Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami
kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya
sejenis ilmu; dari sisi Kami.
Ia menjawab: "Bukankah, aku telah katakan kepadamu, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"
GELARAN :
1. Nama Asli
2. Nama Panggilan (KUNNYAH) iaitu ABDUL ABBAS
3. Nama julukan (LAQAB) iaitu KHIDIR atau KHAIDIR
NAMA SEBENAR:
Balya bin Balkan bin Falaakh bin Anbar b in Salakh bin Arfakhsyadz bin Sam bin Nuh a.s bin Lamak bin Mutawasylikh bin Idris a.s bin Yard bin Mahlail bin Qaiman bin Yanasy bin Syiths a.s bin Adam a.s
Terdapat riwayat lain yang mengatakan nama sebenar Nabi Khaidir adalah Talia bin Malik bin Abir bin
Arfakhsyad bin Sam bin Nuh a.s.
Bapa :
Balkan adalah Raja Persia
Ibu:
Alha binti Faris
Terdapat riwayat lain menyebut bahawa ibunya bernama Rumania dari keturunan bangsawan asli Persia ibu saudara kepada Iskandar Zukqarnain.
Dikatakan ibunya adalah wanita yang suka mengembara.
Riwayat Ringkas:
Ketika Nabi Khaidir hendak dilahir, ibunya berada dalam pengembaraan dan pendapat mengatakan bahawa Nabi Khaidir dilahirkan di dalam sebuah gua yang terletak di atas sebuah bukit yang jauh dari kehidupan manusia serta sanak saudara.
Kegembiraan keluarga Nabi Khaidir di atas kelahirannya diceritakan berakhir apabila suatu peristiwa tragik berlaku di dalam gua di mana Nabi Khaidir dibesarkan oleh ibunya apabila penyamun dan penjahat memasuki gua itu. Ada pendapat mengatakan bahawa ibunya telah dibunuh oleh penyamun.
Walau bagaimanapun diriwayatkan bahawa Nabi Khaidir telah diselamatkan oleh seorang pengembala kambing. Terdapat riwayat mengatakan bahawa pada ketika itu beliau masih bayi. Nabi khaidir dipelihara oleh pengembala kambing tersebut sehingga memasuki usia dewasa.
Pada usia dewasanya, beliau memutuskan untuk bertemu bapa kandungnya Raja Balkan dan hasratnya telah tercapai. Beliau sempat tinggal bersama bapanya sambil menimba ilmu dan pengalaman dari bapanya.
Setelah beliau dewasa, bapanya meminta Khaidir mengahwini seorang wanita bernama Funnah. Siapakah Funnah?. Funnah adalah penyisir rambut anak perempuan Fir'aun yang dikenali sebagai Masyitah ( rujuk kisah Nabi Musa a.s ). Walau bagaimanapun Nabi Khaidir tidak bersetuju dengan bapanya lalu pergi meninggalkan istana bapanya dalam keadaan sembunyi. Bapanya telah memerintahkan agar mencari Khaidir namun usaha pencarian itu sia-sia. Akhirnya Funnah berkahwin dengan Hizqil dan dikurniakan tiga orang anak.
ISTIMEWANYA NABI KHAIDIR A.S
Diberikan Mukjizat oleh Allah berupa;
Kecerdasan yang luar biasa yang tidak dimiliki oleh manusia lain dengan ilmu yang tinggi iaitu ilmu LADUNI seperti yang tercatat di dalam surah Al-Kahfi ayat 65
فَوَجَدَا عَبْدًا مِّنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِّنْ عِندِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِن لَّدُنَّا عِلْمًا
"Lalu mereka dapati
seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat
dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami."
Ilmu LADUNI adalah merupakan ilmu yang diberikan Allah secara langsung kepada hamba Nya tanpa perlu proses belajar, tanpa perantara dan tanpa guru. الله اكبر
Pakaian yang sentiasa bersih dan baru.
"Pakaian Nabi Khaidir a.s tidak pernah rosak dan sentiasa terjaga samada pakaian atas atau pakaian bawah: (Imam al-Mizan Ash-Shaghir)
Sentiasa hadir di mana-mana dalam pelbagai bentuk dan rupa yang berbeza-beza. Riwayat mengatakan bahawa beliau mempunyai ciri fizikal yang berbeza yang tidak dimiliki oleh orang lain. Keunikan adalah pada ibu jari tangan kanan beliau yang tidak bertulang.
Sentiasa membawa tongkat.
Diyakini tinggi perwakannya dari kebanyakan orang.
Dikatakan beliau boleh berjalan secepat kilat. Mengelilingi dunia dengan singkat. Menunaikan dan mendirikan solat di mana beliau berhenti ketika waktu solat. Terdapat riwayat yang menerangkan bahawa Nabi Khaidir pernah menunaikan solat
-Subuh di Masjidil Haram
-Zohor di Masjid Nabawi Madinah
-Asar di Masjidil Aqsa, Baitul Maqdis Palestin
-Maghrib di atas Bukit Sinai
-Isya' di sebelah benteng atau tembok pertahanan Raja Iskandar Zulqarnain. Terdapat pendapat ahli tafsir mengatakan tembok itu terletak di Armenia, Azerbaijan diperbuat daripada besi bercampur tembaga.
Printah mendirikan solat lima waktu dilakukan oleh beliau di tempat-tempat yang berbeza.
Memiliki banyak rupa. Imam Ghazali dalam kitan Ihya 'Ulummuddin mengatakan bahawa Nabi Khaidir a.s boleh berupa bermacam-macam mengikut keadaan di sesuatu tempat di mana beliau singgah dan berada. Pendapat ini disokong oleh Syeikh Yusuf An-Nabhani dan Hasyisi Al-Himshani yang pernah bertemu dengan Nabi Khaidir a.s dalam suatu masa Jami Al-Karomah.
Setiap tempat beliau berpijak akan menjadi hijau. Sabda Rasulullah s.a.w bahawa gelaran KHAIDIR diberikan kepada Nabi Khaidir kerana setiap kali beliau duduk di atas tanah yang kering maka ia akan berubah menjadi hijau dan ditumbuhi rumput. Jalaluddin As-Suyuthi dalam tafsir Ad-Dar Al-Manthur memetik hadis yang diriwayatkan oleh Ibu Abbas bahawa "Sesungguhnya Khaidir setiap kali solat di atas hamparan kulit putih, maka dengan tiba-tiba hamparan itu menjadi hijau"
Manakala Syeikh Mustaka Al-Uqbawi dalam kitab Hasyiyah Aqidah Ad-Dardiri berpendapat bahawa Abbal Abbas atau Abdul Abbas mendapatgelaran KHAIDIR kerana apabila duduk di atas tanah kering, maka sekitarnya akan menjadi hijau serta merta. Nabi Khaidir juga memiliki kebiasaan duduk di atas sejadah hijau.
Dan Imam Thalabi menambah bahawa apabila Nabi Khaidir melangkah maka di bawah telapak kakinya tumbuhlah rumput hijau.
Mengenali dan mengetahui nama-nama wali-wali Allah di serata Dunia. Nabi Khaidir dilantik Allah menjadi pembimbing kepada wali-wali Allah. Imam Syarani dalam kitabnya Lawaqih Al-Anwar mengatakan bahawa Nabi Khaidir hanya akan menemui wali Allah. Suka menemui Ahlal Bidayah ( Tahap awal ahli Makrifah) melalui mimpi wali tersebut sebelum mencapai tahap Ilmu Kamil (Ahlan Nihayat) dalam keadaan wali itu sedar.
Hidup sepanjang zaman
Sebagai bukti Nabi Khaidir hidup sepanjang masa dikatakan adalah dari kisah-kisah yang wujud sejak Nabi Musa a.s, bersama mengembara dengan Nabi Musa a.s. Bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w malah Nabi Khaidir pernah mempelajari Ilmu Fiqh dengan Imam Abu Hanifah. Dikatakan Nabi Khaidir a.s hidup sehingga kedatangan Dajjal.
Kisah Nabi Khaidir a.s yang diriwayatkan oleh Akasir:
322 tahun sebelum masihi, seorang raja muslim yang beriman, berkahlak, adil dan bijaksana serta ahli ibadah bernama Iskandar Zulqarnain yang juga namanya disebut di dalam surah Al-Kahfi ayat 83 adalah raja penakluk yang hebat yang dapat menakluki dunia timur dan barat. Walaupun dengan kejayaan penaklukan yang besar, ini tidak menyebabkan Raja Iskandar Zulqarnain menjadi SOMBONG, BONGKAK dan RIAK.
Diriwayatkan bahawa Raja Iskandar Zulqarnain mempunyai sahabat akrab dan rapat dari jenis Malaikat bernama RAFAIL. Suatu ketika Raja Iskandar Zulqarnain ingin mengetahui bagaimana tawadduknya dan cara Malaikat beribadah menghambakan diri kepada Allah. Rafail memberitahu bahawa ibadah manusia belum dapat mencapai tahap ibadah para Malaikat kepada Allah. Rafail menjelaskan bahawa para malaikat beribadah tanpa henti. Beribadah sambil berdiri dan tidak pernah duduk sejak diciptakan sehinggalah Yawmil Qiamah nanti. Para malaikat akan beribadah sambil bersujud hanya ketika menjawab salam daripada Nabi Muhammad s.a.w ketika baginda di Mi'rajkan ke SidrotulMuntaha.
Mendengarkan itu Iskandar Zulqarnain menanam keinginan untuk mempunyai umur yang panjang agar dapat beribadah kepada Allah sepertimana para malaikat. Rafail menjelaskan untuk mencapai umur yang panjang terdapat di bumi Allah ini sebuah telaga yang disebut Ma'al hayah (ماء الحياة). Orang yang meminumnya walaupun sedikit akan Allah hidupkan sehingga Kiamah kecuali jika dia sendiri meminta dan memohon kepada Allah untuk dimatikan.
Atas keinginan ingin beribadah kepada Allah, Iskandar Zulqarnain meminta keterangan lanjut tentang telaga tersebut. Rafail menyatakan bahawa dia hanya mendengar bahawa bumi Allah ini terdapat Begowong ( iaitu suatu tempat yang penuh dengan kegelapan dan kegelitaan). Maka di situlah terletaknya telaga Ma'al hayah (ماء الحياة). Namun salah seorang di antara yang bersama dan mendengar perbualan Iskandar Zulqarnain dan Rafail itu mengatakan mengikut moyangnya iaitu Nabi Adam a.s bahawa tempat itu terletak di sekitar Mathlausy-Syamsi di mana terbitnya matahari di kawasan timur. Siapakah lelaki itu, riwayat mengatakan beliau adalah Khaidir.
Maka berpergianlah Iskandar Zulqarnain bersama 6 000 orang termasuk cendikiawan dan tukang sebat bersama 1 000 ekor kuda. Perjalanan bermusafir menujun Begowong yang memakan masa yang panjang sehingga 12 tahun. Pengembaraan ini juga dikenali sebagai perjalanan menuju ke tepi bumi kerana ketika itu belum diketahui oleh manusia bahawa bumi berbentuk bulat sehingga dibuktikan oleh Columbus pada tahun 1492.
Ketika sampai di Begowong, memang benar ianya seperti yang dikatakan oleh Rafail. Gelap gelita dan sedikitpun tidak ditembusi cahaya. Pada waktu yang sama diriwayatkan bahawa kegelapan itu diselimuti dengan asap yang tebal. Maka tentera Iskandar Zulqarnain berasa bimbang terhadap raja mereka dan menyarankan kepada raja agar tidak memasukinya.
Namun raja Iskandar Zulqarnain tetap bertegas untuk memasukinya kerana itulah mereka berada di tempat itu sambil meminta tenteranya menunggu di luar selama 12 tahun, jika dia tidak kembali dalam tempoh itu maka raja tersebut mengarahkan tenteranya pulang ke rumah masing-masing.
Maka masuklah Iskandar Zulqarnain bersama Khaidir dan beberapa orang tentera dengan dibekalkan sebiji mutiara pemberian Rafail untuk menjadi isyarat yang jika mutiara itu di angkat ke atas bumi maka akan timbullah suara (seperti menjerit) yang kuat sebagai tanda jalan sesat.
Ketika berada di dalam Begowong, Allah telah menurunkan wahyu kepada Khaidir menyatakan bahawa Ma'al hayah (ماء الحياة) berada di sebelah kanan jurang dan sesungguhnya air dari telaga Ma'al hayah (ماء الحياة) itu adalah khas untuk Khaidir daripada Allah S.W.T.
Mendengar wahyu itu, maka Khaidir meminta agar Iskandar Zulqarnain dan beberapa pengikutnya berhenti dan jangan berganjak untuk mencari dan dia sendiri akan mencarinya sambil meminta agar yang lain menunggu.
Lalu berjalanlah Khaidir menuju ke tempat yang sepertimana di tunjukkan AllahS.W.T dalam wahyunya. Ternyata Janji Allah itu BENAR. Dan turunlah Khaidir dari kuda tunggangannya lalu mandi sambil minum air berkenaan yang dikatakan sebagai air kehidupan atau Ma'al hayah (ماء الحياة) tanpa diketahui oleh seorang pun. Sehinggalah Khaidir kembali kepada Iskandar Zulqarnain yang sedang menunggu.
Diwaktu itu Iskandar dan pengikutnya mundar-mandir di dalam Begowong yang gelap gelita selama hampir 40 hari. Suatu ketika beliau terlihat suatu cahaya bersinar seperti kilat yang pada pandangan matanya bahawa pasir yang mereka pijak adalah berwarna merah, terdengar pula bunyi gemercik yang berada di bawah kaki kuda. Bertanyalah beliau kepada Rafail. Rafail menjelaskan bahawa bunyi itu adalah suatu bunyi yang akan menimbulkan kekesalan kepada orang yang mengambilnya. Namun jika tidak mengambilnya pula maka tetap akan menimbulkan kekesalan.
Diriwayatkan bahawa salah seorang pengikutnya telah mengambil benda yang berbunyi itu lalu menyembunyikannya. Ketika keluar dari Begowong mereka melihatnya alangkah terkejutnya mereka bahawa ianya adalah permata Yakut berwarna merah sedangkan hijau adalah Zamrud. maka timbullah penyesalan kerana tidak mengambilnya lebih banyak sedangkan ketika itu permata jarang ditemui dan amat mahal.
Maka itulah sedikit riwayat Nabi kita Nabi Khaidir A.S.
Cerita ringkas yang pernah diceritakan oleh guruku di sekolah kurang standard dulu dalam bahasa Arab
عن يوسف بن أبي حماد ، عن أبي عبدالله عليه السلام قال : لما اسري برسول الله صلى الله عليه وآله إلى السماء وجد ريحا مثل ريح المسك الاذفر ، فسأل جبرئيل عنها فأخبره أنها تخرج من بيت عذب فيه قوم في الله حتى ماتوا ، ثم قال له : إن الخضر كان من أبناء الملوك فآمن بالله وتخلى في بيت في دار أبيه يعبد الله ، ولم يكن لابيه ولد غيره ، فاشاروا على أبيه أن يزوجه فلعل الله
أن يرزقه ولدا فيكون الملك فيه وفي عقبه ، فخطب له امرأة بكرا وأدخلها
عليه فلم يلتفت الخضر إليها ، فلما كان اليوم الثاني قال لها : تكتمين علي
أمري ؟
فقالت : نعم ، قال لها : إن سألك أبي هل كان مني إليك ما يكون من
الرجال إلى النساء فقولي : نعم ، فقالت : أفعل ، فسألها الملك عن ذلك
فقالت : نعم ، وأشار عليه الناس أن يأمر النساء أن يفتشنها ، فأمر فكانت
على حالتها ، فقالوا : أيها الملك زوجت الغر من الغرة ، زوجه امرأة ثيبا ،
فزوجه ، فلما ادخلت عليه سألها الخضر أن تكتم عليه أمره ، فقالت : نعم ،
فلما أن سألها الملك قالت : أيها الملك إن ابنك امرأة فهل تلد المرأة من
المرأة ؟
! فغضب عليه فأمر بردم الباب عليه فردم ، فلما كان اليوم الثالث حركته رقة الآباء فأمر بفتح الباب ففتح فلم يجدوه فيه ، وأعطاه الله
من القوة أن يتصور كيف شاء ، ثم كان على مقدمة ذي القرنين ، وشرب من الماء
الذي من شرب منه بقي إلى الصيحة ، قال : فخرج من مدينة أبيه رجلان في
تجارة في البحر حتى وقعا إلى جزيرة من جزائر البحر ، فوجدا فيها الخضر
قائما يصلي ، فلما انفتل دعاهما فسألهما عن خبرهما فأخبراه ، فقال لهما :
هل تكتمان علي أمري إن أنا رددتكما في يومكما هذا إلى منازلكما ؟
فقالا :
نعم ، فنوى أحدهما أن يكتم أمره ، ونوى الآخر إن رده إلى منزله أخبر أباه
بخبره ، فدعا الخضر سحابة فقال لها : احملي هذين إلى منازلهما ، فحملتهما
السحابة حتى وضعتهما في بلدهما من يومهما ، فكتم أحدهما أمره . وذهب الآخر
إلى الملك فأخبره بخبره فقال له الملك : من يشهد لك بذلك ؟
قال : فلان
التاجر ، فدل على صاحبه ، فبعث الملك إليه فلما أحضروه أنكره وأنكر معرفة
صاحبه ، فقال له الاول : أيها الملك ابعث معي خيلا إلى هذه الجزيرة واحبس
هذا حتى آتيك بابنك ، فبعث معه خيلا فلم يجدوه ، فأطلق عن الرجل الذي كتم
عليه .
ثم إن القوم عملوا بالمعاصي فأهلكهم الله
وجعل مدينتهم عاليها سافلها ، وابتدرت الجارية التي كتمت عليه أمره والرجل
الذي كتم عليه كل واحد منهما ناحية من المدينة ، فلما أصبحا التقيا فأخبر
كل واحد منهما صاحبه بخبره ، فقالا : ما نجونا إلا بذلك ، فآمنا برب الخضر ،
وحسن إيمانهما وتزوج بها الرجل ، ووقعا إلى مملكة ملك آخر وتوصلت المرأة
إلى بيت الملك ، وكانت تزين بنت الملك فبينا هي تمشطها يوما إذ سقط من يدها
المشط فقالت : لا حول ولا قوة إلا بالله ، فقالت لها بنت الملك : ما هذه الكلمة ؟
فقالت لها : إن لي إلها تجري الامور كلها بحوله وقوته ، فقالت لها : ألك إله غير أبي ؟
فقالت
: نعم وهو إلهك وإله أبيك ، فدخلت بنت الملك إلى أبيها فأخبرت أباها بما
سمعت من هذه المرأة ، فدعاها الملك فسألها عن خبرها فأخبرته ، فقال لها :
من على دينك ؟
قالت : زوجي وولدي ، فدعاهم الملك وأمرهم بالرجوع عن
التوحيد فأبوا عليه ، فدعا بمرجل من ماء فسخنه والقاهم فيه وأدخلهم بيتا
وهدم عليهم البيت ، فقال جبرئيل لرسول الله صلى الله عليه وآله : فهذه الرائحة التي تشمها من ذلك البيت
ADAKAH NABI KHAIDIR A.S SEBENARNYA MASIH HIDUP?
FATWA ULAMA DR. YUSUF AL-QARDAWI:
Al-Khidir adalah seorang hamba soleh, yang
disebutkan oleh Allah Ta'ala dalam Surat Al-Kahfi, dimana Nabi Musa
menjadi teman kepadanya dan Nabi Musa as. belajar daripadanya.
Al-Khidir mensyaratkan kepada Nabi Musa agar bersabar. Maka Nabi Musa
bersetuju dengan syarat tersebut. Lalu Al-Khidir berkata: "Bagaimana
kamu dapat bersabar atas sesuatu yang kamu belum mempunyai pengetahuan
yang cukup tentang hal itu?" Al-Khidir tetap bersama Musa. (al-Khidir)
Ia adalah seorang hamba yang diberi rahmat oleh Allah dan ilmu dari
sisi-Nya. Musa terus berjalan bersamanya dan melihat Al-Khidir telah
menebuk sebuah kapal. Lalu Nabi Musa berkata,"Apakah engkau menebuknya
supaya penumpangnya tenggelam?"... sehinggalah kisah seterusnya yang
telah disebut di dalam Surah al-Kahfi.Nabi Musa berasa hairan dengan perbuatan (al-Khidir), hingga Al-Khidir
menerangkan kepadanya sebab-musabab dari perbuatan yang dilakukannya
itu. Lalu al-Khidiri berkata kepada Nabi Musa di akhir perbualannya:
"Bukanlah aku melakukan itu menurut kemahuanku sendiri. perkara itu
adalah penjelasan dari perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat
bersabar atasnya." Maksudnya, semua perbuatan itu hanyalah kerana kemahuan Allah Ta'ala.
Sebahagian orang berkata tentang Al-Khidir: Kononnya dia hidup selepas
Nabi Musa hingga ke zaman Nabi Isa, kemudian hingga ke zaman Nabi
Muhammad saw, dan kononnya dia masih hidup sekarang ini sehinggalah ke
hari kiamat. Lalu ditulis sekitar tentangnya kisah-kisah,
riwayat-riwayat dan dongeng-dongeng kononnya Al-Khidir berjumpa dengan
si Fulan, memakaikan sifulan khirqah (pakaian) dan mengikat janji dengan
si Fulan... dan lain-lain lagi yang dicerita dan yang disalin daripada
dongeng-dongeng yang Allah tidak menurunkannya kepada sesiapapun.
kitab Al-Manaar al-Muniif fi al-Hadith al-Sahih wa al-Dha'ief
karangan Ibn al-Qayyim. Ibn al-Qayyim R.H. menyebutkan dalam kitab itu
ciri-ciri hadis maudhu (palsu), yang tidak diterima dalam agama.
Di antara ciri-cirinya ialah "hadis-hadis yang menceritakan tentang
Al-Khidir dan kehidupannya." Semuanya itu adalah pembohongan. Tidak ada
satupun hadis sahih yang menceritakan tentang hayat al-Khidir.
Adapun
hadits yang menceritakan kononnya Rasulullah S.A.W. suatu ketika sedang
berada di masjid, lalu baginda mendengar pembicaraan dari arah belakang
baginda. Kemudian baginda melihat, ternyata ia adalah Al-Khidir."
Demikian juga hadith: "Al-Khidir dan Ilyas berjumpa setiap tahun." Dan
hadis, "Jibril, Mikail dan Al-Khidir akan sentiasa bertemu di Arafah."
Imam Bukhari juga Pernah ditanya tentang Al-Khidir dan Ilyas, apakah
mereka berdua masih hidup? Maka beliau menjawab: "Bagaimana perkara ini
terjadi?" Sedangkan Nabi saw. telah bersabda: "Tidaklah akan hidup
sampai seratus tahun lagi bagi orang-orang yang berada di muka bumi
ini."
(Riwayat. Bukhari dan Muslim).
Telah ditanya juga ramai di kalangan para
ulama dan semua mereka menjawab, dengan berdalilkan ayat al-Quran: "Kami
tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu
(Muhammad), maka jika kamu mati apakah mereka akan kekal?" (Al-Anbiyaa':
34).
Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah ditanya tentang perkara ini,
maka beliau menjawab: "Sekiranya Al-Khidir masih hidup, tentulah ia
wajib berjumpa dengan Nabi saw, dan berjihad bersama baginda, serta
belajar daripada baginda." Nabi S.A.W. telah bersabda ketika perang
Badar, "Ya Allah, jika pasukan ini binasa, pasti Engkau tidak akan
disembah di muka bumi ini." Pada waktu itu mereka (yang menyertai
peperangan al-Badar) berjumlah 313 orang lelaki yang diketahui nama-nama
mereka, nama bapa-bapa mereka dan suku-suku mereka, maka di manakah
Al-Khidir pada ketika itu?
Apakah Khaidir seorang Nabi atau wali? Para ulama
berbeza pendapat mengenai hal itu. Yang lebih zahir (tepat),
ialah Al-Khidir adalah seorang Nabi, sebagaimana yang jelas pada ayat
yang mulia dari Surat Al-Kahfi, "... dan bukanlah aku melakukannya
menurut kemauanku sendiri ..." (Al-Kahfi: 82). Maka perkataan ini adalah
dalil atau bukti bahawa al-Khidir melakukan perkara-perkara tersebt
berdasarkan perintah Allah dan wahyu-Nya, bukan dari dirinya sendiri.
maka pendapat yang lebih benar, dia (al-Khidir) adalah seorang Nabi
bukan seorang wali.
Apapun yang paling penting adalah kepercayaan dan I'tiqad kita sebagai muslim iaitu beriman kepada Rukun yang enam Rukun Iman iaitulah BERIMAN KEPADA PARA NABI. Samada Nabi Allah Khaidir masih hidup atau tidak perlulah kita mengambil I'tibar terhadap apa saja suruhan keimanan kepada yang HAQ sepertimana diperintahkan.
PADA suatu ketika Nabi Musa berdakwah kepada kaumnya mengenai ajaran Allah. Selesai Baginda berucap, bangkit seorang lelaki lalu bertanya: “Wahai Musa! Siapakah manusia yang paling pandai?” Dengan pantas Nabi Musa menjawab: “Aku!”
Lelaki itu bertanya lagi: “Adakah pernah kau tahu, ada orang lebih berilmu daripada kau.” “Tidak!” jawab Nabi Musa. Tetapi jawapan Nabi Musa segera ditegur Allah kerana ucapannya itu mempunyai riak. Lantas Allah menurunkan wahyu menyatakan ada lagi seorang hamba-Nya yang lebih berilmu.
Insaf dengan teguran Allah, bersama seorang pengikutnya, Yusak bin Nuh, Nabi Musa bermusafir mencari lelaki salih itu sehingga menemuinya di satu tempat bertemunya dua lautan. Dikatakan tempat itu ialah di pertemuan Teluk Suez dengan Teluk Akabah di laut Merah kerana di situlah lokasi peredaran sejarah kehidupan Bani Israel yang dipanggil Daratan Sinai selepas mereka keluar dari bumi Mesir.
Sebagai pesuruh Allah Nabi Musa memiliki ketinggian ilmu sehingga dapat menghadapi kezaliman dan keangkuhan Firaun, Haman dan Qarun. Baginda juga berdepan pelbagai kerenah Bani Israel sehingga dikurniakan mukjizat hebat seperti boleh membelah lautan, tongkat menjadi ular dan diturunkan makanan dari langit.
Kata-kata Nabi Musa itu dicelah Allah dan mengutuskan Nabi Khidir untuk menyedarkan Baginda bahawa masih ada hamba-Nya yang lebih berilmu. Nabi Khidir adalah seorang salih yang berperanan menyebarkan risalah Allah kepada orang di sekelilingnya.
Nabi Khidir ditugaskan membimbing Nabi Musa yang hidup pada zamannya. Baginda tidak dikurniakan mukjizat seperti Nabi Musa, sebaliknya diajarkan ilmu secara laduni.
Al-Quran menceritakan pertemuan Nabi Musa dengan lelaki salih yang disebut sebagai hamba-Nya yang diajarkan ilmu laduni iaitu pengetahuan yang diperoleh orang salih secara langsung daripada Allah melalui ilham dan inspirasi, tanpa dipelajari menerusi proses pendidikan.
Nabi Musa meminta untuk belajar dengan Nabi Khidir dan sebagai syarat, Baginda dilarang bertanyakan soalan setiap perbuatan yang dilakukan Nabi Khidir. Syarat itu dipenuhi Nabi Musa.
Ketika mereka berdua menaiki perahu, Nabi Khaidir merosakkannya sehingga tenggelam. Perbuatan itu menimbulkan persoalan bagi Nabi Musa, mengapakah Nabi Khidir tergamak merosakkan harta benda orang lain.
Apabila terserempak dengan seorang kanak-kanak, Nabi Khidir membunuhnya. Kemudian mereka sampai di sebuah bandar dan meminta makanan daripada penduduk di situ, tetapi mereka enggan memberinya. Tiba-tiba Nabi Khidir terlihat dinding sebuah rumah yang hampir roboh, lantas dia membetulkannya.
Nabi Musa tambah kehairanan, sikap baik Nabi Khidir kepada penduduk yang enggan memberi mereka makanan. Kisah perjalanan Ladunni Nabi Musa AS dan Nabi Khaidir AS dinukilkan di dalam terjemahan Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Kahfi (ayat 60 hingga 82).
Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya: “Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan; atau aku akan berjalan sampai bertahun-tahun”. Maka tatkala mereka sampai ke pertemuan dua buah laut itu, mereka lalai akan ikannya, lalu ikan itu melompat mengambil jalannya ke laut itu. Maka tatkala mereka berjalan lebih jauh, berkatalah Musa kepada muridnya: “Bawalah ke mari makanan kita; sesungguhnya kita telah merasa letih karena perjalanan kita ini”.
Muridnya menjawab: “Tahukah kamu tatkala kita mencari tempat berlindung di batu tadi, maka sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak adalah yang melupakan aku untuk menceritakannya kecuali setan dan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali.” Musa berkata: “Itulah (tempat) yang kita cari”.
Lalu keduanya kembali, mengikuti jejak mereka semula. Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami. Musa berkata kepada Khidir: “Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?”
