الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    الرِّ‌بَا





    Firman-firman Allah di dalam Al-Quran:

    الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّ‌بَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّ‌بَا ۗ وَأَحَلَّ اللَّـهُ الْبَيْعَ 
    وَحَرَّ‌مَ الرِّ‌بَا ۚ فَمَن جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّ‌بِّهِ فَانتَهَىٰ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُ‌هُ إِلَى اللَّـهِ ۖ وَمَنْ عَادَ فَأُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ‌ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

    "Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk oleh syaitan, dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (syaitan yang merasuk) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan bahawa sesungguhnya berjual-beli itu hanyalah seperti riba padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba"
    (Al-Baqarah:275)


    Riba pertama kali disebut dalam Al-Qur'an apabila ayat 39 Surah Ar-Rum diturunkan. Walaubagaimanapun ketika ayat ini diturunkan, riba masih belum diharamkan tetapi ayat ini sekadar menyatakan bahawa riba tidak membawa sebarang kebaikan atau kelebihan di sisi Allah.


    وَمَا آتَيْتُمْ مِنْ رِبًا لِيَرْبُوَ فِي أَمْوَالِ النَّاسِ فَلَا يَرْبُو عِنْدَ اللَّهِ ۖ وَمَا آتَيْتُمْ مِنْ زَكَاةٍ تُرِيدُونَ وَجْهَ اللَّهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُضْعِفُونَ

    "Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda."

    ayat 160-161 Surah An-Nisa' 


    فَبِظُلْمٍ مِنَ الَّذِينَ هَادُوا حَرَّمْنَا عَلَيْهِمْ طَيِّبَاتٍ أُحِلَّتْ لَهُمْ وَبِصَدِّهِمْ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ كَثِيرًا 160
    وَأَخْذِهِمُ الرِّبَا وَقَدْ نُهُوا عَنْهُ وَأَكْلِهِمْ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ ۚ وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ مِنْهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا161
    "[160

    Maka disebabkan kezaliman yang amat besar dari perbuatan orang-orang Yahudi, Kami haramkan atas mereka makanan yang baik-baik yang pernah dihalalkan bagi mereka, dan disebabkan mereka banyak menghalang manusia dari jalan Allah.



    [161

    Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir di antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya."


    Surah Ali Imran ayat 130.

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا الرِّبَا أَضْعَافًا مُضَاعَفَةً ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 

    "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya."

    Selepas Penakluka Kota Makkah (Fathul Makkah), sekali lagi Allah menurunkan ayat untuk menegaskan dan memperincikan lagi tentang pengharaman riba dan azab bagi pengamal riba. Ini dapat dilihat dalam 


    Surah Al-Baqarah ayat 275-280.



    الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا ۗ وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا ۚ فَمَنْ جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّهِ فَانْتَهَىٰ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللَّهِ ۖ وَمَنْ عَادَ فَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ 275
    يَمْحَقُ اللَّهُ الرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ 276
    إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ 277
    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ 278
    فَإِنْ لَمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ ۖ وَإِنْ تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ 279
    وَإِنْ كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيْسَرَةٍ ۚ وَأَنْ تَصَدَّقُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ 280

    "[275Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
    [276Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.
    [277Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
    [278

    Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.
    [279Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
    [280Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak)."


    Sabda Baginda Rasulullah s.a.w

    Sabda Rasulullah s.a.w  pengharaman riba ketika khutbah yang disampaikan oleh baginda dalam Haji Wada'.

    إن ربا الجاهلية موضوع ولكن لكم رؤوس أموالكم لا تظلمون ولا تظلمون وقضى الله أنه لا ربا. وإن أول ربا أبدأ به عمي العباس بن عبد المطلب

    "Sesungguhnya riba jahiliyyah telah diharamkan tetapi bagi kamu modal kamu supaya kamu tidak menzalimi dan tidak dizalimi. Dan Allah telah menetapkan bahawa tiada riba. Dan riba pertama yang dihapuskan adalah riba bapa saudaraku Abbas bin Abdul Mutalib."

    hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, orang yang menjadi wakilnya, orang yang menjadi saksinya dan penulisnya muslim
    Hadis ini mengandungi laknat. Perkataan atau perbuatan melaknat menunjukkan kepada 2 perkara iaitu bahawa perbuatan itu haram dan ianya termasuk di dalam dosa besar.

     hadis 7 dosa besar:
    Jauhilah 7 dosa besar: syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yati, makan riba, lari daripada medan perang (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi adil)


    Pendapat Para Ulama

    Sesungguhnya ulama telah bersepakat tentang haramnya riba samada sedikit atau banyak, riba fadl atau nasa’. Imam Nawawi menyatakan bahawa telah menjadi suatu kesepakatan di kalangan orang Islam bahawa riba hukumnya haram dan termasuk di dalam dosa besar. Katanya lagi bahawa telah dinaqalkan bahawa ianya diharamkan di dalam semua agama. Ini dinyatakan di antaranya oleh al-Mawardi
    Kalaulah dikatakan bahawa ijmak ini terbatal berikutan Ibn Abbas yang mengharuskan riba al-fadl, ketahuilah bahawa Ibn Abbas telah menarik balik fatwanya itu.

