dosa semisal dosa orang yang mengikutinya tanpa mengurangi sedikit pun dari dosa-dosa mereka.'
[Sahih Muslim]
Firman Allah :
إِنَّ شَرَّ الدَّوَابِّ عِنْدَ اللَّهِ الصُّمُّ الْبُكْمُ الَّذِينَ لَا
يَعْقِلُونَ
وَلَوْ عَلِمَ اللَّهُ فِيهِمْ خَيْرًا لَأَسْمَعَهُمْ وَلَوْ أَسْمَعَهُمْ
لَتَوَلَّوْا وَهُمْ مُعْرِضُونَ
“Sesungguhnya makhluk yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah;
orang-orang yang pekak dan tuli yang tidak mengerti apa-apapun. Kalau sekiranya
Allah mengetahui kebaikan ada pada mereka, tentulah Allah
menjadikan mereka
dapat mendengar. Dan jikalau Allah menjadikan mereka dapat mendengar, nescaya
mereka pasti berpaling juga, sedang mereka memalingkan diri (dari apa yang
mereka dengar itu).”
(Al-Anfal 22
dan 23)
Iaitu manusia
yang paling buruk di sisi Allah ialah yang tidak mahu mendengar, menuturkan dan
memahami kebenaran.
Sesungguhnya orang-orang musyrik, termasuk di dalamnya orang-orang
munafik, bagaikan binatang yang paling buruk. Pendengaran mereka tuli dan tidak
dapat mendengar, mulut mereka bisu dan tidak mampu bicara. Mereka memang tidak
mahu mendengar, mengatakan dan memikirkan yang benar. Kalau saja Allah
berkehendak mengetahui, dengan ilmu-Nya yang azali, bahawa ehwal mereka
nantinya tidak akan mendatangkan kebaikan bagi diri mereka sendiri, bagi orang
lain dan bagi kebenaran, nescaya Allah akan membuat mereka dapat mendengarkan
petunjuk yang menghantarkan kebenaran pada akal mereka. Tapi sebenarnya
meskipun mereka dapat mendengar dan memahami kebenaran itu, pasti mereka tetap
akan berpaling dari usaha mendapatkan petunjuk, kerana mereka telah dikuasai
hawa nafsu.
(Sesungguhnya binatang,
makhluk-makhluk yang seburuk-buruknya di sisi Allah ialah orang-orang yang
tuli) tidak mahu mendengarkan perkara yang hak (dan bisu) tidak mengucapkan perkara yang
hak (yang tidak mengerti apa pun) tentang perkara yang hak. (Kalau sekiranya Allah
mengetahui kebaikan pada mereka) bakat yang baik di dalam mendengarkan perkara
yang hak (tentulah Allah menjadikan mereka dapat mendengar) dengan pendengaran
yang disertai pemahaman. (Dan jika Allah menjadikan mereka dapat mendengar)
sebagai perumpamaan, kerana Allah telah mengetahui
bahawa tidak ada kebaikan dalam diri mereka (nescaya mereka pasti
berpaling juga) dari perkara yang hak itu (sedangkan mereka memalingkan
diri") dari menerima perkara hak yang mereka dengar itu kerana keras hati dan ingkar.
Firman Allah :
سَاءَ مَثَلًا الْقَوْمُ الَّذِينَ كَذَّبُوا
بِآيَاتِنَا وَأَنْفُسَهُمْ كَانُوا يَظْلِمُونَ
مَنْ يَهْدِ اللَّهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِي
وَمَنْ يُضْلِلْ فَأُولَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا
مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ
أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ
كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
“Amat buruklah
perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan kepada diri mereka
sendirilah mereka berbuat zalim. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah,
maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan Allah[583],
maka merekalah orang-orang yang merugi. Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk
(isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati,
tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka
mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda
kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya
untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan
mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”
(Al-A’raf
177 hingga 179)
Sangat
buruklah keadaan orang-orang yang menentang ayat-ayat Al-Quran. Dengan
mengingkari kebenaran, mereka sebenarnya tidak lain telah menganiaya diri mereka
sendiri. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah untuk mengikuti kebenaran,
maka dia benar-benar memperolehi kebahagiaan dunia dan akhirat. Dan barangsiapa
yang dijauhkan dari petunjuk kerana selalu mengikuti hawa nafsunya, maka dia
termasuk kelompok yang rugi. Dan sungguh Allah telah menciptakan banyak di
antara jin dan manusia yang, di hari kiamat nanti, akan berada di api neraka.
Ini disebabkan hati mereka tidak digunakan untuk menembus kebenaran, mata
mereka tidak merenungi kekuasaan Tuhan, dan telinga mereka tidak mendengarkan
ayat-ayat dan nasihat- nasihat untuk direnungi dan diambil pelajaran. Mereka
diumpama seperti binatang yang tidak menggunakan akal yang diberikan Allah
untuk bertadabbur. Bahkan mereka sebenarnya lebih sesat dari binatang. Sebab,
binatang itu akan selalu mencari
kebaikan dan menghindari bahaya, sementara mereka itu malah menolak kebaikan
dan kebenaran yang ada. Mereka itu memang orang-orang yang sangat bodoh.
Firman
Allah lagi :
أَمْ تَحْسَبُ أَنَّ أَكْثَرَهُمْ يَسْمَعُونَ
أَوْ يَعْقِلُونَ إِنْ هُمْ إِلَّا كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ سَبِيلًا
“atau apakah
kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu
tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat
jalannya (dari binatang ternak itu).”
(Al-Furqan
: 44 )
Mereka mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar dengan pendengaran yang diikuti dengan pengertian atau memahami apa yang telah katakan kepada mereka. Mereka itu hanyalah seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi jalannya daripada binatang ternakan itu, kerana binatang ternakan mahu menurut dan patuh kepada penggembalanya,
sedangkan mereka tidak mahu mentaati Pemeliharanya, iaitu Allah,
yang telah memberikan kenikmatan kepada mereka.
Rasulullah s.a.w bersabda, “Di antara manusia yang terburuk
adalah seorang penderhaka lagi kurang ajar, yang membaca Kitab
Allah namun tidak tersedarkan oleh satu pun darinya.”
(Riwayat Ahmad, dengan sanad hasan).
والله تعالى أعلم