Dia menjawab: “Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?” Musa berkata: “Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai seorang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun”. Dia berkata: “Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu apa pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu”.
Maka berjalanlah keduanya, hingga tatkala keduanya menaiki perahu lalu Khidir melobanginya. Musa berkata: “Mengapa kamu melobangi perahu itu yang akibatnya kamu menenggelamkan penumpangnya?” Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar. Dia (Khidir) berkata: “Bukankah aku telah berkata: “Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku”
Musa berkata: “Janganlah kamu menghukum aku karena kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku”. Maka berjalanlah keduanya; hingga tatkala keduanya berjumpa dengan seorang anak, maka Khidir membunuhnya. Musa berkata: “Mengapa kamu bunuh jiwa yang bersih, bukan karena dia membunuh orang lain? Sesungguhnya kamu telah melakukan suatu yang mungkar”. Khidir berkata: “Bukankah sudah kukatakan kepadamu, bahwa sesungguhnya kamu tidak akan dapat sabar bersamaku?”
Musa berkata: “Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu sesudah (kali) ini, maka janganlah kamu memperbolehkan aku menyertaimu, sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur padaku”.
Maka keduanya berjalan; hingga tatkala keduanya sampai kepada penduduk suatu negeri, mereka minta dijamu kepada penduduk negeri itu tetapi penduduk negeri itu tidak mau menjamu mereka, kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka Khidir menegakkan dinding itu. Musa berkata: “Jikalau kamu mau, niscaya kamu mengambil upah untuk itu”. Khidir berkata: “Inilah perpisahan antara aku dengan kamu; Aku akan memberitahukan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya.
Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan aku bertujuan merusakkan bahtera itu, karena di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera. Dan adapun anak itu maka kedua orang tuanya adalah orang-orang mukmin, dan kami khawatir bahwa dia akan mendorong kedua orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran. Dan kami menghendaki, supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak lain yang lebih baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam kasih sayangnya (kepada ibu bapaknya).
Adapun dinding rumah itu adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang saleh, maka Tuhanmu menghendaki agar supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemauanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya”.
IMAGINASI MANUSIA TENTANG AL-KHIDIR AS.
Dr. Yusuf Al-Qardhawi
Pertanyaan:
Siapakah Al-Khidir itu? Apakah ia seorang Nabi atau
wali? Apakah ia hidup sampai saat ini sebagaimana dikatakan
oleh banyak orang? Sebagian orang-orang yang saleh telah
melihat dan berjumpa dengannya. Apabila masih hidup, dimana
ia tinggal? Mengapa beliau tidak muncul dan tidak
mengajarkan ilmunya kepada orang-orang, khususnya di zaman
sekarang? Saya harapkan mendapat penjelasan yang memuaskan.
Jawab:
Al-Khidir adalah hamba yang saleh dan disebutkan oleh Allah
Ta'ala dalam Surat Al-Kahfi, yaitu sebagai teman sayidina
Musa as. Dimana Nabi Musa as. belajar kepadanya.
Al-Khidir mensyaratkan kepadanya agar bersabar. Maka Musa
menyanggupinya. Al-Khidir berkata, "Bagaimana kamu dapat
bersabar atas sesuatu yang kamu belum mempunyai pengetahuan
yang cukup tentang hal itu?" Al-Khidir tetap menyertai Musa.
Ia adalah seorang hamba yang diberi rahmat oleh Allah dan
ilmu dari sisi-Nya. Musa terus berjalan bersamanya dan
melihat Al-Khidir telah melobangi perahu. Maka Musa berkata,
"Apakah engkau melubanginya supaya penumpangnya tenggelam?"
Cerita selanjutnya telah disebutkan dalam Surat Al-Kahfi.
Musa merasa heran atas perbuatannya, hingga Al-Khidir
menerangkan kepadanya sebab-musabab dari perbuatan yang
dilakukan itu. Pada akhir pembicaraannya, Al-Khidir berkata,
"Bukanlah aku melakukan itu menurut kemauanku sendiri.
Demikian itu adalah penjelasan dari perbuatan-perbuatan yang
kamu tidak dapat bersabar atasnya." Maksudnya, semua
perbuatan itu hanyalah karena kemauan Allah Ta'ala.
Sebagian orang berkata tentang Al-Khidir:
Ia hidup sesudah Musa hingga zaman Isa, kemudian zaman Nabi
Muhammad saw, ia sekarang masih hidup, dan akan hidup hingga
Kiamat. Ditulis orang kisah-kisah, riwayat-riwayat dan
dongeng-dongeng bahwa Al-Khidir menjumpai si Fulan dan
memakaikan kirqah (pakaian) kepada si Fulan dan memberi
pesan kepada si Fulan.
Sama sekali tidak adil pendapat yang mengatakan bahwa
Al-Khidir masih hidup - sebagaimana anggapan sementara orang
- tetapi sebaliknya, ada dalil-dalil dari Al-Qur'an, Sunnah,
akal dan ijma, diantara para ulama dari ummat ini bahwa
Al-Khidir sudah tiada.