    Jenis Riba

    1.       Riba jual beli
    2.       Riba berhutang:

    1. Riba jual beli (Riba al-Buyu’i).
    Riba jual beli bermakna riba yang berlaku pada tukaran barang (melalui sistem bayaran). la terbahagi kepada tiga:
    i. Riba al-Fadhli:
    laitu menjual barang ribawi (al-Asyya’al-Ribawiyyah) secara tunai dengan sesama jenisnya secara berlebih kurang.  Contohnya seperti menjual (menukar) sekilo gandum dengan sekilo setengah gandum atau menjual dua kilo beras dengan tiga kilo beras.
    ii. Riba al-Yad:
    laitu jual beli (tukaran barang) bagi barang ribawi yang berbezajenis secara tunai, tetapi lewat penyerahan salah satunya.  Contohnya seperti jual gandum dengan barli tanpa serah terima dalain majlis ‘aqad (kontrak).
    iii.Riba al-Nasi’ah:
    laitu jual beli barang ribawi yang berbeza jenis secara bertangguh kepada suatu tempoh, tetapi apabila tiba tempohnya pembeli tidak dapat membayarnya, maka dipanjangkan lagi tempoh bayaran dengan membayar tambahan bagi tempoh yang dilanjutkan itu.
    2. Barang berhutang (Riba al-Qardhi)
    Iaitu kontrak hutang wang (penjamin wang) untuk suatu tempoh tertentu yang disertakan dengan syarat tambahan keatas jumlah hutang seperti  A memberi hutang kepada B sebanyak RM 50 selama 3 bulan dengan syarat B beyar lebih RM 10 lagi sebagai bunga.


    Jenis Barang Riba

    1.       Emas
    2.       Perak
    3.       Hintah (gandum)
    4.       Tamar
    5.       Garam
    6.        Gandum (tepung)

    Hikmat pengharaman

    1.       Permusuhan
    2.       Galakan hutang untuk pahala bukan penindasan
    3.       Keuntungan tanpa usaha lebih
    4.       Penindasan
    5.       Bertambah kaya
    6.       Rosak hubungan silaturrahim


    Syarat penjualan Barang Riba sama jenis seperti emas dengan emas

    1.       Hendaklah sama sukatan dan timbangan
    2.       Hendaklah Tunai
    3.       Berterimaan dalam majlis akad

    Syarat penjualan Barang Riba yang tidak  sama jenis seperti gandum dengan beras

    1.       Hendaklah tunai
    2.       Berterimaan dalam majlis akad

    Sekiranya barang pertukaran yang berlainan jenis seperti beras dengan wang  Tidak dikenakan apa-apa syarat. Boleh dijual sesuka hati.
    Pinjaman dengan faedah

    1.       Seperti urusan Bank biasa adalah Haram kerana berunsur penindasan
    2.       Jumlah hutang meningkat jika terlebih tempoh bayaran.
    3.       Tanpa Faedah diharuskan seperti al_Qard al-Hasan yang ditawar oleh Bank Islam dan YAPEIM.

    Simpanan dengan faedah

    1.       Jumhur menyatakan Hukumnya haram sebab unsur riba.
    2.       Bank Biasa haram kerana dijanjikan lebihan  sserta ditetapkan  walaupun menanggung kerugian
    3.       Bank Islam adalah harus sebab bayaran lebihan tidak ditetapkan waktu akad dan pemberian lebihan sebagai ihsan bukan faedah. Lebihan tersebut berdasarkan keuntungan bank menggunakan modal penyimpan.

    Sewa Beli

    1.       Hukumnya Harus berdasarkan Maslahah umum.
    2.       Dengan syarat tidak ada unsur riba,penipuan dan kezaliman.
    3.       Untuk menolong pelanggan
    4.       Dapat bayar secara ansuran
    5.       Kadar sewa berpatutan




    تعريف الربا
    الربا في اللغة هو النمو والزيادة والعلو والارتفاع.

    أما تعريفه الاصطلاحا:
    1) الحنفية - الفضل الخالي عن العوض في البيع.
    2) الشافعية - عقد على عوض بعوض مخصوص غير معلوم التماثل في معيار الشرع حالة العقد أو مع في البدلين أو أحدهما.
    3) الحنابلة - تفاضل في أشياء، ونسأ في أشياء مختص بأشياء.

    اختلف الفقهاء على الأقوال المختلفة لأن صعبة في وضع تفريفه جامع ومانع. فلهذه السبب سنعرف تعريفه اصطلاحا في هذه الكتابة حسب جنسه إما ربا الديون أو ربا البيوع.

    تنقسم الربا إلى قسمين. أولا، ربا الديون أي ربا الذي وقع في الدين. وهو أيضا يسمى بالربا القرأن لأن تحريم هذا الربا جاء في القرأن. ثانيا، ربا البيوع أي ربا الذي وقع في البيع ويسمى أيضا بالربا السنة لأن تحريمه جاء في السنة.

    1) ربا الديون
    هو نوعين، ربا القرض وربا الجاهلية. دليل تحريم هذا النوع من الربا هو قول الرسول، "كل قرض جر منفعة فهو ربا".

    ا - ربا القرض هو القرض المشروط فيه الأجل وزيادة مال على المستقرض. قال ابن مسعود: "من أسلف سلفا فلا يشترط أفضل منه وأن كان قبضه من علف فهو ربا".

    ب - ربا الجاهلية هو زيادة العوض بالأجل عند تعزر مدين ادائه كما اتفقا. قال قتادة "أن ربا الجاهلية بيع الرجل البيع إلى أجل مسمى فإذا حل الأجل ولم يكن عند صاحبه قضاء زاده أخر عنه". 

    2) ربا البيوع
    هو أيضا نوعين، ربا النسيئة وربا الفضل. دليل تحريم هذا النوع من الربا هو قول الرسول، "الذهب بالذهب والفضة بالفضة والبر بالبر والشعير بالشعير والتمر بالتمر والملح بالملح مثلا بمثل يدا بيد فمن زاد أو استزاد فقد أربى".

    ا - ربا النسيئة هو البيع أو تبادل الأشياء التي اتحدت نوعها مؤجلا بناجز. 

    ب - ربا الفضل هو البيع أو تبادل الأشياء التي اتحدت جنسها ليس مثلا ومثل.


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA