الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    Valentine's Day


    بسم الله الرحمن الرحيم
    الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن اتبع هداه ، أما بعد



    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

    Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


    Rasulullah s.a.w bersabda :
    كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ
    “Setiap (hamba) yang lahir dilahirkan di atas fitrah, kemudian kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Sahîh Bukhârî)

    Dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman :

    خَلَقْتُ عِبَادِي حُنَفَاءَ كُلَّهُمْ وَإِنَّهُمْ أَتَتْهُمْ الشَّيَاطِينُ فَاجْتَالَتْهُمْ عَنْ دِينِهِمْ
    “Aku ciptakan hamba-hamba-Ku seluruhnya dalam keadaan hanif (lurus), kemudian syaitan mendatangi mereka dan memalingkan mereka dari agama mereka.” (Sahîh Muslim).

    Kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah :

    جماع الفرقان بين الحق والباطل، والهدى والضلال، والرشاد والغي، وطريق السعادة والنجاة وطريق الشقاوة والهلاك؛ أن يجعل ما بعث الله به رسله وأنزل به كتبه هو الحق الذي يجب إتباعه، وبه يحصل الفرقان والهدى والعلم والإيمان، فيصدق بأنه حق وصد ق، وما سواه من كلام سائر الناس يعرض عليه، فإن وافقه فهو حق، وإن خالفه فهو باطل، وإن لم يعلم هل هو وافقه أو خالفه؛ لكون ذلك الكلام مجملاً لا يعرف مراد صاحبه، أو قد عرف مراده، ولكن لم يعرف هل جاء الرسول بتصديقه أو تكذيبه، فإنه يمسك فلا يتكلم إلا بعلم، والعلم ما قام عليه دليل، والنافع منه ما جاء به الرسول (مجموع الفتاوى لابن تيميه 13/135-136)

    “Al-Furqon (pembeza) yang terhimpun (untuk membezakan) antara kebenaran dengan kebatilan, petunjuk dengan kesesatan, bimbingan lurus dengan penyelewengan, jalan kebahagiaan dan kejayaan dengan jalan kesengsaraan dan kebinasaan, adalah untuk menjadikan risalah yang Allah mengutus Nabi-Nya dengannya dan kitab-kitab yang Ia turunkan adalah sebagai kebenaran yang wajib diikuti. Dengannya akan diperoleh Al-Furqon, petunjuk, ilmu dan keimanan, sehingga dapat dibenarkan bahawa wahyu-Nya adalah haq dan benar (lurus) sedangkan selainnya baik itu perkataan semua manusia perlu ditimbang. Apabila selaras dengan wahyu Allah maka ia adalah kebenaran dan apabila menyelisihi maka ia adalah kebatilan”.


    Hari Valentine berasal dari mitos zaman Romawi yang ti­dak lain adalah bersumberkan  dari paganisme syirik dan penyembahan berhala. Selain itu, perayaan Valentine's Day adalah salah satu cara orang-orang Yahudi yang diseludupkan ke dalam tubuh umat Islam supaya diikuti. Jadi, perayaan Valentine's Day adalah salah satu acara yang diadakan oleh orang-orang kafir dan orang-orang yang berge­lumang dosa dalam rangka berbuat maksiat, syahwat, dan memenuhi hawa nafsu belaka.

    Allah berfirman:

    وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَى

    Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepa­da kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakan­lah: "Sesungguhnya petunjuk Alloh Itulah petunjuk (yang benar).".... (Al-Baqarah : 120).

    Dari Abu Sa'id Al-Khudri رضي الله عنه dari Rasulullah صلي الله عليه وسلم bersabda:

    لَتَتْبَعُنَّ سَنَنَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ شِبْرًا شِبْرًا وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا جُحْرَ ضَبٍّ تَبِعْتُمُوهُمْ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى؟ قَالَ فَمَنْ؟
    Sungguh kalian akan mengikuti sunnah perjalanan orang-orang sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal, sehingga me­reka memasuki lubang dhab. Mereka berkata, "Wahai Rasulullah apakah mereka Yahudi dan Nasrani?" Beliau menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka?" (Riwayat Bukhari  dan Muslim).





    Riwayat menceritakan: bahawa Valentine ditanya tentang Tuhan Roma Athard, dia adalah Tuhan yang mengurus perniagaan, kefasihan, makar dan pencurian, dan Jupiter yang merupakan Tuhan Roma terbesar, maka Valentine menjawab; Tuhan-Tuhan ini adalah rekayasa manusia, Tuhan yang sebenarnya adalah Isa Al-Masih.
    Amel berkata: “Maha Tinggi Allah dari semua yang dikatakan orang-orang yang bodoh itu.”
    Amel bertanya kepada teman-temanya: “Tahukah kalian apa yang dimaksud oleh simbol tersebut?”
    Amel juga mengatakan bahawa perayaan valentine yang sekelilingnya dihiasai gambar hati yang di tengahnya ada salib!!!