Saya anggap cukup dengan mengutip keterangan dari kitab
Al-Manaarul Muniif fil-Haditsish-Shahih wadl-Dla'if
karangan Ibnul Qayyim.
Ibnul Qayyim rahimahullah menyebutkan dalam kitab itu
ciri-ciri dari hadis maudu'(hadis dusta), yang tidak diterima dalam
agama. Diantara cirinya ialah "hadis-hadis yang menceritakan
tentang Al-Khidir dan kehidupannya." Semuanya adalah dusta.
Tidak satu pun hadis yang shahih.
Di antara hadis maudu', itu ialah hadis yang berbunyi:
"Bahwa Rasulullah saw. sedang berada di masjid, ketika itu
beliau mendengar pembicaraan dari arah belakangnya. Kemudian
beliau melihat, ternyata ia adalah Al-Khidir."
Juga hadis, "Al-Khidir dan Ilyas berjumpa setiap tahun." Dan
hadis, "Jibril, Mikail dan Al-Khidir bertemu di Arafah."
Ibrahim Al-Harbi ditanya tentang umur Al-Khidir yang panjang
dan bahwa ia masih hidup. Maka beliau menjawab "Tidaklah ada
yang memasukkan paham ini kepada orang-orang, kecuali
setan."
Imam Bukhari ditanya tentang Al-Khidir dan Ilyas, apakah
keduanya masih hidup? Maka beliau menjawab, "Bagaimana hal
itu terjadi?" Nabi saw. telah bersabda, "Tidaklah akan hidup
sampai seratus tahun lagi bagi orang-orang yang berada di
muka bumi ini." (H.r. Bukhari-Muslim) .
Banyak imam lainnya yang ketika ditanya tentang hal itu,
maka mereka menjawab dengan menggunakan Al-Qur'an sebagai
dalil:
"Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun
sebelum kamu (Muhammad), maka jika kamu mati apakah mereka
akan kekal?" (Q.s. Al-Anbiyaa': 34).
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah ditanya tentang
hal itu, maka ia menjawab, "Andaikata Al-Khidir masih hidup,
tentulah ia wajib mendatangi Nabi saw. dan berjihad
bersamanya, serta belajar darinya." Nabi saw. telah bersabda
ketika perang Badar, "Ya Allah, jika pasukan ini binasa,
niscaya Engkau tidak disembah di bumi."
Pada waktu itu mereka berjumlah 313 orang laki-laki yang
dikenal dengan nama-nama mereka, nama-nama dari bapak-bapak
mereka dan suku-suku mereka. Maka, di manakah Al-Khidir pada
waktu itu?
Al-Qur'an dan Sunnah serta pembicaraan para peneliti ummat
menyangkal masih adanya kehidupan Al-Khidir seperti anggapan
mereka. Sebagaimana firman Allah swt. di atas.
Jika Al-Khidir itu manusia, maka ia tidak akan kekal, karena
hal itu ditolak Al-Qur'anul Karim dan Sunnah yang suci.
Seandainya ia masih hidup, tentulah ia datang kepada Nabi
saw. Nabi saw. telah bersabda, "Demi Allah, andaikata Musa
masih hidup, tentu ia akan mengikuti aku." (H.r. Ahmad, dari
Jabir bin Abdullah) .
Jika Al-Khidir seorang Nabi, maka ia tidak lebih utama
daripada Musa as, dan jika seorang wali, tidaklah ia lebih
utama daripada Abu Bakar r.a.
Apakah hikmahnya sehingga ia hidup hingga kini - sebagaimana
anggapan orang-orang - di padang luas, gurun dan
gunung-gunung? Apakah faedahnya syar'iyah maupun akliah di
balik ini? Sesungguhnya orang-orang selalu menyukai
cerita-ccrita ajaib dan dongeng-dongeng fantastis. Mereka
menggambarkannya menurut keinginan mereka, sedangkan hasil
dari imajinasinya, mereka gunakan sebagai baju keagamaan.
Cerita ini disebarkan diantara sebagian orang awam dan
mereka menganggapnya berasal dari agama mereka, padahal sama
sekali bukan dari agama. Hikayat-hikayat yang diceritakan
tentang Al-Khidir hanyalah rekayasa manusia dan tidak
diturunkan oleh Allah hujjah untuk itu.
Adapun mengenai pertanyaan: Apakah ia seorang Nabi atau
wali?
Para ulama berbeda pendapat mengenai hal itu. Tampaknya yang
lebih tepat Al-Khidir adalah seorang Nabi, sebagaimana
tercantum pada ayat yang mulia dari Surat Al-Kahfi, "... dan
bukanlah aku melakukannya menurut kemauanku sendiri ..."
(Q.s. Al-Kahfi: 82).
Perkataan itu adalah dalil bahwa ia melakukan itu
berdasarkan perintah Allah dan wahyu-Nya, bukan dari
dirinya. Lebih tepatnya dia adalah seorang Nabi bukan wali.
والله أعلم