    Riwayat lain menyebutkan bahawa ketika agama Nasrani tersebar di Eropah, ada satu bentuk ritual keagamaan di salah satu kampung  yang menarik perhatian para pendita, yang mana para pemuda kampung berkumpul di pertengahan bulan Februari setiap tahun. Mereka mencatat seluruh nama gadis desa lalu memasukannya ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda diberi kesempatan untuk mencabut satu nama, dan nama gadis yang keluar itulah yang akan menjadi kekasihnya sepanjang tahun itu. Mereka pada ketika itu ia mengirim kepada gadis sebuah kad yang tertulis di atasnya: “Dengan menyebut nama Tuhan Ibu aku kirim kepadamu kad ini“. Hubungan cinta ini berlanjut hingga satu tahun itu baru kemudian dirubah. Akidah orang-orang Roma, dan   mereka menyedari bahawa ritual ini sangat sulit untuk dihapuskan, oleh  itu mereka menetapkan untuk  mengubah kalimah yang diucapkan oleh pemuda itu dari “Dengan menyebut nama Tuhan Ibu“ menjadi: “Dengan menyebut pendita Valentine,“ sebab ia adalah simbol Nasrani, dan dengan cara itu mereka dapat mengaitkan para pemuda ini dengan agama Nasrani.
    Dalam riwayat lain pula menceritakan bahawa disebutkan sebahagian kitab yang menyatakan bahawa pendita Valentine hidup di abad ke tiga Masihi pada masa pemerintahan Raja Rome Kalaudis II.
    Pada 14 Februari 270 M, raja Rome telah mejatuhkan hukuman mati ke atas pendita tersebut kerana menentang beberapa perintah raja. Di mana pendita itu  berdakwah kepada agama Nasrani, lalu ia memerintahkan agar pendita tersebut dipenjarakan dan hukum.
    Riwayat lain menambahkan bahawa raja memandang bahawasanya pemuda yang belum berkahwin lebih sabar dalam medan perang dari pada mereka yang berkeluarga. Para suami selalu berusaha menolak untuk pergi berperang. Oleh itu, raja mengeluarkan perintah yang melarang perkahwinan, akan tetapi pendita Valentine menentang perintah itu dan tetap menjalankan majlis perkahwinan di gerejanya secara sembunyi-sembunyi, hingga diketahui oleh raja akan perkara itu.
    Di dalam penjara pendita telah berkenalan dengan seorang gadis, puteri salah seorang penjaga penjara. Gadis itu mengidap satu penyakit, lalu bapanya meminta kepada pendita agar menyembuhkanya. Setelah diubati, gadis itu sembuh sebagaimana yang diceritakan dalam riwayat itu- dan pendita itu jatuh cinta kepadanya. Dan sebelum dihukum, pendita mengirimkan kepada gadis itu sebuah kad yang di atasnya tertulis: “Dari yang tulus Valentine.“ Sebelum kejadian itu gadis tersebut telah masuk agama Nasrani bersama 46 orang kerabatnya.

    Pada suatu pagi  Nura (nama seorang remaja puteri) tiba-tiba datang kepada teman-temanya dengan membawa bunga mawar merah di dadanya yang disambut mereka dengan senyuman yang diiringi pertanyaan: “Kenapa kamu membawa bunga ini?”


    Tasyabuh (menyerupai) orang kafir adalah fenomena yang telah merebak luas di kalangan masyarakat Islam. Salah satu bentuk tasyabuh yang cukup banyak terjadi adalah tasyabuh orang kafir dalam perayaan hari-hari besar mereka, yang salah satu di antaranya adalah apa yang dikenal dengan istilah hari valentin.
    ( Fatwa Syeikh Muhammad As-Shaleh Uthaimin)


    Allah سبحانه و تعالى   berfirman:
    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاء بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللّهَ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
    “Wahai orang-orang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman setia(mu), mereka satu sama lain saling melindungi. Barang siapa di antara kamu menjadikan mereka teman setia, maka sesungguhnya mereka termasuk golongan mereka. Sungguh Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim. “ (Al-Maidah: 51).
    Dan Allah سبحانه و تعالى   berfirman:
    لَا تَجِدُ قَوْماً يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ
    “Engkau (Muhamad) tidak akan mendapatkan suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan menentang Allah da Rasul-Nya.“ (Al-Mujadilah: 22).
    Allah سبحانه و تعالى   berfirman:
    وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ
    “Dan janganlah rasa belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk menjalankan agama (hukum) Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian.“ (An-Nur: 2).





    Abu Waqid   رضي الله عنه  berkata:
    خَرَجْناَ مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى حُنَيْنٍ وَنَحْنُ حُدَثَاءُ عَهْدٍ بِكُفْرٍ وَلِلْمُشْرِكِيْنَ سِدْرَةٌ يَعْكُفُوْنَ عِنْدَهَا وَيَنُوْطُوْنَ بِهَا أَسْلِحَتَهُمْ يُقَالُ لَهَا ذَاتَ أَنْوَاطٍ، فَمَرَرْناَ بِسِدْرَةٍ فَقُلْناَ: ياَ رَسُوْلَ اللهِ، اجْعَلْ لَناَ ذَاتَ أَنْوَاطٍ كَمَا لَهُمْ ذَاتُ أَنْوَاطٍ، فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اللهُ أَكْبَرُ! إِنَّهَا السُّنَنُ، قُلْتُمْ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ كَمَا قَالَتْ بَنُو إِسْرَائِيْلَ لِمُوْسَى: (اجْعَلْ لَناَ إِلَهًا كَمَا لَهُمْ آلِهَةٌ قَالَ إِنَّكُمْ قَوْمٌ تَجْهَلُوْنَ) لَتَرْكَبُنَّ سُنَنَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ
    Kami pergi bersama Rasulullah  صلی الله عليه وسلم   ke Hunain dan kami adalah orang yang baru masuk Islam. orang-orang musyrik memiliki pohon Sidrah mereka i’tikaf padanya dan menggantungkan pedang-pedang mereka di atas pohon itu yang disebut pohon Dzaatu Anwat. Pada suatu hari kami melewati sebuah sidrah tersebut dan kami berkata: “Wahai Rasulullah buatkanlah buat kami pohon tempat menggantung pedang-pedang kami sebagaimana mereka memiliki Dzatu Anwat.” Lalu Rasulullah صلی الله عليه وسلم  bersabda: “Allahu Akbar sesungguh ini jalan orang-orang sebelum kalian dan demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya sebagaimana ucapan Bani Israil kepada Nabi Musa: ‘Buatkanlah untuk kami satu sembahan sebagaimana mereka memiliki sembahan-sembahan!’ Musa menjawab: ‘Sesungguh kalian adalah kaum yang jahil.’ . Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: “Kalian benar-benar akan mengikuti langkah orang-orang sebelum kalian.
    (Riwayat Tirmizi, hadis hasan).

     “Memberi ucapan selamat terhadap syiar-syiar agama kafir adalah haram hukumnya (semua sepakat), seperti memberi selamat atas hari raya mereka atau puasa mereka dengan mengatakan: Idun mubarak alaika (semoga hari rayamu membawa berkah bagimu), atau berbahagialah dengan hari rayamu, dan yang sejenisnya. Ini semua meskipun orang yang mengucapkanya tidak dihukumkan kafir, namun itu adalah termasuk perbuatan yang diharamkan dan sama saja dengan memberi selamat atas sujud mereka kepada salib. Bahkan hal itu lebih terkutuk dan lebih besar dosanya dibanding memberi selamat terhadap perilaku minum khamr dan membunuh jiwa...Banyak orang yang tidak memiliki perhatian terhadap agama terjerumus ke dalam perilaku tersebut tanpa menyedari keburukanya, sebagaimana orang yang menyambut seorang hamba atas kemaksiatanya atau perbuatan bidahnya atau kekufuranya, maka orang semacam itu diancam mendapat murka dan kutukan-Nya “.
    (Ibnu Qayyim)


    Merayakan hari valentine tidak boleh, oleh kerana itu hukumnya haram dengan beberapa alasan:
    1.  Bahawa itu adalah hari raya bid’ah, tidak memiliki dasar dalam syari’ah Islam.
    2.  Hari raya seperti itu hanya akan menyibukkan hati dan perasaan dengan perkara-perkara yang tidak ada gunanya dan
    3.  Bertentangan dengan petunjuk salafussoleh -semoga Allah meredhai mereka-,
    Maka yang demikian tidak boleh terjadi pada hari itu satu bentuk syi’ar hari raya apapun baik dalam makanan, minuman, mahupun pakaian, atau saling tukar-menukar hadiah atau yang lainnya. Wajib atas setiap muslim untuk bangga dengan agamanya dan tidak boleh mengekori serta mengikuti setiap seruan. Aku memohon kepada Allah سبحانه و تعالى   agar melindungi kaum muslimin dari setiap fitnah, baik yang nampak mahupun yang tersembunyi, dan membimbing kita dengan bimbingan serta taufik-Nya.
    (Fatwa Syeikh Muhammad As-Shaleh Uthaimin)

    Rasulullah صلي الله عليه وسلم  bersabda:
    مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
    "Barang siapa yang menyerupai suatu kaum maka dia ter­masuk dari kaum tersebut." (Riwayat Abu Dawud, Ah­mad, dan disahihkan oleh Syeikh Al-Albani dalam Irwa'ul-Gholil:)


    1.  Valentine's Day berakar dari upacara keagamaan ri­tual Romawi Kuno untuk menyembah dewa mereka yang dilakukan dengan penuh kesyirikan.
    2.  Upacara yang biasa dilaksanakan pada 15 Februari tersebut, pada tahun 496 oleh Paus Galasius I digan­ti menjadi 14 Februari.
    3.  Agar dunia menerima, hari itu disamarkan dengan nama "hari kasih sayang" yang kini telah tersebar di berbagai negeri, termasuk negeri-negeri Islam.

    Syeikh Muhammad al-Uthaimin menyebutkan :

    "Perayaan ini tidak boleh kerana alasan berikut:

    Pertama. Valentine's Day hari raya bid'ah yang tidak ada dasar hukumnya di dalam syari'at Islam.

    Kedua. Merayakan Valentine's Day dapat menyebabkan cinta yang terlarang.

    Ketiga. Menyebabkan hati sibuk dengan perkara-perka­ra rendah seperti ini yang sangat bertentangan de­ngan petunjuk para salafussoleh. Maka tidak halal melakukan ritual hari raya dalam ben­tuk makan-makan, minum-minum, berpakaian, saling tukar hadiah, ataupun lainnya. Hendaklah setiap mus­lim merasa bangga dengan agamanya, bukan malah menjadi orang yang tidak mempunyai pegangan dan ikut-ikutan."
    (Majmu' Fatawa wa Rosa'il : Syeikh Ibnu Uthaimin.  Fatawa Ulama' Baladil-Haram dan as-Sunan wal-Mubtada'at fil-A'yad )





    Allah berfirman:

    وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَى

    Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepa­da kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakan­lah: "Sesungguhnya petunjuk Allah Itulah petunjuk (yang benar)."
     (Al-Baqarah: 120).


    Dari Abu Sa'id al-Khudri  رضي الله عنه  dari Nabi صلي الله عليه وسلم  bersabda:

    لَتَتْبَعُنَّ سَنَنَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ شِبْرًا شِبْرًا وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا جُحْرَ ضَبٍّ تَبِعْتُمُوهُمْ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى؟ قَالَ فَمَنْ؟

    Sungguh kalian akan mengikuti sunnah perjalanan orang-orang sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal, sehingga me­reka memasuki lubang dhab (haiwan biawak di Arab). Mereka berkata, "Wahai Rasulullah apakah mereka Yahudi dan Nasrani?" Beliau menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka?"
     (Riwayat  Bukhari dan Muslim).


    Syeikh Sulaiman bin Abdullah ber­kata: "Hadis ini merupakan mukjizat Nabiصلي الله عليه وسلم kerana sesungguhnya umatnya ini telah mengikuti sun­nah perjalanan kaum Yahudi dan Nasrani dalam gaya hidup, berpakaian, syi'ar-syi'ar agama, dan adat-istia­dat. Dan hadis ini lafaznya berupa khabar yang bererti larangan mengikuti jalan-jalan selain agama Islam."
    (Taisir Aziz al-Hamid)

    بين جميع الدين؛ أصوله وفروعه، باطنه وظاهره، علمه إن رسول الله وعملَه، فإن هذا الأصل هو أصل أصول العلم والإيمان، وكل من كان أعظم اعتصاماً ذا الأصل كان أولى بالحق علماً وعملاً (مجموع الفتاوى  155/19)

    Sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah menjelaskan segala perkara di dalam agama, samada yang asas mahupun yang furu’ (cabang), yang bâtin mahupun yang zâhir, atau pada keilmuan (aqidah) mahupun amalan. Kerana dasar ini merupakan dasar dari pokok-pokok ilmu dan keimanan, dan setiap orang yang paling berpegang teguh dengan pokok ini,maka ia adalah orang yang lebih utama di dalam kebenaran ini, baik ilmu (aqidah) mahupun amalan.” (Syeikhul Islam Ibnu Taimyah Majmu’ Fatâwâ)


    رَبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلْإِيمَانِ أَنْ آمِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الْأَبْرَارِ
    رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدْتَنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلَا تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ

    Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (iaitu): "Berimanlah kamu kepada Tuhanmu", maka kamipun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami beserta orang-orang yang banyak berbakti. Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan rasul-rasul Engkau. Dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji."


    WAKSAM
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA